You are on page 1of 47

Konsep

Melayu

Definisi Awal Istilah “Melayu”

M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya

yang berjudul Geographike Sintaxis sekitar tahun 100-150 Masihi. Menurut

Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau

malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung

Malaysia.

Perkataan Melayu juga dapat dikesan dalam sebuah kitab Hindu Purba

yang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut, terdapat perkataan Malaya dvipa.
Menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera,

yang merupakan tempat asal bahasa Melayu.

Selain itu, perkataan Melayu ditemui di dalam tulisan China yang

bertulis pada zaman Dinasti Tang. Tulisan ini menyatakan bahawa orang Mo-

lo-yeu mengirim utusan ke negera China untuk memepersembahkan hasil-

hasil bumi kepada raja China. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan

Mo-lo-yeu yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera.

Terdapat lagi dalam tulisan China yang menyebut perkataan Melayu

iaitu pada catatan seorang rahib Buddha yang bernama I-Tsing. Beliau

menggunakan istilah Mo-lo-yu pada dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Melayu

yang berpangkalan di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya yang berpusat di

Palembang. I-Tsing juga menyatakan bahawa bahasa Melayu telah digunakan

sebagai bahasa pengantar untuk mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah

agama Buddha.

Menurut pengembara China yang singgah di Nusantara, bahasa yang

dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini telah dipelajari oleh

orang asing untuk memudahkan komunikasi. Para penyelidik berpendapat

bahawa bahasa K’un-lun ini adalah bahasa Melayu Kuno.

Catatan pengembara China ini membuktikan bahawa bahasa Melayu

Kuno telah digunakan sebagai bahasa pengantaraan atau lingua franca pada
zaman kerajaan Sriwijaya. Bahasa Melayu juga disebut oleh pengembara

China sebagai bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya.

Tambahan lagi, istilah Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian

belakang sebuah patung yang bertarikh 1286 M yang ditemukan di Padang

Rocore di Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.

Di dalam buku Sejarah Melayu pula, Istilah Melayu dikaitkan dengan

nama sungai, iaitu Sungai Melayu seperti dalam petikan berikut:

“....... adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah.

Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya.....”

(Sejarah Melayu, 1977, hlm. 16)

Definisi “Melayu” dari segi Etimologi


Zuber Osman berpendapat bahawa perkataan Melayu berasal daripada

perkataan Malaya yang merupakan kependekan bagi perkataan hima alaya.

Perkataan alaya bermaksud “tempat” dan hima alaya bermaksud “tempat

bersalji”. Dengan itu, pergunungan Himalaya dikatakan sebagai tempat asal

orang Melayu.

Pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat, tercatat

perkataan Melayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “Kerajaan


Melayu”. Dengan kata lain, istilah Melayu diambil daripada perkataan

Malayapura.

Istilah Melayu juga disebutkan diambil daripada perkataan bahasa

Jawa Kuno, mlayu, yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-

mana”. Maksud perkataan ini dikatakan sesuai dengan orang Melayu yang

dikatakan berpindah dari Yunan menuju kekawasan Selatan, menyeberangi

Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera.

Mohd. Dahlan Mansoer pula berpendapat bahawa perkataan Melayu itu

berasal daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu yang tercatat

dalam Sejarah Melayu. Sungai itu dinamakan demikian keran airnya mengalir

dengan amat deras seperti berlari.

Menurut Van der Tuuk pula, istilah Melayu itu bererti “menyeberang”,

iaitu merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama

daripada agama Hindu-Buddha kepada agama Islam.

Harun Aminurrashid menyatakan bahawa istilah Melayu diambil

daripada perkataan bahasa Sanskrit iaitu Malaya dan bahasa Tamil iaitu Malai

yang bermaksud “tempat tinggi”.


Definisi “Melayu” Berasaskan Bangsa

Dalam pengertian yang luas, perkataan Melayu merujuk kepada

bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di kepulauan Melayu. Dalam

konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan

Austronesia yang lain iaitu kawasan di sebelah Timur yang merangkumi

Keluarga Polinesia, Melanesia dan Mikronesia.

Melalui pengertian yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972,

perkataan Melayu digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di

Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

Di Malaysia, pengertian Melayu menjadi lebih sempit iaitu seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153. Seseorang itu


ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa

Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

Salasiah

Bahasa
Melayu

Berdasarkan rajah salasiah bahasa, bahasa Melayu berasal daripada

rumpun Austronesia yang tergolong dalam filum Austris seperti dalam rajah:
Ada di kalangan pengkaji yang membahagikan rumpun Austronesia

kepada rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia) dan rumpun Austronesia

Timur (Ocenesia). Rumpun Hesperanesia melahirkan keluarga bahasa

Indonesia. Keluarga bahasa ini dibahagikan lagi kepada bahasa subkeluarga

bahasa Indonesia Pusat dan Filipina-Formosa.


Kelompok Indonesia Pusat terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa

Bumiputera Sarawak (kecuali bahasa Bisaya), bahasa di Kalimantan dan

bahasa di Kepulauan Sumatera. Kelompok Filipina-Formosa pula terdiri

daripada bahasa di Filaipina, bahasa Bumiputera di Sabah dan bahasa di

Brunei (kecuali bahasa Melayu dan bahasa Lun Dayeh).

Daripada rajah salasiah bahasa, bahasa Melayu tergolong dalam

keluarga bahasa Nusantara dan di bawah subkeluarga Indonesia Pusat.

Dalam subkeluarga itu, bahasa Melayu termasuk dalam golongan bahasa

Sumatera, bahasa Batak, Aceh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang

Laut.

Dari segi perkembangan Bahasa Melayu pula, para pengkaji biasanya

membahagikannya kepada empat peringkat iaitu bahasa Melayu Purba,

Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Moden.

Namun, anggapan ini tidak dipersetujui oleh Asmah Haji Omar. Beliau

berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa

Melayu Purba sebenarnya berdasarkan skema berikut:


Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu

Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa

Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

Namun Bahasa Melayu Purba telah berkembang akibat pengaruh

Hindu dan menjadi Bahasa Melayu Kuno. Bahasa ini banyak meminjam kosa

kata daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Kuno mengalami peralihan ke

bahasa Melayu Klasik kerana dipengaruhi oleh unsur Islam. Kemudian bahasa

ini beralih ke bahasa Melayu Moden pada abad ke-19.


Ciri-Ciri

Bahasa

Melayu
Ciri-ciri Bahasa Melayu adalah seperti kebanyakan ciri bahasa lain

yang ada di dunia ini. Suatu bahasa itu hendaklah mempunyai bunyi yang

dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia dan mempunyai sistem

penyusunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan

perkataan, nahu dan bentuk sintaksis.

Disamping itu, Bahasa Melayu mempunyai bentuk dan tatabahasa

tersendiri yang berlainan dengan bahasa yang lain. Tambahan pula, dalam

bahasa, tiap-tiap pertuturan membawa maksud bagi penutur dan pendengar.

Bahasa Melayu berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul

dan berkomunikasi dengan orang yang berlainan bahasa. Pertembungan ini

menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata bahasa

Melayu.

Bahasa ini juga adalah bahasa arbitrari iaitu suatu bunyi yang

dilafazkan tidak semestinya sama dengan benda yang dimaksudkan. Selain

itu, bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan satu demi satu iaitu dengan

pergerakan alat-alat sebutan. Dengan erti kata lain secara linear.


Fungsi

Bahasa

Melayu
Semasa kerajaan Melayu Melaka, bahasa Melayu berfungsi sebagai

bahasa pentadbiran iaitu bahasa yang digunakan oleh kerajaan dalam urusan-

urusan rasminya.

Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perdagangan di Melaka dan

menjadi alat penyebar ilmu agama Islam pada zaman tersebut. Pada masa

sekarang, bahasa Melayu dijadikan bahasa komunikasi di Malaysia.

Oleh kerana di Malaysia mempunyai berbagai bangsa, maka bahasa

Melayu Johor digunakan sebagai bahasa perpaduan. Sebelum kemerdekaan,

setiap sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.

Namun selepas kemerdekaan, bahasa Melayu dimartabatkan menjadi bahasa

ilmu.
ALAT

PERTUTURAN

DAN FUNGSINYA
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam

pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu

hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian

ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.

Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam

pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan

belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan

ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi

peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan


sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran

udara inilah yang menghasilkan bunyi.

Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga

mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan

dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir

juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga

berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga

mulut.

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke

bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan

dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras

dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras

hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di

bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup

atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila

dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga
mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa

keluar melalui rongga hidung.

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga

hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada

anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting

dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara

memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping

selaput nipis berkenaan.


JENIS-

JENIS

BUNYI

Bunyi Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara yang mana apabila

bersuara, pita suara digetarkan dan udara dari paru-paru keluar berterusan

melalui rongga tekak dan rongga mulut. Dalam Bahasa Melayu, terdapat
enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal

belakang.

Rajah 1.1 Keratan Rentas lidah sebagai carta vokal bahasa

Melayu

Tiga bunyi vokal i, a dan u wujud di awal, tengah dan akhir kata. Vokal e

( e taling), o dan e (e pepet) wujud di awal dan akhir kata. Namun hadir pada

akhir kata pinjaman yang bersuku kata terbuka.

Kedudukan
Awal Kata Tengah Kata Tengah Kata Akhir Kata
Vokal
(terbuka) (Tertutup)
i itu pisang pintar Pari
e ekor Lelong tennis tauge
a ayam Bakul bakso Bara
u Urat Surat suntuk sumbu
o orang Borang rompang Konco
e[ ] enau lesi lembap nasionalism

e
PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Vokal Depan Sempit [ i ]

Bahagian depan lidah diangkat setinggi-tingginya. Lelangit lembut

terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang

dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil

menggetarkan pita suara. Bibir dalam keadaan hampar.

Contoh suku kata


Vokal Depan Separuh Sempit [ e ]

Bahagian depan diturunkan sepertiga dari kedudukannya untuk

mengeluarkan vokal depan sempit. Lelangit lembut terangkat rapat ke

belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paru-

paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.

Bibir berada dalam keadaan hampar.

Contoh Suku Kata

Vokal Depan Luas [ a ]

Bahagian depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut

terangkat rapat ke balakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang


dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil

menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan hampar.

Contoh Suku Kata

Vocal Belakang Sempit [ u ]

Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi

tidak menyentuhnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak

menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui

rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada

dalam keadaan bundar.

Contoh suku kata


Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Bahagian balakang lidah diturunkan sepertiga dari kedudukannya untuk

mengeluarkan vokal balakang sempit. Lelangit lembut terangkat rapat ke

belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paru-

paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.

Bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh Suku Kata

Vokal Tengah [ Ə ]

Puncak tengah lidah terletak di antara kedudukan untuk mangeluarkan

vokal separuh luas dan vokal separuh sempit. Lelangit lembut terangkat ke

belakang tekak menutup rongga hidung. Udara yang dikeluarkan dari paru-

paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.

Bibir berada dalam keadaan biasa.

Contoh Suku Kata


BUNYI KONSONAN

Bunyi konsonan pula terdiri daripada bunyi yang bersuara atau tidak

bersuara. Bunyi konsonan dibahagikan kepada konsonan asli dan konsonan

pinjaman.

Cara Sebutan Daerah Sebutan


Bibir Gigi-Gusi Lelangit Lelangit Glotis

Keras Lembut

Letupan p, b t, d k, g k[?]

Letusan c[c], j[j]

Geseran s h
Getaran r

Sengauan m n /ny/[ŋ] /ng/[ŋ]

Sisian l

Separuh Vokal w y

Konsonan Letupan
Bunyi letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada mana-mana

daerah sebutan. Dalam hal ini, arus udara dari paru-paru yang melalui rongga

mulut akan tersekat dan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta untuk

menghasilkan bunyi letupan ( plosif ).

Letupan Dua Bibir Tak Bersuara [ p ]

Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang

rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan

tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu

dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]

Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang

rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan

tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu

dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata


Letupan Gigi-Gusi Tak Bersuara [ t ]

Hujung lidah ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang

rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di

bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu.

Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita

suara.

Contoh Suku Kata

Letupan Gigi-Gusi Bersuara [ d ]

Hujung lidah ditemukan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat

ke rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di

bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi.

Sekatan udara dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita

suara.

Contoh Suku Kata


Letupan Lelangit Lembut Tak Bersuara [ k ]

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang

lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada

bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut. Sekatan udara

dilepaskan dengan serta-merta tanpa manggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Letupan Lelangit Lembut [ g ]

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang

lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari paru-paru tersekat pada
bahagian pertemuan belakang lidah dengan lelangit lembut. Sekatan udara

dilepaskan dengan serta-merta sambil menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Hentian Glotis [ ? ]

Pita suara dirapat serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat

ke belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan

tersekat di bahagian belakang rapatan pita suara. Sekatan udara dilepaskan

dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata


Konsonan Letusan

Konsonan Letusan Lelangit Keras Tak Bersuara [ č ]

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit lembut dinaikkan rapat ke

belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mullut dan

dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan

lelangit keras. Sekatan udara dilepaskan secara perlahan-lahan tanpa

menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Letusan Lelangit Keras Bersuara [ j ]

Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut

dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui

rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang pertemuan di


antara depan lidah dan lelangit keras. Sekatan udara dilepaskan secara

perlahan-lahan sambil menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Konsonan Geseran

Kosonan Gigi-Gusi Tak Bersuara [ s ]

Daun lidah didekatkan ke daerah gigii-gusi supaya dapat membuat

sempitan udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga

tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah

gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah. Pita suara tidak

digetarkan.

Contoh Suku Kata


Geseran Glotis Tak Bersuara [ h ]

Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Pita suara

direnggangkan luas dan udara dari paru-paru dengan bebas melalui glotis

yang terbuka seperti keadaan biasa ketika bernafas.

Contoh Suku Kata


Konsonan Geseran

Konsonan Geseran Gigi-Gusi Bersuara [ r ]

Hujung lidah dikenakan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat

ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan

menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Konsonan Sengauan

Konsonan sengauan ( nasal ) ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit

lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung.

Konsonan Dua Bibir Bersuara [ m ]


Bibir baawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan

biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang

dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Sengauan gigi-gusi Bersuara [ n ]

Hujung lidah dirapatkan ke gigi-gusi. Lelangit lembut dalam keadaan

biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang

dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata


Sengauan Lelangit Keras Bersuara [ ]

Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Lelangit lembut dalam

keadaan dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang

dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata


Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ŋ ]

Belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Lelangit lembut

dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara

digetarkan.

Contoh Suku Kata

Konsonan Sisian

Konsonan gigi-gusi Bersuara [ l ]

Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Lelangit lembut

dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru


melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah. Pita suara

digetarkan.

Contoh Suku Kata

Konsonan Separuh Vokal

Bunyi konsonan ini terhasil apabila artikulator yang terlibat membuat

geluncuran dan penujuan dari satu vokal ke arah vokal yang mengikutinya.

Penghasilan yang sama dengan penghasilan bunyi vokal tetapi berlaku sedikit

penyempitan pada rongga mulut semasa arus udar keluar melaluinya.

Konsonan Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]

Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita

suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk

mengeluarkan vokal tengah.


Contoh Suku Kata

Vokal Separuh Lelangit Keras Bersuara [ y ]

Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir

dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang

rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke

kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah.

Contoh Suku Kata


Bunyi Konsonan Pinjaman

Geseran bibir-gigi Tak Bersuara [ f ]

Bibir bawah dirapatkan pada gigi atas supaya membuat sempitan.

Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang

dikeluarkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan

bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata

Geseran Bibir-Gigi Bersuara [ v ]

Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya membuat sempitan. Lelangit

lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan

melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah

dan gigi atas sambil menggetarkan pita suara.


Contoh Suku Kata

Geseran Gigi Tak Bersuara [ ө ]

Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut

terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-

paru melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa

menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata


Geseran Gigi Bersuara [ ∂ ]

Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut

terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-

paru melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu sambil

menggetarkan pita suara.

Contoh Suku Kata


Geseran Gigi-Gusi Bersuara [ z ]

Daun lidah didekatkan ke daerah gigi-gusi supaya dapat membuat

sempitan udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga

tekak. Udara yang dikeluakan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah

gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata

Geseran Lelangit keras-gusi Tak Bersuara [ š ]

Daun lidah dirapatkan ke daerah antara lelangit keras dengan gusi

untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga


tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah

sempitan daun lidah dan lelangit keras-gusi. Pita suara tidak digetarkan.

Contoh Suku Kata

Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [ x ]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu

sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada sempitan di

daerah lelangit lembut dengan belakang lidah. Pita suara tidak digetarkan.

Contoh Suku Kata


Geseran Lelangit Lembut Bersuara [ ]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu

sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada sempitan di

daerah lelangit lembut dengan belakang lidah. Pita suara digetarkan.

Contoh Suku Kata


BUNYI DIFTONG

Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal.

Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3

jenis diftong.

Diftong [ai]

Bermula dengan vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal

depan sempit. Keadaan bibir terhampar.

Contoh Suku Kata


Diftong [au]

Bermula dengan vokal depan luas dan digeluncurkan ke arah vokal

belakang sempit. Keadaan bibir bundar.

Contoh Suku Kata

Diftong [oi]

Bermula dengan vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke

arah vokal depan sempit. Keadan bibir dari bundar menjadi terhampar.
Contoh Suku Kata

You might also like