You are on page 1of 10

Topik Penanda

Wacana
4
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep tatabahasa dalam KBSR dan KBSM;
2. Menjelaskan maksud perkataan;
3. Membincangkan maksud ayat;
4. Menyatakan jenis-jenis perkataan dan ayat;
5. Membincangkan sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM; dan
6. Menjelaskan huraian sukatan pelajaran tatabahasa KBSR dan KBSM.

PENGENALAN
Topik ini menerang dan membincangkan penanda wacana dan konsepnya.
Perkara lain yang turut dibicarakan adalah tentang penanda wacana dalam
tatabahasa yang melibatkan keterangan jenis-jenisnya. Di samping itu, fungsi-
fungsi penanda wacana turut diketengahkan.

Terdapat beberapa rasional tentang penggunaan penanda wacana. Rasional-


rasionalnya adalah seperti berikut:
(a) Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan
kesinambungan idea yang dikemukakan.
(b) Pelajar tersilap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertautan isi
dalam penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan seterusnya
mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur.
TOPIK 4 PENANDA WACANA ! 69

4.1 KONSEP PENANDA WACANA

Penanda Wacana

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi


menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis
ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai
penanda wacana yang tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap (Harimurti
Kridalaksana, 1982). Contoh penanda wacana seperti berikut:

(a) Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula,


selanjutnya, seterusnya, di samping itu
(b) Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
(c) Pernyataan Semula : iaitu, dengan kata lain, seperti yang
diterangkan
(d) Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam,
umpama, bagai, bak kata, sebagai
(e) Rumusan : kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul
kata
(f) Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan,
bertentangan dengan
(g) Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas,
pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun,
akhirnya
(h) Sebab dan Kesan : oleh itu, sebab itu, justeru, fasal, lantaran, jadi,
dengan itu
(i) Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan,
sama juga dengan
(j) Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
bagaimanapun, namun begitu, bertentangan
dengan
(k) Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya,
tentulah, pastilah, sememangnya
70 TOPIK 4 PENANDA WACANA

4.2 PENANDA WACANA DALAM


TATABAHASA BAHASA MELAYU

4.2.1 Jenis-jenis Penanda Wacana dalam Bahasa


Melayu
(a) Tiga Jenis Penanda Wacana
(i) Menunjukkan pertautan dari segi kronologi.
(ii) Memperjitu organisasi penulisan.
(iii) Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.

(b) Menunjukkan pertautan dari segi kronologi


(i) Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum,
pada zaman dahulu, pada hari esoknya dan sebagainya.
(ii) Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh di atas.

(c) Memperjitu organisasi penulisan


(i) Berfungsi untuk menghubungkan bahagian wacana dengan bahagian
wacana yang lain.
(ii) Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat / didedahkan kepada
bahagian tertentu.
TOPIK 4 PENANDA WACANA ! 71

Contoh:

sebagai kesimpulan
untuk merumuskan
contohnya
tegasnya
dapat dinyatakan bahawa pertama
akhir sekali
dengan kata lain
dalam hal ini
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi

Nota: Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkan bagi anda meletakkan tanda
koma selepas setiap frasa (rujuk Rajah 4.1).

Rajah 4.1: Tanda koma berfungsi sebagai jeda


Sumber: www.sochurch.org/newabout.html

(d) Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain
Leman Ahmad (1984) membahagikan jenis penanda wacana kepada tiga
bahagian, iaitu:
(i) Menambah atau memperluas idea
72 TOPIK 4 PENANDA WACANA

Contoh:

dan
selanjutnya
di samping itu
selain itu
lebih-lebih lagi
tambahan pula
begitu juga
seterusnya
satu lagi
dan sebagainya

(ii) Menunjukkan pertentangan idea

Contoh:

tetapi
sebaliknya
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya
dan sebagainya
TOPIK 4 PENANDA WACANA ! 73

(iii) Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat dan tujuan-syarat

Contoh:

jadi
oleh sebab itu
disebabkan
oleh yang demikian
untuk tujuan itu
maka (kata pangkal ayat)
berikutan itu
dengan demikian
kecuali
dengan syarat

tetapi Sekiranya tetapi terletak pada permulaan ayat,


penggunaannya mestilah diikuti dengan tanda koma.
Contoh: „Tetapi, buku itu bukan buku saya.‰
sebaliknya Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma sebelum
perkataan 'sebaliknya'.
Contoh: „Buku itu bukan buku saya, sebaliknya ia adalah buku
Ariff.‰
pangkal ayat Antara contoh-contoh pangkal ayat seperti berikut:
hatta, arakian, sebermula dan alkisah.

AKTIVITI 4.1

1. Huraikan konsep penanda wacana.


2. Jelaskan jenis-jenis penanda wacana.
74 TOPIK 4 PENANDA WACANA

4.3 FUNGSI-FUNGSI PENANDA WACANA

4.3.1 Fungsi Penanda Wacana


Terdapat empat fungsi penanda wacana. Fungsi-fungsi tersebut diterangkan di
dalam subtopik seterusnya.

4.3.2 Empat Fungsi Utama Penanda Wacana


Fungsi menunjukkan maksud:
! Tambahan;
! Sebaliknya;
! Sebab; dan
! Ketika.

(a) Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Tambahan


Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:
(i) Ini bererti;
(ii) Sejajar dengan ini;
(iii) Pendek kata;
(iv) Justeru; dan
(v) Sebagai tambahan.

(b) Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Sebaliknya


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:
(i) Sungguhpun;
(ii) Berbanding dengan;
(iii) Dalam masa yang sama;
(iv) Sebaliknya; dan
(v) Walau bagaimana sekalipun.

(c) Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab


Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah:
(i) Berdasarkan;
(ii) Berpegang pada;
TOPIK 4 PENANDA WACANA ! 75

(iii) Sekiranya begitu;


(iv) Akibatnya; dan
(v) Kesudahannya.

(d) Penanda Wacana yang Menunjukkan Maksud Ketika


Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:
(i) Merujuk;
(ii) Berbalik kepada;
(iii) Akhirnya;
(iv) Sementara itu; dan
(v) Sejenak kemudian.

Keterangan:
! Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum
ini dengan idea yang berikutnya.
Contoh: „Oleh itu, haruslah kamu berdua bekerjasama dalam
menyelesaikan tugasan ini.‰
! Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk
melanjutkan idea.
Contoh: „Dengan itu, tamatlah upacara kita pada pagi ini.‰
! Dengan demikian ialah penanda wacana yang melanjutkan idea.
Contoh: Dengan demikian, karikatur politik menjadi lebih pedas, kasar,
keterlaluan dan langsung terkena batang hidung tokoh berkenaan
selepas krisis politik tahun 1998.
! Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan
kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.
Contoh: „Akhirnya, dapat juga aku petik bunga harum mekar malam
ini.‰
! Penanda wacana yang terakhir ialah Sebagai kesimpulannya yang
merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan
menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang
dibincangkan dalam tajuk.
Contoh: Sebagai kesimpulannya, sehingga kini, belum ada iklan yang
boleh dikatakan berjaya menyampaikan mesej yang cuba mengangkat
bahasa Melayu dan mempertahankan kedaulatannya dengan tepat.
76 TOPIK 4 PENANDA WACANA

! Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea


keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini
pula diikuti dengan huraian lanjutan.
Contoh: Jelaslah, pada era siber ini, bahasa kebangsaan dan bahasa
ibunda dunia yang lain terdedah dengan pelbagai ancaman dan
cabaran.
! Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea
atau gagasan antara frasa Êkelihatan orang di negara maju seronokÊ
dengan Êkeseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan
jiwaÊ.
Contoh: Sugguhpun begitu, hal ini tidak bermakna satu-satu bahasa
tersebut adalah lebih kaya atau lebih miskin daripada bahasa yang lain
dari segi dalamannya.
! Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan
yang kedua.
Contoh: Maka itu, karikatur penghinaanm khususnya yang melibatkan
soal akidah dan kepercayaan, penerbitannya tidak patut dibenarkan
sama sekali.

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Mengapakan penanda wacana penting dalam penulisan?


2. Tunjukkan tiga contoh perenggan pendek yang terdapat
kepelbagaian penanda wacana.
3. Bincangkan fungsi-fungsi penanda wacana.

! Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan


kesinambungan idea yang dikemukakan.
! Pelajar yang tersilap memilih penanda wacana akan mengakibatkan hilang
pertautan isi dalam penulisan. Keadaan ini melemahkan pengolahan dan
seterusnya mengakibatkan penyampaian penulisan menjadi kabur.
! Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang
berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang
semasa menulis ataupun berucap.
TOPIK 4 PENANDA WACANA ! 77

! Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana


yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
! Tiga jenis penanda wacana adalah:
(a) Menunjukkan pertautan dari segi kronologi;
(b) Memperjitu organisasi penulisan; dan
(c) Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea yang lain.

! Antara fungsi penanda wacana adalah:


(a) Untuk menunjukkan maksud tambahan;
(b) Untuk menunjukkan maksud sebaliknya;
(c) Untuk menunjukkan sebab; dan
(d) Untuk menunjukkan maksud ketika.

Bandingan Pertautan
Contoh Pertentangan
Idea Rumusan
Kronologi Sebab dan Kesan
Organisasi Tambahan
Penanda Wacana Tempat
Pengesahan Urutan
Pernyataan Semula Waktu

Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.


Leman Ahmad. (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

You might also like