You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

KARYA KLASIK

NAMA : SITI ZAHARAH BINTI OTHMAN


NO.MATRIK : JEA080140
NAMA PENSYARAH : PROF.DR AMRAN MUHAMMAD
SEMESTER : 1
SESI : 2008/2009
NAMA FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN

Sastera hikayat merupakan hikayat-hikayat yang berbentuk cerita atau

naratif;bersifat hiburan dan didaktif.Hasil genre ini jelas lahir daripada tradisi tulisan

berdasarkan banyaknya manuskrip atau naskhah yang terkumpul di pusat-pusat dokumentasi

naskhah melayu.

Perkataan `hikayat` itu sendiri secara etimologinya dipetik daripada bahasa arab`

hikaya`.Emies (1952)berpendapat hikayat merupakan lanjutan daripada cerita lipur lara yang

diperkaya dengan jalinan unsur cerita asing.Kesusasteraan hikayat lahir dalam bentuk prosa

dan puisi yang sering membawakan cerita ajaib berbentuk hiburan berdasarkan ilham

pengarangnya.

Dari sudut etimologi,falsafah berasal daripada perkataan Greek iaitu philosophia yang

bermaksud `cinta akan kebijaksanaan`.Cinta akan kebijaksanaan itu sendiri membawa erti

bahawa seseorang itu sendiri menyukai dan menginginkan sesuatu yang benar di sebalik

hakikat atau kejadian sesuatu perkara.Dalam erti kata lain,falsafah merupakan satu

penyelidikan yang berasaskan renungan dan pentaakulan bagi merumuskan sifat,hakikat serta

kandungan alam semesta yang dilihat sebagai satu kesatuan berdasarkan fakta yang diambil

dari semua aspek alam.Menurut pandangan Hasbullah Bakry(1964:56),falsafah dihuraikan

mengikut tiga sudut pandangan iaitu bahasa,praktis dan perbedaannya dengan ilmu-ilmu

yang wujud dalam alam semesta.Ilmu falsafah menurut Plato ialah proses meneliti

hakikatyang mendasari sesuatu benda atauperkara di sebalik sifat luarannya, iaitu apa

sebenarnya yang menjadi asas pembentukan sesuatu benda atau perkara.


FALSAFAH KEBIJAKSANAAN

Berdasarkan petikan pertama yang diambil daripada kisah Hikayat Seribu Satu

Malam seperti yang dilampirkan di bahagian lampiran terdapat falsafah kebijaksanaan yang

digunakan yang dapat di kaitkan dengan teori rasionalisme.Dalam konteks ini,kebijaksanaan yang

dimaksudkan adalah kebijaksanaan yang menggunakan fakulti akal dan bukan melalui pengalaman

atau inderawi semata-mata.

Kebijaksanaan Shahar zad dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan

teknik atau pendekatan bercerita berjaya mengubah pendirian Raja Shah Riar.Jika dilihat dari

sudut epistemologi,tidak dapat dinafikan bahawa Shahar zad merupakan seorang wanita yang

bijaksana di mana beliau telah banyak membaca buku-buku yang berkaitan tawarikh, sejarah raja-

raja, dan umat negeri pada zaman lampau.Beliau juga mempunyai puluhan buah simpanan naskhah

buku.Jika ditilik secara hakikatnya, agak sukar dipercayai untuk mengubah budi pekerti seorang

yang berpangkat tinggi dari segi darjat dan keturunannya apatah lagi Raja Shah Riar yang sarat

dengan perasaan dendam.Epistemologi yang dapat dikaitkan dari petikan ini ialah sumber ilmu itu

diperoleh secara penggunaan akliah dan kewibawaan akal sehingga berjaya melembutkan hati Raja

Shah Riar yang boleh disamakan dengan teori pragmatisme.

Ontologinya, petikan ini turut membincangkan hakikat kewujudan Tuhan semesta

alam, Allah S.W.T yang dapat dibuktikan melalui perkataan …Demi Allah… Perkataan `Demi

Allah ` itu sendiri secara holistiknya merujuk kepada hakikat kewujudan sebenar Tuhan yang

dipercayai melalui rasa hati dan kalbu.Oleh itu dapat disimpulkan bahawa masyarakat yang wujud

pada zaman itu mengakui akan hakikat wujudnya Tuhan dan ini boleh disamakan dengan

masyarakat pada zaman kini yang percaya pada kewujudan Tuhan melalui wahyu dan naluri.
Aksiologinya, kewibawaan otoriti yang ditonjolkan oleh Shahar zad itu telah

menyelamatkan nyawa beliau dari menjadi mangsa pembunuhan Raja Shah Riar.Jika dikupas dari

sudut logika, dapat disimpulkan bahawa penggunaan akliah atau rasionalisme yang digunakan

untuk menyelesaikan sesuatu masalah mencetuskan keberhasilan akhirnya.

FALSAFAH KETAATAN

Berdasarkan petikan kedua yang diambil daripada kisah Hikayat Seribu Satu Malam

seperti yang dilampirkan di bahagian lampiran, falsafah yang dibincangkan ialah ketaatan seorang

golongan bawahan terhadap raja atau pemerintah.Ketaatan dalam konteks ini merupakan suatu

nilai yang disanjung tinggi apabila menteri iaitu ayahanda Shahar zad sanggup melakukan

perintah Raja Shah Riar supaya mencarikan seorang gadis untuk dijadikan isteri. Dari sudut

epistemologi, kewibawaan akal yang digunakan menteri iaitu ayahanda Shahar zad tidak dapat

mengatasi nilai ketaatan beliau terhadap Raja Shah Riar.Secara hakikatnya,kewibawanan akal

beliau mengetahui akan niat dendam Raja Shah Riar namun sudah menjadi adat masyarakat pada

zaman itu yang perlu menumpahkan sepenuh taat setia kepada raja.Dari sudut pandangan

masyarakat pada zaman itu, seseorang yang ingkar dan derhaka terhadap golongan atasan boleh

menimbulkan kemurkaan raja dan menerima hukuman yang berat.Dari sudut sejarah, golongan

pemerintah pada zaman itu dianggap tinggi dan tidak boleh dicanggah oleh undang-undang.

Secara aksiologi,perbuatan menteri itu sendiri menurut perintah raja membuktikan

ketidaksetiaan beliau kepada raja.Logikanya, adalah harus menteri patuh akan arahan

pemerintahnya jika dilihat dari sudut masyarakat pada masa itu namun rasionalismenya, adalah

sebaliknya jika dikaji dari sudut amalan masyarakat moden masa kini di mana perlembagaan

mengatasi kuasa raja.


FALSAFAH KASIH SAYANG

Berdasarkan petikan ketiga yang diambil daripada Hikayat Seribu Satu Malam

seperti yang dilampirkan di bahagian lampiran, falsafah yang diketengahkan ialah nilai kasih

sayang ang boleh dikaitkan dengan kasih sayang antara hubungan persaudaraan iaitu Raja Shah

Riar dan Raja Shah Zaman.Kasih sayang ini merupakan suatu nilai yang disanjung tinggi di mana

menggambarkan prhubungan yang erat mlatari kehidupan dua beradik walaupun terpisah kerana

mempunyai kerajaan masing-masing.

Jika dikaji dari sudut sejarah, adapt masyarakat melayu memang kaya dengan nilai

kasih sayang.Kasih sayang yang mendasari budaya tu meliputi kiasih sayang antara ibu dan anak,

suami dan isteri, serta kasih sayang antara hubungan persaudaraan seperti ang digambarkan di

dalam petikan ini.Hubungan erat yang terjalin antara Raja Shah Riar dan Raja Shah Zaman tetap

utuh walaupun secara hakikatnya Raja Shah Zaman menghadapi masalah konflik dalaman apabila

menyedari kcurangan isterinya.

Dari sudut logika, nilai kasih sayang itu sendiri adalah unsure rohaniah yang lahir

dari dalam hati atau kalbu.Secara epistemologinya Raja Shah Zaman bo;leh dikatakan seorang

yang bijaksana apabila berjaya mengawal perasaan dan menyembunyikan masalah beliau daripada

pengetahuan Raja Shah Riar.Beliau menggunakan kewibawaan akal tanpa pengalaman inderawi

semata-mata yang bertujuan untuk menjaga perhubungan mesra beliau dengan saudara

kandungnya iaitu Raja Shah Riar.


KESIMPULAN

Sastera hikayat merupakan sebuah cerita yang berkesinambungan daripada cerita

lipur lara.Lazimnya, cerita sastera hikayat banyak mengisahkan tentang satu golongan dalam

masyarakat yang mempunyai kedudukan yang paling tinggi iaitu raja-raja.Wira dalam cerita itu

sendiri biasanya menduduki takhta yang paling tinggi dan memiliki sebuah kerajaan.

Sastera hikayat juga mengandungi unsur hiburan dan didaktik serta cerita ajaib yang

ternukil dari pemikiran pengarangnya sendiri.Kewibawaan dan ketinggian darjat raja dalam cerita

hikayat begitu agung sehingga rakyat-rakyatpatuh dan takut akan kemurkaan raja.Namun begitu,

ketinggian darjat ini hanyalah berlaku pada zaman masyarakat zaman feudal sehangga raja atau

pemerintah tidak boleh disangkal oleh undang-undang.


LAMPIRAN
PETIKAN 1

Sampai disini fajar pun hampir terbit.Shah Riar dan Dunia Zad yang sedang asyik

mendengar, terpinga-pinga seketika apabila Shahar Zad menghentikan ceritanya yang aneh itu.

Kata Dunia Zad, "Alangkah aneh, lemak manis dan lazatnya cerita yang telah

kakanda huraikan tadi.”

Shahar Zad menjawab, "Sambungannya lebih-lebih lagi aneh dan lazat.Kakanda

akan sambung jika Tuhan panjangkan umur dan Seri Paduka Baginda memberikan keizinannya."

Raja Shah Riar yang juga sangat tertarik dengan cerita yang sangat lazat itu berkata

di dalam hatinya, Demi Allah, perempuan ini tidak akan kubunuh pagi esok sehingga tamat

ceritanya."Kemudian Raja Shah Riar masuk beradu.

PETIKAN 2

Beberapa hari lamanya menteri itu keluar merisik dan mencari seorang gadis untuk

dipersembahkan kepada raja, tetapi tidak juga dapat.Ia pun pulang ke rumahnya dengan perasaan

cemas dan amat berdukacitakan takutkan kemurkaan raja.

PETIKAN 3

Kemudian kedua beradik itu duduk beramah tamah dalam suasana yang penuh dengan sukacita

dan kasih mesra.Pada zahirnya saja, Shah Zaman riang gembira, tetapi dalam hatinya amatlah

dukacita.Fikirannya runsing mengenangkan perbuatan permaisurinya yang tidak setia, tergamak

hatinya dan berani melakukan perbuatan yang paling jahat dan keji itu.Kecurangan permaisuri itu

tidak luput daripada ingatannya, walau satu saat pun.


BIBLIOGRAFI

A.K.Zain.1962.Kisah Seribu Satu Malam.


Kuala Lumpur:Pustaka Antara.

http://www.Wikipedia.com.my

You might also like