You are on page 1of 28

Abstrak

Sistem pendidikan merupakan asas yang penting dalam


membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang
berbilang bangsa dan latar belakang sosio budaya yang berbeza. Oleh
itu, setiap dasar yang dilaksanakan perlualah selari dengan keperluan
masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja
bertujuan untuk memberi pendidikan semata-mata, tetapi juga sebagai
alat untuk merealisasikan perpaduan dan memupuk integrasi antara
kaum. Namun, dengan wujudnya sekolah sistem pelbagai aliran seperti
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil, didapati usaha untuk memupuk integrasi
kaum tidak akan dapat dicapai keberkesanannya. Justeru itu, kerajaan
perlu memberikan perhatian yang serius dalam memikirkan jalan yang
terbaik untuk menggalakkan integrasi kaum dan mengukuhkan lagi
perpaduan yang sedia terjalin pada hari ini.
Definisi

Perpaduan:

Perpaduan menurut Kamus Dewan ialah penggabungan,persesuaian,perihal


berpadu (bergabung menjadi satu)1.Perpaduan juga merupakan satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi
negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan merupakan satu komponen yang penting dalam membangunkan
negara.

Integrasi:

Integrasi merupakan satu proses bagi menunjukkan satu identiti nasional di


kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan
lokasi dalam sesebuah unit politik. Menurut Sufean Hussein ( 1996) pula,
integrasi bermaksud menyatupadukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang
terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri2. Mengikut Mohd.
Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai
adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai
kaum dan mewujudkan pula pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional
yang tersendiri dikalangan mereka3.

1
Kamus Dewan Edisi Empat, DBP Kuala Lumpur
2
Sufean Hussein 1996,Pendidikan Di Malaysia:Sejarah , Sistem dan Falsafah
3
Mohd. Salleh Lebar 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,
Thinker’s Library Sdn. Bhd. Selangor.
Pengenalan

“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa


hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi
wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya menikmati kehidupan bersama yang
sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa
Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi
terhadap bangsa tersebut.”4
(Tun Dr. Mahathir Mohamad
Melangkah Ke Hadapan 1991)

Perpaduan adalah amat penting untuk sesebuah negara yang mempunyai


rakyat yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Seperti yang
dihasratkan oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad,
perpaduan rakyat merupakan satu aspek penting dalam pembangunan negara.
Kemajuan yang kita nikmati hari ini juga adalah hasil daripada perpaduan erat
antara rakyat pelbagai kaum di negara kita. Namun, sumbangan bidang
pendidikan dalam mencapai hasrat ini tidak harus kita lupai. Khasnya Dasar
Pendidikan Kebangsaan kita.

Perenggan 12 Penyata Razak ada menyatakan:”Tujuan dasar pelajaran ini


ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam
negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bahasa
pengantar yang meluas, walaupun perkara ini tidak dapat diperbuat dengan
beransur-ansur.”5

4
petikan ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia: Melangkah Ke Hadapan
5
Legasi Razak,http://www.mkn.gov.my/mkn/default/download2.php?mod=4&fokus=11
Di sini jelas menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini
mengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan yang menjadi
teras bagi menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum. Penyata Razak telah menggariskan aspirasi ini di
dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan
Kebangsaan adalah saluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang
kukuh dan bersatu padu.

Akta pelajaran 1961 turut memandatkan perwujudan satu sistem pendidikan


yang bercorak kebangsaan yang memberi penekanan kepada penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi
semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid
atau pelajar. Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkara tersebut
dengan tujuan untuk mewujudkan satu identiti kebangsaan dan justeru dapat
menyumbang kepada perpaduan rakyat di negara ini. Bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris telah dijadikan matapelajaran wajib bagi sekolah dan turut mengekalkan
penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda is
sekolah senis kebangsaan (SJK), dan juga menggalakkan pembelajaran bahasa
ketiga seperti Bahasa Arab,Jepun dan Perancis. Diharap dengan usaha ini,
matlamat mewujudkan perpaduan dan integrasi kaum dapat dicapai.
Sejarah Awal Pendidikan Kebangsaan Di Malaysia

Jika kita imbau kembali sejarah pendidikan sebelum merdeka, senarionya


amatlah berbeza dengan apa yang dapat kita lihat pada hari ini. Sistem pendidikan
pada zaman sebelum kemerdekaan banyak berpandukan sistem pentadbiran
British. Pihak British pada waktu itu banyak memberi keutamaan kepada
pendidikan Melayu dan Inggeris. Sementara itu, pendidikan Cina dan Tamil
dibiarkan berkembang secara bersendirian. Bagi pihak British, yang penting
adalah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Sebelum pembentukan Malaysia, negara ini dikenali dengan nama Tanah


Melayu. Pendidikan di Tanah Melayu pada ketika itu bermula dengan pendidikan
agama di masjid, surau dan pondok dengan bimbingan tokoh- tokoh agama yang
digelar tok guru. Selain itu, masyarakat pada ketika itu juga mendapat pendidikan
tidak formal daripada ibubapa dan keluarga seperti bertani, menagkap ikan,
menjahit, melakukan kerja-kerja rumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka
dapat meneruskan perkerjaan tradisi ini apabila dewasa. Kedatangan British yang
mengamalkan dasar “ pecah dan perintah” relah mewujudkan sekolah-sekolah
vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.6

Walaupun sekolah vernakular Melayu ditubuhkan, tetapi pihak British kurang


mengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika pihak rakyat
tempatan mendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk
memenuhi keperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar
Melayu. Pendidikan bagi masyarakat Melayu hanya sekadar menjadi tanaga

6
Rujukan Ujian PTK Kompetensi Umum
buruh atau petani. Antara matapelajaran yang diajar ialah bacaan, mengarang,
ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan
Kurikulum adalah tidak penting terutamanya buku. Kebanyakkan orang Melayu
hanya bersekolah setakat Darjah 4 pada ketika itu. Pada mulanya, penerimaan
orang Melayu terhadap sekolah vernakular adalah dingin. Namun, pihak British
telah mengambil langkah memberi arahan memaksa anak-anak Melayu ke
sekolah berdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat bumiputera bagi
kepentingan kemajuan sekolah Melayu, mengenakan denda kepada ibubapa yang
tidak menghantar anak ke sekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketua masyarakat
dan memberi hadiah kepada murid yanhg rajin ke sekolah.7

Sementara itu, sekolah vernakular Cina pula dibuka oleh mubaligh, individu
Cina, persatuan Cina ataupun persatuan suku kaum. Biasanya sekolahvernakular
Cina mengimport guru-guru mereka dari negara China. Kurikulum yang
dijalankan di sekolah vernakular Cina ialah hafalan klasik lama, ilmu hisab,
lukisan, nyanyian, latihan jasmani, sejarah, ilmu alam dan moral. kerajaan
Manchu mula memberi bantuan kewangan kepada pendidikan orang Cina si
Tanah Melayu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Pada tahun
1919, redormasi di negeri China telah memberi pengaruh kepada pentadbiran
sekolah-sekolah vernakular Cina. Pelajarnya diajar mata pelajaran etika, lukisan,
geografi, sejarah dan pendidikan jasmani. Pihak British berasa bimbang lalu
meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada 1920 untuk membendung
penyebaran ideologi ini. Tujuannya adalah untuk memberi kuasa kepada Jabatan
Pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat. Pada 1924, British
mula memberi bantuan kewangan.8

7
Rujukan PTK Ujian Kompetensi Umum
8
Rujukan PTK Ujian Kompetensi Umum
Dalam pada itu, sekolah vernakular Tamil mula dibina di estet-estet dan setiap
estet yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak yang berusia di
antara 7 hingga 10 tahun diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru (KOd
Buruh 1952). Sekolah-sekolah ini juga dibina oleh mubaligh dan orang
perseorangan. Seperti sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil juga
mendapat kurikulum dan guru dari India. Sekolah vernakular Tamil juga
menggunakan bahasa Tamil, Gujerat, Hindi dan Malayalam. Pihak British telah
mengarahkan seorang nazir sekolah Tamil yang berbangsa Eropah dilantik pada
tahun 1930 untuk mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah bvernakular Tamil.
KAedah ini telah dimansuhkan pada tahun 1932 tetapi diwujudkan semula pada
tahun 1938.9

Sekolah Inggeris pula mempunyai 2 jenis iaitu free school dan sekolah
Inggeris separa bantuan.Sekolah Inggeris biasanya mempunyai kemudahan yang
lebih baik kerana mendapat sokongan kewangan daripada pihak gereja dan
bantuan pemerintah. tidak ramai anak Melayu yang berkesempatan untuk belajar
di sekolah Inggeris kerana sekolah ini terletak di bandar sahaja. Kurikulum
sekolah Inggeris pula memperlihatkan bahawa pihak Inggeris amat
mementingkan akademik dan menyediakan pelajarnya untuk peperiksaaan
Cambrige Overseas School Certificate. Sekolah Inggeris menawarkan
matapelajaran Sains, Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani, Bahasa Inggeris, Sejarah
Eropah dan Matematik.10

Sebenarnya, pihak British mempunyai tujuan lain di sebalik memberikan


pendidikan. Antaranya ialah memastikan penjajahan Inggeris berterusan,
mengekalkan eksploitasi ekonomi Negara, memastikan bekalan tenaga buruh
untuk memenuhi keperluan penjajah dan mengawal semangat nasionalisme di

9
Rujukan Ujian PTK Kompetensi Umum
10
Rujukan Ujian PTK Kompetensi Umum
kalangan penduduk . Anara sedar atau tidak, sekolah vernacular telah banyak
menjejaskan perpaduan rakyat kerana setiap sekolah adalah khusus untuk satu-
satu kaum sahaja. Ini beerti tiada interaksi antara melayu, Cina dan India. Selain
itu, bahasa, lokasi dan kurikulum juga adalah berbeza antara satu sama lain.

Disebabkan oleh sistem pendidikan yang berbeza-beza inilah maka


wujudnya jurang diantara kaum. Perbezaannya bukan sahaja dari segi bahasa
pengantar, tetapi juga terdapat perbezaan sukatan pelajaran antara sekolah
Melayu,sekolah Inggeris, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Ini jelas menunjukkan
bahawa system pendidikan pada zaman sebelum merdeka memainkan peranan
dalam mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik di samping
mewujudkan dua golongan terdidik. Golongan ini ialah golongan yang
berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang mempunyai pandangan
dunia (world view) yang berbeza. Ini menjadi satu cabaran yang amat besar
kepada pemimpin ketika itu untuk mewujudkan perpaduan di antara kaum di
negara kita.. di sinilah pendidikan memainkan peranannya dalam menyatukan
semuala rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Isu-Isu dan Permasalahan Dalam Sistem Pendidikan

Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran


Meskipun sistem pendidikan di Malaysia memasuki era globalisasinya
seiring dengan kehendak dan perkembangan dunia, namun, sehingga kini kita
masih dapat melihat Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem
persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kerap juga kita mendengar
isu-isu sekolah- sekolah ini deperdebatkan , namun sehingga kini masuh belum
ada penyelesaian yang terbaik. Isu-isu ini kurang mendapat kerjasama daripada
masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kepentingan serta pandangan
yyang berbeza. Disebabkan ia merupakan satu isu yang sensitif, usaha mencari
jalan penyelesaian masih tiada penghujungnya.11
Sudah menjadi kebiasaan setiap keputusan yang dibuat seringkali
dipengaruhi oleh politik tanah air yang berlaku semenjak zaman penjajah lagi.
Kita semua sedia maklum bahawa pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan. Tetapi setakat ini,
hasilnya masihkurang memuaskan. rakyat Malaysia seharusnya sedar akan
kepentingan sekolah sebagai tempat untuk membina asas hubungan yang baik
,beramah mesra serta bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai latar
belakang bangsa dan agama.
Namun, usaha ini seakan-akan terbantut disebabkan kewujudan sekolah
pelbagai aliran yang menjarakkan lagi jurang integrasi di antara kaum. Di
sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid
berbangsa lain amatlah kurang. Masalah bahasa yang menjadi faktor utama ibu
bapa kaum lain tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan.

11
Portal Pendidikan Utusan, http://www.tutor.com.my/tutor/cetakarkib2002.asp?e=STPM&s=P
begitu juga di sekolah kebangsaan, bahasa ibunda kaum lain tidak diterapkan di
dalam matapelajaran di sekolah. Maka, wujudlah sistem aliran yang berbeza-beza.
Pengisian Kurikulum dan Ko-Kurikulum
Pengisian kurikulum dan kokurikulum turut menjadi masalah dalam
memupuk perpaduan dan integrasi kaum di Negara kita. Seperti yang kit asedia
maklum, kurikulum bertindak sebagai hala penentu kepada perkembangan murid-
murid dan pelajar-pelajar. Hal ini penting kerana, ia memberi kesan sama ada
positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin.
Adalah amat penting agar perkembangan kurikulum dan kokurikulum mengikut
perkembangan rakyat. Namun, wujud beberapa kelemahan di dalam pengisian
kurikulum dan ko-kurikulum. Sebagai contoh, sekolah kebangsaan tidak
menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan India sebagai sunjek wajib. Ini telah
menyebabkan ibu bapa Cinadan Tamil menjauhi sekolah kebangsaan. Ini kerana
bagi mereka bahasa ibunda merupakan identiti mereka yang harus dipelihara.12

Terdapat juga cadangan dan pandangan agar diwujudkan satu sistem


persekolahan yang menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang
wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India. Manakala murid-murid Melayu
boleh mengambil subjek ini sebagai subjek pilihan. Ini secara tidak langsung
dapat merapatkan jurang perbezaan bahasa seterusnya meningkatkan lagi
perpaduan kaum di kalangan rakyat.

Justeru itu, Masyarakat Malaysia perlu memahami bahawa objektif


penggubalan dasar pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan
negara Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mempunyai masyarakat
yang berbilang bangsa, agama, bagi membolehkan Malaysia maju ke hadapan.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) serta Kurikulum Bersepadu
12
Portal Pendidikan Utusan, http://www.tutor.com.my/tutor/cetakarkib2002.asp?e=STPM&s=P
Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan untuk meningkatkan pendidikan
dan perpaduan masyarakat masih memerlukan penambah baikan bagi memastikan
keberkesanannya dalam usaha menyatupadukan rakyat.
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Latar Belakang:
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah berkembang tanpa mengambil
kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan lebih mengekalkan tumpuan taat
setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka serta
menekankan semangat pembangunan rakyat tempatan.
Justeru, dalam menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat bahawa sistem sedemikian sudah tidak relevan lagi dengan
adanya rakyat berbilang kaum di negara kita. maka, lahirlah satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak, 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak
semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan
Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,1961.
Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib telah menggariskan 3 asas utama
bagi memastikan matlamat perpaduan tercapai. Tiga asas utama tersebut ialah
mewujudkan sistem persekolahan yang sama bagi semua,menjadikan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan dan
mewujudkan sistem peperiksaaan serta kurikulum yang sama yang bercorak
kebangsaan.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaanya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu
padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi
memastikan pembangunan negara dapat dicapai.
Rasional:
Sistem pendidikan di zaman penjajah telah berkembang tanpa mengambil kira
kepada keperluan pembanguanan, pembentukan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia
pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan
semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan
Tanah Melayu yangg dijajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah mencapai
kemerdekaannya, ia didapati tidak relevan lagi dengan keperluan pendidikan
masa kini. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem
pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai
matlamat-matlamatnya yang tersendiri.13

Objektif:

Objektif dasar ini dintatakan dalam pendahuluan Akta Pelajaran 1961, iaitu:
“ BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yanga kan
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya…”
Objektif ini dinyatakan secara am, tetapi dalam melaksanakannya,
Kementerian pelajaran telah berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan
kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja (“tenaga
rakyat”istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi
keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektis ini diperkhususkan lagi apabila JAwatankuasa
Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa

13
www.pmo.gov.my/.../Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.
Dasar Pendidikan negar akita mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat negara
ini dalam jangka panjang dan jangka pendek akan dapat dipenuhi dengan lahirnya
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang berasaskan kepada hasrat serta aspirasi


negara ada menyatakan bahawa penekanan kepada usaha melahirkan insan yang
berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, boleh mencapai kesejahteraan
diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Maka, falsafah ini turut bertindak sebagai satu matlamat penting
dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Peranan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Pembentukan Perpaduan

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang
Dunia Kedua ialah untuk mencari formula bagi melahirkan masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman,
kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dalam keadaan rukun damai
serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Peranan pendidikan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum.


Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul
dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Oleh itu, menerusi
Dasar Pendidikan Kebangsaan,beberapa langkah telah diambil dalam usaha ke
arah mencapai matlamat ini. Untuk mencapai matlamat tersebut, beberapa strategi
telah disusun dan dilaksanakan dalam membentuk perpaduan di negara kita.

Antara strategi-strategi pelaksanaan ialah menjadi bahasa kebangsaan sebagai


bahasa pengantar utama, mewujudkan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, memastikan sukatan pelajaran yang seragam
dan sistem peperiksaan yang seragam,mewujudkan Sekolah Wawasan serta
pelbagai program pendidikan yang menggalakkan integrasi kaum.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama


Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran dan
sistem pendidikan ini dinyatakan dalam beberapa dokumen penting kerajaan.
Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa
Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Akta Bahasa kebangsaan 1967 telah
menetapkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara ini. Akta Pelajaran
1961 dan Rancangan Lima Tahun Malaysia telah menyatakan hasrat untuk
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah satu
prinsip Dasar Pendidikan Kebangsaan. Rakyat Malaysia perlu menerima hakikat
bahawa Bahasa Kebangsaan bertindak sebagai tali penghubung terpenting dalam
usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa
pengantaraan antara masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa
Melayu juga diwajibkan penggunaannya sebagai bahasa rasmi di negara kita.
Selaras dengan kedudukan serta peranannya, Bahasa Melayu merupakan sebagai
salah satu matapelajaran wajib yang perlu diajar di semua peringkat serta jenis
sekolah di Malaysia. Dalam Akta Pendidikan 1996, telah menjelaskan bahawa
kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk
sekolah kebangsaan sahaja dan sekolah jenis kebangsaan dibenarkan
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar sekolah.14
Meskipun sekolah jenis kebangsaan diwajibkan untuk mengajar Bahasa
Kebangsaan sebagai subjek utama, namun, perbezaan bahasa pengantar ini
sebenarnya masih menambahkan jurang antara kaum kerana kurangnya interaksi
pelajar dengan kaum yang lain. Masyarakat Malaysia seharusnya sedar bahawa
usaha untuk membangunkan negara ini adalah usaha bersama iaitu
tanggungjawab setiap kaum yang merupakan rakyat Malaysia. Kesedaran tentang
kepentingan bahasa amat penting kerana melalui perkongsian satu bahasa, kita
dapat berkomunikasi dengan lebuh berkesan .Penggunaan bahasa yang seragam
jugacmampu membantu menghilangkan perasaan prasangka dan menigkatkan
kefahaman budaya sesuatu kaum tentang budaya kaum yang lain. Sikap saling
memahami ini akan mewujudkan sikap hormat menghormati yang seterusnya
akan membantu memupuk integrasi kaum dan juga perpaduan.

14
http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf
Mewujudkan Kurikulum Yang Sama
“ The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the national
Curriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the
National education system (Education Act 1996,Sec. 18)”.15 Penyataan ini, jelas
menunjukkan bahawa kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya segala pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat
untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan
adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani,
rohani, emosi dan intelek.
Isu mewajibkan penggunaan kurikulum kebangsaan sebenarnya telah
diperakukan oleh Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979: “ Dengan tujuan untuk
mewujudkan keperibadian kebangsaan, maka adalah diperakukan supaya
pendidikan yang diberi kepada semua murid hingga ke tingkatan V di sekolah-
sekolah hendaklah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. (Perakuan 33)”
Di Malaysia, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan
Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian ke arah
pembentukkan perpaduan kaum di negara kita. Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
digubal dengan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berilmu
pengetahuan disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik
dan sikap saling menghormati. Bagi pendidikan sekolah menengah yang masih
menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, ia
merupakan kesinambungan kurikulum sekolah rendah yang menekankan

15
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2011/Act%20550.pdf
pendidikan yang seimbang dan bersepadu. Melalui kurikulum yang sama, asas
perpaduan dapat dipupuk semenjak dari alam persekolahan lagi. Pendedahan awal
ini mampu memupuk semangat patriotisme yang tinggi terutamanya melalui
subjek Sejarah ataupun Sivik/Kewarganegaraan. Dari keseluruhannya, analisis
terhadap kandungan kurikulum setiap peringkat menyimpulkan bahawa setiap
aspek perpaduan sangat di utamakan. Kurikulum juga tidak menunjukkan unsur
bias atau memihak kepada setiap etnik. Budaya setiap etnik perlu diterima sebagai
budaya Malaysia. Oleh karena itu, dirumuskan bahwa kurikulum pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan membayangkan konsep bangsa Malaysia yang
diharapkan wujud pada masa depan yang akan datang. Dalam konsep ini tidak
ada budaya etnik yang akan dipinggirkan malahan semuanya perlu ditonjolkan.
Melalui pendidikan civic dan kewarganegaraan kemungkinan suatu hari nanti
rakyat Malaysia akan lebih liberal atau bersifat terbuka, termasuk dalam hal-hal
berkaitan dengan agama.

Melaksanakan Sistem Peperiksaan yang Seragam


Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Dengan adanya sekatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,
pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses untuk menyatupadukan pelajar berbilang
kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Pendemokrasian Pendidikan
Pendemokrasian pendidikan merupakan satu langkah yang diperkenalkan oleh
pihak kerajaan dalam mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu
dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar ataupun
pedalaman tanpa mengira bangsa. Dengan itu, diharap semua kaum akan
mendapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan. Di samping itu,
alat-alat serta kemudahan yang dibekalkan di sekolah-sekolah juga adalah
seragam tanpa mengira jenis sekolah iaitu sama ada sekolah kebangsaan ataupun
sekolah jenis kebangsaan. Dengan ini, tidak timbul perbezaan kemudahan
diantara jenis-jenis sekolah.
Selain itu, pelajar-pelajar dari kalangan pelbagai kaum tidak disekat untuk
bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka diberi kebebasan untuk
membuat pilihan masing-masing. Ini kerana walaupun sekolah- sekolah ini
berbeza dari segi bahasa pengantar , namun sukatan, buku teks, peperiksaan dan
jadual waktu diselaraskan secara berpusat.
Hak-hak kebudayaan kaum-kaum lain untuk mempelajari bahasa dan
kebudayaan kaum masing-masing tetap dihormati dan diberi perlindungan
sewajarnya. Diharap dengan semangat toleransi dan hormat-menghormati ini,
usaha memupuk perpaduan dapat dicapai sepenuhnya.

Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan


Tujuan penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk mengeratkan perpaduan
yangsudah sedia terjalin kukuh di kalangan rakyat Malaysia. Penekanan semangat
perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu dibangku sekolah
rendah akan lebih memudahkan kerana kanak-kanak ibarat kain putih yang bebas
daripada sebarang pemikiran negatif. Selain itu, tujuan penubuhan Sekolah
Wawasan juga adalah untuk menghayati tujuan Penyata Razak 1956 yang di
antaranya hendak menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran.
Sekolah Wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam
sebuah kawasan akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa
Melayu. Ini kerana penguasaan murid-murid SJKC masih lagi lemah akibat
kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam Bahasa Melayu di sekolah dan di
rumah. Oleh itu, melalui perkongsian kawasan dan kemudahan seperti kantin,
perpustakaan dan pelbagai kemudahan lagi, pelajar-pelajar akan berpeluang untuk
berinteraksi dengan kaum yang lain16.

Namun, pelaksanaan Sekolah Wawasan ini kurang mendapat sokongan


daripada masyarakat Cina khasnya kerana bimbang identiti sekolah Cina akan
terhakis. Pemikiran sebegini merupakan faktor yang boleh menggagalkan usaha
memupuk perpaduan. Justeru itu, rakyat Malaysia seharusnya tidak terlalu
memikirkan kepentingan diri dan mula berfikir untuk kebaikan semua dalam
mencapai matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
bersatu padu.

Menggerakkan Semula Program RIMUP


Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) adalah hasil ilham
bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 1986, ketika
beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, pelaksanaan
RIMUP tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan merangkumi pelaksanaan
aktiviti kokurikulum serta sukan secara bersama oleh pelajar pelbagai kaum.
Namun, penekanan tidak diberikan tentang kefahaman konsep aktiviti yang
dilaksanakan. Oleh itu, di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP
2003-2010), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan semula
RIMUP dan memberikannya pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu
langkah untuk membolehkan pelajar dari sekolah yang terdiri daripada satu kaum
untuk berinteraksi dengan pelajar kaum yang lain dari sekolah yang lain.
Penglibatan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah,guru dan pelajar sekolah
dalam kegiatan khas bersama telah memperkukuhkan lagi konsep RIMUP.
Program RIMUP mempunyai 3 komponen utama iaitu akademik,kokurikulum
16
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-1010),Teras Ke- 4Membina Negara Bangsa
dan sukan, serta e- integrasi dan akan dilaksanakan melalui kegiatan dalam enam
bidang berikut :aktiviti kecemerlangan akademik, aktiviti kesukanan dan
permainan, aktiviti kokurikulum ,aktiviti khidmat masyarakat, aktiviti
meningkatkan patriotisme serta aktiviti virtual melalui e- integrasi.17

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia
yang bersatu padu. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional
dapat dicapai. Salah satunya ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010.Salah satu fokusnya ialah
meperkasakan Sekolah Kebangsaan.Tujuan pelaksanaan program ini adalah agar
Sekolah Kebangsaan dapat menjadi salah satu teras pelaksanaan RMKe-9 bagi
merealisasikan Sekolah Kebangsaan sebagai tempat memupuk perpaduan kaum
dan pusat kecermelangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan
akademik.Dasar Memperkasakan SK bertujuan supaya SK kekal sebagai pilihan
utama masyarakat Malaysia. Ini kerana dengan Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan, diharap rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa
dapat memilih untuk menempatkan anak mereka di satu sekolah di mana
pelajarnya dapat berinteraksi dan bergaul dengan kaum yang lain. Usaha ini
diharap dapat memupuk integrasi dan menjalin perpaduan kaum di peringkat
persekolahan lagi.18

Namun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya sekolah-sekolah yang


terdapat di negara ini iaitu Sekolah Kebangsaan yang sedia ada ataupun Sekolah
Jenis Kebangsaan masih lagi berpegang kepada kepentingan kaum masing-
masing. Ini kerana masih terdapat sekolah-sekolah yang masih mengekalkan
17
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-1010),Teras Ke- 4Membina Negara Bangsa
18
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-1010),Teras Ke-6 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
identiti vernakular seperti yang terdapat pada zaman penjajahan British dahulu.
Pemikiran sebegini seharusnya dibuang, kerana di era teknologi maklumat dan
globalisasi ini, pendidikan lebih bersifat global. Pelajar-pelajar harus didedahkan
dengan kemahiran untuk berinteraksi dan bekerja sama dengan kaum yang terdiri
daripda pelbagai latar belakang agar dapat menyiapkan diri mereka untuk
menghadapi alam pekerjaan suatu hari nanti. Cabaran bagi menapai Wawasan
2020 sebenarnya terletak di tangan masyarakat Malaysia khasnya ibubapa dan
pendidik untuk mencorak pemikiran pelajar bagi memenuhi aspirasi nasional
untuk mencapai perpaduan kaum.

Oleh itu, adalah penting untuk kita semua membuka minda dan lebih terbuka
dalam isu yang membabitkan pendidikan anak-anak agar dapat melahirkan
generasi yang mempunyai jati diri,nilai-nilai serta semangat toleransi yang tinggi.

Hala Tuju Pendidikan


Perundangan Pendidikan
1957 - The Education Ordinance, 1957
1961 - Education Act, 1961
1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971)
1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti
1974 - Akta Politeknik Ungku Omar
1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia

Laporan-Laporan Penting
1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak)
1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib)
1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi
1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran
          dan Masyarakat (Laporan Keciciran)
1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(Penyata Mahathir)
1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan

Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan


1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah
1970 - Bahasa pengantar darjah 1
1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah
Kebangsaan
1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1
1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera
1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti
1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains
1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan
1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti

Peperiksaan Sekolah Rendah


1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan
1963 - MSSEE dimansuhkan
1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan
1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan
1982 - UDT dimansuhkan
1988 - PDL dimansuhkan
1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan

Peperiksaan Sekolah Menengah


1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan
1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan
1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan
1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan
1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan
1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan
1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan
1964 - SPPTM dimansuhkan
1964 - FMC dimansuhkan
1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan
1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan
1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan
1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia.
1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan
1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan
1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan
1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan
1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia dimulakan
1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan
1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan
1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V)
1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan
1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan
1992 - Tahun terakhir bagi SRP
1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan
1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan

Kurikulum
1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah
rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah
rendah
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah
sekolah rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah.
Sekolah yang
          telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan
6 sekolah rendah

Peperiksaan Khas
1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh
1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan
Khas
          (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian
Buruh
          dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan
setiausaha)
1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara
Kementerian-Kementerian.
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri
1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan
1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian
Pelajaran Malaysia
1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara
1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian
Pendidikan
1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam
1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran
1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada
Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan
1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara
1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan
keperluan-keperluan Pendidikan Khas
1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan
Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.

Rumusan
Sejarah pendidikan negara kita membuktikan bahawa untuk mencapai
perpaduan yang kita kecapi hari ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini bermula dari zaman
penjajahan sehinggalah selepas negara mencapai kemerdekaannya. Dalam
konteks Malaysia pada hari ini, cabaran globalisasi dan liberisasi menuntut
perubahan yang dinamik dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan pada hari
ini perlu melahirkan masyarakat yang glokal yang mampu bertindak bijak untuk
menghadapi ancaman globalisasi dan liberisasi.

Peranan pendidikan adalah untuk melahirkan masyarakat yang mampu berfikir


secara global dan bertindak secara local untuk kepentingan Negara dan bangsa.
Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan
bangsa.mDengan berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan , diharap dapat
negara melahirkan rakyat yang bersatu padu serta menyanjungi masa hadapan
yang dikongsi bersama sejajar dengan hasrat Wawasan 2020 untuk melahirkan
Bangsa malaysia yang bersatu padu.
.
Kesimpulannya,pendidikan merupakan pemangkin Negara Bangsa. Usaha
menyemai semangat perpaduan di kalangan rakyat hendaklah dilakukan di peringkat
seawal usia lagi. Ini kerana kanak-kanak ibarat kain putih, adalah menjadi
tanggungjawab kita yang dewasa untuk mencorakkannya. Semangat bersatu
padu,cinta dan kesetiaan kepada negara,patriotisme,berorientasikan glokal,
keharmonian dan toleransi,berbudi bahasa serta beradab dan memahami, menyanjung
budaya dan seni bangsa bukan sahaja haris difahami tetapi diamalkan sepenuhnya.

You might also like