You are on page 1of 14

Kepesatan kemajuan sains dan TEKNOLOGI menyebabkan pelbagai jenis alatan 

dan
penemuan- penemuan baru dicipta dan diterokai oleh manusia. Secara sepintas lalu,
kemajuan sains ini banyak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia
sekiranya digunakan ke jalan yang baik dan selamat. Namun begitu , sekiranya
disalahgunakan , kemajuan sains juga bakal menimbulkan elemen-elemen yang boleh
mencabar nilai-nilai moral. Penemuan KAEDAH DNA, PENGKLONAN, BAYI
TABUNG UJI dan sebagainya merupakan manfaat yang diperolehi manusia hasil
kemajuan sains dan teknologi. Penemuan-penemuan ini tidak terkecuali mendatangkan
kesan-kesan positif dan juga negatif kepada manusia.

APAKAH ITU TEKNOLOGI DNA ?


DNA

Asid Deoksiribonukleik atau nama singkatannya DNA merupakan sebatian kimia yang
kompleks iaitu karbon, hidrogen, oksigen dan fosforus yang ditemui di dalam nucleus
setiap sel yang membawa maklumat yang diperlukan untuk perkembangan seseorang
individu. Dengan kata lain DNA bermaksud proses mengenal pasti profil atau identity
seseorang berdasarkan kaedah saintifik.

 Darah dan kesan darah

 Air mani dan kesan air mani

 Tisu

 Tulang dan organ

 Rambut / bulu yang mempunyai akar

Bahan-bahan biologi yang lain seperti air liur, air kencing, air mata dan peluh boleh juga
dianalisis sekiranya mempunyai DNA yang mencukupi. Oleh kerana DNA adalah bahan
biologi ia akan mudah terurai atau rosak jika sumber-sumber tersebut terdedah kepada
haba, kelembapan dan bakteria.

KEPENTINGAN DNA

Pemprofilan DNA adalah satu kaedah yang digunakan secara meluas dimakmal-makmal
forensik diseluruh dunia. Ia digunakan bagi menentukan samada sesuatu bahan bukti
biologi yang ditemui ditempat kejadian jenayah mempunyai hubungkait dengan suspek
atau tidak. Kaedah mengenalpasti identiti ini juga dipergunakan kepada penentuan
hubungan kekeluargaan, mengenalpasti status anak yang dicurigai dan kes-kes jenayah
seperti rogol dan pembunuhan.
KEBURUKAN DNA
1. Manipulasi gen dalam bidang pertanian dan penternakan akan menghasilkan
haiwan dan tumbuhan transgenik yang bermutu tinggi. Tetapi masalah sosial dan
ekonomi akan timbul jika tidak ada pengawalan daripada pihak yang
bertanggungjawab.
2. Teknologi DNA akan akan memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam
tentang diri kita. Namun begitu akan ada pihak yang akan menyalahgunakan
pemahaman ini yang boleh menimbulkan banyak isu moral yang kontroversi
seperti percubaan untuk menentukan keadaan rupa bentuk fizikal dan mental
seseorang manusia.
3. Negara yang maju akan  menggunakan kemajuan teknologi ini untuk
meningkatkan mutu populasinya, seterusnya akan menggunakan kelebihan ini
untuk mengawal seterusnya menindas Negara-negara yang lemah.

PENGKLONAN  (CLONING)
Pengklonan secara amnya adalah teknik menghasilkan keturunan dengan kod genetik
yang sama dengan induknya pada makhluk tertentu. Baik berupa haiwan, tumbuhan dan
juga manusia. Teknik ini terlebih dahulu dipraktikkan keatas tumbuhan dan haiwan sejak
10 tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan dan menjaga kualiti tanaman dan ternakan.

KAEDAH PENGKLONAN

Dalam kontek manusia, pengklonan dilakukan dengan cara mengambil sel tubuh (sel
somatic) dari tubuh manusia misalnya sel kulit. Inti sel yang mengandungi DNA
(nukleusnya) tubuh ini kemudian diambil dan ditanam pada sel telur (ovum) wanita yang
telah dikeluarkan inti selnya. Dengan bantuan sejenis cairan kimia khas dan denyutan
eletrik, inti sel dari tubuh itu disatukan dengan ovum. Denyutan eletrik kedua akan
diberikan untuk memulakan pembuahan dan percambahan sel. Sel yang bercambah akan
dipindahkan kesalam rahim seseorang wanita agar ianya dapat berkembang membentuk
janin sempurna. Setelah itu bayi yang berasal dari janin itu dilahirkan secara tabie.
Keturunan yang dihasilkan akan mempunyai kod genetik yang sama dengan induknya
iaitu orang yang menjadi sumber inti sel tubuh yang telah ditanam pada sel telur
perempuan.

KAEDAH PENGKLONAN terbahagi kepada dua :

Pertama PENGKLONAN Reproduktif, ia bermula dengan sel A yang mempunyai


nucleus sel B kemudian disuntik ke dalam rahim wanita (ibu tumpang). Lalu lahir
individu yang mempunyai rupa paras dan kandungan genetik yang sama dengan B.
Teknik ini banyak menimbulkan persoalan dari segi agama, etika, moral dan akhlak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai ibu bapa serta penghasilannya tidak melalui
proses kelahiran yang normal (proses persenyawaan lelaki dan wanita).

KELEBIHAN PENGKLONAN
1. Klon yang mempunyai ciri terbaik dipilih dari induk terbaik dan bermutu serta
berdaya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit atau serangga perosak
dalam bidang pertanian.
2. Tempoh masa untuk mengdapatkan hasil akan lebih singkat dan ini akan dapat
meningkatkan tahap ekonomi para pengusaha dalam bidang pertanian.
3. Pengklonan adalah satu cara pembiakan vegetatif. Maka pengklonan tidak
memerlukan gen pendebungaan. Dengan demikian pengklonan boleh dilakukan
pada bila-bila masa sahaja.
4. Pengklonan Terapeutik bertujuan untuk menyembuh penyakit manusia seperti
lemah jantung, kanser, Parkinson, Alzheimer dan leukemia. Ia dilakukan dengan
menggunakan sel, tisu dan organ. Oleh kerana tujuannya lebih murni pengklonan
reproduktif kerana memberi harapan kepada pesakit yang mengidap penyakit
kronik maka bayak pihak yang membenarkan kaedah pengklonan ini.

KEBURUKAN PENGKLONAN

1. Klon yang diperoleh daripada kultur tisu tidak menunjukan perbezaan dari
segigenetik. Oleh itu apabila keadaan persekitaran menjadi tidak sesuai
keseluruhanklon mungkin terhapus sama sekali.
2. Pengklonan merupakan kaedah pembiakan manusia yang berlaku tidak secara
semulajadi. Akan ada orang yang akan memandang bukanlah konsep
perkahwinan sahaja yang dapat mengembangkan keturunan dan zuriat.
3. Setiap hasil klon akan mempunyai daya rintangan yang sama, apabila berlaku
serangan penyakit dan makhluk perosak kesemuanya akan musnah dengan cepat.

Pengklonan Yang Gagal

BAYI TABUNG UJI


Satu kaedah perubatan untuk mendapatkan anak melalui proses persenyawaan di antara
benih suami dan isteri di dalam tiub tabung uji.

KAEDAH PELAKSANAAN BAYI TABUNG UJI

 Benih suami yang berkualiti sahaja yang akan dipilih

 Isteri diberikan suntikan hormon bagi membantu beliau mengeluarkan lebih


banyak telur yang berkualiti

 Persenyawaan akan dilakukan di dalam makmal dengan persekitaran yang sesuai


di dalam tiub ujikaji samada dengan teknik laporoskop atau suntikan melalui
faraj.
 Apabila persenyawaan berjaya dilakukan dalam masa 72 jam, embrio akan
dimasukkan kedalam rahim

 Perkembangan seterusnya akan dilakukan melalui teknik ultrasound atau ujian air
kencing untuk memastikan wanita itu mengandung atau tidak

ALASAN KAEDAH INI DILAKUKAN

 Isteri tidak dapat hamil secara normal

 Faktor kesihatan seperti menghidapi penyakit kencing manis

 Benih suami tidak cukup atau tidak aktif

 Tidak dapat dikesan sebabnya

KEBAIKAN BAYI TABUNG UJI

 Dapat membantu pasangan yang tidak dapat memperolehi anak.

 Alternatif yang sah bagi mengantikan kaedah klon

 Dapat menghasilkan bayi yang normal

 Penemuan baru yang boleh membantu manusia dalam kehidupan

KEBURUKAN BAYI TABUNG UJI

 Penyalahgunaan kaedah dengan menggunakan benih orang lain atau haiwan

 Kaedah ini akan digunakan untuk tujuan komersial bukan satu bantuan kepada
manusia

 Tanggapan orang ramai terhadap anak-anak tersebut lebih kepada positif

 Menggangu proses persenyawaan semulajadi manusia

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN BAYI TABUNG UJI

 Satu badan khas yang mengkaji dan mengurus isu ini hendaklah ditubuhkan
dengan keanggotaan daripada disiplin perubatan, kemasyarakatan dan keagamaan
 Satu akta khas perlu digubal untuk menanganinya

 Pendidikan dan kefahaman yang jelas perlu disebarkan kepada rakyat secara tepat

 Proses bagi kaedah ini dari mula hingga akhir hendaklah diawasi terutamanya
dari perspektif agama dan moral

RUMUSAN

 Kaedah ini adalah satu alternatif bagi pasangan yang belum mendapat anak

 Pelaksanaan kaedah ini akan berjaya dari sudut agama nilai dan norma
masyarakat. Apabila mereka yang terlibat sedar dan ikhlas melaksanakannya

 Manusialah yang menentukan baik buruknya kaedah ini berdasarkan


pertimbangan agama, akal, niali dan norma masyrakat

IBU TUMPANG ( SURROGATE  MOTHER )


IBU TUMPANG

  Ibu tumpang merujuk kepada seseorang yang mengambil tempat seorang yang
lain dalam perihal mengandung dan melahirkan anak. Benih bayi dari pasangan lain akan
disemai dalam organ peranakannya hinggalah ia melahirkan bayi tersebut. Ibu tumpang
akan menyerahkan  bayi yang dilahirkannya kepada pasangan tadi untuk dibesarkan.
Kaedah ibu tumpang dilakukan dengan dua cara, pertama Straight Surrogacy adalah
ibu tumpang yang menggunakan telurnya sendiri untuk disenyawakan dengan seperma
lelaki yang terlibat. Kaedah kedua ialah Host Surrogacy iaitu ibu tumpang akan
membawa anak genetik pasangan yang mandul kedalam rahimnya.

Alasan kaedah ini digunakan antaranya permasalahan peranakan yang dihadapi oleh
isteri samada tiub fallopio yang terlalu sempit, badan yang terlalu lemah atau factor
kesihatan seperti penyakit kencing manis. Alasan yang kedua sebagai alternatif bagi
mengelakan dari mengambil anak angkat yang terbukti bukan daripada keturunan bagi
pasangan yang sukar mendapat anak.

Kebanyakan ibu tumpangan adalah terdiri daripada kawan rapat atau anak saudara
kepada pasangan yang tidak ada anak. Kegiatan ibu tumpangan semakin berleluasa
dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Kebanyakan tempat mempunyai agen-
agen ibu tumpangan yang berpotensi serta dapat membantu pasangan yang berkenaan
mendapat anak. Agen ibu tumpangan biasanya dikendalikan oleh doctor atau peguam.
Agen ibu tumpangan yang dibuka untuk tujuan komersial biasanya mengenakan
bayaran lebih kurang RM 10, 000.

KEBAIKAN IBU TUMPANGAN


1. Merupakan satu alternatif dan penyelesaian masalah kepada pasangan yang tidak
mempunyai zuriat.
2. Memperoleh anak secara sah daripada darah daging sendiri untuk kesinambungan
keturunan dan pewarisan harta.
3. Mengelak dari meningkatnya konflik rumahtangga yang berpunca dari masalah
tidak mempunyai keturunan

KEBURUKAN IBU TUMPANG

1. Kadar perbelanjaan yang tinggi sekiranya dijalankan dalam bentuk komersial


2. Akan berlaku kecacatan atau kematian kerana ianya berlaku bukanlah secara
semulajadi.
3. Kesanggupan memelihara anak sekiranya anak yang dilahirkan tidak memenuhi
seperti yang diharapkan seperti adanya kecacatan pada anak tersebut.

PIL PENCEGAH KEHAMILAN


PIL PENCEGAH KEHAMILAN

Pil pencegah kehamilan merujuk kepada pil yang digunakan oleh golongan wanita
untuk mengelak daripada hamil (mengandung). Pil ini berperanan untuk mengelakkan
daripada kesuburan pada sistem peranakan seseorang wanita sebagai salah satu cara
perancangan keluarga. Hampir 70 juta wanita seluruh dunia sejak 15 tahun dulu telah
menggunakan pil ini.

Pil Pencegah Kehamilan

KEBAIKAN PIL PENCEGAH KEHAMILAN

1.      Merancang kelahiran anak atas sebab keadaan ekonomi sesebuah keluarga dan juga
negara. Masalah kepadatan penduduk dapat diatasi dan masalah kemiskinan dapat
dikurangkan.

2.      Untuk membantu seseorang ibu yang menghadapi masalah untuk hamil dan
melahirkan anak. Misalnya ibu yang mempunyai penyakit yang menghalang tumbesaran
bayi di dalam rahim. Selain itu ibu yang tidak sesuai untuk hamil kerana peringkat umur
terlalu muda atau terlalu tua

KEBURUKAN PIL PENCEGAH KEHAMILAN

1. Akan disalahgunakan oleh mereka yang tidak mempunyai alasan yang benar-
benar kukuh untuk menggunakannya.
2. Mempunyai kesan sampingan terhadap pengguna yang menggunakan secara
berlebihan atau tidak terkawal seperti penyakit berbahaya kanser dan sebagainya.
3. Jumlah penduduk bagi sesebuah negara akan mengalami kekurangan sekiranya
penggunaannya tidak dikawal dengan baik.
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Pencemaran alam sekitar merujuk kepada sebarang aktiviti manusia yang boleh
menyebabkan alam sekitar menjadi kotor dan tercemar. Pencemaran alam sekitar
terbahagi kepada empat :

1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran tanah
4. Pencemaran bunyi

Pencemaran Uda

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran ini berlaku apabila sesuatu bahan atau kumpulan bahan-bahan dimasukkan
atau dilepaskan ke udara sehingga ia dapat mempengaruhi keadaan udara menjadi
tercemar dan membahayakan kepada manusia dan juga makhluk-makhluk yang lain.
Pencemaran udara terbahagi kepada dua kategori iaitu, pepejal cemar udara yang terdiri
daripada zarah-zarah terampai seperti asap, habuk dan debu. Kategori kedua iaitu gas-gas
cemar udara yang terdiri dari karbon monoksida, hidrokarbon, oksida-oksida nitrogen,
plumbum dan sebagainya.

Menurut laporan Perkhidmatan kaji Cuaca Malaysia 58.1% bahan pencemar udara adalah
terhasil dari kenderaan, 23 % daripada penjana kuasa, 9.4 % dari pembakaran terbuka.

Pencemaran Tanah

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah berlaku apabila terdapat aktiviti yang boleh merosakkan kualiti tanah.
Antara aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanah ialah :

 Penerokaan dan penggondolan hutan yang tidak terancang telah menggangu


habitat dan ekosistem serta keseimbangan alam.

 Membuang sisa toksid tanpa kawalan yang sewajarnya menyebabkan tanah


tercemar dan beracun

 Penggunaan racun seranggadan rumpai secara berleluasa menyebabkan tanah


hilang keasliannya.

 Banjir besar akan menghakiskan kesuburan tanah penghakisan yang


membahayakan kepada manusia.
PENCEMARAN AIR

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila terdapat bahan yang boleh memberikan kesan yang
negatif kepada kehidupan manusia dan makhluk lain. Antara bahan yang boleh
menyumbang kepada berlakunya pencemaran air ialah :

1.  Kumbuhan dan najis ternakan yang disalurkan ke sungai dan diuraikan oleh bacteria
yang melibatkan sejumlah besar oksigen. Ini akan mengakibatkan berkurangnya
kandungan oksigen di dalam air bagi kehidupan di dalamnya.

2.  Bahan kimia organik  seperti  seperti racun perosak, bahan pewarna dan bahan kimia
bukan organik yang larut dalam air seperti sebatian plumbum dan merkuri akan
merosakan kualiti air.

3.  Bahan yang tidak larut seperti tanah yang masuk kedalam sungai akibat hakisan dan
pepejal terapung menyebabkan sungai cetek dan kotor.

PENCEMARAN BUNYI

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran ini berlaku apabila kenyaringan dan kekuatan sesuatu bunyi melampaui
kemampuan telinga manusia mendengarnya. Pencemaran bunyi akan berlaku akibat
aktiviti-aktiviti berikut :

 Kerja-kerja pembinaan yang menggunakan peralatan dan jentera yang boleh


mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.

 Letupan kuari dan ujian bom boleh membawa kepada pencemaran bunyi.

 Kerja-kerja perindustrian yang banyak menggunakan peralatan dan jentera yang


mampu mengeluarkan bunyi yang kuat.

 Kenderaan bermotor yang mengeluarkan bunyi yang kuat.

 Aktiviti meletupkan banggunan yang lama atau seumpamanya turut menyumbang


ke arah pencemaran bunyi.

EUTHANASIA
Euthanasia berasal daripada perkataan  Greek ‘eu’ bermaksuad baik dan ‘thanasia’ mati .
Pengertian asal euthanasia ialah kematian secara aman, senyap dan senang, berbeza
dengan kematian dalam keadaan kesakitan atau disebabkan oleh siksaan yang dipanggil
sebagai ‘cacothanasia’.
Dengan kata lain euthanasia bermaksud pembunuhan yang dilakukan secara sengaja
dengan tujuan untuk menghilangkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang pesakit
yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh kembali.

Euthanasia dilakukan secara sukarela atau paksaan. Sukarela bermaksud pesakit sendiri
yang melakukannya atau meminta orang lain melakukannya, dalam kontek ini boleh juga
disebut bunuh diri. Paksaan pula mermaksud, individu lain yang melakukannya tanpa
memdapat keizinan dari pesakit, Keadaan ini bolehlah kita samakan dengan perbuatan
membunuh dengan sengaja.

PEMBAHAGIAN EUTHANASIA :

1. Euthanasia aktif : Tindakan secara positif yang dilakukan untuk menamatkan


hayat seseorang dengan memberikan sejenis ubat samada dengan mendapat
kebenaran ataupun tidak.
2. Euthanasia pasif : Membiarkan pesakit mati tanpa memberikan rawatan lanjut.

Kini, hasil daripada perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi,
terutamanya kemajuan dalam bidang perubatan, nyawa manusia telah dapat dilanjutkan
dengan menggunakan ubatan atau alat pernafasan yang moden. Manusia seakan-akan
dapat menentukan sama ada ingin mematikan atau menghidupkan seseorang pesakit atau
orang tua. Keadaan ini menimbulkan beberapa isu tentang kematian.

Kini wujud empat situasi yang boleh menimbulkan    keadaan serba salah di kalangan
manusia mengenai isu kematian ini :

1. Kes Karen Ann Quinlan yang mengalami kecacatan otak yang teruk dan berada
dalam keadaan tidak sedarkan diri tanpa mempunyai harapan langsung untuk
sembuh. Begitu juga persoalannya dengan kes-kes orang tua yang menghadapi
penyakit otak kerana tua ( senile ). Isu di sini ialah adakah patut si pesakit itu
dihidupkan dengan menggunakan alat atau dibiarkan mati secara semulajadi?
2. Pesakit yang menghadapi penyakit yang berat, teruk dan berpanjangan seperti
penyakit barah yang tidak dapat diubati lagi. Berbeza dengan kes 1, dalam situasi
ini keadaan mental pesakit adalah normal. Faktor pokok ialah penderitaan,
kesakitan dan keadaan penyakit yang pasti akan membawa maut. Persoalannya :
Adakah seseorang dalam keadaan ini ada hak untuk mati, jika itu kemahuannya
dan pilihannya ?
3. Mangsa-mangsa kemalangan yang kehilangan hampir kesemua keupayaan untuk
berfungsi secara normal dan bebas, termasuk mereka yang lumpuh atau yang
bergantung kepada alat-alatan perubatan untuk terus hidup. Penderitaan yang
dihadapi oleh pesakit dalam kes ini tidak akan membawa maut. Sekiranya mereka
ingin mati, patutkah mereka dibenarkan berebuat demikian ?
4. Bayi yang dilahirkan dengan kecacatan genetik yang teruk dan kebanyakan
daripada mereka tidak mungkin hidup lebih daripada satu atau dua tahun. Bayi
jenis ini akan hidup dalam keadaan kesakitan dan tidak berupaya. Adakah patut
bayi seperti ini dimatikan tanpa usaha rawatan diberikan kepadanya ?
Bayi tabung dan perkembangan anak bayi tabung
Bayi Tabung. Alternatif Untuk Hamil Memiliki anak dari hasil perkawinan merupakan
dambaan setiap pasangan suami-istri. Namun jika sang anak tidak kunjung datang, segala
upaya akan ditempuh, termasuk melalui program bayi tabung.

Hampir setiap pasangan suami-istri (pasutri) sadar, tidak mempunyai anak bukanlah akhir
dunia. Namun, memiliki darah daging sendiri tetap menjadi tujuan yang dirasakan
penting. Apalagi banyak di kalangan masyarakat yang masih menganggap keberadaan
anak tidak saja sebagai keturunan semata, tetapi juga menjadi penerus nama keluarga dan
segala adat budaya yang menjadi konsekuensinya.

Tidaklah heran jika banyak pasutri yang belum memiliki anak melakukan berbagai cara
untuk mendapatkan momongan. Mereka tidak lelah untuk konsultasi kepada dokter
kebidanan, mengkonsumsi obat penyubur, berkonsultasi ke sinse, dukun, sampai rajin
makan makanan tertentu yang dianggap bisa membantu kehamilan. Namun setelah
berbagai cara ditempuh, sang anak tidak juga kunjung datang. Padahal, semua konsultan
mengatakan pasutri itu subur.

Menurut Prof Dr dr Sudraji Sumapraja SpOG (K), pelopor program bayi tabung di
Indonesia, pasutri yang mengalami gangguan kesuburan pada tingkat dunia mencapai 10-
15 persen. Dari jumlah itu, 90 persen diketahui penyebabnya. Dari jumlah tersebut, 40
persen di antaranya berasal dari faktor perempuan, 30 persen dari faktor pria, dan 30
persen sisanya berasal baik dari faktor pria maupun perempuan.

Sekarang, memiliki anak lewat program bayi tabung semakin banyak dipilih. Program ini
membantu para istri maupun suami yang mempunyai masalah pada alat reproduksi atau
juga karena sebab yang tidak jelas. "Saya memilih program ini karena menurut dokter,
saya dan suami sehat, tidak ada masalah dengan kandungan atau kualitas sperma. Tetapi
entah kenapa, hingga sembilan tahun perkawinan, saya tidak hamil juga," kata Gita (36
tahun), yang sedang mengikuti program bayi tabung untuk ketiga kalinya.

Jika Gita tidak mengetahui penyebab ketidakhamilannya, tak demikian dengan pasangan
Anto (39) dan Sari Fariza (31). Setelah tiga tahun perkawinan tidak kunjung punya
momongan, pasangan ini mulai berkonsultasi dengan dokter. Setiap kali konsultasi,
dokter berkesimpulan tidak ada sperma yang ke luar dari alat reproduksi Anto.

Namun, Anto dan Sari tidak percaya begitu saja. Sampai lima tahun berikutnya, mereka
selalu mencari tahu dan berusaha mencari jawaban kepada berbagai ahli, baik medis
maupun alternatif. Apapun usaha yang bisa membuat Sari hamil. "Tetapi kesimpulan
mereka sama. Sari tidak bisa hamil karena saya tidak bisa mengeluarkan sperma," kata
Anto.

Sampai pada suatu saat, mereka bertemu dengan seorang dokter yang mengusulkan untuk
mengikuti program bayi tabung. Mereka pun setuju mengikuti program ini walaupun
sebenarnya mereka agak pesimistis. "Dokter sih optimistis karena menurut dia
sebenarnya hormon saya normal dan bisa menghasilkan sperma. Dokter curiga ada
penyumbatan di salah satu tempat yang membuat sperma saya tidak keluar. Jadi
mengikuti program bayi tabung adalah satu-satunya cara agar saya punya anak," kata
Anto yang memutuskan ikut program ini Agustus 2005 dan akhir Mei 2006 lalu berhasil
mendapatkan dua anak kembar.

Ketika memutuskan mengikuti program bayi tabung, pasangan suami-istri sebaiknya


sudah mempertimbangkannya dengan matang. Selain harus mengeluarkan biaya yang
cukup besar-dari Rp 16,5 juta sampai Rp 54 juta, tergantung paket yang diambil pasutri
yang mengikuti program ini, juga dituntut memiliki kedisiplinan dan motivasi yang kuat.
"Kalau bukan karena motivasi yang kuat, saya rasa saat ini saya tidak bakalan memiliki
ketiga anak yang lucu-lucu ini," kata Yenny Halim (40), ibu dari kembar tiga. Yenny
mengikuti program bayi tabung pada tahun 2001.

Motivasi memang memegang peranan yang paling penting. Dengan motivasi, rasa sakit
dan stres yang muncul selama mengikuti program ini menjadi seakan tidak cukup berarti.

Program yang lebih terfokus pada istri ini memang membawa konsekuensi berat pada
istri. Setiap hari, sekitar lima sampai 14 hari (tergantung perkembangan tiap individu),
istri harus disuntik pada waktu-waktu yang sama.

Jadi, setiap hari mereka para istri harus bolak-balik ke rumah sakit, dua kali setiap hari.
Ini untuk pengambilan darah, pemeriksaan dengan ultrasonografi dan suntik hormon
yang bertujuan memperbanyak jumlah sel telur yang matang. "Ketika suntik hormon
selesai dan telur sudah siap dipanen, perut rasanya kembung sekali. Bayangkan saja, jika
satu telur besarnya kira-kira 20 milimeter, sementara di perut ada 11 telur yang matang.
Jadi, bisa dibayangkan perut rasanya besar banget," kata Gita.

Belum lagi rasa sakit ketika proses pengambilan sel telur dilakukan dan penanamannya
kembali ke rahim setelah menjadi embrio. "Biarpun sudah dibius, tetapi saya masih ingat
bagaimana rasa sakitnya saat itu!" ucap Yenny mengenang.

Yenny yang berhasil hamil, kemudian harus beristirahat total selama masa kehamilan. Ini
karena tiga dari empat embrio yang ditanamkan kembali di rahimnya berkembang dengan
baik. "Kehamilan saya dianggap berisiko tinggi karena mengandung tiga anak pada
kehamilan pertama. Apalagi usia saya pada waktu itu 36 tahun, tidak muda lagi," kata
Yenny.

Memacu sel telur Prosedur bayi tabung dimulai dengan perangsangan indung telur istri
dengan hormon. Ini untuk memacu perkembangan sejumlah folikel. Folikel adalah
gelembung yang berisi sel telur. Perkembangan folikel dipantau secara teratur dengan alat
ultrasonografi dan pengukuran kadar hormon estradional dalam darah.

Pengambilan sel telur dilakukan tanpa operasi, tetapi lewat pengisapan cairan folikel
dengan tuntunan alat ultrasonografi transvaginal. Cairan folikel tersebut kemudian segera
dibawa ke laboratorium. Seluruh sel telur yang diperoleh selanjutnya dieramkan dalam
inkubator.
Beberapa jam kemudian, terhadap masing-masing sel telur akan ditambahkan sejumlah
sperma suami (inseminasi) yang sebelumnya telah diolah dan dipilih yang terbaik
mutunya.

Setelah kira-kira 18-20 jam, akan terlihat apakah proses pembuahan tersebut berhasil atau
tidak. Sel telur yang telah dibuahi sperma atau disebut zigot akan dipantau selama 22-24
jam kemudian untuk melihat perkembangannya menjadi embrio.

"Dokter akan memilih empat embrio yang terbaik untuk ditanamkan kembali ke dalam
rahim. Empat embrio merupakan jumlah yang maksimal karena apabila lebih dari empat,
risiko yang ditanggung ibu dan janin akan sangat besar. Bahkan kehamilan tiga saja
sudah bisa disebut sebagai kehamilan berisiko," kata Sudraji yang baru saja meluncurkan
buku biografinya sebagai perintis bayi tabung di Indonesia.
Embrio-embrio yang terbaik itu kemudian diisap ke dalam sebuah kateter khusus untuk
dipindahkan ke dalam rahim. Terjadinya kehamilan dapat diketahui melalui pemeriksaan
air seni 14 hari setelah pemindahan embrio."Saat ini tingkat keberhasilan bayi tabung
masih sekitar 25 persen. Angka ini berlaku di seluruh dunia, bukan hanya di Indonesia.
Semakin muda umur istri, semakin besar peluang kehamilannya. Pada perempuan usia
kurang dari 35 tahun, angka keberhasilan mencapai 30-33 persen. Sementara pada
perempuan berusia lebih dari 40 tahun, maka peluang kehamilannya hanya delapan
persen," tutur Sudraji.
Ditentukan Kualitas Sperma-Sel Telur Program bayi tabung pada prinsipnya
mempertemukan sperma dan ovum secara in vitro (di luar tubuh). Bayi tabung membantu
terjadinya proses pembuahan yang secara alami tidak dapat terjadi pembuahan.

Menurut salah seorang konsultan IVF di Klinik Fertilitas Teratai dr Irsal Yan SpOG,
pihak wanita akan dirangsang sel telurnya supaya memproduksi lebih dari satu. Tujuan
dari mengikuti program ini agar sel telur yang diproduksi lebih banyak. "Sel telur
dirangsang dengan obat-obat hormon sampai cukup matang seperti jumlah lebih banyak
dan diameter lebih banyak," sebut dr Irsal.
Sementara proses pengambilan sperma diambil pada hari yang sama melalui masturbasi.
Pada suami yang spermanya tidak keluar dengan cara biasa, dilakukan pengambilan
sperma melalui testis, buah zakar atau saluran sperma sendiri.

"Diperlukan kualitas sperma dan sel telur yang bagus agar program bayi tabung berhasil,"
kata embriologist Dra Laksmi Wingit Ciptaning Msi.
Dia menuturkan, sel ovum dikatakan matang bila sudah mempunyai satu polar bodi.
Adapun, sperma mempunyai kualitas yang bagus jika mempunyai bentuk normal dan
gerakan yang maju lurus ke depan. Ketika telur sudah matang dan diambil melalui proses
ovum pick up, maka sel telur siap untuk dipertemukan dengan sperma.

"Proses pembuahan bisa dilakukan dengan cara konvensional atau teknik ICSI (intra
cytoplasmic sperm injection)," kata Laksmi. Cara konvensional dengan membuahi satu
telur dengan 100 ribu sperma. Sedangkan, ICSI (intra cytoplasmic sperm injection) yaitu
teknik reproduksi dengan cara menyuntikkan satu sperma hidup ke dalam satu sel telur.
Setelah terjadi pembuahan selama dua sampai tiga hari di luar, pilih yang paling baik,
kemudian masukkan kembali ke dalam rahim istri. Kemudian dipilih dua atau tiga embrio
(tergantung umur istri) untuk dimasukkan ke dalam rahim. Jika masih tersisa embrio
yang berkualitas bagus akan disimpan. Proses ini dinamakan freezing.

Embrio ini bisa disimpan selama bertahun-tahun, ketika ingin hamil kembali pasangan
tidak usah mengikuti program bayi tabung kembali. "Embrio yang telah disimpan tinggal
dithawing (dicairkan) kembali," ujarnya.
Menurut konsultan ahli, dr H Taufik Jamaan SpOG, dua minggu setelah embrio
dimasukkan dapat diketahui apakah terjadi kehamilan atau tidak. Selain itu, rahim juga
diberi hormon penguat rahim untuk memperkuat dinding rahim supaya kehamilan terjadi.
Jika wanita mengalami menstruasi, berarti gagal.
Bayi Tabung Tumbuh Lebih PintarPenelitian pertama terhadap anak-anak usia delapan
tahun dari hasil pembuahan melalui metode intracytoplasmic sperm injection (ICSI),
menunjukkan, bahwa mereka rata-rata memiliki tingkat intelegensi yang lebih baik
daripada anak-anak hasil reproduksi normal. Hal tersebut menolak anggapan bahwa
teknik tersebut tidak seaman metode in vitro vertilization (IVF) standar yang biasa
dipakai untuk menghasilkan bayi tabung. ICSI dilakukan dengan menyuntikkan sperma
secara langsung ke dalam sel telur, berbeda dengan IVF standar yang hanya meletakkan
sperma sedekat mungkin dengan sel telur, tanpa disuntikkan, agar dapat melakukan
pembuahan secara alami.Beberapa penelitian pendahuluan yang dilakukan sejak 1998
melaporkan bahwa anak-anak hasil ICSI usia satu tahun terlambat berkembang
dibandingkan anak-anak yang normal. Sehingga keamanan teknik tersebut sempat
diragukan. Tapi, penelitian yang lebih lama terhadap anak usia lima tahun, tidak
ditemukan perbedaan tingkat perkembangan yang signifikan.

Baru-baru ini, tim yang dipimpin Lize Leunens dari Free University of Brussels (VUB) di
Belgia membandingkan antara tingkat intelegensi dan kemampuan motorik terhadap 151
anak hasil ICSI usia delapan tahun dengan 153 anak hasil pembuahan normal.

Hasilnya, tidak ada perbedaan dalam kemampuan motorik dan anak-anak ICSI memiliki
nilai tes intelegensi yang lebih tinggi daripada yang normal. "Kami sangat gembira
karena dalam jangka panjang anak-anak tersebut tidak menderita kemunduran dalam
perkembangannya," katanya. Dalam penelitian tersebut, tidak ada perbedaan level
pendidikan dari ibunya, yang diketahui mempengaruhi tingkat intelegensi seorang anak.
Oleh karena itu Leunens berpendapat, bahwa alasan yang dapat menerangkan adalah
motivasi yang lebih besar dari ibu yang mengandung bayi ICSI. "Ibu yang mengandung
bayi ICSI ini mungkin mendedikasikan dirinya secara khusus sebagai orang tua,"
katanya.

Selain itu, penjelasan yang masuk akal juga disampaikan menanggapi kemunduran
tingkat perkembangan pada bayi ICSI yang berusia sangat muda. Beberapa penelitian
menunjukkan bahwa ibu bayi ICSI lebih suka membesarkan anaknya di rumah daripada
mengirimkan ke playgroup atau berinteraksi dengan orang lain. Kondisi yang mungkin
menyebabkan kemunduran dalam perkembangan sosial. Tapi, penelitian ini bukanlah
jawaban terakhir. Penelitian lain menunjukkan bahwa penolakan banyak orang tua untuk
mengijinkan anaknya diteliti, mungkin agak menurunkan kepercayaan hasil penelitian
Leunens. Faktanya, sepertiga orangtua anak-anak ICSI menolak berpartisipasi.

Tanpa mengesampingkan kemungkinan-kemungkinan yang lain, Leunens menyatakan,


bahwa hasil penelitian tidak berbeda dengan kondisi yang dipaparkan orang tua melalui
wawancara telepon. Ia juga menekankan bahwa penelitiannnya tidak melihat masalah
kesehatan yang lain.

You might also like