You are on page 1of 13

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGETUA SEMPENA HARI

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU

30 DISEMBER 2010

DI SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur

Oleh:

En. Naseh Bin Hassan

Pengetua,

SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur

Bismillahhirrahmanirrahim.

Terima kasih, saudari pengacara majlis.

Yang Berbahagia Tuan ASP Napri Bin Sahlan,


YDP PIBG SMK Padang Tembak,

YM Puan Raja Norazam Bt Raja Salleh,


Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
Encik Kasim B Kasimin

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Siti Jumayah Bt Subari,

Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-Guru Cemerlang,

Guru-Guru Kanan

Guru-guru

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Padang Tembak,

para ibu bapa dan semua pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam

sejahtera.
1. Alhamdulillah , bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama hadir dalam

Program Pendaftaran Pelajar-Pelajar Tingkatan 1 bagi SMK

Padang Tembak yang dijalankan pada pagi ini. Malah proses

pendaftaran seumpama ini juga dijalankan serentak di sekolah

– sekolah lain di Kuala Lumpur.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang

Berbahagia, Tuan ASP Napri Bin Sahlan, YDP PIBG SMK

Padang Tembak dan barisan AJK PIBG atas kesudian

meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada pagi ini.

Sesungguhnya kehadiran Tuan Asp Napri bukan saja

memeriahkan majlis ini tetapi juga menunjukkan komitmen dan

sokongan beliau dalam apa-apa jua program yang dianjurkan

oleh pihak sekolah. Selamat datang juga kepada semua ibu

bapa yang hadir pada hari ini.


Hadirin yang dihormati,

3. Seluruh warga kerja sekolah ini juga saya ingin mengucapkan

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid

baru tingkatan 1 seramai 400  orang yang telah diterima masuk

ke SMK Padang Tembak ini berdasarkan keputusan cemerlang

UPSR tahun 2010. Selamat datang ke SMK Padang Tembak

dan sekali gus menjadi warga sekolah ini untuk tempoh 3 atau

5 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak pelajar yang

diterima masuk ke sini akan meneruskan kecemerlangan

mereka di peringkat menengah rendah dan menengah tinggi di

sini. Beberapa hari yang lepas keputusan PMR 2010 telah

diumumkan dimana kohort tingkatan 3 sekolah ini telah

menyumbang pencapaian yang cemerlang di mana kita

memperoleh kelulusan PMR  dengan Gred Purata Sekolah

(GPS) 2.20 dan seramai 10 orang pelajar memperoleh

pencapaian ‘semua A’ atau perfect score sekali gus

meletakkan sekolah ini di kedudukan yang baik di Kuala


Lumpur dari sebanyak 55 buah sekolah yang mengambil

PMR.  Anak-anak kita inilah yang kita harapkan untuk

meneruskan kecemerlangan ini apabila mereka mengambil

PMR pada tahun 2011 nanti. InsyaAllah.

4. Terima kasih juga kepada seluruh ibu bapa yang dapat hadir

menguruskan pendaftaran anak tuan/puan pada hari ini.

Pendaftaran ini adalah amat penting untuk kita menguruskan

persediaan anak-anak kita bagi menghadapi kehidupan baru

mereka di sekolah menengah.  Hari ini anak-anak kita akan

mendaftar untuk masuk ke kelas yang ditetapkan, membeli

kelengkapan buku dan alattulis di koperasi. 3 Januari 2011

pula anak-anak kita ini akan memulakan sesi persekolahan

dan pembelajaran rasmi – dengan minggu pertama mereka

akan terlibat dengan program minggu orientasi peringkat

sekolah untuk memberikan pendedahan kepada semua aspek

pendidikan di peringkat menengah dan di sekolah ini.


5. Kepada anak-anak pelajar, anda semua adalah dari kalangan

yang beruntung kerana diberi peluang meneruskan

persekolahan di sekolah ini. Ramai lagi rakan-rakan anda yang

memperoleh keputusan UPSR yang sama tetapi tidak

berpeluang bersekolah di sini. Oleh itu saya ingin menyeru

kepada anak-anak pelajar supaya mengambil peluang terbaik

ini untuk memastikan kita mampu menggenggam

kecemerlangan di sekolah ini bukan sahaja dari segi

pencapaian akademik, tetapi juga dari segi kokurikulum dan

sahsiah diri kita.  Motto sekolah ini ialah “Tekun Belajar” yang

membawa pengertian semua pelajar, guru dan warga sekolah

ini perlu sentiasa berusaha untuk mencapai tahap

kecemerlangan dalam semua bidang untuk merealisasikan visi

dan misi sekolah. Visi kita ialah hendak menjadi sekolah harian

cemerlang di Kuala Lumpur pada tahun 2011.


6. Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar sekalian,

untuk berjaya dan untuk cemerlang , kita tidak boleh setakat 

bercakap dan bermimpi. Ia perlu disertai dan diterjemahkan

melalui gerak kerja dan tindakan-tindakan kita. Untuk

cemerlang juga tidak boleh dibebankan kepada pelajar atau

guru sahaja. Kita – sekolah, guru, murid, ibu bapa dan

masyarakat perlu bersama secara kolaboratif memastikan

anak-anak kita terus cemerlang.  Anak-anak pelajar perlu

menyiapkan diri untuk sentiasa bersedia belajar, guru-guru di

sekolah sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan

pendidikan yang terbaik dan ibu bapa hendaklah memberikan

sokongan dan dokongan sepenuhnya (optimum) untuk

memudahkan anak-anak kita belajar dengan sempurna. 

Pastikan anak-anak kita hadir ke sekolah bukan sahaja untuk

P&P tetapi juga aktiviti kokurikulum. Untuk tahun 2011 sesi

persekolahan dan pembelajaran rasmi bermula pada jam 1.10

petang hingga 6.45 petang manakala waktu rasmi aktiviti

kokurikulum ialah pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari


jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Jadi tuan/puan dipohon untuk

mengaturkan kemudahan pengangkutan pergi dan balik anak-

anak tuan/puan dengan selesa dan sebaik-baiknya. Semua

peraturan sekolah boleh dirujuk dalam Buku Peraturan Sekolah

yang akan dibekalkan kepada anak-anak tuan/puan dan setiap

pelajar dan ibu bapa akan diminta menandatangani borang

akujanji disiplin mematuhi semua peraturan sekolah seperti

yang terkandung dalam buku berkenaan.

7. Tuan/puan yang dihormati sekalian, sekolah ini akan berusaha

untuk memastikan perkhidmatan pendidikan dapat diberikan

kepada anak-anak kita adalah terbaik. Sekolah ini mempunyai

kemudahan yang cukup untuk anak-anak kita belajar – bilik

darjah, makmal, bengkel, kantin, dewan, padang permainan,

perpustakaan, guru yang cukup, surau, kemudahan bantuan

oleh kerajaan seperti SPBT, biasiswa bagi yang layak, dan

lain-lain. Bagaimanapun saya mengalu-alukan komitmen

tuan/puan untuk membantu sekolah ini mencapai tahap


prestasi yang lebih unggul melalui peranan-peranan yang

boleh kita mainkan. Pendidikan adalah meliputi segala-

galanya, malah keindahan taman, keceriaan sekolah, dan apa

sahaja adalah elemen pendidikan.  Justeru saya mengalu-

alukan sumbangan tuan/puan baik dalam bentuk buah fikiran

atau material untuk memajukan sekolah ini. Hampir 45 tahun

sekolah ini ditubuhkan dan hakikatnya banyak lagi perkara

yang perlu kita lakukan dan sediakan khususnya dari segi

kemudahan pembelajaran anak-anak – contohnya

menambahkan koleksi buku di pusat sumber, menambahkan

pondok bacaan/istirahat,  mempertingkatkan keceriaan sekolah

dan lain-lain. InsyaAllah marilah kita bersama untuk

memajukan sekolah ini melalui apa juga platform yang ada.


8. Tuan/puan yang dihormati sekalian, bagi anak-anak kita di

tingkatan 1 ini beberapa perkara yang perlu tuan/puan

maklumi:

1. Pakej mata pelajaran.

(a) Kelas Aliran Agama (KAA) – 9 mata pelajaran

termasuk

Bahasa Arab Komunikasi.

(b) Subjek diambil  - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, Sains,

Kemahiran Hidup, Geografi, Bahasa Arab, Pendidikan

Seni Visual, ICTL, Pendidikan Moral

2. Aktiviti kokurikulum

(a) Pelajar akan terlibat dengan memasuki 1 unit

beruniform, satu persatuan kelab dan 1 sukan

permainan.

(b) Hari Rabu adalah hari yang digazetkan untuk

pemakaian uniform unit beruniform - KRS, KPA, PKBM,


PBSM, Pengakap, Pandu Puteri dan sebagainya.

9. Tuan/puan sekalian, seperkara lagi yang saya ingin

maklumkan ialah berkaitan bayaran persekolahan bagi tahun

2011 yang sering ibu bapa inginkan penjelasan lanjut.

Sebagaimana edaran yang dipanjangkan kepada tuan/puan

bersama surat tawaran daripada PPD Keramat suka saya

nyatakan bahawa yuran sekolah berjumlah RM9.00 setahun

adalah percuma seperti mana diputuskan oleh kerajaan.

Bagaimanapun setiap murid dikehendaki menjelaskan bayaran

tambahan berdasarkan perkhidmatan yang diberikan oleh

sekolah ini berjumlah RM45.50 meliputi bayaran insuran

takaful, MSSM, peperiksaan, lembaran kerja, aktiviti

pendidikan Islam dan Moral, sukan tahunan, kokurikulum dan

majalah sekolah.  Bayaran lain melibatkan sumbangan PIBG

dan kelas komputer akan dikeluarkan kemudian.


10. Akhir kata, tuan/puan saya mengharapkan agar perjalanan

pendaftaran pada hari ini akan dapat berjalan dengan lancar 

kerana pagi ini antara aktiviti yang terlibat ialah pendaftaran,

menjelaskan bayaran persekolahan dan pembelian alatan

persekolahan di koperasi sekolah. Sekali lagi saya bagi pihak

sekolah mengharapkan kita dapat bersama-sama memastikan

kemajuan sekolah kita ini – demi kecemerlangan anak-anak

kita.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Disediakan oleh:

Cik Maizatul Aswat binti Taharim

You might also like