You are on page 1of 3

PENGGUNAAN KAD KREDIT

Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat
masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin
popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat
yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card. Menurut pendapat Menteri
Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di
samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan
bertambah pada tahun-tahun yang akan datang. Pada hemat saya penggunaan kad kredit akan terus
diamalkan oleh masyarakat kita kerana kad tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Faktor penggunaan kad kredit / kebaikan kad kredit

Salah satu daripada faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah mereka tidak
perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi sesetengah pengguna, membawa
wang tunai yang banyak ketika membeli belah merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak
kerajaan mewujudkan wang yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus
daripada pengguna yang membeli belah di pasar raya- pasar raya dengan menggunakan kad kredit. Pada
hemat saya pengguna akan berasa lebih selesa menggunakan kad kredit daripada menggunakan wang tunai
kerana kad kredit lebih ringan dan tidak mendatangkan masalah untuk digunakan bila-bila difikirkan perlu.

Pengguna kad kredit juga berasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding dengan penggunaan
wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka
menggunakan kad kredit tersebut mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat
mengesan pemilik sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu
bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh
pengeluar kad kredit American Express, jumlah pemegang kad tersebut bertambah hampir 40 peratus pada
setiap tahun. Menurut kebanyakan pemilik kad tersebut, mereka berasa lebih selamat menggunakan
American Express kerana mereka cepat mendapatkan kad ganti yang baru dengan cepat apabila berlaku
kehilangan. Dalam hal ini saya berpendapat faktor keselamatanlah yang paling banyak mendorong
pengguna menggunakan kad kredit.

Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana mereka tidak perlu
menukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita melancong ke luar negara, kita mungkin
perlu menukarkan mata wang negara kita ke mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian
bagi pemegang kad kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis setiap
kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong, mereka g lebih suka
menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang lebih istimewa ketika berurus niaga
terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa. Pada pendapat saya, keadaan ini
mungkin disebabkan oleh imej kemewahan yang sering dikaitkan dengan pemegang kad kredit.

Keburukan penggunaan kad kredit

Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering menghadapi beberapa
masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu menerima pembelian secara kredit terutamanya
kedai-kedai biasa atau kedai-kedai kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai yang besar atau
pusat-pusat membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan atau pusat-
pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit adalah terhad. Oleh itu, pemegang
kad kredit mungkin menghadapi masalah sekiranya pusat membeli belah atau kedai dan gerai yang mereka
kunjungi itu menolak penggunaan kad kredit.

Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih- lebihan kerana mereka tidak begitu
peka atau perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh sebab itu, kita sering mendengar rungutan
daripada pemilik kad kredit yang menghadapi masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja,
mereka mungkin akan berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak
membayar balik jumlah wang yang telah mereka belanjakan itu.

Hal ini berlawanan dengan pesanan orang tua-tua `beringat-ingat sebelum terkena’. Menurut kajian yang
pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit
mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana
tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut
tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

Seperti yang kita sedia maklum, urusan perniagaan yang menggunakan kad kredit dijalankan dengan
penggunaan komputer.Oleh itu, terdapat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam urus niaga tersebut.
Walaupun perkara seperti ini jarang-jarang berlaku, kebanyakan peniaga tidak yakin dengan pelanggan
yang menggunakan kad kredit terutamanya kad kredit yang tidak popular. Para peniaga tidak sanggup
menanggung risiko yang tinggi dengan menerima kad kredit tersebut. Pihak Polis Bahagian Jenayah
Perdagangan sering mengingatkan para peniaga supaya sentiasa berwaspada ketika berurus niaga dengan
pengguna yang menggunakan kad kredit. Ini kerana mereka telah menerima lebih daripada 150 aduan
berkaitan dengan hal tersebut sejak awal tahun ini.

Langkah-langkah

Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil untuk memastikan supaya


penyelewengan terhadap kad kredit tidak berlaku dan dilakukan dengan sewenang-
wenangnya. Antaranya ialah memperketatkan pengeluaran dan pemilikan kad kredit
dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dan mempunyai
pendapatan yang tinggi boleh memilikinya.

Had minimum kelayakan perlu ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada mereka


yang mempunyai pendapatan RM3500 ke atas. Kelayakan yang ditetapkan sekarang
ini terlalu rendah dan tidak sejajar dengan peningkatan kos hidup rakyat negara ini.
Membenarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana memilik kad
kredit hanya akan mendedahkan mereka kepada beban hutang yang melampau.
Kegagalan mereka membayar balik hutang tertunggak akan mengakibatkan mereka
diisytiharkan muflis dan ini sudah tentu akan menjejaskan kedudukan dana institusi
kewangan yang memberikan “pinjaman” itu melalui kad kredit. Di samping itu usaha
juga perlu diambil untuk mengelakkan para pemegang kad kredit daripada
berbelanja secara keterlaluan.

Kerajaan boleh menggalakkan orang ramai berbelanja tetapi bukan dengan cara
berhutang menggunakan kad kredit. Hal ini dapat dilakukan dengan menaikkan caj
bayaran balik dan kadar faedah hutang tertunggak. Langkah ini mungkin akan
mendapat tentangan daripada para pemegang kad kredit dan juga pihak institusi
kewangan.

Bagi para pemilik kad kredit, langkah itu akan disifatkan sebagai tidak adil. Pihak
bank pula akan melihat langakah ini akan menyebabkan keuntungan dan pulangan
yang bekal diperolehnya mungkin berkurang. Tetapi seyogia diingatkan bahawa
langkah ini akan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak kerana ia
mengurangkan tanggungan pemilik kad kredit dan menurunkan risiko kerugian di
pihak bank.

Pihak bank mempunyai tanggungan untuk mengawal-selia perbelanjaan para


pemegang kad kredit yang menjadi pelanggannya. Mereka tidak sepatutnya
menyembunyikan realiti dan keburukan mengenai kad kredit sekiranya si pemiliknya
tidak berhati-hati menggunakannya. Meskipun pihak kerajaan dan bank boleh
membuat serta mengenakan berbagai-bagai peraturan tetapi penggunalah yang
akan menentukan nasib, kedudukan, dan masa depan kewangan mereka. Mereka
perlu bijak menggunakan kad kredit. Jika tidak, mereka pula yang akan dikuasai oleh
kad kredit dan sejumlah hutang yang perlu dilangsaikan dalam kehidupan sepanjang
hayat mereka.

Setiap pemegang kad kredit seharusnya pandai mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya
supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa yang akan datang. Mereka sepatutnya menggunakan kad
kredit hanya pada waktu kecemasan sahaja. Jika boleh, berbelanjalah mengikut cara yang konvensional
iaitu menggunakan wang tunai yang ada di dalam tangan supaya perbelanjaan itu dapat dikawal dan
diawasi selalu. Kad kredit bukan digunakan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi bagi perbelanjaan yang
tidak perlu. Asas penggunaan dan kad kredit ini perlu difahami. Kegagalan untuk memahami akan
menyebabkan seseorang menyalahgunakan kad kredit sehingga menimbulkan kesengsaraan kepada diri
serta ahli keluarganya.

Kesimpulan

Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan
kad kredit. Namun begitu, sekiranya pemilik kad kredit menggunakan kemudahan tersebut secara bijak,
mereka akan mendapat faedah yang banyak. Sebaliknya, jika kad kredit tidak digunakan secara berhati-
hati, pemiliknya akan menderita akibat beban hutang yang terpaksa ditanggung sehingga bertahun-tahun.
Pada pendapat saya, walaupun penggunaan kad kredit didapati semakin popular dari setahun ke setahun,
namun `wang plastik’ tersebut pasti tidak mungkin dapat menggantikan wang tunai yang sebenar.

You might also like