You are on page 1of 18

P O L I T E K N I K

SULTAN AZLAN SHAH


35950 BEHRANG, PERAK DARUL RIDZUAN
(Tel.:05-4544431; Faks.:05-4544993)

BUKU PANDUAN

Buku Panduan Pendaftaran ini mengandungi;

q Maklumat Am
q Panduan Mendaftar
q Borang-borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam


panduan ini, fahamkan dan ambil tindakan yang berkaitan dengan
segera.
2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (BHHP1 – BHHP7).
3. Bawa Panduan Pendaftaran ini bersama semua borang yang telah
dilengkapkan semasa mendaftar diri di politeknik.
4. Borang yang telah disempurnakan perlu diceraikan dan diserahkan di
kaunter yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Edisi 14
[ jika ada cadangan sila kemukakan ke pejabat ini].
PERINGATAN:
1. YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA

Cara bayaran : BANK-IN


Bank : BANK SIMPANAN NASIONAL
Atas nama : POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
No. Akaun : 0810029000288382

SILA BAWA SALINAN SLIP WANG MASUK


PAD A HARI PENDAFTAR AN

2. BAYARAN PENDAFTARAN, MINGGU SUAIKENAL &


CAGARAN ASRAMA

Cara bayaran : BANK-IN


Bank : CIMB BANK
Atas nama : KOPERASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
TG. MALIM BHD.
No. Akaun : 0818-0000048-10-2

SILA BAWA SALINAN SLIP WANG MASUK


PAD A HARI PEND AFTAR AN

3. BAWA SLIP ASAL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN / SIJIL ASAL

(S AL I NAN K EP UT USA N/ SI J I L T I D AK AK AN DI T ERI MA)

NOTA
Anda boleh gunakan Slip Bayaran yang disertakan atau yang terdapat di kaunter Bank. Jika
anda menggunakan Slip Bayaran yang terdapat di kaunter bank pastikan anda menulis
maklumat seperti yang dinyatakan di atas, beserta Nama dan Nombor Kad Pengenalan anda.
Bawa salinan asal Slip Bayaran beserta SATU salinan fotostat pada hari pendaftaran.

Untuk bayaram Yuran Pengajian (RM200.00) dan Yuran Asrama (RM60.00),


GUNAKAN DUA SLIP BAYARAN YANG BERBEZA.
KAMPUS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

BLOK-BLOK ASRAMA (KAMSIS) TANGKI


AIR

V6 KAFETERIA
V2 V4

V5 PEJABAT V1 V3
WARDEN

PUSAT
ISLAM

GARAJ
STOR
PUSAT

KOMPLEKS
RUMAH
KAKITANGAN

KEJURUTERAAN MEKANIKAL

HAL-HAL
PELAJAR
KEJURUTERAAN AWAM

TREK OLAHRAGA & PADANG


MATEMATIK
PADANG BOLASEPAK RAGBI
SAINS &
KOMPUTER

PENGAJIAN AM
PUSAT SUMBER
KEJURUTERAAN DEWAN
ELEKTRIK KULIAH
PERDAGANGAN
UTAMA

KANTIN
PUSAT SUKAN
PENTADBIRAN PINTU
MASUK
KEDUA

DEWAN
PINTU
LATIHAN & SERBAGUNA MASUK TEMPAT LETAK
PENDIDIKAN
LANJUTAN
UTAMA KENDERAAN PELAJAR

SLIM RIVER
TANJONG MALIM HEP
PSAS
NOTA: LUKISAN TIDAK MENGIKUT SKALA
MAKLUMAT AM
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarya agar anda dapat
memulakan pengajian anda di politeknik dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

Sila rujuk pelan lokasi PSAS yang disertakan di muka belakang panduan ini.

2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a) Bawa dokumen asal : Kad Pengenalan, Surat Tawaran, Sijil-sijil Kokurikulum, dan Slip Keputusan /
Sijil Peperiksaan pada hari pendaftaran untuk semakan. PENDAFTARAN ANDA AKAN DITOLAK
SEKIRANYA ANDA GAGAL MENUNJUKKAN DOKUMEN-DOKUMEN ASAL TERSEBUT.

Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di
PSAS sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang
telah anda berikan ke Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia semasa memohon ke Politeknik.

b) Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum diserahkan
kepada pihak PSAS pada hari pendaftaran akademik.

3. BAYARAN / YURAN

a. Yuran Pengajian & Asrama


Perkara RM Kaedah Bayaran
Yuran Pengajian Bank-In (wang masuk) mana-mana
200.00 cawangan
(satu semester)

BSN
BANK SIMPANAN NASIONAL
Yuran ASRAMA (BSN) ke akaun
-jika ditawarkan dengan asrama 60.00 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
(satu semester, tidak termasuk makan & minum) (no. akaun : 0810029000288382)

b. Bayaran Pendaftaran & Minggu Suaikenal (MSK) – Tandakan BAYARAN PENDAFTARAN pada
SLIP BAYARAN CIMB (gunakan slip bayaran yang berasingan)
Program RM Kaedah Bayaran

Diploma bagi LULUSAN SPM/SPMV 500.00 Bank-In (wang masuk) mana-mana

CIMB
cawangan CIMB BANK ke akaun
Diploma bagi LULUSAN SIJIL POLITEKNIK / KOPERASI POLITEKNIK SULTAN
350.00 AZLAN SHAH TG. MALIM BHD.
SIJIL KOLEJ KOMUNITI
Diploma Lanjutan bagi LULUSAN DIPLOMA (no. akaun : 0818-0000048-10-2)
350.00
POLITEKNIK

c. Cagaran/Deposit Asrama – Tandakan LAIN-LAIN dan nyatakan DEPOSIT ASRAMA pada SLIP
BAYARAN CIMB (gunakan slip bayaran yang berasingan)
Perkara RM Kaedah Bayaran
Cagaran/Deposit Asrama- jika ditawarkan Bank-In (wang masuk) mana-mana
CIMB

dengan asrama cawangan CIMB BANK ke akaun


(akan dipulangkan sepenuhnya apabila pelajar KOPERASI POLITEKNIK SULTAN
100.00 AZLAN SHAH TG. MALIM BHD.
keluar daripada asrama – sekiranya pelajar tidak
dikenakan apa-apa potongan - sila lihat perkara 4)
(no. akaun : 0818-0000048-10-2)

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah
membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN (surat asal dan satu salinan yang disahkan)
semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan
oleh pelajar semasa pendaftaran.

3
Nota:
i. WANG POS (POSTAL ORDER) TIDAK AKAN DITERIMA
ii. PEMBAYARAN MENGGUNAKAN CEK PERSENDIRIAN & TUNAI
TIDAK AKAN DITERIMA
iii. SEMUA BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA ANDA
MENARIK DIRI SELEPAS MENDAFTAR.

4. PENEMPATAN DI ASRAMA

Penempatan di asrama adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan
kemudahan tersebut kepada semua PELAJAR BAHARU sesi / semester semasa. Untuk semester
berikutnya anda perlu bersedia mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan penempatan
di asrama.
Pelajar baharu yang tidak mahu menginap di asrama dinasihatkan datang lebih awal untuk mencari
bilik / rumah sewa yang berhampiran (sila hubungi HEP jika anda perlukan bantuan).

SEMUA pelajar yang menginap diasrama perlu membayar CAGARAN/DEPOSIT berjumlah RM100.00
(untuk kunci, bantal, tilam, langsir dan bayaran ke atas kerosakan harta modal asrama PSAS yang
terbukti disengajakan). Sila simpan salinan Slip Bayaran CIMB untuk tujuan tuntutan.

Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa melaporkan diri di ASRAMA
PSAS sila bawa:

a. Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas).


b. Sepasang Baju Melayu bewarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersampin) bagi pelajar
lelaki beragama Islam.
c. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP / HITAM, baju-T dll.
d. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah)
e. Borang BHHP-5, BHHP-6a dan BHHP-6b yang diisi dengan lengkap.
f. Barang keperluan harian untuk kegunaan anda semasa di asrama (boleh dibeli di Kedai KOPSAS)
g. Kasut kulit / kanvas bewarna hitam

Pelajar Asrama boleh membeli makanan dan minuman di kafeteria. Dianggarkan RM5.00 hingga
RM10.00 sehari untuk perbelanjaan makan.

5. BANTUAN KEWANGAN

1. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk
sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

2. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (kalau layak)
memohon biasiswa/pinjaman dari YAYASAN NEGERI masing-masing atau LAIN-LAIN AGENSI
sebelum mendaftar diri di PSAS. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke Politeknik untuk
tujuan tersebut. Setiap pelajar hanya dibenarkan menerima satu biasiswa/pinjaman sahaja.

3. Semua pelajar DIPLOMA layak memohon pinjaman PTPTN [RM5000/tahun].

4
A. PINJAMAN PTPTN

Ø Permohonan pinjaman adalah secara online melalui laman web ptptn


http://epinjaman.ptptn.gov.my/

Ø Akaun Pembayaran bagi pelajar Politeknik - BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Ø Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman web
http://www.ptptn.gov.my atau telefon PTPTN HOTLINE - 03-2092 7788

Maklumat Yang Anda Perlu Ada Sebagai Pemohon


Senarai maklumat yang diperlukan oleh pemohon bagi memudahkan pengisian butiran di laman
web adalah seperti berikut: -

i. Butiran Peribadi: -

• Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / Polis


• Alamat eMel yang sah
• Nombor Pin BSN (Untuk pemohon kali pertama, anda perlu beli nombor pin BSN di mana-mana
cawangan BSN)
• Nombor Pendaftaran Kecacatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkenaan)
• Alamat Tetap dan Surat-Menyurat
• Nombor Telefon Bimbit dan Telefon Tetap
• Nama Institusi, Kampus & Kursus, Jurusan, Nombor Matriks, Jenis Pengajian, Tempoh & Tarikh
Mula Kursus (jika mempunyai kelayakan pendidikan lain)
• Nama & Nombor Akaun Bank Islam (anda perlu membuka akaun sendiri)

ii. Butiran Ibu / Bapa / Pasangan / Penjamin: -

Ø Nombor Kad Pengenalan Baharu (12 digit) / Tentera / Polis


Ø Alamat Tetap Surat-Menyurat
Ø Nombor Telefon Tetap / Bimbit (Jika tidak ada nombor telefon tetap / bimbit, masukkan
nombor telefon saudara mara yang boleh dihubungi. Isikan kedua-dua nombor telefon
tersebut.)
Ø Alamat eMel yang sah (yahoo atau gmail)
Ø Gaji Kasar & Bersih (Slip gaji yang terkini)
Ø Nombor Cukai Pendapatan
Ø Nombor Ahli KWSP (jika bekerja)
Ø Akuan Bersumpah (Pesuruhjaya Sumpah / Majistret) sekiranya ibu/bapa bercerai atau tidak
dapat dikesan.

5
Ø Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN dikehendaki menyediakan SATU
SALINAN YANG DISAHKAN (kertas A4) dokumen sokongan seperti berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (salinan muka depan dan belakang Kad Pengenalan pada satu
helaian yang sama);

ii. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik;

iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);


(bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM, hanya slip yang tidak melebihi
tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai);

iv. Salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain.
Contoh : Sijil Politeknik KPT / Sijil MLVK;
(sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk
tersebut, jika pemohon belum menerima sijil dan pada transkrip peperiksaan juga tidak
dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil);

v. Salinan Pengesahan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB);

vi. Penyata pendapatan ibu/bapa/penjaga/suami/isteri pemohon;


Slip Gaji atau Borang J (bagi yang bermajikan) atau Surat Pengesahan Pendapatan yang disahkan
oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa
Pendamai / Pengamal Undang-undang / Wakil Rakyat / Senator / Penggawa / Penghulu (bagi yang
bekerja sendiri);

vii. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa sebagai maklumat penjamin;

viii. Salinan Sijil Kematian / surat pengesahan kematian ibu / bapa pemohon sekiranya telah meninggal
dunia;

ix. Salinan surat Perakuan Penceraian / Surat Akuan Sumpah sekiranya ibubapa pemohon telah
bercerai / atau tidak dapat dikesan;

x. Surat Akuan / Pengesahan ibubapa penerima bantuan Baitulmal atau Jabatan Kebajikan
Masyarakat.

xi. Dua (2) keping Setem Hasil bernilai RM10.00 setiap satu. Sila dapatkan di Pejabat Pos

(Salinan dokumen sokongan hendaklah menggunakan kertas putih A4 dan perlu disahkan)

6. RUPA DIRI

Pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan seperti terkandung di dalam buku Peraturan Am
Pelajar Politeknik Kementerian Pegajian Tinggi Malaysia serta apa-apa peraturan bertulis di
politeknik.

Secara umumnya pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar
Islam) dan bersopan.

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah),
seluar trek (track bottom) berwarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti
kokurikulum.

Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:

6
Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
Baju/Pakaian
1. Baju kemeja berlengan panjang atau 1. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas
pendek. dan sopan bagi semua pelajar Islam.
2. Baju -T tidak berkolar adalah dilarang. Baju T 2. Baju -T tidak berkolar adalah dilarang. Baju T
jenis berkolar yang dibenarkan mestilah tidak jenis berkolar yang dibenarkan mestilah tidak
mempunyai tulisan atau gambar yang mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar atau negatif. membawa pengertian liar atau negatif.
3. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar 3. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian
(tuck-in). yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis
dan mendedahkan mana-mana bahagian
badan seperti dada, bahu dan belakang
adalah dilarang.
4. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan 4. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai
sempurna. ke pergelangan tangan.
5. Pemakaian baju Melayu (baju Kebangsaan) 5. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi
dibenarkan tetapi hendaklah lengkap paras punggung.
sepasang beserta samping dan songkok 6. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt'
hitam. yang lebih pendek dari paras lutut.

Seluar
1. Seluar 'slack' panjang. 1. Seluar 'slack' panjang.
2. Seluar “JEANS” yang TIDAK 2. Seluar “JEANS” yang TIDAK
ketat/lusuh/koyak/bertampal adalah ketat/lusuh/koyak/bertampal adalah
dibenarkan. dibenarkan.
3.Seluar dengan “poket yang banyak” dan 3. Seluar dengan “poket yang banyak” dan
bertampal-tampal tidak dibenarkan. bertampal-tampal tidak dibenarkan.
4. Jika memakai Sarung/Maxi hendaklah labuh,
longgar., tidak jarang & tidak ketat.
Kasut
1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan 1. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan
sempurna berstokin. sempurna berstokin.
2. Kasut sukan dibenarkan. 2. Kasut sukan dibenarkan.
3. Selipar, terompah, capal, sandal dan 3. Selipar, terompah, capal , kasut platform dan
seumpamanya adalah dilarang. seumpamanya tidak dibenarkan.
4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi 4. Kasut yang berladam logam yang berbunyi
bising adalah dilarang. bising adalah dilarang.
5. Kasut mestilah menutup jari kaki dan tumit.
Rambut
1. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras 1. Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti
belakang tidak melebihi paras kolar baju, yang disyariatkan Islam.
aras tepi tidak melebihi paras setengah
telinga dan aras depan tidak melebihi aras
dahi.
2. Rambut berfesyen seperti "afro", "punk", 2. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang
berekor dan diwarnakan adalah dilarang. pelajar perempuan.
3. Tidak botak kecuali yang disyariatkan 3. Rambut berfesyen seperti "afro", "punk",
agama. berekor dan diwarnakan dilarang.
Perhiasan
1. Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang 1. Tidak digalakkan memakai barang kemas.
melainkan cincin. Cincin emas adalah 2. Mencukur bulu kening dan solekan yang
dilarang. berlebihan dilarang.
2. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan. 3. Hanya sebentuk cincin sahaja dibenarkan.

7
8
7. KENDERAAN

a) Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan bermotor.


b) Pelajar Harian (tidak tinggal di Asrama) yang memandu kenderaan sendiri hendaklah
mendaftarkan kenderaan masing-masing dengan membeli PAS KENDERAAN (bawa bersama lesen
memandu dan cukai jalan/insuran yang sah) di Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Kenderaan
hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.
(Rujuk Papan Tanda dan arahan Pengawal Keselamatan).

8. HAL-HAL LAIN

a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti “track-bottom”, baju T (keutamaan
putih), kasut dan stokin sukan. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang
menutup aurat.
b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian bersolat yang lengkap.
c) Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan.
(Boleh dibeli di kedai KOPSAS.)

NOTA:
Maklumat Tambahan Untuk SEMUA PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL & JABATAN
KEJURUTERAAN AWAM :

Pelajar Dikehendaki Menyediakan Wang Tunai Anggaran RM60.00 Untuk Pembelian “Safety Boots”.

9. PECAHAN BAYARAN PENDAFTARAN

Berikut adalah anggaran pecahan Bayaran Pendaftaran & Minggu Suaikenal (tertakluk kepada
perubahan):

Bil. Bayaran Semua Program


1 Barangan MSK **RM139.00-RM210.00
2 Buku Panduan & Aktiviti MSK RM90.00
3 Sukan & Kokurikulum RM50.00
4 Peperiksaan/ Kad pelajar/JPP/Tabung Kebajikan RM35.00
5 Aktiviti & Kebajikan Asrama* RM30.00
6 KOOP RM25.00
7 Pusat Sumber/Kaunseling & Kerohanian RM25.00
8 Insuran Berkelompok (3 tahun) RM45.00

Nota:
• *JIKA DITAWARKAN ASRAMA
• **Terdapat Perbezaan Bayaran antara Program Pengajian; dan antara Pelajar Lelaki &
Perempuan.

9
PETIKAN AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (Tatatertib), 1976 (Akta 174) pindaan 1997
10.
a) Kehadiran Di Kuliah
Kehadiran di kuliah adalah wajib. Pelajar hendaklah dengan seberapa segera memberitahu
pensyarah yang berkenaan sebab-sebab tidak hadir yang memuaskan hatinya dan mendapatkan
kelulusan mengenainya.
b) Pakaian dan Penampilan Diri
Pelajar hendaklah berpakaian secara sopan atau bersesuaian ketika menghadiri kuliah, tutorial,
peperiksaan, kelas, bengkel atau ketika melibatkan diri atau menghadiri apa-apa aktiviti sama
ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam
kampus.
c) Kad Pelajar
Pelajar hendaklah memakai Kad Pelajarnya pada bila-bila peristiwa dan pada bila-bila masa
sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. Kad pelajar hendaklah dipakai
ditempat yang sesuai dan mudah dilihat. Sebarang pengubahsuaian terhadap kad pelajar adalah
dilarang sama sekali.
d) Keengkaran
Jika seseorang pelajar tidak mematuhi atau melanggar sesuatu arahan atau kehendak yang sah
yang diberi atau dibuat oleh mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja politeknik yang
diberikuasa untuk memberi atau membuatnya dalam kampus, maka pelajar itu adalah bersalah
atas suatu kesalahan tatatertib.
e) Judi Dalam Kampus
Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh
mengorganisasi, mengurus, menjalankan atau membantu dalam mengorganisasi, mengurus atau
menjalankan, atau menyertai, apa-apa judi, pertaruhan atau loteri dalam kampus.
f) Minum Atau Memiliki Liquor (Arak) Dan Mabuk
Tiada seseorang pelajar boleh meminum atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau
kawalannya apa-apa liquor (arak) di dalam kampus.
g) Bahan-Bahan Lucah
Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-
apa bahan lucah di dalam kampus.
h) Dadah Dan Racun
Tiada seseorang pelajar boleh ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-
apa dadah atau racun.
i) Kebersihan Di Dalam Kampus
Seseorang pelajar tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menjejas kebersihan dan
kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau kebersihan atau kekemasan
mana-mana asrama, dewan kuliah, jalan, taman atau kebersihan atau kekemasan mana-mana
bangunan atau binaan lain di dalam kampus.
j) Larangan-larangan AM
Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan, samada di dalam atau di luar kampus, secara yang
boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan atau
namabaik Institusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau namabaik mana-mana pelajar,
kakitangan, pegawai, atau pekerja Institusi, atau kepada ketenteraman atau keselamatan
awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau tatatertib.
k) Tindakan Tatatertib
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan
mana-mana satu daripada hukuman-hukuman mengikut Akta 174 pindaan 1997, Jad.2, Bah. V,
Kaedah 48, yang membawa kepada denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau
pembuangan daripada Institusi atau kedua-duanya sekali.

10. KAWASAN LARANGAN MEROKOK

Kampus POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH merupakan KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Anda
boleh dikenakan tindakan disiplin sekiranya ditangkap merokok di mana-mana kawasan di
kampus.

10
PANDUAN MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada
hari Pendaftaran Asrama dan Pendaftaran Akademik berjalan dengan lancar. Anda tidak akan
didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN ASRAMA

Tarikh dan waktu pendaftaran asrama serta maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat
iringan.

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan asrama yang telah ditetapkan bermakna anda
menolak tawaran ini.)

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN AKADEMIK

2.1 DOKUMEN-DOKUMEN ASAL yang berikut:-

2.1.1 Kad Pengenalan


2.1.2 Salinan Slip Bayaran BSN (Yuran Pengajian & Yuran Asrama)
2.1.3 Salinan Slip Bayaran CIMB (Bayaran Pendaftaran & Cagaran Asrama)
2.1.4 Surat Tawaran ke Politeknik
2.1.5 Sijil Asal atau Slip Keputusan Asal Peperiksaan SPM/SPM(V)
2.1.6 Dokumen ko-kurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri)
2.1.7 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

a) BHHP1 -Borang Maklumat Peribadi Pelajar


b) BHHP2 -Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung
c) BHHP3 -Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan
d) BHHP4 -Akujanji Pelajar PSAS
e) BHHP5 -Borang Pendaftaran Asrama
f) BHHP6A -Borang Jaminan Tatatertib Asrama (A)
g) BHHP6B -Borang Jaminan Tatatertib Asrama (B) (Salinan Pelajar)
h) BHHP7 -Laporan Pemeriksaan Doktor

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen ASAL, pendaftaran anda boleh DITOLAK)

2.2 Lapan keping (termasuk yang dilekatkan pada borang) gambar warna yang terbaharu ukuran
pasport / lesen memandu. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut
pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan
bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung.

SILA CATATKAN NAMA DAN PROGRAM ANDA DI BELAKANG SETIAP KEPING GAMBAR.

11
2.3 Bayaran yang perlu dijelaskan SEBELUM DATANG KE PSAS.

Jumlah Bayaran
Bil. Perkara Cara Bayaran
(RM)
1. Yuran Pengajian 200.00
BANK-IN ke BSN akaun:
Yuran Asrama
POLITEKNIK TANJONG MALIM
2. (yang menerima tawaran 60.00 (POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH)
asrama)
Bayaran Pendaftaran & MSK :

I) LULUSAN SPM / SPMV 500.00


3. II) LULUSAN SIJIL BANK-IN ke CIMB akaun:
350.00
POLITEKNIK KOPERASI POLITEKNIK SULTAN
AZLAN SHAH TG. MALIM BHD.
III) LULUSAN DIPLOMA
350.00 (KOPSAS)
POLITEKNIK
Cagaran/Deposit Asrama
4. (yang menerima tawaran 100.00
asrama)
Nota :

A. SEMUA bayaran hendaklah di “BANK-IN” sebelum hari pendaftaran.


Sila bawa salinan Slip Bayaran sebagai pengesahan dan untuk semakan.
(JANGAN DIPOSKAN)

B. Sila pastikan nama, no. kad pengenalan dan program anda di catatkan pada Slip Bayaran
yang digunakan.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda
berhenti dari menjadi pelajar PSAS.

C. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta
hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan
semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah
dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya


untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

3. PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN ASRAMA & PENDAFTARAN AKADEMIK
AKADEMIK
Sewaktu mendaftar pelajar hendaklah berpakaian sempurna dengan rupa diri yang kemas seperti
yang dijelaskan dalam Maklumat AM perkara 6.

3.1 Pelajar lelaki hendaklah memakai BAJU KEMEJA PUTIH dan SELUAR SLACK HITAM (GELAP),
serta memakai stokin dan KASUT HITAM.

3.2 Pelajar perempuan hendaklah memakai: BAJU KURUNG/BLOUSE PUTIH (plain), KAIN SARUNG
HITAM DAN KAIN TUDUNG HITAM (pelajar Islam) /SKIRT LABUH HITAM yang kemas dan
bersopan serta memakai stokin dan KASUT HITAM (bertutup penuh).

3.3 Rambut mestilah kemas dan bagi pelajar lelaki hendaklah PENDEK DENGAN PARAS BELAKANG
TIDAK MELEBIHI PARAS KOLAR BAJU, PARAS TEPI TIDAK MELEBIHI PARAS ATAS TELINGA DAN
PARAS DEPAN TIDAK MELEBIHI PARAS DAHI.

PEMAKAIAN TOPI, SELUAR JEANS, SELUAR PENDEK, SELUAR SUKAN DAN BERSELIPAR
ADALAH DILARANG.
12
4. PENDAFTARAN AKADEMIK

a Pendaftaran Akademik dijalankan SEHARI selepas pendaftaran asrama (melibatkan PELAJAR


sahaja). Pendaftaran dilakukan atas kepercayaan bahawa calon telah memberi maklumat dan
salinan dokumen yang disahkan dengan jujur dan betul. Sekiranya didapati ada maklumat
palsu dan bercanggah dengan dokumen asal pada bila-bila masa, maka pendaftaran akan
dibatalkan dan wang yuran / bayaran TIDAK dikembalikan.

b Pelajar perlu pergi ke PUSAT SUMBER untuk Pendaftaran Akademik pada waktu yang
ditetapkan.

c. Pelajar hendaklah mengikut arahan AJK Pendaftaran agar pendaftaran dapat dijalankan dengan
lancar dan selesa kepada semua pihak.

5. MINGGU SUAIKENAL (MSK)

a) SEMUA pelajar baharu PSAS diwajibkan mengikuti program Minggu Suaikenal yang bermula
selepas selesai Pendaftaran Akademik. Ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala
urusan lain hendaklah diluar waktu program tersebut.

b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kemeja lengan panjang putih dan seluar slack
hitam/gelap sewaktu sesi taklimat / ceramah (atau pakaian lain seperti diarahkan).

c) Pelajar perempuan dikehendaki memakai baju kurung putih, kain tudung hitam dan kain
sarung/skirt labuh hitam/gelap (plain) sewaktu sesi taklimat/ceramah (atau pakaian lain
seperti diarahkan).

d) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan.

6. SENARAI PROGRAM MENGIKUT JABATAN

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)

• Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) • Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)


• Diploma Perkhidmatan Bangunan (DPB) • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK)
• Diploma Ukur Bahan (DUB) • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)

Jabatan Perdagangan (JP) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)

• Diploma Akauntansi (DAT) • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)


• Diploma Pemasaran (DPR) • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) (DTP)
• Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) • Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
• Diploma Pengajian Perniagaan (DPM) • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)
• Diploma Lanjutan Kejuruteraan Reka Bentuk dan
Pembuatan Automotif (AAD)

13
(PELAJAR SERTA IBU/BAPA/PENJAGA)

PELAJAR DIKEHENDAKI MENDAFTAR DIRI DI BLOK YANG TELAH


DITETAPKAN
(SILA RUJUK SURAT IRINGAN)

AKTIVITI KAUNTER PERKARA YANG PERLU DIBUAT OLEH CALON

1. Pelajar diminta pergi ke Asrama Berkaitan, tunjukkan K.P, slip


KAUNTER 1. Semakan Dokumen bayaran Yuran, Cagaran dan Borang-borang Pendaftaran
A untuk semakan.
2. Serah kunci bilik
2. Pelajar terima Kunci Bilik.

AKTIVITI KAUNTER PERKARA YANG PERLU DIBUAT OLEH CALON

1. Keluarkan resit 1. Pelajar serahkan Slip Bayaran CIMB (Bayaran Pendaftaran)


KAUNTER KOPSAS, dan dan terima resit KOOP.
B 2. Serahkan 2. Pelajar terima Barangan MSK.
Barangan MSK

PELAJAR DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN WANG SECUKUPNYA


UNTUK PERBELANJAAN MAKAN & MINUM DI ASRAMA
SEBELUM DAN SELEPAS MSK.
MAKAN & MINUM SEMASA MSK AKAN DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA DAN KOSNYA TELAH DIMASUKKAN DI DALAM
BAYARAN PENDAFTARAN

IBU/BAPA/PENJAGA DIJEMPUT UNTUK MENDENGAR


TAKLIMAT PADA MASA & TEMPAT YANG AKAN
DIMAKLUMKAN

14
KAUNTER SERAHAN DOKUMEN (BHHP1-BHHP7)

AKTIVITI KAUNTER PERKARA YANG PERLU DIBUAT OLEH CALON

1. Menerima dokumen 1. Pelajar diminta beratur mengikut program masing-masing.


(BHHP1-BHHP7) 2. Menunjukkan K.P
dan memasukkan 3. Pelajar serahkan Borang-borang Pendaftaran (BHHP1-
ke dalam fail BHHP7).
pelajar. Simpan.

KAUNTER PENDAFTARAN

AKTIVITI KAUNTER PERKARA YANG PERLU DIBUAT OLEH CALON

1. Catatkan no.siri 1. Serahkan Salinan Slip Bayaran BSN sebagai bukti Bayaran
bayaran. Yuran Pengajian & Asrama; Slip Bayaran CIMB sebagai bukti
Bayaran Pendaftaran & MSK serta Cagaran/Deposit Asrama.
2. Daftarkan Pelajar 2. Mencatat nombor pendaftaran pada kad pelajar sementara
dan beri nombor
pendaftaran.

15
PLAN LOKASI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

UTARA
LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

JALAN PERSEKUTUAN

PERSIMPANGAN SLIM RIVER

KAMPUS
POLITEKNIK
SULTAN AZLAN SHAH
(PSAS) PERSIMPANGAN BEHRANG

PERSIMPANGAN TANJONG MALIM TANJONG MALIM

SELATAN
NOTA: LUKISAN TIDAK MENGIKUT SKALA
SILA LENGKAPKAN MAKLUMAT PADA KAD PELAJAR SEMENTARA

SILA LEKATKAN GAMBAR ANDA DI RUANGAN YANG PP O O LL II TT E KK N N II KK


DISEDIAKAN DAN LENGKAPKAN MAKLUMAT PADA KAD
PELAJAR SEMENTARA INI. KAD INI HENDAKLAH DIGUNAKAN
SS U
U LL TT A
AN A
A ZZ LL A
ANN SS H
HAAH
H
SEHINGGA KAD PELAJAR ANDA SIAP DICETAK. NOMBOR
PENDAFTARAN ANDA AKAN DIMAKLUMKAN PADA HARI KAD PELAJAR
PENDAFTARAN. SILA
LEKATKAN NAMA :
GAMBAR
ANDA
NO K.P. :

You might also like