You are on page 1of 6

TUGASAN 1

P 3119 PENGURUSAN PERNIAGAAN


DAT 2A & DPR 2A

1. Cari sumbangan tokoh-tokoh atau pendekatan yang disenaraikan di bawah:

1) Frederick W. Taylor – 4 prinsip


2) Frank & Lilian Gilbreth – time & motion study
Mary Parker Follet – empowerment
3) Max Weber – 5 prinsip
4) Henry Fayol – 5 fungsi & 14 prinsip
5) Hugo Munsterberg – psikologi industri
Elton Mayo – 2 fasa
6) Sains pengurusan
- kuantitatif
- pengurusan operasi
- total Quality Management
- management Information System

7) Organisasi – persekitaran
- pendekatan kontigensi
- pendekatan sistem

2. Anda dikehendaki membuat laporan ringkas sumbangan tokoh-tokoh atau


pendekatan di atas dan perlu mambentangkannya pada 31 Januari 2008.
3. Tugasan adalah secara individu dan perlu dihantar pada 31 Januari 2008 sewaktu
kelas.
4. Cover muka hadapan warna kuning (DAT 2A) dann warna hijau (DPR 2A)
SUMBANGAN HENRI FAYOL

Henri Fayol (1841-1925)


1) Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai
satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti
oleh setiap pengurus. Beliau digelar ‘Bapa Pemikiran Pengurusan’ disebabkan
oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi
digunakan hingga saat ini. Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan
berdasarkan 5 fungsi pengurusan iaitu:

• Perancangan
• Pengorganisasian
• Pengarahan
• Penyelarasan
• Pengawalan

i. Perancangan

Pengurus perlu membuat jangkaan terhadap peristiwa yang boleh memberi kesan
kepada organisasi dan merancang pelan operasi yang sesuai untuk mendapatkan
keputusan yang diingini pada masa depan.

ii. Pengorganisasian

Pengurus harus menentukan gabungan yang sesuai bagi sumber organisasi;


termasuk mesin, bahan dan tenaga manusia; untuk menyiapkan sesuatu tugas.

iii. Pengarahan

Pengarahan melibatkan proses memberi arahan kepada pekerja. Pengurus perlu


bertindak sebagai model peranan dan mengamalkan komunikasi dua hala semasa
memberi arahan.

iv. Penyelarasan

Pengurus akan menyelaraskan tindakan mereka melalui aktiviti yang


dilaksanakan. Pengurus harus sentiasa menilai struktur sedia ada jika wujud
sebarang kelemahan.
v. Pengawalan

Pengawalan penting bagi memastikan aktiviti sebenar yang dijalankan adalah


Konsisten dengan aktiviti yang dirancang.
2) Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan
panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini
bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam
menguruskan organisasi.

• Pembahagian kerja
• Autoriti
• Disiplin
• Satu arahan
• Uniti arah dan tujuan
• Mengutamakan kepentingan umum
• Ganjaran
• Pemusatan
• Rantaian skala
• Teratur
• Ekuiti
• Kestabilan perkhidmatan personel
• Inisiatif
• Esprit de corps (kerjasama)

a) Autoriti

• Usaha memberi arahan dan mendapatkan ketaatan


• Wujud daripada kedudukan formal dalam organisasi
• Mewujudkan tanggungjawab

b) Disiplin

Penting untuk melancarkan perjalanan organisasi

c) Satu arahan

Pekerja hanya menerima arahan daripada seorang ketua sahaja

d) Uniti arah dan tujuan

Semua aktiviti dirancang untuk mencapai matlamat yang sama

e) Mengutamakan kepentingan umum

Tidak mengutamakan kepentingan peribadi atau kepentingan sekumpulan pekerja


tertentu sahaja dalam organisasi
f) Ganjaran

Pemberian ganjaran yang adil kepada pekerja dan majikan

g) Pemusatan

• Pemusatan atau pemencaran bergantung pada keadaan


• Memaksimumkan penggunaan kepakaran atau kecekapan pekerja

h) Rantaian skala

• Rantaian autoriti dari atas ke bawah


• Menggalakkan komunikasi mendatar

i) Teratur

• Peralatan disimpan di tempat masing-masing


• Pekerja yang sesuai ditugaskan di tempat yang betul

j) Ekuiti

Pekerja dilayan dengan adil dan saksama

k) Kestabilan perkhidmatan personel

Mengelakkan pusing ganti pekerja kerana pengambilan pekerja baru melibatkan


masa dan kos latihan yang tinggi

l) Inisiatif

Pekerja digalakkan untuk mempunyai inisiatif sendiri dalam menyempurnakan


tugas masing-masing

m) Esprit de corps (kerjasama)

Mengutamakan perpaduan dan semangat kerja berpasukan dalam


menyempurnakan tugas
PENDEKATAN TINGKAH LAKU DAN HUBUNGAN MANUSIA

1) Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku


pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan
mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

2) Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan


organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam organisasi.

3) Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam


pengurusan.

4) Objektif utama pendekatan ini ialah untuk mengukuhkan kejayaan


organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan
manusia yang baik.

5) Pengurus perlu mengetahui mengapa pekerja menunjukkan satu


tingkahlaku yang tertentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang
mempengaruhi mereka bertingkahlaku.

You might also like