You are on page 1of 11

Definisi Konsep

Terdapat dua definisi konsep yang akan dibincangkan iaitu definisi teoritikal dan
definisi operasional.

1) Definisi Teoritikal

Fonologi

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi


mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,
khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat
Henderson yang menyatakan “ the study of the
systematicorganization of selected speech sounds in the spoken
form of individual language has variously been called phonology”.

Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula,


“ phonology is the study of the function and patterning of speech
sounds “ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan
pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh
manusia”.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,


fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna
yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu
umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri.
Fonetik

Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah


kajian adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu,
fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan
memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik
memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi
memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi
ujar itu.

Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala


bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi
manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan
memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr.

Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979)


“the study of the sounds human beings employ when speaking a
language is phonetics”. Penyataan yang dinyatakan dapat kita
terjemahkan yang barmaksud “penkajian tentang bunyi-bunyi oleh
manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik
Definisi Operasional

Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati
bahawa saya mendapati bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud tersendiri.

Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Fonetik

Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi
tersebut

~Dalam fonologi bahasa Melayu,ia terbahagi kepada dua cabang yang utama
iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik pula dibahagikan lagi kepada tiga iaitu fonetik
penghasilan bunyi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

Manakala fonemik pula mengandungi fonem-fonem iaitu fonem vokal, konsonan dan
diftong. Dalam fonem bahasa melayu turut membincangkan tentang alat-alat artikulasi,
daerah-daerah artikulasi dan cara-cara artikulasi.
Kerangka perbincangan
Fonetik

Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota


tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah
proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi –bunyi bahasa di mental
dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi
bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori)

Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang
mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi
ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data
deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu.

Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala


bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi
bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan
simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas
(1985).

Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979)


pula, “The study of the sounds human beings employ when speaking a
language is phonetics.” Pernyataan yang dinyatakan dapat kita

terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian tentang bunyi-bunyi


oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.”
Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni
penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang
digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik.
Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para
pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-
alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut
dikenali sebagai fonetik artikulasi.

Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini, ia


melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji
pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan
sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan
sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula,
deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan.
Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam
pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi,
dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal
bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut,
bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-
masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik.

Fonemik

Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian
tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitik beratkan analisis bunyi
sesuatu bahasa.
Fonem-fonem bahasa Melayu

Vokal

Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-
paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang
gangguan. Vokalperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga

bahagian iaitu:
i Vokal hadapan
ii Vokal tengah
iii Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah

Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan


lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri
daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan
bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian
tengah lidah.

Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam


penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal.
Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi
vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:

Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa


menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam


pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah
mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan.

Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam


penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan
bibir boleh berbentuk seperti berikut:

• Hampar
• Separuh hampar
• Bundar
• Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau
bundar dan separuh bundar.
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa
menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut
Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa

Konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari
peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila
udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu
konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan
diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

 dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).


 dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
 dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
 satu konsonan hentian glotis. ( ? )
 dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
 dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara (s) dan
geseran glotis bersuara ( h ).
 satu konsonan getaran bersuara ( r ).
 satu konsonan sisian bersuara ( I ).
 empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
 dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua
bibir bersuara ( w ).
 satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah


artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita
suara,glotis dan rongga hidung

You might also like