You are on page 1of 7

ASSIGNMENT FALSAFAH & LOGIKA

MELAYU

KUPASAN BERKAITAN PANTUN


PERIBAHASA

NAMA ; SARIMAH BINTI BAKAR

NO. MATRIK ; JEA080123

NAMA PENSYARAH ; PROFESOR


AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR ; CIK NURUL


PENGENALAN
Prosa traditional merupakan penghasilan hasil karya kreatif sebelum

bermulanya sastera moden.Sastera ini merupakan yang tertua dan satu-satunya

jenis kesusasteraan yang wujud sebelum masyarakat Melayu mengenali sistem

tulisan.Ciri-cirinya adalah seperti;

1.Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit

2.Tidak terdapat nama pengarang kerana berasal daripada cerita lisan

3.Mempunyai unsur-unsur mitos dan lagenda

Antara contoh prosa traditional ialah pantun.Pantun merupakan

pengucapan kemelayuan sejak dahulu kala sehingga kini.Dalam pantun terkandung

seluruh jiwa,seni,kebijaksanaan,budi bahasa,dan pandangan dunia Melayu.Pantun

Melayu sarat dengan kiasan dan nasihat.

Dari sudut epistemologi pula, pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu

pembayang dan maksud atau sampiran dan isi.Namun demikian kedua-dua

bahagian ini bertemu secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yang

begitu indah.Kedua-dua bahagian ini diibaratkan dua struktur yang saling

melengkapi dan tidak dapat dipisahkan.

Antara contoh pantun Melayu ialah pantun peribahasa yang merupakan

satu pantun yang penuh dengan kiasan berkaitan sesuatu perkara dimana terdapat

unsur nasihat di dalamnya.


CONTOH PANTUN PERIBAHASA ;
Tinggi sungguh Gunung Daik,
Mercunya nampak terang berkelium;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Kayu bakar dibuat arang,


Arang dibakar memanaskan diri;
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,


Ramai orang tengah berjaga;
Carik-carik si bulu ayam,
Lama-lama bercantum juga.

Kayu keras si kayu kampas,


Alas tempat orang berjudi,
Ada beras kerja pun deras,
Ada padi kerja pun menjadi.

Kalau ada duit sekupang,


Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.

FALSAFAH DISEBALIK PANTUN


Tinggi sungguh Gunung Daik,
Mercunya nampak terang berkelium;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Secara keseluruhannya,pantun diatas membawa maksud seseorang individu yang

baik akan sentiasa diterima oleh masyarakat walau di mana pun dia berada.Dalam

pembayang pantun jelas menunjukkan penulis mengaitkan unsur alam dengan maksud

yang ingin disampaikan iaitu antara benih dan juga laut.Dari sudut falsafah dapat

difahami bahawa sesuatu yang berasal dari benih atau keturunan yang baik akan menjadi

sesuatu yang berguna kapada orang lain.

Kayu bakar dibuat arang,


Arang dibakar memanaskan diri;
Jangan mudah menyalahkan orang,
Cermin muka lihat sendiri.

Pantun diatas membawa makna yang positif iaitu menyuruh masyarakat untuk

melihat kekurangan yang terdapat pada diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain

berkaitan sesuatu perkara.Dari sudut falsafah masyarakat Melayu amnya,lebih suka untuk

bermuhasabah diri iaitu sentiasa menyedari bahawa setiap individu mempunyai

kelemahannya yang tersendiri.Dalam pembayang pantun,jelas menunjukkan perkaitan

antara unsur alam iaitu kayu bakar yang dijadikan arang dan arang tersebut di bakar

untuk memanaskan diri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,


Ramai orang tengah berjaga;
Carik-carik si bulu ayam,
Lama-lama bercantum juga.

Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud adik-beradik yang

bergaduh,lambat-laun akan berbaik semula.Dalam rangkap maksud pantun diibaratkan

seperti carik-carik bulu ayam yang lama kelamaan akan bercantum semula.Hal ini

disebabkan hubungan darah diantara adik-beradik yang tidak boleh diputuskan.Dari sudut

falsafah,masyarakat Melayu memang menitikberatkan kasih sayang atau silaturahim

antara adik-beradik kerana ia merupakan salah satu asas kepada kebahagiaan sesebuah

keluarga.

Kayu keras si kayu kampas,


Alas tempat orang berjudi;
Ada beras kerja pun deras,
Ada padi kerja pun menjadi.

Secara keseluruhannya rangkap pantun diatas membawa maksud sekiranya kita

mempunyai kemahiran dan keupayaan berkaitan sesuatu perkara maka segala kerja yang

dilakukan akan menjadi mudah dan senang.Dari sudut falsafah terdapat unsur pengajaran

dalam rangkap pantun diatas iaitu kita seharusnya memiliki kemahiran yang mantap

sebelum mencuba untuk melakukan sesuatu kerja agar kerja tersebut tidak menjadi sia-sia

dan merugikan diri sendiri.Masyarakat Melayu selalu menerapkan dalam kehidupan

seharian agar masyarakat tidak melakukan perkara yang sia-sia atau tidak berfaedah.
Kalau ada duit sekupang,
Boleh beli cuka mentahun;
Habis padi burung terbang,
Bagai ulat tak kenangkan daun.

Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud seseorang yang sudah lupa

diri.Dalam rangkap maksud dikaitkan unsur flora dan fauna iaitu padi dan juga

burung.Dari sudut falsafah,burung menjadi simbol kepada orang yang lupa diri kerana

burung lantas terbang setelah padi habis di makannya.Selain itu,ulat turut diibaratkan

sebagai seseorang yang lupa diri kerana ulat telah melupakan daun sedangkan daun

adalah asal usul ulat.Berdasarkan pantun diatas terdapat unsur pengajaran didalamnya

iaitu kita tidak seharusnya lupa diri kerana sifat ini akan membawa kepada kehancuran

diri sendiri.

KESIMPULAN

Berdasarkan pantun peribahasa yang telah saya kupas dapat disimpulkan atau

dirumuskan secara keseluruhannya bahawa karya klasik Melayu mempunyai nilai

estetikanya yang tersendiri.Disebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat

atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud

disebaliknya.Sebagai generasi baru kita hendaklah melakukan kajian tersebut agar nilai-

nilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.
BIBLIOGRAFI

1.2007, Kamus Dewan Edisi ke empat, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan

Pustaka

2.Lagu Rakyat,Memupuk Kesantunan Melayu, Rogayah A.Hamid dan

Jumaah Ilias.

3.1995 , Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu Kumpulan

Kertas Kerja Hari Sastera

4.Sumber internet

You might also like