You are on page 1of 15

TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 1

Topik u Bidang
Kegiatan:
1 Mengenal Kraf
Tradisional
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional;
2. Memahami tujuan mempelajari kraf tradisional; dan
3. Menyedari tentang kepentingan kraf tradisional.

u PENGENALAN
Topik ini merupakan pengenalan umum tentang kraf tradisional. Satu
pendedahan tentang latar belakang sejarah kraf tradisional, tujuan kraf ini
dipelajari dan kepentingan memperkenalkan kepada pelajar. Pelbagai kraf
tradisional diperbincangkan di dalam kelas seperti batik, anyaman, tekatan,
tembikar, ukiran, tenunan, anyaman, tembikar, wau, gasing dan perhiasan
diri satu persatu, secara sepintas lalu untuk memberi pendedahan dan
kefahaman kepada pelajar kepada pelajar. Di samping itu bahan kraf
maujud, gambar, bahan dan alat yang sesuai, disediakan dan didedahkan
kepada pelajar untuk memperjelaskan kefahaman dan meluaskan lagi perspektif
mereka.
2 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

1.1 LATAR BELAKANG KRAF TRADISIONAL


Definisi Kraf Tradisional
r Makna kraf
“Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai
daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu
proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran
tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan,
yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian.
(Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979)
“Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan
menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa
menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri
atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha”.
r Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi.
r Makna kraf tradisional
Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran
dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu
generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat,
wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.

Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek


moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan
unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis,
gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka
bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan
barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian
atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta
bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga
penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.

Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk
diamati dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari
alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada
pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian,
seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam. Karya
seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja
berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga
berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran
dengannya.
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 3

Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang
Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu
menghuni alam Melayu dan menganut kepercayaan tradisi Animisme dan
Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam
ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam,
sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang
Melayu telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-
patung dan tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari
tentang keesaan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini sebagai
suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia
dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan
sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat
rapat kaitannya dengan akhirat.

Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan


dalam pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil
seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta
kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan
sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai
kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan
pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan
ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias
dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman.
Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam
ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf
adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk
figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau
diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna
sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya
mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat
beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan
hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang
rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa
Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang
lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif
yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak
diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,
bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan
rupa geometri

Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak
berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah
beberapa dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan
Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah
dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka
4 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam


segala serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni
kraf tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah
Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya
mereka. Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas menampakkan
pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak
menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni
kraf.

Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi
merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu
lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia
umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan
alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang
digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di
sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini
menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi.
kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau
produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah
yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat
permainan, alat perburuan dan kenderaan.

Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian
pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen
dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan
lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati
kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara
sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima,
mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari
mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan,
keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan
dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan
zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau,
gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik
yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun
luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional
yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan
KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan
oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 5

1.2 ASAL USUL SEJARAH KRAF


Kraf tradisional yang terdapat di negara ini seperti batik, ukiran adalah
merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang
kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga kini. Setiap hasil kraf
ini berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi,
kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan
masyarakat luar seperti:
(a) Alat untuk pertahanan diri:
(i) Keris

Rajah 1.1: Keris


(ii) Lembing

Rajah 1.2: Lembing


(b) Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuat
pertukangan.
(i) Bubu

Rajah 1.3: Bubu


6 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(ii) Parang, sabit


dan cangkul

Rajah 1.4: Parang, sabit dan cangkul

(c) Alat untuk kegunaan harian:


(i) Tikar

Rajah 1.5: Tikar

(ii) Tudung saji

Rajah 1.6: Tudung saji


TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 7

(iii) Pakaian

Rajah 1.7: Pakaian

(d) Alat untuk upacara dan istiadat:


(i) Bekas
Pembakar
Kemenyan

Rajah 1.8: Bekas Pembakar Kemenyan


8 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(ii) Gong

Rajah 1.9: Gong

(e) Alat untuk rekreasi:


(i) Wau

Rajah 1.10: Wau

(ii) Gasing

Rajah 1.11: Gasing


TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 9

(iii) Congkak

Rajah 1.12: Congkak


(f) Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan:
(i) Serunai

Rajah 1.13: Serunai

(ii) Rebab

Rajah 1.14: Rebab


10 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(iii) Nafiri

Rajah 1.15: Nafiri

(iv) Kompang

Rajah 1.16: Kompang

(g) Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid:


(i) Ukiran
kayu

Rajah 1.17: Ukiran kayu

(h) Pengangkutan air:


(i) Perahu

Rajah 1.18: Perahu


TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 11

(ii) Kolek

Rajah 1.19: Kolek

(i) Alat perhiasan:


(i) Pakaian seperti baju kebaya
labuh, tengkolok, selendang
dan lain-lain.

Rajah 1.20: Baju kebaya

(ii) Dokoh
Barang perhiasan seperti
dokoh, kalung, cucuk
sanggul dan lain-lain.

Rajah 1.21: Kalungan


12 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Walaupun ada antara beberapa kraf tersebut bukanlah merupakan hasilan


ciptaan tempatan seperti songket, batik dan sebagainya yang didatangi daripada
negara luar seperti kepulauan Indonesia, Kemboja, India dan lain-lain lagi.
Namun begitu motif-motif ataupun reka corak yang terdapat pada kraf tersebut
adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai oleh tukang
pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk memenuhi kehendak cita
rasa tempatan. Walau bagaimana pun seni tembikar, anyaman dan ukiran adalah
merupakan hasilan kraf tempatan. Ini terbukti dengan perjumpaan bahan artifak
dalam kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar arkeologi di beberapa tempat
bersejarah di negara ini. Kraf ini telah terbukti wujud sejak zaman pra sejarah
lagi.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kraf tradisional?


2. Terangkan asal usul kraf tradisional.

1.3 KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI


Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikannya dan tersendiri.
Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan
budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun
seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas.
Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di
persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas
air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain
lagi.

Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya
anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan.
Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri. Ragam
hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan
iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah
dipotong halus untuk dijadikan jalur- jalur garisan yang kemudiannya dianyam
untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut. Penggunaan jalur-jalur atau
garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu
teknik dalam penghasilan tikar.

Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk


membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan
sebagainya.
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 13

Penciptaan keris mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis


senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa
dahulu. Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa
bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa,
keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan
tradisional Melayu.

1.4 TUJUAN KRAF TRADISIONAL DIPELAJARI


Kepentingan mempelajari kraf tradisional:
r .FOBOBNLBO TJLBQ CBIBXB LSBG USBEJTJPOBM NFSVQBLBO XBSJTBO TFOJ ZBOH
perlu dikekalkan.
r .FOZFEBSLBO QFMBKBS CBIBXB LSBG USBEJTJPOBM QFSMV EJQFMBKBSJ TVQBZB UJEBL
akan lupus di telan zaman.
r .FOZFEBSLBOQFMBKBSCBIBXBLSBGUSBEJTJPOBMNFNQVOZBJOJMBJFTUFUJL
r .FSBTBCBOHHBEFOHBOUSBEJTJXBSJTBO/FHBSB

SEMAK KENDIRI 1.2

Mengapakah kraf tradisional perlu diperkenalkan dan dipelajari oleh


murid sekolah?

1.5 KEPENTINGAN MENGENALKAN


KRAF TRADISIONAL
Kepentingan mengenali kraf tradisional:
(i) Mempelajari teknik membuat produk:
 r UJBQUJBQLSBGNFNQVOZBJUFLOJLZBOHUFSUFOUVEBOUFSTFOEJSJ
 r CFSCF[BBOUBSBTBUVEFOHBOMBJO$POUPIOZBLSBGUFNCJLBS
 r NFOHHVOBLBOQFMCBHBJUFLOJLUFSUFOUVTFQFSUJQJDJUBO LFQJOHBO
 r EBOMJOHLBSBOQBEBUBOBIMJBUVOUVLNFNCFOUVLPCKFL
(ii) Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam
menghasilkan kraf yang berkaitan.
 r TFUJBQLSBGNFOHHVOBLBOCBIBOZBOHUFSUFOUVVOUVLNFOHIBTJMLBOOZB
Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau mengkuang
untuk menghasilkan objek.
14 u TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL

(iii) Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional:
 r TFUJBQ LSBG NFNQVOZBJ NPUJG ZBOH CFSCF[B QBEB SBHBN IJBT TFTVBUV
objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman.

SEMAK KENDIRI 1.3

Apa pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam mengkaji dan


memahami sesuatu kraf tradisional?

AKTIVITI 1.1

Bahan: Pelbagai jenis kraf maujud seperti tembikar, batik, ukiran,


tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing dan perhiasan diri
Tindakan guru:
1. Guru akan menunjukkan satu persatu kraf tersebut kepada pelajar
sebagai pendedahan pertama.
2. Guru akan berbincang dengan pelajar tentang setiap kraf tersebut
dari segi bahan, pembuatan dan fungsi secara ringkas.
3. Guru memberitahu pelajar mereka akan menghasilkan beberapa
hasil tertentu daripada kraf tradisional tersebut.
Cadangan aktiviti pembelajaran tambahan
1. Mengumpul gambar motif-motif yang terdapat dalam kraf
tradisional.
2. Cari bahan dan kumpul maklumat tentang kraf-kraf yang terdapat
dalam sukatan ini.

RUMUSAN

r ,SBG USBEJTJPOBM NFSVQBLBO XBSJTBO CBOHTB  QVTBLB QFOJOHHBMBO OFOFL


moyang kita masa dahulu.
r 4FOJ LSBG .FMBZV NFMBNCBOHLBO IVCVOHBO ZBOH FSBU BOUBSB PSBOH .FMBZV
dengan kepercayaannya iaitu Islam, tetapi tidak boleh dinafikan bahawa
terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu, iaitu pengaruh
Aninisme dan Hindu.
TOPIK 1 BIDANG KEGIATAN: MENGENAL KRAF TRADISIONAL ⊳ 15

r 5VKVBOLJUBVOUVLNFNQFMBKBSJLSBGUSBEJTJPOBMBEBMBIVOUVL
 r NFOBOBNLBOTJLBQ
 r NFOZFEBSLBOQFMBKBSBHBSJBUJEBLBLBOMVQVT
 r NFOZFEBSJCBIBXBJBNFNQVOZBJOJMBJFTUFUJL
 r NFSBTBCBOHHBEFOHBOUSBEJTJXBSJTBOOFHBSB
r ,FQFOUJOHBONFOHFOBMJLSBGUSBEJTJPOBMBEBMBIVOUVL
 r NFNQFMBKBSJUFLOJL
 r NFNBIBNJCBIBOCBIBOTFNVMBKBEJZBOHEJHVOBLBO
 r NFOHFUBIVJOBNBQBEBDPSBLSBHBNIJBTLSBGUSBEJTJPOBM

Hasil seni
Kraf tradisional
Utiliti

You might also like