P. 1
pengurusan perniagaan

pengurusan perniagaan

5.0

|Views: 4,001|Likes:

More info:

Published by: nang masitoh bt nik rashid on Sep 06, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

TUGASAN 1 P 3119 PENGURUSAN PERNIAGAAN DAT 2A & DPR 2A 1.

Cari sumbangan tokoh-tokoh atau pendekatan yang disenaraikan di bawah: 1) Frederick W. Taylor – 4 prinsip 2) Frank & Lilian Gilbreth – time & motion study Mary Parker Follet – empowerment 3) Max Weber – 5 prinsip 4) Henry Fayol – 5 fungsi & 14 prinsip 5) Hugo Munsterberg – psikologi industri Elton Mayo – 2 fasa 6) Sains pengurusan - kuantitatif - pengurusan operasi - total Quality Management - management Information System 7) Organisasi – persekitaran - pendekatan kontigensi - pendekatan sistem 2. Anda dikehendaki membuat laporan ringkas sumbangan tokoh-tokoh atau pendekatan di atas dan perlu mambentangkannya pada 31 Januari 2008. 3. Tugasan adalah secara individu dan perlu dihantar pada 31 Januari 2008 sewaktu kelas. 4. Cover muka hadapan warna kuning (DAT 2A) dann warna hijau (DPR 2A)

SUMBANGAN HENRI FAYOL
Henri Fayol (1841-1925)
1) Fayol merupakan individu yang pertama membincangkan pengurusan sebagai satu proses dan juga mempunyai fungsi-fungsi yang khusus yang perlu diikuti oleh setiap pengurus. Beliau digelar ‘Bapa Pemikiran Pengurusan’ disebabkan oleh idea-idea beliau dalam bidang pengurusan dan idea-idea beliau masih lagi digunakan hingga saat ini. Menurut Fayol setiap organisasi perlu diuruskan berdasarkan 5 fungsi pengurusan iaitu: • • • • • i. Perancangan Pengorganisasian Pengarahan Penyelarasan Pengawalan

Perancangan Pengurus perlu membuat jangkaan terhadap peristiwa yang boleh memberi kesan kepada organisasi dan merancang pelan operasi yang sesuai untuk mendapatkan keputusan yang diingini pada masa depan.

ii.

Pengorganisasian Pengurus harus menentukan gabungan yang sesuai bagi sumber organisasi; termasuk mesin, bahan dan tenaga manusia; untuk menyiapkan sesuatu tugas.

iii.

Pengarahan Pengarahan melibatkan proses memberi arahan kepada pekerja. Pengurus perlu bertindak sebagai model peranan dan mengamalkan komunikasi dua hala semasa memberi arahan.

iv.

Penyelarasan Pengurus akan menyelaraskan tindakan mereka melalui aktiviti yang dilaksanakan. Pengurus harus sentiasa menilai struktur sedia ada jika wujud sebarang kelemahan.

v.

Pengawalan Pengawalan penting bagi memastikan aktiviti sebenar yang dijalankan adalah Konsisten dengan aktiviti yang dirancang.

2) Fayol juga telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan umum untuk dijadikan panduan kepada pengurus dalam menguruskan organisasi. Pemilihan prinsip ini bergantung kepada pengalaman pengurus untuk dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan organisasi. • • • • • • • • • • • • • • Pembahagian kerja Autoriti Disiplin Satu arahan Uniti arah dan tujuan Mengutamakan kepentingan umum Ganjaran Pemusatan Rantaian skala Teratur Ekuiti Kestabilan perkhidmatan personel Inisiatif Esprit de corps (kerjasama)

a) Autoriti • • • Usaha memberi arahan dan mendapatkan ketaatan Wujud daripada kedudukan formal dalam organisasi Mewujudkan tanggungjawab

b) Disiplin Penting untuk melancarkan perjalanan organisasi c) Satu arahan Pekerja hanya menerima arahan daripada seorang ketua sahaja d) Uniti arah dan tujuan Semua aktiviti dirancang untuk mencapai matlamat yang sama e) Mengutamakan kepentingan umum Tidak mengutamakan kepentingan peribadi atau kepentingan sekumpulan pekerja tertentu sahaja dalam organisasi

f) Ganjaran Pemberian ganjaran yang adil kepada pekerja dan majikan g) Pemusatan • • Pemusatan atau pemencaran bergantung pada keadaan Memaksimumkan penggunaan kepakaran atau kecekapan pekerja

h) Rantaian skala • • i) Teratur • • j) Ekuiti Pekerja dilayan dengan adil dan saksama k) Kestabilan perkhidmatan personel Mengelakkan pusing ganti pekerja kerana pengambilan pekerja baru melibatkan masa dan kos latihan yang tinggi l) Inisiatif Pekerja digalakkan untuk mempunyai inisiatif sendiri dalam menyempurnakan tugas masing-masing m) Esprit de corps (kerjasama) Mengutamakan perpaduan dan semangat kerja berpasukan dalam menyempurnakan tugas Peralatan disimpan di tempat masing-masing Pekerja yang sesuai ditugaskan di tempat yang betul Rantaian autoriti dari atas ke bawah Menggalakkan komunikasi mendatar

PENDEKATAN TINGKAH LAKU DAN HUBUNGAN MANUSIA 1) Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 2) Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam organisasi. 3) Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam pengurusan. 4) Objektif utama pendekatan ini ialah untuk mengukuhkan kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan manusia yang baik. 5) Pengurus perlu mengetahui mengapa pekerja menunjukkan satu tingkahlaku yang tertentu dan apakah faktor psikologi dan sosial yang mempengaruhi mereka bertingkahlaku.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->