You are on page 1of 48

UNIT: 1

1.0. TAJUK : KONSEP PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.2 KANDUNGAN :

1.2.1 Pengertian Psikologi


• Psikologi Perkembangan
• Psikologi Pendidikan

1.2.2 Tujuan dan Kepentingan Psikologi Kepada Guru

1.2.3 Konsep Asas Dalam Psikologi

• Naluri
• Keperluan
• Desakan
• Motivasi

3.0 OBJEKTIF :

3.1 Memahami tentang psikologi pendidikan dan perkembangan.


3.2 Menjelaskan tujuan dan kepentingan psikologi kepada guru.
3.3 Menghuraikan konsep asas dalam psikologi.
3.4 Menyedari kepentingan memenuhi keperluan asas manusia.
Unit 1: KONSEP PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.1 Konsep Psikologi

Psikologi bermaksud kajian secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku manusia.

1.2 Konsep Psikologi Pendidikan

Kajian saintifik tentang tingkah laku manusia yang berkaitan dengan pendidikan serta prinsip yang membolehkan
pembelajaran meningkat.

1.3 Konsep Psikologi Perkembangan

Satu cabang psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa pra lahir hingga
dewasa.
MEMAHAMI PERBEZAAN INDIVIDU
(EMOSI, FIZIKAL DAN MENTAL)

MENILAI TINGKAHLAKU MANUSIA


MEMENUHI KEPERLUAN BIOLOGI
DAN PSIKOLOGI MANUSIA

MEMAHAMI
MEMAHAMI FAKTOR-FAKTOR TINGKAHLAKU
YANG MEMPENGARUHI MANUSIA
PERSONALITI TUJUAN
PSIKOLOGI

MERANCANG AKTIVITI DAN


MEMAHAMI JENIS BIMBINGAN UNTUK
GANGGUAN TINGKAHLAKU MEMBENTUK TINGKAHLAKU
YANG DIINGINI
MENGAWAL TINGKAH
LAKU
MERAMAL TINGKAHLAKU
DALAM SATU-SATU SITUASI MEMAHAMI MAKSUD DAN FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

• Memahami dan menjelaskan ciri-ciri penyuburan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dalam bilik darjah.

• Memahami tingkahlaku kanak-kanak

• Meramal dan mengawal tingkah laku kanak-kanak

• Menghuraikan perbezaan individu dan rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan
kebolehan pelajar.

• Menyelesaikan masalah kanak-kanak dalam situasi pembelajaran.

• Menggerakkan kanak-kanak mengikut kebolehan.

• Memahami dan menjelaskan naluri, desakan, keperluan, perbezaan individu, personaliti dan konsep kendiri.

• Menjalankan penyelidikan psikologi pendidikan.

• Meningkatkan mutu dan prestasi pendidikan negara.


KONSEP ASAS PSIKOLOGI

Konsep Ciri-ciri
Naluri Kuasa semula jadi biologi yang mendorong • Wujud secara semulajadi.
seseorang bertindak mengikut sesuatu cara. • Bukan dipelajari.
• Hasil dari pewarisan.
• Kompleks dan agak kekal.
• Tingkah laku hasil naluri sama bagi sesuatu
kumpulan atau spesis.
• Tidak diakibatkan oleh rangsangan.
Desakan Keadaan yang wujud akibat satu-satu keperluan • Wujud akibat kekurangan keperluan fisiologi.
fisiologi tidak dipenuhi. • Tidak kekal.
• Kadar desakan meningkat jika keperluan fisiologi
tidak dipenuhi.
• Terhapus apabila keperluan dipenuhi.
• Mendorong seseorang bertindak.
Keperluan Suatu kekurangan yang dikehendaki oleh individu • Bukan semulajadi.
untuk berfungsi secara berkesan (fisiologi dan • Wujud ekoran satu-satu kekurangan tidak
psikologi) dipenuhi.
• Disebabkan kekurangan fisiologi dan psikologi.
• Tidak kekal.
Motivasi Kecenderungan organisme menjalankan aktiviti yang • Tidak wujud secara semulajadi.
dijalankan oleh suatu insentif. • Tidak diwarisi.
• Diwujudkan oleh keperluan fisiologi dan
psikologi.
• Mendorong ke arah pencapaian matlamat.
• Aras motivasi berbeza di antara individu.
Penilaian Kendiri

1. Berpandukan pengurusan grafik yang sesuai huraikan ciri-ciri asas konsep psikologi :

i. Naluri
ii. Keperluan
iii. Desakan
iv. Motivasi

TUGASAN

1. Jelaskan LIMA sebab seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi pendidikan.

2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan psikologi?

b) Huraikan LIMA cara bagaimana guru boleh membantu murid-murid di sekolah memenuhi keperluan psikologi?

Soalan objektif.

1. Psikologi sebagai satu bidang adalah untuk

A) memahami, meramal dan mengawal tingkah laku.


B) menentukan baik buruk sesuatu tingkah laku dalam masyarakat.
C) menghubungkan tingkah laku haiwan dengan tingkah laku manusia.
D) menganalisis tingkah laku yang tidak normal dalam keadaan tertentu.
2. Burung layang-layang biasanya membuat sarang di gua batu.
Tingkah laku ini dikenali sebagai

A) naluri.
B) desakan.
C) keperluan.
D) pergerakan.

3. Perbuatan Ali mengenyit matanya dan bersin adalah tingkah laku

A) naluri.
B) desakan.
C) pantulan.
D) kebiasaan.

4. Tujuan utama psikologi pendidikan ialah

A) menyebabkan guru mengambil tindakan disiplin.


B) memudahkan proses pengajaran dalam bilik darjah.
C) menyelesaikan masalah tingkah laku kanak-kanak dalam situasi pembelajaran.
D) membentuk tingkah laku individu supaya sesuai dengan kehendak masyarakat.

5. Sebab utama manusia mengkaji psikologi adalah untuk

A) membolehkan manusia membentuk tingkah laku yang sama.


B) membantu manusia membentuk dan mengawal tingkah laku.
C) membolehkan manusia mencari kesenangan dalam kehidupan.
D) meninggikan darjah kecerdasan manusia dalam pemikiran dan tindakan.
6. Psikologi pendidikan adalah penting bagi guru supaya ia dapat

I. memahami tingkah laku kanak-kanak.


II. memberi guru kemahiran mengajar.
III. mengetahui tentang tujuan dan matlamat pendidikan.
IV. membawa perubahan dalam tingkah laku kanak-kanak.

A) I dan IV sahaja
B) II dan III sahaja
C) I, II dan IV sahaja
D) II, III dan IV sahaja

7. Kenyataan yang berkaitan dengan psikologi pendidikan ialah

A) seorang pegawai membentuk matlamat pendidikan negara.


B) Psikiatri cuba menganalisis masalah seorang pesakit jiwa.
C) guru mengkaji sebab kanak-kanak tentang motivasi belajar.
D) kaunselor memberi kaunseling kepada seorang isteri yang sedang mengalami masalah keluarga.
8.
• Ia wujud secara semulajadi.
• Ia adalah diwarisi.
• Ia kompleks dan agak kekal.
• Tingkah laku hasil daripadanya adalah sama bagi
semua ahli sesuatu kumpulan atau spesis.

Pernyataan di atas adalah merupakan ciri-ciri

A) naluri.
B) desakan.
C) motivasi.
D) keperluan.
UNIT 2

2.1 TAJUK: TEORI PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

2.2 KANDUNGAN :

2.2.1 Konsep asas pertumbuhan dan perkembangan


2.2.1 Ciri pertumbuhan dan perkembangan.
2.2.2 Peringkat-peringkat perkembangan dalam aspek jasmani, kognitif, rohani dan emosi.

2.3 OBJEKTIF :

2.3.1 Menjelaskan dan membezakan konsep pertumbuhan dan perkembangan.


2.3.2 Membezakan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan.
2.3.3 Menjelaskan dan membezakan ciri-ciri utama peringkat-peringkat perkembangan berdasarkan teori-teori
Arnold Lucuis Gesel, Robert Havighurst, Jean Piaget, Sigmund Freud, David Ausubel dan Erick Erikson.
2.3.4 Mengaplikasi peringkat-peringkat perkembangan dalam situasi bilik darjah.
2.2.1 Konsep Asas Pertumbuhan dan Perkembangan

Konsep Pertumbuhan

Pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif (dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang
lain dan dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain).

Contoh : tinggi, berat badan, perubahan dalam struktur dan fungsi tubuh seperti otot, saraf dan kelenjar.

Konsep Perkembangan

Perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif atau suatu proses di mana individu mencapai
kematangan.

Contoh : 1. Kemampuan menyebut perkataan mengikut peringkat umur.

2. Cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, kerohanian, moral dan sosial.
Persamaan dan Perbezaan
PERSAMAAN PERBEZAAN
Proses ini
membabitkan manusia
Mempunyai corak
tertentu
Susunan serupa bagi
semua ahli
Berlaku secara
berterusan

Pertumbuhan Perkembangan
Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat Kemahiran menggunakan anggota badan seperti
Jasmani daging dan saraf pancaindera merangkak, berjalan, melompat dan berlari.

Keupayaan berfikir bertambah termasuk Kemahiran menggunakan bahasa, angka dan


Mental
perkara yang subjektif. membuat penaakulan.

Memiliki pelbagai ragam perasaan sayang, Memahami konsep perasaan, menguasai dan
Emosi gembira, riang, cemburu, duka, marah dan mengawal perasaan ketika marah, takut dan
takut. cemburu.

Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan.

Struktur Mengikut pola dari kepala ke kaki dan dari Mengikut kematangan dan pengalaman
tengah ke sisi. pembelajaran
2.2.2 Ciri Pertumbuhan dan Perkembangan

Ciri pertumbuhan

Bergantung
kepada
kematangan

Kadar berbeza Berhenti apabila capai


antara individu tahap matang
dan anggota
Ciri
Pertumbuhan

Dipengaruhi oleh Berasaskan corak


baka tertentu

Berterusan dan
berkuantiti
Ciri Perkembangan

Menyeluruh kepada
Dipengaruhi baka dan keadaan tertentu Berterusan
persekitaran sepanjang hayat

Ciri Perkembangan Bersifat kualitatif


dilihat daripada
perubahan sifat
Susunan perkembangan
manusia serupa

Melibatkan perubahan fungsi Perubahan bersifat sejagat dan


aturan semulajadi

Penilaian Kendiri
A. Berdasarkan pembelajaran unit 2, jawab soalan-soalan berikut:

1. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku daripada am kepada khusus.


Ini bermaksud bayi boleh menggerakkan

(A) kesemua jarinya terus menerus.


(B) semua anggota badannya serentak.
(C) keseluhan badan kemudian tangannya.
(D) keseluruhan tangan kemudian jari-jarinya.

2. Dalam kajian psikologi, pertumbuhan sesuatu organisma

(A) sukar dilihat dengan nyata.


(B) melibatkan perubahan kualitatif.
(C) dipengaruhi oleh faktor persekitaran semata-mata.
(D) akan berhenti apabila sampai ke peringkat matang.

3. Kenyataan manakah tidak benar sebagai satu prinsip pertumbuhan dan perkembangan

(A) berlaku secara berterusan.


(B) berlaku berperingkat-peringkat.
(C) susunannya serupa bagi semua ahli.
(D) berlaku mengikut kecepatan yang sama.

4. Pertumbuhan kanak-kanak dianggap normal apabila


(A) cepat berlaku.
(B) berlaku mengikut corak tertentu.
(C) seakan-akan sama dengan semua kanak-kanak sebaya.
(D) seakan-akan sama dengan kebanyakan kanak-kanak yang lain.

5. Kadar pertambahan corak pertumbuhan kanak-kanak dipengaruhi oleh

(A) baka yang diwarisi.


(B) pemakanan yang seimbang.
(C) bilangan ahli dalam keluarga.
(D) kebebasan kanak-kanak bermain.

6. Semua kenyataan berikut benar mengenai takrif perkembangan individu kecuali

(A) satu proses keperluan fisiologi.


(B) merupakan satu proses yang berterusan
(C) ia merupakan perubahan yang tidak dapat diukur.
(D) satu proses di mana individu mencapai kematangan..

TUGASAN
Berpandukan input-input yang telah diperincikan dalam unit 2, jawab soalan-soalan berikut :

1. Apakah perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan ?.


Jelaskan jawapan anda dengan contoh-contoh yang relevan.

2. Huraikan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

3. Berpandukan Pengurusan Grafik yang sesuai, paparkan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan.

UNIT 2 : INPUT 2
Teori Perkembangan Sigmund Freud
Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam
dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan
superego.
Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id
tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.
Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.
Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika
berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.
Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.
Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;

1. Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )


Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan
menggigit ( selepas 18 bulan ).
2. Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )
Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti
mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil
dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.
3. Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak
telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah
berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain
peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.
4. Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )
Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya
mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

5. Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ).


Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga
mereka.

Teori Perkembangan Arnold Gesell.


Menurut Gesel, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan
fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya.
Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat;
Peringkat Pertama (0- 1 tahun )
Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan
tangisan menarik perhatian.
Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek.
Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek.
Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak.
Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi.
Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun )
Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna “ jangan”
Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun )
Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah.
Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )
Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah.

Peringkat Kelima ( 5 tahun )


Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah.
Teori Perkembangan Jean Piaget

Piaget ialah ahli psikologi perkembangan yang mengkaji tentang perkembangan kognitif. Beliau telah membahagikan empat
peringkat perkembangan kognitif ia itu :

Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun ).

Kanak-kanak berubah daripada organisma yang reflek kepada organisma yang berfikir menggunakan bahasa, membezakan
objek-objek dengan diri dan membuat klasifikasi. Berupaya melakukan dan menyelaraskan maklumat yang diterima.

Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun )

Pembelajaran bahasa berlaku dengan pesat dapat menamakan benda-benda.


Kanak-kanak bersifat egosentrik.

Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )

Membentuk pemikiran logik tetapi terhad.Berupaya memahami konsep dan hipotesis yang mudah.

Peringkat Operasi Formal ( 11-15 tahun )

Mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.
Teori Perkembangan Robert Havighurst.

Robert Havighurst seorang psikologi Amerika terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau
berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi
personaliti kanak-kanak. Havighurst membahagikan tiga peringkat;

Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kanak-kanak mula bercakap, mula berintraksi dengan orang lain, belajar bertolak ansur dan bertimbang rasa, sedia
mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Menguasai beberapa kemahiran dalam permainan, kemahiran 3M, mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami
konsep hidup serta moral.

Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Bentuk badan mula berubah, minat bergaul dengan rakan berlainan jantina, ingin kebebasan dan konsep baik dan buruk
semankin mantap.
PENILAIAN : Unit 2 : Input 2

1. Azman berumur tujuh tahun, menunjukkan satu ciri perkembangan pada peringkat umur berkenaan, iaitu

A. Azman lebih gemar bermain seorang diri walaupun mempunyai ramai kawan.
B. Azman masih tidak mahu mendengar atau menghiraukan percakapan orang dewasa.
C. Azman boleh memakai pakaian dan makanan dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
D. Azman menganggap ibunya tempat menumpukan kasih sayang dan tidak suka berjauhan dari rumah.

2. Kebolehan mental manakah bukan merupakan ciri peringkat akhir kanak-kanak.

A. Sudah berkebolehan untuk belajar sendiri.


B. Berkebolehan membuat sintesis dan penyeluruhan.
C. Dapat menguasai konsep tentang isipadu, angka, berat dan padatan.
D. Dapat menguasai konsep susunan angka seperti satu, dua, tiga dan seterusnya.

3. Kanak-kanak awal remaja cenderung murung dan tingkah laku mereka kurang dapat ditelah.
Salah satu sebabnya ialah

A. masalah memilih rakan sebaya yang sesuai


B. merekan telah diberikan kebebasan tanpa kawalan
C. mudah letih disebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan.
D. kekacauan tentang tanggapan sama ada mereka kanak-kanak atau dewasa
4. Kenyataan berikut merupakan bidang-bidang teori mengenai perkembangan dan pertumbuhan:

I. Perkembangan bercorak sosiobudaya


II. Perkembangan aspek personaliti
III. Perkembangan mengikut kematangan biologi
IV. Perkembangan tahap kognitif

Kenyataan diatas, manakah urutan yang paling sesuai dengan tokoh-tokoh perkembangan dan pertumbuhan ?.

I II III IV

A. Havighurst Freud Gesel Piaget


B. Piaget Freud Gesel Havighurst
C. Freud Gesel Havighurst Piaget
D. Gesel Freud Havighurst Freud

5. Seorang murid memberitahu gurunya bahawa ketika dia sedang membonceng motosikal ayahnya pada waktu
malam, bulan dan langit sentiasa mengekorinya. Menurut Piaget, soalan ini menunjukkan murid tersebut
masih berada peringkat perkembangan kognitif

A. praolahan
B. motor deria
C. olahan konkrit
D. olahan formal
PENILAIAN : Unit 2 : Input 2

1. Anda dikehendaki membuat banding beza teori perkembangan Freud, Piaget, Gesell dan Havighurst.
2. Berdasarkan teori Gesell, berjayakah sesuatu kemahiran yang diajar jika individu belum bersedia dari segi
fizikalnya.
3. Nyatakan tiga implikasi teori Gesell terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah.
4. Mengikut teori Piaget, apakah strategi yang sesuai jika anda hendak mengajar sesuatu kemahiran pada peringkat
formal?
5. Awal remaja dianggap sebagai tempoh kerisauan dan ketegangan.
Jelaskan empat cara bagaimana anda hendak mengawal sekumpulan pelajar tahun 6.
6. Senaraikan lima tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur 6-12 tahun.
7. Jelaskan lima pengaruh positif rakan sebaya keatas tugas perkembangan pada peringkat remaja.

TUGASAN 1 : Unit 2 : Input 2

Anda diminta membuat refleksi tentang teori-teori perkembangan yang telah dipelajari. Kemudian berbincang dalam
kumpulan ( 3 orang ) bagaimana pengetahuan dan kefahaman anda tentang teori-teori perkembagan membantu anda
menjadi seorang guru yang kreatif dan inovatif.

TUGASAN 2 : Unit 2 : Input 2

Berpandukan teori kognitif Piaget, jelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi mengajar kanak-
kanak pada peringkat operasi konkrit.
UNIT 3

3.1 TAJUK : PERSONALITI / SAHSIAH

3.2 KANDUNGAN:

3.2.1 Pengertian Personaliti

3.2.2 Klasifikasi Personaliti dan ciri-cirinya


 introvert
 ekstrovert
 ambivert

3.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti


• genetik
• persekitaran

3.2.4 Pengaruh personaliti terhadap pembelajaran

3.3 OBJEKTIF:

3.3.1 Menghuraikan konsep personaliti.


3.3.2 Menjelaskan klasifikasi personaliti.
3.3.3 Menjelaskan peranan guru dalam pembentukan personaliti seimbang.
UNIT 3 :

3.2.1 Pengertian Personaliti

• Menninger (1936) mendefinisikan personaliti sebagai apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang
seseorang.

• Allport (1980) mendefinisikan personaliti sebagai tingkah laku yang dinamik, iaitu sentiasa berubah mengikut
keadaan dan persekitaran dan yang dapat menyesuaikan dirinya dengan alam keliling mengikut cara yang
tersendiri.

• Imam al-Ghazali (1979), personaliti merujuk kepada sifat yang terpuji, contohnya taubat, zuhud, syukur, sabar,
tawakal Dan redha.

• Kesimpulan

Personaliti merupakan jangkaan tingkah laku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai dengan
objektif oleh orang lain. Ia menggambarkan keseluruhan diri seseorang termasuklah cara berfikir, beraksi,
beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain.
3.2.2 Klasifikasi Personaliti

(a) Ekstrovert
Aktif

Periang Suka aktiviti sosial

Bersikap terbuka
Suka
bersukan
Fleksibel

Selalu gembira Suka bekerja dengan orang


lain

Rasional
Berminat olahraga

Peramah
Tidak memendam perasaan
Tidak malu
Suka kepada perubahan

Suka berjenaka
Tidak bimbang
Relaks
(b) Introvert
Sensitif
Sistematik
Waspada
Suka membaca
Berjimat cermat

Berbakat dalam Pesimistik


penulisan

Reflektif Pasif dan pendiam

Suka bersendirian
Selalu bimbang

Memendam perasaan
Serius Pemalu
Terlalu berwaspada

Berhati-hati terhadap penyakit


(c) Ambivert ?

3.3.3. Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti


Faktor-faktor yang Mempengaruhi Personaliti

Persekitaran
Baka

• Saiz badan
• Keluarga
• Kecerdasan
• Suasana rumah
• Penyakit
• Pemakanan
• Tabiat
• Taraf sosio ekonomi
• Emosi keluarga
• Pengaruh sekolah
• Rakan sebaya
• Pengalaman awal
• Masyarakat dan
kebudayaan
• Media massa
3.3.4 Cara-cara guru melayan personaliti murid yang berbeza
video
TV/filem watak
Secara langsung
odeml
sahsiah
Lihat gerakbalas orang lain elistasi modelling

Faham
Modifikasi personaliti Layanan berbeza
Tingkah laku kognitif tingkahlaku tret

Pengurusan diri Cara-cara


melayan
personaliti
Semua murid yang berbeza

Kokurikulum
pujian
penglibatan
jawatan Peneguhan tret-tret Bukan material senyum
Aktiviti kumpulan
interaksi personaliti dan ganjaran
Kontak mata
komunikasi
dua hala
tepukan
Kemahiran berbahasa
pelbagai hala
lisan material token

Penilaian Kendiri 1 bintang


penulisan

Berpandukan pembelajaran unit 3, jawab soalan-soalan objektif berikut:


hadiah
1. Yang manakah daripada berikut menunjukkan sifat esktrovert ?.

(A) Suka bersendirian dan bersopan santun.


(B) Suka membantu orang tetapi cepat marah.
( C) Suka membaca dan menyiapkan kerja di perpustakaan.
(D) Suka meminta bantuan orang untuk membuat keputusan.

2. Penyataan yang paling tepat mengenai personaliti ialah

(A) seerti dengan watak.


(B) merupakan gabungan sifat fizikal dan rasa hati.
(C) merupakan keseluruhan corak tingkah laku manusia.
(D) merupakan sesuatu yang diwarisi daripada ibu bapa.

3. Sahsiah seseorang individu yang introvert digambarkan dengan corak tingkah laku

(A) mudah lentur dan boleh suai.


(B) pendiam dan suka bersendiri.
(C) peramah tetapi bekerja sendiri.
(D) gembira, yakin dan suka bergaul.

4. Apakah faktor utama yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti peringkat awal kanak-kanak?

(A) Sekolah.
(B) Keluarga.
(C) Masyarakat.
(D) Media massa.
5. Faktor-faktor yang paling mempengaruhi perkembangan personaliti kumpulan remaja masa kini ialah

I. aspirasi masyarakat
II. rakan sebaya
III. keadaan fizikal sekolah
IV. media massa
V. sosio budaya dan ekonomi
(A) I, II dan III sahaja
(B) I, III dan IV sahaja
(C) II, III dan V sahaja
(D) II, IV dan V sahaja
Penilaian Kendiri 2

Jawab soalan berikut berdasarkan input dari unit 3

 Alwi seorang pelajar berusia 15 tahun. Beliau selalu ditegur oleh


gurunya kerana pasif’ pendiam dan sering tidak memberi kerjasama
dalam aktiviti kumpulan di dalam kelasnya. Di rumah, Alwi ialah anak
tunggal dalam keluarganya. Oleh itu, beliau suka bersendirian, mudah
tersinggung dan mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi.
Andai kata anda ialah guru Alwi, senaraikan cara-cara bagaimana anda dapat menolong Alwi.

Cara Huraian
TUGASAN

1. Dengan menggunakan pengurusan grafik mengkategori, huraikan ciri-ciri personaliti ekstrovert dan introvert.

2. Lokman Hakimi mempunyai ciri-ciri pasif, gemar bersendirian, pemalu, sensitif dan kurang bersedia menanggung risiko,
ini bermakna beliau disifatkan sebagai seorang introvert.
Andaikan anda ialah guru Lokman, jelaskan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi personaliti Lokman dan cara-cara
bagaimana anda dapat menolong Lokman.

3. Huraikan lima faktor utama persekitaran yang mempengaruhi personaliti seseorang individu.
UNIT 4
4.1 KONSEP KENDIRI

IV.2 Kandungan:

IV.2.1 Pengertian konsep kendiri


IV.2.2 Jenis dan cirri-ciri
IV.2.3 Faktor-faktor yang menyebabkan konsep kendiri negatif
IV.2.4 Mekanisme helah diri
IV.2.5 Cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif

IV.3 Objektif;

Setelah mengikuti modul ini anda akan dapat;

IV.3.1 Menghuraikan konsep kendiri.


IV.3.2 Mengenalpasti ciri-ciri kendiri positif dan negatif.
IV.3.3 Menyatakan cara-cara guru boleh membantu membentuk konsep kendiri.
IV.3.4 Mengenalpasti konsep, jenis-jenis dan sebab-sebab berlakunya helah bela diri.
Konsep kendiri

Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap
tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima
penilaian daripada orang lain. konsep kendiri meliputi persepsi temntang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan
juga perasaan tentang kebolehan nya meliputi keyakinan dan hrga dirinya. Carl Rogers ( 1950) mendefinisikan konsep
kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang cirri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.

Konsep Persepsi keatas orang lain terhadap diri


Persepsi diri sendiri sendiri
( seperti minat, sikap, ( seperti minat, sikap, bakat, nilai dll )
nilai dll ) Kendir
i
Negatif
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats ( 1963 ) berpendapat konsep kendiri dilihat
melalui dua cara iaitu;

i. tanggapan diri seseorang individu.


ii. proses yang menentukan tingkahlaku seseorang individu.

Menurut Sharifah Alawiah ( 1987 ) kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik
dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri
tingkahlaku perasaan dan fikiran.
Konsep Kendiri Positif

Konsep kendiri positif bermaksud seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitive. Konsep kendiri positif juga meliputi sikap
menerima kritikan orang lain dengan fikiran terbuka dan memberikan pandangan jika wujud keadaan yang tidak baik
dan tidak stabil.

Jenis-jenis konsep kendiri dan ciri-cirinya.

Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan
pencapaian
Konsep Murah hati
Mudah berkawan
Kendiri
Positif Puas hati dengan dirinya

Berpuas hati dengan


bahan-bahan kepunyaannya Peramah
Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif dan negatif

Kepercayaan Model yang Persekitaran Sifat semulajadi


nilai dicontohi daripada
Faktor berdasarkan pengalaman
keperluan

Keselamatan Ibu bapa Sebaran am Baka


Fizikal Rakan sebaya Kebudayaan Pengamatan diri
Aspek sendiri
Kasih sayang Orang dewasa Pengamatan
individu lain-lain
Penghormatan Diri sendiri
diri
Kesempurnaan
diri

Mekanisme Helah Bela Diri.

Apabila membicarakan konsep kendiri kita tidak dapat mengelakkan daripada membicarakan isu helah bela
diri. Helah bela diri membawa maksud usaha yang dilakukan secara tidak sedar oleh seseorang bagi
mempertahankan ancaman dan kebimbangannya. Selalunya penggunaan helah bela diri boleh menyebabkan individu
itu tidak melihat atau meneliti kebenaran atau apa yang dimaksudkan oleh Freud iaitu individu itu cuba
memutarbelitkan realiti.
Jenis-jenis Helah Bela Diri

Helah Bela Diri Aktif Helah Bela Diri Pasif


Rasionalisasi Represi
Sublimasi Penafian
Pemindahan atau penyaluran Konversi
Projeksi Penarikan
Introjeksi
Pembentukan reaksi
Kompensasi
Fantasi
Kelansungan atau agresi
Regrasi

Kebaikan Helah Bela Diri

1. Memberi peluang kepada individu memikirkan sesuatu krisis atau masalah dan
dan cara-cara mengatasinya. Ianya merupakan ubat yang ringan bagi masalah yang ringan.

2. Melalui helah bela diri individu itu mengekalkan penghargaan kendirinya


untuk mengurangkan rasa gagal atau kecewa.

3. Sesetengah helah bela diri seperti sublimasi dan rasionalisasi dapat menjadikan
diri kita lebih kreatif.

4. Helah bela diri membolehkan kita memainkan peranan yang baru serta
mengajar kita menggunakan bentuk penyelesaian yang baru.
Contohnya kita menggunakan helah bela diri projeksi , kita boleh menambahkan
kemahiran hidup kita.
Keburukan Helah Bela Diri

Namun begitu, besar kemungkinan helah bela diri hanya merupakan penutup luka, seperti plaster untuk menutupi
konflik dan membawa keburukan seperti berikut;

1. Jika terlalu digunakan, sebab-sebab yang menimbulkan konflik, tidak mungkin


diakui dan ditempuhi.

2. Jika diteruskan penggunaan helah bela diri, seseorang itu tidak mungkin
mempelajari cara-cara tingkah laku yang lebih matang.

3. Cara-cara helah bela diri adalah tidak realistik dan tidak begitu tepat secara
Langsung dengan masalah yang dihadapi.
Cara Guru Membantu Pembentukan Konsep Kendiri Positif

Kaedah-kaedah berikut boleh membantu guru menjalankan peranannya:

Kaedah Huaraian kaedah


Menerusi Unit Bimbingan dan Kerjaya • Guru memahami masalah murid secara psikologi.
• Memberi keyakinan kepada murid.
• Guru sama-sama menyelesaikan masalah.
Menerusi gerak kerja kokurikulum • Membentuk sikap tolong menolong.
• Sifat kepimpinan.
• Bergaul dengan orang ramai.
Menerusi mata pelajaran tertentu seperti • Guru dapat membantu murid menjadi orang berguna
Pendidikan Agama dan Moral kepada diri sendiri dan masyarakat.
• Wujudnya nilai-nilai murni.
Menerusi lawatan tertentu • Persatuan ditubuhkan untuk membentuk personaliti
positif di kalangan ahli. Contohnya Kelab Kembara,
menjadikan ahli
• Cergas
• Tabah
• Berani hadapi cabaran.
Aktiviti-aktiviti kumpulan dan projek • Melatih bekerja dalam kumpulan.
• Berdikari
• Berdisiplin.
Penilaian Kendiri

Berdasarkan Unit 4, jawab soalan-soalan berikut :

1. Untuk membentuk konsep kendiri yang positif, cara yang paling sesuai diikuti oleh seseorang guru adalah

(A) menentukan objektif pengajaran yang searas dengan kebolehan dan intelek murid.
(B) menilai murid dengan kerap dan memberi hukuman atau ganjaran berdasarkan pencapaian murid.
(C) merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid sederhana dan lemah.
(D) menyediakan peraturan-peraturan bilik darjah untuk mengawasi murid-murid daripada membuat kesalahan.

2. Murid yang cuba menyalahkan rakannya apabila ditegur oleh guru kerana kesalahannya dikatakan sebagai mengalami

(A) helah bela diri.


(B) gangguan mental.
(C) gangguan emosi.
(D) manifestasi tingkah laku.

3. Bapa Salmah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung. Akan tetapi, Salmah tidak mahu menerima hakikat
bahawa bapanya telah meninggal dunia.Dia menganggap bapanya masih hidup dan akan bersamanya selama-
lamanya.Mekanisme helah bela diri ini ialah

(A) regresi.
(B) penafian.
(C) penarikan.
(D) identifikasi.
4. Mekanisme helah bela diri jenis sublimasi dapat membantu seseorang individu untuk

(A) menjadi lebih kreatif dan produktif.


(B) melarikan diri daripada kenyataan sebenar.
(C) menyelamatkan dirinya daripada perasaan malu.
(D) menyembunyikan kelemahannya daripada orang lain.

5. Pernyataan di bawah merupakan kegunaan mekanisme helah bela diri kecuali

(A) menjadikan seseorang lebih kreatif dan produktif.


(B) menenangkan jiwa seseorang buat seketika sebelum mencari penyelesaian.
(C) membantu individu melepaskan perasaan marah dan geram kepada orang lain.
(D) menyediakan ruang kepada individu menyesuaikan diri dalam keadaan kerisauan dan kebimbangan.
Baca dan teliti cerita di bawah.

Selesai sahaja menduduki peperiksaan SPM bagi subjek matematik, Ikhwan kelihatan risau, murung dan sering
menyendiri. Apabila ditanya tentang sebabnya, dia menjelaskan bahawa dia risau dan tidak yakin dapat lulus dengan baik.
Meskipun ditenangkan oleh teman-teman sekelasnya, dia tetap bersikap pesimistik dan tidak bersedia untuk bersosialisasi.

i. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan Ikhwan memmpunyai konsep kendiri negatif?
Lengkapkan jawapan anda dalam jadual di bawah.

Faktor Huraian
ii. Konsep kendiri bukanlah sesuatu yang tetap, malahan sering berubah-ubah. Sehubungan itu guru memainkan peranan
penting dalam membantu murid membentuk konsep kendiri positif.

Andaikan anda guru Ikhwan, kemukakan cara-cara untuk membantu membentuk konsep kendiri positif.

Lengkapkan jadual di bawah :

Cara Huraian

TUGASAN 1
• Antara tugas utama guru selaku arkitek sosial dalam menghadapi wawasan 2020, ialah
membentuk pesonaliti murid yang seimbang dan matang melalui pengajaran dan
pembelajarannya. Antara masalah utama yang dihadapi oleh guru ialah terdapatnya
dikalangan murid yang mempunyai konsep kendiri yang negatif.

Huraikan lima cara guru dapat membantu murid yang mempunyai konsep kendiri negatif.

TUGASAN 2

• Apakah peranan helah bela diri? Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai,
huraikan sekurang-kurangnya lima mekanisme helah bela diri dengan memberi contoh
yang sesuai.

TUGASAN 3

• Apakah helah bela diri yang lazim digunakan oleh seseorang murid dan guru?

• Apakah akibatnya jika helah bela diri terlalu atau sering digunakan?

You might also like