You are on page 1of 3

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2011

AREKA RONALD ROBERT / PISMP PEND. KHAS SEMESTER 5

891120126209

Kejohanan olahraga tahunan (KOT) merupakan sukan yang diperkenalkan kepada


semua pelajar institut pendidikan guru Malaysia. Biasanya sukan ini hanya dianjurkan
dalam lingkungan masa 2 tahun sekali. Tetapi berbeza dengan tahun-tahun
sebelumnya, KOT ini dianjurkan secara berturut-turut bagi tahun 2010 dan 2011. Hal ini
berlaku kerana ia merupakan satu bentuk pembelajaran secara praktikal yang terdapat
dalam silibus mata pelajaran pendidikan jasmani untuk pelajar semester 5 ini iaitu
pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini
ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran
sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah membimbing dan menilai
sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama di kesempatan ini ialah mengenai kebaikan
yang saya perolehi sepanjang menjayakan program kejohanan olahraga tahunan 2011
ini. Sepanjang program ini banyak manfaat yang saya perolehi dari beberapa aspek.
Pertama ialah sebagai penganjur dan sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
ini.

Sebagai pelajar semester 5, kami diberi tanggungjawab sebagai penganjur untuk


menganjurkan KOT ini kepada semua pelajar maktab. Sebagai penganjur, semester 5
melibatkan 11 kelas keseluruhannya yang mana setiap ketua kelas diberikan
tanggungjawab memegang satu jawatan untuk dikendalikan. Walaupun sudah 4 tahun
saya meneruskan pengajian bersama dengan pelajar semester 5 yang lain, tetapi
masih terdapat segelintir daripada pelajar semester 5 ini yang saya kurang
berkomunikasi dan kurang rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat
merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka
seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di institut pendidikan guru ini.
Sebagai contohnya, saya kurang rapat dengan pelajar perempuan kelas matematik 1
dan 2, sains dan muzik. Tetapi melalui penganjuran ini, kami selalu bekerjasama
bersama dan mengadakan mesyuarat bersama untuk membincangkan hal-hal
berkaitan dengan KOT ini. Kami selalu berhubung dan bertukar-tukar nombor telefon
yang menyebabkan hubungan persahabatan kami bertambah akrab lagi.

Seterusnya, sebagai penganjur saya menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar junior


sama ada yang menyertai acara sukan ataupun tidak. Memandangkan masa kuliah
antara saya dengan pelajar junior kebanyakannya berbeza, jadi komunikasi antara saya
dengan mereka amatlah terhad. Oleh itu, melalui peranan saya sebagai penganjur saya
dapat mengenali ramai para pelajar junior terutamanya ketua kelas yang selalu
meminta maklumat mengenai perkembangan semasa KOT.

Sebagai penganjur juga membantu merapatkan hubungan antara kami pelajar dengan
tenaga pengajar iaitu pensyarah terutamanya pensyarah daripada Jabatan Pendidikan
Jasmani. Sebelum melaksanakan sesuatu idea itu, kami penganjur akan bermesyuarat
bersama dengan pensyarah pendidikan jasmani untuk mengemukakan pandangan itu
dan meminta pendapat pensyarah. Perbincangan akan selalu berlaku dan kami banyak
merujuk kepada pensyarah untuk setiap aktiviti yang ingin dijalankan. Secara tidak
langsung, bukan sahaja dapat kami dapat mengelolakan kejohanan ini dengan baik,
mendapat ilmu yang banyak dan berharga tetapi juga merapatkan hubungan baik
antara kami dengan pensyarah.

Selain itu, sebagai ketua kelas pendidikan khas semester 5, saya dan ahli kelas
diamanahkan untuk mengendalikan tugas sebagai ahli jawatankuasa siaraya dan
juruacara. Keadaan ini mengajar kami untuk bekerjasama dalam mengendalikan
sesuatu tugas itu. Kerjasama dapat dilihat melalui proses yang kami lakukan dari awal
sampai kejohanan ini berakhir. Langkah pertama kami menubuhkan organisasi kerja
dengan diketuai oleh ketua kelas dengan penolong ketua kelas, yang mana kami
menubuhkan jawatankuasa kerja seperti ajk peralatan, ajk perhubungan, setiausaha
dan ajk tugas-tugas khas. Keadaan ini adalah agar tugas yang diamanahkan ini mudah
untuk dikendalikan serta menggalakkan setiap ahli dalam kelas untuk bekerjasama
menjayakan tugas yang diamanahkan oleh ajk induk KOT. Sebagai pengerusi, saya
banyak menghadiri mensyuarat bersama pensyarah dan ajk induk untuk mengetahui
dan memberitahu tahap perjalanan tugasan yang diamanahkan kepada kami. Selain itu,
saya banyak berurusan dengan pihak seperti bahagian juruteknik dan penyengaraan
untuk berurusn mengenai sistem pembesar suara, ketua jabatan pendidikan jasmani,
pensyarah pendidikan jasmani serta pihak luar maktab. Keadaan ini memberi
pengalaman kepada saya sebagai seorang pengurus kerja yang baik serta memupuk
sifat tanggungjawab yang tinggi dalam diri.

Sebagai seorang guru pelatih di maktab perguruan pula, saya mendapat banyak ilmu
pengetahuan serta pengalaman walaupun baru berada pada semester 5. Sebagai
seorang guru di sekolah kelak, saya memang akan sentiasa terlibat dengan sukan
tahunan sekolah. Oleh itu, melalui pengalaman yang sudah saya ada pada penganjuran
KOT ini, saya boleh aplikasikan semasa menguruskan sukan tahunan di sekolah nanti.
Walaupun di sekolah nanti keadaannya berbeza dengan di maktab, tetapi dari aspek
pengurusan sukan sekolah keadaannya akan hampir sama. Oleh itu, saya boleh
menggunakan kemahiran sedia ada dalam pengurusan di samping menambahkan ilmu
untuk menjadi lebih baik dan berpengalaman lagi.

Secara keseluruhannya, sepanjang KOT ini berjalan dari sebelum ia dilaksanakan,


semasa dan selepas ia dilaksanakan semuanya memberi manfaat dan kebaikan
kepada diri saya sebagai penganjur, ajk pelaksana dan sebagai guru pelatih maktab.
Saya harap penganjuran yang serupa ini akan diadakan lagi pada masa hadapan
sebelum kami pelajar semester 5 menamatkan pengajian di maktab perguruan.
Sesuangguhnya maktab perguruan ini menyediakan peluang menimba ilmu yang
pelbagai bukan sahaja dalam pelajaran, sukan tetapi juga dari aspek pengurusan.

You might also like