P. 1
Kesan Iman

Kesan Iman

|Views: 1,150|Likes:
Published by Ujang

More info:

Published by: Ujang on May 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/05/2013

pdf

text

original

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 1

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 3

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Kesan-Kesan Keimanan Dalam Diri Insan
Alwi Lateh

Isi Kandungan Aluan Penulis Mukaddimah Latar Belakang Kesan Pertama Kesan ke Dua Kesan ke Tiga Kesan ke Empat Kesan ke Lima Kesan ke Enam Penutup 2 3 4 6 8 9 10 11 12 13

1

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 4

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

ALUAN PENULIS
Dengan lafaz

Segala pujian hanya milik Allah SWT. Kita memohon perlindungan dari keburukan jiwa dan amal perbuatan kepadaNya dan memohon hanya keampunan kepadaNya. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah SWT, tidak ada orang yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, tidak ada orang yang dapat memberi petunjuk kepadaNya. Perbincangan ringkas ini merupakan satu catatan dari pengalaman dan peristiwa yang berlaku pada diri saya dan gabungan dari isi-isi hadis dan maksud dari Al-Quran disamping saya pungut dari buku rujukan, bahkan ada antaranya dari fikiran peribadi. Jika benar maka ianya kurniaan dari Allah SWT namun jika salah ianya dari kekurangan peribadi saya sendiri. Semoga perbincangan ringkas ini akan diterima sebagai amal. Akhirnya, sekali lagi puja dan puji hanya milik Allah. Penulis.
2

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 5

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

1. MUKADDIMAH
Iman dan agama tidak dapat dipisahkan. Jika seseorang beriman dengan konsep triniti maka ia akan mendalami agama Kristian dan menjadi penganutnya. Jika seseorang beriman dengan tuhan - patung berhala yang disembah maka ia akan mendalami agama tersebut dan menjadi pengikut agama tersebut - mungkin Hindu. Jika seseorang itu beriman bahawa tuhan itu esa, nabi Muhammad Pesuruh Allah, ada hari pembalasan, ada syurga dan neraka, ada kadar baik dan buruk maka ia telah beriman dengan rukunrukun iman dan agama Islam. Ia akan mendalami agama Islam dan menjadi penganutnya. Maka iman seseorang tadi telah membawa ia kepada pencarian agama yang sebenar. Iman perlu dalam kehidupan kerana ia akan memimpin manusia untuk mencari sesuatu yang lebih baik, beramal dengan sesuatu yang lebih baik dan memimpin manusia ke arah kebaikan. Manusia yang beriman akan lebih beragama, tetapi kadangkala manusia yang beragama, kelakukannya dan etikanya seperti manusia yang tidak punya iman lansung.

3

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 6

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Keimanan akan memberi kesan dalam kehidupan terutamanya dalam beberapa bidang antaranya: Ekonomi: Menambah produktiviti kerana pekerja tekun, amanah dan ikhlas. Politik: Menghasilkan sistem pemerintahan yang mengikut undang-undang Negara Islam serta menghukum mengikut hukum Islam kerana pemimpin dan rakyat takut hanya pada Allah, percaya dengan kuasa Allah dan memahami maksud khalifah Allah di muka bumi. Sosial: Melahirkan masyarakat yang bersatu padu saling bantu membantu dan mengamalkan akhlak Islam, tidak ego dan kanaah. Agama: Melahirkan mukmin sejati Tulisan ini lebih menjurus kepada kesan-kesan dari keimanan tersebut dalam diri insan yang beragama Islam sahaja.

2. LAtArbELAKANg
Agama mempunyai dua bahagian utama iaitu: nampak dan tak nampak. Seperti pokok, bahagian dalam tanah akar tunjang atau akar serabut dan lagi satu bahagian di luar daripada tanah iaitu batang, ranting, daun, bunga dan buah. Apabila akarnya baik maka akan menghasilkan batang yang baik
4

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 7

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

dan sempurna sebagai sebatang pokok. Bahagian akar inilah disebut sebagai iman. Iman telah digariskan berdasarkan dari hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “ImanadalahkamubeirmankepadaAllah,beriman kepada malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, hari akhiratdanQadha(baikdanburuk)” Rukun iman tersebut menjadi tunjang kepada agama. Keimanan yang jitu kepada rukun iman tersebut akan melahirkan individu yang beragama seperti yang dikehendaki oleh iman itu. Keimanan seperti ini akan melahirkan penganut-penganut agama Islam yang baik, yang akan menyempurnakan segala tuntutan dalam agamanya seperti yang terkandung dalam rukunrukun Islam atau ciri-ciri Islam, sebagaimana hadis Rasulullah SAW: “Islamituadalahkamumengucapkanduakalimah syahadat, mengerjakan solat, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkanzakatdanmengerjakan hajikeMekahjikatermampu.” Jelas menunjukkan bahawa iman akan mendorong manusia supaya beragama dengan apa yang diimaninya. Iman bukan sahaja boleh menghasilkan manusia yang beriman dan beragama tetapi ia akan memberi beberapa kesan dalam kehidupan manusia khususnya manusia yang beriman.
5

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 8

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Tulisan ini menjurus kepada kesan-kesan keimanan kepada manusia atau individu beriman. Saya menggariskan beberapa kesan antaranya: • Membebaskan manusia • Memberi ketenangan jiwa • Menguatkan jiwa • Membentuk persaudaraan dan persamaan • Menjadi pengawal setia • Membentuk kehidupan yang baik, adil dan makmur.

3. KESAN YANG PERTAMA: MEMbEbASKAN MANUSIA
Keimanan seseorang akan membebaskan dirinya daripada kekuasaan orang lain atau kekuasaan makhluk lain. Kesan ini timbul kerana keimanan yang benar itu memberikan kemantapan dalam jiwa seseorang. Hanya Allah sahajalah Maha Berkuasa untuk memberikan kehidupan, mendatangkan kematian, memberikan ketinggian kedudukan, menaik dan menurunkan darjat dan memberikan kemudharatan dan kebaikan. Selain Allah tidak ada kuasa yang boleh melakukannya. Kekangan yang diberikan oleh yang berkuasa di dunia ini atau penguatkuasa undang-undang dan
6

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 9

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

sikap tunduk dan patuh kepada kemahuan orang lain menjadi penyebab kemunduran, menjadi penghalang kepada kemajuan. Dengan penjelasan Islam mengenai kebebasan jiwa, maka segala perhambaan haruslah dilenyapkan dan diganti dengan kemerdekaan setiap orang dari kongkongan dan belengu para pengekang dan penguasa yang telah sekian lama menghambat kemerdekaan manusia. Dengan inilah para pemimpin yang mendukung syirik dan golongan thaghut jahiliah menentang dakwah nabi-nabi umumnya dan para Rasul khususnya. Mereka mengerti bahawa pengisytiharan: tiada tuhan melainkan Allah adalah pengisytiharan umum kemerdekaan dan pembebasan manusia serta berusaha menumbangkan setiap kekuasaan dan takhta ketuhanan yang dusta, serta akan mengangkat dahi mukmin yang tidak akan tunduk, sujud kecuali kepada Allah SWT.

7

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 10

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

4. KESAN YANG KE DUA: MEMbErI KEtENANgAN JIWA
Keimanan seseorang akan memberi keamanan dan ketenangan jiwa. Ia tidak akan ditindas dan dizalimi dengan perkara-perkara yang menakutkan. Ketakutan tentang rezeki yang sedikit atau rezeki yang banyak, takut tentang ajal, takut pada diri, takut pada keluarga dan anak-anak, takut pada manusia, takut pada jin dan apa jua yang berlaku selepas mati. Keimanan seorang mukmin tidak akan merasai takut kepada segala sesuatu kecuali kepada Allah. Mereka tenang dalam keadaan orang lain gelisah dan tenteram ketika mana orang lain ketakutan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 82 bermaksud: “Orang-orangyangberimandantidakmencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), merekaitulahorang-orangyangmendapatkeamanan danmerekaituadalahorang-orangyangmendapat petunjuk.” Ketenangan ini lahir dari hati dan bukan dari pengawasan polis. Inilah keimanan dunia dan ketenteraman akhirat lebih hebat dan lebih kekal.
8

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 11

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

5. KESAN YANG KE TIGA: MENgUAtKAN JIWA
Apabila jiwa seseorang dipenuhi sifat raja’ (mengharap) kepada Allah, meletakkan kepercayaan, bertawakkal kepadaNya, redha dengan kadarNya, sabar dengan ujianNya, tidak meminta pertolongan dengan makhluk lain, maka jiwanya menjadi kukuh dan tidak mudah goyah. Jiwanya kuat. Sejarah telah membuktikan bahawa jiwa yang beriman dengan kukuh kepada Allah tidak akan mudah goyah. Sebagaimana kisah Nabi Hud a.s. yang diancam oleh kaumnya dengan bencana berhala, lalu ia berkata sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran, surah Hud ayat 54 - 56: “Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan saksikanlaholehmusekalianbahawasesungguhnya akuberlepasdiridariapayangkamupersekutukan, dariselainNya,sebabitujalankanlahtipudayakamu semua terhadapku dan janganlah kamu memberi tangguhkepadaku.Sesungguhnyaakubertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada sesuatubinatangmelatapunmelainkanDialahyang memegangubun-ubunnya.SesungguhnyaTuhanku diatasjalanyanglurus.” Pernyataan tersebut melambangkan jiwa yang
9

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 12

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

kukuh, kuat dan dengan keimanan yang tidak berbelah bagi. Lahir dari roh yang tidak pernah kenal lemah atau takut di mana kekuatan dan tenaga terbit dari bertawakal penuh kepada Allah. Firman Allah dalan surah Al-Anfal ayat 49 bermaksud: “Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

6. KESAN YANG KE EMPAT: MEMbENtUK PErSAUDArAAN DAN PErSAMAAN
Persaudaraan dan persamaan tidak akan terbentuk di kalangan manusia apabila ada di kalangan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Tetapi apabila manusia itu dikira sebagai hamba Allah maka ianya adalah sebagi punca dan asas persaudaraan dan persamaan di antara sesama manusia. Rasulullah SAW pernah berdoa yang bermaksuh: “Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan bagi setiap sesuatu dan yang memilikinya, aku naik saksi bahawahamba-hambaitusemuanyabersaudara.”
10

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 13

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Pengisytiharan persaudaraan sesama manusia secara menyeluruh adalah berdasarkan kepada pengakuan kesemuanya mengesakan Allah dan mengaku bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah. Orang-orang yang beriman kesemuanya bersaudara, satu matlamat, satu akidah dan kepercayaan. Islam hanya menggariskan bahawa mereka hanya berbeza dari segi ketaqwaan dan ilmu sahaja.

7. KESAN YANG KE LIMA: MEMbENtUK PENgAWAL SEtIA
Iman menjadi pengawal setia mukmin dalam memikul amanah, kesucian dan harga diri. Keimanan boleh membantu orang mukmin menguasai diri ketika berhadapan dengan keinginan hawa nafsu dan syahwat yang bergelora, di waktu sendirian, di tempat sunyi tidak dilihat oleh manusia, di tempat ia berkuasa, ia hanya akan merasai kehadiran Allah dan rasa takut hanya padaNya. Perkembangan peradaban Islam telah memaparkan bagaimana kesucian jiwa perajurit Islam ketika berhadapan dengan harta kekayaan rampasan perang. Imam at-Thabari bercerita ketika pasukan muslim memasuki kota Madain di Parsi dan mereka
11

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 14

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

mula mengumpul rampasan perang, datanglah seorang perajurit membawa peti dan menyerahkan kepada petugas. Dengan terkejut petugas itu mengatakan “kami belum pernah melihat harta sebanyak ini, tak ada bandingnya. Apakah anda mengambil sesuatu dari harta itu?” Perajurit itu menjawab, “Demi Allah, kalau tidak kerana Allah nescaya aku tidak akan menyerahkan kepada mu.” Kisah tersebut menunjukkan bukti bahawa iman perajurit tadi telah menjadi pengawal yang setia, supaya menghalang ia dari melakukan penyelewengan.

8. KESAN YANG KE ENAM: MEMbENtUK KEHIDUPAN YANg bAIK, ADIL DAN MAKMUr
Yang dimaksudkan membentuk kehidupan yang baik, adil dan makmur ini adalah kehidupan yang dijelmakan untuk orang mukmin yang memimpin. Kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah Taala pada orang yang beriman itu, sehingga dapat memerintah dengan baik di atas permukaan bumi ini. Diberinya petunjuk yang baik dalam kehidpan kepimpinannya atau seluruh umat Islam. Diberi
12

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 15

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

kemenangan dalam melawan semua musuh yang hendak mmenghalang perkembangan masyarakat sama ada dari segi keduniaan atau keagamaan. Dilindungi oleh serangan yang dilancarkan oleh musuh tanpa disangka-sangka. Sentiasa mendapat bimbingan dari Allah dan dikurniakan dengan kenikmatan dunia. Keimanan individu muslim nanti akan membentuk ummah atau masyarakat yang berpegang teguh kepada agama dan meyakini sepenuhnya iman mereka, melahirkan masyarakat yang hebat dan ummah yang kuat, melahirkan jiwa yang kasihan belas, produktif dan menjadi pendorong kemajuan diri, masyarakat dan negara.

9. PENUtUP
Iman yang benar dalam diri insan boleh membentuk peribadi mereka. Iman boleh melunturkan rasa ego sesama manusia dan ia juga boleh menjadi pendorong kemajuan. Iman boleh membawa perubahan dalam diri manusia dari tidak baik kepada yang lebih baik.

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->