You are on page 1of 38

PERANAN GURU DALAM MENCEGAH KEMEROSOTAN NILAI MORAL

DI KALANGAN PELAJAR REMAJA

1. Pengenalan

“ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi

gejala sosial ”, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras

gangsterisme”. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar

tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan nilai

moral pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat

serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar

supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-

mata.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi

pemimpin negara pada masa hadapan.Merekalah yang akan terus melaksanakan program

pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat

dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah

membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan

akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang

buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan

kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang

dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan

-1-
pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis

salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Perkembangan mutakhir, terutamanya

menjelangnya abad 21, telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda

negara kita berhubung dengan disiplin para remaja. Berbagai pihak telah mengeluarkan

hujah-hujah mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan

para remaja terutamanya yang berada di bangku sekolah.

2. Definisi konsep

2.1 Peranan

Tuntutan atau melakukan sesuatu yang ditetapkan oleh struktur yang dikaitkan

dengan sesuatu kedudukan sosial yang tertentu

2.2 Guru

Guru yang dimaksudkan di sini adalah merupakan individu yang terlibat secara

langsung dengan proses pengajaran di sekolah dan ia merangkumi samada Guru

biasa, Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Matapelajaran dan Guru Penolong Kanan.

2.3 Mencegah Kemerosotan

Mencegah Kemerosotan yang ialah merupakan sebarang usaha yang dilaksanakan

dalam menyekat, menghalang atau membendung sesuatu perkara itu daripada

terus merebak atau menjadi lebih serius lagi

2.4 Nilai moral

Nilai ditakrifkan sebagai suatu ukuran yang standard. Manakala moral pula

merupakan perlakuan-perlakuan yang baik. Kebiasaannya perlakuan baik tersebut

-2-
diasaskan kepada perbuatan yang zahir dan akal semata-mata. Sesuatu perlakuan

yang baik itu dianggap bermoral sekiranya mendapat pengiktirafan daripada

orang lain. Secara umumnya moral mementingkan hubungan sesama manusia

serta berdasarkan sentimen masyarakat setempat. Ia sentiasa berubah-rubah

mengikut adat dan kehendak sesebuah masyarakat tersebut.

Contohnya jika dalam sesebuah masyarakat itu menganggap bahawa arak

itu adalah baik bagi tujuan memanaskan badan di negara-negara sejuk dan

pengambilannya tidak salah maka ia dianggap perbuatan yang bermoral. Oleh itu

nyatalah matlamat moral hanya kepada manusia semata-mata.

2.5 Pelajar remaja

Rata-rata, mengikut takrifan dalam pelbagai kamus, remaja membawa

maksud seseorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh atau muda. Dari segi usia

pula, remaja dianggap berumur antara 10 hingga 19 tahun. Dari sudut psikologi,

zaman remaja adalah satu jangka masa peralihan yang berlanjutan dari alam

kanak-kanak ke peringkat dewasa yang penuh dengan konflik-konflik kehidupan

(Mahmood 1990).

Oleh itu, remaja harus dilihat dari segi satu tempoh peralihan yang

panjang, yang mana perjalanannya tidak semestinya bebas dari tekanan dan

pelbagai halangan konflik kehidupan (Chais, 1976).

Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang

amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman

inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah

-3-
persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga

belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi

kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar.

Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku,

sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada

alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).

Sering juga diperkatakan bahawa remaja adalah kumpulan masyarakat

yang bakal mencorakkan masa depan negara. Kenyataan ini tidak boleh kita

nafikan. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan

penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun

demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman

kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa

panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus

dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap

aset yang tidak ternilai ini.

3. Peranan guru

Dalam konteks menangani masalah kemerosotan nilai moral di kalangan pelajar

remaja hari ini beberapa inisiatif perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah khususnya pihak

guru bagi menjamin agar ianya tidak akan berterusan dan akhirnya akan menyebabkan

berlakunya gejala yang tidak sihat dalam masyarakat kita . Dalam hal ini terlebih kita

lihat dari aspek Pembentukan Sikap Kenegaraan dikalangan pelajar itu sendiri.

Pembentukan sikap kenegaraan ini bermaksud menyemaikan perasaan cinta

-4-
terhadap negara. Seseorang yang mempunyai sikap kenegaraan akan sentiasa

mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, misalnya sikap taat setia kepada raja dan

negara, rela memberi sumbangan dan rela berkorban untuk negaranya. Justeru itu sikap

kenegaraan mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Taat setia kepada raja dan negara.

2. Rela memberi sumbangan untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

3. Rela berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

4. Meluhurkan Perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang negara.

5. Berdisiplin dan bersopan santun.

6. Mempunyai semangat kekitaan.

7. Sentiasa sanggup bekerjasama dengan orang lain.

Pembentukan sikap kenegaraan amat penting untuk pembangunan negara.

Justeru itu, pelajar harus diasuh ke arah membentuk sikap ini supaya mercka:

1. Menyedari pentingnya sikap kenegaraan terhadap diri dan masyarakat

untuk kemajuan, kemakmuran dan pembangunan negara.

2. Memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara.

3. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

4. Menjadi warganegara yang berdisiplin dengan mematuhi peraturan-

peraturan dan undang-undang.

5. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melengkapkan diri supaya

bersedia memberi sumbangan kepada negara.

6. Menyedari kepentingan sikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam

masyarakat berbilang kaum.

-5-
7. Menghargai segala warisan sejarah dan hasil pembangunan negara.

Pembentukan sikap kenegaraan memangnya telah diambil kira dalam

rancangan kurikulum sekolah. Jadi tugas membentuk sikap kenegaraan terletak di

bahu guru kerana guru adalah orang yang diamanahkan untuk melaksanakan

rancangan kurikulum sekolah. Dalam hal ini, guru haruslah memahami

kepentingan dan tujuan pembentukan sikap kenegaraan di kalangan pelajar.

Di peringkat sekolah, peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh

dilaksanakan oleh guru melalui tiga cara iaitu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti budaya sekolah.

3.1 Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagaimana yang kita ketahui, unsur-unsur kenegaraan telah tersisip

dalam semua mata pelajaran kita sama ada di bawah rancangan KBSR atau

KBSM. Tugas guru ialah menonjolkan sikap kenegaraan itu semasa menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh dilaksanakan secara

langsung apabila guru mengajar mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,

Sejarah, Bahasa Melayu dan sebgainya, atau secara tidak langsung apabila murid-

murid menjalankan menjalankan aktiviti kumpulan di mana murid-murid akan

dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama, tolong-menolong, hormat-

menghonnati, tanggungjawab dan toleransi. Sikap-sikap sepeiti ini adalah penting

dalam usaha menenguhkan pembentukan sikap kenegaraan.

-6-
3.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum meliputi aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan,

permainan dan sukan serta unit beruniform. Salah satu tujuan mengadakan aktiviti

kokurikulum ini ialah untuk memupuk nila-nilai murni termasuk sikap

kenegaraan dikalangan murid-murid.

Di dalam kelab dan persatuan, murid-murid mendapat peluang

berinteraksi di antara satu sama lain. Mereka juga berpeluang memupuk nilai-nilai

murni seperti kerjasama, semangat kekitaan dan perpaduan dalam usaha

menjayakan projek-projek yang dirancang oleh kelab dan persatuan mereka.

Aktiviti permainan dan sukan, selain menyihatkan tubuh badan, boleh

meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan, kerana melalui aktiviti

permainan dan sukan, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk:

1. Berinteraksi dengan berbagai-bagai kaum.

2. Mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan-peraturan.

3. Bekerjasama dengan pasukan sendiri.

4. Mengamalkan sikap toleransi teihadap rakan-rakan.

3.3 Aktiviti budaya sekolah

Aktiviti budaya sekolah adalah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti

berikut :

1. Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik sepcrti

-7-
"Malaysia Berjaya" dalam perhimpunan sekolah.

2. Membaca ikrar dalam upacara-upacara rasmi seperti Hari Sukan,

perhimpunan pengakap dan sebagainya.

3. Mengibaikan bendera kebangsaan pada setiap hari persekolahan dan

perhimpunan sekolah.

4. Menjalankan kempen kebersihan sekolah.

5. Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu.

Adalah nyata bahawa semangat patriotisme boleh diwujudkan melalui

aktiviti-aktiviti budaya sekolah tersebut. Oleh itu, tidak dapat dinafikan aktiviti-

aktiviti budaya sekolah akan memberi sumbangan ke arah pembentukan sikap

kenegaraan.

4. Perbincangan

Rata-rata masyarakat hari ini sedang kebingungan dengan fenomena

keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak

sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula

peranan ibubapa dan keluarga? Sejauh manakah keprihatinan pemimpin dalam soal ini?

Bagaimana pula reaksi institusi agama dalam menanganinya?

Kemerosotan nilai moral di kalangan remaja khususnya para pelajar dengan

kewujudan kumpulan-kumpulan samseng di sekolah-sekolah sejak akhir-akhir ini cukup

memilukan hati kita semua, kerana ianya menggambarkan betapa biadap dan runtuhnya

disiplin dan akhlak segelintir daripada golongan remaja kita.

-8-
Barangkali masih segar diingatan kita bagaimana seorang pelajar 8 tahun ditikam

tidak kurang dari sepuluh kali oleh pelajar tingkatan satu pada 21 Jun yang lalu hanya

kerana tidak memberikan wang sakunya. Begitu juga bagaimana deritanya seorang

pengawas di sebuah sekolah menengah di Kluang Johor dibelasah oleh sekumpulan

remaja dengan menggunakan besi dan rotan berpaku pada 3 Julai yang lalu. Betapa

hancurnya hati ibubapa seorang remaja perempuan berumur 16 tahun apabila ditahan

polis kerana menyertai kumpulan untuk merompak sebuah kondominium Prisma

Perdana, Cheras, pada 26 Mei. Lebih menyayat hati kita lagi apabila seorang remaja

perempuan berumur 16 tahun dituduh membunuh wanita berumur 58 tahun kerana tidak

memberikannya wang yang diminta pada 24 September yang lalu. Yang terkini dan

seolah-olah seperti menjadi barah yang begitu cepat merebak ialah kecenderungan remaja

membakar sekolah sebagai tanda protes dan tidak puas hati mereka kepada para guru.

Kes-kes sebegini adalah sebahagian daripada keganasan yang membabitkan para

remaja khususnya para pelajar yang ternyata begitu berani mencabar undang-undang.

Dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998, kadar jenayah yang melibatkan remaja

lelaki meningkat sebanyak 35 peratus, remaja perempuan 25 peratus, dan sepanjang

tahun 1998 sebanyak 6338 kes baru yang membabitkan remaja telah dilaporkan. Dalam

laporan ini emaja Melayu yang beragama Islam adalah yang paling banyak terbabit!

(Berita Harian 12 Julai 2000)

Kumpulan pelajar ini seolah-olah telah hilang pertimbangan diri dan kewarasan

fikiran. Mereka bertindak sesuka hati dan perbuatan mereka terkeluar dari jangkaan kita

yang waras. Kita juga tentu bersimpati dengan para guru di sekolah-sekolah yang

-9-
terbabit apabila imej sekolah yang selama ini dianggap mulia, tempat mencurahkan ilmu

bagi mendidik anggota masyarakat, telah menjadi mangsa segelintir pelajar yang masih

terbelengu dengan perangai yang tidak bertamadun. Bagaikan pepatah “madu diberi,

tuba yang dibalas”.

Segala persoalan berkenaan akan terjawab dengan mengkaji dan menilai kembali

pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan

insan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Tanpa menuding jari ke arah mana-mana

pihak, semua patut insaf betapa kemerosotan akhlak dan moral pelajar serta generasi

muda menandakan ada kesilapan pada bahagian tertentu pendidikan, sama ada formal

atau tidak formal.

Sebelum dikaji konsep pendidikan, kita perlu sedar dan insaf bahawa pendidikan

bukanlah tugas pihak tertentu, tetapi adalah amanah dan tanggungjawab semua , meliputi

individu,ibubapa dan keluarga, pemimpin masyarakat dan negara.

Bagi golongan pendidik, terutamanya para guru mereka perlulah memiliki minat

yang mendalam, kewibawaan ilmu dan keperibadian yang luhur untuk memastikan

kejayaan proses pendidikan. Remaja sukar menerima ilmu dan mencontohi guru yang

tidak serius, apatah lagi yang boleh dipertikaikan peribadi dan akhlaknya walaupun

dalam perkara yang dianggap remeh seperti merokok, cara bercakap dan berpakaian.

Rasa hormat kepada guru adalah antara syarat asas dalam memastikan kejayaan

penyaluran ilmu dan nilai-nilai yang baik kepada para remaja.

Dalam konteks tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibubapa perlu

sentiasa menyingkirkan sifat negatif daripada menjadi amalan dalam rumahtangga.

Sementara dalam bidang kepimpinan pula, pemimpin perlu mengawasi diri daripada

- 10 -
bersikap “cakap tak serupa bikin” untuk memastikan keberkesanan kepemimpinannya

yang juga suatu bentuk pendidikan.

Pendeknya, untuk melahirkan generasi remaja yang berakhlak mulia memerlukan

kepada penglibatan yang serius dari semua pihak. Tanpa kerjasama dari setiap pihak

yang terlibat akan membantutkan usaha untuk mendisiplin remaja. Kita juga turut

bimbang masa depan para remaja kini lebih-lebih lagi di era globalisasi yang tiada lagi

batas sempadan komunikasi yang menjanjikan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

4.1 Faktor-Faktor Utama

Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan nilai moral

pelajar remaja pada masa kini berlaku. Punca utama ialah pengaruh media massa.

Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang menonjolkan budaya kuning

amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan menjadikan

fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka

yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah.

Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah

keluarga. Ayah dan ibu sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu

yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah

ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin sepenuhnya kepada pihak sekolah,

sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang itu bermula di

rumah.

- 11 -
Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk

melupakan segala masalah. Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang

diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin membantu masalah yang dihadapi

oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam sebuah kelas

menyebabkan kesempatan guru terbatas.

Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga

merupakan faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar.

Pihak sekolah perlu menggunakan pendekatan psikologi apabila berhadapan

dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun begitu, ini juga tidak

menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu

kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja.

Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar

merosot. Ada pelajar yang masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah.

Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin kerana keciciran dalam pelajaran

ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak dewasa dengan

menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan

untuk menarik perhatian.

Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua

ibu bapa sibuk mencari nafkah, si anak akanterbiar dan memilih haluan sendiri.

Pelajar ini mempunyai perasaan rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat

dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti.

- 12 -
Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak

wajar jika sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan

guru mestilah memainkan peranan mereka masing-masing.

Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana

fenomena ini mungkin menjadi salah satu punca kemerosotan disiplin. Nisbah

antara guru lelaki dengan guru perempuan pada kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai

1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di sekolah rendah dan

menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan

berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih

perempuan di maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga

di peringkat universiti , di mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk

menceburi bidang pendidikan.

Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki

yang bermisai lebat dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin

menghindari profesion ini, ada pendapat yang menyatakan bahawa tahap disiplin

atau nilai-nilai moral pelajar hari ini semakin merosot.

4.2 Kesan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun

1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan

kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja

yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2

- 13 -
peratus(Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan

adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram

ersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku

di sekolah.

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat

menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah

sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk

menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad,

1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud

kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.

Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah

kemerosotan nilai moral pelajar remaja ialah:

a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan

sebagainya.

b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa

mereka.

c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa

terancam.

d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan

pendidikan.

e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

terbabit.

- 14 -
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi

kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat

pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial

yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan

berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada

masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif

kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu

antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah

pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.

5. Cadangan

5.1 Selain dari peranan yang dimainkan oleh guru Laporan serta kerjasama

daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini.

5.2 Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program

yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku

pelajar remaja di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar

sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis

salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru,

bertumbuk dan sebagainya.

5.3 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini

- 15 -
perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi

nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini

akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah

seluruh negara mempunyai nilai-nilai moral yang baik. Ini kerana mereka

inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.

5.4 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut

diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran

untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan

memberi kesedaran dikalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan

pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan

kepada pentingnya sikap yang jujur.

5.5 Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah

kemerosotan nilai moral ini, namun yang paling penting adalah peranan

ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa

mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

6. Kesimpulan

Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan

pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada

- 16 -
guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi

oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam

suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di

samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan

nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat,

teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak

terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis

nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan

untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh

bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar

sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar.

Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-

kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan

membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar

menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak

puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah

kemerosotan nilai moral yang berlaku dikalangan pelajar sekarang banyak

berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan

yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

- 17 -
BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Kedua.

Tanjong Malim: Quantum Books.

Ghazali Darussalam. 2001. Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. 1995. Asas Pendidikan 2 Murid dan Proses Pembelajaran. Edisi

Keempat. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 1993. Asas Pendidikan 1. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad. 1995. Kaunseling Remaja. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn.Bhd.

Robiah Sidin, Zaiton Sidin. 1989. Sosiologi Pendidikan ( terjemahan ). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

- 18 -
PENGHARGAAN

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga terutama kepada En Lee Lai Guan selaku Pensyarah Sosiologi Pendidikan

Institut Perguruan Darulaman (IPDA) Jitra, Kedah Darul Aman, kerana telah banyak

memberi bimbingan yang begitu baik kepada saya dalam menyiapkan Kerja Kursus2

Sosiologi Pendidikan yang bertajuk “PERANAN GURU DALAM MENCEGAH

KEMEROSOTAN NILAI MORAL DI KALANGAN PELAJAR REMAJA”.

Walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah Sosiologi Pendidikan,

namun dapat juga meluangkan masa untuk memberikan bimbingan

Selain itu, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada

semua pelajar-pelajar PKPG IPDA-UPSI 2002/2003 terutama daripada kelas TM3 yang

telah memberi kerjasama dan berkongsi-kongsi bahan bersama-sama bagi menyiapkan

kerja kursus ini. Segala sumbangan yang saudara saudari berikan, mudah-mudahan

mendapat rahmat daripada Allah SWT. InsyaAllah.

Sekian…

- 19 -
Kandungan muka

surat

Prakata

1. Pengenalan 1-2

2. Definisi konsep 2-4

2.1 Peranan

2.2 Guru
2.3 Mencegah Kemerosotan
2.4 Nilai Moral
2.5 Pelajar Remaja

3. Peranan Guru 4–8


3.1 Aktivit Pengajaran dan Pembelajaran
3.2 Aktiviti Kokurikulum
3.3 Aktiviti budaya sekolah

4. Perbincangan 8 - 15

5. Cadangan 15 - 16

6. Kesimpulan 16 - 17

7. Bibliografi 18

Penghargaan

- 20 -
PRAKATA

Institusi Pendidikan khususnya kaum guru sememangnya merupakan penggerak

utama ke arah pembentukan awal minda pelajar. Status guru dan peranannya tidak dapat

dinafikan dapat membentuk masyarakat ke arah kewujudan tamadun manusia yang lebih

gemilang. Namun begitu, apa yang dapat dilihat institusi perguruan tidak lagi dihormati

dan dipandang sebagai institusi yang dapat memberikan kesan yang positif. Kepincangan

demi kepincangan hadir dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat

yang seimbang dari segi mental dan rohani. Malah masalah kemerosotan nilai moral yang

melanda pelajar-pelajar remaja kita hari ini semakin dirasa dengan peningkatan kes yang

melibatkan pihak polis. Contohnya apabila kita digemparkan dengan "kemajuan" gejala-

gejala sosial yang berkaitan dengan kemerosotan nilai moral ini masyarakat kita akan

cepat merasa gusar dan kecewa malah ada yang menunding jari kepada orang lain,

kumpulan tertentu sebagai yang bersalah.

Walaupun terdapat pelbagai tanggapan masyarakat terhadap status mulia ini tetapi

tidak adil sekiranya semua kekurangan itu diletakkan atas bahu pendidik. Walaupun

kekurangan sememangnya wujud, usaha sepatutnya dilakukan demi mengembalikan

kemuliaan status tersebut.

Oleh sebab itulah dalam keadaan ini saya rasakan guru perlu memainkan peranan

dan melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak akan berterusan.

- 21 -
12 FEBRUARY 2007

Masalah Disiplin Pelajar: Satu Pendekatan & Penyelesaian

Dr Novandri Hasan Basri

Kita sedang hangat memperkatakan isu masalah disiplin pelajar-pelajar. Yang pastinya masalah
ini masih lagi berleluasa sehinggalah ke detik ini. Bermacam- macam persoalan timbul yang
semuanya memerlukan penyelesaian yang konkrit dan segera.

· Kenapakah berlakunya kepincangan pemikiran pelajar-pelajar ini?


· Dimanakah salahnya pendekatan kita selama ini ?
· Tidak adakah suatu mekanisme yang wujud untuk menyalurkan rangsangan emosi negatif
pelajar-pelajar ini agar dapat dikurangkan atau kepada sesuatu yang lebih berfaedah dan
masuk akal ?
· Apakah kerana kes-kes yang berlaku ini isolated dan hanya melibatkan segelintir pelajar,
maka segala usaha yang dijalankan untuk membenterasnya masih lagi di dalam peringkat
perancangan demi perancangan ?
· Sampai bilakah berlakunya segala masalah disiplin pelajar-pelajar ini ?

Peraturan

Kita mesti sedar bahawa manusia adalah lemah dan selalu lalai di dalam menjalankan
tanggungjawab dan gagal untuk mengawal emosi dan nafsu. Disebabkan kelemahan ini, maka
terciptalah peraturan-peraturan alam ataupun ciptaan manusia itu sendiri agar segala tindakan
manusia di sesebuah kumpulan ataupun situasi, tidak lari dari landasan kehidupan norma
mereka. Jika di rumah, peraturan alam menentukan tanggungjawab ibubapa dan anak-anak
mereka. Jika di luar rumah, contohnya di jalanraya, kita dengan automatik, mesti mematuhi
segala undang-undang jalanraya ciptaan kita sendiri agar tindakan kita tidak membahayakan
diri dan pengguna jalanraya lain.

Justeru itu, pelajar-pelajar sepatutnya dengan spontan, mematuhi segala peraturan sekolah
yang dicipta khas untuk mereka. Peraturan ini perlu untuk memastikan mereka tidak

- 22 -
mempunyai agenda lain di sekolah selain daripada menumpukan perhatian kepada pelajaran
dan segala aktiviti yang telah dirancang untuk mereka.

Peranan Keluarga

Keluarga adalah merupakan satu kumpulan manusia yang bertalian darah dan mempunyai
susunan yang tertib. Ibubapa bertindak sebagai ketua yang bertanggungjawab mencorakkan
perangai dan tingkah laku anak-anak. Jika tidak baik didikannya, maka buruk perangai anak-
anaknya, dan begitulah sebaliknya.

Buku Developmental Psychology Childhood and Adolescence (1996) telah memetik huraian
Pattterson (1982; Patterson et al 1989) yang menerangkan bahawa anak-anak yang bermasalah
selalunya tinggal di dalam keluarga yang dianggapkan sebagai breeding grounds kepada tingkah
laku anti-sosial dan hostile. Keluarga ini selalunya beratmosferakan coercive home environment
di mana anak-anak berinteraksi dengan ibubapa dan sesama sendiri dengan menggunakan
kekerasan ataupun dengan teknik-teknik anti-sosial yang lain.

Tekanan yang berterusan ini akan mengakibatkan anak-anak ini, secara tidak langsung,
terpaksa mempelajari teknik-teknik tersebut untuk terus survive di dalam keluarga mereka.
Anak-anak akan mulai berani menentang ibubapa dan keluarga sendiri untuk mengurangkan
tekanan yang dirasai oleh mereka.. Lama-kelamaan perangai dan tingkah laku akan sebati
dengan jiwa mereka. Sikap inilah yang akan memperkenalkan mereka kepada masyarakat nanti.

Rentetan permasalahan anak-anak ini bertambah signifikan apabila di bangku sekolah. Kerap
kali berlaku masalah disiplin dan juga lemah di dalam pelajaran di kalangan anak-anak ini.
Akibatnya anak-anak ini sering dihukum dan gagal di dalam peperiksaan yang seterusnya akan
menyebabkan ibubapa berasa malu, bertambah berang ataupun terus tawar hati. Sikap ini pula
akan menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk mengawal atau mengambil kisah hal
ehwal dan segala aktiviti anak-anak mereka.

Jadi persoalannya sekarang ialah, jika ibubapa bertanggungjawab mencorakkan perangai dan
tingkah laku anak-anak, kenapakah masalah disiplin pelajar-pelajar tertumpu di suasana dan
persekitaran sekolah? Ini adalah kerana, jika diamati dengan teliti, subjek-subjek yang terlibat,
masa contact, tindakan dan tindakbalas subjek itu dirangsang oleh sesuatu atau situasi tertentu
di sekolah itu.. Peristiwa-peristiwa seperti bakar sekolah, peras ugut ataupun gangsterisme

- 23 -
sebenarnya mempunyai sumber provokasi (provocation) yang bermula atau tertumpu di masa
sekolah itu dan bukannya di rumah pelajar-pelajar.

Peranan Sekolah

Feldman & Weinberger (1994) di dalam buku di atas menerangkan bahawa penampilan sikap
negatif yang persisten oleh pelajar-pelajar hasil daripada keluarga yang bermasalah ini, akan
menyebabkan beberapa respon negatif, tanpa disedari, oleh masyarakat sekolah.

· Pelajar-pelajar lain yang lebih pandai akan menjauhi diri daripada mereka.

· Pelajar-pelajar ini juga akan kerap dikritik dan tidak diambil berat oleh guru-guru.

· Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelompok pelajar-pelajar yang sama taraf
akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti-sosial.

Penolakkan masyarakat sekolah tersebut akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas
kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka.
Sesetengah daripada mereka membentuk geng-geng ataupun deviant cliques. Kumpulan ini
akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, anti-sosial, tidak
mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah(Thomas
Dishion & Associates, 1991). Kajian tersebut bertepatan dengan senario kita hari ini. Biasanya
unsur-unsur negatif yang besar magnitudnya seperti peras ugut, hooliganisme, gangsterisme
dan membakar sekolah melibatkan penyertaan lebih daripada satu pelajar.

Terdapat juga golongan pelajar yang memencilkan diri, hilang pegangan role model mereka
iaitu ibubapa dan guru dan sebagainya. Sikap destruktif ini akan menyebabkan mereka sangat
senang terpengaruh dengan anasir-anasir kurang sihat di kalangan masyarakat. Mereka yang
selama ini hilang tempat mengadu dan kasih sayang, merasakan bahawa dengan mengikuti
anasir-anasir ini, mereka akan dapat lari ataupun melupakan segala masalah mereka.

Kitaran Hidup

Jika kita amati dengan teliti, terdapat satu kitaran lengkap tindakan dan tindakbalas yang

- 24 -
terjadi di antara pelajar-pelajar bermasalah ini dan orang dewasa iaitu ibubapa dan guru.
Kitaran ini telah diutarakan oleh. Doherty & Mynatt di dalam buku mereka yang bertajuk
Understanding Human Behaviour (1998). Ianya di istilahkan sebagai Positive Feedback Loop.
Istilah ini menerangkan fenomena ‘rangsang - merangsang’ dan ‘ganda-mengganda’ yang sering
bergolak di antara jiwa pelajar bermasalah ini dan persekitaran sosial mereka.

Jika di rumah pelajar bermasalah ini, ahli-ahli keluarga mempunyai masalah dengan sikap
masing-masing. Apabila anak-anak ini sering melakukan kesalahan ataupun gagal di dalam
peperiksaan, ibubapa akan menjadi lebih malu, lebih marah ataupun lebih tawar hati. Ini akan
mengakibatkan tindakbalas anak-anak terhadap ibubapa akan digandakan juga. Begitulah
seterusnya fenomena ‘ganda-mengganda’ dan ‘rangsang-merangsang’ yang persisten di antara
anak-anak dan ibubapa, Jika fenomena ini kekal dan berterusan, maka akan terjadilah
peristiwa-peristiwa seperti lari dari rumah, berpeleseran, bohsia, bergaduh dan sebagainya.

Begitu juga yang terjadi di sekolah, di mana penolakkan masyarakat sekolah akan
menggandakan sikap hostile dan benci mereka terhadap masyarakat sekolah. Penentangan
berlebihan pelajar-pelajar ini akan menyebabkan guru-guru terpaksa melaksanakan hukuman
yang lebih berat ataupun mengalah dengan membiarkan sahaja mereka ini. Begitulah
seterusnya senario ‘ganda-mengganda’ dan ‘rangsang-merangsang’ yang persisten di antara
pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah . Jika senario ini kekal dan berterusan, akan
menyusullah kejadian-kejadian tidak sihat seperti bakar sekolah, peras ugut dan sebagainya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

DISIPLIN dan KESELAMATAN


 PENDAHULUAN

  Badan disiplin semestinya bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain yang
wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian seseorang pelaja dalam sesuatu bidang ini baik
di bidang akademik atau bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin
pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan
mereka yang berdisiplin.
 

 RASIONAL

  Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu


pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan

- 25 -
sistematik.
 

 OBJEKTIF

1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka
dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara
rasional dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan
menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta
menjadikan sekolah sebagai landasan menuju ke arah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan pengaruh tidak baik.
8. Buku Peraturan

 Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan dikemaskini dari masa
ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap pelajar.

9. Taklimat Awal
 Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Setiausaha
Disiplin pada minggu pertama kemasukan pelajar-pelajar baru di SMKKK I.

10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar


 Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani oleh setiap pelajar baru (bertukar dari sekolah
lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai jaminan tingkah laku mereka.

11. Borang Perjanjian

 Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran
disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah kemudian
menyaksikan perjanjian dibuat  oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini sebagai
bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini diharap dapat
mengelakkan sebarang tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak
akan mengulangi kesalahan mereka.

12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah


 Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah untuk sesuatu urusan diwajibkan mengisi
borang khas. Surat ini akan dibawa oleh pelajar dan menyerahnya kembali apabila
kembali ke sekolah. Surat ini juga dapat menggalakkan pelajar berkenaan daripada
ditangkap polis atas tuduhan ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan
peraturan keluar sekolah.

- 26 -
13. Sudut Disiplin
 Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini  dilengkapkan
dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin
serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan
berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu.
 
 

14. Kad Kebenaran Keluar Kelas


 Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar Tandas’.
Kad ini bertujuan untuk menggalakkan dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar
dan berkeliaran di luar semasa P & P.

15. Buku Kawalan Kelas


 Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan ditandatangani oleh
setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. Setiap guru akan
mencatat nama mata pelajaran, masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa mereka
mengajar. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang
ponteng kelas.

16. ‘Spot – Check’


 ‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar diadakan dalam pelbagai bentuk:-
- ‘Spot Check’ di tempat perhimpunan
- ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh
- ‘Spot Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat yang strategik sebagai kawasan
lepak dan sebagainya.

17. Buku Laporan Disiplin


 Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang kerap melanggar
disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan dan Hukuman.

18. Fail-fail maklumat pelajar


 a) Fail 001  - Fail Amaran 1
 b) Fail 002 - Fail Amaran 2
 c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir
 d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah
 e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah
 f) Fail 006 -  Laporan PPD / JPN
 g) Fail 007 - Maklumat SSDM
 h) Fail 008 - Laporang Kes
 i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar
 j) Fail 010 - Kes-kes polis
 k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin
 l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor
 

- 27 -
 

 
 

 PROGRAM ABSENT SIFAR 2001

 UNIT DISIPLIN

 Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah hingga ke


tahap yang minimum atau sifar.

 RASIONAL

 1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya berpunca
daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah

 2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap bagi menyelesaikan masalah tidak   hadir
ke sekolah.
 

 MATLAMAT

  Mengurang atau menghapuskan sama sekali masalah tidak hadir atau ponteng sekolah
tanpa  sebab yang munasabah demi menjayakan MISI dan VISI sekolah selaras dengan
matlamat pendidikan negara.
 

 OBJEKTIF

   1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada sekolah sebagai penyalur
pelbagai ilmu dan pendidikan.
19. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik seterusnya
mengharumkan nama sekolah.
20. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak mereka benar-benar berada di sekolah
pada waktu yang sepatutnya.
21. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada peraturan sekolah dan
menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

       5. Meningkatkan mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan


          warganegara    yang bertanggungjawab.

  6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran ke sekolah adalah


    penting untuk masa depan kerjaya mereka.

- 28 -
  7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan murid dapat menerima
         pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan.
STRATEGI

1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar


 - Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak hadir atau ponteng. Mereka
         akan  diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.

2. Menandakan Jadual Kedatangan


 - Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan pada setiap hari pada
   masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang sama sekali dari menanda
        kehadiran pelajar untuk  mengelakkan penipuan.

3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir.


- Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh AJK Kehadiran dari Unit
  Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan surat-surat kebenaran
  seperti:

 a) Surat akuan sakit


 b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu, imam atau Ketua Polis
  (tidak melebihi 1 hari)

4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah kepada ibu
bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa
tentang tindakan yang diambil seperti berikut:-

  a.   Tidak hadir selama 3 hari akan dimaklumkan dari surat amaran I
1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan menerusi surat amaran II
2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan menerusi surat         amaran III dan surat
berhenti sekolah
    (Kecuali terdapat surat akaun tertentu).

1. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar.

 Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui  masalah sebenar
pelajar.

 6. Mengenakan Tindakan Disiplin.


 Pelajar yang tidak hadir atau cenderung ke arah itu akan dikurniakan pelbagai tindakan
disiplin. Tujuan untuk mencegah dan menyedarkan mereka.
 
 

7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang disyaki destinasi pelajar


       ponteng.

- 29 -
    - Setelah mendapat maklumat penduduk sekitar
    - Kerjasama dengan polis

    8. Mengadakan Program Kursus.


    a. Ceramah kesedaran / disiplin
    b. Kem motivasi
    c. Pelancaran Minggu  Disiplin
    d. Pelancaran Program ‘Absent Sifar’

  9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik darjah


    - ‘spot check’ di dalam kelas

  10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak rasmi
untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.

    a. Pegawai perhubungan polis


    b. Balai Polis Kubang Kerian

  11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis daripada kaunselor.


 

  PELAKSANAAN

  1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001

  2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001

  3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan

  4. Melancar Hari Absent  Sifar : 18 Februaru 2001


 

  5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah dijadualkan
seperti:-

    a.    Program Berkala


b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan Disiplin)

  6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk memantau dan menilai kelemahan
dan kejayaan Program Absent Sifar.
 

  BENTUK-BENTUK PENILAIAN

- 30 -
  1. Penilaian Jangka Pendek
    - Data kehadiran bulanan daripada buku kedatangan kelas
    - Jumlah pelajar yang dikumpul setiap hari

  2. Penilaian Jangka Panjang


a. Prestasi akademik pada akhir tahun
b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.

c. PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI

 PENGENALAN:

 Program Geraksedar  adalah satu program pemilihan dan kesedaran khusus untuk 
pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka secara kelompok akan mengalami pelbagai
aktiviti pemulihan dan kesedaran daripada guru-guru atau pakar-pakar pemulihan dari
luar melalui temuramah. Nasihat, ceramah, program, seperti sembahyang hajat / sunat,
doa dan lain-lain.
 

  RASIONAL

 Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika pelbagai
pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau denda, tindakan
secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat memberi kesedaran kepada
mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat ditangani jika pelbagai kaedah digunakan
menerusi satu disiplin pemulihan yang mantap dilaksanakan.

 OBJEKTIF

a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.


b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana individu untuk menggunakan
kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan pelajar-pelajar yang
bermasalah, secara ikhlas.
c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah yang terbaik dan menangani masalah
disiplin pelajar.
d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur dalam menentukan seseorang
pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan pengajian mereka.

 SASARAN

 Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan berulangkali.

 TEMPAT / MASA

- 31 -
 Tempat dan masa yang sesuai

  TENAGA PENGGERAK :

 1. Guru Unit Disiplin


d. Kaunselor
e. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang.
f. Tenaga Luar
g. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara ikhlas.

h. Pelaksanaan

Aktiviti Program Gerak Sedar

1. BULAN DISIPLIN

 PENGENALAN

    Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan
sesebuah sekolah itu. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling
berkait rapat, maka Unit Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan
‘Bulan Disiplin’ ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin
para pelajar SMKKK I.
 

   RASIONAL
 1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program lebih sistematik.
2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang
menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan
meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.

 SASARAN
 Semua pelajar SMKKK 1

 MASA
 Sepanjang bulan Mei 2001
 

 PELAKSANAAN
 Pembentukan AJK:-

  Pengerusi  : Pengetua SMKKK I


  Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
  Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM

- 32 -
    Naib Pengerusi II : Penyelia Petang
    Setiausaha I  : S/U Disiplin Pagi
    Setiausaha II  : S/U Disiplin Petang
    Penyelaras  :  - Ketua-ketua Bidang.
          - Kaunselor

     Bidang Tugas

- Bahagian Perasmian dan Sambutan

 Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan


      (2) Puan Azmani bt. Daud

- Bahagian Pameran dan Pertandingan


(1) En. Che Ismail b. Yusoff
(2) Puan Marliza bt. Mansor

- Bahagian Ceramah

(1) Ustaz Mohd. Najib


(2) Ustaz Mat Daud b. Omar

- Bahagian hadiah dan cenderamata

3. Aziz b. Salleh
4. En. Nazri

   PROGRAM / AKTIVITI

5. Majlis Pelancaran / Perasmian  Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan 


Jab. Pendidikan Negeri Kelantan.

   Tempat  : Dataran Penyayang


               Masa  : 8.00 Pagi

6. Pertandingan Poster Dan Karangan

7. Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan.

8. Pidato Pelajar
- Setiap hari Ahad

9. Ikrar Pelajar

- 33 -
10. Majlis Penutup
   Oleh:- Ybrs. Tuan Pengetua SMKKK I
 

UNIT KESELAMATAN
 

Pendahuluan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang Kerian 1 )


terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu , justeru dapatlah di
kategorikan sekolah ini sebagai pinggir bandar . Kedudukannya menghala laluan Kota
Bharu ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian .
 

Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada beberapa
sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah menengah ke tingkatan empat
dan enam rendah . Sehingga kini jumlah keramaian pelajar di sekolah ini berjumlah 2336
orang pelajar ( 1020 pelajar lelaki dan 1070 pelajar perempuan ) dengan 112 orang tenaga
pengajar . Bagi menampung bilik kelas yang terhad , SMK Kubang Kerian 1 meneruskan
sesi persekolahan 2 sesi ( sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi terdiri daripada tingkatan
tiga , empat , enam rendah dan enam atas , manakala sesi petang pula bagi tingkatan satu
dan dua .
 

Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-ekonomi dan
sosio – budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di sekolah ini datang daripada
golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.
 

Rasional
Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya institusi
pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai bahaya dan risiko .
Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan pelbagai risiko , maka langkah-
langkah keselamatan amat penting di beri perhatian khusus.
 

Objektif
1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan setor,
kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada dalam keadaan terjamin 
dan selamat.
2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik pulih
bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang  dan gelanggang permainan , setor serta
peralatan yang di kenal pasti berisiko

- 34 -
3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam
menghadapi sebarang situasi kecemasan
4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan
5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya penjagaan
keselamatan
6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU  RUMAHKU” yang lebih berkesan dalam diri
warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam keadaan selamat
7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan mala  petaka

Strategi
1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan
2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan mandat bagi
mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu sama ada secara melapor
kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai bukti tanggungjawab yang di
amanahkan
3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan Pakaian
Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar Tingkatan Enam Anak
Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD) dan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya
( PRS) meronda secara tidak lansung ketika hadir ke sekolah atau semasa berada di
sekolah sama ada pada waktu persekolahan atau pada waktu kehadiran petang ,hari
minggu dan hari kegiatan kokurikulum . Maklumat yang di beri oleh skuad ini amat
penting dalam menangani masalah vandalisme.
4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah
5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi membolehkan
setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada ketua-ketua unit keselamatan
dapat di sediakan.
6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya di edarkan  kepada
semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta papan kenyataan umum nuntuk di
hayati oleh semua pelajar sebagai langkah menyelamat diri secara tenteram , aman dan
terkawal
7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat diri
8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam usaha
melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat
9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan  di tempat-tempat
yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik
10. mengenalpasti langkah-langkah  keselamatan adalah tanggungjawap bersama warga
sekolah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

- 35 -
 
 
 
 
 

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN


 

Pengerusi      : Pengetua
N. Pengerusi : Penolong Kanan  Pentadbiran
Setiausaha     :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pen . Setiausaha : Penyelia Petang
Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah
Ketua Unit  ; Setiausaha HEM
 

Urusetia Keselamatan

Kebakaran              : En  Che Ismail Yussoff            ( sidang pagi )


                                 En Ahmad Faizal Ismail           ( sidang petang )

Persekitaran           ; En Zakhori Ab Rahman            ( sidang pagi )


                                En Aziz Muhammad                  ( sidang petang )

Disiplin                 : En Ab Aziz Salleh                     ( sidang pagi   )


                                En Ramlee Alias                       ( sidang petang )

Bencana Alam      : En Mazlan Mohd Zain               (sidang pagi )


                               En Sanadi Hhussin                     ( sidang  petang )

Skuad Kecemasan:  Hj Mohd   Hussin Deraman      ( pejabat sekolah )


                                En Razali Talib                          ( teknik dan elektrik)
                                Pn Che Ainun Che Cob             ( makmal sains )
                                En Ab Rahman Harun                ( pondok keselamatan )
                                En Che Ismail Yussof                ( kebakaran dan bencana alam )
                                En Mohd Nor Deris                   ( bangunan )
                                Ustaz Mat Daud Omar               ( Mussala )
                                Pn Noreha  Mohamad                ( Perpustkaan dan PSS)
                                Pn Khazimah Mat Rani              ( Kemahiran hidup / SRT)
                                En Alias Yahya                          ( Padang dan gelanggang )
                                En Rawi Ali                                ( Perabot  sekolah )
                                En Zakaria Jusoh                        ( Koperasi sekolah )
                                Semua pekerja
                                Pembantu-pembantu makmal
 

- 36 -
 
 
 
 

BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN

Kebakaran
1. menyediakan peta laluan selamat
2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api
3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai
4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air
5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran
6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan
 

Persekitaran
1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya
2. menyediakan jadual  ceramah  lalulintas ( maklumat semasa perhimpunan )
3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah
4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal)
5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas
6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah
7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal
8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)
 

Disiplin
1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar
2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas / umum
3. mengenalpasti  ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah
4. menyediakan jadual ceramah disiplin
5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan
 

Bencana  Alam
1. Menyediakan skuad Bencana Alam
2. Megenalpasti  bangunan / blok selamat  bagi menempatkan pelajar
3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan
4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana
5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan
6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada
7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri
8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam
 
 

- 37 -
- 38 -

You might also like