You are on page 1of 1

WATAK & PERWATAKAN

WATAK UTAMA

Watak utama novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah ialah Joshua yang juga dikenali sebagai
Fuad dan Abdul Halim. Fuad merupakan seorang pemuda yang berusia 27 tahun. Dilahirkan sebagai
Islam dan dibesarkan dalam keluarga Cina dan kembali semula kepada ajaran Islam setelah berlaku
tragedi dalam hidupnya. Anak kepada Robert Lim atau dikenali sebagai Roslan dan Mariana. Anak
saudara kepada Peter Lim dan Swee Lan yang disangka bapa kandungnya. Anak angkat Pak Ismail dan
Mak Salmah. Fuad memiliki ijazah pengurusan perniagaan dari Amerika Syarikat dan menjadi guru
sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad seorang pemuda yang taat kepada perintah agama
dengan tidak pernah meninggalkan solat walaupun dia seorang mualaf. Fuad juga mempunyai sikap
tanggungjawab dalam memastikan anak muridnya berjaya dalam bahasa Inggeris. Dia juga seorang yang
gigih, contohnya beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil hati Mak Salmah yang sangat
membencinya. Seorang yang suka membantu orang lain, contohnya membantu Borhan dalam majlis
perkahwinannya dengan menanggung segalaa perbelanjaannya.

WATAK SAMPINGAN

Salah seorang watak sampingan dalam novel Melunas Rindu ialah Farhana. Dia merupakan anak kepada
Mariana dan Fakhrudin. Dia memiliki ijazah pendidikan dari London dan mengajar di Sekolah Menengah
Seri Setia. Dia mempunyai empat orang adik lelaki. Bapanya telah meninggal dunia. Farhana seorang
yang periang. Buktinya Fuad tidak pernah melihat Farhana bermasalah. Farhana juga seorang yang
tegas, contohnya menegur sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk ke kelas. Anak yang
bertanggungjawab, contohnya segera pulang ke Kuantan apabila mengetahui ibunya sakit lelah. Seorang
yang pandai berjimat cermat, contohnya sewaktu tinggal di London, terpaksa mengikat perut untuk
memastikan biasiswanya mencukupi agar tidak menyusahkan ibu bapanya.

You might also like