You are on page 1of 13

Hikayat Indera Nata

Sinopsis

Indera Janaka, Si Batu Kembar dan Raja Rom, akhirnya mati dalam unggun api yang marak.
Indera Nata dan kesemua tujuh orang puteri berasa gembira. Setelah kemangkatan Raja Rom,
bonda Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya
ayahanda kepada Indera Nata. Ia menceritakan peristiwa yang telah berlaku menyebabkan ia
terpisah dengan Raja Rom. Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali aja
Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar
yang berlaku pada Puteri Cendera Wati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima
kasih pada semua.

Indera Nata, kemudiannya berkahwin dengan empat daripada tujuh puteri itu. Apabila diketahui
oleh ayahanda kesemua puteri itu, mereka ingin mendapatkan semua anakanda mereka. Ketujuh-
tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat
keperibadian Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, mereka
membatalkan hasrat tersebut.

Raksasa berasa marah kerana anaknya, Si Batu Kembar telah terbunuh oleh Indera Nata. Ia
menyerang dan banyak rakyat Rom yang dimakannya. Walaupun cuba dimakan dan dihempas,
Indera Nata dengan berani dan gagah berjaya mengalahkan raksasa itu dan merantainya.

Raja Rom dan kesemua tujuh raja berasa kagum dengan kehebatan Indera Nata. Indera Nata
membenarkan kesemua tujuh puteri untuk kembali ke negara masing-masing tetapi mereka
enggan berpisah dengan Indera Nata. Kesemua tujuh raja menerima hakikat tersebut dan
bermohon kembali ke negara masing-masing.

Contoh Soalan dan Jawapan :

1. Jelaskan watak utama cerita dan perwatakannya. (8 markah)


Watak utama cerita ialah Indera Nata atau Piatu. Ia seorang yang gagah. Indera Nata dapat
mengalahkan raksasa yang cuba membunuhnya sedangkan orang lain gagal. Indera Nata juga
seorang yang penyayang. Ia menyayangi ayahandanya sehinggakan sanggup menghidupkan
semula ayahnya dengan bantuan Puteri Cendera Kesuma. Selain itu, ia seorang yang berani. Ia
berani menentang raksasa seorang diri sedangkan orang lain berundur dan menyelamatkan diri
masing-masing. Beliau juga mempunyai kesaktian. Indera Nata memiliki kesaktian iaitu tidak
cedera walaupun dihempas oleh raksasa. Beliau juga amat berbudi bahasa. Indera Nata berkata-
kata dengan lemah-lembut dan amat menghormati kesemua tujuh raja yang ingin menyerang
Rom.

Cerpen Anak Gembala - antologi Anak Global

1. Baca petikan cerpen dan jawab soalan berikutnya.


Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbaunya di lembah ini. Lembah Bilut
akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi. Mat Seman tidak pernah meminta
apa-apa bantuan daripada orang. Daripada wang sagu hati dia putus kaki, dia
membina kandang baru yang ada atap untuk kerbau-kerbaunya, dia membeli mesin
penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbaunya ke tepi setiap pagi. 

a. Berdasarkan petikan, berikan 2 perwatakan Mat Seman.    (2 markah)


b. Nyatakan pengajaran yanag terdapat dalam petikan.        (2 markah)

Berdasarkan cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi jawab soalan-soalan berikut;
a. Huraikan 5 persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.   (10 markah)
b. Huraikan 5 teknik plot yang digunakan oleh pengarang.    (10 markah)

Skema Jawapan
1. a. -Berani mempertahankan hak -1m
 -Berdikari - 1m
b. -Kita janganlah terlalu mengharapkan bantuan orang lain. -1m
    -Kita haruslah berani mempertahankan diri daripada ditindas oleh orang lain.-1m
2. a. Persoalan-persoalan dalam Anak Gembala

 -Kepentingan sikap berfikiran secara rasional dalam menyelesaikan masalah.              


Misalnya tindakan Mat Seman yang melepaskan kerbau-kerbau ketika kerja-kerja    
pembangunan Lembah Bilut dijalankan hanya mengundang padah. 2m 
-Tanggungjawab dalam menyara  keluarga. Walaupun kehidupan Mat Seman agak
payah setelah kakinya dipotong namun dia tetap bekerja untuk menyara keluarganya
tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 2m
  -Kerjasama dalam keluarga. Anak-anak Mat Seman dan isterinya sering membantu    
ayah mereka menjaga kerbau-kerbau mereka. 2m
-Kepentingan pendidikan. Mat Seman bercita-cita untuk menyekolahkan anak-anaknya
hingga ke universiti untuk kehidupan yang lebih senang. 2m
-Kesan pembangunan terhadap kehidupan manusia. Mat Seman bimbang pembangunan
yang akan dibuat di Lembah Bilut akan menyebabkan muda-mudi di Kampung Angun
Butir Sebatu terpengaruh dengan budaya Barat. 2m

b. Teknik plot yang digunakan:

-Dialog- Dialog antara Mat Seman dan Tok Penghulu yang berbincang tentang    
pembaharuan yang akan berlaku di Lembah Bilut. 2m
-Imbas kembali- Mat Seman teringat kembali cerita datuknya tentang kehebatan
ayahnya     yang pakar tentang ilmu memelihara kerbau. Hanya daripada tahi kerbau
sahaja dia tahu penyakit kerbaunya. 2m
-Monolog dalaman- Mat Seman berbisik dalam hatinya bahawa dia tidak mahu
dianggap     oleh orang kampung  sebagai seorang askar yang tidak lagi mampu setelah
cacat. 2m
-Pemerian- Pengarang menggambarkan tentang keadaan kandang kerbau milik Mat
Seman setelah hari hujan. 2m
-Kejutan- Pembaca terkejut kerana pada akhir cerita Mat Seman telah mati kerana    
dirempuh oleh kerbau-kerbau peliharaannya. 2m
-Imbas muka- Mat Seman membayangkan kesan yang akan timbul jika pembangunan    
dibawa ke Lembah Bilut. Lembah Bilu tidak akan “suci” lagi. 2m

1.Apabila merasakan tiupan angin yang mengacah-acah dan mendengar deru pohonan yang kian nyaring
dia didatangi rasa pilu dan kesal lagi. Segala-galanya seolah-seolah menikamkan kesakitan, menyerap
jauh ke dalam pembuluh darah malah terapung-apung menghiris-hiris relung hatinya.

a.Nyatakan maksud gaya bahasa personifikasi.(2 markah)


b.Berdasarkan petikan berikan dua contoh gaya bahasa tersebut. (2 markah)

2. Berdasarkan cerpen Bah Urei, jawab soalan-soalan berikut;


a. Bincangkan 5 latar masyarakat dalam cerpen.(10 markah)
b. Jelaskan 5 perwatakan watak utama.(10 markah)

SKEMA JAWAPAN

1.a.Personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia kepada benda bukan manusia -1m
b. dia didatangi rasa pilu dan kesal -1m
angin yang mengacah-ngacah -1m

2.a. Masyarakat asli suku kaum Semai. Contohnya, Bah Urei merupakan lelaki orang asli suku kaum
Semai yang masih mengamalkan adat suku kaumnya. 2m
Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Bah Urei mengalami konflik jiwa yang hebat kerana
gagal memelihara kubur isterinya Sirih dan pokok keledang lambang perkahwinan mereka kerana jalan
raya akan dibina merentasi kubur isterinya. 2m
Masyarakat yang berfikiran terbuka. Misalnya, Tok Batin dan anak-anak buahnya bersetuju untuk
menerima pembangunan yang akan dibuat di kampung mereka. 2m
Masyarakat yang penyayang. Misalnya, walaupun telah lama isterinya Sireh meninggal, Bah Urei tetap
setia menjaga kubur isterinya. 2m
Masyarakat yang berani. Contohnya, Bah Urei merupakan seorang lelaki yang berani pada zaman
mudanya. Dia pernah membunuh harimau hanya dengan menggunakan lembing.2m

b. Seorang yang setia. Bah Urei masih setia menjaga kubur Sirih walaupun isterinya telah lama
meninggal dunia. 2m
Seorang yang berani. Bah Urei pernah membunuh seekor harimau yang besar dengan hanya
menggunakan lembing semasa mudanya. 2m
Seorang yang mudah emosi. Bah Urei menangis ketika dia berusaha untuk menebang pokok keledang
kerana ia lambang perkahwinannya dengan Sirih. 2m
Seorang yang menyayangi alam semulajadi. Bah Urei suka akan kehidupan di dalam hutan yang
memberikan ketenangan kepadanya. 2m
Seorang yang suka bertindak terburu-buru. Bah Urei mengasah parang lalu pergi menyerang pekerja-
pekerja yang ingin membersihkan kawasan hingga menyebabkan ada yang tercedera. 2m

LATIHAN PENGUKUHAN (CERITA HIKAYAT CENDAWAN PUTIH)

LATIHAN PENGUKUHAN (CERITA HIKAYAT CENDAWAN PUTIH)


SOALAN 1
Berdasarkan cerita Hikayat Cendawan Putih daripada teks Seuntai Kasih Secebis Harapan, jawab
soalan-soalan berikut:

(a) Nyatakan empat perwatakan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. [4 markah]

(b) Huraikan empat perbandingan perwatakan Raden Kesuma Wati dengan


Raden Kesuma Ningrat. [8 markah]

(c) Jelaskan empat nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut. [8 markah]

Latihan ProsaTradisional : Hikayat Cendawan Putih

Sila cuba buat latihan di bawah. Uji kemahiran dan pengetahuan anda menjawab. Kemudian,
bandingkan jawapan anda dengan skema jawapan yang dicadangkan.

HIKAYAT CENDAWAN PUTIH

SOALAN STRUKTUR

1) Setelah itu maka ahli nujum itu berdatang sembahnya, ”Ya tuanku, dari penyakit paduka
ayahanda terlalu rupanya, jikalau tiada seperti kata di dalam nujum hamba tiadalah sembuh.”

i) Berdasarkan petikan di atas, siapakah paduka ayahanda? (2m)

ii) Bagaimanakah cara untuk mengubati penyakit baginda? (2m)

2. a) Apakah hubungan Raden Kesuma Ningrat dengan Raden Kesuma Wati? (2m)

b) Siapakah yang ditugaskan untuk mencari ubat bagi mengubati penyakit ayahandanya?(2m)

3. Berikan 4 jenis haiwan yang terdapat dalam cerita Hikayat Cendawan Putih (4m)

4. Maka Raden Kesuma Ningrat pun berkata-kata, ia pun bertanyakan halnya kepada tuan
puteri,”Apa mulanya adinda maka sampai ke mari ini. Apakah nama adinda dan nama negeri
adinda?”

i) Siapakah adinda yang dimaksudkan dalam petikan? (2m)


ii) Apakah yang berlaku selepas itu? (2m)

SOALAN ESEI

1. Huraikan citra masyarakat dalam cerita Hikayat Cendawan Putih. (10m)

2. Huraikan perwatakan Raden Kesuma Ningrat. (10m)

SKEMA JAWAPAN

1) - Raja Indera Kemala Putera


- makan telur burung merpati putih yang bersarang di dalam telinga naga di atas Gunung
Meraksa Dewa

2. - adik beradik berlainan ibu


- Raden Kesuma Ningrat

3. i) harimau
ii) merbah putih
iii) singa
iv) landak putih
v) landak hitam
vi) serigala
vii) naga
viii) kuda

(pilih mana-mana 4 jawapan)

4. - Tuan Puteri Pelinggam Cahaya


- Raden Kesuma Ningrat dan Puteri Pelinggam Cahaya sama-sama mencari telur burung merpati
putih

SOALAN ESEI

1.
a. masyarakat /golongan raja
- contoh Tuan Puteri Ratna Sari, Tuan Puteri Pelinggam Cahaya

b. masyarakat yang bertanggung jawab


- Raden Kesuma Ningrat dan Tuan Puteri Pelinggam Cahaya sanggup bersusah payah mencari
ubat untuk mengubati penyakit ayahanda mereka masing-masing.

c. masyarakat haiwan
- terdapat binatang seperti singa, harimau, landak, burung
d. masyarakat yang mempercayai tabib/dukun
- Raden Kesuma Wati amat mempercayai ramalan dukun untuk mencari ubat bagi mengubati
ayahandanya

e. masyarakat yang taat akan perintah raja


- Rakyat, menteri dan hulubalang mencari ubat untuk mengubati penyakit raja mereka sehingga
banyak yang terkorban

2.
a. bertanggungjawab
- contoh – baginda sanggup mencari ubat untuk mengubati ayahandanya.

b. berani
- baginda tidak takut apabila berhadapan dengan raksasa dan harimau.

c. pengasih/penyayang
- menyayangi kekandanya Raden Kesuma Wati dan ayahandanya hingga sanggup memenuhi
permintaan kekandanya untuk mencari ubat bagi mengubati ayahandanya

d. prihatin
- membayarkan harga kuih yang dicuri oleh Raden kesuma Wati

e. adil- menjatuhkan hukuman kepada Raden Kesuma Wati kerana kesalahannya

Cerpen anak gembala

1. Baca petikan cerpen dan jawab soalan berikutnya.

Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbaunya di lembah ini. Lembah Bilut
akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi. Mat Seman tidak pernah meminta
apa-apa bantuan daripada orang. Daripada wang sagu hati dia putus kaki, dia
membina kandang baru yang ada atap untuk kerbau-kerbaunya, dia membeli mesin
penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbaunya ke tepi setiap pagi. 

a. Berdasarkan petikan, berikan 2 perwatakan Mat Seman.    (2 markah)


b. Nyatakan pengajaran yanag terdapat dalam petikan.        (2 markah)

Berdasarkan cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi jawab soalan-soalan berikut;
a. Huraikan 5 persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.   (10 markah)
b. Huraikan 5 teknik plot yang digunakan oleh pengarang.    (10 markah)
Skema Jawapan
1. a. -Berani mempertahankan hak -1m
 -Berdikari - 1m
b. -Kita janganlah terlalu mengharapkan bantuan orang lain. -1m
    -Kita haruslah berani mempertahankan diri daripada ditindas oleh orang lain.-1m
2. a. Persoalan-persoalan dalam Anak Gembala

 -Kepentingan sikap berfikiran secara rasional dalam menyelesaikan masalah.              


Misalnya tindakan Mat Seman yang melepaskan kerbau-kerbau ketika kerja-kerja    
pembangunan Lembah Bilut dijalankan hanya mengundang padah. 2m 
-Tanggungjawab dalam menyara  keluarga. Walaupun kehidupan Mat Seman agak
payah setelah kakinya dipotong namun dia tetap bekerja untuk menyara keluarganya
tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 2m
  -Kerjasama dalam keluarga. Anak-anak Mat Seman dan isterinya sering membantu    
ayah mereka menjaga kerbau-kerbau mereka. 2m
-Kepentingan pendidikan. Mat Seman bercita-cita untuk menyekolahkan anak-anaknya
hingga ke universiti untuk kehidupan yang lebih senang. 2m
-Kesan pembangunan terhadap kehidupan manusia. Mat Seman bimbang pembangunan
yang akan dibuat di Lembah Bilut akan menyebabkan muda-mudi di Kampung Angun
Butir Sebatu terpengaruh dengan budaya Barat. 2m

b. Teknik plot yang digunakan:

-Dialog- Dialog antara Mat Seman dan Tok Penghulu yang berbincang tentang    
pembaharuan yang akan berlaku di Lembah Bilut. 2m
-Imbas kembali- Mat Seman teringat kembali cerita datuknya tentang kehebatan
ayahnya     yang pakar tentang ilmu memelihara kerbau. Hanya daripada tahi kerbau
sahaja dia tahu penyakit kerbaunya. 2m
-Monolog dalaman- Mat Seman berbisik dalam hatinya bahawa dia tidak mahu
dianggap     oleh orang kampung  sebagai seorang askar yang tidak lagi mampu setelah
cacat. 2m
-Pemerian- Pengarang menggambarkan tentang keadaan kandang kerbau milik Mat
Seman setelah hari hujan. 2m
-Kejutan- Pembaca terkejut kerana pada akhir cerita Mat Seman telah mati kerana    
dirempuh oleh kerbau-kerbau peliharaannya. 2m
-Imbas muka- Mat Seman membayangkan kesan yang akan timbul jika pembangunan    
dibawa ke Lembah Bilut. Lembah Bilu tidak akan “suci” lagi. 2m
KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN EMPAT

1.
Ambil golok di atas puan,
Hendak berakit ke Kuala Kedah,
Usah dijolok sarang tebuan,
Badan sakit sesal tak sudah. Petikan daripada Pantun Empat Kerat Nasihat
i. Huraikan empat gaya bahasa pantun di atas . (4m)

ii. Cipta serangkap pantun yang bertemakan kasih sayang. (4m)

2.
Masih menguntumkah
Bunga damai
Sekiranya dunia masih berperang
Kejahilan masih berleluasa
Sebaris kejam
Mengimami rumah mesra
Merayap mesiu
Dan mortar menyusup telinga
Meratah rakus jiwa manusia?
Dipetik daripada sajak ‘Bunga Damai’

i. Apakah maksud metafora?

ii. Berikan contoh gaya bahasa metafora dalam petikan sajak di atas. (2m)

iii. Huraikan maksud rangkap sajak tersebut. (4m)

Novel "Jeriji Kasih"

3. “Pak Syed pernah buat apa yang Nuar buat. Tapi dulu tak pakai perakam suara.” Manis senyuman
Syed Mustafa menceritakan zaman remajanya.

i. Nyatakan latar tempat dialog di atas dituturkan. (2m)

ii. Apakah yang sedang dilakukan oleh Anuariza ketika itu? (2m)

iii. Berikan dua pengajaran dalam petikan di atas. (4m)

4. Tidak apalah. Keadaan sudah menentukan nasib dirinya jadi begini. Biarlah. Apa yang hendak
dilakukan lagi? Apabila air keruh di hulu, tak kanlah jernih air di hilir?
Dipetik daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang.

i. Apakah yang cuba dilakukan oleh dia dalam petikan cerpen di atas? (2 m)

ii. Huraikan mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang melalui petikan di atas. (4m)
Drama Menggapai Pelangi

1. Baca  petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Zahid  :   (Terperanjat) Aik… setahu aku rumah tangga kau tidak ada masalah.Selama ini bukankah hidup
bahagia? Isteri kau Norhayati kan seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula. Masalah apa
pula lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swata, jika ada mana-mana
bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas. Apa kata kita bincang sedikit. Engkau tu kawan aku,
tapi dalam kerja, kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kaufaham maksud aku.

(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi” teks Anak Global.)

 i.    Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perwatakan Hayati. 4m

2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Imran :   Waktu kami di universiti dulu. Ketika itu kami sedang bermotosikal ke Petaling Jaya, nak pergi
mana. Masa itu abang bawa motor ikut perasaan dan hati muda. Apabila sudah berlaku, baru menyesal.
Tapi dah tak berguna, dah sakit dan cacat.Nasib baik tak habis terus.

Norhayati    :   (Sebak) Abang, kerana abang suami Yati, ayah kepada anak Yati… dan jujur memberitahu
apa yang sudah  berlaku, Yati maafkan abang. Yati maafkan abang. Yati faham semuanya itu bukan
kehendak abang, tetapi sudah takdir….

Imran :  Terima kasih, Yati… abang bersyukyur Yati percaya cakap abang.Demi Allah, apa-apa yang abang
katakana ini betul, Yati.

(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi” teks Anak Global.)

i.Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.    4m

3.  Berdasarkan drama Menggapai Pelangi, huraikan;

a.Dua latar masa    ( 4 markah )


b.Empat pengajaran ( 8 markah )
c.Dua teknik plot  (  8 markah )

Skema Jawaban

1.Perwatakan Hayati
i.Baik                              
ii.Penyayang                          
iii.Warak                              
iv.Cantik                                  
                              
2.Latar Mayarakat
i.Masyarakat yang suka mengikut perasaan 
iiCth:Imran memandu laju menyebabkan dia mengalami kemalangan jalan raya
iii.Masyarakat yang jujur/ suka berterus terang
iv.Cth:Imran menceritakan hubungannya dengan Norasma kepada Hayati      
v.Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain
vi.Cth: Hayati memafkan kesalahan Imran          
vi.Masyarakat yang bersyukur                      
vii.Cth:Imran bersyukur kerana Yati memaafkan dan mempercayainya   

3. Tiga latar masa


i)Pada waktu pagi                             
ii)   Perbualan telefon Imran bersama dengan rakannya Nazmi. 
Norasma bertemu dengan Dr. Mona juga pada waktu pagi untuk  mendapatkan rawatan di samping
nasihat agar Norasmah menjadi lebih tabah dalam mengahadapi kehidupannya.               
iii)  Pada waktu tengah hari 
iv) Perjumpaan Imran dengan Norasma.Mereka telah berjanji untuk bertemu pada jam 12.30 tengah
hari semasa perbualan telefon
v)  Pada waktu petang  
vi) Berdasarkan perbualan Imran dan Norhayati ketika mereka lewat pulang ke rumah. Menerusi
perbualannya, Norhayati terperanjat apabila  mendapat tahu imran tidak menjengok ananya, Hasnita
yang ditinggalkan di rumah sejak dari pagi.
vii) Pada waktu  malam
viii) Semasa berjumpa dengan isterinya dikampung Imran memaklumkan  bahawa Norasamah akan
bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada malam esok.    

3b.    Tiga pengajaran


i) Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan
ii) Misalnya menerusi drama ini, Imran bukan sahaja seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab
keluarganya, malah Imran sanggup bertanggungjawab terhadap janjinya bermasa Norasmah pada suatu
ketika dulu.
iii)  Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.   
iv)   Contohnya, Norhayati merupakan seorang isteri yang tabah dalam menghadapi dugaan sebagai
seorang isteri.Dia tabah menerima keputusan Imran dan berserah kepada takdir
v) Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain
vi) Contohnya, Norhayati merupakan seorang ibu yang sangat penyayang. Dia begitu risau apabila
memikirkan tentang anaknya, Hasnita yang ditinggalkan sejak dari awal pagi lagi.
vii) Kita hendaklah prihatin terhadap individu disekeliling kita
viii) Misalnya, Dr. Mona dan Zahid merupakan insan yang prihatin terhadap masalah rakan-rakannya.
Keprihatinan itu telah membuatkan mereka membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh Norhayati dan Imran.
ix) Kita hendaklah hormat menghormati antara satu sama lain
x)    Misalnya,  Norhayati telah memberikan layanan yang baik kepada  tetamunya, Dr. Mona yang
datang bertandang ke rumahnya. Selain itu,  Norhayati juga menghormati apa-apa sahaja keputusan
yang dibuat oleh suaminya.

3c.Dua Teknik Plot

i) Imbas Kembali
ii) Imran teringat semula peristiwa kemalangan yang dialaminya bersama dengan Norasmah setelah
menerima panggilan telefon daripada Norasmah
iii) Saspens
iv)  Imran telah menyatakan pendiriannya kepada Norhayati bahawa dia tidak jadi berkahwin dengan
Norasmah kerana masing-masing telah memilih jalan hidup sendiri sewaktu berada di kampung.
v) Teknik Dialog
vi)  Contoh:  Norasmah telah menghubungi Imran buat pertama  kalinya setelah lama berpisah telah
menyebabkan terjalin semula  hubungan antara watak
vii)Teknik Monolog
viii)  Dalam drama ini, Imran telah bermonolog ketika kekasih lamanya  menelefonnya dan dia mula
terfikirkan janjinya. Dalam masa yang sama,dia terfikir akan keluarganya.

Soalan Esei Jeriji Kasih

1. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, jawab soalan-soalan yang berikutnya.


a.nyatakan kejayaan-kejayaan Anuariza [ 10 markah ]
b.huraikan gambaran masyarakat. [ 10 markah ]

2. a) Watak Anuariza merupakan seorang pemuda contoh dalam novel Jeriji Kasih.
Huraikan lima keistimewaan watak Anuariza yang boleh diteladani. [10 markah]
b) Huraikan binaan plot novel Jeriji Kasih. [10 markah]

3. a) Jelaskan lima konflik dalam novel. [10 markah]


b) Jelaskan lima peleraian dalam novel [10 markah]

Skema Jawapan

1.a. i. berjaya dalam pelajaran 1 markah


ii Cth: Lulus dengan cemerlang dalam STPM / dapat masuk universiti 1 markah
iii. berjaya membimbing Syed Faris 1 markah
iv. Syed Faris yang bersikap negatif kini telah berubah 1 markah
v. berjaya mengusahakan projek Taman Fantasi 1 markah
vi. cth telah mendapat bantuan kewangan daripada Syed Mustafa 1 markah
(b) Gambaran masyarakat
i. Masyarakat Melayu 1 markah
ii. Cth : nama-nama watak spt Anuariza,Solehah 1 markah
iii. Masyarakat yang gigih / tabah 1 markah
iv. Cth Anuariza walaupun hidup miskin, tetap gigih belajar 1 markah
v. Masyarakat yang mementingkan pelajaran 1 markah
vi. Cth: Syed Mustafa meminta Anuariza menjadi guru tusyen untuk anak-anaknya 1 markah
vii. Masyarakat yang bekerjasama 1 markah
viii Cth : Penduduk kampung bergotong-royong semasa kenduri-kendara 1 markah
ix Masyarakat yang bekerja sebagai petani 1 markah
x Cth : Haji Su’ud mengusahakan dusun 1 markah
xi Masyarakat yang hidup susah/ miskin 1markah
xii Cth : Solehah hidup dalam kemiskinan / tidak mampu menyediakan segala kemudahan utk
Anuariza 1 markah

2. a. i. Seorang yang rajin/gigih 1 markah


ii. Cth : Rajin bekerja/bertani/menanam anggur, pokok naga 1 markah
iii. Seorang yang berpandangan jauh 1 markah
iv. Cth : Berhasrat memajukan pertanian sebagai tarikan pelancongan dan
penyelidikan/merancang untuk meneruskan pelajaran ke universiti 1 markah
v. Seorang yang rasional 1 markah
vi. Cth : Tidak menghalang ibunya berkahwin semula 1 markah
vii. Seorang yang bijak mengambil hati/memujuk 1 markah
viii. Cth : Berjaya memujuk Syed Fariz/Sharifah Farisya 1 markah
ix. Seorang yang penyabar 1 markah
x. Cth : Sabar apabila ibunya dituduh berkahwin kerana ingin
menumpang kekayaan Syed Mustafa 1 markah
xi. Seorang yang mengutamakan keluarga daripada diri sendiri 1 markah
xii. Cth : Walaupun menyayangi Sharifah Farisya, Anuariza rela Sharifah Farisya menjadi
adiknya apabila ibunya kahwin dengan bapa Sharifah Farisya 1 markah
xiii. Seorang yang mentaati ibu 1 markah
xiv. Cth : Menghormati dan patuh pada ibunya, Soleha 1 markah
xv. Seorang yang taat pada agama 1 markah
xvi. Cth : Menunaikan solat walaupun semasa di hutan 1 markah

b). i. Plot bersifat kronologi 1 markah


ii. Cth : Susunan peristiwa mengikut urutan waktu 1 markah
iii. Permulaan novel berkisar pada Anuariza dan latar tempat 1 markah
iv. Cth : Anuariza ke paya mencari asam kelubi 1 markah
v. Perkembangan novel berkisar pada kehadiran anak-anak Syed Mustafa dan Anuariza
membantu mereka 1 markah
vi. Cth : Anuariza mengajar tuisyen Syed Fariz 1 markah
vii. Konflik antara Anuariza dan Syed Fariz 1 markah
viii. Cth : Syed Fariz bermasalah disiplin/mencabul Ruhaiza 1 markah
ix. Konflik Syed Fariz dan Syed Mustafa 1 markah
x. Cth : Syed Fariz anggap Syed Mustafa sebagai punca kematian ibunya dan membenci bapanya
1 markah
xi. Klimaks novel berkisar konflik Anuariza – Sharifah Farisya 1 markah
xii Cth : Anuariza cuba memujuk Sharifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur kerana menentang
perkahwinan Soleha dan Syed Mustafa 1 markah
xiii. Peleraian berkisar kejayaan Anuariza menyelesaikan masalah yang dihadapinya 1 markah
xiv. Cth : Sharifah Farisya terima kenyataan ayahnya akan berkahwin dengan ibu Anuariza/Hj.
Lokman membantu projek Taman Fantasi/Anuariza berjaya ke IPTA 1 markah

3. a) i. Konflik Syed Mustafa dan Syed Fariz 1 markah


ii. Cth : Syed Fariz membenci ayahnya/Syed Mustafa anggap Syed Fariz nakal dan memukulnya
1 markah
iii. Konflik Nek Siah dan Syed Mustafa 1 markah
iv. Cth : Nek Siah marah akan Syed Mustafa kerana abaikan tanggungjawab kepada anak-anak 1
markah
v. Konflik Anuariza dan Syarifah Farisya 1 markah
vi. Cth : Syarifah Farisya meminta Anuariza menentang perkahwinan ayahnya dan ibu Anuariza
1 markah
vii. Konflik Soleha dan Syed Mustafa 1 markah
viii. Cth : Soleha serba salah menerima lamaran Syed Mustafa 1 markah
ix. Konflik Syed Fariz dan Ruhaiza 1 markah
ix. Cth : Syed Fariz mencabul Ruhaiza kerana mengesyaki dia yang mengadu kesalahan disiplin
kepada guru 1 markah
xi. Konflik Syed Mustafa dan Khusyairi 1 markah
xi. Cth : Khusyairi marah dengan Syed Mustafa kerana anaknya, Syed Fariz mencabul Ruhaiza 1
markah

b) i. Syed Mustafa sedar kesilapannya dalam mendidik anak 1 markah


ii. Cth : Syed Mustafa letak jawatan di bandar/berkahwin dengan Soleha untuk menyelesaikan
masalah anak 1 markah
iii. Nek Siah berusaha mengahwinkan Soleha dengan Syed Mustafa 1 markah
iv. Cth : Nek Siah percaya Soleha boleh membantu Syed Mustafa membimbing anak-anaknya 1
markah
v. Anuariza berjaya memujuk Syarifah Farisya yang lari dari rumah ke Kuala Lumpur 1 markah
vi. Cth : Memujuknya menerima perkahwinan Syed Mustafa
dan Soleha 1 markah
vii. Anuariza lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang 1 markah
viii. Cth : Anuariza mendapat tawaran ke IPTA 1 markah
ix. Anuariza mengatasi masalah kewangan ke IPTA 1 markah
x. Cth : Syed Mustafa memberi bantuan kewangan 1 markah
xi.Projek Taman Fantasi/projek tanaman anggur dan buah naga Anuariza dapat diteruskan 1
markah
xii. Cth : Hj. Lokman dan Syed Mustafa membantu dari segi kewangan meneruskan projek
pertanian 1 markah

You might also like