You are on page 1of 8

96

 TOPIK 10  PERHIASAN DIRI

Topik  Perhiasan
Diri
10
H
4A. S I L P E M B E L A J A R A N
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan tentang latar belakang perhiasan diri;
2. Menerangkan rekabentuk, motif dan ragam hias perhiasan diri;
3. Mengaplikasikan alat dan bahan untuk menghasilkan perhiasan diri;
dan
4. Menghasilkan satu perhiasan diri.

XX Pengenalan
Perhiasan diri adalah merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan
didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak,
alat dan media,dan teknik untuk penghasilan perhiasan diri. Anda juga didedah
bagaimana untuk menghasilkan satu reka corak baru salah satu perhiasan diri
melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang
disarankan.

Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya perhiasan diri dengan
menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan
sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan
berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi
apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil
orang lain.
TOPIK 10  PERHIASAN DIRI  97

10.1 LATAR BELAKANG PERHIASAN DIRI


Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif lagi.Masyarakat pada
zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka
sebagai hiasan diri. Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara
penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.

Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta
dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan
batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang,
Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat
perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi.

Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah


untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian,
penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan
istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan
di kepala.

LATIHAN 10.1

Sejak bila hiasan mula diperkenalkan. Bincangkan.

10.2 Hiasan kepala


(a) Cucuk sanggul
Kebanyakan wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang
dan membuat sanggul. Mereka menggunakan pelbagai cucuk sanggul.
Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan
emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul
supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan
yang menambahkan seri kepada si pemakai. Untuk itu cucuk sanggul
dihias dengan batu-batu permata beranika warna. Wanita nyonya dan ceti
di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor
merak yang kembang.

(b) Sikat atau sisir rambut


Sisir rambut merupakan alat untuk mengemas dan merapikan rambut.Selain
digunakan untuk menyisir rambut, sikat juga digunakan sebagai hiasan
kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu.
98  TOPIK 10  PERHIASAN DIRI

Sikat dibuat daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading
dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik.

(c) Penutup Kepala


Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman
dahulu sama ada lelaki dan perempuan. Orang lelaki memakai tenggolak.
Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi
dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan
fauna dalam berbagai bentuk. Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat
di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau
emas bertahtakan intan permata.

10.3 Hiasan telinga


Terdapat tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang
jurai), kerabu dan sunting malar. Anting-anting diperbuat daripada emas dan
suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin perempuan
dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai
dan labuh.Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam
pelbagai bentuk seperti geometric, flora dan diikat dengan sebutir batu permata
atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung di
telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar
akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.

10.4 Hiasan Leher


Terdapat beberapa jenis hiasan leher tradisional Melayu seperti rantai, loket,
dokoh dan kalung.
(a) Rantai
Rantai terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.
Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan
larat atau flora.Kadang kala ia diikat denga intan atau berlian.

(b) Loket
Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan flora dan
fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada
juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan.

(c) Dokoh
Dokoh terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan
dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh
mempunyai tiga tingkat.
TOPIK 10  PERHIASAN DIRI  99

(d) Kalung
Kalung dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai
halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek
dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk.

10.5 Hiasan Tangan dan Leher


Alat hiasan diri ialah benda yang disarung pada bahagian anggota badan
khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti cincin,gelang tangan,
dan kaki.

Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis. Ada juga yang
memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa
seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah
rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri
dan keunikannya.

Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia
diperbuat daripada emas atau perak. Ada gelang yang berukuran timbul
bermotifkan flora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi
dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat
lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai
dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan. Bentuknya leper
dan kadangkala diikat dengan batu permata.

Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja.
Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya
dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang
kaki.

10.6 Hiasan Pinggang


Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka
dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih
bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali
pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya
dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat halus dan menarik
buatannya.
100  TOPIK 10  PERHIASAN DIRI

10.7 Hiasan Pada Pakaian


Baju tradisional Melayu selalunya dihiasi dengan kerongsang dan butang yang
menarik. Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju,
terutamanya baju kebaya labuh. Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang
diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata.

Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada baju
kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan
suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata.

LATIHAN 10.2

Bincangkan hiasan tangan dan leher.

Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk Kalung berhias:


Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan

Bahan
(a) Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan
(i) tali pancing
(ii) kancing penyangkut

Langkah 1 : Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam bentuk yang


terdapat dalam hiasan rantai.
Langkah 2 : Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran ragam
bentuk kalung kepada pelajar.
Langkah 3 : Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat
cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas.
Langkah 4 : Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas
kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5 : Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut lakaran.

Proses membuat
(i) Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik pelbagai warna
mengikut reka cipta masing-masing.
(ii) Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada bahagian rantai
asas mengikut gubahan masing-masing.
TOPIK 10  PERHIASAN DIRI  101

(iii) Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan pada


penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut.

Persembahan hasil kerja


(a) Penilaian berdasarkan
(i) idea reka cipta
(ii) kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
(iii) kemasan

(b) Apresiasi
Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan orang
lain.

Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri
Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran, seperti
kedai emas
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan.
(i) bagaimana perhiasan diri dihasilkan
(ii) proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat
permulaan hingga akhir
(iii) kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri
(iv) pemasaran barangan hiasan diri.

Aktiviti pembelajaran tambahan


1. Latihan
Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni hiasan diri. Teliti setiap contoh dari
segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.

2. Latihan
Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada hiasan
diri.
102  TOPIK 10  PERHIASAN DIRI

LATIHAN 10.3

1. Apakah itu hiasan diri?


2. Bincangkan tentang amalan penggunaan hiasan diri di zaman
dahulu.
3. Hurai jenis-jenis hiasan kepala.
4. Sebutkan jenis-jenis hiasan leher.
5 Jelaskan tentang hiasan rantai.

rumusan

• Dalam topik ini anda telah didedahkan dengan latar belakang perhiasan diri.
• Anda juga telah pelajari tentang motif, ragam hias dan rekabentuk perhiasan
diri.
• Akhir sekali anda sekarang tahu bagaimana untuk menghasilkan perhiasan
diri.

Hiasan leher Hiasan tangan


Hiasan pakaian Hiasan telinga
Hiasan pinggang Perhiasan diri

rUJUKAN

Kathleen Chee. (2006). SPM fokus U: Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
TOPIK 10  PERHIASAN DIRI  103

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. (1992). Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

You might also like