You are on page 1of 35

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

 
Pengenalan KBKK.
 
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Prof.Jack Zevin
(Queen’s College,  New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model yang diperkenalkan ini
telah mengkelaskan KBKK kepada  empat kategori utama :
 
     1. Pemikiran kritis.     2. Pemikiran kritis.     3. Penyelesaian masalah.     4. Membuat keputusan.
 
Definasi berfikir.
 
   Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel (1980) dan Meyer
(1977).
   Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :
 
   Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan  pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai
kemungkinan idea,
   membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses
pemikiran yang dialami.
 
Proses berfikir.
 
   Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses berfikir. Untuk
mencari jawapan, saya
   menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :
 
     -  apa yang saya tahu      ( pengetahuan )
     -  menyoal sendiri           ( kemahiran kognitif )
     -  menilai baik buruknya   ( sikap atau nilai )
 
   Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap / nilai
dalam minda individu.
 
Kelemahan dalam berfikir.
 

   -  Tiada gambaran    -  kecamuk


   -  Tidak tersususn    -  konflik
   -  Tiada idea    -  salah persepsi
   -  sempit    -  kabur
   -  terburu-buru
 
Pemikiran kreatif.
   Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk
mendapatkan idea - idea baru,
   banyak dan pelbagai.
 
Pemikiran kritis.
   Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang
jelas, kukuh dan
   bermakna.
 
Umur dan keupayaan.
   Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanak-kanak tidak
mampu berfikir
   mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka terperanjat dengan
kebolehan
   kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.
 

 
Tingkahlaku berfikir.
 
Anda ingin melakukan sesuatu :-

 a.  Ingin lakukan cara lama atau baru ?  k.   Apakah pilihan lain untuk tidak
 b.  Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ? melakukannya ?
 c.  Berapa lama untuk melakukannya ?  l.    Apakah kesan jika tidak melakukannya ?
 d.  Bilakah ia harus disiapkan ?  m.  Apakah bahan dan alatannya ?
 e.  Adakah orang lain akan membantu untuk  n.   Adakah cara yang lebih cepat ?
melaksanakannya ?  o.   Adakah cara yang lebih mudah ?
 f.   Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?  p.   Adakah cara yang kurang kesilapan ?
 g.  Apakah kebaikannya ?  q.   Adakah cara kurang kekangan ?
 h.  Apakah keburukannya ?  r.   Akah akan terjadi selepas melakukannya ?
 i.   Apakah manfaatnya ?  s.   Apakah hasil yang akan terjadi ?
 j.   Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?

 
Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir.
 
   a.  Setiap orang perlu berfikir – setiap orang boleh berfikir.
   b.  Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan.
   c.  Anggap diri sendiri sebagai pemikir.
   d.  Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik.
   e.  Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate.
   f.   Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah.
   g.  Buat tindakan satu persatu.
   h.  Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai.
   i.   Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa.
   j.   Selalu merendah diri – rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.
 

 
Membentuk kemahiran berfikir.
 
Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:
 
 a.  Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu.
 
      Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara paling mudah,
paling murah dan
      paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering tertanam dalam
minda kita.
 
 b.  Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.
    
      Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa setiap satu
perkara yang
      difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan kemahiran
berfikir yang baru.
 
Contoh lain :
 
 a.  Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.
 b.  Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.
 

 
Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1).
 
   1. Seronok ( cadangan 40% ).
       -  Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau kita ada 4 tangan ?
 
   2. Remote ( cadangan 30% ).
       -  Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan kesesakan
bandararaya ?
 
   3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ).
       -   Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh : sahabat anda
cuba mengelak
           dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ?
 
   4. Berat ( cadangan 10% ).
       -  Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur, minat dan situasi
kita
          mempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja merokok ?
 

 
Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) .
 
   Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan antara :
     a.  seronok.
     b.  remote.
     c.  persekitaran sedia ada.
     d.  berat.
 
    Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan gangguan
pengalaman.
 

 
17 Prinsip-prinsip berfikir.
 
   1.   Konstruktif (jangan negatif).
   2.   Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah.
   3.   Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
   4.   Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
   5.   Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).
   6.   Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.
   7.   Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
   8.   Apakah penyelesaian dari berfikir.
   9.   Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).
 10.   Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru.
 11.   Mampu berundur dan maju semula.
 12.   Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan idea-idea
tersebut.
 13.   Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.
 14.   Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.
 15.   Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.
 16.   Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
 17.   Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
 
Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah.
 
   a.  Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahan-lahan dan tenang.
   b.  Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
   c.  Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia.
   d.  Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri.
   e.  Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
   f.   Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan dipakai.
   g.  Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari persepsi yang
salah.
 
Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).
   a.  Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.
   b.  Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul.
   c.  Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain.
 
Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.
   a.  Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi.
   b.  Tentukan satu titik fokus sahaja.
   c.  Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat ke
pendapat.
 
Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
   a.  Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.
   b.  Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.
 
Apakah penyelesaian dari berfikir.
   a.  Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.
   b.  Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan.
 
Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).
   a.  Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan pihak lain /
manusia.
   b.  Gunakan perasaan dan emosi di masa yang  sesuai.
   c.  Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan.
 
Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru.
   a.  Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan yang berlainan
dan pelbagai.
 
Mampu berundur dan maju semula.
   a.  Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci.
   b.  Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubung kait idea.
   c.  Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.
 
Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting – ambil idea dan gunakan
idea-idea tersebut.
   a.  Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik.
   b.  Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan.
   c.  Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang lebih baik.
 
Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.
   a.  Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang terbaik baru &
masih diketahui.
 
Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.
   a.  Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula.
   b.  Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.
 
Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.
   a.  Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.
   b.  Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza.
   c.  Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza.
 
Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.
   a.  Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.
   b.  Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka bentuk, pilihan atau
keputusan yang diikuti
        dengan tindakan.
   c.  Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.
 
Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
   a.  Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu.
   b.  Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum terlintas
dalam fikiran manusia.
 
Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
   a.  Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.
 

 
Pemikiran biasa.
 
Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan seharian.
Kecenderungan ini perlu
dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa:
 
   1.  Pengulangan mempengaruhi minda.
   2.  Dikongkong oleh pengamatan mata.
   3.  Dikuasai niat dan kepentingan peribadi.
   4.  Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya.
   5.  Mengutamakan kepentingan.
   6.  Kuat dipengarui pengalaman peribadi.
   7.  Cepat bertanggapan ekstrim.
 

 
Kelemahan dalam berfikir.
 
Logik tradisional (pemikiran vertikal)
   a.  Silogisme
   b.  Silogisme bersyarat
   c.  Silogisme hipotetikal
 
Silogisme.
 
Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan. Contoh :

Premis 1 Premis 2  Kesimpulan

Halim seorang pelajar yang


a. Pelajar yang rajin akan berjaya Halim akan berjaya
rajin

Orang alim memakai jubah dan Pak Haji memakai jubah dan Pak Haji adalah orang alim.
b.
janggut janggut

 
Silogisme bersyarat.
 
Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu kesimpulan. Premis 1
menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh :

Premis 1 (syarat utama) Premis 2 (syarat kecil) Kesimpulan

Kalau kamu masuk masuk Kamu sedang belajar di universiti,


a. kamu akan berjaya.
universiti, maka kamu tentu akan berjaya.

b. Kalau Malaysia menggunakan Malaysia akan jadi negara Malaysia sekarang tidak
Bah.Inggeris, maju. menggunakan Bahasa Inggeris,
maka Malaysia tidak akan jadi
negara maju.
 
Contoh lain :
Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama Xiannasa. Anda
juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa, maka anda akan jadi jelita seperti bintang
pujaan anda.
 
Silogisme hipotetikal.
 
Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat anteseden dan
konsekuen di dalamnya.
Contoh :

Proposi hipotesis Proposi hipotesis Kesimpulan

Bahagian 1 Bahagian 2 Konsekuen

a. Kalau menangis air mata mesti keluar

b. Kalau mahal Itu tanda barangan baik.

Pak Haji memakai jubah dan


c. Kalau hari akan hujan
janggut

d. Kalau bukan hidup tentu ia mati


 
Contoh lain :
a.  Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.
b.  Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.
c.  Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.
 
Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal).
 
Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk menerbitkan idea baru.
Contoh : tongkat orang buta.

Bil  Sifat Bagaimana kalau......

a. Dibuat daripada aluminium Dibuat daripada grafit ?

b. Bentuk silinder panjang Pipih / segiempat / leper ?

c. Boleh dilipat  Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod kamera ?

d. Warna krom Grafit / plastik jernih ?

Grafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip / pancar


e. Krom sadur berkilat
sinar ?

Asesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok,


f. Tiada asesori tambahan
longkang dll.

g. Tiada asesori kecemasan Asesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll.

Tali supaya tidak terlepas dari Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir /
h.
pegangan kehilangan.

i. Berat  Ringan dan boleh terapung di dalam air


j. Ketinggian yang piawai Mudah laras mengikut ketinggian pengguna.
 
Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman.

Bil  Kritis Punca kreatif

a. Arkitek maritim Amerika mengkaji


supaya pergerakan kapal lebih laju Arkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan lumba
semasa di laut

b. Pereka fesyen YSL ingin menjual


Mengubahsuai fesyen lama
lebih banyak pakaian

c. Mengurangkan serangan musuh padi


Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung hantu
seperti tikus

d. Jurutera R&D ingin mencipta


bumbung yang boleh berubah warna
Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng
dan membalik/menyerap haba
mengikut cuaca yang berubah-ubah

e. Pakar penternakan ingin


menghasilkan baka lembu yang Mengahwinkan lembu dengan seladang.
besar dan tahan penyakit

 
Proses asas berfikir.
 
   1.  Keluasan / tertentu.
   2.  Tumpuan (projection).
   3.  Mengarah ke arah penumpuan.
   4.  Pengecaman dan muat tepat.
   5.  Pergerakan dan alternatif.
 
Keluasan / tertentu , umum / terperinci.
 
Analoginya :
 
Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita nampak bentuk sahaja yang
jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus), semakin mendekat baharulah kita dapat mengenali rupa
sebenar haiwan itu – berbulu halus, bertelinga kecil, berbulu pendek di telinga, berkuku dll. (terperinci / tepat /
khusus). Pemikir yang baik boleh mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari
tepat kepada umum.
 
Contoh 1
 
Bentuk umum - “Tolong dapatkan saya minuman” (Bagaimanakah anda dapat memenuhi permintaannya
dengan tepat?).
Bentuk terperinci - “Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.”
 
Contoh lain :
 
a.   Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu.
b.   Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.
 
Tumpuan / membayangkan tampak.
 
Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam minda. Ia
sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang berlaku dalam kehidupan.
Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak
benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya.
 
Contoh :
 
a.   Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?
b.   Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?
 

 
Mengarah ke tumpuan.
 
Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan juga
mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :
 
1.  Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan.
2.  Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan.
3.  Tarikan dari satu butiran ke satu butiran.
 
Contoh :
 
a.  Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam.
b.  Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini.
c.   Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19.
d.  Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.
 

 
Pengecaman dan muat tepat.
 
Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju membuat kita
memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk memakai baju. Bagaimanapun
sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir yang routine supaya kita dapat menjalani
kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi.
 
Contoh :
 
a.  Langkah-langkah untuk berpakaian ?
b.  Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?
c.  Langkah-langkah untuk makan nasi ?
 

 
Pergerakan dan alternatif.
 
Pergerakan bermaksud  bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali provokasi, di luar
pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan termasuklah integrasi, penggabungjalinan,
penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan. Namun ia melahirkan alternatif.
 
Contoh :
 
a.  Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat.
b.  Provokasi : apakah alternatif yang ada ?
d.  Provokasi : apa berikutnya ?
 
Contoh pelajar pintar dan bijaksana.
 
     Guru      :  Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa orang yang akan hadir ke
kelas ?
     Pintar    :  Enam orang, cikgu.
     Bijak      :  Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu ?
 

 
Kepintaran vs. Kebijaksanaan.
 
Analogi :
                Pintar adalah kereta.
                Bijaksana adalah pemandu.
 
Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan kereta setakat kemampuan
kereta itu sahaja.
Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju.
 
               Pintar adalah kereta.
               Bijaksana adalah pemandu.
 
Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai sekiranya pemandunya
tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan pemandunya.
 
Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki dan menjawab
soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh dipelajari dan dipupuk. Ia membaiki persepsi
kita. Manusia pintar mungkin tidak bijaksana. Orang bijaksana mungkin tidak pintar.
 
Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.
*(Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang akademik)
 
   1.  Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka tidak pernah
diajar berfikir.
   2.  Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian mempertahankan
pandangan tersebut
        dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka.
   3.  Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu pengetahuan) ; lalu mereka
merasa tidak
        perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam.
   4.  Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran) mereka
   5.  Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja).
   6.  Suka “mengkritik” pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan orang lain.
   7.  Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan / pangkah / tiada
markah untuk sebarang
        kesalahan.
   8.  Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul atau salah sahaja.
   9.  Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah.
 10.  Takut membuat kesilapan.
 
Antara contoh Kemahiran berfikir.
 

  Merancang     Membanding dan membeza  


  Menyampaikan maklumat     Mengecam corak / pola  
  Mendapat bukti     Membuat sistesis  
  Berimiginasi     Membuat induksi  
  Membuat konsentrasi     Menginterpretasi  
  Membuat keputusan     Membuat deduksi  
  Menjelaskan     Menerangkan  
  Mengumpul maklumat     Memberi sebab  
  Mempersembahkan maklumat     Memberi alasan  
  Menyenaraikan     Memberi akibat  
  Memberi idea baru     Membuat inferens  
  Mengaitkan     Menaakul  
  Mengenal pasti maklumat     Membuat generalisasi  
  Menyusun maklumat     Menyelesaikan masalah  
  Membahas     Memberi pandangan  
  Mengkategorikan     Menterjemahkan  
  Mengkelaskan     Menghuraikan  
  Mengenal pasti idea utama     Menilai  
  Mengecam falasi     Menganalisis  
  Memerhati yang ganjil     Membuat analogi  
  Bekerja ke belakang     Membuat hipotesis  
  Meramal     Mengkritik  
  Mengenal pasti andaian     Menjustifikasikan  
  Menghubungkait     Membuat kesimpulan  
  Mengenal pasti kecondongan     Merumus  
  Menyusun atur maklumat     CoRT 1  
  Membuat pemerhatian yang tepat   CoRT 4

 
Alat pengukuran KBKK.
 
   1.  Lembaran pengurusan lisan (LPL).
   2.  Soalan dan penyoalan (SP).
   3.  Mandala ingatan (MI).
   4.  Lembaran pengurusan grafik (LPG).
   5.  CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
   6.  Peta Minda (PM).
 
Mandala Ingatan.
Contoh :
 
   1.   Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ?
   2.   Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ?
   3.   Siapa yang menemui kemalangan itu ?
   4.   Bila kemalangan kerap berlaku ?
   5.   Bila kemalangan itu terjadi  ?
   6.   Di mana kemalangan selalu berlaku ?
   7.   Di mana luka / parah ?
   8.   Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ?
   9.   Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ?
 10.   Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ?
 11.   Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ?
 12.   Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan ?
 13.   Kenapa kemalangan itu terjadi ?
 
Strategi aktiviti.

Aktiviti KBKK Kemahiran berfikir

Membanding dan membeza  Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan,
membuat kesimpulan.

Dramatik dan emosi  Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan

Rangka rujuk  Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat


kesimpulan

Misteri / masalah  Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan

Kontrovesi / perbahasan / Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.


pertikaian 

 
Konsep berfikir.
 
Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada :
     (a) Operasi kognitif :
           Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan.
           Contoh : Membanding dan membezakan
 
     (b) Operasi meta - kognitif :
          Memikir tentang fikiran.
          Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran berfikir yang
digunakan.
 
Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis.
   1.  Apakah persamaan dan perbezaan di antara ………... dengan …….….?
   2.  Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ……………?
   3.  Apakah idea-idea utama dalam ….?
   4.  Bagaimanakah anda tahu ………..?
   5.  Mengapakah anda memilih ………?
   6.  Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ?
   7.  Mengapakah ……………. berlaku ?
   8.  Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai …………………..?
 
Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif.
   1.  Sekiranya ……..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ?
   2.  Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai  ……………..……….……?
   3.  Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk …………………….…...?
   4.  Apakah perhubungan / perkaitan di antara ……… dengan ……………..?
   5.  Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ……………………?
   6.  Apakah pendapat anda tentang ….?
   7.  Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada ………………………………………. ?
 
Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan.
   1.  Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin …………..?
   2.  Apakah akibat sesuatu pilihan ….…?
   3.  Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ……..…?
   4.  Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria  ……...?
 
Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah.
   1.  Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ………...itu berlaku ?
   2.  Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) …………… itu ?
   3.  Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) …………...itu. Mengapa ?
   4.  Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ?
   5.  Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ?
 

 
Soalan dan penyoalan.
Contoh :
Sudin pukul kucing.
Shaari bermain dengan kucing.
Cuba bandingkan.
 
Soalan dan penyoalan – kurang mencabar minda.
   1.  Sudin pukul apa ?
   2.  Shaari bermain dengan siapa ?
   3.  Apakah haiwan itu ?
 
Soalan dan penyoalan – merangsang minda.
   1.  Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal).
   2.  Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding).
   3.  Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).
 

 
Lingkaran soalan.
 
Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop – skop tertentu.
   Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
   Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
   Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara.
 
Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
   P -  Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
   I -   Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar -
besaran ?
   LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap
industri buah-
         buahan di Malaysia ?
 
Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir.
 
   1 = Perkara.
   2 = Individu.
   3 = Luar individu.
   4 = Perkara + individu.
   5 = Individu + luar individu.
   6 = Perkara + luar individu.
   7 = Perkara + individu + luar individu.
 
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).
 
Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).
Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari
Negara Thai (LI) ?
 
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu).
 
Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara   (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu).
Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) .
Adakah anda (I) bersetuju
dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.
 

 
Penyelesaian masalah.
 
Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut
yang mungkin
berulang - alik :
 
   1.  mengenalpasti / mentafsir masalah.
   2.  mencari cara-cara penyelesaian.
   3.  memilih cara penyelesaian yang terbaik.
   4.  melaksana cara penyelesaian yang terpilih.
   5.  memeriksa kesan penyelesaian.
 

 
Membuat keputusan.
 
Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut :
 
   1.  Menjana pilihan-pilihan.
           Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan alternatif.
  
   2.  Menentukan akibat sesuatu pilihan.
           Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan.
  
   3.  Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria.
           Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan membuat
pilihan terbaik.
 

 
Peta Minda.
 
Kegunaan :
   1.  Mengambil nota.
   2.  Simpanan nota ringkas.
   3.  Memanggil maklumat.
   4.  Mengembangkan isi.
   5.  Menyelesaikan masalah.
 
Peta Minda (Mind Mapping)
 
Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat  dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh
dikaitkan dengan
bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.
 
Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut
kesesuaian. Guru dan pelajar
boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.
 
Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat
berdasarkan kefahaman, cara
mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
 
Antara bentuk Peta Minda adalah :
   1.  Pengkelasan                   (PM1)
   2.  Rantai urutan                  (PM2)
   3.  Kitaran                           (PM3)
   4.  Kitaran (berpusat)           (PM4)
   5.  Tangga hiraki                 (PM5)
   6.  Pohon fikiran                  (PM6)
   7.  Pengkelasan (berpusat)   (PM7)
 

 
Panduan membuat Peta Minda (1).
 
Bahan :
   1.  Pen / pensel berwarna.
   2.  Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik).
 
Persediaan :
   a.  Kenalpasti konsep / idea utama.
   b.  Bina dengan pantas.
   c.  Bina dengan riang dan positif.
   d.  Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
   e.  Dalam keadaan selesa & tenang.
   f.   Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.
 
Panduan membuat Peta Minda (2)
 
Langkah-langkah dalam membina Peta Minda :
   1.  Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
   2.  Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai.
   3.  Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama – satu cabang untuk satu isi utama.
   4.  Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
   5.  Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan.
   6.  Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
   7.  Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat
tambahan.
 

 
Strategi membuat Peta Minda.
 
Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :
   1.  Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
   2.  Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya.
   3.  Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
   4.  Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang.
   5.  Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.
 
Lembaran Pengurusan Lisan.
 
Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut
kemahiran-kemahiran yang
tertentu.
 
Contoh :
Kemahiran menyelesaikan masalah.
   a.  Apakah masalahnya ?
   b.  Apakah masalah utama dan masalah sampingan ?
   c.  Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ?
   d.  Apakah cara penyelesaian yang  terbaik ?
   e.  Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?
 

 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas.
   1.  Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item.
   2.  Beri nama kepada kumpulan item itu.
   3.  Kenal pasti ciri - ciri lain.
   4.  Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
   5.  Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding.
   1.  Perhatikan item yang dibandingkan.
   2.  Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu.
   3.  Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama.
   4.  Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza.
   5.  Membuat kesimpulan.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan.
   1.  Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau masa.
   2.  Ambil satu item sebagai asas.
   3.  Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang
ditentukan.
   4.  Semak semula susunan tersebut.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan.
   1.  Tentukan matlamat.
   2.  Ambil satu item sebagai asas.
   3.  Ambil item yang lain dan bandingkan dengan  item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat.
   4.  Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas.  Jika tidak letakkan di bawah.
   5.  Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu.
   6.  Membuat kesimpulan.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat.
   1.  Kumpulkan maklumat
   2.  Tentukan pola maklumat
   3.  Buat keputusan
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal.
   1.  Perhatikan atau kumpulkan maklumat.
   2.  Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat.
   3.  Buat jangkaan yang paling sesuai.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab.
   1.  Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ?
   2.  Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ?
   3.  Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti.
   4.  Bukti yang manakah paling nyata (jika ada).
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian.
   1.  Perhatikan sesuatu situasi.
   2.  Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi.
   3.  Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian.
   4.  Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens.
   1.  Perhatikan sesuatu situasi.
   2.  Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi.
   3.  Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan.
   4.  Cari alasan lain.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea.
   1.  Tetapkan tajuk perbincangan.
   2.  Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
   3.  Renung kembali idea yang dikemukakan.
   4.  Tambah lagi idea jika ada.
   5.  Hubungkait idea yang telah disambungkan.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental
   1.  Bayangkan matlamat tertentu.
   2.  Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.
   3.  Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat.
   4.  Lihat keseluruhan gambaran.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi.
   1.  Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama.
   2.  Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan.
   3.  Nyakan hubungkait sebagai metafora.
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah.
   1.  Apakah masalahnya ?
   2.  Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ?
   3.  Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ?
          -    Masalah utama.
          -    Maslah sampingan.
   4.  Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
   5.  Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?
 
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan.
   1.  Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan.
   2.  Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau buruk.
   3.  Nyatakan pilihan yang terbaik.
   4.  Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ?
   5.  Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.
 

 
Lembaran pengurusan grafik (LPG).
 
Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta
dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan. Antara LPGnya adalah :
   1.  Membanding dan membeza.
   2.  Mengkelaskan.
   3.  Membuat urutan.
   4.  Menyusun mengikut keutamaan.
   5.  Membuat ramalan.
   6.  Menerangkan sebab.
   7.  Mengusul periksa andaian.
   8.  Membuat inferens.
   9.  Mentafsir maklumat.
 10.  Membuat gambaran mental.
 11.  Membuat analogi.
 12.  Membuat keputusan.
 

 
CoRT (Cognitive Research Trust).
 
Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr. Edward de
Bono. CoRT
direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap satu
mempunyai 10 pelajaran :
   CoRT 1 – Keluasan (memperluaskan persepsi).
   CoRT 2 - Organisasi.
   CoRT 3 - Interaksi.
   CoRT 4 – Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif).
   CoRT 5 – Maklumat dan rasa.
   CoRT 6 – Tindakan.
 
Pembahagian CoRT.
 
CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :
   1. logik dan persepsi
        -  CAF
        -  APC
   2. nilai
        -  OPV
        -  C&S
        -  PMI
   3. fokus dan punca
        -  AGO
        -  FIP
 

 
CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
 
Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama berasaskan
singkatan frasa. Ia
mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.
 
   1.  Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).
   2.  Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).
   3.  Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).
   4.  Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).
   5.  First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).
   6.  Other Peoples View (Pandangan orang lain).
   7.  Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).
 

 
CoRT 1 & kognitif.
Fokus : akademik.

CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif

PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan, Membantu ibu di rumah. Bincangkan
kekurangan dan keistimewaan

CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Apakah faktor-faktor yang menyebabkan
pekerja asing datang ke Malaysia ?

C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Apakah kesan yang timbul jika siaran televisyen
24 jam dilaksanakan ?

AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah tujuan dan matlamat maharaja Hirohito
menjadikan sebuah negara moden ?

FIP  Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan
oleh Raja Mongkut dalam pemodenan kerajaan
Siam ?

OPV  Mendapatkan pandangan orang lain Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat oleh
Kerajaan British di Malaya. Apakah pandangan
anda ?
APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Senaraikan kemungkinan kekangan dalam
pembinaan industri otomobil di Malaysia dan
pilihan-pilihan yang ada dalam mengatasi
kekangan – kekangan itu

 
CoRT 1 & meta kognitif.
Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.

CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif

PMI Pilih lembaran pengurusan grafik yang sesuai


Untuk menangani idea dari segi kelebihan,
untuk melihat masalah itu dari pelbagai
kekurangan dan keistimewaan
perspektif. 

CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kita
tidak bermotivasi untuk mencapai
kecemerlangan akademik ?

C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Apakah kesan yang timbul jika saya memilih
untuk menghafal berbanding dengan
memahamkan fakta- fakta penting dalam tajuk
hakisan dan luluhawa ?

AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah objektif saya semasa belajar teknik-
teknik belajar yang betul ?

FIP  Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan
dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di
rumah ?

OPV  Mendapatkan pandangan orang lain Apakah pendapat anda cara penyelesaian
masalah saya ini berkesan selepas
dilaksanakan ? 

APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki
kelemahan saya dalam pelajaran ?

 
CoRT 1 & meta kognitif.
Fokus : Persekitaran.

CoRT1 Kegunaan Contoh kognitif

PMI Untuk menangani idea dari segi kelebihan, Malaysia melaksana program gunasama basikal
kekurangan dan keistimewaan Malaysia secara percuma dan dimiliki kerajaan. Anda
melaksana program gunasama basikal secara mengguna basikal dan meninggalkannya untuk
percuma dan dimiliki kerajaan. digunakan oleh orang lain pula.

CAF Mengambil kira semua faktor yang terlibat Keluarga anda meilih satu tempat untuk
berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu
diambil kira untuk pergi ke percutian tersebut ?

C&S Meramalkan kesan dan akibat yang berturutan Beberapa negara menggunakan tol untuk
lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada
pengguna untuk menjelaskan bayaran selain
dari tol yang digunakan ?

AGO  Tujuan, matlamat dan objektif  Apakah objektif saya semasa belajar teknik-
teknik belajar yang betul ?

FIP  Memberi keutamaan kepada yang terpenting Apakah perkara yang perlu diberi keutamaan
dalam menyelesaikan kekangan masa belajar di
rumah ?
OPV  Mendapatkan pandangan orang lain Apakah pendapat anda cara penyelesaian
masalah saya ini berkesan selepas
dilaksanakan ? 

APS Pilihan-pilihan dan kemungkinan Apakah pilihan yang ada untuk saya membaiki
kelemahan saya dalam pelajaran ?
 

 
Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P.
 
OPV.
 
Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P.
 
Matapelajaran  : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan
Kaedah            : Lakonan
Isu                  : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu
dugong itu
                        tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak
tahu mencari
                        makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama
Si Tenang.
                        Bagaimanapun Pak Mat  terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.
Pelakon           : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan,
pelancong, penduduk
                        kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan          : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang
lain.
 

 
PMI.
 
Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P.
 
Matapelajaran   : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial / SRT
Kaedah            : Sumbangsaran
Isu                  : Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan sampah-
sarapnya. Ramai
                        penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan membuang
sampah ke dalam sungai.
Panduan          : Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing. Mereka mencari
ikhtiar bagaimana
                        untuk menangani isu ini.  Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan . Cari perkara
baik, buruk dan
                        menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.
 
 
CAF
 
Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P.
 
Matapelajaran   : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains
Kaedah            : Permainan kecil
Isu                  : Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah seorang muda
yang cuma tahu
                        menggunakan dua perkataan iaitu “ya’ dan ‘tidak’ . Maklumat lanjut terpaksa dicari sendiri
oleh murid /
                        pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi tadi.
Panduan          : Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua pertanyaan yang
diajukan. 
                        Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor  kemalangan yang diterbitkan oleh setiap
murid / pelajar yang
                        bertanya tadi adalah faktor-faktor     penting dalam mana-mana kemalangan lain di seluruh
negara. Soalan -
                        soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada murid / pelajar
selepas
                        permainan ini selesai.
 

 
APC.
 
Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.
 
Matapelajaran   : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran Hidup
Kaedah            : Lakonan
Isu                  : Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di dalam laut. Ibu
dugong itu tidak
                        ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati kerana tidak tahu
mencari makan
                        sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi nama Si
Tenang.
                        Bagaimanapun Pak Mat  terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang negara.
Pelakon           : Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan,
pelancong, penduduk
                        kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan          : Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan pendapat orang
lain.
 

 
FIP.
 
Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P.
 
Matapelajaran   : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah            : Amali / simulasi
Isu                  : Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka masak sendiri.
Mereka
                        ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan  resepi yang ada dalam simpanan
mereka sebagai
                        rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.
Bahan              : buku masakan / resepi masakan
Panduan          : FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan murid / pelajar
- pelajar.
 

 
APC.
 
Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.
 
Matapelajaran   : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan
Kaedah            : Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar
Isu                  : Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga. Bagi
mendapatkan sumber
                        tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya, kerajaan terpaksa
mencari dan
                        mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan      : Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang Lembaran
Pengurusan Grafik dll.
Kaedah            : Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari perpustakaan,
menggunakan
                        kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali maklumat,
kemahiran belajar ;
                        juga inkuiri penemuan .
 

 
C&S.
 
Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.
 
Matapelajaran   : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah            : Konsentrasi
Bahan              : Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)
Isu                  : Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.
Pendekatan      : Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau pelbagai
pendekatan lain yang
                        difikirkan lebih sesuai.
 

 
Senerio hari ini.
 
   “…….perlu segera habis sukatan.”
   “…… peperiksaan lebih penting.”
   “….. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.”
   “…....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.”
   “…….pelajar kurang persediaan.”
   “…….cukuplah sekadar yang ada.”
   “…….terlalu banyak kekangan / masalah.”
   “.......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.”
 
Ke mana tuju hala kita ?
 
   Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar semua perkara
kecuali untuk
   memikir
                                   - Domerque -
 
   Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh menggantikan pemikiran.
Kedua - duanya
   diperlukan untuk perkembangan intelek.
                                  - Edward de Bono -
 
Mengapa kemahiran berfikir ?
 
   “…..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, ….”
                                  - Falsafah Pendidikan Negara -
 
   “…..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif ….”
                                 - Objektif KBSM -
 
   “…..untuk mencapai hasrat Wawasan …..”
                                 - Wawasan 2020 -
 
 
Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.
 
   1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik
   
   2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk :
        -   permainan,
        -   simulasi
        -   lakonan
        -   mimik
        -   monolog
        -   dialog
        -   nyanyian.
 
Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ?
   1. Pendekatan bersepadu – penggunaan *Menu PSS
   2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
   3. Aktiviti seronok & menarik
   4. Kaedah yang mengembangkan intelek
   5. Persediaan murid dan guru
 
Apakah peranan KBKK dalam P&P ?
   1. Mengembangkan isi pelajaran
   2. Merangsang aktiviti guru dan murid
 
Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK.
   -  mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.
   -  maklumatnya jelas
   -  kesepaduan BBM dan alat KBKK
   -  menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran
   -  murah, tahan dan menarik
   -  selamat BBM, selamat pengguna
 

 
Kemahiran berfikir dan perpustakaan.
 
Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan perpustakaan untuk:
   -  menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber
   -  mencari maklumat
   -  menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi
   -  mencatat maklumat
   -  melapor maklumat, berkomunikasi
   -  menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.
 
Stail mengajar dengan integrasi KBKK.
 
   1. Patut dilakukan :
        -  Mudah dan seronok
        -  Jelas dengan apa yang sedang dilakukan
 
   2. Elakkan :
        -  Kekaburan
        -  Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang
        -  Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat
 
   3. Galakkan :
        -  Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan
memberangsangkan
        -  Bebas, fikiran dibuka dan terbuka
 
   4. Disiplin :
        -  Masa tepat dan cepat
        -  Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias.
 
Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).
  
Dua orang pemain A dan B.
 
   A : Kucing.
   B : Keluarga kucing di dalam hutan.
   A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk mengekalkan
spesis ini ?
   B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman Rimba Rimau
diwujudkan.
   A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau mungkin
mengancam manusia
        dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba Rimau ?
   B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia.
   A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian melepaskannya ke
dalam hutan.
   B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan populasinya
membiak perlahan.
        Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan semula ke
dalam hutan.
   A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan semula. Ini
menambahkan
        pesat populasi pembiakannya.
 

 
Bibliografi :
 
   1. Edward de Bono, ‘Teach yourChild How To Think’, Penguins Books
   2. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Pemikiran Logikal dan Kritikal, Kuala lumpur : Utusan Publications
   3. Edward de Bono, ‘Teach Yourself To Think’ , London : Viking, 1995.
 
Disediakan oleh,
 
   Nuradzian bin Nashrud-din
   Penyelaras, Pusat Kegiatan Guru Kawasan Tanjung Ipoh.
   Negeri Sembilan Darul Khusus

Isi Kandungan :

  Definisi dan tujuan kemahiran berfikir

  Kesilapan dalam berfikir

  Perbezaan otak dan minda

  Jenis-jenis kemahiran berfikir

  Jenis bahan yang digunakan


  Bagaimana KBKK diajar

  Ciri-ciri pemikir yang bijak

1. 0Pengenalan

 - setiap orang berfikir

- tidak perlu diajar seperti berjalan

- mengapa perlu belajar/mengajar berfikir ?

o tidak berfikir seperti mana yg sepatutnya

o tidak membuat keputusan yang baik dan selesaikan masalah

- Dalam Falsafah Pendidikan Negara :

o perkembangan daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama


dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani.

- memastikan kemahiran berfikir dikuasai oleh pelajar, maka objektif penguasaan


kemahiran berfikir telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah

- Dalam KBSR :

o antara objektif- membolehkan pelajar menguasai KB, dan


mengembangkan bakat serta kreativiti

- Dalam KBSM :

o mengembang dan meningkatkan daya intelek, serta pemikiran


rasional, kritis dan kreatif.

- Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan dilaksanakan


oleh KPM, antaranya Sekolah Bestari

- KB adalah elemen utama dalam kurikulum SB

- diajar merentasi kurikulum


- dengan harapan :

 kualiti pemikiran murid meningkat

 membuat keputusan dengan tepat

 menghasilkan idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yg kritis
dan kreatif

 dapat membeza baik dan buruk

 menghadapi cabaran terkini

  

2.0 Definisi Pemikiran

   " Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dialami. "
  

3. 0Tujuan KBKK

 mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan bijak

 mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara


lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah

 menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

 mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit

 meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan


intelek mereka

 bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina


keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan
alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

  

4.0 Kesilapan Dalam Berfikir


 i. Berfikir secara terburu-buru

o beri masa untuk berfikir

ii.Fikiran yang sempit

o aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran

o latihan menggunakan penyusun grafik banding beza

iii. Fikiran yang kabur

o latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan

o latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu


objek/perkara

o membuat kerangka karangan

 iv. Fikiran yang bercelaru

o Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan
penulisan

o menyusun isi-isi penting untuk karangan

o carta aliran

 5.0 Perbezaan Antara Otak Dan Minda


 

 otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-
sistem tertentu

 minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan

 otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau

 pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan

 hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis

 hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif

 kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti


berfikir dalam p & p.
 

 6.0 Jenis Kemahiran Berfikir


 

 - pelbagai jenis kemahiran berfikir

analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif,


konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.

 - secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:

o KB secara kritis

o KB secara kreatif

KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda


untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti
kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah "

contoh KB kritis :

o banding beza

o membuat kategori

o teliti bahagian kecil dan keseluruhan

o membuat sekuens

o menerang sebab

o membuat ramalan

o usul periksa andaian

o membuat inferens

o mengesahkan sumber maklumat

KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan


minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang
baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan "

contoh KB kreatif :

o menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai

o mencipta analogi

o mencipta metafora

 - kemahiran-kemahiran lain:

o kemahiran membuat keputusan

o kemahiran menyelesaikan masalah

7.0 Jenis Bahan Yang Digunakan


 

- Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan


suasana berfikir dikalangan pelajar

- Bahan boleh berbentuk :

i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita

ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu

iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun

- Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:

i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya


imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-
bagai  

" bagaimana jari anda ada 5 "

ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman


remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.

" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang


menunggang motor dengan laju "
iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka
alami dan gemari.

" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari


kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan
lakukan ? "

iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada


kehidupan remaja.

" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu


menentang. Apa yang patut kamu buat ? "

 - Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB


yang hendak diajar  

8.0 Bagaimana KBKK Diajar


 

- KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan
khas untuk KBKK )

- Ia diajar secara penyebatian

- Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke


dalam mata pelajaran yang diajar.

- 2 kaedah penyebatian :

i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh


dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :

a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya


tentukan KBKK

b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang


sesuai serta bahan

ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan


sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran
yang sesuai  

- unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-


langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan
kesesuian
- penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah
mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran
yang lepas.

 - Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :

i. apabila minda membuat persepsi

ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan


logikal

- mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan
mendalamkan daya persepsi

- kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat

- KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam


kemahiran reka cipta

- apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu


idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan

- reka cipta :

- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model

- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik

 9.0 Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik


 

 cekal melaksanakan tugas

 mendengar secara aktif/pendengar yang baik

 bekerjasama dengan orang lain

 jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )

 peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan


sekuen yang digunakan

 mahir dalam menyoal

 dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang


berlainan
 sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi

 kesediaan mengambil risiko dan cabaran

You might also like