You are on page 1of 3

REFLEKSI BINA INSAN GURU KALI KE-4 2011

Program Khidmat bakti merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-
pelajar PISMP Semester 5 bagi memenuhi sukatan mata pelajaran Bina Insan Guru.
Program Bina Insan Guru ( BIG ) semester lima ( 5 ) mencakupi aktiviti bengkel dan
lawatan penanda aras (benchmarking). Melalui program ini pelajar akan didedahkan
dengan aspek-aspek yang di antaranya berkaitan dengan perundangan, peraturan dan
mandat serta lanjutannya kepada peranan dan tanggungjawab guru. Pelajar akan
didedahkan dengan iklim dan amalan budaya kerja cemerlang guru serta kepimpinan
pendidikan melalui lawatan penanda aras.

Program Bina Insan Guru semester 5 berfokus kepada memberi kefahaman dan
kesedaran pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat, perundangan dan
peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan
tugas dan tanggungjawab profesional keguruan. Di samping itu, pelajar juga akan
didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan
sekolah yang berkesan.

Pada kali ini kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman,
Terengganu sebagai sekolah lawatan penanda aras. Ini adalah kerana sekolah tersebut
merupakan sekolah berprestasi tinggi dan merupakan sekolah cemerlang di Malaysia.
Lawatan ini melibatkan 3 buah kelas iaitu Pemulihan Semester 5, Matematik 2
Semester 5 dan Pendidikan Islam Semester 5. Lawatan ini juga turut disertai oleh 2
orang pensyarah pengiring. Objektif utama lawatan ini diajurkan adalah memahami dan
mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian. Selain itu, lawatan ini juga diharap dapat memberi
serba sedikit kepada bakal guru mengenai pentadbiran sekolah dan peranan guru
dalam sekolah.
Pada tarikh 7 Mac 2011, tepat jam 8.00 pagi, kami bertolak dari dataran Al-
Farabi menuju ke destinasi iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail. Perjalanan
mengambil masa selama 2 jam iaitu pkul 8 sehingga pkul 10. Akhirnya pada jam lebih
kurang 10.30 pagi kami tiba di SKSI. Kehadiran kami telah disambut dengan amat baik
oleh pihak sekolah. Pensyarah pengiring juga tiba pada masa yang sama walaupun
pergi berasingan. Setibanya kami di sana, kami telah dibawa masuk ke bilik mesyuarat
sekolah tersebut bagi mendengar sedikit taklimat yang disampaikan oleh En Khalid bin
Sulong selaku guru besar sekolah ini. Taklimat yang ingin diberi adalah berkaitan
dengan latar belakang sekolah serta organisasi dan pentadbiran. Dalam taklimat yang
diberi, saya dapati sekolah ini mempunyai satu sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) iaitu pada waktu pagi sahaja walaupun mempunyai murid yang agak ramai.
Sepanjang taklimat yang telah diberikan oleh guru besar tersebut, kami dapati stastistik
sekolah ini dari segi pencapaian kurikulum murid bagi sekolah sememangnya boleh
untuk dibanggakan kerana telah menjadi salah satu sekolah rendah terbaik di dalam
daerah Kuala Terengganu selama beberapa tahun berturut-turut. Apa yang saya
kagumi ialah kegigihan para guru di sekolah ini untuk memberikan yang terbaik buat
para pelajarnya supaya mereka dapat mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Berdasarkan apa yang dibentangkan oleh guru besar juga, seharusnya sekolah
in menjadi cemerlang dek kerana cara pentadbiran sekolah ini yang bersistematk dan
mementingkan sesi P&P agar tidak diganggu. Menurutnya, sesi P&P tidak boleh
diganggu dengan aktiviti Kokurikulm melainkan sambutan hari guru dan sukan tahunan
sekolah. Bagi meningkatkan prestasi murid-murid pula, sekolah ini telah mengadakan
beberapa program peningkatan antaranya seperti majlis gerak kerja UPSR, klinik
UPSR, teknik menjawab soalan,dan juga menganjurkan kem motivasi bagi murid-murid
yang akan menduduki UPSR pada setiap tahun.
Selepas mendengar taklimat daripada pihak sekolah, kami telah dihidangkan
dengan makanan tengah hari yang sudah siap disediakan. Selepas menikmati makan
tengah hari tersebut, kami diberi peluang untuk meninjau kawasan sekolah tersebut.
Tepat jam 3 petang, kami bertolak pulang dari SKSI ke IPG. Sepanjang perjalanan
pulang, satu masalah besar telah berlaku. Bas institut yang kami naiki telah mengalami
kerosakan penghawa dingin yang menyebabkan seluruh keadaan bas menjadi agak
panas. Namun, perjalanan pulang terpaksa kami teruskan kerana tidakmahu
melewatkan masa memandangkan keesokan harinya kelas kuliah berjalan seperti
biasa. Kesabaran kami berakhir apabilakami tiba di IPG KDRI pada jam 6.30 petang.
Walaupun agak kepenatan, kami berasa sangat seronok kerana beroleh satu
pengalaman dan pengetahuan yang bermakna.

Disediakan oleh,

..........................................

(MOHAMMAD FAIZ B MD SALLEH)

PISMP PEMULIHAN SEMESTER 5

You might also like