You are on page 1of 27

Soalan:

Sejauhmanakah teori psikologi Timur mampu untuk menandingi dan menjadi alternatif

kepada teori-teori yang dikemukakan di Barat?

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, falsafah diertikan sebagai satu disiplin ilmiah yang

mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa

Melayu berasal daripada bahasa Arab yang juga berasal daripada perkataan yunani yang

bermaksud "cinta kepada hikmah". Menurut  Kamus Dewan edisi keempat, Falsafah

diertikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang

tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Perkataan "Falsafah" dalam konteks akademik Anglo-Amerika mungkin adalah sesuatu

yang mengelirukan. Ia biasanya merujuk kepada tradisi falsafah daripada tamadun barat

dengan mengetepikan tradisi falsafah daripada tempat lain. Masalah ini menjadi lebih

rumit lagi apabila didapati tiada perkataan "falsafah" yang wujud dalam tamadun China,

Korea, dan Jepun sehingga abab ke-19. Daripada itu, pernah juga sarjana barat yang

menyangka bahawa falsafah itu tidak pernah wujud dalam tamadun ini.

Secara kasarnya, falsafah boleh dibahagikan kepada dua tradisi,antara falsafah barat dan

juga falsafah timur. Bagi tradisi falsafah di Afrika, ia masih dianggap terlalu kabur dan

asing bagi kebanyakan orang. Falsafah barat merupakan satu tradisi falsafah yang

berlaku untuk kawasan Eropah, Amerika termasuk latin Amerika, dan juga di Timur

Tengah.  Falsafah Islam biasanya termasuk juga ke dalam tradisi ini.  Falsafah timur pula

merujuk kepada tradisi falsafah daripada Benua India dan juga daripada timur jauh

seperti China, Korea, dan Jepun.
PERBEZAAN PEMIKIRAN FALSAFAH TIMUR DAN BARAT

Falsafah epistemologi sejarah dari timur mempunyai hubungan dengan aliran ilmu wahyu

(agama Islam, Kristian, Yahudi) dan aliran intuisionisme yang merangkumi daya pemikiran

manusia yang melebihi daya fikir manusia biasa, terutama menyentuh berkaitan kaedah

memperolehi sesuatu ilmu pengetahuan.

Secara jelas dapat dibahagikan dua aliran utama konsep epistemologi sejarah dari timur;

a. aliran ilmu wahyu

b. aliran intuisionisme

Falsafah epistemologi sejarah dari barat pula berkaitan dengan dengan aliran

emperisisme yang menyentuh pengetahuan diperolehi dengan pancaindera dan aliran

rasionalisme yang menjurus pengetahuan ‘akal’ sebagai kaedah sumber dalam

memperolehi ilmu pengetahuan.

Secara asasnya konsep epistomologi barat dapat dibahagikan pada dua aliran;

a. aliran emperisisme

b. aliran rasionalisme
Perbezaan  Aliran- Perspektif Timur

Aliran ilmu wahyu yang dipegang oleh tokoh-tokoh ilmuan Islam, Kristian dan Yahudi

menekankan pada konsep ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sejarah yang

selari dengan kitab Al Quran, Injil dan Taurat. Keyakinan ini diperkuatkan dengan kisah-

kisah sejarah dan zaman lampau yang saling berkaitan dalam ketiga-tiga kitab utama

tersebut, serta kisah-kisah sejarah utama di lampau yang termuat di dalam kitab-kitab

utama tersebut.

Aliran intuisionisme dalam konsep ilmu pengetahuan timur, melihat pada keupayaan

pencernaan ilmu pengetahuan melalui jalan metafizik dan mencapai tahap ‘fana’ yang

meleburkan perbezaan di antara subjek dan objek dan mewujudkan kesatuan di antara

kedua-duanya sekali. Pemikiran ilmu pengetahuan ini sebenarnya tidak dapat melarikan

diri dengan konsep keagamaan atau ritualisme dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi,

disamping agama Buddha dan fahaman Hinduisme.

Aliran ilmu pengetahuan dalam Islam, Yahudi, Buddha dan Hindu dikesan mempunyai

acara-acara ritualisme seperti amalan kerohanian peringkat tinggi dalam mencari sumber

ilmu pengetahuan.  Penggunaan mantera, jampi, ayat-ayat suci dan dengan proses ibadat

secara amalan kebatinan dan rohani dilakukan untuk memperolehi sumber-sumber ilmu

pengetahuan dari alam magis atau daripada Tuhan.

Tradisi timur yang amat dipengaruhi oleh amalan keagamaan dan kepercayaan agama

menilai kebenaran atau ketepatan sesuatu ilmu pengetahuan mestilah bersumberkan ilmu

wahyu.  Ilmu pengetahuan perlu diselarikan dengan kebenaran yang sahih dan tidak

terkeluar dari sumber utama, iaitu kitab Al Quran, Injil dan Taurat.  ‘Sumber wahyu, tidak
syak lagi merupakan sumber pengetahuan yang terpenting dalam tradisi agama-agama

besar yang tumbuh di Timur, khususnya agama-agama langit (samawi) seperti agama

Yahudi, Nasrani, dan Islam’[5].

Bagi ajaran Hindu dan Buddha, sumber-sumber dari kitab suci mereka seperti kitab

Mahabrata menjadi panduan dalam perkembangan ilmu pengetahuan serta sejarah

kehidupan dan tamadun mereka.

 Keutuhan kepercayaan tauhid dan ketuhanan menolak sama sekali penggunaan dalil akal

( aqli) semata-mata dalam mentafsir ilmu pengetahuan , termasuklah dari segi falsafah

sejarah. 

Pegangan utama dan sumber rujukan utama kepada kitab Al Quran, Injil dan Taurat

menyebabkan aliran epistemologi sejarah timur tertakluk dengan nilai-nilai ketuhanan dan

moraliti yang tinggi. Segenap penulis atau pengkaji wajib bertanggungjawab dalam

memastikan setiap bentuk penulisan pensejarahan tidak berlawanan dengan hukum

Tuhan serta undang-undang hukum-hakam agama yang tidak boleh berubah mengikut

kehendak emosi atau akal semata-mata.  Bagi agama Islam, Al Quran dan hadis-hadis

dari Nabi Muhammad s.a.w dianggap sebagai wajib secara mutlaknya untuk dipercayai

atau dirujuk di dalam setiap penulisan pensejarahan. 

Kitab-kitab agama di India, seperti kitab agama Hindu seperti kitab ‘Mahabrata’ dan

‘Ramayana’ menekankan perjalanan kisah sejarah yang berlandaskan fahaman agama

Hindu.  Ini termasuklah kepercayaan mengenai pembalasan dosa dalam konsep ‘Dharma’

dalam agama Buddha yang menyanggah kepada amalan yang berdosa, malahan agama

Buddha mempunyai tradisi dalam amalan ibadat pertapaan dalam memperolehi sesuatu

ilmu pengetahuan.  Fenomena ini jelas bertentangan dengan aliran epistemologi barat

yang menekankan pada unsur rasionalisme dan emperisisme. 


 

Di dalam nilai-nilai falsafah agama Kristian secara asasnya memiliki universialiti sejagat,

ketentuan Tuhan, tamadun peradaban dan pergerakan sejarah ke mercu kegemilangan,

‘peranan St. Agustine dalam zaman era kebangkitan Kristian telah mendominasikan

Zaman Pertengahan’[6] menunjukkan bahawa falsafah sejarah dalam tradisi Kristian

diperjuangkan oleh golongan ilmuan agama tersebut, malah hasil karya St. Agustine ‘The

City of God’ memberikan pandangan penulisan sejarah yang menilai unsur kebaikan dan

keburukan bagi sesebuah tamadun dunia berpunca dari nafsu manusia yang positif atau

negatif.  Ini selaras dengan definasi pensejarahan klasik yang menitikberatkan pada nilai

fungsional dari sebab akibat atau pengajaran daripada peristiwa yang telah berlalu/ silam.

Secara amnya, dalam tradisi aliran timur ia amat menekankan kepada sumber wahyu

akan menilai mengikut acuan kitab agama masing-masing, sebagai contoh agama Islam

dengan 6600 ayat di dalam Al Quran , kisah kisah sejarah yang unggul tercatat di

dalamnya seperti peristiwa Nabi Musa a.s dengan Firaun di Mesir yang menyaksikan

orang-orang Israel berpindah secara besar-besaran dari Mesir ke Sinai.  Al Quran

dinyatakan mempunyai empat perlima isi kandungannya mengandungi peristiwa sejarah,

malahan kitab agama seperti Taurat dan Injil mempunyai peristiwa sejarah yang hampir

bersamaan di antara satu sama lain, contohnya cerita sejarah berkaitan riwayat hidup

Nabi-Nabi ( a.s) yang terpilih. ( Nabi Ibrahim a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Musa a.s).

Secara hierarki sumber sejarah pula, secara jelas dan nyata menunjukkan aliran timur

menekankan unsur-unsur absolutism yang sepenuhnya terhadap pengetahuan yang

diturunkan oleh Tuhan melalui kitab-kitabNya. Konsep ini melihat kepada kekuasaan

Tuhan yang ‘Abadi’ dan tiada makhluk yang dapat mengalahkan kekuasaan Tuhan,

terutamanya dalam kepercayaan para penganut agama Islam kepada Allah S.W.T sebagai

Tuhan Yang Maha Esa.


 Sebagai kesimpulannya, tradisi aliran epistemologi timur menggunakan kaedah

keagamaan dalam mencirikan kaedah ilmu pengetahuan dalam sejarah.  Penggunaan

sumber wahyu dari Tuhan dalam kitab utama agama Islam, Kristian dan Yahudi

memperlihatkan keseragaman dalam ilmu pengetahuan di dunia yang perlu diikat dengan

sumber-sumber wahyu.  Penggunaan kaedah intuisionisme dalam aliran epistemologi

timur membayangkan sesuatu yang dianugerahkan kepada ‘manusia yang terpilih’ untuk

memperolehi ilmu pengetahuan secara ghaib melalui mimpi, pertapaan, ilmu laduni dan

upacara mistik, pemerolehan ilmu pengetahuan secara intuisionisme ini adalah anugerah

Tuhan yang diyakini bagi setiap penganut agama Islam, Kristian, Yahudi, Hindu dan

Buddha.

Perbezaan Aliran – Perspektif Barat

Aliran pemikiran barat menekankan nilai-nilai empirikal yang menekankan konsep

pengalaman dan pengamatan pancaindera, dalam mencerna ilmu pengetahuan. 

Pembuktian empirikal adalah sesuatu yang amat tinggi darjahnya atau tingkatan dalam

menentukan kesahihan sesuatu kajian, mengenai ilmu pengetahuan.  Penyelidikan dalam

bidang sejarah mengikut aliran empirikal barat, menekankan pada bukti pengumpulan

bahan dan sumber yang dapat dibaca dan dilihat oleh para pengkaji.  Pengamatan yang

benar dan fakta-fakta yang sahih akan membuktikan kebenaran sesuatu penulisan ilmu

pengetahuan, berkaitan sejarah manusia mengikut aliran barat.  Pengkajian dengan

pengumpulan data dan bukti empirical merupakan aliran yang amat berpengaruh di barat,

ini diperkuatkan lagi dengan pendapat Auguste Comte ( 1798-1857M) yang menyatakan

abad ini ( moden) dikuasai oleh fakta dan pengamatan para penulis (pengkaji).

Aliran rasionalisme barat lebih menekankan pada penggunaan ‘akal’ semata-mata dalam

proses menggali ilmu pengetahuan. Aliran ini membuat tanggapan bahawa aliran empirikal
akan selalunya berubah-ubah, sedangkan penggunaan akal bersifat tetap dan ketetapan

yang unggul.  Ini menyebabkan wujudnya sub aliran yang hanya menekankan

penggunaan akal fikiran semata-mata serta cuba menafikan aliran ilmu wahyu keagamaan

dalam ilmu pengetahuan.  Ini dapat dilihat dari perspektif barat yang mewarisi beberapa

falsafah sejarah zaman Greek yang terlalu mengutamakan akal semata-mata sebagai

dalil, ‘ ilmu falsafah dan logik berkembang di Greek, dunia Greek memuja akal melebihi

semua yang lain’.

Konsep konstruktivisme epistemologi yang diperkenalkan secara meluas oleh Jean Piaget

(1967) yang mengkritik objektivisme berkaitan manusia yang dikatakan mampu mencapai

tingkat  ilmu pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal ( ilmu ladunni), malah aliran ini

melihat pada unsur ‘realiti’ semata-mata dalam menerangkan mengenai hakikat ilmu

pengetahuan, ianya boleh disingkapkan atau diterangkan secara jelas dengan kaedah

yang digunapakai oleh tokoh falsafah materialisme ( kebendaan) barat seperti Karl Marx

( 1818- 1883M) yang menilai sesuatu isu sosial, sejarah dan ekonomi dengan

membandingkan dengan nilai-nilai materialisme semata-mata, termasuklah dari segi ilmu

pengetahuan.  Konstruktivisme epistomologi menilai ilmu pengetahuan dengan kaedah

pengkajian kualitatif  dan menekankan bahawa para pengkaji atau ahli ilmu pengetahuan

yang menentukan pengetahuan saintifik di dalam ilmu pengetahuan bukannya sumber-

sumber lainnya seperti  ilmu wahyu yang dipegang kuat oleh golongan Islam, Yahudi dan

Kristian.

Aliran barat menekankan dalam konsep kebenaran sesuatu ilmu pengetahuan

berdasarkan logika formal yang dibawa oleh pemikiran Socrates, Plato dan Socrates.  Ini

ditambah dengan teori pertalian, teori kesepadanan dan teori pragmatik, disamping teori

logik berlebihan, teori semantik dan teori non- deksriptif.  Secara amnya, tradisi barat
melihat pada penggunaan akal dan panca indera dalam menentukan kebenaran sesuatu

sumber ilmu pengetahuan dan menolak penggunaan ilmu wahyu dan ilmu agama seperti

Islam, Yahudi dan Kristian.

Aliran skeptisme wujud di barat diakibatkan dari hanya bergantung dengan kebolehan

‘pancaindera’ semata-mata dan penggunaan akal sahaja, tanpa mempunyai nilai roh

keagamaan atau ilmu wahyu.  Ini menyebabkan ‘sejarah muktamad’ yang disimpulkan dari

data sumber pertama yang diperolehi dari pengamatan pancaindera dan akal, dianggap

tidak mampu mempunyai asas yang teguh dan setiap masa boleh dikritik dari segi

ketepatannya.  Contoh yang boleh dilihat dari segi penemuan artifaks di kawasan makam

raja-raja Mesir purba ( piramid) yang masih tidak muktamad dari segi penulisan

pensejarahannya, berbanding kisah sejarah yang terakam dalam Al Quran berkaitan

sejarah raja Mesir ( Firaun) di zaman Nabi Musa a.s yang diturunkan sebagai wahyu dan

tercatat di dalam Al Quran di zaman Nabi Muhammad s.a.w.  ‘Golongan ini cuba

menimbulkan skeptikal terhadap kepercayaan beragama’, golongan ini merujuk pada

golongan ilmuan barat yang memulakan aliran yang cuba menjauhkan dari sumber-

sumber utama berasaskan wahyu.  Beberapa ilmuan yang dikesan mengambil kaedah

skeptikal adalah Descartes ( 1596-1650M) dan Leibniz ( 1685-1753M), golongan inilah

yang menimbulkan anjakan pradigma dari keutuhan kepada sumber wahyu kepada

sumber akal semata-mata di barat.

Aliran barat hanya mementingkan kepada penggunaan akal yang rasional serta menolak

secara langsung penggunaan nilai agama dan kepercayaan tauhid di dalam agama Islam,

Kristian dan Yahudi.  Ini menyebabkan penolakan penafian data maklumat empirikal

sekiranya pemikiran intelek menafikan kewujudan maklumat empirikal, terutamanya

berkaitan dengan perkara ghaib, mistik dan perkara-perkara atau isu yang tidak
mempunya koleksi penyelidikan yang lengkap.  Ini dapat dikesan dengan kisah-kisah

sejarah yang termuat dalam kitab-kitab utama agama samawi di dunia seperti Al Quran,

Injil dan Taurat. 

Taklif penggunaan akal yang berlebihan menyebabkan penggunaan kaedah penyelidikan

dan pengkajian saintifik dilakukan dan disahkan dengan penggunaan akal serta

pancaindera manusia yang melakukan pengkajian mengenai sesuatu ilmu pengetahuan,

termasuklah di dalam bidang sejarah.  Bidang penyelidikan yang dipentingkan berkaitan

dengan ‘ cara-cara sejarawan mengambarkan atau mengklasifikasikan bahan, kaedah-

kaedah penyampaian kepada hipotesis atau kesimpulan, rumusan dan tafsiran serta

hubungan antara sejarah dengan bentuk-bentuk penyelidikan lain.

Secara amnya, sumber sejarah bagi aliran barat amat menitikberatkan sumber berbentuk

tulisan dan sumber lisan. Kaedah ini menimbulkan metodologi dalam penyelidikan

berkaitan ilmu pensejarahan dan tulisan-tulisan akademik mengenai sejarah dunia

manusia.  Penyaringan dari segi’heuristik’ pada peringkat pertama dan ‘kritik’ pada

peringkat kedua dan akhirnya akhirnya menjurus kepada penggunaan akal sebagai

peringkat terakhir, dalam mendapatkan sumber-sumber rasional mengikut aliran barat

yang teramat menekankan kepada bidang penyelidikan dalam memperolehi keputusan

mengenai sesuatu bidang ilmu pengetahuan.

Bagi aliran barat, hierarki sumber sejarah sebagai ilmu pengetahuan perlu diperkuatkan

dengan, sumber pertama ( primary sources), sumber pertama adalah sumber yang masih

bersifat mentah dan belum pernah dibahaskan secara intelektualisme.  Sumber kedua

bagi aliran barat dalam ilmu pengetahuan adalah hasil karya sejarah yang telah diproses

dari sumber mentah sumber pertama.  Kritik dalaman dan kritik luaran akan dilakukan

dalam menilai setiap hasil karya dari sumber pertama dan kedua terutamanya di kalangan

ilmuan empirikal di barat, sehingga mencapai taraf ‘ Sejarah Muktamad’. Walaupun begitu
nilai absolutisme tidak tercapai dengan sempurna dalam aliran barat, berbanding dengan

aliran timur yang berpegang teguh dengan tradisi ilmu wahyu mutlak dari Tuhan.

Sebagai kesimpulannya, aliran pemikiran barat dalam merujuk pada falsafah berkaitan

sejarah terbahagi kepada dua aliran secara amnya.  Aliran empirisisme menitikberatkan

kepada kemampuan pancaindera manusia dan pendedahan pengalaman kepada

kekuatan tubuh badan yang mampu meresapi ilmu pengetahuan secara sedar sebagai

aliran epistemologi utama di barat.

Pemikiran barat dalam aliran yang menggunakan akal atau daya intelek semata-mata

dapat dikesan dalam merujuk pada aliran rasionalisme, aliran ini amat prihatin kepada

perkara-perkara yang statik dalam aliran epistemology.

Salah seorang ahli falsafah barat ialah Aristotle (384-322 S.M). Aristotle menimba ilmu

beliau dengan Plato di Akademi selama 20 tahun. Aristotle juga pernah menjadi guru

kepada Iskandar Zulkarnain. Sumbangan beliau adalah dalam bidang ilmu logik dan beliau

dikenali sebagai "bapa logik". Logik bermaksud berfikir secara teratur, tepat atau

berdasarkan hubungan sebab dan akibat. Aristotle merupakan orang pertama yang

membentangkan cara berfikir yang teratur iaitu dalam suatu sistem. Beliau juga orang

pertama yang memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran.

Dalam karya beliau, Politics, Aristotle menyarankan supaya manusia harus mengamalkan

sifat kesederhanaan dalam kehidupan. Beliau berpendapat bahawa kehidupan yang baik

ialah kehidupan bermasyarakat dan bersikap sederhana. Ini kerana manusia dari segi

lahiriahnya merupakan haiwan bermasyarakat dan tidak suka melampaui batasan-batasan

yang ditetapkan. Bagi Aristotle, kerajaan yang paling baik ialah "politi", yakni pemerintahan

oleh ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik pemerintahan monarki dan oligarki.

PENUTUP – KESIMPULAN
Secara umumnya perbezaan yang ketara dapat dilihat dari aliran-aliran yang dibawa oleh

warisan barat dan timur dari segi perspektif epistemologi ilmu pengetahuan dalam bidang

sejarah dan falsafah sejarah.  Kitab klasik Ramaya, Mahabrata dan Baghavad Gita dalam

tradisi pensejarahan India amat berkait rapat dengan kepercayaan agama Hindu,

manakala dalam agama Islam sejarah adalah bersifat universal, serta tidak tertakluk

kepada ruang atau waktu tertentu yang memberikan maksud kepercayaan kepada Allah

S.W.T yang mengawal dan menentukan keseluruhan perjalanan pensejarahan dunia ini.

Ini bersamaan dengan nilai tradisi golongan Kristian yang diasaskan oleh St. Agustine

yang mencetuskan pengaruh agama dalam proses ilmu pengetahuan berkaitan sejarah,

disamping kepercayaan golongan penganut agama Yahudi berkaitan dengan kitab Taurat

yang memuatkan banyak kisah pensejarahan silam berkaitan masyarakat Yahudi.

Berbeza dengan perspektif aliran barat yang mengutamakan kaedah penyelidikan saintifik

dan penggunaan akal serta pancaindera dalam menilai muktamadnya sesuatu bidang ilmu

pengetahuan dari segi kesahihannya. Pengaruh sekularisme dan materialisme dan atheis

jelas mempunyai pengaruh dalam aliran perspektif barat dari segi falsafah epistemologi

sejarah.   Ini menyebabkan kemunculan tokoh-tokoh empirisisme seperti John Locke

( 1632-1704M), David Hume ( 1711-1776M) dan tokoh-tokoh ‘materialist conception of

history’ seperti Karl Marx ( 1818-1883M) yang menyumbangkan kepelbagaian

kepincangan sosial kemasyarakatan dalam proses pengembangan ilmu pengetahuan

berdasarkan pensejarahan barat yang mempengaruhi dunia di zaman moden.

Kesimpulannya…apakah jalan yang kita perlu ambil, kisah sejarah dalam AL QURAN

seperti kisah Nabi Musa a.s dengan firaun dan kisah-kisah yang perlu diambil iktibar

dalam Al Quran sebagai sumber sejarah, adakah kita dapat berpegang; jawapan saya;

YA!!! TIADA KERAGUAN ! KITA WAJIB PERCAYA ! KISAH SEJARAH YANG DI

FIRMANKAN OLEH ALLAH SWT….!!!.


IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR, ISLAM DAN BARAT TERHADAP

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Jika kita lihat sedalam – dalamnya falsafah pendidikan di Malaysia, ia telah digubal oleh

ideology – ideology Negara berinspirasikan falsafah pendidikan Islam. Cuba kita

renungkan bersama, falsafah pendidikan Islam seperti yang di bawah :

“ Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk

sikap, kemahiran, kepribadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan

Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat “

Jelas sekali, kita telah mencedok sebahagian besar daripada ideology ahli falsafah Islam

yang membentuk falsafah tersebut. Di sini, jelas sudah terbukti yang falsafah pendidikan

Islam telah memberi impak serta terselit dengan nyata implikasinya terhadap

perkembangan pendidikan di Malaysia.

Falsafah Pendidikan Negara yang berteras konsep kesepaduan antara intelek,

emosi, rohani dan jasmani telah diwujudkan. FPN ini berbunyi :“Pendidikan di Malaysia

adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai ksejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.”


Apa yang jelasnya, usaha mewujudkan FPN ini secara langsung menunjukkan

bagaimana teori menyepadukan antara elemen roh, jasad dan akal yang bakal

menghasilkan manusia yang mempunyai keseimbangan emosi telah diterapkan dalam

sektor pendidikan di Malaysia sehingga kepada asas yang paling kukuh sekali.

Bagi menghidupkan FPN ini dua bentuk kurikulum baru yang mengamalkan sistem

pendidikan bersepadu, KBSR dan KBSM telah diwujudkan mengantikan sistem kurikulum

yang lama. Kedua-dua KBSR dan KBSM ini memberikan penekanan asas kepada usaha

pembentukan sahsiah, peribadi, emosi dan semangat tanggungjawab kepada diri,

masyarakat dan alam sekitar.

Di dalam pembentukan KBSR dan KBSM ini penekanan yang lebih seimbang

diberikan kepada bidang fardu Ain dan Kifayah. Ternyata falsafah pendidikan Islam

memberi impak yang besar terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Selain itu juga, kita lihat dari sudut barat pula. Bagaimana perkembangan pendidikan di

Malaysia melihat falsafah pendidikan barat sebagai satu ikutan atau ‘role model’.

Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua iaitu, tradisional dan Moden. Ia

menekankan aspek-aspek perenialisme dan essensialisme. Perennial bermaksud tidak

berubah. Atau lebih jelas lagi, sesuatu yang tidak akan berubah.

Ia berkonsepkan ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat dan tidak berubah. Matlamat

pendidikan bagu falsafah ini pula, mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat,

abadi atau tidak dan mempunyai had masa. Lebih tertumpu kepada potensi dan rasional

individu, lebih pasif, penekanan agama melebihi sains, melatih 3M serta kemahiran

mental, dan menaakul.

Essensialisme pula berkonsepkan menumpukan perkara-perkara asas sahaja dan

perkara ini pula bole berubah dari masa ke semasa. Ia bersifat praktikal dan pragmatik.
Matlamat pendidikannya pula, pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu

dipelajari, dihayati dan disimpan oleh anak murid kita serta penghayatan budaya. Ia

tertumpu kepada inovasi kurikulum sekolah -dirancang secara sistematik, guru

memainkan peranan utama, latihan intelek dan mentall, 3M diterapkan dan nilai-nilai

kemasyarakatan ditekankan.

Begitulah, besar sekali implikasi falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat kepada

perkembangan pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu juga ada

menjelaskan bahawa, sebelum ia dijajah oleh pihak Inggeris, system pendidikan di situ

sangat mementingkan suatu proses yang berterusan serta keakhiratan. Namun begitu,

setelah didatangi oleh pihak penjajah, system pendidikan tersebut secara perlahan lahan

telah diubah mengikut rentak pendidikan di Barat. Walaubagaimanapun, sekarang kita

telah mempunyai ramai rakyat yang bijak dan mereka ini telah memilih jalan tengah untuk

mencedok idea – idea dari pendidikan Islam, Timur dan Barat.


BIBLIOGRAFI

 Ahmad Tafsir, Filsafat Umum: Akal dan hati Sejak Thales sampai James. Bandung: P.T

Remaja Rosdakarya, 1992.

 Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000.

Abdul Rahman Haji Abdullah,  Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:DBP, 2003.

 Bovens, Luc & Hartmann, Stephan.  Bayesian Epistemology. Oxford: Oxford University

Press, 2003.

 Colin Brown, Philosophy and the Christian Faith. Illinois : Intervarsity Press, 1968.

 Dancy, Jonathan.  An Introduction to Contemporary Epistemology (Second Edition). John

Wiley & Sons, 1991.

 Greco, J. & Sosa, E.  Blackwell Guide to Epistemology, Blackwell Publishing,1999.

 Harold H. Titus, Persoalan-Persoalan Filsafat. Jakarta: Pulau Bintang, 1984.

 Hendricks, Vincent F.  Mainstream and Formal Epistemology, New York: Cambridge

University Press,2006.

 Morton, Adam. A Guide Through the Theory of Knowledge (Third Edition) Oxford:

Blackwell Publishing, 2002.

Nasruddin Razak, Metodologi Dakwah. Semarang : cv Toha Puka, 1976,

Norman L. Geisler, Introduction to Philosophy : A Christtian Perspective. Michigan: Baker

Book House, 1987.

R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987.

Rand, Ayn.  Introduction to Objectivist Epistemology, New York: Meridian, 1979.

Tomberlin, James . Philosophical Perspectives 13, Epistemology, Blackwell Publishing,

1999.

William H. Dray, Philosophy of History. Engelwood Cliffd New Jersey : Prenctice – Hall,

1964.
 

NOTA HUJUNG

[1] Abdul Rahman Haji Abdullah,Wacana Falsafah Sejarah.Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000,hlm.73.

 [2] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000,hlm. 71.

[3] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000,hlm. 73.

 [4] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000,hlm. 73 dan ; Norman L. Geisler, Introduction to Philosophy : A

Christtian Perspective. Michigan: Baker Book House, 1987, hlm. 108.

 [5] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000,hlm. 73.

[6] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

& Pustaka, 2003, hlm. 61.

[7] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000, hlm. 81.

[8] H.M Rasjidi, Filsafat Agama, hlm. 77 dan Nasruddin Razak, Metodologi Dakwah.

Semarang : cv Toha Puka, 1976, hlm. 14.

[9] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1987, hlm. 12.

[10] Harold H. Titus, Persoalan-Persoalan Filsafat. Jakarta: Pulau Bintang, 1984, hlm. 362-

263.

[11] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000, hlm. 72 dan ; Ahmad Tafsir, Filsafat Umum: Akal dan hati Sejak Thales

sampai James. Bandung: P.T Remaja Rosdakarya, 1992, hlm. 24-25.


[12] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000,hlm. 72.

[13] Colin Brown, Philosophy and the Christian Faith. Illinois : Intervarsity Press, 1968,

hlm. 48-57.

[14] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

& Pustaka, 2003, hlm. 63.

[15] Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000, hlm. 83.

[16] Abdul Rahman Haji Abdullah. Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000, hlm. 83.

 [17] Abdul Rahman Haji Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2000, hlm. 47.

[18] Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa

& Pustaka, 2003, hlm. 13.

 
Kesimpulan Falsafah Pendidikan Timur dan Barat

—Pendidikan di timur menekankan bagaimana untuk menjalani proses kehidupan yang

bermakna dalam membentuk kesempurnaan hidup.

—Pendidikan di barat pula berfokuskan kepada proses pembelajaran di institusi seperti

sekolah untuk menjadikan murid mendapat pengetahuan dan mengaplikasinya secara

berkesan.

—Falsafah pendidikan timur juga berfokus kepada nilai-nilai murni dan bagaimana ilmu yang

diperolehi membawa kesan dalam kehidupan.

—Falsafah pendidikan Barat menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai keperluan untuk

membezakan taraf individu dengan individu yang lain.

KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI


Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman
yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan
internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.
Konfusianisme
Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran
Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-
289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.
Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di
antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina
tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara
Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka

di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk

kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan

tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati,

sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih

mudaserta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara

Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan alat yang

penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat, dan seterusnya pula

mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa

kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan. Mereka menganggap

fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat

diperkembangkan melalui proses pendidikan. Bagaimanapun, untuk

menjadikan manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan

kepada kemajuan masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma,

peraturan dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah

menghafal kelima-lima buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh

cendikiawan dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku

elemen, buku upacara dan buku annals

Confucius mengakui bahawa setiap induvidu mempunyai potensi yang

berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan

individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk

menyampaikan pelajaran.

Didalam zaman dinasti Sung, Chenghao (1032-1085), Chengyi (1033-


1107), dan Zhuxi (1130-1200), memperkenalakan unsur rasionalisma

dalam falsafah pendidikan konfusianisme. Mereka berpendapat, untuk

memperolehi ilmu yang sebenar, pelajar hendaklah menggabungkan

pemikiran rasional dengan mentalnya. Sehubungan ini, mereka

menyarankan kaedah inkuiri untuk memperolehi ilmu pangetahuan.

Mereka menghuraikan tujuan pendidikan sebagai perkembangan

kecerdasan individu, pembentukan individu bermoral tinggi dan berbudaya

sempurna.

KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI


Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman
yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan
internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.
Konfusianisme
Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran
Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-
289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.
Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di
antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina
tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

PENGENALAN
Motivasi  merupakan  satu  penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan
mencapai sesuatu matlamat.  Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk
menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain  motivasi adalah proses
menghasilkan tenaga oleh keperluan  diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang
mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan
kejayaan dalam kehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadi penggerak
kepada kejayaan kumpulan.  Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka tolong-
menolong antara satu sama lain.
 Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan.  Guru dan murid
memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang
lebih cemerlang.  Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan  atau persetujuan yang
dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan.  Oleh
yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan
diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik.  Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan
lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan, rasa  selamat dan kehidupan yang terjamin  telah tersedia
untuk mereka.  Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak
langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang
itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang.  Pada masa yang
sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan
mereka.  Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa
berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 
Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-
pelajarnya.
 Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai
matlamatnya.  Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada
pelajarannya.  Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima
teguran dan arahan guru.  Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat
dalam kelas.  Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya.  Oleh itu pengajaran dan
pembelajaran  yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa
bermotivasi.
 Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa
faktor.  Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga
kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling.  Melalui apa cara pun, manusia bertindak
untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai
matlamat tersebut.  Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang
dinamakan “motivasinya”  Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini
kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan.  Jadi teori yang akan diketengahkan disini
ialah tentang teori motivasi “Maslow”. 
2.0 Teori Motivasi Maslow
Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu.  Telah diakui
bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.  
Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-
keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak
mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. 
Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Setelah
keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya
peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi
keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. 
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah. 
 
1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi
 
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu
kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau
kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang,
dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat
penyempurnaan kendiri.  Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin
kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan
pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.  Pada masa ini motivasi bergantung
kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.  Sementara
itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Maka dengan
itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan
peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. 
2.1       Keperluan Fisiologi
Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah
penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia.     Keperluan asas ini merangkumi
apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,
minuman dan tempat tinggal.  Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan,
pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan
mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas.  Bagi mengelakkan perkara ini berlaku,
para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang
menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.  Sekiranya keperluan ini tidak
dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. 
 Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks. 
Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh.  
Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing.  Mereka
perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks.  Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan
seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya
kepada mereka.  Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat
melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan  keperluan utama yang perlu
dipenuhi terlebih dahulu.
2.5       Keperluan Keselamatan
 Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. 
Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-
beza..  Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar
bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga
menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain.  Keperluan ini boleh jadi timbul
daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia
bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia
sentiasa dilindungi.  Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat
memerlukan jagaan ibu bapa.  Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang
bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat
oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya
perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.
 Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas.  Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan
daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin.  Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak
perlu diajar akan disiplin ini.  Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. 
Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam mendidik
dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. 
 Di dalam kelas guru pula berperanan besar.  Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau
seseorang guru itu bertindak dengan konsisten.  Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar
dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau ‘mood’’ guru itu.  Contohnya,
cara seseorang guru itu memberikan arahan.  Semestinya setiap arahan yang diberi tidak
bercanggah.  Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap
para pelajarnya.  Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.
 
2.3     Keperluan Kasih-sayang 
 Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini  untuk mendapatkan hubungan yang
mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri.  Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-
kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. 
Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka.  Keadaan ini akan
menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. 
Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri
mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-
kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar
akan pudar dan lenyap. 
 Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau
mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka.  Apa yang
penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan
guru.   Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh
anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti
tersebut.  Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis,
lancar, dan berkesan  kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan
kehendaknya. 
 
2.4     Keperluan Penghargaan Kendiri
 Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga,
guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa
individu  sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan
kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka
sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang
diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak
diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan
bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran
dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya
mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain.
 Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka.  Bagi memenuhi
kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati
dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain.  Faktor yang penting
ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan,
juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain.  Konsep ego seseorang itu berkait rapat
dengan perasaan penghargaan diri.  Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13)
mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih
berkemungkinan mencapai kejayaan akademik  Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan
diri seseorang pelajar itu.  Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi
kehendak ini.  Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan
pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka. 
 Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca
buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum
dialaminya.  Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk
diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar.  Pelajar akan merasakan diri
mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.  Ini dapat
memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus
belajar dan berjaya makin meluap-luap.  Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan 
jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan
dirinya amat rendah.
2.5       Keperluan Penyempurnaan Kendiri
 Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu
yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa
maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya.Penyempurnaan
kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. 
Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan
kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau preaksi individu
lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain. 
 Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi
dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya
berkebolehan  dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep
kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai
dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan
persekitarannya.
 Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi
apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi.  Demikian pula mengikut Atan Long
(1976 : 148) daripada Maslow (1970),  keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah
keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan
manusia.  Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang
terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi.  Menurutnya lagi,
keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia. 
  Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk
mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat
menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah
menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya.
 Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya individu itu diterima
oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak
tanduk individu dalam menghadapi  cabaran hidup ini.Manakal perhargaan diri pula bermaksud
sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi
penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti serta
kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya.
 Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan,
bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam
pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu  menyediakan segala jenis pengalaman
hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. 
 Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat  atau potensi mereka.
Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-
pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar
sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling.  Melalui aktiviti-aktiviti
tersebut pelajar dapat memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan
mereka juga bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu 
Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti
belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas
dan berdisiplin.  Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka. 
 Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan
peranannya.  Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan
menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka.  Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan
dalam memenuhi satu matlamat.  Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat
ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
2.6        Keperluan Mengetahui
 Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara.  Ia berhubung
juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat.  Untuk
mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna
kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya.   Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa
mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri
dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.
2.7       Keperluan Estetik
 Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami
keindahan dan kecantikan dalam dirinya.  Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah
dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya.   
Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk
memiliki barangan yang indah .
 Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan
sebagainya.
3.0    APLIKASI
Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai 
pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur
yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di samping itu ianya menjadikan proses
pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan
penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran.
 Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka
memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti
pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi
serta meningkatkan prestasi murid-muridnya.
 Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Guru  mesti
menentukan proses  pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik,
menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti  pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan
interaksi dalam kumpulan. Penyampaian  pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan
murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses
penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau
makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran
yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang
bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna  untuk pelajar yang
mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara  teori dan
fakta yang dipelajari  dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat  atau ruang
untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan
sebagainya.
 Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh
mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan  yang mempunyai
unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan
bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea
dan minat sendiri.
 
 
4. 0     KRITIKAN
 Teori Maslow tentang keperluan telah menerima kritikan.  Terdapat dua kelemahan teori motivasi
Maslow.  Pertamanya tentang keperluan individu. Keperluan individu tidak selalunya mengikut
susunan hierarki sepertimana yang telah dinyatakan di atas tadi.  Keduanya, keperluan seseorang
murid berbeza kerana menjadi ketara mengikut tempoh atau masa sesuatu tugas dijalankan.  Walau
bagaimanapun strategi Maslow membuat kategori keperluan, menentukan hierarki yang mustahak
amat bermanfaat dalam meninggikan motivasi kerja.
 4.1) Teori kognitif Tentang Motivasi.
 Penganut teori-teori  kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila mereka mengalami
keadaan ketidakseimbangan kognitif  atau satu keinginan mencari penyelesaian  kepada sesuatu
masalah. Guru perlu menentukan muridnya mengalami keinginan mencari maklumat atau
penyelesaian. Guru juga perlu memastikan pembelajaran berlaku.
 4.2) Teori Motivasi  Pencapaian.
 Menurut teori  ini, pencapaian  seseorang individu cenderung untuk berjaya atau mencapai
kejayaan ke aras yang paling tinggi.Pada masa yang sama, mereka akan mengelakan kemungkinan
mengalami kegagalan.Apabila murid berjaya, mereka membina matlamat yang realistik bagi diri
mereka dan kejayaan tersebut telah menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.
 
5.0 PENUTUP
 Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk
memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi.  Oleh itu pendidik harus mengetahui
langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi  hendak memenuhi
kehendak pelajar.  Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya
menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.
 Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan
keperluan tersebut.  Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun
seorang pelajar yang memerlukannya.  Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa
perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata
lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran
sosial sehingga mencapai kecemerlangan. 
 Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran    juga pembelajaran di
dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar.  Dengan
menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih
praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya. 
 
 
 
BIBLIOGRAFI
1. Atan Long (1976).  Psikologi Pendidikan.  Kuala Lumpur :  Dewan Bahasa   dan Pustaka.
2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta,  PT Bina
                Aksara. 
3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk
          Perguruan.  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
 
4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second
          Edition, New York. American Book Company.
5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan
         di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan
         Budiman Sdn. Bhd.
 
6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill 
          Book Company. 
 
7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur, 
8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996).  Motivasi Dalam Pendidikan.
          Kuala  Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
9.  Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan
         Falsafah.  Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
 
 

You might also like