You are on page 1of 13

Topik Aplikasi Pengajaran

Tatabahasa Wacana
9 dalam Pengajaran
Kemahiran Penulisan
Sekolah Rendah
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep pengajaran tatabahasa wacana bagi penulisan
sekolah rendah; dan
2. Menjelaskan maksud pengaplikasian wacana tatabahasa yang tepat
dan bernas dalam penulisan sekolah rendah.

PENGENALAN
Topik ini menampilkan konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam kemahiran
penulisan sekolah rendah. Selain itu, dibicarakan strategi dan aplikasi kemahiran
bagi penulisan.

9.1 KONSEP PENGAJARAN TATABAHASA


WACANA DALAM KEMAHIRAN
PENULISAN SEKOLAH RENDAH
Bagi pengetahuan anda, terdapat dua jenis pengajaran tatabahasa wacana yang
diuji, iaitu pengajaran penulisan berformat dan tidak berformat. Konsep
pengajaran ini bergantung kepada:
(a) Pecahan isi dan markah bagi aspek isi penulisan. Contohnya adalah seperti
berikut (rujuk Jadual 9.1):
TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN ! 137
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Jadual 9.1:Pecahan Markah untuk Aspek Penulisan

ISI MARKAH
Pendahuluan 1
Isi Pertama 2
Isi Kedua 2
Isi Ketiga 2
Isi Keempat 2
Penutup 1
Jumlah 10

(b) Pecahan markah bagi aspek biasa. Contohnya adalah seperti berikut (rujuk
Jadual 9.2):

Jadual 9.2: Pecahan Markah untuk Aspek Bahasa

BAHASA MARKAH
(i) Perbendaharaan Kata 3
(ii) Struktur Ayat 3
(iii) Penggunaan Imbuhan 3
(iv) Tanda Baca 3
(v) Ejaan 3
Jumlah 15

(i) Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan
mempunyai pengenalan, isi (lebih daripada tiga) dan penutup.
(ii) Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika
penulisan mengandungi aspek wacana yang mantap, selain tidak
melakukan sebarang kesalahan.
(iii) Jika ada kesalahan dalam bahagian (iii), (iv) dan (v), setengah markah akan
ditolak. Bagi bahagian (i) dan (ii), markah akan diberi mengikut Âbudi
bicaraÊ dengan berdasarkan keseluruhan penulisan.
(iv) Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3
markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.
(v) Bagi penulisan yang terpesong pula, 5 markah sahaja diberi.
138 TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

AKTIVITI 9.1
Dengan perkataan anda sendiri, huraikan konsep pengajaran wacana
tatabahasa sekolah rendah.

9.2 STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN


WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH
RENDAH
Bahagian ini menyentuh tentang strategi pengajaran kemahiran wacana dalam
penulisan bagi sekolah rendah. Perbincangan dalam strategi ini berhubung
dengan tatacara pengajaran yang diasimilasikan dalam usaha untuk
meningkatkan kemahiran wacana dalam penulisan.

9.2.1 Strategi Pengajaran


Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha
menghasilkan penulisan yang baik, iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan
(Kamarudin Hj. Husin, 1988), iaitu seperti berikut:
(a) Sebelum Penulisan
(i) Fahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan
berformat).
(ii) Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.
(iii) Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan
penutup. Terdapat pelbagai cara untuk mencatat isi. Antaranya
adalah dengan menggunakan konsep peta minda dan penomboran.
(b) Semasa Penulisan
(i) Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. Patuhi format (jika
berkaitan).
(ii) Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua
ayat.
(iii) Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau
keterangan lanjut serta contohnya.
(iv) Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau
kesimpulan wacana.
TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN ! 139
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

(c) Selepas Penulisan


(i) Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang
sama semak pelbagai perkara, iaitu:
Format
Isi / Huraian
Imbuhan
Struktur Ayat
Ejaan
Tanda Baca
Perbendaharaan Kata
(ii) Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa
kekurangan.
Kelemahan Murid dalam Penulisan
Dalam pengajaran, guru wajar berhati-hati dengan beberapa kelemahan murid
dalam penulisan. Berdasarkan komen pemeriksa kertas, ramai murid didapati
lemah dalam aspek wacana:

Isi
Murid tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan.
Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat).
Penulisan panjang, tetapi isi yang dikemukakan berulang.
Murid tidak menghuraikan isi yang dikemukakan.
Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan.
Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain.
Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan
kesinambungan isi atau ayat.
Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai.
Struktur ayat tidak kemas, selain terdapat kesalahan ejaan.
140 TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Panduan bagi Penghasilan Wacana Penulisan Cemerlang


Banyakkan membaca bahan bacaan tambahan berfaedah seperti akhbar,
majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti kesinambungan isi-
isi.
Sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau kosa
kata baharu bagi penulisan.
Baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru.
Teliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan
kemas. Elakkan tanda tanya dalam wacana.

AKTIVITI 9.2
Jelaskan strategi pengajaran wacana tatabahasa sekolah rendah.

9.3 WACANA DALAM PENULISAN SEKOLAH


RENDAH
Bahagian ini mengenengahkan kepada anda pengaplikasian kemahiran wacana
dalam penulisan bagi sekolah rendah. Kemahiran diaplikasikan dengan
berdasarkan beberapa peraturan dan perancangan penulisan yang jitu, selain
lengkap dengan beberapa contoh yang khusus.

9.3.1 Aplikasi Kemahiran Wacana dalam Penulisan


Sekolah Rendah
Subtopik ini akan menerangkan aplikasi kemahiran wacana di dalam penulisan
sekolah rendah (rujuk Jadual 9.3).
TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN ! 141
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Jadual 9.3: Tajuk/Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan KBKK

Tajuk / Objektif Kemahiran Media Pengajaran KBKK

Penulisan Fakta 1.16 Menjawab soalan Gambar Menjana idea


tentang isi sesuatu
Murid boleh: Kad jalur
bahan
(i) Memberikan Carta Menyusun mengikut
1.49 Menyatakan
pendapat dan keutamaan
pendapat yang Keratan akhbar
menyusun isi
bernas dalam
mengikut
perbincangan
turutan serta
dapat 3.35 Menulis semula
menulis maklumat
semula yang diterima
dengan baik dengan teratur
3.40 Menulis karangan
dalam bentuk prosa

Penulisan - 1.16 Menyoal untuk Gambar Sumbang saran


Menyambung mendapatkan
Kad perkataan
cerita maklumat
Keratan akhbar Menyusun mengikut
Murid boleh: 2.26 Memberikan
urutan
pendapat tentang
(i) Menulis
sesuatu pernyataan
tentang tajuk
yang diketahui
yang diberi.
atau dibaca.
3.28 Menulis kesudahan
cerita

Penulisan - Biografi 1.26 Menjawab soalan Papan gulung Menjana minda


tentang isi sesuatu
Murid boleh: Kad jalur
cerita
(i) Memberikan Gambar Tokoh Menyusun mengikut
1.16 Menyoal untuk
pendapat urutan
mendapatkan
dalam
maklumat
perbincangan
serta dapat 2.20 Menyatakan
menulis maklumat penting
tentang tajuk dalam bahan
yang diberi bacaan
142 TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

3.32 Mencatatkan isi-isi


penting daripada
bahan yang dibaca
atau
diperdengarkan
3.40 Menulis bentuk
prosa

Penulisan - Surat 1.37 Melaporkan sesuatu Bahan sebenar - Membanding beza


Kiriman Tidak peristiwa yang Surat Rasmi dan
Rasmi didengar atau Surat Tidak Rasmi
dilihat dengan Membuat
Murid boleh: Lembaran kerja
betul dan ringkas kesimpulan
(i) Membaca, Kad perkataan
1.19 Menyoal mengikut
menghayati
urutan dalam cerita
dan memberi
atau bahan bacaan
pendapat
serta 2.15 Membaca rangkai
menjawab kata, ayat dan
latihan perenggan
penulisan
2.19 Menyatakan
dengan betul
maklumat penting
dalam bahan
bacaan
3.35 Menulis semula
maklumat yang
diterima dengan
teratur

Penulisan - Surat 1.16 Menyoal untuk Bahan edaran Peta minda


Kiriman Tidak mendapatkan
Kad perkataan
Rasmi maklumat
Transparensi - bahan Memberikan
Murid boleh: 2.15 Membaca rangkai
bacaan. pendapat
kata, ayat dan
(i) Membezakan
perenggan
antara Surat
Kiriman 2.26 Memberikan
Tidak Rasmi pendapat tentang
dengan Surat sesuatu pernyataan
Kiriman yang dibaca
Rasmi berpandukan peta
minda
TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN ! 143
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

(ii) Memahami 3.45 Menulis surat


peta minda kiriman mengikut
dan menulis format
tentang tajuk
yang diberi.

(a) Kerangka Penulisan


Perkara paling penting untuk diimbas kembali sebelum penulisan, murid
hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak sesuatu soalan.
Selepas itu, fikirkanlah pula tentang:
Pengenalan;
Isi-isi; dan
Penutup.

(i) Pengenalan
Setiap penulisan mestilah mempunyai pendahuluan atau pengenalan.
Dalam pengenalan, hendaklah diperkenalkan sesuatu perkara atau
tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Murid
hendaklah menarik perhatian pembaca supaya membaca penulisan
itu. Pengenalan dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga
atau empat ayat. Pendahuluan penulisan yang menarik akan
meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pembaca.

(ii) Isi-Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu tajuk penulisan itu.
Penulisan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak menjadi
perkara pokok, tetapi mungkin akan menyebabkan kekurangan masa.
Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu dengan
lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan khusus. Isi
yang utama mestilah didahulukan. Sebaik-baiknya, satu isi bagi satu
perenggan, kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap
perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu
perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Hal ini
demikian kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid
biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Pastikan isi
supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan
penggunaan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi penulisan
hendaklah asli, iaitu tidak ditiru bulat-bulat daripada penulisan lain.
Dalam mendapatkan isi yang berkualiti, murid hendaklah banyak
membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-
rencana, buku-buku cerita, menyaksikan sendiri dan daripada
144 TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada


menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi
sebelum menulis.

Tip Penulisan
Antara kaedah mengenal pasti isi ialah (mengikut kaedah
pertanyaan):
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?

(iii) Penutup
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca
untuk mengikuti sesuatu penulisan, maka kesimpulannya juga
hendaklah memberikan sesuatu kepuasan kepada pembaca (Juriah
Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid, 1990). Kesimpulan
menjadi rumusan atau akhiran bagi sesuatu penulisan. Dalam
kesimpulan digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang
sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan penamatan penulisan
secara mengejut atau tergantung.

(b) Cara-cara Menulis


Sebelum menulis perkara yang dilakukan adalah seperti berikut:
(i) Pemilihan Tajuk atau Soalan
Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
Fahami bentuk soalan, sama ada jenis berformat atau tidak
berformat.
Pilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai.
Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan.
(ii) Penyusunan Rangka Penulisan
Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk mendapatkan isi.
Senaraikan semua isi penting secara ringkas.
TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN ! 145
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Susun isi mengikut urutan dan kepentingan.


Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang
akan dihurai.
Elakkan pengulangan isi utama.
(iii) Penulisan
Semasa menulis, mulakan dengan penulisan pendahuluan dalam
satu perenggan.
Setiap isi yang dihuraikan perlu ditulis dalam satu perenggan dan
disertai dengan contoh.
Bahagian-bahagian penulisan yang ideal
Perenggan pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan penutup
(iv) Penyemakan Penulisan
Setelah selesai menulis, murid perlu melakukan penyemakan
untuk memastikan jika ada tulisan yang kurang jelas, kesalahan
ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah
dan aspek tatabahasa yang lain.
Baca berulang kali untuk memastikan ketepatan penulisan
(v) Secara umumnya, berikan peruntukan masa untuk sesebuah
penulisan, iaitu:
4 minit untuk mendapatkan isi
24 minit untuk menulis
2 minit untuk menyemak semula

Contoh: Bagaimanakah murid hendak menulis dialog dengan baik?


Berikut adalah contoh yang sesuai untuk menulis dialog:
146 TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Contoh:
„Kamu baru pulang?‰
„Baru sebentar tadi,‰jawab saya. „Tentu kamu tertunggu kepulangan
saya.‰
„Memang saya tertunggu-tunggu,‰ luah Jamal, lembut.

(c) Panduan Khusus bagi Penulisan


Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas dalam fikiran, kemudian susun
mengikut isi yang lebih penting.
Tulis berdasarkan rangka yang disediakan.
Penulisan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Bagi penulisan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai tiga isi
(seelok-eloknya cari empat isi) dan setiap perenggan mengandungi
satu isi.
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

SEMAK KENDIRI 9.1


1. Bincangkan wacana tatabahasa dalam penulisan sekolah
rendah.
2. Huraikan strategi penulisan yang menggunakan wacana
tatabahasa yang luas bagi sekolah rendah.
.

Murid boleh mendapat markah penuh bagi aspek isi jika penulisan
mempunyai perkara yang ditetapkan, iaitu pengenalan, isi yang lebih
daripada tiga dan penutup.
Murid juga akan memperoleh markah penuh bagi aspek bahasa jika
penulisan mengandungi wacana yang mantap, selain tidak melakukan
sebarang kesalahan.
TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM PENGAJARAN ! 147
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Sekiranya penulisan tidak mengikut format yang ditetapkan, sebanyak 3


markah boleh ditolak daripada markah keseluruhan.
Bagi penulisan yang terpesong pula, hanya 5 markah sahaja diberi.
Beberapa perkara perlu diberikan perhatian oleh murid dalam usaha
menghasilkan penulisan yang baik.
Fahami kehendak soalan dan format penulisannya (jika karangan berformat).
Gariskan kata kunci dalam soalan yang diberi.
Catat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup.
Pelbagai cara mencatat isi, antaranya menggunakan konsep peta minda dan
penomboran.
Menulis berdasarkan isi/kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan).
Tulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat.
Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau
keterangan lanjut serta contohnya. Memadai dengan tiga atau empat ayat.
Penutup juga ringkas sebagai rumusan atau kesimpulan. Memadai dengan
satu atau dua ayat.
Baca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak
pelbagai perkara, iaitu:
(a) Format
(b) Isi / Huraian
(c) Imbuhan
(d) Struktur Ayat
(e) Ejaan
(f) Tanda Baca
(g) Perbendaharaan Kata
Baiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan.
Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk
mengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi
suatu kepuasan kepada pembaca.
Penutuplah yang menjadi wacana kesimpulan / rumusan atau akhiran
sesuatu penulisan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk.
148 TOPIK 9 APLIKASI PENGAJARAN TATABAHASA WACANA DALAM
PENGAJARAN KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH

Ejaan Pendekatan
Format Penggunaan Imbuhan
Isi Penutup
Kaedah Perbendaharaan Kata
Kerangka Perancangan
Kesimpulan Strategi
Pemilihan Isi Struktur Ayat
Pendahuluan Tanda Baca

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan
mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

You might also like