You are on page 1of 17

Dasar Ekonomi Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu(1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad
ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit
Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)

Portal Malaysia

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu


program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB
adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah
digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
 mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan
meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan
untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia
untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat
mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.
Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan
akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai
keyakinan diri.[1]

Isi kandungan
 [sorokkan]

 1 Latar belakang
 2 Dasar Pecah dan
Perintah
 3 Dasar Ekonomi Baru
 4 Isu Penolakan
 5 Lihat juga
 6 Nota kaki
 7 Rujukan
 8 Pautan luar

[sunting]Latar belakang
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan
perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk
pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara
penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama
iaitu bangsaMelayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu
kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja
sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan
kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-
ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan
perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom
jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan
manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak
negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu
masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan diTanah
Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar.
Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang
perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di
kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul
kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka
telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi
masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak
kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk
menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun
mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan
kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun
menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang
kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya)
telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan
keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis
Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan
keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep
"Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut
mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan
oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu.
Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa
berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-
benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang
sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik
sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.
Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana
Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara.
berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem
kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-
Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan
Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa
pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh
Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan
MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk
membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati
satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat
majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi
atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai
bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati
penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu
Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara
yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima
prinsip utama iaitu:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara
sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan
kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk
melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat
Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di
bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969
yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

[sunting]Dasar Pecah dan Perintah


Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering
dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah
Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan
menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan
terhadap penjajahan.
2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta
mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan
makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk
pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan
aktiviti pertanian.
Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk
mencapai matlamat integrasi nasional
1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang
menganggur.
2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan
antara kawasan (bandar dan luar bandar).
3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Kesan Dasar Pecah dan Perintah
1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk
mengerjakan sektor pertanian tradisional.
2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.
3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka
tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah
melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap
kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

[sunting]Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan
oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.
Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk
menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara
ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan
kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.
Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah
berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih
banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati
juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing
dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan
ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang
yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun
1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

 penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
 pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,
strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar
dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa
kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di
bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah
RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan,
kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan
kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program
bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan
kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir
pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai.
Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar
kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada
tahun 1970.
Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan
telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama,
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah
melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan,
pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi
menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi
telah dirancang, antaranya:

 Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna


tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan
mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum
menjelang tahun 1990;
 Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya
mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
 Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum
Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum
lain;
 Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di
luar bandar.
Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan
Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan
kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

[sunting]Isu Penolakan
Pada 13 Mac 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik (ahli
DAP), Lim Guan Eng dikhabarkan menolak DEB dan DPN. Bagaimanapun
beliau menafikan perkara itu melalui siaran TV3. Antara langkah yang
dianggap bercanggah dengan DEB/DPN ialah 'tender terbuka'.

[sunting]Lihat juga
 DAP dan Dasar Ekonomi Baru
 Youtube.com: 101 East - Affirmative action in Malaysia -20 Mar 08
-Part 1
 Youtube.com: 101 East - Affirmative action in Malaysia -20 Mar 08-
Part 2
 Ekonomi Malaysia
[sunting]Nota kaki
1. Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan
Malaysia. Universiti Putra Malaysia. DASAR EKONOMI BARU (DEB)
(1970–1990)137
2. Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications &
Distributors.
3. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan
1982. INTAN.
4. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan
1991. International Law Book Services.
[sunting]Rujukan

1. ↑ "Unsur DEB dihapus beransur", Utusan Online, 24 Oktober 2008.

[sunting]Pautan luar
 (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Dasar Ekonomi Baru

Kategori: Ekonomi Malaysia

DASAR-DASAR NEGARA
 Dasar Sosial Negara
 Dasar Warga Tua Kebangsaan
 Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
 Dasar Wanita Negara
 Dasar Orang Kurang Upaya
 Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara
 Dasar Kanak-Kanak
 Antartika
 Bersih, Cekap dan Amanah
 Dasar Ekonomi Baru
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk
 Dasar Pandang Ke Timur
 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
 Dasar Pendidikan Kebangsaan
 Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
 Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
 Dasar Perindustrian Berat Di Malaysia
 Dasar Perindustrian Negara
 Dasar Sains dan Teknologi Negara
 Dasar Urbanisasi Negara
 Dasar Wanita Negara
 Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Dalam
Perkhidmatan Awam
 Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
 Konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN) Di Asia Tenggara
 Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
 Penswastaan
 Perspektif Wawasan 2020
 Persyarikatan Malaysia
 Pelan Induk Perindustrian
 Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia
 Sogoshosha Malaysia
 Third National Agricultural Policy ( 1998 - 2010 )
 Dasar Sosial Negara
 The National Telecommunication Policy ( 1994 - 2020 )
DASAR EKONOMI BARU
Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan
masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan
kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam
sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan


bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi.
Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar
bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan


Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan
kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan
kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. 

Rasional
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di
kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah
saperti berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )


Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00

Pemilikan Jumlah Pemilikan %


( RM Juta )
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah 279.6 4.3
a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6
b) Agensi Amanah 110.9 1.7
2. Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
3. Warganegara Asing 4051.3 61.7
Jumlah : 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah
seperti berikut: 

Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain


1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam
42.6 45.5 10.7 1.2

Objektif
Menyedari  kedudukan  ketidakseimbangan  sosial ekonomi  itu ,    kerajaan  telah  
mengusahakan   supaya   satu  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara
yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar  Ekonomi  Baru.  Matlamat 
utama dasar ini diperkenalkan ialah   bagi   mewujudkan   perpaduan   negara   dengan
mengurangkan  perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya.

Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang


pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan


pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.
Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat
perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan
paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.
Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan
telah dirangka supaya:

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya
kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat


Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi
Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan
Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar
negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah
disusun :

i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat
sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya
pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal
dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan
kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan
menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah
Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru
seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang
kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan
bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan
perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

SEJAK 14 NOVEMBER, 2008 


 PENAFIAN
 DASAR PRIVASI
 DASAR KESELAMATAN

ASAR EKONOMI BARU

LATAR BELAKANG

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan


masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah
menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan
perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan


pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum
mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara
kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan.


Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk
menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini
telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa
penjajahan masih berterusan.

RASIONAL

Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga
miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar
kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan Purata


Keluarga Sebulan (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan
sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:

Pemilikan Jumlah Pemilikan (RM %


juta)
Bumiputera Perseorangan dan 279.6 4.3
agensi amanah
(a) Bumiputera 168.7 2.6
Perseorangan
110.9 1.7
(b) Agensi Amanah
Bukan Bumiputera 2,232.2 34.0
Warganegara Asing 4,051.3 61.7
JUMLAH 6,564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum
adalah seperti berikut:

Sektor Melayu Cina India Lain-lain


1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan / Perdagangan,
Pentadbiran Awam, Pelajaran, 42.6 45.5 10.7 1.2
Pertahanan dan Kemudahan Awam
Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya
peristiwa 13 mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah
memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970
melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan
sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah
dan di antara kawasan di wilayah yang sama.

OBJEKTIF

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah


mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara
yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat
utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan
mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. 

STRATEGI PELAKSANAAN

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan


dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan


peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan 

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan
rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini
boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum
dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada
aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial
ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan


bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
Memodenkan kehidupan di luarbandar.

Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di


Malaysia.

Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham /
ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di
mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri
dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut
telah disusun :

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui


proses memodenkan kawasan luarbandar.

Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang
terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan
ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh
mencerminkan bilangan kaum.

Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan


orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA,
Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan


wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Penutup 

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui


prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks
keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar
kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk
mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih
dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga
dan pemikiran rakyat dari sektor 

You might also like