You are on page 1of 7

KPD 3016 & KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN

TAJUK

PENGAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KOMPONEN 1 – KOMPONEN 3

( BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 )

PENSYARAH

DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALI

KUMPULAN EL – B 12

NORHAMIDAH BINTI AHMAT MOHSIN


( D 045659 )

HARYATI BINTI MOHD AKHIER


( D 042611 )

KOMPONEN 1 : TAJUK DAN TUJUAN UNIT


1
Tajuk : Jiran Sepakat Hidup Muafakat.

Subtajuk : i) Hidup Berjiran

ii) Hari Bersama Jiran

Tujuan Unit : Pada akhir unit ini, murid dapat :

a) Membaca, mengenal pasti dan menyatakan fakta yang terdapat dalam


teks.

b) Menyatakan maksud simpulan bahasa mengikut pemahaman murid.

c) Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara


secara terperinci, tepat dan tersusun.

d) Menyusun maklumat mengikut urutan yang betul.

e) Membina ayat dengan kata tanya yang sesuai berdasarkan maklumat


dalam teks.

Kepentingan tajuk : Murid dapat mengamalkan semangat kejiranan, semangat bermasyarakat


dan semangat kekitaan dalam kehidupan seharian.

KOMPONEN 2 : PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah mempelajari sikap prihatin dan tanggung
jawab dalam tajuk Masyarakat Penyayang yang telah dipelajari sebelum unit ini.

Pelan Mencungkil Idea.

Pelajaran 1: Soal jawab berdasarkan gambar yang menunjukkan situasi hidup berjiran.

Pelajaran 2 : Membina ayat tanya untuk mencungkil maklumat yang terdapat dalam petikan.

Idea atau objektif utama yang kemungkinan sukar dicapai.

1. Murid tidak dapat memberi idea yang tepat bagi menghuraikan maksud simpulan bahasa.

2. Murid tidak dapat menyatakan pendapat secara terperinci daripada teks yang dibincangkan.

Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep saintifiknya yang tepat.

Definisi jiran tidak dapat dihuraikan dengan tepat oleh murid. Guru perlu membimbing murid
2
untuk menghuraikan maksud jiran dengan lebih tepat.

KOMPONEN 3 : ANALISIS ISI KANDUNGAN PELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir sesi pembelajaran ini, murid harus dapat :

Pelajaran 1:

A.Menguasai Isi Kandungan

 Memahami maksud Hidup Berjiran.

B. Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir.

 Menjana idea dengan mengemukakan pendapat yang bernas tentang hidup


berjiran.

C. Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni.

 Melibatkan diri secara aktif dengan mengemukakan pendapat serta menyatakan

nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks yang dibincangkan.

Pelajaran 2 :

A.Menguasai Isi Kandungan.

 Murid dapat mengemukakan soalan berdasarkan teks / petikan yang dibaca.

 Menyusun semula maklumat berdasarkan bahan rangsangan dengan urutan yang

betul.

B. Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir.

 Kemahiran Berfikir dengan mengenal pasti maklumat dan menyusun atur mengikut
urutan yang betul.

C. Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni.

 Murid bermotivasi untuk berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain
di samping dapat menerapkan sikap kerjasama dalam pasukan.

SENARAI ISTILAH/ KONSEP/PRINSIP/HUKUM/TEORI.

Pelajaran 1 : Jiran
3
Pelajaran 2 : Atur cara

IDEA UTAMA MENGGUNAKAN BAHASA YANG SESUAI DENGAN KEBOLEHAN


DAN UMUR MURID.

Pelajaran 1 : Jiran ialah penghuni penempatan yang tinggal berhampiran dengan rumah kita.

Pelajaran 2 : Aturcara merupakan susunan aktiviti mengikut keutamaan.

PERSOALAN UTAMA DENGAN JAWAPAN

Pelajaran 1 : Apakah yang kamu faham tentang jiran? (Jiran ialah orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita.)

Pelajaran 2 : Bolehkah kamu senaraikan aktiviti sewaktu perhimpunan mingguan di sekolah?


( Antara aktiviti yang dijalankan sewaktu perhimpunan mingguan ialah bacaan doa, ikrar
murid, nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Sekolah, Lagu Negeri, ucapan guru bertugas dan
ucapan Guru Besar )

OBJEK, SISTEM ATAU KEJADIAN SEBENAR YANG BERKAITAN.

Pelajaran 1 : Mengenali, bertegur-sapa dan mengamalkan nilai-nilai murni terhadap jiran.

Pelajaran 2 : Murid menghadiri dan mengikuti aktiviti yang dijalankan sewaktu perhimpunan
mingguan di sekolah.

4
PETA KONSEP

TEMA : JIRAN SEPAKAT HIDUP MUAFAKAT

PELAJARAN 1

( HIDUP BERJIRAN )

PELAJARAN 2

( HARI BERSAMA JIRAN )

5
HIDUP BERJIRAN

Tatabahasa
Definisi ‘ Jiran’ ‘ Simpulan Bahasa’
Menyatakan Maklumat
Bacaan Teks ‘Amalan Hidup Berjiran’
Menyenaraikan
Kaedah / Teknik

Bacaan Berpandu Memahami makna

Soal jawab Amalan Baik Amalan Tidak Baik

Bacaan Berkumpulan

Sumbangsaran Kaedah / Teknik

Bacaan Individu

Cungkil Idea Penyoalan

Menyenaraikan maklumat

HARI BERSAMA JIRAN 6

Bacaan ‘Pengumuman’
Menyatakan maklumat Tata Bahasa Menyusun maklumat

Bacaan berpandu Beri pendapat Kata Tanya Memahami rajah/ gambar/rangsangan

Dimana Bila

Bacaan Berkumpulan Menyenaraikan isi penting Siapa Berapa Susun maklumat ikut
turutan

Bina soalan daripada maklumat Menyalin semula

You might also like