You are on page 1of 29

HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun
kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada
pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula
semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D.
oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari
hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih
mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah
tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya
dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh
seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu
Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak
turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun
tempatan yang dipanggil Washi.

Origami dipercaya telah wujud sejak Zaman Heian (741-1191) di kalangan kaum
sami Shinto sebagai penutup botol sake (arak beras) saat upacara penyembahan,
wanita dan kanak-kanak. Pada masa itu origami masih dikenal dengan istilah orikata,
orisui atau punorimono.Pada masa itu memotong kertas menggunakan pisau
diperbolehkan. Bentuk yang dikenal pada zaman Kamakura (1185-1333) adalah
noshi. Noshi adalah singkatan dari noshi-awabi, iaitu daging tiram nipis yang dijemur
dan dianggap sebagai hidangan istimewa orang-orang Jepun. Noshi dianggap sebagai
pembawa keberuntungan pada siapa saja yang menerimanya.Senjak Zaman
Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau untuk memotong kertas telah dihentikan.
Origami kemudian berkembang menjadi suatu cara memisahkan masyarakat golongan
kelas atas dan kelas bawah. Samurai mengikuti ajaran Ise sementara masyarakat biasa
mengikutajaranOgasawara.

Dalam perkembangannya origami telah menjadi begitu identik dengan budaya Jepun,
yang diwariskan secara turun-temurun dari masa ke masa. Origami terutama
berkembang dengan menggunakan kertas asli Jepun yang disebut Washi. Saat ini
origami telah menjadi sesuatu yang tidak terpisah dari budaya orang Jepun. Terutama

1
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

dalam dalam upacara adat keugamaan Shinto yang tetap dipertahankan.


Dalam tradisi shinto, kertas segi empat dipotong dan dilipat menjadi lambang
simbolik Dewata dan digantung di Kotai Jingu (Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai
sembahan. Pada upacara perkawinan Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan (o-
cho) dan rama rama betina (me-cho) menggunakan asas bom air “water bom”,
membalut botol sake (arak beras) sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan.
Selain itu Origami juga digunakan untuk upacara keagamaan yang lain. Pada
mulaannya Origami hanya diajarkan secara lisan. Panduan tertulis membuat origami
dikesan terdapat dalam buku Senbazuru Orikata (Bagaimana Melipat Seribu Burung
Jenjang/Orizuru) pada1797. Ketika itu origami masih dikenali sebagai orikata. Buku
ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang
berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO
yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya
sebagai Senbazuru Orikata.

Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat
lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama. Pada 1850 suatu
naskah tulisan lain berjudul Kayaragusa diterbitkan. Naskah ini berisi 2 bahagian
origami , iaitu rehlah dan keagamaan. Kebanyakannya merupakan model origami
yang terdapat pada Chushingura Orikata. Pada 1819 buku “Sekejap mata
menghasilkan burung kertas” memperlihatkan bagaimana burung dihasilkan dari
kertas. Kemudian pada tahun 1845 kumpulan lengkap bentuk lipatan tradisi Jepang
ditulis dan diterbitkan dalam buku Kan no mado. Buku itu berisi lebih kurang 150
contohorigami,termasukmodelkatak. Pada tahun 1880 seni melipat kertas itu mulai
orang dengan Origami. Kata itu berasal dari bahasa Jepun oru (melipat) dan kami
(kertas). Kata origami kemudian mulai menggantikan istilah orikata, orisui ataupun
orimono. Pada zaman Showa (1926-1989) origami kurang diminati dan hanya noshi
yang masih popular digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Waktu itu
kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram, atau
ikan.

Pada zaman Edo (1600-1868) produksi kertas yang berlimpah menjadikan kertas
mudah diperoleh. Ini menjadikan origami berkembang lebih pesat. Pada akhir zaman
Edo hampir 70 bentuk dihasilkan termasuk burung jenjang (Orizuru), katak, kapal dan

2
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

balon yang masih tetap dikenal hingga sekarang. Pada era Genroku (1688-1704),
corak kain origami burung jenjang (Orizuru), dan corak pelbagai bot menjadi popular
dan sering dibuat dalam corak kain Ukiyoe. Ini membuka ruang origami untuk
berkembang lebih luas pada masa sekarang. Pada zaman Meiji (1868-1912), origami
digunakan sebagai alat mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar. Itu semua
berkat pengaruh dari ahli pendidikan Friedrich Wilhelm August Fröbel (1782-1852).
Beliau adalah seorang pendidik Jerman pada abad ke-19. Beliau menggunakan
origami tradisional Eropah untuk menghasilkan bentuk geometrik. Konsep ini
kemudian dipakai secara meluas di Taman Kanak-kanak di Jepun.

Origami Di barat

Pada tahun 1920 banyak buku-buku mengenai keajaiban kertas untuk dibuat menjadi
pelbagai perkara termasuk bentuk dilipat telah dikeluarkan. Ia termasuk Kertas Ajaib
(Paper Magic) oleh Will Blythe 1920 dan Kertas Ajaib (Paper Magic) oleh Harry
Houdini pada 1922. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti
“Beria dengan Melipat” oleh W.D.Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika
Syarikat pada 1928. Ia masih dicetak dengan tajuk “Mula Melipat Kertas”. Seorang
rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan
Kertas” di Landon pada 1937. Kedua buku ini menjadikan buku panduan asas origami
semenjak itu. Pada 1930 ramai ahli silap mula menonjolkan penggunaan wang kertas
untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain dalam pertunjukan mereka.

Origami Di Sepanyol dan Argentina

Dua orang Sepanyol yang diakui mengembangkan papiroflexia sebagai kebudayaan


Sepanyol adalah Miguel Unamuno (1864-1936) dan Ismael Adolfo Cerceda, yang
berasal daripada Buenos Aires, Argentina. Migue Unamano merupakan ahli falsafah
Sepanyol dan juga Rector Universiti Salamanca. Dia meninggal pada 31 December
1936 pada permulaan Peperangan Saudara Sepanyol. Beliau yang mempopularkan
asas burung dan pusingan sisi (sideways turn) dan telah menghasilkan satu penulisan
lucu pendek mengenai pajarita (burung kecil) pada 1902. Unamuno mempunyai ramai
peminat di Sepanyol dan Argentina.

Ismael Adolfo Cerceda pula merupakan pelontar pisau Argentina yang menggunakan
Origami untuk menenangkan fikiran. Kebolehannya menggalakkan pengasas

3
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

papiroflexia yang lain. Daripada kedua pengasas di atas, origami berkembang dalam
masyarakat barat secara perlahan-lahan terutamanya sebagai permainan kanak-kanak.
Selain itu, pada tahun 1700 origami digunakan secara meluas oleh ramai silap mata
sebagai salah satu aksi silapmata untuk menghasilkan burung daripada kertas
(Orizuru) ataupun kipas ajaib (kertas berlipat yang digunakan untuk membuat
pelbagai bentuk.)

Origami Moden

Origami moden yang memperkenalkan bentuk lipatan corak baru yang berlainan
dengan corak klasik mulai diperkenalkan oleh Akira Yoshizawa di Jepun apabila hasil
kerja beliau mengenai bentuk ramalan bintang diterbitkan dalam majalah “Asahi
Graf” untuk keluaran January 1952. Ini di ikuti dengan pameran hasil kerjanya di
Museum Stadtlich di Amsterdam pada November 1955. Beliaulah orang yang
mempopularkan bentuk-bentuk origami baru yang berlainan daripada bentuk origami
traditional. Dia turut memperkenalkan bentuk awal haiwan berkaki empat dengan
menggabungkan 2 keping kertas yang berlipat. Semenjak itu pelipat kertas yang lain
telah berjaya memajukan asas “Blintzed” untuk membolehkan lipatan haiwan berkaki
empat di buat daripada sekeping kertas tanpa dipotong.

Pameran Origaminya pada 1960an mempopularkan Origami di barat. Akira


Yoshizawa bersama Sam Randlett kemudiannya telah mengasaskan sistem garisan
dan anak panah yang digunakan sebagai arahan tentang cara melipat Origami yang
boleh difahami oleh semua orang tanpa mengira bahasa. Akira Yoshizawa telah
dianggap warisan hidup Jepun telahpun berusia 83 pada tahun 1999. Akira Yoshizawa
sendiri telah menghasilkan hampir 50,000 bentuk dan dia menekankan kepada
ketelitian dan ketepatan dalam bentuk untuk objek origami.

Pada masa sekarang terdapat ramai pakar origami di seluruh dunia yang menghasilkan
model yang mengkagumkan. Sekiranya dahulu, bentuk badan dan kaki hanya
dibayangkan, sekarang bentuk anatomi yang tepat telah berjaya dihasilkan. Cabaran
pada masa sekarang adalah untuk menghasilkan serangga dari spesies yang khusus
dan boleh dikenali dengan tepat. Selain daripada pencapaian teknikal, kesenian
origami juga berkembang pesat.

4
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Topeng.

Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan,


persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu
untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka,
walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan
kepala si pemakai.

Negara China yang mempunyai tamadun tertua di dunia, dikesan memulakan budaya
topeng yang tertua. Penggunaan topeng digunakan dalam opera China sejak 3000
tahun yang lalu. Pada mulanya, topeng yang dipakai dalam bentuk lukisan muka
untuk mengerunkan lawan dalam medan perang seperti yang dipakai oleh Maharaja
Lan Lin dari negeri Paichi. Kemudian, topeng telah digunakan di pentas-pentas untuk
melakonkan watak-watak terkenal dalam peperangan di seluruh Negara China. Dalam
teater China, topeng bukan sekadar untuk kecantikan muka, malah ia membawa
perwatakan serta symbol tertentu. Warna dikaitakan dengan watak tertentu
umpamanya merah menunjukkan kejujuran, putih kejahatan, pengarapan warna
merah,kuning dan hijau menunjukkan kegagahan. Negara Jepun juga tudak kurang
hebatnya dalam membudayakan topeng. Teater rakyat serta drama tradisional Jepun
seperti Noh, Bunraku dan Kabuki menggunakan topeng yang pelbagai saiz dan jenis.
Topeng ini diperbuat daripada kayu ringan dan kertas serta dihias dengan rambut
manusia untuk mengwujudkan satu persona mistik. Seni topeng dipakai untuk
memberi lambang serta identiti sesuatu masyarakat.

Topeng Bali yang terkenal dapat dilihat melalui ragam hiasnya yang unik. Misalnya
topeng yang dinaggap suci selalunya diukir dengan teliti dan halus. Pembuat topeng
terdiri daripada keluarga Brahim yang tinggi mertabanya. Mereka mewarisi kesenian
tersebut melalui keturunan mereka yang arif dalam pengukiran topeng Mereka harus
mengetahui adat serta ritual tertentu yang dipanggil ‘Dharmaning Sangging’ sebelum
boleh memulakan kerja membaut topeng tersebut. Topeng yang dianggap tinggi
mutunya adalah yang mempunyai gaya naturalistic serta berbentuk bundar. Setiap
topeng berkualiti mendapat sapuan gelatine berlapis-lapis sebelum dihiasi warna
putih, merah dan hijau.ia mempunyai bahagian mulut yang sederhana dengan bibir

5
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

yang agak tebal, gigi diukir atau dipadankan dengan gigi khinzir dan rambut yang
sebenar ataupun daripada bulu kuda. Terdapat juga kulit kambing digunakan bagi
menghiasi topeng tersebut. Kayu pulai ditanam khas digunakan untuk mengukir
patung tersebut. Kadang kala pokok yang ditanam telah dibentuk sedemikian rupa
secara semulajadi supaya sesuai dibuat topeng.

Pengaruh topeng seterusnya juga mempengaruhi pergerakan seni visual tempatan.


Pelukis generasi pertama dan muda tanah air seperti Abdul Latif Mohidin, Lee Kian
Seng, Awang Damit, Yusof Ghani, Wong Cheong, Azizan Paiman dan Rosli Zakaria
tidak ketinggalan dipengaruhi unsur topeng dalam karya-karya mereka. Yusof Ghani,
seniman prolifik Malaysia mengambil ilham dari topeng pribumi Sabah dan Sarawak
bagi menghasilkan karya beliau “Siri Topeng”. Latif Mohidin pula tidak ketinggalan
menghasilkan karya “Siri Langkawi” yang dipadankan dari topeng tradisional.

Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan
supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh
digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Bahan-bahan yang selalunya digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti


kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,
benang dan bahan hiasan yang sesuai. Keseluruhan bahan ini mudah diperolehi
dipasaran dan bahan-bahan yang berada di persekitaran kita. Oleh yang demikian, kita
mudah untuk menghasilkan diorama.

6
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Mobail

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk
membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga
dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas
siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak ,
berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika
bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi
untuk membolehkannya bebas bergerak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan mobail adalah seperti dawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan
ringan yang sesuai digantung.

Pengarca seterusnya dalam bidang arca mobail ialah Alexander Calder. Beliau
dilahirkan dalam tahun 1898 di Philadelphia, Amerika Syarikat. Bapa dan datuk
beliau merupakan pengarca terkenal waktu itu. Selepas tamat pengajian dalam bidang
kejuruteraan, beliau bekerja dalam pelbagai bidang sebelum menceburi bidang
kesenian pada tahun 1923. Beliau banyak menghasilkan kerja-kerja lukisan sebelum
menceburi bidang arca mobail selepas berhijrah ke Paris pada tahun 1930. Hasilan
karyanya dipamerkan dalam pameran pertama bidang arca mobail di Amerika
Syarikat. Salah satu arca mobail yang dihasilkan bertajuk “Horizontal Spines ” Imej

7
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

i. Setiap folder yang disediakan hendaklah sertakan sekali skrip atau


langkah-langkah pengajaran yang boleh digunakan bagi bahan tersebut.

Origami.

Langkah-langkah pengajaran :

1 . Sediakan sekeping kertas segi empat tepat yang berukuran 3cm x 7 cm.

2. Lipat 2 kertas tadi secara melintang. Lipatan dengan lipatan sama panjang.

8
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3. Buka kembali kertas tadi.

3. Lipat kertas tadi secara memanjang.

4. Buka lipatan dan lipat separuh kertas secara memanjang di kedua-dua


bahagian.

5. Lipat secara melintang kembali kertas tersebut.

9
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

6. Lipat kedua-dua hujung kertas membentuk segi tiga.

7. Buka kembali lipatan hujung segitiga tadi.

10
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

8. Kemudian tekan ke dalam seperti yang ditunjukkan oleh anak panah. Buat
pada kedua-dua bucu.

10. Setelah dibentuk kertas akan jadi seperti berikut. Kemudian lipat bahagian
kecil pada kesemua sisi di atas dan di bawah kertas tersebut.

11
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

11. Kertas akan jadi bentuk berikut.

12. Buka bahagian atas kertas dan membentuk kotak. Sisipkan bahagian bawah untuk
menjadi gelung. Maka jadilah origami berbentuk cincin.

12
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Topeng
Langkah-langkah pengajaran membuat topeng.

1. Tiup belon dengan saiz yang sederhana. Sapukan air pada permukaan belon
tersebut.

2. Tampalkan carikan kertas surat khabar lama pada permukaan belon. Tampal
sebahagian atau separuh sahaja permukaan belon.Tampalan mesti menutupi
permukaan belon.

13
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3. Langkah seterusnya, sapu gam pada kertas tisu dan tampal atau lekat diatas
permukaan kertas surat khabar yang menutupi permukaan belon. Ulang tampalan ini
sehingga agak tebal. Biarkan kering.

14
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

4. Setelah kering, tanggalkan kertas yang ditampal dari permukaan belon. Kemudian
lakar bentuk mata, hidung dan mulut pada permukaan kertas tadi. Tebuk bahagian
yang dilakarkan.

5. Akhirnya, tebuk dua lubang untuk mengikat topeng. Warnakan muka topeng
dengan warna yang ceria.

15
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Diorama.

Langkah-langkah pengajaran membuat diorama.

1.Lukis bentuk ikan pada kertas lukisan. Lukiskan beberapa ekor ikan yang pelbagai
saiz.

2.Tampalkan bentuk ikan pada kertas tebal seperti kertas kotak. Setelah kering potong
kembali mengikut bentuk ikan tersebut. Sekarang bentuk ikan sudah menjadi tebal.
Gunting kembali mengikut bentuk ikan tersebut.

16
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3.Kemudian warnakan ikan gambar tersebut. Warna mengikut imegnasi murid-murid.


Buat beberapa ekor ikan yang berlainan saiz.

4. Lekatkan gambar ikan tersebut dengan lidi pencucuk sate.

17
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

5.Kemudian buat rumput. Cara membuatnya sama seperti membuat bentuk ikan iaitu
lukis rumput pada kertas lukisan dan tampal pada kertas tebal atau manila kad. Potong
kembali bentuk rumput tersebut. Warnakan rumput dan cucuk dengan lidi penyucuk
sate.

6. Seterusnya sediakan sebuah kotak kasut. Balutkan kotak dengan kertas warna atau
warnakan kotak tersebut dengan warna yang harmoni.

7. Pada kotak tersebut lekatkan plastesin untuk dijadikan dasar pada sebuah
akuarium. Kemudian bentukkan plastesin sebagai tanah dasar akuarium. Cucuk ikan
dan rumput dalam kotak seperti yang ditunjukkan. Siaplah diorama sebuah akuarium.

18
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Mobail

Langkah-langkah pengajaran untuk membuat mobail.

1.Sediakan kulit kerang, siput atau apa yang bersesuaian. Tapi kali ini menggunakan
kulit kerang.

2. Kemudian tebuk kulit kerang tersebut seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah di
bawah.

19
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3. Ikat kulit kerang dengan benang yang agak kasar. Saiz panjang tali benang perlu
dipelbagaikan.

4. Buat satu bentuk gelung dari dawai yang agak besar saiznya.

20
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

5. Ikat kulit kerang tadi pada gelung dawai yang disediakan.

21
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

22
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

6. Buatkan ikatan dawai pada gelung dawai tadi untuk mengantung mobail yang
sudah siap.

23
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

ii. Masukkan juga satu elemen ‘wajib’ iaitu sembang-sembang yang membawa
maksud bentuk-bentuk perbualan yang boleh mencetuskan idea bernas atau kreatif
semasa proses membina bahan bersama murid bagi mengilham dan mencetuskan idea
kreativiti murid bagi melahirkan penduduk Malaysia yang punyai wawasan

Origami.

Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :

1. Membina origami seperti yang telah ditunjukkan kepada murid..


2. Menghayati kesenian yang terdapat pembuatan origami.

Bahan-bahan :

1. kertas fotocopi biasa

Langkah-langkah sembang-sembang.

1. Guru menunjukkan satu origami yang telah siap kepada murid sebagai langkah
set induksi. Guru bertanya kepada murid samaada pernah atau tidak melihat
objek yang ditunjukkan. Murid menyatakan biasa melihat benda yang
ditunjukkan.
2. Melalui penayangan video, murid menghayati projek origami yang akan
dibuat. Murid bercerita tentang jenis hasilan yang ditonton. Mereka
menyatakan kecantikan bentuk tesebut.
3. Apakah bentuk origami yang telah terhasil. Jadi sebelum membentuk sesuatu
origami, murid perlu belajar jenis teknik lipatan dalam seni origami.

24
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

4. Setelah itu, murid perlu memikirkan tema untuk penghasilan origami.


Memberitahu murid bahawa tema origami selalunya berkaitan dengan alam
semula jadi seperti haiwan, benda maujud seperti cincin dan alam tumbuhan
seperti bunga.
5. Kini kita memilih tema alam benda iaitu cincin.Murid bercerita tentang cincin
seperti majlis pertunangan, emak mereka ada yang memakai cincin. Murid
juga diberikan lakaran mudah langkah-langkah melibat origami cincin.
6. Dengan bimbingan guru serta tayangan semua video membuat origami cincin,
murid meneruskan aktiviti melipat origami tersebut.

Topeng.

Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :

1. Memahami konsep topeng dalam penghasilan seni.


2. Menghayati kesenian dalam pembuatan topeng.

Bahan-bahan :

Kertas tisu, kertas surat khabar lama, gam, belon, warna

Langkah-langkah sembang-sembang.

1. Guru masuk kelas dengan memakai topeng sebagai set induksi.


2. Murid mengecam jenis topeng yang dipakai ialah topeng ”power rengges”.
Cantik atau tidak topeng yang dipakai oleh cikgu. Orang tidak kenal kita
apabila kita memakai topeng. Murid menyatakan bahwa mereka minat
memakai topeng.
3. Guru menayangkan sedutan video cerita “mask man”. Guru menyatakan
bahawa hari ini akan belajar membuat topeng. Sebelum ini guru berharap
murid biasa membeli topeng. Tapi hari ini kita akan membuat topeng sendiri.

25
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

4. Guru mencungkil pendapat tentang bentuk-bentuk yang biasa dijadikan


topeng. Murid menyatakan selalunya, topeng bentuk muka samaada muka
haiwan atau manusia . Tapi kali ini kita akan membina topeng berdasarkan
muka impian murid-murid. Guru bertanyakan tentang perkara asas yang ada
pada muka manusia. Murid menyatakan terdapat mata, hidung dan mulut.
5. Setelah dibuat kesemua asas yang dinyatakan, bagaimana cara kita hendak
mencantikkan topeng tersebut. Murid menyatakan mereka akan mewarnakan
pipi topeng dan meletakkan warna merah disekeliling bentuk mulut. Ini kata
mereka akan mencantikan topeng hasilan mereka.
6. Melalui tayangan vedio, cara dan langkah ditunjukan agar murid dapat
melihat cara membuat topeng. Projek membuat topeng bermula. Guru
memberikan bimbingan kepada murid.

Diorama.

Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :

1. Memahami konsep diorama dalam penghasilan seni.


2. Melahirkan kreativiti seni diorama berdasarkan imegenasi sendiri.

Bahan-bahan :

Kertas lukisan, kertas tebal (kertas kotak),gunting, lidi sate, gam, warna

Langkah-langkah sembang-sembang.

1. Guru mengajukan soalan tentang siapa yang ada memelihara ikan di rumah.
Murid menyatakan mereka ada memelihara ikan di rumah. Mereka juga
menyatakan dimana dapat kita membeli peralatan akuarium..
2. Guru bertanyakan kepada murid di mana ikan dipelihara. Murid memberikan
respon dengan menyatakan ikan dipelihara di dalam akuarium.

26
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

3. Guru mencungkil pendapat murid tentang benda-benda yang terdapat dalam


akuarium. Murid bercerita terdapat air, batu, motor oksigen, rumput plastik,
ikan kecil seperti ikan emas, ikan kelisa, ikan guppy dan lain-lain.

4. Guru menunjukkan gambar sebuah akuarium melalui tayang LCD. Murid


memberikan respon tentang gambar yang dilihat. Mereka menyatakan apa
yang mereka lihat.

5. Kemudian guru menunjukkan sebuah model diorama sebuah akuarium yang


sudah siap. Murid memerhati model yang ditunjukkan. Guru bertanyakan
apakah yang mereka lihat pada model yang ditunjukkan. Murid menyatakan
bahawa terdapat benda-benda yang terdapat di dalam akuarium sebenar. Jadi,
inilah aktiviti seni yang akan dijalankan hari ini.

6. Guru menyatakan tujuan murid membawa kotak, benang,dawai dan kertas


keras atau kertas manila. Hari ini kita akan membuat sebuah diorama
berkenaan sebuah akuarium mudah. Projek dimulakan dengan bimbingan
guru.

Mobail.

Objektif pengajaran dan pembelajaran diharap murid dapat :

1. Memahami konsep mobail dalam penghasilan seni.

2. Melahirkan kreativiti seni mobail berdasarkan imagenasi sendiri.

Bahan-bahan :

Kulit kerang, benang, dawai, warna

Langkah-langkah sembang-sembang.

27
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Guru menunjukkan benda maujud dan bertanyakan kepada murid samaada


pernah melihat apa yang ditunjukkan oleh guru. Murid menyatakan bahawa
cikgu memegang kulit kerang.
2. Murid bercerita dimana mereka memperolehi kulit kerang. Mereka juga
bercerita tentang habitat kehidupan kerang. Guru menyatakan bahawa kerang
adalah sebahagian habitat alam yg hidup di air masin.

3. Guru menunjukkan video melalui LCD tentang mobail yang telah siap kepada
murid. Guru juga mencungkil pendapat murid dengan mengajukan soalan
samaada mereka pernah melihat benda yang ditayangkan. Murid memberikan
respon bahawa mereka biasa melihat benda ini dijual dan setengahnya
menyatakan bahawa dirumah mereka juga terdapat benda tersebut..

4. Jadi secara tidak langsung murid memahami konsep yang dinamakan mobail.
Guru mula memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
Murid mengeluarkan bahan-bahan yang telah dibawa seperti kulit kerang,
benang, dan dawai kasar.

5. Murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.

Rujukan

http://notaiznie.blogspot.com/2009/08/sejarah-arca.html

http://www.tvone.co.id/berita/view/10299/2009/03/25/arca_peninggalan_sejarah_dite
mukan_di_tulungagung

http://news.okezone.com/index.php/ReadStory/2008/09/10/1/144745/penemuan-arca-
kediri-membawa-petunjuk-sejarah

http://apaituarca.blogspot.com/

http://www.scribd.com/doc/13068300/Pengenalan-Arca

28
HBAE2203: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

http://www.scribd.com/doc/19491107/Arca

http://www.scribd.com/doc/20346594/MENIKMATI-DAN-MENGHAYATI-SENI-
ARCA

http://www.scribd.com/doc/13068327/Arca-2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Origami

http://jalalmpc.tripod.com/hobby.htm

http://valensikautsar.blogspot.com/2008/12/sejarah-panjang-origami.html

http://infopentingnih.wordpress.com/2009/05/29/origami-terumit-dari-sang-master-
origamist/

http://stephanie95.wordpress.com/2008/02/08/origami-seni-melipat-khas-jepang/

http://www.sanggar-origami.com/DATA/KELAS/KULIAH/tip-dan-trik.htm

29

You might also like