P. 1
Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

Folio Sejarah Tingkatan 3 2011 MPSJ

|Views: 16,540|Likes:
Published by Syiera 유천
sorry x tersusun >
sorry x tersusun >

More info:

Published by: Syiera 유천 on May 16, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2013

pdf

text

original

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN

Bil 1 2 3

Perkara Tajuk kajian Senarai kandungan Panghargaan

Muka surat

4 5 6 7 8 9

Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Hiakmah pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong (SMKP) dan Pn.Sivagami selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 3KRK yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu Siti Mastura dan ayah Nor Asmadi ,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.Tidak lupa juga kepada rakan–rakan perjuangan yang lain iaitu Aqilah, Kusha, Nani dan I’zatul kerana banyak memberi kerjasama dan berkongsi pengetahuan tentang maklumat kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk “Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita. Objektif kajian adalah seperti,melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih dan tepat seperti sejarah MPSJ dan juga carta organisasi mereka. Selain itu saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk membangunkan bandaraya Petaling. Tambahan pula, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.Secara tidak langsung dapat menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melayari internet maklumatmaklumat mudah diperoleh melalui internet.Internet juga dapat membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat. Oleh kerana saya memilih Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sebagai topik saya dalam folio ini, saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian di Kompleks 3C, Shah Alam. Disana, kami juga telah menangkap gambar sebagai bukti kami pergi ke sana. Selain itu, saya telah mengambil beberapa majalah mengenai ketika melawat di sana. Seterusnya, di sana saya juga telah mengambil beberapa pamplet mengenai Kompleks 3C.

HASIL KAJIAN
Institusi Pentadbiran Tempatan Nama Rasmi:Majlis Perbandaran Subang Jaya Nama Ringkas: MPSJ Lokasi:Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, Jalan USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor ‘

L a t a r b e l a k a n g
Majlis Perbandaran Subang Jaya ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah seksyen 4. Sebelum diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Pembandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran

Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No 62, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya juga terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling. Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi olehMenteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.

Objektif Penubuhan
Antara objektif penubuhan MPSJ ialah mereka bertanggungjawab di atas perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaan dengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.

Seterusnya mereka juga merancang dan melaksanakan program-program pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan Kerajaan Persekutuan.Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluan Undang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan.

Mereka juga akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan awam.

Tambahan lagi MPSJ juga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem percukaian dan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan serta ‘reliable’. Akhirnya memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan juga antara objektif penubuhan mereka

Visi
Visi ialah menjadi PBT terunggul bertaraf antarabangsa berteraskan Perbandaran Bestari Kota Niaga dan kediaman Idaman

Misi
Misi ialah menguruskan perkidmatan perbandaran bertaraf antarabangsa ke arah menjadikan Majilis sebuah perbandaran sejahtera , bestari dan dinamik menjelang 2020

Lagu
Di sini kita bina Bandar impian...Di sini kita maju seiring wawasan...Kejayaan kita... untuk masa depan...Bersatu hati sematkan di jiwa... Mewangi bunga menghiasi di taman...Berdiri megah kota dari keringat waja...Kejayaan kita... untuk anak bangsa...Warisan bangsa tetap terpelihara... (MPSJ)Korus :Bersamasamalah kita...Kekal keindahannya...Bersama-samalah usaha...Maju ke hadapan...Di mana jua berada...Selesa ceria...Bekerjasamalah kita...Demi kejayaan MPSJ...Majlis Perbandaran Subang Jaya...

Senarai pentadbir:
Ahli Majlis
Senarai Nama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya

Bil

Gambar

Nama, E-Mel Dan Nombor Telefon

1.

Nama : Y. Bhg Dato' Adnan Bin Hj Md. Ikshan Alamat : Majlis Perbandaran Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : ydp.adnan@mpsj.gov.my No. Telefon : 0380263102 (Pejabat) 0356376569 (Fax)

2.

Nama : Encik Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir Alamat : No 8, Jalan SS14/8H, 47500, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : roslan.shahir@mpsj.gov.my No. Telefon : 0192601033 (HP) 0356210592 (Fax)

3.

Nama : Encik Ismail Kamal Bin Abdul Rahman Alamat : No 7A, Tiara Square, Jalan Tiara, Taman Perindustrian UEP, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : ismail.kamal@mpsj.gov.my No. Telefon : 0193692173 (HP) 0380248542 (Fax)

4.

Nama : Encik Pooi Weng Keong Alamat : No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden, 46300, Petaling Jaya, Selangor darul Ehsan. E-Mel : pooi@mpsj.gov.my No. Telefon : 0123307280 (HP) 0340424240 (Fax)

5.

Nama : Encik Arumugam A/L Kalimuthu Alamat : No 9-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Mentari, 46150, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : aru@mpsj.gov.my No. Telefon : 0162108770 (HP) 0356301210 (Fax)

6.

Nama : Encik Mohd Nasir Bin Yusoff Alamat : Lot 145, Jalan Berkat 5, Kampung Seri Aman, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : mohd.nasir@mpsj.gov.my No. Telefon : 0192710234 (HP) 0380614801 (Fax) Nama : Encik Keshminder Singh A/L K.Karam Alamat : 86, Jalan SS23/31, Taman Sea, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : keshminder@mpsj.gov.my No. Telefon : 0193350250 (HP) 0378803088 (Fax) Nama : Encik Chin Sou Bong Alamat : Balai Masyarakat Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ, Jalan BP 2/2, Bandar Bukit Puchong, 47100, Puchong, Selangor Darul Ehsan. E-Mel : bongcs@mpsj.gov.my No. Telefon : 0122330095 (HP) 0379551058 (Fax)

7.

8.

Undang-Undang Kecil
MPSJ juga mempunyai beberapa undang-undang kecil, antaranya ialah Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Subang Jaya) Kerajaan Tempatan (2005), Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran 3.Subang Jaya (Jalan, Parit Dan Bangunan (2005),Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSJ) 2007,Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil, Iklan Pilihanraya (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pasar (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MPSJ) 2007, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 dan Undang-Undang Kecil Vendalisme (MPSJ) 2005

‘Garis Panduan Jabatan Pelesenan
• • • • • • • • • • • •

Garis Panduan Meletakkan Kerusi Meja Diluar Premis Garis Panduan Bazar Ramadhan Garis Panduan Lesen Pasar Malam & Pasar Pagi Garis Panduan Pembinaan Paparan Iklan Luaran Garis Panduan Pasar Basah Garis Panduan Permit Sementara Kiosk Penjaja Garis Panduan Permit Sementara Penjaja Garis Panduan Pusat Hiburan Keluarga Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Am) Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Karaoke) Syarat - Syarat Lesen Hiburan (Snooker) Garis Panduan Pusat Siber dan Kafe Siber

Jabatan Undang-undang

Garis Panduan Tatacara Penggunaan Web Dan Mel Di Agensi - Agensi Kerajaan

Bahagian Khidmat Masyarakat

Garis Panduan Pengurusan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPSJ

Jabatan Kontrak & Ukur Bahan

Garis Panduan Pembelian Tender/ Sebutharga Secara 'online'

Jabatan Perkhidmatan Bandar
• •

Garis Panduan Pengurusan Sampah & Penyediaan Tong Sampah Garis Panduan Pengurusan Sampah Pasar Malam & Pasar Pagi

Jabatan Bangunan

Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Bagi Rumah Kediaman/Bangunan Perniagaan

Yang Dijadikan Asrama Pelajar

RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.. Kita dapat perhatikan MPSJ yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat dan negara.

Melalui kajian ini juga, unsur semangat kekitaan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapatdi perhatikan.Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) adalah kerana nilainilai murni yang diamalkan oleh para pegawai, staff sokongan dan juga para pekerja ladang. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Pendek kata, semangat 1 Malaysia memang tertanam dalam diri setiap warga MPSJ.

Selain itu, unsur patriotisme seperti berdisiplin dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pentadbir atau pemimpin yang menjadi contoh teladan kepada golongan bawahan, nilai disiplin diri yang unggul perlu diamalkan.Hal ini dapat saya perhatikan dalam diri warga pentadbir di Pejabat MPSJ yang mana mereka sentiasa berbudi pekerti mulia, mematuhi peraturan dan undang-undang serta bersifat amanah dan jujur dalam tugas.

Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan produktif pada setiap masa. Kerajinan dan kegigihanserta ketabahan

menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh Felcra Berhad Pulau Banggi dapat dijadikan inspirasi seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha pembangunannegara untuk menuju Wawasan 2020.

ESEI
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?

Tidak dapat dinafikan bahawa Institusi Pentadbiran Tempatan, misalnyamajlis perbandaran dan Majlis Daerah memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalampentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demimenyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansurdan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklahditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlahperpaduan nasional. Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadicontoh teladan yang sihat kepada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini pentingkerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional.

Dalam institusi pentadbiran tempatan, seperti majlis perbandaran, kakitangan perlu berlaku adil dan bertimbangrasa.Sebarang tindakan haruslah secara adil saksama dan tidak membebani penduduk tempatan. Misalnya,tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan. Dengan ini, rakyat jelata menggemblengtenaga dengan pihak berkuasa sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara. Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan berharmoni merupakan elemen penting dalam melahirkan rakyat yangberjiwa patriotik.Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga danberkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah.Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat. Sementelahan, kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran.Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancahrasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan,maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan.Dengan erti kata lain, pihak

berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam.Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu.

Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendakrakyat hidup harmoni dan bersatu padu.Dalam konteks Ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yangtinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1Malaysia danWawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->