You are on page 1of 4

Bidang keusahawanan kini diceburi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita malah ada

antara mereka yang muncul sebagai usahawan berjaya. Kaum wanita merupakan tulang belakang
kepada pembangunan keluarga dan negara, serta pembabitan mereka semakin ketara dalam
bidang ekonomi, profesional, dan korporat. Semakin banyak kaum wanita yang melibatkan diri
dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilan mahupun
besar-besaran di dalam negeri dan di luar negara. Perkembangan sihat ini merupakan satu tanda
positif dan jelas menunjukkan wanita semakin prihatin dengan kemajuan diri. Usahawan wanita
digesa bersikap lebih agresif memajukan perniagaan dengan meletakkan matlamat memasarkan
produk mereka sehingga peringkat antarabangsa.
Usahawan bertanggungjawab dalam mengusahakan sesuatu perusahaan sama ada dalam
bidang pertanian, penternakan, pengeluaran, atau perkhidmatan. Dengan kata lain, usahawan
ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang, dan mencipta
sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur, dan mewujudkan pasaran, serta sanggup
menghadapi risiko, sekali gus mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya.
Begitu juga dengan kerjaya pilihan saya iaitu menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya. Walaupun ini agak jauh daripada latarbelakang akademik saya yang major dalam bidang
matematik, namun saya amat meminati bidang perniagaan ini. Saya memilih bidang matematik
pada asalnya kerana saya amat pantas dalam pengiraan. Ini menimbulkan minat saya untuk terus
mandalami bidang ini. Namun, setelah menjejakkan kaki di universiti, minat saya tidak
berkurang tetapi lebih menjurus ke arah perniagaan.
Di universiti, saya lebih terdedah dengan rakan-rakan sekeliling yang terlibat dengan
aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Ada antara mereka yang menjual tudung, minyak wangi
dan ada juga yang mengadakan perkhidmatan mencetak dan fotostat. Dari minggu ke minggu,
saya dapat perhatikan bahawa keuntungan yang mereka perolehi amat memberangsangkan.
Keadaan ini mencetuskan minat untuk saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan
lebih serius.
Oleh hal yang demikian, saya cuba dengan memberikan perkhidmatan mencetak.
Mulanya, saya hanya memberikan perkhidmatan kepada rakan-rakan yang rapat. Dalam masa
tiga bulan, saya mendapat keuntungan. Oleh itu, saya terus bertekad untuk mengembangkan
minat dan kebolehan saya dalam bidang perniagaan kerana saya pasti bidang ini dapat
memberikan kejayaan dalam hidup saya.
Dalam kerjaya saya, pertama sekali, saya akan memastikan bahawa tret wanita yang
dilihat sebagai tidak layak untuk berjawatan tinggi dan halangan untuk wanita mencapai tempat
teratas adalah tidak benar sama sekali. Untuk tujuan ini, saya perlu mengelak dari berlakunya
stereotaip negatif terhadap wanita atau dikenali sebagai ‘gender prejudice’. Stereotaip
merupakan suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau
benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. Terdapat halangan di peringkat kemasukan
dan ketahanan tersebut telah memberi implikasi negatif terhadap keupayaan wanita apabila
menceburi bidang keusahawanan. Usahawan wanita dikatakan tidak dapat mempamerkan
kebolehan pengurusan dan kurang yakin serta tidak berpandangan jauh. Mereka cenderung
memilih jenis perniagaan yang mempunyai kurang risiko yang sudah pasti menghasilkan
pendapatan yang sedikit. Kesannya, perniagaan tidak dapat berkembang ke pasaran eksport.
Sikap kurang yakin pembekal sumber kredit dan kekurangan pengetahuan pengurusan telah
menghalang cita-cita usahawan wanita dan mereka selalu kehilangan peluang serta pertimbangan
untuk mendapatkan modal permulaan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, saya perlu
memastikan prestasi perniagaan saya semakin meningkat. Saya akan membuktikan bahawa
walaupun saya seorang wanita, namun keupayaan dan semangat saya tidak kurang kentalnya
seperti seorang lelaki. Segala cabaran dan risiko akan saya hadapi dengan tangan terbuka. Saya
juga akan memastikan bahawa pekerja saya menghormati saya walaupun mereka daripada
golongan lelaki. Stereotaip negatif terhadap wanita akan saya hapuskan dan memastikan bahawa
seorang wanita juga layak memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi dan berjaya
dalam perniagaan yang diceburinya.
Seterusnya, saya akan menguruskan impresi dengan baik (‘self-presentation : impression
management’). Impresi terbahagi kepada dua, iaitu meningkatkan impresi diri sendiri dan
meningkatkan impresi orang lain. Bagi meningkatkan impresi diri, saya akan meningkatkan daya
tarikan diri sendiri terhadap orang lain, iaitu memastikan agar orang lain lebih mudah tertarik
dengan impresi diri saya. Saya akan menggunakan pakaian yang kemas dan bergaya sesuai
dengan kerjaya saya sebagai seorang ahli usahawan yang berjaya. Saya juga akan tampil
berbakat di hadapan orang lain dan sentiasa memberikan maklumat positif tentang diri sendiri.
Keadaan ini juga dalam masa yang sama boleh meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi
cabaran dan rintangan dalam dunia perniagaan. Semasa berurusan dengan orang atau pihak lain
seperti pekerja atau rakan perniagaan, saya akan meningkatkan impresi mereka dengan
melahirkan rasa suka kepada mereka. Saya akan meminta pandangan atau pendapat mereka dan
seterusnya memberikan persetujuan sekiranya pendapat tersebut bernas. Saya juga akan sering
memberikan pujian di atas usaha dan prestasi mereka yang semakin meningkat dengan lebih baik
dari masa ke masa. Walaupun pendapat mereka kurang baik, saya akan tetap memberikan
perhatian dan menunjukkan rasa minat. Selagi termampu, saya akan memberikan bantuan yang
terbaik kepada orang di sekeliling saya. Dengan bersikap sedemikian, impresi saya sebagai
seorang usahawan dapat ditingkatkan.
Selain daripada itu juga, saya akan meningkatkan efikasi diri (‘self-efficacy’ ). Efikasi
diri ialah kemampuan kita menghadapi sebarang rintangan dan kesulitan dalam kehidupan.
Keadaan ini berlaku ketika suatu masalah muncul, rasa efikasi diri tiba dengan begitu kuat untuk
membantu menenangkan diri serta mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan menjadi lebih
teruk. Kesulitan yang dimaksudkan merangkumi cabaran keluarga iaitu masa yang diluangkan
bersama keluarga akan terganggu, cabaran masyarakat yang penuh dengan persoalan dan
pemikiran negatif yang lebih suka melihat kegagalan dan mengata daripada melihat kejayaan dan
memberikan sokongan, cabaran peringkat industri seperti mendapatkan pembiayaan tambahan,
mewujudkan 'networking' yang relevan dan persaingan serta cabaran peringkat negara dalam
usaha untuk menjadi pemangkin dalam aspek ekonomi. Untuk menjadi usahawan yang berjaya,
saya perlu menangani segala rintangan demi mencapai matlamat, saya perlu lebih inisiatif,
mencari dan memanfaatkan peluang, menjadi seorang yang tekun serta bermotivasi, menambah
ilmu pengetahuan seperti menghadiri seminar dan kursus untuk memantapkan kebolehan dalam
bidang perniagaan, memberikan sepenuh perhatian dan disiplin terhadap kualiti kerja, dan
iltizam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan. Oleh itu, efikasi diri dapat membimbing
saya untuk mengatasi segala halangan dengan cara yang bersistematik. Saya dapat
menyelesaikan masalah yang timbul dengan lebih baik kerana apabila diri dapat ditenangkan,
fikiran akan berkembang dengan baik seterusnya dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas
sebagai penyelesaian terhadap masalah yang timbul.
Bidang pemiagaan adalah peluang yang terbaik untuk diceburi oleh saya yang berminat
menjadi usahawan. Dalam apa jua bidang yang diceburi, saya terpaksa berhadapan
dengan pelbagai masalah. Dalam menghadapi abad ke-21 , temyata cabaran menjadi semakin
meningkat. Pada tahap ini, masalah modal dan bentuk-bentuk halangan yang lain tidak boleh
lagi dijadikan alasan oleh peniaga wanita untuk tidak turut serta dalam persaingan global.
Pembukaan pasaran global menuntut para peniaga sentiasa bersikap proaktif dan berusaha
meningkatkan kualiti produk dan memasarkannya pada harga yang kompetitif. Matlamat ini
hanya dapat dicapai sekiranya saya berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri
dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam memenuhi tuntutan cabaran globalisasi. Justeru perlu
wujud satu anjakan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sekiranya saya sebagai wanita
ingin berdaya saing dalam pasaran global. Anjakan sebegini penting kerana ia boleh
menghasilkan produk yang bermutu yang sekali gus mencerminkan juga aplikasi ilmu
pengetahuan yang dipelajari. Oleh itu, saya akan memanfaatkan ilmu yang telah saya pelajari
iaitu minor dalam bidang Psikologi dan mengaplikasikannya dalam bidang yang bakal saya
ceburi kelak.

You might also like