You are on page 1of 3

Bahagian A(i) - Ringkasan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Persoalan keruntuhan moral remaja Malaysia memang menjadi topik popular dalam
kalangan pengkaji sosial sejak sekian lama. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka untuk
menangani masalah itu. Setiap keluarga digalakkan menyertai program bercirikan
kemasyarakatan, kekeluargaan, rumah tangga, dan belia. Namun kita berpendapat bahawa
masalah ini bukanlah sepatutnya berakhir dengan menganjurkan seminar, bengkel atau kursus
semata-mata. Masalah sebenar berlaku akibat tekanan yang kuat di persekitaran tempat tinggal.
Kealpaan segelintir ibu bapa juga bertanggungjawab menyebabkann keruntuhan moral yang
merupakan faktor keruntuhan institusi keluarga.
Selain itu, pengaruh negatif dan rakan sebaya merupakan punca masalah. Dalam
keghairahan mengejar kemajuan, ibu bapa tertumpu kepada kerjaya sehingga terlupa memberi
kasih sayang kepada anak-anak. Si anak pula mengambil kesempatan terhadap ruang yang
terbuka luas di depan mata. Dalam waktu yang sama, ibu bapa tidak pernah memantau
pergerakan anak di luar rumah. Sudahlah tidak memantau, mereka terlalu percaya akan kata-kata
anak mereka. Keadaan diburukkan lagi oleh sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi
dengan anak-anak kerana tekanan kerja.
Selain itu, kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi unsur
negatif telah gagal untuk kita menyekatnya dan telah menyumbang kepada keruntuhan moral
remaja. Kita yakin, dengan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat sahaja dapat menangani
gejala buruk dari Barat. Selain memberi penekanan kepada ilmu yang dapat memajukan kita
sebagai satu bangsa yang dihormati, kita juga perlu berpegang kepada pendidikan agama.
Pengetahuan kita terhadap sesuatu perbuatan yang ditegah oleh agama, akan menghindarkan kita
daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan budaya.
Masalahnya kebanyakan remaja hari ini terlalu bersikap ingin mencuba sesuatu yang
baharu yang tidak pasti kesan positifnya. Golongan remaja yang berbuat demikian tanpa
memikirkan implikasinya terhadap diri, masyarakat, dan negara. Oleh itu golongan remaja
perlulah berfikir secara mendalam sebelum bertindak. Ingat, biarlah menangis dahulu, jangan
menangis kemudian.

Bahagian A(ii) – Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata masa senggang dalam petikan.


2. Jelaskan pandangan sesetengah pihak yang kurang bersetuju tentang pemberian kerja rumah
kepada murid-murid.
3. Pada pendapat anda, selain menyiapkan kerja rumah, apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan oleh murid untuk berjaya dalam pelajaran?
Bahagian A(i) - Ringkasan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya keruntuhan moral remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Persoalan keruntuhan moral remaja Malaysia memang menjadi topik popular dalam
kalangan pengkaji sosial sejak sekian lama. Sehubungan itu, pelbagai program dirangka untuk
menangani masalah itu. Setiap keluarga digalakkan menyertai program bercirikan
kemasyarakatan, kekeluargaan, rumah tangga, dan belia. Namun kita berpendapat bahawa
masalah ini bukanlah sepatutnya berakhir dengan menganjurkan seminar, bengkel atau kursus
semata-mata. Masalah sebenar berlaku akibat tekanan yang kuat di persekitaran tempat tinggal.
Kealpaan segelintir ibu bapa juga bertanggungjawab menyebabkan keruntuhan moral yang
merupakan faktor keruntuhan institusi keluarga.
Selain itu, pengaruh negatif dan rakan sebaya merupakan punca masalah. Dalam
keghairahan mengejar kemajuan, ibu bapa tertumpu kepada kerjaya sehingga terlupa memberi
kasih sayang kepada anak-anak. Si anak pula mengambil kesempatan terhadap ruang yang
terbuka luas di depan mata. Dalam waktu yang sama, ibu bapa tidak pernah memantau
pergerakan anak di luar rumah. Sudahlah tidak memantau, mereka terlalu percaya akan kata-kata
anak mereka. Keadaan diburukkan lagi oleh sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi
dengan anak-anak kerana tekanan kerja.
Selain itu, kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi unsur
negatif telah gagal untuk kita menyekatnya dan telah menyumbang kepada keruntuhan moral
remaja. Kita yakin, dengan meningkatkan tahap pendidikan masyarakat sahaja dapat menangani
gejala buruk dari Barat. Selain memberi penekanan kepada ilmu yang dapat memajukan kita
sebagai satu bangsa yang dihormati, kita juga perlu berpegang kepada pendidikan agama.
Pengetahuan kita terhadap sesuatu perbuatan yang ditegah oleh agama, akan menghindarkan kita
daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan budaya.
Masalahnya kebanyakan remaja hari ini terlalu bersikap ingin mencuba sesuatu yang
baharu yang tidak pasti kesan positifnya. Golongan remaja yang berbuat demikian tanpa
memikirkan implikasinya terhadap diri, masyarakat, dan negara. Oleh itu golongan remaja
perlulah berfikir secara mendalam sebelum bertindak. Ingat, biarlah menangis dahulu, jangan
menangis kemudian.

Bahagian A(ii) – Pemahaman


Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata pengaruh negatif dalam petikan:
perkara-perkara buruk / gejala buruk
2. Mengapakah para remaja masih terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang
membawa kesan buruk kepada mereka? pengaruh negatif daripada rakan sebaya & akibat
tekanan yang kuat di persekitaran tempat tinggal.
3. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan terhadap negara jika remaja terus
terpengaruh dengan budaya negatif dari Barat? : masalah gejala sosial semakin sukar
dikawal & pelapis kepimpinan negara akan kekurangan tokoh untuk mewarisi kepimpinan
yang ada sekarang.
Jawapan

BAHAGIAN A (i)
Isi-isi ringkasan

1. Akibat tekanan yang kuat di persekitaran tempat tinggal.


2. Kealpaan segelintir ibu bapa juga turut bertanggungjawab menyebabkan keruntuhan moral.
3. Pengaruh negatif daripada rakan sebaya.
4. Ibu bapa tertumpu kepada kerjaya sehingga terlupa untuk memberi kasih sayang kepada anak-
anak mereka.
5. Ibu bapa tidak pernah memantau pergerakan anak di luar rumah.
6. Ibu bapa terlalu percaya akan kata-kata anak-anak mereka.
7. Sikap suami isteri yang kurang berkomunikasi dengan anak kerana tekanan kerja.
8. Gagal untuk menyekat kemajuan teknologi maklumat hari ini yang banyak mengandungi
unsur negatif.
9. Terlalu bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru yang tidak pasti kesan positifnya.

BAHAGIAN A (ii)
1. pengaruh negatif
-perkara-perkara buruk / gejala buruk

2. - pengaruh negatif daripada rakan sebaya.


- akibat tekanan yang kuat di persekitaran tempat tinggal. (terima isi-isi lain yang sesuai)

3. - masalah gejala sosial semakin sukar dikawal.


- pelapis kepimpinan negara akan kekurangan tokoh untuk mewarisi kepimpinan yang ada
sekarang.
(terima isi-isi lain yang sesuai)

You might also like