You are on page 1of 12

1.

0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak
Senior, SMK Kapit No. 2. Pertandingan ini disertai oleh pelajar sesi pagi SMK Kapit No.
2 iaitu dari Tingkatan 3 hingga 6 Atas berdasarkan rumah sukan masing-masing. Setiap
rumah sukan iaitu Zamrud, Delima, Nilam dan Mutiara diwajib menghantar sekurang-
kurangnya dua buah wakil kumpulan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola
sepak SMK Kapit No. 2. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam merangka Strategi Perlaksanaan Pembangunan Sukan
Sekolah yang berkesan untuk mengerakkan aktiviti sukan hingga ke akar umbi.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap pelajar dan guru-guru di SMK Kapit
No. 2 secara langsung membudayakan sukan bola sepak di sekolah ini. Aktiviti
diadakan dalam program ini bertujuan menyemai sifat kerjasama dan toleransi dalam
setiap peserta agar dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang, di
samping mengenalpasti bakat-bakat yang masih terpendam dalam diri peserta untuk
diserap masuk dalam pasukan bola sepak sekolah terutamanya untuk Program
Pembangunan Bola Sepak 5 Tahun. Pertandingan ini juga adalah satu kaedah untuk
mendedahkan pelajar kepada sebanyak mungkin pertandingan samaada di peringkat
sekolah, daerah atau bahagian seperti yang diamanatkan oleh MSNS untuk
pembangunan bola sepak sepanjang tahun.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membudayakan sukan bola sepak sebagai sukan utama di sekolah ini.
3.2 Mengenalpasti para peserta yang berbakat untuk diserap dalam pasukan
sekolah.
3.3 Mencari dana untuk tabung Kelab Bola Sepak Senior SMK Kapit No. 2
3.4 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.5 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
diri dalam sesebuah kumpulan.
3.6 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.7 Memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur antara kumpulan serta
mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.8 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 23 hingga 26 Mei iaitu pada hari Isnin sehingga
hari Khamis.
4.2 Dilaksanakan selama 4 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang iaitu dari pukul 2.30 – 5.30
petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang bola sepak SMK Kapit No. 2;
5.1 Kawasan padang yang berdekatan dengan sekolah.
5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.
5.3 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya
pada peserta dalam aktiviti mereka.
5.4 Walaubagaimanapun perlunya ada pembaikan kawasan padang terutamanya
untuk bahagian garisan, serta kawasan padang yang masih becak.
6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah peserta : 120 orang pelajar atau lebih


6.2 Pengurus pasukan : 8 orang guru atau lebih
6.3 Jumlah ajk pertandingan : 20 orang (termasuk AJK Kelab Bola Sepak Senior
SMKK2)

Sila rujuk Lampiran 2 untuk Borang Penyertaan dan Lampiran 3 untuk Undang-undang
dan Peraturan Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Antara Rumah (Bwh 17 Thn) SMK
Kapit No. 2 Tahun 2011.
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN / PELAKSANA

Penasihat
En. Douglas @ Jegelah ak Jaga

Pengerusi
En. Mikal Luat

Pengarah/Penyelaras
En. Andrew John

Setiausaha
En. Antau Sageng

Bendahari
En. Daryl Peter

Ahli-ahli Jawatankuasa

AJK Peralatan / Penyediaan Padang AJK Pertandingan


En. Daryl Peter En. Mohd Ridzuan (Mutiara)
Clifford Unggam (U6A1) En. Daryl Peter (Nilam)
Jimmy Kap (U6A2) En. Zamri Hermanden (Zamrud)
AJK Kelab Bola Sepak Senior SMKK2 En. Micheal Borro (Delima)
Baysil Stanley (U6A2)
AJK Kelab Bola Sepak Senior SMKK2
Urusetia
En. Antau Sageng
Wilton Jugo (U6A2) AJK Hadiah dan Cenderamata
Mohd Sabaruddin (5A1) En. Andrew John
AJK Kelab Bola Sepak (Senior) SMKK2

AJK Teknik & Kepengadilan


En. Saiful Azmi (K)
En. Ikram
Collin (U6A2)
Mohd Hisyam Afifi (4SN1)
AJK Kelab Bola Sepak Senior SMKK2
8.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Hamper 1 X RM50
1 X RM30 105.00
1 X RM25
2 Pingat ( Emas) 12 org X RM4.00
(Perak) 12 org X RM4.00 144.00
(Gangsa) 12 org X RM4.00
3 Piala/Trofi (Piala) 1 buah X RM70 70
3 Peralatan Cat / Minyak 20.00
4 Rencam (belanja tak terduga) - 50.00
Jumlah 389.00
9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan dan semoga pertandingan ini mendapat sokongan semua pihak agar objektif
dan matlamat penganjuran pertandingan ini dapat dicapai. Kerjasama pelbagai pihak
dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

..................................... ...................................
(ANDREW ANAK JOHN)
Ketua Guru Penasihat
Kelab Bola Sepak Senior SMK
LAMPIRAN 1

JADUAL PERLAWANAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH


SUKAN (BWH 17 THN) SMK KAPIT NO. 2 EDISI 1 TAHUN 2011

Tempat: Padang Bola Sepak SMKK2

HARI/MASA 2.40- 3.15 3.20-3.55 4.00-4.35 4.40-5.15

ISNIN A1 VS A2 B1 VS B2 A3 VS A4 B3 VS B4

SELASA B1 VS B3 A2 VS A4 B2 VS B4 A1 VS A3

RABU B2 VS B3 A2 VS A3 A1 VS A4 B1 VS B4
JOHAN A VS N. JOHAN B VS 4.40- 4.25
KHAMIS TEMPAT 3
JOHAN B N. JOHAN A FINAL

# Tentatif program akan diselaraskan mengikut jumlah pasukan yang mengambil


bahagian
TARIKH TUTUP
PENYERTAAN
17 Mei 2011 (Selasa)
12.00 tgh hari

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA RUMAH (17 TKB)


SMK KAPIT NO. 2 EDISI 1 TAHUN 2011

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA PASUKAN : -------------------------------------------------

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

KETUA PASUKAN : -------------------------------------------------

Bil No. Kad


Nama Pemain Pengenalan Tahun Posisi

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

PENGAKUAN DIRI
Saya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala
undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak
penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan
terhadap pihak penganjur dan ahli jawatankuasanya di atas sebarang musibah ke atas
diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini

Tandatangan :_________________________ Tarikh :_________________________


(Pengurus pasukan)
UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA
RUMAH SUKAN (BWH 18 THN) SMK KAPIT NO. 2 EDISI 1 TAHUN 2011
1. PENGELOLA
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Senior dengan kerjasama bahagian
Pembangunan Bola Sepak 5 Tahun MSNS/FAS/JPNS serta Unit Kokurikulum SMK Kapit No. 2.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.1 Selain peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-
undang permainan bola sepak sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
2.2 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam pertauran berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:
2.2.1 Semua kejadian di luar dugaan serta persoalan teknikal akan diputuskan
berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sarawak,
undang-undang Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA)
2.3 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad
dan pihak pengelola berhak untuk meminda mana-mana peraturan yang dirasakan
bersesuaian dengan keadaan semasa pertandingan.

3. PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terhad kepada pelajar SMK Kapit No. 2 sahaja dan mereka layak
menyertai mana-mana pasukan berdasarkan Rumah Sukan masing-masing.
3.2 Setiap Rumah Sukan iaitu Zamrud, Delima, Nilam dan Mutiara wajib menghantar
sekurang-kurangnya dua pasukan yang terdiri 12 orang pemain. 9 orang pemain
utama dan 3 orang lagi simpanan.
3.3 Setiap pasukan dalam setiap rumah dibenarkan mendaftarkan maksimum 1 orang
sahaja pemain diatas 17 tahun iaitu pelajar Tingkatan 6 dan hanya seorang sahaja
yang dibenarkan bermain diatas padang untuk setiap perlawanan.
3.4 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM35

4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Seorang pemain mestilah pelajar yang mengikuti kursus penuh di SMK Kapit No 2 dan
telah menjadi ahli kepada Rumah Sukan masing-masing.
4.2 Pelajar yang telah didaftarkan namanya menjadi ahli sesebuah rumah sukan adalah
dilarang sama sekali menyertai pasukan rumah sukan lain.
4.3 Kelayakan umur pemain semasa pertandingan ini ialah dilahirkan pada atau selepas
1994. Walaubagaimanapun, maksimum hanya seorang pemain yang dilahirkan
sebelum 1994 dibenarkan mendaftar dalam pertandingan ini.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN WARNA PASUKAN


5.1 Hanya pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja yang boleh mengambil
bahagian dalam pertandingan ini.
5.1.1 Setiap pasukan dikalangan rumah sukan hendaklah mendaftar 12 orang pemain
dan dua orang pegawai dalam pertandingan ini.
5.1.2 Kesemua pemain boleh didaftarkan semasa perlawanan. 9 pemain utama dan
selebihnya pemain simpanan.
5.1.3 Warna jersi cadangan untuk setiap rumah sukan adalah seperti berikut iaitu
Zamrud (Hijau), Delima (Merah), Nilam (Biru), Mutiara (Kuning).
5.1.4 Walaubagaimanapun, setiap pasukan digalakkan menyediakan jersi mengikut
kehendak masing-masing asalkan tidak sama warna dengan jersi pasukan
lawan.
5.1.5 Oleh itu, setiap pasukan digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya dua
set jersi yang berlainan warna dan seboleh-bolehnya mempunyai nombor
jersi.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN


6.1 Pusingan pertama pertandingan ini dijalankan secara LIGA DUA KUMPULAN
seperti berikut:
Bil Kumpulan A Kumpulan B
1 A1 B1
2 A2 B2
3 A3 B3
4 A4 B4

6.2 Setiap pasukan dari rumah yang sama akan diasingkan mengikut kumpulan
yang berlainan, contohnya Zamrud menghantar dua pasukan dan satu pasukan
akan dimasukkan dalam kumpulan A dan satu lagi pasukan akan dimasukkan
dalam Kumpulan B. Sekiranya sesebuah rumah menghantar lebih daripada 2
pasukan, maka seboleh-bolehnya pasukan tersebut akan dipecahkan mengikut
kumpulan yang berlainan.
6.3 Tempat pertama dan kedua kumpulan akan ditentukan secara berikut :-
a. jumlah mata (menang (3) Tiga mata, seri (1) Satu mata)
b. perbezaan jaringan gol
c. jumlah jaringan gol tertinggi
d. keputusan perlawanan liga (pasukan yang memenangi banyak perlawanan
akan diambil kira)
e. undian
6.4 Perlawanan Separuh Akhir
Tempat pertama dan kedua dari setiap kumpulan layak bermain di separuh akhir
secara kalah mati seperti berikut:
Separuh Akhir Pertama (S1): Johan A mln N. Johan B
Separuh Akhir Ke-2 (S2) : Johan B mln N. Johan A

6.5 Pemenang akhir dan tempat ketiga secara kalah mati seperti berikut:
Tempat Ke-3: Kalah S1 mln Kalah S2
Akhir : Pemenang S1 mln Pemenang S2

7.0 MASA PERLAWANAN

7.1 Masa perlawanan akan dimainkan selama 34 minit terbahagi kepada dua
bahagian dimana setiap bahagian adalah 17 minit seperti yang diperuntukkan dalam
undang - undang permainan. Masa rehat yang dibenarkan semasa perlawanan 3 minit
dari wisel ke wisel.
7.2 Masa perlawanan akhir pula akan dimainkan selama 40 minit dan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu setiap bahagian 20 minit dengan masa rehat selama 5 minit.
7.3 Dalam perlawanan separuh akhir dan tempat ketiga, jika keputusan sepenuh masa
adalah seri maka masa perlawanan akan ditentukan melalui sepakan penalti.
7.4 Dalam perlawanan akhir, jika keputusan sepenuh masa masih seri maka masa tambahan
diberi selama 10 minit iaitu 5 minit setiap bahagian tanpa rehat.Semasa masa tambahan
ini peraturan jaringan gol keemasan (golden goal) akan dikuatkuasakan. Jika tiada
keputusan semasa masa tambahan, sistem tendangan penalti seperti yang
diperuntukkan dalam peraturan FIFA akan diambil.

8.0 TINDAKAN TATATERTIB


Tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pemain atau pegawai yang melanggar
mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta mana-mana peraturan
yang telah ditetapkan oleh FAS, FAM, FIFA.

9.0 BANTAHAN
9.1 Hanya bantahan berkaitan kelayakan pemain boleh dilakukan seperti berikut :-
a. Menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Pengelola melalui
Pengarah/Penyelaras Pertandingan (general Coordinator) tiga puluh (30)
minit selepas perlawanan.
b. Wang tunai RM 100.00 sebagai desopit bantahan dan akan dikembalikan
jika bantahan itu berjaya.

9.2 Bantahan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan adalah muktamad.

10.0 KEPENGADILAN
Pengadil yang mengadili setiap perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh pihak penganjur.
Keputusan pengadil setiap perlawanan adalah muktamad.

11.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI/ MEMBERI


KEMENANGAN PERCUMA

11.1 Sekiranya Pengadil membuat keputusan untuk menunda perlawanan disebabkan oleh
keadaan padang atau cuaca maka perlawanan semula akan diadakan pada
keesokannya hari disebelah petang atau masa akan ditetapkan oleh Pengarah
Pertandingan.
11.2 Hal-hal disiplin atau mana-mana perkara yang tidak diperuntukan disini adalah
bergantung kepada budi bicara Pengarah Pertandingan selepas perbincangan dengan
mana-mana individu atau pasukan yang terlibat.

12.0 HADIAH

JOHAN : Piala Pusingan / Hamper/ Medal


N. JOHAN : Hamper/ Medal
TEMPAT KE-3 : Hamper/ Medal

13.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN


Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan - peraturan ini atau soal
perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Pertandingan berdasarkan
peraturan FAM, FIFA dan keputusan ini adalah muktamad.

You might also like