PENGENALAN Syed Muhammad Naquib al-Attas, (1999) mendefinisikan pendidikan sebagai suatu proses menanam sesuatu ke dalam diri

manusia. Pendidikan Islam pula ditakrifkan oleh Ahmad Mohd Salleh (2004) sebagai suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Manakala menurut Mohd Yusof Ahmad (2004) pula, Pendidikan Islam adalah satu usaha atau proses mengajar, mengasuh, mendidik dan mengembangkan potensi individu dari segi aqli, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan seimbang yang mampu untuk membangun diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan ajaran Islam, di samping itu ia juga berusaha untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Pendidikan Islam ini bukan sahaja mata pelajaran di sekolah, tetapi satu proses pembentukan manusia berdasarkan ajaran Islam. Ia juga bermaksud sistem yang bersumberkan wahyu, iaitu satu sumber yang sempurna untuk mendidik manusia bagi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Tujuannya ialah melahirkan muslim yang soleh, yang dapat membangun diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang diredhai Allah. Melalui definisi dan maksud di sebalik Pendidikan Islam seperti yang dihuraikan di atas, dapatlah kita fahami betapa besarnya peranan guru Pendidikan Islam dalam mendidik pelajar-pelajar agar tujuan yang Pendidikan Islam itu benar-benar dicapai. Namun begitu, untuk mencapai tujuan tersebut guru Pendidikan Islam masa kini menghadapi banyak cabaran khususnya dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

Cabaran dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Jadi di sini. cabaran diertikan sebagai sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi.Sebelum melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam. Kondusif membawa erti sesuai. lebih elok diteliti apakah maksud cabaran. Prinsip-prinsip asas ajaran Islam pula ialah sesuatu yang dilakukan itu mestilah berteraskan al-Quran. Cabaran ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:1. qias serta selari dengan nilai-nilai Islam. Merujuk Kamus Dewan edisi keempat. 2. Guru akan kurang berusaha menentukan pembelajaran yang berkesan dan lebih mudah memenuhi ’keperluan pentadbiran’ kerana ia diperhatikan dan . kondusif dan apakah pula prinsip-prinsip Islam. Cabaran dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. 1. as-Sunnah. Cabaran dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. baik dan sebagainya untuk membantu. Pegawai Pelajaran Daerah atau Kementerian Pendidikan. ijma’ ulama’. mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. dapat kita fahami bahawa yang dimahukan di sini ialah apakah cabaran atau indikator-indikator yang menguji kemampuan guru Pendidikan Islam dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang sesuai dengan ajaran Islam iaitu berteraskan sumber Islam yang dibenarkan. Cabaran : Kesamaran peranan sebagai guru Pendidikan Islam. Hari ini dapat dilihat berapa ramai guru lebih bersikap ‘menjalankan tugas sahaja’ bagi memenuhi arahan dari pihak atasan samada pengetua.

Guru adalah murabbi. Selain itu. masyarakat dan rakan sekerjanya. toleransi. Oleh itu mereka mengabaikan ’keperluan pelajar’ di bilik darjah. pembimbing. guru harus mempamerkan sifat-sifat terpuji yang dapat diterima oleh pelajar. mudarris. Ini menimbulkan rasa tidak ikhlas di dalam diri guru dalam mendidik. (Ahmad Mohd Salleh. 1993) Perkara yang penting juga ialah sebagai seorang pendidik. sebagai contoh . guru perlu mengetahui. Kegagalan memahami fungsi dan peranan yang sebenar akan memberi kesan yang amat besar kepada pembentukan ummah. Mereka menyampaikan ilmu-ilmu Allah supaya setiap yang dididiknya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. ramah. 1993) Mereka lupa bahawa Islam memandang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Sifat dinamik ini perlu dimiliki oleh guru supaya tidak ketinggalan di belakang dalam arus pengetahuan yang semakin berkembang. Oleh itu guru Pendidikan Islam perlu memahami. (Ishak Haron. dan pelbagai lagi. kaunselor. Guru juga perlu mengetahui dengan luas berkaitan pedagogi dan psikologi pembelajaran di samping melengkapkan diri dengan kemahiran pengurusan bilik darjah. adil. fasilitator. Fungsi dan peranan dalam membentuk ummah perlu direnung semula. Antara sifat seorang guru ialah tegas. amalan muhasabah diri perlu dilaksanakan. 1995) Cara penyelesaian : Sebagai guru Pendidikan Islam. memahami dan menghayati isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam melangkaui batasan sukatan pelajaran. Peranannya sebagai penyemai nilai-nilai murni. menguasai ilmu naqliyyah dan ilmu aqliyyah pada tahap yang membanggakan. dedikasi. muallim.dihargai oleh orang atasan. suka berjenaka. pandangan luas dan dinamik. menghayati dan berusaha mencapai apa yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. (Nik Azis Nik Pa. alim atau ulama pada kaca mata Islam.

Tetapi diganggu pula oleh murid-murid lain yang bising di dalam kelas. Bagi pelajar yang beragama Islam. 1999) Cabaran : Minat dan perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. pembelajaran yang kondusif di dalam kelas tidak dapat diwujudkan. Cara penyelesaiannya : Jadi di sini. Guru perlu menerangkan hakikat Pendidikan Islam di sekolah di mana ia mempunyai dua tujuan besar iaitu untuk memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran untuk tujuan peperiksaan dan peranan paling besar ialah untuk membimbing murid sekolah agar menghayati agama Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan. Apabila situasi ini berlaku. (Che Noraini Hashim. 2005) Apabila sudah begitu perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Sedangkan fungsi Pendidikan Islam jauh lebih besar daripada itu. selain pelajar menguasai fakta-fakta untuk tujuan peperiksaan. mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran ini. Hanya segelintir sahaja murid yang mungkin memberikan tumpuan. hakim dalam memberi hukuman sewajarnya kepada pelajarpelajarnya perlu diambil berat. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som. nampak bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting. mereka juga harus dibimbing untuk mengamal dan . Jauh sekali untuk menghayati pelajaran tersebut. Kebanyakan murid berpandangan bahawa Pendidikan Islam hanyalah salah satu dari mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Ramai di antara mereka yang bersungguh-sungguh menguasai mata pelajaran ini semata-mata untuk memperolehi A di dalam keputusan peperiksaan. Kesannya apabila tiba giliran mata pelajaran ini. Jadi.teladan. muridmurid tidak melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. mana mungkin akan timbul minat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam.

2007) Cara penyelesaiannya : Di sini pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak . Keadaan bilik darjah yang tidak terurus. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ini harus disedari oleh semua guru Pendidikan Islam kerana tugas mereka tidak hanya terhad kepada memberi pengetahuan agama sahaja sebagaimana yang digariskan dalam sukatan pelajaran tetapi juga menanam minat dan cinta terhadap agama yang menjadi pegangan hidup mereka. panas. 1987) Namun persoalannya ialah berapa ramai guru yang menyedari hakikat ini? Adakah mereka berusaha lebih daripada menyalurkan ilmu untuk tujuan peperiksaan sahaja? Adakah mereka mampu menjadikan bilik darjah itu menarik dan murid-murid minat untuk mendalaminya? Cabaran : Keadaan bilik darjah yang tidak memuaskan. bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. (Azman Wan Chik. Rozihani Yaakub. Jadi. Contohnya membuat bising.kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak.menghayati agama Islam. Tugas kedua ini adalah sesuatu yang tersirat dalam tugas guru Pendidikan Islam. (Shahabudin Hashim.pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. Oleh sebab itu.mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Mohd Zohir Ahmad. cahaya yang tidak mencukupi. sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Ada pelajar yang lemah. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut.

Ada sesetengah sekolah dihadapkan dengan masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang teruk dalam kalangan murid-muridnya. Di sini guru perlu menerapkan nilai-nilai Islam iaitu mementingkan kebersihan. Cabaran : Masalah disiplin dan keruntuhan akhlak pelajar. sudut pameran kerja pelajar.sudut pengetahuan. Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Guru tersebut perlu bijak dalam membentuk dan menyusun susunan peralatan dan barangbarang yang terdapat di dalam bilik darjah agar nampak tersusun dan tidak berselerak. manusia dengan manusia dan manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Sampel kerja-kerja pelajar yang terbaik seperti karangan. kreatif dan inovatif akan mempunyai semangat dan idea-idea yang kreatif dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif. Guru yang bermotivasi tinggi. Rashid) Untuk mengatasi masalah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam bilik darjah. ia mungkin boleh mengutarakan masalah tersebut kepada pihak pengurusan sekolah untuk diambil jalan penyelesaiannya. Menurut Zawawi Ahmad (1996). akhlak ialah suatu menifestasi hidup yang luas yang mencakupi kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah. Aspek keceriaan juga ada kalanya memberikan kesan yang tinggi terhadap suasana bilik darjah. matematik dan sebagainya boleh dipamerkan di bilik darjah supaya ia mendorong pelajar lain membaiki kelemahan mereka. kepentingan bekerjasama menjaga barang-barang. nas-nas hadis. kata-kata motivasi dari para ulama’ . Kepelbagaian hiasan di dinding seperti ayat-ayat al-Quran. lukisan. Akhlak . saling tolong menolong dan sebagainya lagi. Pihak kedua ialah peranan guru itu sendiri. sudut bacaan dan sebagainya akan mewujudkan suasana kondusif pembelajaran pelajar dan memotivasikan mereka. sudut maklumat. (Abd.pengurusan atau pentadbiran sekolah di mana mereka perlu berusaha mendapatkan kemudahan bilik darjah yang masih tidak mencukupi. Rahim Abd.

guru Pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kaedah yang digunakan untuk membolehkan murid tertarik untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Rakan sebaya juga mempengaruhi akhlak pelajar. bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. kaedah tulisan.manusia adalah sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama ada baik ataupun buruk. Namun akibat pengaruh dari barat. Cara penyelesaiannya : Untuk mengatasi masalah ini guru Pendidikan Islam memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak lain samada ibu bapa. sedikit sebanyak ia akan mengurangkan masalah ini. kaedah soal jawab. Antara kaedah tersebut ialah kaedah perbandingan. kaedah ulangan. pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Selain itu. Contohnya menghisap rokok. meminum arak. kaedah eksperimen. kaedah perbincangan. kaedah bercerita dan kaedah pelaziman. kaedah syarahan. kita dapat lihat betapa runtuhnya akhlak dalam kalangan murid Islam pada masa kini. Sebagai contohnya. . guru-guru lain. kaedah hafalan. merosakkan harta benda sekolah.(Ghazali Darussalam. Oleh yang demikian Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik. kaedah permainan. Apabila semua turut memberikan perhatian terhadap masalah ini. 2004). menyalahgunakan dadah. (Ibrahim Mamat. kaedah pemahaman. ponteng kelas. Apabila pelajar-pelajar seperti ini sudah dapat dikawal. pihak sekolah dan juga perhatian masyarakat. kaedah amali dan demonstrasi. proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih kondusif. Pihak sekolah sebagai contohnya perlu mengenakan tindakan disiplin bagi murid-murid yang terlibat dengan masalah ini. media massa dan sebagainya.1997) Pelajar-pelajar seperti inilah yang selalu menimbulkan masalah dan gangguan apabila berada di dalam bilik darjah.

Hal-hal berkaitan programprogram sekolah dan sebagainya ini berkait rapat dengan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah. Contoh alat bantu mengajar ialah tayangan video. buku rujukan. Ia memberi peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria. kad manila. kecerdasan.MP4. . buku teks. tayangan slide. komputer.Contohnya aktiviti gotong royong. deria sentuh dan deria pendengaran. Cabaran dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Cabaran : Budaya dan pengurusan sekolah Kebanyakan sekolah pada hari ini lebih menumpukan kepada aspek kecemerlangan akademik seperti mengadakan program motivasi. 2004) Penggunaan kepelbagaian teknik dan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dibantu dengan alat bantu mengajar membolehkan pelajar terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Azman Wan Chik (1987) mengesyorkan guru agar berusaha untuk menjadikan bilik darjah Pendidikan Islam sebagai satu medan yang indah dan menarik sehingga murid di dalamnya tidak ingin keluar dan murid yang di luar berebut-rebut untuk masuk ke dalam. kertas mahjong. kertas A4 dan lain-lain lagi. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som. ( Mok Soon Sang. kebolehan dan minat murid. bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan dan seumpamanya. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. Aktiviti-aktiviti bercorak pemupukan nilai kurang mendapat sambutan. 2.1991) Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan untuk memastikan murid menerima pengetahuan dan kemahiran yang diajar. (Ahmad Mohd Salleh. ceramah-ceramah kerohanian dan sebagainya lagi.Kaedah dan teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur. Dari situ. 1999). iaitu deria penglihatan.

Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nlai-nilai aqidah dan akhlak supaya pelajar berasa selamat.Cara penyelesaiannya : Pihak pengurusan hendaklah mempunyai misi dan wawasan yang jelas berlandaskan budaya. Situasi ini akan berlaku apabila guru Pendidikan Islam mengajar sesuatu . disiplin dan tanggungjawab kepemimpinan. Sesungguhnya jika setiap warga sekolah bermula dari pengetua. Cabaran : Ketidakselarasan pendidikan ibu bapa di rumah dengan pendidikan di sekolah. sudah tentu sekolah yang kondusif berdasarkan nilai-nilai Islam ini dapat diwujudkan. guru. Kegiatan ko-kurikulum juga harus menyokong pemupukan aqidah dan akhlak di samping menyediakan ruang untuk penambahan pengalaman ilmiah. 1999). ( Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kurikulum dirangka dan dilaksanakan harus memberi kepada peneguhan ilmu tentang akidah dan akhlak samada dalam buku teks. Aspek agama dan nilai perlu ditekankan merentasi kurikulum dan kesepaduan ilmu wahyu dan ilmu sains tabii dan sains kemanusiaan.di luar dan sebagainya. Sewajarnya pihak pengurusan menyediakan prasarana untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum berbentuk ibadah seperti berkhemah dan bertamrin hujung minggu di sekolah. pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti dalam bilik darjah dan sekolah. sentiasa ingin berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi iaitu mencari keredhaan Allah bukan hanya untuk menggembirakan warga sekolah. Sebahagian dari budaya ini adalah sifat muraqabah iaitu merasa Allah sentiasa memerhati mereka dan muhasah iaitu Allah akan menghitung perbuatan mereka untuk dipertanggungjawabkan. ibu bapa dan guru. kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar menghayati nila-nilai akhlak ini. nilai agama dan akhlak yang didokong oleh warga sekolah.

guru Pendidikan Islam perlulah memainkan peranan . Umpamanya bercakap dengan menggunakan suara yang lemah lembut. lain pula suasana yang wujud di dalam keluarga atau masyarakat pelajar tersebut. (Azman Wan Chik.1983). Melalui pertemuan tersebut. Pertemuan antara guru dan ibu bapa boleh diaturkan melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru. (Atan Long. mesra dan saling hormat menghormati. Jalan paling mudah dan lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah ini ialah apabila ibu bapa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang betul dengan memberikan pendidikan tidak formal kepada anak-anak mereka. 1987) Contoh yang lain ialah di sekolah. tujuan dan matlamat Pendidikan Islam dan kesan sekiranya tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Untuk memberi kesedaran tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bukanlah suatu perkara yang senang. Maka pengaruh ibu bapanya akan melebihi ajaran guru di dalam bilik darjah. menunaikan suruhan Allah dan nilai-nilai murni yang lain. kaedah dan teknik yang sesuai untuk memberi kefahaman yang benar-benar boleh meyakinkan murid bahawa apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas itu adalah benar untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan ibu bapa yang tidak menunaikan ajaran Islam. murid diajar tentang kewajipan menunaikan solat walau di mana sahaja berada. Namun. di awal pembelajaran lagi. Misalannya.yang tidak menjadi suatu amalan di dalam keluarga murid tersebut. Tetapi apabila pulang ke rumah. dan pendidikan tidak formal itu selaras dengan pendidikan formal di sekolah. Tambahan pula jika guru tersebut tidak mempunyai kualiti dan daya sebagai seorang pendakwah yang berkesan. atau adab pergaulan dan akhlak yang baik. dia melihat ibu bapanya tidak menunaikan solat. Cara penyelesaiannya : Dalam menghadapi cabaran di atas. Guru juga perlu bersungguh-sungguh memikirkan pendekatan. guru Pendidikan Islam menjelaskan apakah pendidikan Islam. guru mengajar berkaitan budi pekerti.

Contohnya guru mengajar tentang haramnya judi. kepentingan guru tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan tiap-tiap ahli masyarakat di dalam zaman moden ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru dan proses pendidikan yang lain. tetapi murid melihat judi berleluasa di dalam masyarakat. (Azman Wan Chik. Cabaran : Kurangnya guru-guru mata pelajaran lain untuk turut serta menerapkan nilai-nilai Pendidikan Islam dalam pengajaran mereka. Menurut Atan Long (1983).menyelitkan unsur-unsur Pendidikan Islam dan memberi kesedaran peri pentingnya ibu bapa berpegang dengan ajaran Islam serta kepentingan ibu bapa menyelaraskan pendidikan tidak formal di rumah dengan pendidikan formal di sekolah. 1987). Maka. Inilah yang dikatakan cabaran kepada guru Pendidikan Islam. maka masyarakat lebih menumpukan harapan kepada pendidikan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Namun. Hal ini akan menyebabkan kurangnya kepercayaan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru di sekolah terutama bagi murid-murid yang masih mentah. Cabaran : Ketidakselarasan pendidikan masyarakat dengan pendidikan di sekolah. di dalam banyak hal tidak terdapat keselarasan di antara apa yang dikemukakan di sekolah dengan apa yang diamalkan di dalam masyarakat. Mata pelajaran sepatutnya disebut sebagai Pengetahuan Agama Islam. . tetapi oleh kerana pendidikan formal yang disampaikan di sekolah merupakan pendidikan yang bersistem. konflik akan timbul dalam diri mereka. Walaupun pendidikan lain yang berupa pendidikan tidak formal itu penting. Tugas guru bukanlah beralih kepada seratus peratus mengubah masyarakat pula. tetapi usaha semua itu penting demi mencapai tujuan Pendidikan Islam di sekolah agar pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah dan sekolah secara Islam dapat diwujudkan.

Apabila guru-guru lain tidak sama-sama cuba menerapkan nilai-nilai Pendidikan Islam dalam diri murid. Akhirnya rakyat bangun memberontak yang menyebabkan ramai yang mati dan cedera.1976 (Dalam Mohd Yusuf Ahmad. maka tugas guru Pendidikan Islam akan menjadi berat. Cara penyelesaiannya : Pendidikan Islam sepatutnya ada dalam setiap mata pelajaran sekolah khususnya guru-guru yang beragama Islam. Sesetengah sekolah khususnya yang terletak di kawasan pedalaman. Cara penyelesaiannya : .Salleh. Cara meminta pelajar-pelajar memikirkan apakah moral sesuatu peristiwa atau kejadian juga merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan. menceritakan tentang kezaliman seseorang pemerintah yang menyebabkan ramai rakyatnya menderita. al-Ibrashy. Semua ini akan menyukarkan guru Pendidikan Islam untuk mewujudkan suasana sekolah yang Islamik. dibenci masyarakat dan dikeji oleh Allah. Umpamanya. Contohnya tiada kemudahan surau. pada masa yang bersesuaian. guru hendaklah menerapkan unsur Pendidikan Islam iaitu dengan menasihatkan pelajar supaya betul dan tidak ada unsur tipu ketika membuat kira-kira kewangan. 1995) Cabaran : Kekurangan infrastruktur dan prasarana yang lengkap. dalam pelajaran Ekonomi dan Prinsip Akaun.Hal ini kerana ia adalah bahan ilmu yang disampaikan kepada murid sebagai asas kepada Pendidikan Islam. Dari situ guru boleh menasihatkan pelajar supaya jangan jadi penguasa seperti itu kerana ia merosakkan orang lain. 2004). masih kekurangan infrastruktur dan prasarana yang lengkap. Cabaran inilah yang perlu ditempuhi oleh mereka. Contoh lain ialah dalam mata pelajaran sejarah. (Amla Mohd.

memiliki sifat kasih sayang. Mengikut Mohd Yusuf Ahmad (2004). Seorang pendidik itu perlu berperanan sebagai seorang orang tua yang baik. harapan dari pihak sekolah. bahan rujukan. asrama. sementara menunggu proses pembinaan surau dibuat. makmal teknologi dan vokesyenal. kita harus berpegang kepada . boleh diganti sebagai surau. Ini semua adalah untuk memantapkan Pendidikan Islam yang telah diberikan dalam bilik darjah dan juga untuk menghidupkan amalan dan penghayatan Islam secara yang lebih berkesan. Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003) Namun sebagai guru Pendidikan Islam. Lebih-lebih lagi sebagai guru Pendidikan Islam. bilik pengajaran mikro. mana-mana bilik darjah yang tidak digunakan. tazkirah dan lain-lain. kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa. surau sekolah adalah untuk pelajarpelajar melakukan praktikal ibadat serta kegiatan lain termasuk solat berjemaah. PENUTUP Apa yang ingin ditekankan di sini ialah tugas guru ini amatlah berat. Namun tugas pendidik bukan hanya terhad di dalam kelas sahaja. hasrat negara yang terbeban di bahu. pusat penyuburan ilmu. adil dan memiliki ilmu yang mendalam. bilik kuliah. dewan perhimpunan. Antaranya kemudahan pusat sumber. masyarakat yang sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik di dalam pendidikan dan sebagainya lagi menjadikan tugas ini semakin rumit. kemudahan dan infrastruktur pendidikan guru perlu disediakan dengan secukupnya. perabot. Guru juga perlu mempunyai hubungan yang harmoni dengan ibu bapa dan pelajar serta bijak mengurus bilik darjah. tilawah al-Quran. makmal komputer. Namun bagi guru Pendidikan Islam yang kreatif. Pihak sekolah bertanggungjawab mendirikan surau di sekolah masing-masing. peralatan rekreasi. Amanah Allah yang dipikul. gimnasium. tetapi berterusan memantau pelajar walau di mana mereka.Menurut Razali Ismail (1992). kenderaan dan staf sokongan.

setiap kesulitan itu akan ada kemudahan. (1993) bahawa dari segi falsafah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. ibu bapa. Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Kesimpulannya. Dari situ. (1999). Sepertimana yang disebut oleh Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. pihak pengurusan sekolah. pendidikan ialah satu proses memanusiakan manusia. keberkesanan bilik darjah saling berkait rapat dengan suasana sekolah yang membantu di samping penglibatan pihak-pihak luar samada bahagian Kementerian Pendidikan. Bhd.firman Allah mafhumnya. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Pendidikan Islam. Bhd. Bilik darjah yang kondusif dan selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam tidak akan dapat diwujudkan apabila suasana sekolah tidak membantu ke arah itu. (1999). Pelbagai cabaran yang akan kita hadapi samada di bilik darjah ataupun suasana sekolah itu sendiri. masyarakat dan ramai lagi demi mewujudkan bilik darjah dan sekolah selari dengan prinsip-prinsip Islam. dapat kita rungkaikan bahawa bukan senang untuk kita mendidik manusia supaya benar-benar dapat menjadi manusia yang berguna kerana manusia ini terdiri dari pelbagai ragam dan karenah. Begitu juga peranan sekolah yang akan membantu keberkesanan mewujudkan bilik darjah yang selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Ahmad Mohd Salleh. Dinamika guru. Sifat ikhlas dan zuhud iaitu melakukan sesuatu demi mencari keredhaan Allah perlu ada dalam diri setiap guru. RUJUKAN Abdul Rahim Abdul rashid. . Malahan impian untuk mewujudkan sekolah yang selari dengan prinsip-prinsip Islam juga tidak dapat dibentuk sekiranya pembentukan nilai-nilai tersebut tidak diasuh di dalam bilik darjah.

Seminar JKLAU ke-9. (2003). (1987). Pendidikan Islam kea rah kemanusiaan sejagat. 2526 Jun 2005 (hlm. Bangi. 14 Disember 1983 (hlm. 15-16 Januari 1994 (hlm. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. (2004). Keruntuhan akhlak dan pembangunan remaja masa kini : Cabaran Pendidikan Islam di Malaysia. Che Noraini Hashim. Bhd. Bangi. (2005). Kuala Lumpur: Utusan .1-3). A. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Amla Mohd Salleh. 189) . falsafah dan strategi dalam pembentukan guru yang unggul. (1994). Universiti Kebangsaan Malaysia. 27). (Ed. FakultiPendidikan. (2007). Eng. Ghazali Darussalam. Melaka. Bangi. Penerapan nilai-nilai murni di dalam pengajaran bilik darjah: Satu perbincangan tentang isu dan strategi.n. [s.] Azman Wan Chik. Seminar anjuran Guru-guru Melayu Malaysia Barat dan Pusat Pendidikan. Pedagogi Pendidikan Islam.Ahmad Mohd Salleh. Dlm. Peranan guru di dalam pembangunan negara bagi menyelesaikan masalah-masalah kini. Pendidikan guru: Cabaran. Selangor : Masa Enterprise Atan Long. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bhd.l. J. Kaedah hayati amali.]: [s. Pengurusan Disiplin Murid.). Roshidi Azizan & Abdullah Mohd Noor. Selangor: Fajar Bakti Sdn. sejarah dan kaedah pengajaran pembelajaran. Pendidikan Islam : Falsafah. (1983). Bhd.

Perubahan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia menjelang abad ke 21. Persediaan guru Pendidikan Islam menghadapi negara maju (hlm. Wawasan 2020 : Cabaran kepada pendidik guru. Dlm.).(1993). Selangor : Tekno Edar. Nik Azis Nik Pa. Salmah Jabbar. Ananda Kumar P. Marohaini Yusoff. Pendidikan Islam era 2020 tasawur dan strategi. 59-64). Memimpin remaja sekolah.Publications & Distributors Sdn. Jawatankuasa Penerbitan Khas Fakulti Pendidikan (Ed. 15-17 September 1992 (hlm. 96-98). Bhd.Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.). 204). Pengurusan pendidikan untuk sekolah berkesan daripada perspektif Islam. Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (1999). Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah (Ed. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Ibrahim Mamat. Hairani Mohd Khalid & Rodziah Abdullah. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. (2007). Kamus Dewan edisi keempat. Pendidikan di Malaysia: Arah dan cabaran (hlm. (1992). 26-28 Oktober 1998 (hlm. : Teori dan praktik. Bhd. (1993). Shahril Marzuki. Aziah Tajudn. Aini Hassan. Zulkifli A. Saidah Kamin. Razali Ismail. Ishak Haron. Ibrahim Ahmad. Manaf. 12) Kota . Noresah Baharom. Dlm. & Abdul Jalil Othman (Ed. Dlm. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Minggu budaya dan wacana pendidikan. (1997). Seminar JPPG Pendidikan guru untuk sekolah berkesan.). Azizah Supardi.

. Sang M. Bhd. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bharu : Maktab Perguruan Kota Bharu. S. Pengurusan hal ehwal murid. (2008).