You are on page 1of 40

KERJA KURSUS PENDEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PISMP SEM 1

2010

Disediakan Oleh :
Muhammad Ridhuan Bin Hanafi
(2010211310030)
PISMP Mathematics Cohort 5 IPG KBA

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan


sebaik-baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi
Adam dan Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan
mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan
dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas
kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman


Kamaruddin(2009) dalam buku bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan
Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku
secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah
perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan
berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan
dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam


corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat.
Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan
secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,
rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980).

Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan


yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua
perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun
sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak pula berpendapat


perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri
seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang(2008) menjelaskan bahawa


perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada
peringkat lebih awal.

1.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua


arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan
dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi
(kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi
(proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tangan
bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak).

Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan


pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat
pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi
iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika
berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak
berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9
hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun,
peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat
akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika
berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas.
Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses
perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani,
emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008),


terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada
peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti
dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi
adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin
akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada
konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur


daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi
boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari
tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum
beransur ke otot-otot halus.

Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan


adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain,
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan
daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-
kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-
kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya
sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru
kelak.
Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah
hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.
Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan
manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan
perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salah
satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita
dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.

Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil


interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah
kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya
merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-
faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau
identifikasi dan memerlukan usaha.

Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu


seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya.
Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna
memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika
berlatih atau meniru cara-cara berenang.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan


kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani.
Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama
iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga
telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar
perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor
persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar
perkembangan seseorang individu.
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan
manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di
Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008)
dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian Empat Tahun”, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau
gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka seperti
yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka
menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli
dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan
kawalan emosi.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai


perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan
had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard
(1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang
individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka
dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar
perkembangan manusia.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di
lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang
didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut
kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal
biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan,
iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina)
dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa
masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu
dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh
bayi yang akan dilahirkan nanti.

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada


prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan
perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya,
ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai.
Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang
mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan
anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda
akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada
emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung.


Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan
berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh
dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu
sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu
aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini
menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan
seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah
sihat.

Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang


berpenyakit. Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit,
seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar
menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu.
Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi
berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, proses
perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan
emosi terjejas.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah


persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan
kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir.
Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya
hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor
selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi,
tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat,
media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi
perkembangan seseorang manusia.

Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi,


dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian Empat Tahun”, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini
akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi
berumur antara enam hingga lapan bulan.

Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam
mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini,
perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran kordinasi otot
telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang,
menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan


kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi
faktor perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi
keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi
keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar
perkembangannya.
Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan
membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum
kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepadaanak-anak.

Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi
dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga
seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk
sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-
kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan
seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal
perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan
kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik
kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun,
kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak
kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif.

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa


perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut
Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak


lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam
persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara
kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam
mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam
perkembangan kanak-kanak.

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2


mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh
mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut
Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik
daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.

Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak


melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya
sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-
peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-


norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu


tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman
dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi


antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan
individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza-beza.
3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Mengikut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah


merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian
badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa
pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian,
berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan
fizikal yang lebih kompleks.

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi


kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal.
Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat
dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori,


khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak
akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat
dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.

Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan


pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan
dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih kepada bercorakkan penambahbaikan
kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-


kanak, dapat dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan
berat badan meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu
juga perlahan-lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika
ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu
menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan
pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan dengan
aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.
Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9
hingga 11 tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti
berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan
dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak
balas bertambah baik dan membantu perkembangan kemahiran motor.
Kemahiran dalam penulisan juga semakin berkembang. Peralihan akhir kanak-
kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun
lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal


remaja, pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ
seks. Bagi remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak
pada bahagian tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan
akan mengalami kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan
mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi
remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan kesedaran
orientasi seksual mula wujud.

3.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat


dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi
personaliti kanak-kanak.

Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu


tugas seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam
kehidupan individu pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa
kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala
kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa
serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan
bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-
norma dan budaya masyarakat. R. Havighurst menyenaraikan tugas-tugas
perkembangan kanak-kanak iaitu pada peringkat kanak-kanak (6-12 tahun).

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah


membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung
untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga
kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak
memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan
permainan yang lasak.

Selain itu,kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat.
Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubah badan kanak-kanak lebih
sihat dan cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menguasai konsep-
konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula
berkomunikasi bersama-sama rakan-rakan baru sudah mula membentuk
kemahiran sosial dan mula membentuk kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan


mengira yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru ketika belajar di
sekolah. Pelbagai kebolehan yang mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan
mereka mula belajar berdikari seperti mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar ibu
bapa, mahu membeli barang-barang mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini
jugalah kanak-kanak mula untuk belajar membezakan peranan lelaki dan
perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada ketika ini biasanya mula
berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-kanak lebih yakin
dalam menhadapi dunia sebenar.

3.2 DATA DAN PERBINCANGAN

3.2.1 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 7


TAHUN

JADUAL 1 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 1


SAIZ SAIZ
TINGGI(CM BERAT(KG KEPALA(CM BADA
BIL NAMA ) ) ) N
1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA 125.0 31.6 51 S
2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR 125.1 29.4 50.4 S
3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF 128.4 32.2 50.8 S
PURATA 126.2 31.1 50.7 S

Jadual 1 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun


1 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat
dalam ujian ini adalah Ahmad Syazwan bin Zakaria, Mohd Faiz bin Mohd Nor
dan Fiqree bin Mohamed Yusof . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas
yang berlainan. Ahmad Syazwan merupakan murid kelas 1A, Mohd Faiz dan
Fiqree pula merupakan murid kelas 1B. Daripada jadual di atas, jelas
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari
segi tinggi, berat,saiz kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Ahmad Syazwan dan Mohd Faiz mempunyai


ketinggian yang hampir sama iaitu 125 cm dan 125.1 cm manakala Fiqree
mempunyai ketinggian 128.4cm. Ini menjadikan purata ketinggian murid tahun 1
adalah 126.2cm.

Dari segi berat badan pula, Fiqree lebih berat berbanding Ahmad
Syazwan dan Mohd Faiz. Fiqree mencatakan berat sebanyak 32.2kg, Ahmad
syazwan 31.6kg dan Mohd Faiz 29.4kg. Ini menjadikan purata berat badan
mereka sebanyak 31.1 kg.

Ketinggian dan berat badan Fiqree adalah lebih berbanding Ahmad


syazwan dan Mohd Faiz adalah disebabkan oleh faktor genetik dan faktor
pemakanan murid tersebut. Ibu bapa yang tinggi dan besar akan menghasilkan
anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya, ibu bapa yang rendah dan kecil
akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Dari segi pemakanan
pula, kanak-kanak yang mendapat nutrien yang mencukupi akan kelihatan lebih
tinggi dan sihat berbanding dengan kanak-kanak yang kurang mendapat nutrien.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan
‘S’ iaitu kecil. Kanak-kanak pada usia 7 tahun kelihatan kecil kerana dalam
lingkungan usia ini mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walau
bagaimanapun, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalam
menentukan saiz badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan
yang mempunyai banyak lemak dan karbohidrat berkemungkinan besar untuk
menjadi obesiti dan gemuk. Sebaliknya, kanak-kanak yang menjaga pemakanan
mereka dengan mengamalkan makanan seimbang akan menjadikan saiz badan
mereka ideal.

Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata


mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5.
BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi
yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Dari segi saiz kepala, Ahmad syazwan, Mohd Faiz dan Fiqree masing-
masing mencatatkan saiz kepala 51cm, 50.4cm, 50.8cm dan menjadikan purata
saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 50.7cm. Jadi, saya dapat
simpulkan bahawa, dalam lingkungan kanak-kanak 7 tahun, perkembangan saiz
kepala adalah hampir sama.

Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak 7 tahun adalah


hampir sama tetapi faktor genetik dan faktor pemakanan yang membezakan
perkembangan mereka.

3.2.2 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 10


TAHUN

JADUAL 2 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 4


BIL NAMA TINGGI(CM BERAT(KG SAIZ SAIZ
) ) KEPALA(CM) BADAN
1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN 131.4 34.8 52.5 S
2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN 131.6 34.5 53.5 S
3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN 128.7 32.1 52.3 S
PURATA 130.6 33.8 52.8 S

Jadual 2 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun


4 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat
dalam ujian ini adalah Muhd Syafiq bin Kamaruddin, Mohd Izzat bin Mazlan dan
Azizol bin Mohamed Deraman . Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang
sama iaitu kelas 4A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz
kepala dan saiz badan.

Dari segi ketinggian, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai ketinggian
yang hampir sama iaitu 131.4 cm dan 131.6 cm manakala Azizol mempunyai
ketinggian 128.7cm. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah 130.6cm.
Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding kanak-
kanak 7 tahun.

Dari segi berat badan pula, Muhd Syafiq dan Mohd Izzat mempunyai berat
badan yang hampir sama iaitu masing-masing mencatatkan berat badan 34.8kg
dan 34.5kg. Berat badan Azizol pula adalah 32.1kg. Ini menjadikan purata berat
badan mereka sebanyak 33.8 kg. Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10
tahun adalah lebih banyak berbanding kanak-kanak 7 tahun.

Perbezaan ketinggian dan berat badan ketiga-tiga responden adalah tidak


ketara. Hal ini demikian kerana ketiga-tiga responden mengamalkan pemakanan
yang sihat.

Dari aspek saiz badan pula, ketiga-tiga responden mempunyai saiz badan
‘S’. Pada tahap ini, kanak-kanak sangat aktif bergerak dan bermain, jadi saiz
badan mereka tidak mengalami masalah obesiti sekiranya mereka menjaga
pemakanan merekaa.
Jika dikira Body Mass Index(BMI) ketiga-tiga responden ini, ternyata
mereka mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5.
BMI yang normal menunjukkan kanak-kanak mempunyai berat badan dan tinggi
yang seimbang dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Dari segi saiz kepala, Muhd Syafiq, Mohd Izzat dan Azizol masing-masing
mencatatkan saiz kepala 52.5cm, 53.5cm, 52.3cm dan menjadikan purata saiz
kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 52.8cm. Ini menunjukkan saiz kepala
kanak-kanak 10 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak terus berlaku dari semasa


ke semasa. Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini juga hampir sama bagi
ketiga-tiga responden.

3.2.3 UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK BERUMUR 12


TAHUN

JADUAL 3 : UJIAN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAGI MURID TAHUN 6


TINGGI(CM BERAT(KG SAIZ SAIZ
BIL NAMA ) ) KEPALA(CM) BADAN
1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK 143.4 44.5 52.9 M
KHAIRUL AMIN BIN MOHD
2 NOR 131.4 36.7 53.6 M
3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD 144.1 49.3 55.0 L
PURATA 139.6 43.5 53.8

Jadual 3 di atas menunjukan data ujian perkembangan fizikal murid tahun


6 yang merangkumi tinggi, berat, saiz kepala dan saiz badan. Murid yang terlibat
dalam ujian ini adalah Badrul Hisyam bin Ishak, Khairul Amin bin Mohd Nor dan
Mohd Hafizul bin Ahmad. Ketiga-tiga murid ini diambil daripada kelas yang sama
iaitu kelas 6A. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan bagi ketiga-tiga murid tersebut dari segi tinggi, berat,saiz kepala dan
saiz badan.
Dari segi ketinggian, Badrul dan Hafizul mempunyai ketinggian yang
hampir sama iaitu 143.4 cm dan 144.1 cm manakala ketinggian Amin adalah
lebih rendah iaitu 131.4. Ini menjadikan purata ketinggian mereka adalah
139.6cm. Ini menunjukkan pada tahap ini, kanak-kanak lebih tinggi berbanding
kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Dari segi berat badan pula, Hafizul mempunyai berat badan yang lebih
berbanding Badrul dan Amin. Berat badan Hafizul ialah 49.5kg, Badrul 44.5kg
dan Amin 36.7kg. Ini menjadikan purata berat badan mereka sebanyak 33.8 kg.
Ini menunjukkan berat badan kanak-kanak 10 tahun adalah lebih berbanding
kanak-kanak 7 tahun dan 10 tahun.

Dari aspek saiz badan pula, Badrul dan Amin mempunyai saiz badan
yang sederhana iaitu ‘M’ manakala Hafizul mempunyai saiz badan yang agak
besar iaitu ‘L’. Saiz badan hafizul adalah lebih berbanding Badrul dan Amin
kerana kanak-kanak ini berasal daripada keluarga yang mempunyai saiz badan
yang besar. Hafizul mengamalkan pemakanan yang tidak sihat kerana dia suka
makan coklat. Hasil soal selidik, dia juga menyatakan bahawa dia suka makan
setengah jam sebelum tidur. Dari segi pemakanan yang tidak sihat, akan
menjadikan saiz badan kanak-kanak lebih besar.

Jika dikira Body Mass Index (BMI) ketiga-tiga responden ini, Badrul dan
Amin mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5.
Namun, bagi Hafizul, dia mempunyai BMI yang tidak normal kerana mencatatkan
BMI sebanyak 23.8. Ini menunjukkan dia mempunyai berat badan yang
berlebihan. Sekiranya, dia tidak menjaga pemakanan kemungkinan besar dia
akan mengalami masalah obesiti.

Dari segi saiz kepala, Badrul,Amin dan Hafizul masing-masing


mencatatkan saiz kepala 52.9cm, 53.6cm dan 55.0cm dan menjadikan purata
saiz kepala bagi ketiga-tiga responden adalah 53.8cm. Saiz kepala Hafizul lebih
besar disebabkan badannya yang besar. Ini menunjukkan saiz kepala kanak-
kanak 12 tahun adalah lebih besar berbanding kanak-kanak 7 tahun dan 10
tahun.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak pada tahap ini mengalami


proses perkembangan fizikal secara berbeza-beza disebabkan oleh faktor baka
dan persekitaran.

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif


Kanak-kanak Prasekolah(cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau
pemikiran ( Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif
memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat.
Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau
membina pengetahuan kanak-kanak.

Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau
proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka
perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan
otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih
berpengalaman. Hal ini bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
bergantung kepada perkembangan otak dan sensori motor(fizikal) serta interaksi
dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial.

Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk


berfikir, memberi pendapat, memahami serta mengungati perkara-perkara yang
berlaku di persekitaran masing-masing.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap


pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya.
Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai
proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan
seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti
penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan
serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.

4.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon


Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat
peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (2-7
tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah Peringkat Operasi
Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga
berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu
berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-
kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap
praoperasi.

Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan
keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-
kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat
seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa
kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara,
mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan
dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin
tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang
menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat
orang lain.
Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak
akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana
pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi
perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula
memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep
nombor, berat, susunan dan padanan. Mereka juga faham akan konsep
pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada
umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara
yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan
sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif
seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan
Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh
melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh
beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima


konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan
akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang


dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi
telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai
skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,
memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang,
kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh
itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan
seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana
bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di


antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap


tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku
apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah
kepada pengalaman yang relevan.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru


diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku
membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru
pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami


perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan
magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Menurut Nani,M. dan Rohani,A. (2007), terdapat beberapa faktor yang


mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor
persekitaran fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan
menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah
persekitaran emosi. Persekitaran emosi negatif dapat mengganggu
perkembangan kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran
komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan
keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.

4.2 DATA DAN PERBINCANGAN

4.2.1 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 7 TAHUN

JADUAL 4.1 :

UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 1 SEBELUM SELEPAS


TIDAK TIDAK
BIL NAMA SAMA SAMA SAMA SAMA
1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA
2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR
3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang telah
dijalankan ke atas murid tahun 1 ataupun murid yang berumur 7 tahun. Dalam
ujian ini, pada mulanya, kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam dua bekas
yang sama. Murid tersebut perlu menyatakan adakah kedua-dua bekas air
tersebut mempunyai kuantiti air yang sama ataupun tidak. Ketiga-tiga responden
menyatakan bahawa kuantiti air dalam bekas tersebut adalah sama.

Kemudian, salah satu air dalam bekas itu dimasukkan ke dalam bekas lain
yang mempunyai saiz yang berbeza. Responden dikehendaki menentukan sama
ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama ataupun tidak. Dalam
ujian ini, seorang daripada responden, Ahmad Syazwan telah menyatakan
kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama manakala dua orang
responden lagi, Mohd Faiz dan Fiqree menyatakan bahawa kuantiti air adalah
tidak sama.

Dalam hal ini, Ahmad Syazwan berjaya menjawab soalan tersebut dengan
tepat manakala dua orang lagi tidak dapat menjawab dengan betul. Ini
menunjukkan Ahmad Syazwan sudah menguasai prinsip identiti manakala Mohd
Faiz dan Fiqree masih tidak dapat menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip
identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuatiti
yang ditambah atau dikurangkan , maka kuatiti air tersebut tetap sama walaupun
dimasukkan di dalam bekas yang berbeza saiznya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11


tahun ) sepatutnya sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun
kelihatan paras air berbeza disebabakan air tersebut dimasukkan ke dalam
bekas yang berbeza saiznya.

JADUAL 4.2 :

UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 1 SEBELUM SELEPAS


TIDAK TIDAK
BIL NAMA SAMA SAMA SAMA SAMA
1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA
2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR
3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang


dijalankan ke atas murid yang berumur 7 tahun. Dalam ujian ini, dua utas tali
yang sama panjang telah digunakan. Dua utas tali tersebut disusun dalam dua
baris yang sama tersebut akan ditunjukan kepada responden. Responden akan
menentukan sama ada dua utas tali tersebut adalah sama panjang ataupun
tidak. Daripada ujian yang dijalankan ke atas ketiga-tiga responden, mereka
menjawab bahawa dua utas tali yang disusun dalam dua baris yang sama,
adalah sama panjang seperti yang direkodkan dalam jadual diatas.

Seterusnya, seutas tali dialihkan ke tepi sedikit dan kemudiannya


responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah
sama panjang atau tidak. Hasilnya, Ahmad Syazwan menyatakan bahawa
kedua-dua utas tali tersebut tetap sama panjang manakala dua orang lagi
menyatakan tali yang dialihkan tersebut lebih panjang.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun
) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama
walaupun kedudukannya telah diubah.

Daripada ujian panjang tali ini, didapati bahawa hanya Ahmad Syazwan
yang boleh menguasai prinsip identiti manakala Mohd Faiz dan Fiqree masih
gagal untuk menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep
pemuliharaan.

JADUAL 4.3 :

UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN


1 SEBELUM SELEPAS
TIDA TIDA
K K
BI SAM SAM SAM SAM
L NAMA A A A A
1 AHMAD SYAZWAN BIN ZAKARIA
2 MOHD FAIZ BIN MOHD NOR
3 FIQREE BIN MOHAMED YUSOF

Jadual 4.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang


dijalankan ke atas responden tahun 1. Dalam ujian ini responden dikehendaki
menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang
berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari
dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan
dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden.
Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut
akan direkodkan.

Daripada jadual 4.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden


menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, hanya
Ahmad Syazwan yang berjaya menyatakan bilangan bola bagi kedua-dua baris
adalah sama. Bagi, Mohd Faiz dan Fiqree, mereka menyatakan bahawa
bilangan bola yang diubah susunannya adalah lagi banyak.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11


tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris
kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat
Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan
( conservation ).

Daripada ujian ini, hanya Ahmad Syazwan telah mencapai peringkat


Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung
dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Ini juga mungkin kerana Ahmad
Syazwan lebih bijak daripada Mohd Faiz dan Fiqree kerana dia berada dalam
kelas 1A. Mohd Faiz dan Fiqree pula masih tidak dapat menguasai prinsip
identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang
ditambah atau dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun
bentuknya atau susunannya berubah.

4.2.2 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 10 TAHUN

JADUAL 5.1 :

UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 4 SEBELUM SELEPAS


TIDA
K TIDAK
BIL NAMA SAMA SAMA SAMA SAMA
1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN
2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN
3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan
ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu
bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama
dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki
menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya,
ketiga-tiga responden iaitu Syafiq, Izzat dan Azizol menyatakan bahawa kuantiti
air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden
direkodkan seperti dalam jadual.

Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam
bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki
menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama
ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 4 ini menyatakan
bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka
menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila
dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11


tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun
dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada
penambahan kuantiti kepada air tersebut.

Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah


pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh
mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

JADUAL 5.2 :

UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 4 SEBELUM SELEPAS


TIDA TIDA
K K
BI SAM SAM SAM SAM
L NAMA A A A A
1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN
2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN
3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN
Jadual 5.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang
dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama
panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris
yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas
tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh
responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga
responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya.


Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah
sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketiga-tiga responden menyatakan
bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan
panjang asal.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun


) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama
walaupun kedudukannya diubah.

Daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga responden ini
telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam konsep
pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh menyatakan
bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan, bilangan
atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 5.3 :

UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN


4 SEBELUM SELEPAS
TIDA TIDA
K K
BI SAM SAM SAM SAM
L NAMA A A A A
1 MUHD SYAFIQ BIN KAMARUDDIN
2 MOHD IZZAT BIN MAZLAN
3 AZIZOL BIN MOHAMED DERAMAN

Jadual 5.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang


dijalankan ke atas responden tahun 4. Dalam ujian ini responden dikehendaki
menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang
berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari
dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan
dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden.
Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut
akan direkodkan.

Daripada jadual 5.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden


menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-
tiga responden menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris adalah
sama.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11


tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris
kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat
Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan
( conservation ).

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden


telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti
seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam
prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau
susunannya berubah.

4.2.3 UJIAN KOGNITIF BAGI MURID BERUMUR 12 TAHUN


JADUAL 6.1 :

UJIAN KUANTITI AIR BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS


TIDA
K TIDAK
BIL NAMA SAMA SAMA SAMA SAMA
1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK
2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR
3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.1 menunjukan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan
ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu
bekas air yang berbeza digunakan. Pada mulanya, kuantiti air yang sama
dimasukkan ke dalam dua bekas yang sama saiz. Responden dikehendaki
menentukan sama ada kuantiti air tersebut adalah sama ataupun tidak. Hasilnya,
ketiga-tiga responden iaitu Badrul,Amin dan Hafizul menyatakan bahawa kuantiti
air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Jawapan responden
direkodkan seperti dalam jadual.

Kemudian, salah satu bekas yang berisi air tadi dituangkan ke dalam
bekas yang mempunyai saiz yang berlainan. Responden dikehendaki
menentukan sama ada kuantiti air dalam kedua-dua bekas itu adalah sama
ataupun tidak. Dalam ujian ini, ketiga-tiga responden tahun 6 ini menyatakan
bahawa kuantiti air dalam kedua-dua bekas tersebut adalah sama. Mereka
menyatakan demikian kerana kuantiti air yang sama tetap sama apabila
dimasukkan ke dalam mana-mana bekas sekalipun.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11


tahun ) sudah dapat menyatakan kuantiti air itu tetap sama walaupun
dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai saiz yang berbeza jika tiada
penambahan kuantiti kepada air tersebut.

Dalam ujian ini, jelas membuktikan bahawa ketiga-tiga responden telah


pun menguasai prinsip identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh
mengetahui bahawa sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

JADUAL 6.2 :

UJIAN PANJANG TALI BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS


TIDA
K TIDAK
BIL NAMA SAMA SAMA SAMA SAMA
1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK
2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR
3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.2 menunjukan butiran mengenai ujian panjang tali yang


dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini, dua utas tali yang sama
panjang telah digunakan. Pada mulanya, dua utas tali disusun dalam dua baris
yang sama dan kemudiannya responden akan menentukan sama ada dua utas
tali tersebut adalah sama panjang ataupun tidak. Jawapan yang diberikan oleh
responden akan direkodkan. Daripada ujian yang dijalankan keatas ketiga-tiga
responden ini, mereka menjawab bahawa utas tali ini adalah sama panjang.

Seterusnya, seutas tali tadi akan dialihkan sedikit kedudukannya.


Responden diminta untuk menentukan sama ada kedua-dua utas tali itu adalah
sama panjang atau tidak. Didapati bahawa, ketiga-tiga responden menyatakan
bahawa panjang tali yang dialihkan kedudukannya itu adalah sama dengan
panjang asal.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun


) mampu menentukan bahawa panjang kedua-dua utas tali tersebut adalah sama
walaupun kedudukannya diubah.

Kesimpulannya, daripada ujian panjang tali ini, terbukti bahawa ketiga-tiga


responden ini telah menguasai prinsip identiti seperti yang terkandung dalam
konsep pemuliharaan. Dalam prinsip identiti,kanak-kanak sudah boleh
menyatakan bahawa sekirannya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,
bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuk diubah.

JADUAL 6.3 :

UJIAN BILANGAN BOLA BAGI MURID TAHUN 6 SEBELUM SELEPAS


TIDA
K TIDAK
BIL NAMA SAMA SAMA SAMA SAMA
1 BADRUL HISYAM BIN ISHAK
2 KHAIRUL AMIN BIN MOHD NOR
3 MOHD HAFIZUL BIN AHMAD

Jadual 6.3 menunjukan butiran mengenai ujian bilangan bola yang


dijalankan ke atas responden tahun 6. Dalam ujian ini responden dikehendaki
menyatakan sama ada bilangan bola yang disusun dalam dua baris yang
berbeza adalah sama ataupun tidak. Pada mulanya, bola disusun secara selari
dengan kadar jarak yang sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan
dipanjangkan jaraknya. Soalan yang sama ditanya sekali lagi kepada responden.
Jawapan responden terhadap bilangan kedua-dua baris duit syiling tersebut
akan direkodkan.

Daripada jadual 6.3 ini, untuk soalan pertama, ketiga-tiga responden


menyatakan bilangan bola adalah sama. Selepas susunan bola diubah, ketiga-
tiga responden juga menyatakan bahawa bilangan bola bagi kedua-dua baris
adalah sama. Mereka berkata demikian kerana mereka mengatakan bahawa
apabila bola yang sama digunakan sudah tentu bilangannya adalah sama
walaupun diubah kedudukannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat Operasi Konkrit( 7-11


tahun), sudah boleh menyatakan bilangan bola adalah sama walaupun baris
kedua dipanjangkan. Beliau menyatakan bahawa, kanak-kanak dalam peringkat
Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan
( conservation ).

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa ketiga-tiga responden


telah mencapai peringkat Operasi Konkrit dan telah menguasai prinsip identiti
seperti yang terkandung dalam konsep pemuliharaan ( conservation ). Dalam
prinsip identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau
dikurangkan, bilangan atau amaun objek adalah sama walaupun bentuknya atau
susunannya berubah.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Kajian tentang perkembangan kanak-kanak memberikan implikasi


terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kanak-kanak dalam
peringkat umur 7-12 tahun ini telah mengalami perkembangan otot-otot halus,
koordinasi mata dan tangan dan kanak-kanak dalam lingkungan umur ini juga
kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada
aktiviti atau tugas yang diberikan kepada mereka.

Pada usia lingkungan 7-12 tahun ini, kanak-kanak boleh diajar bermain
alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis dan mewarna kerana mereka sudah
pun mengalami perkembangan otot-otot halus. Perkembangan otot-otot halus ini
membantu mereka untuk menggenggam sesuatu dengan kemas dan kuat.

Selain itu, ibu bapa dan pendidik boleh melibatkan kanak-kanak ini dalam
aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang dan gimnastik kerana
aktiviti seperti ini mampu menguatkan otot, daya tahan otot dan membina
pergerakan yang lebih cekap. Pendidik boleh menyediakan aktiviti lasak untuk
kanak-kanak lelaki seperti bermain bola sepak, ragbi dan hoki kerana kanak-
kanak lelaki cenderung untuk melakukan aktiviti lasak. Manakala pendidik juga
perlu menyediakan permainan yang bersesuaian untuk kanak-kanak perempuan
seperti bola jaring dan bola baling.

Selain menyediakan aktiviti fizikal, kanak-kanak juga perlu disajikan


dengan makanan yang seimbang dan bersesuaian dengan tahap umur mereka.
Dalam lingkungan umur ini mereka perlu disajikan dengan makanan yang
mampu memberikan tenaga kepada mereka kerana kanak-kanak di antara 7-12
tahun ini sangat aktif bergerak dan bermain. Jadi, mereka memerlukan tenaga
yang banyak untuk mejalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Menurut Gorbin dan Lindsey ( 1994 ), kecergasan fizikal boleh


dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan dan psikomotor. Pada tahap usia ini kemahiran psikomotor halus
menjadi lebih baik dan cekap.

Kebiasaannya, dalam usia kanak-kanak ini, perbezaan saiz, berat badan


dengan rakan sebaya boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah
penyesuaian diri seseorang individu. Jika diperhatikan, dalam sebuah kelas akan
terdapat perbezaan yang ketara dari segi ketinggian, berat dan bentuk badan
pelajar. Terdapat murid yang gemuk dan kurus serta murid yang tinggi dan
rendah. Kebiasaanya, sebuah kelas akan mengandungi pelbagai etnik pelajar
yang berbeza dari aspek bentuk fizikal. Jika diperhatikan, kaum cina mempunyai
kulit yang cerah, bermata sepet manakala kaum melayu mempunyai kulit yang
sedikit gelap berbanding kaum cina dan kaum india mempunyai kulit yang gelap.
Namun perbezaan fizikal mengikut kaum merupakan ciri-ciri universal dan
diterima umum. Kanak-kanak tidak merasakan perbezaan kaum menggangu
kehidupan mereka seharian. Sebaliknya, perbezaan fizikal dari segi saiz badan
seperti kanak-kanak yang mempunyai saiz badan yang besar, gemuk, pendek
dan sebagainya.

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK


Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah
disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada
konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang
sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut
perkembangan fizikal individu.

Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), pembelajaran


merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan
kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur
kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang
dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi
intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran.

Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif:


konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan
mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori
Pembelajaran Kognitif Piaget.

Langkah pertama yang perlu dilakuakn oleh guru berdasarkan kajian


mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk
pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas
pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak
balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan
bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa
yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan
membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat
perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di
peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah
perkembangan kognitif yang rendah.
Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula
guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang
lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman
pelajar itu memberi peluang pelajar bersedia ke arah pembelajaran yang lebih
komples.

Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam


menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam
kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid
untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh
murid.

Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada
fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu
sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang
dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti
menghiburkan para pelajar.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk


dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

7.1.1 RUMUSAN

Selepas mengkaji dan memahami pelbagai teori serta pandangan ahli-ahli


psikologi terkenal, saya dapat merumuskan bahawa perkembangan individu
adalah bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan
tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan melalui peredaran
masa menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta
dijangkakan.

Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor


baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala
persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang
maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian saling berhubung dengan
bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-
kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat sebelum
lahir(prenatal), bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Tambahan pula, pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan


bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan
satu -satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari
kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program - program bagi
mengawasi perkembangan kanak -kanak , usaha -usaha ini tidak akan berjaya
tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi
perkembangan dan tumbesaran anak mereka.

Oleh hal yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam
kita mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara
kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, sama-sama kita fikir dan
renungkan apakah nasib yang akan menimpa mereka kelak.

7.1.2 CADANGAN

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan proses perkembangan kanak-


kanak. Setelah menyedari dan mengetahuai faktor baka dan persekitaran adalah
amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik, jadi
pertama sekali, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam mendidik dan
melatih anak- anak mereka untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Selain itu, ibu bapa perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka
untuk meningkatkan perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran
yang lebih tentang menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan
anak- anak harus terjalin agar anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi
dengan orang lain pula.

Di samping itu, kanak-kanak perlu didedahkan untuk bersosial bersama-


sama anak-anak jiran ataupun anak-anak penduduk kawasan perumahan. Ia
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan
rakan sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih
komunikasi yang berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain.
Dengan cara ini, kanak- kanak akan mempelajari bagaimana untuk bersosial
dengan betul dan sihat.

Aktiviti yang dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat


pengawasan daripada ibu bapa. Ia bukan bererti mengongkong tetapi sebagai
ibu bapa, mereka harus mengambil berat tentang anak- anak mereka.

Untuk mempertingkatkan potensi anak -anak , ibu bapa perlu mempunyai


sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu
mempengaruhi perkembangan anak mereka dengan lebih mendalam lagi
terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan
ini , ciri -ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang
untuk mencapai kecemerlangan.

Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu
perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan
minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat
membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini,
kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari
keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan
mereka menjalin persahabatan dengan individu di persekitarannya, berinteraksi
dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak dan tingkah laku yang baik.

Guru juga perlu mengetahui perkembangan emosi kanak-kanak supaya


dapat mengenalpasti kebolehan kanak-kanak apabila mengetahui tahap
perkembangan mereka. Guru juga dapat mengenali setiap kanak-kanak dan
menyediakan rangsangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Melalui mengetahui
tahap perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru untuk
memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak dan membawa mereka kearah
kejayaan dan kesejahteraan.

Sebagai seorang pendidik, meneliti perbezaan fizikal murid-murid adalah


sangat penting kerana pendidik perlu melihat potensi dan kekurangan murid dan
dapat melaksanakan proses pengajaran mengikut tahap muridnya. Pengaruh
perbezaan individu dari aspek fizikal mampu mematikan minat dan masa depan
murid-murid (Sheldon, 1992). Dengan mengetahui perbezaan fizikal individu
akan membantu guru mengawal dirinya supaya tidak menyinggung hati dan
perasaan muridnya.

Cadangan seterusnya, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran


dan pembelajaran. Seperti yang sedia maklum, strategi pengajaran terbahagi
kepada 3 jenis iaitu, pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan
latihan. Pemilihan strategi adalah fleksibel dan mengikut kesesuaian dan
keadaan semasa murid. Guru yang pandai memilih strategi pengajaran akan
menjadikan proses P&P menarik dan berkesan.

Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Antara


kaedah mengajar yang biasa diamalkan ialah kaedah kumpulan, kooperatif,
inkuiri, kuliah dan sebagainya. Pemilihan kaedah pengajaran yang tepat akan
menjadikan proses P&P lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana,
murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu bijak melihat
kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi yang
menarik.

Selain itu, guru perlu merancang variasi penyampaian. Guru seharusnya


menggunakan segala kebolehan dan bakat yang dikurniakan contohnya bermain
muzik, bercerita dan sebagainya. Selain itu, guru perlu bijak mengawal intonansi
suara agar murid-murid sentiasa terhibur. Satu peringatan kepada guru ialah,
mereka perlu sentiasa memastikan tahap kemampuan pelajar terlebih dahulu
sebelum memulakan pengajaran. Bagi murid yang cerdas, guru perlu
membimbing dalam proses pengkayaan ilmu manakala bagi pelajar yang lembap
guru perlulah sentiasa membimbing dan melakukan aktiviti asas dan mudah
untuk memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan.

Di samping itu, guru perlulah sentiasa merancang objektif pengajaran dan


pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menyelaraskan objektif pengajaran
mengikut tahap kemampuan pelajar. Bagi pelajar yang pintar, objektif
pembelajaran seharusnya lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang lemah.
Dengan adanya perancangan dan kajian yang teliti berkenaan dengan tahap
perkembangan fizikal dan kognitif pelajar, maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan dengan baik dan objektif pengajaran dan
pembelajaran akan dapat dicapai dengan jayanya.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam


membentuk perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani
kehidupan yang stabil dan sempurna dan seterusnya kanak-kanak ini akan
menjadi aset negara yang paling bernilai.

8.0 RUJUKAN

Buku :
Rohani Abdullah, (2001). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara
Portfolio, Serdang: Penerbit UPM.

Rohani Abdullah, (2002). Perkembangan kanak-kanak : Penilaian Secara


Portfolio, Serdang: Penerbit UPM.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi, (2008). Perkembangan Kanak-


kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang, (2009): Perkembangan Kanak-kanak, Selangor : Multimedia


Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin, (2009). Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk


Guru. Tanjung Malim : Penerbit UPSI.

Fazli, A.B., ( 2006). Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran.

http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/04/kerja-kursus-pendek-
perkembangan-kanak.html

You might also like