You are on page 1of 11

Dasar Penswastaan

Sejarah Program Penswastaan

Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Ia
melambangkan pendekatan baru dalam dasar pembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain
seperti dasar Penswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas pertambahan peranan
sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara, mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campur tangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop
perbelanjaan awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaiki
keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan,
dasar penswastaan membentuk bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera dalam
sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor korporat. Entiti yang
diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada Bumiputera. Penyertaan warga asing di dalam entiti
yang diswastakan terhad kepada maksimum 25% dari saham modalnya.

Perlaksanaan
Dalam melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dari masa ke semasa untuk menerangkan
kepada orang awam tujuan dan kandungan dasar dan juga untuk memastikan orang awam dimaklumkan. Untuk
memastikan usaha penswastaan disalurkan kepada bahagian keutamaan yang bersesuaian untuk mengoptimumkan
impak perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektif-objektif dasar, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk
Penswastaan Malaysia (PMP) pada tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk
menerangkan perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan dan mengemukakan arah masa depan program itu.

Garis Panduan Penswastaan menerangkan secara terperinci, di antara butir-butir lain, objektif dasar, kaedah yang
digunakan dan jentera perlaksanaannya. Beberapa kemajuan telah dihasilkan semenjak dasar itu pertama kali
diumumkan. Beberapa perubahan penting telah diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk pindaan pelbagai undang-
undang bagi membolehkan penswastaan berlaku dan memulakan kajian untuk membantu melakarkan Pelan Induk
penswastaan.
Penswastaan boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti berikut:
 Jualan
 Pajakan

 Kontrak Pengurusan

 Bina

 Bina-Kendali-Serah (BOT)

 Bina-Kendali-Milik

 Bina-Kendali

 Bina-Pajak-Serah

 Pembangunan Tanah/ Pertukaran Tanah


Pembelian Hak Milik Pengurusan
Samada kaedah tunggal atau kombinasi kaedah-kaedah boleh dipilih bergantung kepada merit setiap kes.
Pemilihan kaedah akan dipertimbangkan bagi setiap kes. Walau bagaimanapun, sebagai peraturan am, kaedah
yang menghasilkan darjah yang boleh dipraktikkan secara maksimum akan disasarkan. Secara perbandingan,
kaedah jualan itu dijangka dapat memenuhi kehendak kriteria ini. Tambahan lagi, kaedah yang akan digunakan,
akan memperlihatkan keperluan objektif negara dan kekangan di dalam setiap kes. Demi memudahkan
perlaksanaan program penswastaan, Kerajaan telah meminda beberapa undang-undang seperti Akta Pencen
1980, Akta Telekomunikasi 1950, Akta Pelabuhan 1963 dan Akta Tenaga Elektrik 1949.

Pencapaian

Terdapat 474 buah projek yang diswastakan sehingga 31 Disember 2003 dipaparkan dalam carta berikut yang
menunjukkan peratusan mengikut pembahagian sektor.

Pembahagian Projek Penswastaan Mengikut Sektor


1983 - 2003 (% dari Jumlah)

 
DASAR PENSWASTAAN

Latar Belakang  

Penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B.
Perdana Menteri melancarkan Dasar Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam
pembangunan dan pengurusan negara.

Penswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu satu proses yang menambahkan
pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa
kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
 
Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities Industri in Malaysia pada 28hb April,
1984 menyatakan....  Goverment the world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided
by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private sector is better motivated and
generally more efficient. It is hoped that privatisation will improve the economic and general performance of the
services, resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'. 

Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan menentukan arah dan penyediaan
perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor
awam telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu. Perbelanjaan sektor awam  telah
meningkat dengan begitu besar sekali dari 28% pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan
satu beban kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan. Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-
faktor utama yang membawa kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.
 
Objektif

Dasar Pengswastaan diperkenalkan dengan mempunyai objektif seperti berikut:


(i)  Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
Pada masa yang lepas, pihak Kerajaan telah membelanjakan ribuan juta ringgit dalam sektor kesihatan, pertahanan,
air, api, jalan keretapi, pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya, dan perbelanjaan tersebut terus meningkat dari
masa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada Kerajaan adalah lambat dan sangat rendah.

Di samping itu, Kerajaan juga terpaksa menyelenggarakan perkhidmatan dan pelaburan-pelaburan tertentu. Jumlah
emolumen merupakan satu item yang terbesar iaitu lebih satu pertiga daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan dalam bentuk pindahan juga telah meningkat dengan pesatnya sejak akhir-akhir ini dan sekarang telah
menjadi hampir setengah daripada perbelanjaan mengurus.

(ii)  Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja


Pencapaian kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian
masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan monopolistik dan menikmati berbagai sokongan
Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan
peluang yang lebih baik yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di
tingkatkan dengan lebih baik lagi.

(iii)  Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara


Harta-harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang
terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara ini dengan cekap dan
sepenuhnya. Lebih banyak syarikat swasta yang dapat di wujudkan yang dengan secara tidak langsung dapat
meninggikan pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pihak Kerajaan pula dapat mengecap nikmat bersama
dengan mengutip cukai pendapatan dari syarikat-syarikat yang berkenaan.
(iv)  Pembahagian Sumber Serta Kecekapan
Lebih banyak penglihatan Kerajaan dalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan Kerajaan terhadap sumber-
sumber negara. Keputusan pula biasanya dibuat berasaskan pertimbangan yang bukan bercorak pasaran. Sebahagian
besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kerajaan mencerminkan nilai pasaran. Harga
barangan tersebut adalah berasaskan subsidi dan sumber yang diuntukkan itu untuk pengeluarannya tidak dapat
diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang berkehendakkan kebajikan, akan menggalakkan rakyat
Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. Keadaan ini tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang
perseorangan dan negara keseluruhannya.

(v)  Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru


Dengan memberi lebih banyak peluang kepada pihak swasta, Kerajaan dapat mengwujudkan lebih banyak
penyertaan syarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-
kehendak Dasar Ekonomi Baru itu. 

Strategi Pelaksanaan

Beberapa isu penting perlu diselidiki, dikaji dalam menimbangkan cadangan-cadangan pengswastaan sesuatu
perkhidmatan itu. Kabinet telah mengarahkan satu Jawantankuasa ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU)
dengan dianggotai oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kewangan dan Jabatan Awam
(PSD) dengan dipengurusikan oleh Unit Perancang Ekonomi bagi menyediakan satu garis panduan yang lengkap
untuk memudahkan Kementerian/Jabatan mengswastakan beberapa perkhidmatan di bawah Kementerian/Jabatan
masing-masing. Antara isu-isu yang perlu di pertimbangkan ialah:
 (a)  Pemecahan sesuatu khidmat (fragmentation);
 (b)  Soal keselamatan;
 (c)  Perundingan;
 (d)  Implikasi kewangan;
 (e)  Penentuan harga;
 (f)  Implikasi kepada kakitangan;
 (g)  Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru;

Berdasarkan kepada angka perbelanjaan dan peruntukan-peruntukan pembangunan awam, sektor swasta pula
mengkaji keupayaan mereka dalam mengurus dan mengambilalih harta-harta yang akan diswastakan. Pengawasan
dan penilaian yang rapi terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diswastakan juga merupakan sebahagian dari
program pengswastaan. Tingkat kecekapan daya pengeluaran, daya persaingan yang sihat serta tingkat harga yang
dikenakan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan perlu diawasi untuk menilai kos dan faedah dari
perkhidmatan yang diswastakan.
 
Penutup

Kebimbangan-kebimbangan terhadap Dasar Pengswastaan timbul kerana akan berlakunya beberapa pemindahan
hakmilik 'national monopoly' yang sepatutnya dikendalikan oleh sektor awam kepada syarikat swasta. Pemindahan
itu dikuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak serata disebabkan oleh
pemonopolian tersebut.

Walaubagaimanapun, jika dasar ini dikaji secara mendalam dan dipraktikkan secara sempurna selepas mengambil
kira kemungkinan penyalahangunaan kuasa monopoli di atas, ianya akan dapat menyediakan satu perkhidmatan
yang lebih cekap, cepat dan murah pada pengguna penggunanya, yang mana secara tidak langsung akan
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
2.5 Penswastaan : Alternatif Kepada Perusahaan Awam

2.5.1 Definisi Penswastaan

      Penswastaan (privatization) bermakna pemindahan pekhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan samada
yang sedia ada atau yang baru untuk dikendalikan oleh sektor swasta. Konsep ini adalah berlainan dengan konsep
pemilik negaraan (nationalization) yang bertujuan untuk menambahkan hakmilik dan penguasaan kerajaan dalam
kegiatan ekonomi (Yusof Ismail, 1993).

      Penswastaan juga bermaksud pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan kerajaan, aset  ( dengan atau
tanpa liabiliti ) atau menggunakan aset dan kakitangan kepada sektor swasta. Kelebihan utama penswastaan ialah
memupuk etika kerja yang cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan sektor swasta sememangnya
diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi ( Okposin, 2003). 

      Tumpuan kepada penswastaan di Malaysia bertambah hebat apabila Perdana Menteri Malaysia yang keempat,
Dr. Mahathir Mohamad, memulakan tugasnya pada pertengahan tahun 1981. Di Malaysia, dua dasar utama yang
berkait langsung dengan penswastaan entiti awam ialah Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia.
Kedua-duanya diperkenalkan pada tahun 1983. 

      Dasar Penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif ke dalam organisasi, pengurusan dan
prestasi perusahaan awam yang sebelum ini menjadi tanggungjawab kerajaan. Dasar ini menggambarkan iltizam
kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan
skop perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran mengawal ekonomi. Sementara itu, tujuan Dasar
Persyarikatan Malaysia adalah untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama antara sektor swasta dengan sektor
awam yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh dan mantap (Okposin, 2003). 

2.5.2 Objektif Penswastaan

      Kerajaan mempunyai beberapa alasan dan objektif semasa merangka Dasar Penswastaan. Alasan-alasan ini
perlu diketahui, difahami dan dipertimbangkan oleh semua pihak, terutamanya oleh agensi-agensi kerajaan yang
berkenaan apabila mengkaji cadangan-cadangan untuk menswastakan perkhidmatan, pelaburan atau kepentingan
mereka. Di antara objektif-objektif penswastaan (Okposin, 2003) ialah seperti berikut: 
i. Meringankan Beban Kewangan Kerajaan.

Pemindahan perkhidmatan awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan,
seterusnya mengelakkan defisit belanjawan dan mengurangkan hutang kerajaan. Dana yang disimpan ini
boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain, menumpukan kepada fungsi
tradisional, iaitu mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta menyediakan sokongan ntuk
mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi. 
ii. Meningkatkan Kecekapan Kerja dan Produktiviti

Penswastaan akan menambahkan bilangan syarikat dalam industri. Ekoran itu, syarikat ini terpaksa
bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan tempat dalam pasaran perniagaan. Untuk bersaing,
syarikat yang diswastakan terpaksa meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja mereka yang
membawa kepada pengeluaran barangan berkualiti tinggi, persaingan penetapan harga dan prestasi
kewangan yang lebih baik. 
iii. Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi

Syarikat swasta berorientasi keuntungan dan akan menggunakan kos pengeluaran minimum untuk
menghasilkan keluaran maksimum. Penswastaan syarikat awam bertujuan memupuk amalan ini yang akan
mendatangkan kesan positif terhadap output dan pendapatan negara. Hasil kerajaan daripada cukai
langsung dan cukai tidak langsung akan bertambah apabila syarikat yang diswastakan menghasilkan lebih
output dan memperoleh lebih keuntungan. Oleh yang demikian, peningkatan output negara dan cukai
kerajaan akan merangsangkan KDNK negara. 
iv. Mengurangkan Saiz dan Penglibatan Sektor Awam dalam Ekonomi.

Penswastaan entiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi. Lama-kelamaan,
ekonomi semakin dikuasai oleh sektor swasta yang cekap dalam peruntukan faktor pengeluaran. 
v. Memenuhi Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Salah satu objektif DEB adalah menyediakan peluang untuk menambahkan penyertaan bumiputera dalam
sektor pembuatan dari segi kesaksamaan, guna tenaga, pemasaran dan khidmat professional. Penswastaan
akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk disertai oleh bumiputera. 
 

2.5.3 Bentuk-bentuk Penswastaan 
 

      Terdapat dua pendekatan dalam melaksanakan program penswastaan iaitu samada pendekatan “dikenalpasti
kerajaan” atau pendekatan “daya usaha sektor swasta”. Di bawah pendekatan pertama, Unit Perancangan Ekonomi
(UPE) akan mengenal pasti jabatan yang akan diswastakan, melaksanakan program penswastaan, mengawasi dan
mengkaji semula kemajuan syarikat swasta. Walaubagaimanapun, pendekatan “daya usaha sektor swasta” mengalu-
alukan saranan sektor swasta yang inovatif dalam mengenalpasti projek untuk penswastaan.  

      Seperti diterangkan sebelum ini, proses penswastaan melibatkan pemindahan tugas pengurusan, aset dan
kakitangan kepada sektor swasta. Pelan Induk Penswastaan (PIP) yang dikeluarkan oleh UPE pada 1991,
mengutarakan beberapa kaedah untuk memindahkan komponen ini. Penswastaan harus melibatkan pemindahan
sekurang-kurangnya salah satu daripada tiga komponen ini untuk layak sebagai projek penswastaan. Penswastaan
yang dilaksanakan sebelum 1993 kebanyakannya melalui pemindahan aset atau kakitangan. Disamping itu,
penamatan kontrak perkhidmatan oleh organisasi kerajaan juga biasa diamalkan (Rancangan Malaysia Ketujuh,
1996-200).  
 

      Penswastaan di Malaysia dilaksanakan dalam beberapa bentuk. Pemilihan bentuk penswastaan ini bergantung
kepada ciri-ciri aktiviti yang akan diswastakan (Yusof Ismail, 1993). Antaranya ialah: 
i. Penswastaan secara menyeluruh.

Ini bermakna seratus peratus kepentingan kerajaan dipindahmilikkan kepada sektor swasta. Keseluruhan
hak milik, pengawalan dan pengurusan perusahaan atau perkhidmatan yang berkenaan akan dikendalikan
oleh swasta, sementara kerajaan dianggap terpisah langsung dari sebarang kepentingan dalam perusahaan
tersebut. 
ii. Penswastaan secara sebahagian.

Dalam hal ini, hanya sebahagian sahaja hak milik kerajaan dalam sesebuah agensi perkhidmatan
dipindahkan atau dijualkan kepada sektor swasta, sementara sebahagian lagi masih kepunyaan atau
dikuasai oleh kerajaan, seperti Syarikat Airod Sdn. Bhd (yang terlibat dalam aktiviti baikpulih kapal
terbang). 

iii. Penswastaan secara terpilih.

Sesuatu agensi menjual bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatannya, tetapi terus memliki bahagian-
bahagian yang lain. Sesuatu perkhidmatan yang dipilih untuk diswastakan mungkin boleh menyebabkan
penswastaan secara sepenuh atau sebahagian. Contohnya, Dermaga Kontena Pelabuhan Kelang. 
iv. Penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta.
Konsep ini kerap diamalkan oleh kerajaan, di mana prinsip perniagaan akan digunakan untuk mengurus
syarikat yang terbentuk. Contohnya ialah Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB), Perwaja Steel Mill
di Terengganu, Lembaga Letrik Negara (kini Tenaga Nasional), dan agensi lain seperti Keretapi Tanah
Melayu, Jabatan Pos, Lembaga Padi dan Beras Negara dan Radio Televisyen Malaysia. 
v. Penswastaan secara kontrak.

Ini terlaksana dengan pemberian kontrak perkhidmatan kerajaan kepada sektor swasta tanpa merombak
struktur organisasi agensi kerajaan tersebut, seperti perkhidmatan memungut sampah. 
vi. Penswastaan secara pajakan.

Pendekatan ini membolehkan penyewaan kemudahan dan harta kerajaan yang tertentu bagi mendapatkan
hasil tanpa mengubah hakmilik harta berkenaan. Contohnya ialah tempat meletak kereta. Dalam hal ini
Kerajaan Tempatan menyewakan lapangan meletak kereta yang dimilikinya kepada syarikat-syarikat
swasta. Melalui penswastaan, tugas pengutipan bayaran meletak kereta itu dibuat oleh pihak swasta. 
vii. Penswastaan berbentuk pengurusan swasta.

Ini bermakna hanya kepakaran sektor swasta dari segi pengurusan dan pengetahuan sahaja digunakan oleh
kerajaan tanpa sebarang pertukaran hakmilik modal. Contohnya ialah, pentadbiran hotel-hotel milik
Kerajaan Negeri. 
viii. Cara penswastaan lain, termasuk Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO), Bina-Kendali-Pindah
(BOT), Bina-Kendali (BO), Bina-Pindah (BT) dan Menukar Aset untuk membantu penswastaan
pembangunan tanah.

      Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO) melibatkan pengambilalihan syarikat oleh kakitangan tertinggi
pengurusan yang bekerja di syarikat tersebut. Kumpulan pengurusan juga boleh bekerjasama dengan pekerja lain
dalam langkah yang dikenali sebagai Pembelian Syarikat oleh Pengurusan. 

         Kaedah “BOT” memerlukan pembinaan kemudahan oleh sektor swasta menggunakan dananya sendiri,
menguruskannya bagi tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh konsesi dan memindahkannya kepada kerajaan
setelah tamat tempoh tersebut. Semasa tempoh konsesi, sektor swasta dibenarkan mengutip hasil daripada pengguna
kemudahan tersebut. 

      Kaedah “BO” sama dengan kaedah “BOT” . Walaubagaimanapun, BO tidak melibatkan pemindahan kemudahan
kepada kerajaan. Kedua-dua kaedah BO dan BOT biasanya disertai pemberian lesen atau konsesi. 

      Cara penukaran BT dan aset swasta diwujudkan untuk menampung cadangan inovatif dan keperluan yang
dinyatakan oleh pihak swasta. Peringkat awal pelaksanaan program penswastaan sebelum PIP (Pelan Induk
Penswastaan) dikeluarkan pada 1991 yang lebih ke arah penggubalan dasar dan peningkatan jentera pentadbiran
adalah sesuatu yang baik (Okposin, 2003). Penekanan untuk mempercepatkan proses penswastaan mula dilihat
pada 1990-an.  

      PIP dikeluarkan untuk membolehkan pelaksanaan strategi penswastaan yang lebih sistematik dan teratur. Pelan
Tindakan Penswastaan dirancang di bawah PIP dan setiap satunya mengandungi pelan pusingan dua tahun. Pelan
tindakan dikaji semula pada akhir setiap tahun dengan menyenaraikan entiti awam yang akan diswastakan dan entiti
yang bersedia untuk diswastakan. Kajian semula tahunan pelan tindakan akan memperlihatkan kemajuan terkini
proses penswastaan dan menetapkan entiti yang akan diswastakan bagi dua tahun akan datang. Pelan tindakan

Pelan Penswastaan Pusingan

Menyediakan Mengkaji semula Mengkaji semula Mengkaji semula Mengkaji semula


pelan tindakan pelaksanaan dalam pelaksanaan pada pelaksanaan pada pelaksanaan pada
bagi 1991 dan 11 dan menyediakan 1992 dan 1993 dan 1994 dan
1992 pelan bagi 1992- menyediakan pelan menyediakan pelan menyediakan pelan
1993 bagi 1993-1994 bagi 1994-1995 bagi 1995-1996

2.5.4 Pencapaian Dasar Penswastaan Sehingga Kini 


 

      Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2, sektor utama yang diswastakan antara 1991 hingga 1995 ialah sektor
pembinaan, merangkumi 22.55 peratus daripada sejumlah 204 projek yang diswastakan. Kedua ialah sektor
pembuatan, diikuti sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, masing-masing 15.2 peratus dan 11.27
peratus. Sesetengah projek utama yang diswastakan ialah projek LRT, Kompleks Sukan Negara, Proton, TNB dan
Laluan Kedua ke Singapura (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000). Pecahan projek yang diswastakan mengikut
sektor yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 

Pelombongan & Kuari 

Pertanian % Perhutanan, 7.84%

Khidmat Lain, 8.82%

Kewangan, Hartanah & Khidmat Perniagaan, 6.37%

Pembinaan 22.55 % 

Pembuatan, 15.27%

Elektrik, Gas & Air

Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

Perdagangan Borong & Runcit, Hotel & Restoran, 11.27%

Khidmat Kerajaan, 5.39%

Perlombongan & Kuari, 4.9% 

Rajah 2.2: Projek Yang Diswastakan Mengikut Sektor, Malaysia, 1991-1995 

   Antara 1991 hingga 1995, kebanyakan projek penswastaan dilaksanakan melalui penjualan ekuiti dan aset.
Bilangan projek yang diswatakan mengikut sektor dan cara penswastaan ditunjukkan dalam Jadual 2.1. 

      Definisi, objektif, garis panduan, dasar dan cara penswastaan, dirancang serta dikaji semula secara berterusan
untuk menggalak dan mempercepatkan proses penswastaan di Malaysia. Prestasi dan pencapaian penswastaan
boleh diukur berdasarkan objektif yang dinyatakan dalam Dasar Penswastaan. Objektif pertama Dasar
Penswastaan ialah meringankan beban kewangan kerajaan. Bagi tempoh 1991 hingga 1995, kerajaan berjaya
menjimatkan RM 51.59 bilion bagi perbelanjaan modal. Objektif kerajaan bukanlah mengaut keuntungan daripada
projek penswastaan, tetapi dua cara yang lazim digunakan ketika Rancangan Malaysia Keenam berjaya membawa
hasil berjumlah RM14.12 bilion, iaitu RM 11.81 bilion daripada penjualan ekuiti dan RM2.31 bilion daripada
penjualan aset. Disamping itu, kerajaan turut menambahkan pendapatan berulang seperti sewaan, pajakan dan
pengurusan yang mengurangkan beban  pentadbiran dari segi pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan latihan
kepada kakitangan (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000). 

      Kedua, program penswastaan turut menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entiti yang
diswastakan. Ini dapat dilihat dalam penunjuk kecekapan dan produktiviti tiga entiti terpilih yang diswastakan
seperti dalam Jadual 2.3. 

Jadual 2.2.: Simpanan, Hasil dan Pemindahan Pekerja Ke Sektor Swasta, Malaysia, 1991-1995

Simpanan Hasil Bilangan Pekerja Sektor Awam yang


(RM billion) (RM billion) Dipindahkan
Perbelanjaan Modal 51.59 1. Penjualan Ekuiti 11.81 Bilangan pekerja 43,038 orang
  2. Penjualan Aset 2.31 sektor awam yang
dipindahkan ke sektor
swasta

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000

Jadual 2.3: Penunjuk Kecekapan dan Produktiviti Tiga Entiti Terpilih yang Diswastakan, Malaysia  

Catatan:

1
Diswastakan pada 1990

2
Perbandingan antara tempoh awal penswastaan pada 1989 dengan 1994

3
Dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru

4
Diswastakan pada 1986

Sumber: Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000 

Secara keseluruhannya, prestasi entiti yang diswastakan meningkat berikutan peluasan keupayaan dan rangkaian
khidmat serta penerapan teknologi baru. Pekerja digesa memupuk tabiat kerja yang sihat dan diberi ganjaran
mengikut prestasi melalui bonus pada akhir tahun. Insentif lain yang mendorong pekerja supaya lebih  produktif
ialah menawarkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), Skim Opsyen  Saham Ketaatan Pekerja dan ganjaran
tunai. 

      

Ketiga, program penswastaan mempunyai kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi. Syarikat Malaysia yang
bekerjasama dengan pemegang ekuiti asing atau kontrak pengurusan asing berpeluang menerima pendedahan
teknologi baru, kepakaran dan kemahiran yang akan meningkatkan pengeluaran. Penerapan teknologi yang jitu,
latihan yang sesuai kepada pekerja dan tabiat kerja yang sihat merupakan faktor utama yang menyumbang kepada
kecekapan dan produktiviti syarikat yang pengeluarannya akan menentukan pertumbuhan dalam keluaran negara
iaitu KDNK. Contohnya, penswastaan Lebuh Raya Utara-Selatan yang membimbing rakyat Malaysia agar
mengambil serta menguruskan teknologi baru dalam pembinaan pengangkutan. Lebuh raya yang siap dibina
membantu menjimatkan masa dan kos pengangkutan, sekaligus menambahkan kegiatan pembuatan. Sumber yang
dijimatkan oleh kerajaan melalui penswastaan boleh disalurkan untuk menggalakkan pembangunan projek lain. 
 

      

Objektif keempat Dasar Penswastaan ialah mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi.
Pengunduran kerajaan secara beransur-ansur daripada kegiatan ekonomi melalui penswastaan berjaya
mengurangkan saiz sektor awam. Menurut Rancangan Malaysia Ketujuh, terdapat 204 entiti awam yang
diswastakan bagi tempoh antara 1991 hingga1995, justeru itu membenarkan ekonomi dikuasai oleh sektor swasta. 

      

Akhir sekali, objektif terakhir dasar penswastaan ialah menggalakkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi,
sejajar dengan DEB. Di bawah dasar penswastaan, salah satu keperluan adalah untuk memastikan sekurang-
kurangnya 30 peratus penyertaan bumiputera dalam semua ekuiti yang diswastakan. Untuk mencapai matlamat ini,
antara strategi yang dilaksanakan ialah: 

 Melaksanakan program pembangunan-vendor untuk membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS).
Sesetengah entiti besar yang diswastakan diminta membentuk program pembangunan vendor untuk mendapatkan
bahan pembuatan daripada vendor IKS Bumiputera. Contohnya, Proton yang dikenali sebagai “syarikat peneraju”
menubuhkan Program Skim Komponen untuk memperoleh bahagian kereta daripada 64 vendor IKS.  
 Mengenakan syarat bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus kerja kontrak bagi projek yang diswastakan,
dirizabkan untuk bumiputera. Kerja kontrak yang diagihkan dengan jayanya kepada bumiputera di bawah
peruntukan ini termasuk sektor pembinaan, kumbahan, telekomunikasi dan kemudahan awam. 
 Meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam entiti swasta menerusi MBO. Kebanyakan usahawan Bumiputera
yang terlibat dalam projek penswastaan dibantu di bawah program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera. 
 Menawarkan saham kepada institusi awam seperti Amanah Saham Negeri, Koperasi Polis Diraja Malaysia,
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB). 

   

Di samping itu, program penswastaan juga berjaya mendapatkan dana melalui penggemblengan dana daripada
pasaran ekuiti. Contohnya, Petronas Dagangan Bhd. dan Petronas Gas Bhd. memperoleh dana daripada Sekuriti
Hutang Islam. Selanjutnya, 12 syarikat yang diswastakan turut disenaraikan di papan utama BSKL dalam tempoh
1991 hingga 1995. Daripada penghasilan saham, 901 juta saham diperuntukkan kepada pelabur bumiputera dan
institusi bumiputera dan institusi bumiputera yang diluluskan, 207 juta kepada pekerja syarikat yang diswastakan
dan baki 834 juta kepada orang ramai. 

You might also like