You are on page 1of 12

HBML 3303

Open University Mei 2009

Pengaplikasikan pengetahuan psikolinguistik dan semantik dalam konteks


pendidikan dan pengajaran bahasa di sekolah.

1. PENDAHULUAN

Psikolinguistik adalah penggabungan antara dua kata 'psikologi' dan


'linguistik'. Psikolinguistik mempelajari faktor-faktor psikologis dan
neurobiologis yang memungkinkan manusia mendapatkan, menggunakan,
dan memahami bahasa. Kajiannya semula lebih banyak bersifat filosofis,
karena masih sedikitnya pemahaman tentang bagaimana otak manusia
berfungsi. Oleh karena itu psikolinguistik sangat erat kaitannya dengan
psikologi kognitif. Penelitian modern menggunakan biologi, neurologi, ilmu
kognitif, dan teori informasi untuk mempelajari cara otak memproses bahasa.
Psikolinguistik bersifat interdisipliner dan dipelajari oleh ahli dalam berbagai
bidang, seperti psikologi, ilmu kognitif, dan linguistik. Psikolinguistik adalah
perilaku berbahasa yang disebabkan oleh interaksinya dengan cara berpikir
manusia. Ilmu ini meneliti tentang perolehan, produksi dan pemahaman
terhadap bahasa

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal


daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang
penting".Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis".
Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan
manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi
penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

Guru-guru yang mempelbagai strategi pengajaran dapat membantu


pelajarpelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan
berkesan (Oxford & Crookall 1989). di mana hasil kajian mereka tentang
Pengajaran dan Pembelajaran dalam bahasa Perancis mendapati guru-guru
yang menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran boleh membantu para

1
HBML 3303
Open University Mei 2009

pelajarnya memahami bahasa kedua yang dipelajarinya dengan lebih baik.


Oleh itu, guru-guru seharusnya guru perlu mempunyai pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian kajian telah mengikuti pengajaran seorang guru


dalam mengajar Bahasa Melayu Tahun 3. Melalui cara ini dapat dilihat dan
dinilai penggunaan segala macam pendekatan yang akan diaplikasi oleh guru
ini. Setelah melakukan perbincangan, ditetapkan topik dan tajuk pengajaran
Bahasa Melayu telah dibuat. Satu tajuk yang telah diambil dan disesuaikan
dengan panduan sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

A- Pendekatan teori yang digunakan

Dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa pendekatan


teori yang telah digunakan oleh guru ini. Ini nanti akan menantukan
tercapainya objektif pengajaran. Pengalaman dan pengetahuan berasaskan
murid membolehkan guru ini memilih pendekatan teori kognitif. Pendekatan
kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima
diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat
lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan
diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental
dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita
bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Guru menyerapkan
kaedah yang memulakan pengajaran dengan unsur-unsur yang bermakna.

Semasa set induksi, guru ini telah menayangkan vedio-clip tentang


satu tempat peranginan. Murid menonton video-clip dan bercerita tentang
kawasan peranginan yang telah mereka tonton. Cara ini telah menepati
pendekatan teori kognitif menyerapkan kaedah yang memulakan pengajaran
dan pembelajaran dengan unsur-unsur yang bermakna. Ia juga telah
menekankan proses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan
maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Murid yang pernah mengalami
situasi dalam vedio-clip akan mengimbas ingatan mereka. Kesan melihat

2
HBML 3303
Open University Mei 2009

suasana dalam vedio-clip menyebabkan murid boleh bercerita tentang


pengalaman yang pernah dilalui.

Perkembangan pengajaran seterusnya, guru melakukan penerangan


tentang tajuk pembelajaran yang akan diajar. Ini dapat dilakukan melalui cara
menonton vedio-clip dan murid tahu akan tajuk yang akan diajar. Ini
bersesuaian dengan pendekatan teori kognitif yang menyatakan Penyatuan
maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Pengalaman telah
disatukan dengan pemerhatian akan menimbulkan daya ingatan. Ini juga
berlaku dalam perkembangan langkah 2. Guru menayangkan beberapa
gambar tempat peranginan melalui slide powerpoint. Murid akan
menggunakan kaedah mental untuk bercerita tentang gambar yang dilhat.

Guru ini juga telah menggunakan pendekatan teori aliran Behaviorisme.


Pendekatan ini menerangkan bahawa dalam bentuk pendekatan behavioral,
tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Guru telah
bersoal-jawab dengan murid mengenai gambar yang telah ditonton dan
pengalaman murid yang pernah melawat tempat tersebut akan teransang
dengan cara persembahan tersebut. Murid akan bercerita tentang Pulau
Langkawi dan dataran helang yang ditonton. Suasana foto sebenar yang
ditayangkan memberikan murid mampu bercerita tentang perkara yang
pernah mereka lakukan semasa berada ditempat perangian seperti di tepi
pantai atau tempat peranginan di tanah tinggi.

A- Prinsip Pedagogi

Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering


digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengamal linguistik
Amerika, Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan
dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran
supaya sesuai dengan tahap pelajar.

3
HBML 3303
Open University Mei 2009

Menerusi pengajaran yang dilakukan oleh guru ini, beliau telah menggunakan
Pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori pembelajaran
Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang mementingkan
perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran dianggap
berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar contohnya
daripada tidak tahu kepada tahu. Aliran pemikiran Mazhab behavioris
menganggap pembelajaran sebagai perubahan dalam tingkahlaku. Ini dapat dikesan
melalui pembetulan teknik bacaan dengan sebutan yang betul. Murid akan boleh
mengajuk bacaan guru. Ini memberikan perubahan teknik pembacaan mekanis dengan
sebutan dan intonasi yang betul. Pembetulan intonasi yang kepada murid akan
menyebabkan mereka membaca dengan intonasi yang betul.

Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan


motivasi yang sesuai. Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas
pelajar dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan
dalam keadaan yang menyeronokan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons
atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk
menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka. Untuk tujuan itu, guru menyoal
kembali cara pembacaan dengan intonasi yang betul. Disamping itu, beliau juga
memberikan murid berbincang dalam bentuk kumpulan dan melakukan
perbincangan. Seorang wakil daripada kumpulan telah dipilih dan memberikan
jawapan kepada perbincangan. Guru memberikan peneguhan dengan kata pujian
kepada jawapan yang betul.

Berikan peneguhan yang banyak untuk memelihara kesinambungan


tingkahlaku itu. Setelah berbincang, guru telah memberikan beberapa perkataan untuk
dibina ayat mudah. Murid akan membina ayat secara individu. Guru akan
membetulkan kesalahan ayat secara spontan dan memberikan peneguhan yang kerap
agar akan menjadi tingkah-laku.

Prinsip pembelajaran kognitif menerangkan bagaimana pelajar


menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori

4
HBML 3303
Open University Mei 2009

Juga didapati guru telah mengunakan pendekatan kognitif dalam pengajaran


dan pembelajarannya. Teori pembelajaran Kognitivisme yang diperkenalkan
oleh Jean Piaget di mana idea utama pandangan ini adalah mental. Semua
idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental dikenali
sebagai skema yang akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang
diterima difahami oleh manusia.Setelah membaca petikan dan
memahaminya, guru meminta murid menceritakan kembali perkara yang
diceritakan didalam petikan. Bersesuain dengan konsep kognitif secara menerima
dan memproses idea dan diluahkan dalam bentik idea yang baru. Kemudian akan
disimpan dalam bentuk maklumat. Murid juga boleh menerbitkan idea dengan
menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan. Ini berlaku
semasa perkembangan pelajaran langkah 2 dan 3.

Pembelajaran konstruktivisme ini bertitik tolak daripada teori


pembelajaran Behaviorisme yang didokong oleh B.F Skinner yang
mementingkan perubahan tingkahlaku ke atas pelajar. Sesuatu pembelajaran
dianggap berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku kepada pelajar
contohnya daripada tidak tahu kepada tahu. Ini jelas semasa murid membaca
semula petikan dan berjaya menggunakan intonasi yang betul. Disamping itu,
beberapa persoalan dalam menceritakan kembali tempat peranginan yang
pernah dilawati juga bertepatan dengan teori di atas.

Perbincangan dalam kumpulan untuk memberikan makna perkataan


yang telah digariskan jugak mengunakan pendekatan konstruktivisme. Ini
lebih menjuruskan kepada proses perubahan mental. Murid akan
mengunakan idea untuk memberikan makna perkataan yang disoal.
Hubungan mental dan linguistik juga akan menjurus kepada penumpuan
mencari makna dalam bahasa. Hasilnya murid dapat menjawab soalan-
soalan yang diajukan.

5
HBML 3303
Open University Mei 2009

C- Pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa

Pendekatan deduktif mengasaskan pengajaran dan pembelajaran


murid kepada hukum-hukum tertentu. Menggunakan proses penaakulan yang
tinggi. Pembelajaran dimulakan dengan melihat hukum-hukum dan peraturan-
peraturan tertentu,menganalisis dan mengaplikasikannya Unsur-unsur yang
lebih kecil daripada morfem diperkenalkan kemudian selepas dipaparkan
unsur-unsur yang bermakna. Guru mengajar membaca secara kelas dan
mengeja beberapa perkataan yang telah digariskan dalam petikan. Guru
meminta murid menceritakan kembali dengan sebutan , intonasi dan gaya
penyampaian yang betul Berdasarkan teks “ Pulau Langkawi”, guru
mengarahkan setiap kumpulan mengeluarkan sekurang-kurangnya lima isi
penting yang terdapat dalam teks tersebut. Guru meminta semua murid mengisi
borang jawapan dengan jawapan yang telah dipersetujui oleh setiap ahli
kumpulan.

Semasa pengajaran guru telah membuat pendekatan Eklektik iaitu


gabungan beberapa pendekatan. Menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada
beberapa pendekatan.Tujuan pendekatan adalah untuk menghasilkan strategi
pengajaran dan pembelajaran berkesan.Sesuai digunakan bagi kelas-kelas
yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai kebolehan. Ini dapat dilihat dalam
memberikan latihan semasa membina ayat berdasarkan petikan.terdapat
perkataan yang susah dan yang senang. Ini menunjukkan terdapat pelbagai
aras pemahaman.

Pendekatan Komunikatif dapat dikesan dalam pengajaran ini. Konsep


pengajaran ini Berpusatkan bentuk-bentuk komunikatif seperti bercerita,
melapor dan menyampaikan maklumat. Memberikan penekanan kepada
penyerapan bentuk-bentuk gramatikal untuk tujuan berkomunikasi.
Menyerapkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya. Berdasarkan gambar
dan klip vedio yang ditayangkan memberikan murid bercerita tentang tempat
peranginan. Beberapa maklumat telah disalurkan melalui cara menunjukkan
gambar yang sebenarnya dan murid akan merasakan suasana yang
sebenarnya.

6
HBML 3303
Open University Mei 2009

D- Kaedah yang digunakan untuk memulakan pengajaran


dan bagi tujuan mencapai objektif pelajaran.

Kaedah merujuk kepada ikhtiar keseluruhan yang terbentuk dalam satu


set prosedur tersusun dengan berlandaskan suatu pendekatan yang dipilih.
Anthony juga membuat rujukan bahawa teknik ialah satu strategi yang
digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum.

Dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan,


terdapat beberapa kaedah yang telah diaplikasikan. Antaranya ialah kaedah
terus. Kaedah ini digunakan berlandaskan empat asas, iaitu perhubungan
langsung antara perkataan dan benda, mengaitkan pengalaman,
menimbulkan perasaan ingin tahu anak-anak dengan berpandukan lunas-
lunas berbahasa. Ini dapat dilihat dalam perkembangan pebelajaran selepas
sesi set induksi dengan menayangkan gambar-gambar tentang beberapa
tempat peranginan. Murid akan bercerita tentang tempat yang pernah mereka
lawati. Ini dirasakan berjaya untuk mencapai objektif yang telah dirancang.

Kaedah Situasional namapknya telah diserapkan dalam pengajaran.


Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. Bahasa sasaran
ialah bahasa bilik darjah. Aspek bahasa dilatih mengikut situasi.Mematuhi
perbendaharaan kata. Bahasa dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaja
asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai pelajar dengan sepenuhnya. Ini
dapat dilihat melalui cara penceritaan guru bersama murid untuk
menimbulkan minat murid kepada tajuk dalam bahagian set induksi.

Pendekatan kaedah Audiolingual juga digunakan. Ia menerangkan


bahawa bahasa sebagai satu sistem ke arah pembinaan frasa, klausa dan
ayat. Semasa pengajaran guru memberikan contoh-contoh ayat berdasarkan
perkataan yang telah digariskan. Murid akan membina ayat dengan panduan
frasa dan klausa yang betul. Ini memberikan murid memahami konsep dalam
pembentukan ayat.

7
HBML 3303
Open University Mei 2009

E- Strategi bahasa dan strategi teknik untuk mencapai objektif.

Strategi dan teknik ialah perkara yang digunakan oleh guru untuk
mencapai objektif pelajaran yang optimum. Guru mengunakan beberapa
stretegi teknik untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik
yang jelas dapat dilihat ialah teknik bercerita. Melalui teknik ini pelajar lebih
pantas menumpukan perhatian, di samping menjadikan pembelajaran
menyeronokkan. Melihat kepada set induksi yang dijalankan melalui tayangan
vedio-clip dan diikut dengan murid bercerita tentang pengalaman yang dilalui
bersesuaian dengan vedio-clip yang ditonton. Adalah dirasakan bahawa
teknik ini benar-benar berjaya menghidupkan suasana pengajaran dan boleh
mencapai objektif pembelajaran.

Selanjutnya, stretegi teknik yang dilakukan ialah teknik berbincang.


Teknik berbincang ini menyatakan bahawa pelajar dapat
memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial dengan baik.
Mengutamakan pendapat-pendapat dan bekerjasama. Perkara ini jelas dilihat
digunakan dengan baik oleh guru ini. Semasa perkembangan pembelajaran
pada langkah 2, guru telah membentuk murid dalam kumpulan kecil untuk
berbincang. Guru membimbing kumpulan dengan memberikan beberapa
arahan dan panduan. Ini dirasakan dapat meransang percambahan idea
murid setelah berbincang dalam kumpulan masing-masing. Murid dapat
memberikan makna perkataan setelah berbincang dalam kumpulan.

Guru ini juga mengunakan teknik sumbang saran. Semua pelajar


melibatkan diri secara berkomitmen. Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan
pemikiran dan semua idea diterima. Pendapat diperkembang. Wujud
pemikiran kritis. Murid yang dibahagikan kepada kumpulan akan berbincang
mengenai petikan yang telah dibaca. Semua ahli akan menyumbangkan idea
dalam mencari makna perkataan dalam petikan. Nampaknya ia cukup
bersesuaian dengan teknik pengajar guru ini.

8
HBML 3303
Open University Mei 2009

Pengaplikasian teknik yang selanjutnya ialah teknik latih tubi. Teknik ini
memang perlu dilakukan pada setiap sesi pengajaran untuk mengetahui
sejuahmana penguasaan murid dalam memahami topik yang telah diajar.
Teknik latih tubi memikirkan bahan yang dipelajari. Mengulang bahan yang
dipelajari. Mengucapkan bahan di depan guru. Mengingatkan bahan yang
dipelajari. Perkara ini jelas dijalankan oleh guru ini pada langkah penutup. Ini
untuk memastikan bahawa setiap pengajaran yang dilakukan dapat diterima
oleh semua murid. Seterusnya ia mampu menilai keberkesanan objektif yang
telah dirancang.

F- Proses Pelajaran

Menurut Robert M. Gagne’, dalam meninjau proses belajar, perhatian


khusus diberikan pada syarat-syarat yang harus dipenuhi belajar.
Pembahasan mengenai syarat-syarat intern dan ekstern, ternyata mempunyai
kegunaan praktis suatu proses belajar dengan jenis belajar tertentu.
Diawali dari anak kecil yang mulai mengetahui nama untuk konsep-kosep
konkrit yang sederhana. Misal “di atas”, “dibawah”, “di sekolah”. Orang tua
membantu dengan menyebutkan nama-nama benda konkrit itu. Di Sekolah
rendah murid mempelajari lebih banyak nama untuk berbagai ilmu dalam
lingkungan hidupnya. Oleh itu terdapat proses pelajaran yang penting telah
dilakukan oleh guru ini. Merujuk kepada maka di atas bahawa guru telah
mengajar makna petikan dan perkataan. Proses ini memerlukan pemahaman
oleh murid.

Kita masih ingat bahwa “belajar” pernah dipandang sebagai proses


penambahan pengetahuan. Bahkan pandangan ini mungkin hingga sekarang
masih berlaku bagi sebahagian orang di negeri ini. Akibatnya, “mengajar” pun
dipandang sebagai proses penyampaian pengetahuan atau keterampilan dari
seorang guru kepada muridnya. Untuk dapat disebut belajar, maka

perubahan itu harus relatif mantap; harus merupakan akhir daripada suatu
periode waktu yang cukup panjang. Berapa peredaran waktu itu berlangsung

9
HBML 3303
Open University Mei 2009

ditentukan dengan pasti, tetapi perubahan itu hendaknya merupakan akhir


dari suatu bahagian yang mungkin berlangsung berhari-hari, berbulan-bulan
ataupun bertahun-tahun. Ini berarti kita harus mengenyampingkan
perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh motivasi, kelelahan,
adaptasi, ketajaman perhatian atau kepekaan seseorang, yang biasanya
hanya berlangsung sementara. Menepati persoalan di atas, proses pelajaran
yang dilaksanakan oleh guru ini memang mengikut kesesuaian tahap murid.
Perancangan yang dilakukan juga membolehkan murid belajar dan guru
mampu mengajar.

G- Kesimpulan.

Kajian yang saya lakukan ini telah memberikan pengetahuan kepada saya
tentang pentingnya seseorang guru memikirkan pendekatan, kaedah dan
teknik yang sesuai sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. Perancangan
yang baik sebelum mengajar akan memberikan impak yang penting kepada
kejayaan pembelajaran dalam sesuatu sesi. Konsep gabungan jasmani,
emosi dan rohani akan memberikan bayangan kepada sesuatu pengajaran
dan pembelajaran.

Pada keseluruhan pengajaran ini dianggap berjaya dan berkesan.


Perbincangan dan pengalaman yang digabungkan menjadi satu ramuan yang
memberikan impak semaksima dalam membuat persediaan mengajar.
Pengetahuan sedia tentang murid juga berperanan dalam menjangkan
sesuatu perancangan untuk menyediakan bahan untuk mengajar. Untuk itu,
kita dapat rumuskan bahawa persediaan amat penting dalam melunaskan
cara menyampaikan pengajaran.

BIBILIOGRAFI

10
HBML 3303
Open University Mei 2009

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam


pengajaran bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. KPM. Kuala
Lumpur.
Abu Talib Abdullah. 1998. Gaya dan Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu di
Kalangan Pelajar , Selangor.

Mohd Daud Hamzah. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan.


Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu
Proses. Terbitan Kumpulan Budiman Bhd.Kuala Lumpur.
Rashidi Azizan dan Adbul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik
Darjah Kaedah dan Strategi. Masa Enterprise. Kajang. Selangor.
Sharifah Alwiah Alsagor. (1994). Teknologi Pengajaran. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.
Universiti terbuka Malaysia. (2007). HBEF 2103 Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/06/proses-belajar-informasi-
verbal.html

http://my.opera.com/khairul11/blog/2009/03/12/peningkatan-proses-belajar-
mengajar

http://de.wikipedia.org/wiki/Semantik

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Teori_pendidikan

http://www.geocities.com/siti_ros/kognitif.htm

http://www.google.com/search?
hl=en&rlz=1D1GGLD_enMY321&q=teori+behaviour&aq=f&oq=&aqi=g%3As1

http://aditun.tripod.com/ppbk.html

Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan

11
HBML 3303
Open University Mei 2009

Bahasa dan Pustaka.

email..goamigo24@yahoo.com

12

You might also like