You are on page 1of 2

Keperibadian Tunku Abdul Rahman dalam Dasar Luar Malaysia.

Tunku merupakan seorang putera Raja melayu yang mempunyai pendidikan di


Cambridge, sejak zaman remajanya lagi beliau telah memperolehi pendidikan dari
guru-guru ‘private’ dan dilahirkan dalam keluarga yang mewah dan berpendidikan
tinggi serta banyak juga terdorong dalam kehidupan diistana sebagai golongan
bangsawan.1
Setelah berada didalam tampuk pemerintahan, soal merangka dan memutuskan
setiap dasar atau cadangan Tunku lebih bersikap individual dimana semua keputusan
penting akan dibuat oleh Tunku sendiri dan beliau jarang membincangkan sesuatu
keputusan itu besama-sama barisan kabinet yang lain. Walaubagaimanapun,
sesetengah keputusan juga ada dibincangkan bersama Tun Razak dan Tun Ismail dan
seterusnya Tunku akan membentangkan apa yang telah dipersetujui kepada kabinet
sebagai  fait accompli2. Tunku dikatakan sering dan cekap sekali menggunakan cara
“fait accompli” ini kerana sistem ini boleh menyingkirkan penentangan dan bantahan
secara kebocoran untuk memastikan setiap keputusan itu dapat dicapai dan mendapat
persetujuan semua pihak.
Menurut Marvin Ott, Tunku juga kadangkala ada merujuk kepada barisan kabinet
dalam penggubalan dasar luar negara namun tujuannya hanya untuk mendapatkan pengesahan
kabinet terhadap keputussan yang telah beliau ambil 3 manakala menurut
Robert O.Tilman kelulusan dari teman-temannya adalah secara automatik kerana
mereka juga mempunyai persepsi yang sama seperti Tunku. 4
Keperibadian Tunku yang paling jelas mempengaruhi dasar luar Malaysia ialah
bersikap pro-Barat dan anti-Komunis yang keterlaluan. Tunku mendominasi
sepenuhnya tugas dalam membentuk dan memperkasa dasar luarnegara pada 1957. 5
Disebabakan adanya pengaruh pendidikan Barat dan keperibadian sebagai seorang
bangsawan dengan nilai-nilai Barat yang telah bertapak kukuh dalam dirinya
menyebabakan Tunku mempunyai inisiatif dan cara tersendiri dalam mengembangkan
konsep dasar luarnya. Sikap pro-Barat dan anti-Komunis yang keterlaluan merupakan
sendi utama dalam pengasasan Dasar Luar Tanah Melayu semasa era Tunku. 6 Dasar
pro-Barat dan anti-Komunis ini dapat dilihat dengan jelasnya dalam 3 aspek utama
iaitu politik, ekonomi dan pertahanan yang dapat mempengaruhi dan memberi kesan
terhadap dasar luar negara di arena antarabangsa.

1-Sumber ANM. 2002/0007471-Tunku Abdul Rahman, Biografi 1990


2-Fait accompli- sebagai keputusan yang telahpun dipersetujui dan dicapai sendiri oleh beliau
membuatkan keyakinan dan persetujuan pada yang lain.
3-Faridah Jaafar.  Perdana Menteri dan dasar luar Malaysia 1957-2005 penerbit Universiti
Malaya, 2007 hlm. 23.
4-Ibid hlm. 24.
5-Dasar luar Malaysia lahir dari watak Perdana Menterinya Tengku Abdul Rahman, daripada
apa yang menjadi kebiasaan dalam dasar luar Negara-negara yang baru merdeka , kita dapat melihat
tanda-tanda itu terlukis jelas dalam sifat-sifat peribadinya, tulisan T.H Silcock. hlm 42.
6-Abdullah Ahmad.  Tengku Abdul Rahman Dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970, Berita
Publishing Sdn Bhd Kuala Lumpur, 1987. hlm. 2.

1 | “HURAIKAN DASAR DAN BERI PANDANGAN ANDA MENGENAI DASAR LUAR MALAYSIA SEMASA DI BAWAH PEMERINTAHAN
TUNKU ABDUL RAHMAN”,www.scribd.com,ms 2-3.
2 | “HURAIKAN DASAR DAN BERI PANDANGAN ANDA MENGENAI DASAR LUAR MALAYSIA SEMASA DI BAWAH PEMERINTAHAN
TUNKU ABDUL RAHMAN”,www.scribd.com,ms 2-3.

You might also like