You are on page 1of 2

Kepupusan Hidupan Liar

Hidupan liar ditakrifkan sebagai binatang buas yang hidup di dalam hutan
dan tidak dipelihara oleh manusia. Antara contohnyaialah gajah, orang utan, sela
dang,
harimau, monyet, badak, ungka dan seumpamanya.
Sama ada disedari atau tidak, habitat semula jadi hidupan liar di negara ini
telah banyak diceroboh oleh manusia. Pembukaan hutan rimba dan bukit-bukau untuk
dijadikan sebagai kawasan perumahan, pertanian, empangan dan sebagainya telah
menyebabkan tempat tinggal hidupan liar dimusnahkan. Oleh itu, hidupan liar ini
terpaksa melarikan diri ke kawasan lain yang belum diteroka oleh manusia.
Aktiviti pembalakan dan pembersihan hutan merupakan salah satu faktor
yang menyebabkan kepupuisan hidupan liar . Sebatang kecil di sekelilingnya turut
tumbang. Hal ini secara langsung memusnahkan habitat hidupan liar. Oleh yang
demikian, jika aktiviti pembalakan ini dijalankan secara berterusan tanpa kawala
n
sudah pastilah habitat hidupan liar akan menjadi bertambah kecil yang seterusnya
akan
menyebabkan kepupusan hidupan liar.
Kepupusan hidupan liar ini bukan sahaja berpunca darpada projek-projek
pembangunan yang besar, malah amalan-amalan kecil dan sikap cuai manusia.
Antaranya ialah lalai ketika menggunakan ubat pelali sewaktu menyelamatkan
hidupan liar, mengenakan tali ikatan yang terlalu kuat hingga bopleh membunuh
binatang berkenaan dan tidak dapat menyediakan persekitaran yang sesuai bagi
hidupan liar yang telah dijerat dan ditempatkan di pusat-pusat pemeliharaan.
Oleh itu, hidupan liar perlu diberi perlindungan kerana hidupan liar ini dapat
menyumbang pelbagai faedah kepada negara. Satu daripada sumbangan itu ialah
menjadi aset yang berupaya memajukan sektor pelancongan. Tidak dinafikan bahawa
kebanyakan para pelancong gemar melihat cara hidup binatang liar secara dekat da
lam
alam persekitaran semula jadi. Taman Negara di Pahang, misalnya adalah sebuah
taman hidupan liar yang hidup dalam alam semula jadi yang bukan sahaaja berjaya
menarik minat para pelancong dari dalam negara, malah dari luar negara. Binatang
-
binatang liar yang terdapat di taman ini seperti harimau, seladang, gajah, rusa
dan
seumpamanya yang hidup secara bebeas menjadi daya tarikan kepada para pelancong
untuk melancong di negara ini.
Selain itu, perlindungan dan pemeliharaan hidupan liar mempunyai nilai
ekonomi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada sesebuah negara. Misalnya,
melalui pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu untuk menembak rusa, babi
hutan, burung dan pelanduk. PERHILITAN memperoleh sebanyak RM300 000 hingga
RM500 000 hasil daripada pengeluaran lesen-lesen kepada para pemburu. Di samping
itu, nilai dagangan antarabangsa bagi hidupan liar bagi negara ktia amat tinggi,
iaitu
sektiar AS $12 juta setahun.
Hidupan liar juga ialah aset penting dalam bidang penyelidikan perubatan
demi kesejahteraan kesihatan manusia. Umpamanya, monyet yang dijadikan sebagai
bahan eksperimen. Sebagai contoh, seseorang saintis yang berjaya mencipta ubat
untuk sesuatu jenis penyakit tentunya ingin menguji ubat tersebut ke atas sesuat
u
hidupan sebelum disahkan layak digunakan oleh manusia.
Oleh hal yang demikian,keberkesanan sesuatu penemuan baharu dalam bidang sains s
ememangnya memerlukan hidupan liar.
Menyedari hakikat kepentingan melindungi hidupan liar inilah, beberapa
langkah untuk tujuan itu harus dikuatkusakan oelh pihak Jabatan PERHILITAN seper
ti
mengetatkan lagi syarat-syarat permohonan lesen memburu hidupan liar kepada para
pemburu. Di samping itu, pihak tersebut juga haruslah menetapkan musim yang
tempat perburuan yang lebih khusus lagi. Tegasnya Jabatan PERHILITAN haruslah
memantau dan mempastikan Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1972 dipatuhi oelh
kesemua pemburu.
Begitu juga pihak zoo hendaklah mempergiat usaha-usaha pembiakan hidupan liar da
lam kurungan. Rumusannya, hidupan liar juga berhak untuk hidup di muka bumi ini.
Oleh
itu, semua pihak di negara ini haruslah mengambil berat dalam hal mengekal dan
memelihara hidupan liar
Kesimpulannya, saya insaf kerana selama ini telah membeli barang-barangan
yang diperbuat daripada kulit hidupan liar. Saya telah sedar bahawa memulau
barangan tersebut dapat mengelakkan hidupan liar dibunuh untuk menghasilkan
baragan tersebut. Saya juga mengambil iktibar dan berjanji untuk menjaga dan
memelihara hidupan liar daripada terpupus. Saya telah berubah sikap dengan
memboikotkan baragan yang diperbuat daripada hidupan liar agar hidupan liar dapa
t
dipelihara. Nilai yang terdapat dalam esei ini ialah bertanggungjawab dan menyay
angi
dan menghargai alam sekitar.

You might also like