You are on page 1of 13

Topik Wacana

Deskriptif dan
8 Wacana Lain

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep wacana deskriptif;
2. Menjelaskan maksud deskriptif secara menyeluruh;
3. Membincangkan beberapa maksud wacana lain;
4. Menilai penggunaan wacana deskriptif dalam penulisan; dan
5. Membincangkan kepentingan wacana-wacana lain dalam penulisan.

PENGENALAN
Topik 8 ini akan mengupas konsep-konsep wacana deskriptif. Selain itu, topik ini
turut menyatakan pelbagai maksud dan definisi deskriptif wacana lain. Akhir
sekali, topik ini akan membincangkan penggunaan deskriptif dan kepentingan
wacana-wacana lain dalam penulisan.

8.1 WACANA DESKRIPTIF

Subtopik ini menerangkan pengertian wacana deskriptif.


124 TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

8.1.1 Pengertian Wacana Deskriptif


Terdapat pelbagai definisi wacana deskriptif. Di dalam pengertian linguistik,
wacana deskriptif adalah kesatuan makna (semantis) antara bahagian dalam
sesuatu binaan bahasa. Oleh sebab itu, wacana deskriptif berfungsi sebagai
kesatuan makna dan dilihat sebagai pembina bahasa yang utuh. Hal ini
demikian kerana setiap bahagian dalam wacana tersebut adalah saling
berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina atas hubungan makna
antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat dengan konteks. Konteks
dapat membezakannya dengan wacana lain yang digunakan dalam pemakaian
bahasa bagi komunikasi dan bukan komunikasi. Menurut Ann (1995) wacana
deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai interaksi antara
penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal, iaitu bentuknya
ditentukan oleh tujuan sosial. Sedangkan Dk. Zunainah Pg. Aliuddin (2002)
mengemukakan pendapat bahawa wacana deskriptif adalah komunikasi lisan
dan tulisan yang dilihat daripada penghayatan, nilai dan kategori dalamannya.
Beliau juga melihat wacana deskriptif sebagai bidang daripada semua
pernyataan. Kadangkala juga wacana tersebut dikenali sebagai kelompok
pernyataan atau praktik kebiasaan yang dilihat daripada sejumlah pernyataan.
Pendapat yang lebih jelas lagi dikemukakan oleh Harun Aminurrashid (2001)
yang memaparkan:

Wacana deskriptif sebagai rentetan kalimat yang berkaitan


serta menghubungkan satu proposisi dengan satu proposisi
lain atau membentuk satu kesatuan, sehingga wujud makna
yang serasi antara kalimat-kalimat itu. Selanjutnya dijelaskan
pula bahawa wacana deskriptif merupakan kesatuan bahasa
yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar atas kalimat atau
klausa dengan koheren dan kohesi yang tinggi yang
berkesinambungan serta mampu mempunyai permulaan dan
kesimpulan jelas yang disampaikan secara lisan dan bertulis.

Harimurti Kridalaksana (1982) memberikan penjelasan lebih sederhana tentang


wacana deskriptif, iaitu cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka kepada
awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar luas.
Harimurti merujuk kepada pendapat Ann (1995) yang memberikan ulasannya,
iaitu wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual,
konteks penggunaan dan kaedah penjelasan.

Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan, iaitu


semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan mempunyai kesan dalam
dunia nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan
sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori teoritikal
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN ! 125

konseptual tertentu. Dari segi kaedah penjelasannya, wacana deskriptif


merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah pernyataan.

Daripada huraian di atas, jelaslah bahawa wacana deskriptif merupakan suatu


pernyataan atau rangkaian pernyataan, sama ada dinyatakan secara lisan
mahupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasa dan
terikat kepada konteks. Oleh yang demikian, apapun bentuk pernyataan yang
disalurkan melalui kepelbagaian media, makna konteks dikatakan sebagai
sebuah wacana deskriptif.

AKTIVITI 8.1

Bincangkan pengertian wacana deskriptif.

8.2 WACANA-WACANA LAIN


Sekarang, mari kita lihat pula wacana-wacana lain dan pengertiannya.

8.2.1 Wacana-wacana Lain dan Pengertiannya


Leman Ahmad (1984) mengklasifikasikan wacana lain berdasarkan fungsi bahasa
seperti dijelaskan berikut:
Wacana ekspresif wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulis
sebagai saranan ekspresi, seperti pidato.
Wacana fatis wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan
komunikasi.
Wacana informasi wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi,
seperti berita dalam media massa.
Wacana estetik wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan
keindahan, seperti puisi dan lagu.
Wacana direktif wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripada
mitra penutur atau pembaca, seperti khutbah.

Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan kerana ianya


adalah wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri tertentu, iaitu
adanya penutur dan mitra penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran
pertuturan yang bermula daripada giliran bicara. Sedangkan wacana tulisan
126 TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

dicirikan menerusi kewujudan penulis dan pembaca, bahasa yang ditulis dan
penerapan sistem ejaan.

Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu yang
terdiri daripada wacana naratif, ekspositoris, hortatoris dan prosedural.

Contoh Wacana Informasi Berdasarkan Pernyataan

(a) Nikmat Buah Naga


Warga keturunan Tionghoa beranggapan bahawa buah naga membawa
berkat. Tidak menghairankan jika buah naga diletakkan di antara dua ekor
patung naga hijau, selain keletakannya di atas meja altar.

Buah naga yang sudah matang warnanya adalah merah menyala. Di


Vietnam, thang loy (buah naga) atau dragon fruit memiliki khasiat untuk
kesihatan.

Dalam beberapa pameran buah-buahan, buah naga dipromosikan sebagai


penyeimbang kadar gula dalam darah, pencegah kolesterol tinggi dan
barah usus.

Tanaman ini dapat menurunkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes
yang bergantung pada insulin. Selain itu, buah naga menurunkan kadar
lemak dan kolesterol darah.

Buah naga adalah pucuk tunas cabang kaktus prickly pear, opuntia ficus-
indica yang masih pipih seperti daun. Setelah dibuang duri dan tunas
daunnya, pucuk pokok buah naga boleh dimasak, termasuk dijadikan
salad.

Walaupun nilai gizinya sama dengan jenis-jenis sayuran lain, seperti daun
selada (90% air, 3-7% karbohidrat dan 13% mineral, terutama kalsium),
buah naga merupakan sumber beta karoten (18-30mg tiap 100g bobot
sayuran) dan vitamin C (10-18mg tiap 100g bobot sayur). Kandungan inilah
yang membantu penjagaan kesihatan orang Indian Amerika Selatan dan
Mexico.

(b) Khasiat Buah Naga


(i) Mujarab menurunkan kolesterol dan kadar lemak;
(ii) Untuk penyeimbang kadar gula dalam darah, pencegah barah seperti
barah usus dan pelindung kesihatan mulut;
(iii) Pencegah pendarahan dan ubat keluhan keputihan;
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN ! 127

(iv) Menguatkan fungsi ginjal dan tulang, menguatkan daya kerja otak
dan meningkatkan ketajaman mata;
(v) Mengubati sembelit, hipertensi dan bertindak sebagai bahan kosmetik
seperti memperhalus kulit wajah; dan
(vi) Meningkat daya tahan.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Bincangkan pengertian beberapa wacana lain.


2. Mengapakah wacana deskriptif penting dalam penulisan?

8.3 APLIKASI DALAM PENGAJARAN


PENULISAN
Sekarang, mari kita lihat aplikasi dalam pengajaran penulisan.

8.3.1 Wacana Deskriptif dan Wacana-wacana Lain


dalam Pengajaran Penulisan Sekolah Rendah
dan Menengah
Setiap wacana memiliki tema atau sebab. Tema merupakan hal yang diceritakan
sepanjang isi wacana. Tema menjadi acuan atau ruang lingkup supaya isi
wacana menjadi teratur, terarah dan tidak menyimpang. Sebelum menulis
wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu barulah
tujuan. Tujuan adalah berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema
wacana akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung
pada tujuan dan keinginan si penulis. Setelah menetapkan tujuan, penulis akan
membuat kerangka penulisan berdasarkan topik-topik yang merupakan
penghayatan daripada tema. Topik-topik disusun secara sistematik. Ini adalah
supaya penulisan mempunyai arah dengan memperlihatkan pembahagian
unsur-unsur yang berkaitan dengan tema. Dengan itu, penulis dapat
mengadakan berbagai-bagai perubahan susunan yang menuju kepada pola
sempurna. Penyediaan kerangka penulisan sangat dianjurkan sebelum
penulisan, terutamanya bagi permulaan.
128 TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

Kerangka wacana penulisan bermanfaat sebagai:


(i) Pedoman supaya penulisan dapat teratur dan terarah.
(ii) Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok / topik.
(iii) Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang menyimpang
daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama.
(iv) Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan untuk
membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.

Kaedah penyusunan kerangka wacana penulisan supaya efektif adalah seperti


berikut:
(i) Menentukan tema / topik penulisan.
(ii) Menghayati tema dalam topik-topik / subtema.
(iii) Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.
(iv) Mengintegrasikan beberapa subtopik.
(v) Menyelaraskan topik dan subsubtopik.
(vi) Menentukan pola pengembangan bagi penulisan.

Kerangka wacana penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti
berikut:
(i) Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam bentuk
(ii) kalimat-kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok bagi penulisan.
(iii) Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk
frasa dan klausa sehingga kelihatan lebih praktikal.

Contoh kerangka kalimat:


Membuka rangkaian kafe siber di tengah-tengah perkembangan teknologi
informasi.
Penggunaan internet menjadi kegilaan remaja dan anak sekolah.

Contoh kerangka topik:


Jalur utara.
Jalur selatan.
Kesesakan lalu lintas dan usaha pencegahannya.
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN ! 129

Berdasarkan bentuk atau jenisnya, wacana dibezakan menjadi narasi dan


eksposisi:

(a) Narasi
Narasi adalah cerita yang berdasarkan kepada urutan suatu kejadian atau
peristiwa. Narasi berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang),
riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman.
Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris. Narasi boleh juga
berupa cerita khayal/fiksi atau rekaan seperti yang biasanya terdapat
dalam cerita novel atau cerpen. Narasi ini disebut dengan narasi imajinatif.

Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:


(i) Kejadian
(ii) Tokoh
(iii) Konflik
(iv) Alur / plot
(v) Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana

Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya


huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang
menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya,
atau setahun kemudian kerap digunakan.

Tahap penulisan narasi adalah seperti berikut:


Penentuan tema cerita;
Penentuan tujuan;
Pengklasifikasian topik atau gagasan pokok;
Penyusunan gagasan pokok supaya menjadi kerangka penulisan secara
kronologis atau urutan waktu; dan
Pengembangan kerangka penulisan.

Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola


urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang
didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu
sering digunakan dalam cerpen, novel cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah
dan sebagainya.
130 TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

Contoh:
perjalanan menuju ke kota
tiba ke destinasi

(b) Eksposisi

Contoh:

Kejadian yang menggelikan hati, sekali gus menegangkan situasi pada


pertengahan bulan Julai 2008 adalah pada ketika saya baru masuk bekerja
di sebuah klinik yang terletak di daerah Sitiawan, Perak sehingga memakan
masa lebih kurang 45 minit untuk bertolak dari rumah.
AKTIVITI 8.2
AKTIVITI 8.2

Berikan ulasan tentang empat wacana lain.

Langkah dalam tahap penulisan eksposisi:


(i) Menentukan objek pengamatan.
(ii) Menentukan tujuan dan pola eksposisi.
(iii) Mengumpulkan data atau bahan.
(iv) Menyusun kerangka penulisan.
(v) Mengembangkan kerangka penulisan.

Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan


penyampaian adalah seperti berikut:
Urutan topik yang ada:
Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi
sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan perkara yang
terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.
Urutan klimaks dan antiklimaks:
Pola persembahan dimulai daripada hal yang mudah / sederhana
menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan
sebaliknya bagi antiklimaks.
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN ! 131

SEMAK KENDIRI 8.2

1. Tunjukkan tiga contoh ringkas wacana deskriptif dalam satu


perenggan.
2. Tunjukkan tiga contoh ayat yang menunjukkan tiga wacana lain
dalam dua perenggan.

Beberapa definisi dan pendapat daripada pakar-pakar bahasa tentang


wacana deskriptif. Dalam pengertian linguistik, wacana deskriptif adalah
kesatuan makna (semantik) antara bahagian dalam sesuatu binaan bahasa.
Wacana deskriptif berfungsi sebagai kesatuan makna dan dilihat sebagai
pembina bahasa yang utuh. Hal ini demikian kerana setiap bahagian dalam
wacana tersebut saling berhubungan dan padu kedudukannya. Selain dibina
atas hubungan makna antara satuan bahasa, wacana deskriptif juga terikat
dengan konteks.
Kontekslah yang dapat membezakannya dengan wacana lain yang
digunakan dalam pemakaian bahasa komunikasi dan bahasa yang bukan
untuk tujuan komunikasi.
Wacana deskriptif adalah komunikasi kebahasaan yang terlihat sebagai
pertukaran antara penutur dengan pendengar, juga sebagai aktiviti personal,
iaitu bentuknya ditentukan oleh tujuan sosial.
Wacana deskriptif adalah komunikasi lisan dan tulisan yang dilihat daripada
penghayatan, nilai dan kategori dalamannya. Wacana deskriptif juga sebagai
bidang daripada semua pernyataan. Kadangkala turut dikenali sebagai
kelompok pernyataan atau praktik kebiasaan dan dilihat daripada sejumlah
pernyataan.
Wacana deskriptif sebagai cara objek atau idea dibincangkan secara terbuka
kepada awam sehingga menimbulkan pemahaman tertentu yang tersebar
luas.
Wacana deskriptif dapat dilihat daripada tahap teoritikal konseptual, konteks
penggunaan dan kaedah penjelasan.
Wacana deskriptif diertikan sebagai domain daripada semua pernyataan,
iaitu semua ujaran atau teks yang mempunyai makna dan kesan dalam dunia
nyata. Wacana deskriptif menurut konteks penggunaannya merupakan
132 TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

sekumpulan pernyataan yang dapat dikelompokkan dalam kategori


teoritikal konseptual tertentu. Menurut kaedah penjelasannya, wacana
deskriptif merupakan suatu praktik yang diatur untuk menjelaskan sejumlah
pernyataan.
Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan
yang dinyatakan secara lisan ataupun tulisan serta memiliki hubungan
makna antara satuan bahasanya serta terikat kepada konteks. Dengan
demikian, apapun bentuk pernyataan yang disalurkan melalui pelbagaian
media, makna konteks dikatakan sebagai sebuah wacana deskriptif.
Klasifikasi wacana lain berdasarkan fungsi bahasa, seperti dijelaskan berikut:
(a) Wacana ekspresif wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau
penulis sebagai saranan ekspresi, seperti wacana pidato.
(b) Wacana fatis wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan
komunikasi.
(c) Wacana informasi wacana ini bersumberkan pesanan atau informasi,
seperti wacana berita dalam media massa.
(d) Wacana estetik wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan
keindahan, seperti wacana puisi dan lagu.
(e) Wacana direktif wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi
daripada mitra penutur atau pembaca, seperti wacana khutbah.
Berdasarkan saluran komunikasi, wacana lain dapat dibezakan atas wacana
lisan dan tulisan. Wacana lisan memiliki ciri, iaitu adanya penutur dan mitra
penutur bahasa yang dituturkan serta pertukaran pertuturan dengan
bermula daripada giliran bicara.
Wacana tulisan dicirikan dengan adanya penulis dan pembaca, bahasa yang
ditulis dan penerapan sistem ejaan.
Wacana lain juga dapat dibezakan berdasarkan cara pemaparannya, iaitu
yang terdiri daripada wacana naratif, wacana ekspositoris, wacana hortatoris
dan wacana prosedural.
Setiap wacana memiliki tema sebab.
Tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi
acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak
menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu
menentukan tema, setelah itu barulah tujuan.
Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana
akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada
tujuan dan keinginan si penulis.
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN ! 133

Kerangka penulisan bermanfaat adalah seperti berikut:


(a) Pedoman agar penulisan dapat teratur dan terarah.
(b) Menggambarkan pola susunan dan kaitan antara pemikiran pokok /
topik.
(c) Membantu penulis melihat adanya pokok kebahasaan yang
menyimpang daripada topik dan adanya pemikiran pokok yang sama.
(d) Menjadikan gambaran secara umum tentang struktur idea penulisan
sehingga membantu pengumpulan bahan-bahan yang diperlukan.
Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut:
(a) Menentukan tema/topik penulisan.
(b) Menghayati tema dalam topik-topik/subtema.
(c) Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik.
(d) Mengintegrasikan beberapa subtopik.
(e) Menyelaraskan topik dan subsubtopik.
(f) Menentukan pola pengembangan penulisan.
Kerangka Penulisan dapat ditulis dalam dua bentuk, iaitu seperti berikut:
(a) Kerangka kalimat adalah kerangka penulisan yang disusun dalam
bentuk kalimat lengkap yang menggarap idea-idea pokok penulisan.
(b) Kerangka topik adalah kerangka penulisan yang digarap dalam bentuk
frasa dan klausa sehingga tampak lebih praktik.
Narasi adalah cerita yang didasarkan pada urutan suatu kejadian atau
peristiwa. Narasi dapat berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang),
riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman.
Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris.
Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah:
(a) Kejadian
(b) Tokoh
(c) Konflik
(d) Alur / plot
(e) Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana.
Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya
huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang
134 TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN

menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya,


atau setahun kemudian kerap digunakan.
Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut:
(a) Menentukan tema cerita.
(b) Menentukan tujuan.
(c) Mendaftarkan topik atau gagasan pokok.
(d) Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan.
(e) Secara kronologis atau urutan waktu.
(f) Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.
Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola
urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang
didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini
sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah
dan sebagainya.
Tahap penulisan eksposisi:
(a) Menentukan objek pengamatan
(b) Menentukan tujuan dan pola eksposisi
(c) Mengumpulkan data atau bahan
(d) Menyusun kerangka penulisan
(e) Mengembangkan kerangka menjadi penulisan
Pengembangan kerangka penulisan berbentuk eksposisi yang berpolakan
penyampaian berikut:
(a) Urutan topik yang ada:
Pola urutan ini berkaitan dengan penyebutan bahagian-bahagian bagi
sesuatu benda, hal atau peristiwa tanpa mengecualikan yang
terpenting. Semua bahagian dianggap bernilai sama.
(b) Urutan klimaks dan antiklimaks:
Pola persembahan dimulai dari hal yang mudah / yang sederhana
menuju kepada hal yang semakin penting atau puncak peristiwa dan
sebaliknya bagi antiklimaks.
TOPIK 8 WACANA DESKRIPTIF DAN WACANA LAIN ! 135

Informasi Rentetan Kalimat


Kerangka Wacana Satuan Bahasa
Kesatuan Makna Tema
Komunikasi Teoritikal Konseptual
Komunikasi Kebahasaan Terarah
Pola Teratur
Praktik Kebiasaan Urutan Klimaks dan Antiklimaks

Ann, M. Martin. (1995). The baby sitters club. New York: Scholastic Inc.
Dk. Zunainah Pg. Aliuddin. (2002). Tautan dalam cerpen: Pelabuhan Senja.
Latihan Ilmiah. Universiti Brunei Darussalam.
Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus linguistik. Jakarta: P.T. Gramedia.
Harun Aminurrashid (2001). Sinar baru. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Leman Ahmad (1984). Air biru ombak biru. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like