You are on page 1of 5

Tajuk 4.

8 Pengajaran Mikro

Pengenalan

Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hinga
lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan murid,
biasanya terdiri di antara lima hingga sepuluh orang sahaja. Tujuannya ialah membina
kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

Kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam pengajaran mikro meliputi kemahiran set


induksi, penggunaan papan tulis, variasi rangsangan, teknik penyoalan, teknik penerangan,
penggunaan bahan sumber p&p, teknik pengukuhan, teknik peneguhan, penutup kognitif dan
penutup sosial.

8.1 Perancangan

i. Penyediaan RPH

 Topik yang hendak diajar


 Objektif
 Pengetahuan sedia ada
 Bahan bantu mengajar
 Nilai-nilai
 Set induksi
 Perkembangan
 Aktiviti / latihan
 Penilaian
 Penutup

Rujuk contoh RPH

ii. Perancangan aktiviti

 Menyebut nama hari dalam seminggu


 Mengira bilangan minggu dalam bulan
 Mengira tempoh masa dalam minggu yang sama
 Mengira tempoh masa dalam minggu yang berlainan
 Latihan jadual kerja mingguan

iii. Penyediaan Lembaran Kerja

 Lembaran kerja kumpulan


 Lembaran kerja individu

iv. Penyediaan Bahan Sumber P&P

59
 Kad nama hari
 Kalendar bulan Ogos 2010
 Kad jalur
 Kad soalan kumpulan
 Kad soalan individu
 Jadual kerja mingguan
 Cakera padat

8.2 Pelaksanaan

 Set induksi

1. Menyusun kad hari


Murid diminta menyusun kad nama hari mengikut susunan yang betul
Murid menyebut nama hari dengan sebutan yang betul.

 Langkah-langkah pengajaran

Langkah 1

1.Guru lekatkan sebuah carta bulan Ogos 2007 di papan putih.


2.Murid dibimbing menyebut nama hari, kaitkan satu minggu ada 7 hari.
3.Murid diminta mengira bilangan minggu dalam bulan tersebut.

Langkah 2

1. Guru menunjukkan cara untuk mengira tempoh masa dalam minggu yang sama.
a)cari bilangan hari dari hari Rabu hingga hari Sabtu dalam minggu yang sama.

1 2 3 4

A I S R K J S
2. Guru tunjukkan cara selesaikan dengan menggunakan kad jalur.

3. Murid menyebut : dari hari Rabu hingga hari Sabtu = 4 hari

4. Murid diminta mencari jawapan bagi 5 soalan yang diedarkan oleh guru.
i. dari hari Isnin hingga Jumaat = ______ hari
ii. dari hari Selasa hingga Ahad = ______ hari
iii. dari hari Rabu hingga Sabtu = ______ hari
iv. dari hari Khamis hingga Ahad =_______ hari
v. dari hari Ahad hingga Rabu =_______ hari

5. Perbincangan jawapan murid / kumpulan

Langkah 3

60
1. Guru tunjukkan cara untuk mengira tempoh masa dalam minggu yang berlainan.

Contoh:

Bilangan tempoh masa dari hari Rabu minggu ini hingga hari Khamis minggu
berikutnya.

Cara menyelesaikan masalah :

1 minggu = 7 hari
Minggu pertama: tempoh hari Rabu hingga Sabtu = 4 hari
Minggu kedua: tempoh hari Ahad hingga Khamis = 5 hari
Jumlah tempoh masa : 4hari + 5 hari = 9 hari

2. Murid diberikan soalan yang lain untuk diselesaikan.

a. bilangan tempoh masa dari hari Isnin minggu kedua hingga Isnin minggu ketiga

b. bilangan tempoh masa dari hari Jumaat minggu kedua hingga hari Rabu minggu
ketiga

c. Bilangan tempoh masa dari hari Selasa minggu ketiga hingga hari Khamis minggu
keempat.

3. Perbincangan jawapan murid / kumpulan.

 Pengukuhan

1. Jadual kerja mingguan dipamerkan di papan putih.

2. Murid diberikan soalan-soalan untuk dijawab berpandukan jadual tersebut :

 Berapakah harikah Lina menyapu di rumahnya?


 Hari apakah Lina mengelap lantai?
 Pada hari apakah Lina mencuci bilik mandi?
 Berapa hari dalam seminggu Lina membasuh bajunya?
 Pada hari apakah Lina pergi ke pasar?

3. Murid bertukar jawapan dengan rakan untuk semakan jawapan.

8.3 Refleksi

61
Perbincangan tentang kekuatan & kelemahan

i. Kekuatan:

- Murid boleh membaca nama hari dan menyebut dengan betul

- Murid boleh memberitahu bilangan minggu dalam satu bulan dengan tepat.

- Murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan sekurang-kurangya 5 soalan


dengan betul.

ii. Kelemahan:

- Segelintir murid masih keliru bagaimana kiraan minggu dalam masa sebulan

- Murid lambat membuat pengiraan jumlah tempoh masa yang diberi

- Membuat penambahbaikan

Latihan 1

62
Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran mikro?

Renung sejenak.....teruskan ke latihan yang kedua.

Latihan 2

Menggunakan peta minda, buat perbandingan antara pengajaran mikro


dengan pengajaran makro.

Lawati laman sawang yang berkaitan:


1.http://myschoolnet.ppk.kpm.my
2.http://www.cikgu.net.my

Latihan 3

Apakah kekuatan dan kelemahan pengajaran mikro? Dapatkan maklumat


di pusat sumber atau di Pusat Kegiatan Guru yang berhampiran.

Sekian,Terima Kasih.......SELAMAT BERJAYA.

63

You might also like