You are on page 1of 5

Rekreasi dalam persekitaran sekolah: Antara keindahan persekitaran dan

keselamatan warga sekolah. Bincangkan.

kawasan rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai sebuah
organisasi pendidikan.

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani


dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani
sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan
individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di antara objektif
umum pendidikan jasmani ialah:

 memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal,


mental, sosial dan emosi.
 menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari
dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.
 menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas
gimnastik.
 mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam
persekitaran.
 mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.
 merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di
dalam dan di luar sekolah.
 menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan
dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai
perserta atau penonton.

Keceriaan Sekolah

Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak


dapat dinafikan lagi. Kecemerlang murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor
persekitaran pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor
ini saling berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang
pelaksanaan seluruh potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu
memungkinkan perkembangan maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan
intelek murid.

Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid


yang didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman
akan membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama
keceriaan sekolah ialah:

 Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang


selamat, bersih dan indah.
 Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan
pembelajaran.
 Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya
mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.
 Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan
masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha
keselamatan, kebersihan dan keindahan.
 Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-
sekolah,

Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak
sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi
kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta
kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang
ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah.
Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik
sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap,
kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut
sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.

Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar


yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut
biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam
sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program
stesen alam sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan
pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan
kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik.
Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai
kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah
diutamakan.

Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang
antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung
Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan.

Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-


buahan seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai. Paya-
paya dan anak-anak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan
keasliannya dengan pokok rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang
lain. Di samping itu boleh dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan,
dataran minda, rumah tradisional, mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi
bahan-bahan antik yang boleh dikumpulkan daripada penduduk setempat,
dipamerkan dan dijadikan mini muzium.

Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam


semula jadi sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh
banyak pihak suatu masa dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah
mula memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber
semula jadi ini.

Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah Rendah, Jemaah Nazir Sekolah


Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991

PENGERTIAN SELAMAT

Terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya; aman sentosa, sejahtera,
tidak terdapat apa-apa gangguan; bebas daripada keadaan kacau bilau; tenteram, damai, tenang;
bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan.

Punca-punca sekolah didakwa


KECUAIAN
GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN MENEPATI UNDANG-
UNDANG SERTA PERATURAN
PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN

KECUAIAN
Sekolah mempunyai ‘kewajiban berjaga-jaga’
Pihak sekolah perlu melindungi kesihatan guru dan murid
Sekolah perlu mengambil langkah mengenalpasti dan mengurangkan risiko-risiko yang boleh
dijangka

Perbuatan yang dikatakan cuai oleh mahkamah apabila:

Defenden mempunyai tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’ terhadap plaintif


Defenden telah tidak melakukan tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’
Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian akibat kegagalan defenden menjalankan
tanggungjawab ‘kewajiban

Pihak sekolah tidak dianggap cuai apabila ‘tahap berjaga-jaga yang munasabah’ telah diambil
oleh seseorang dalam situasi berkenaan.

Faktor yang menentukan tahap berjaga- jaga yang munasabah


Adakah sesuatu kejadian itu boleh dijangka akan berlaku?
Adakah sesuatu kejadian itu mungkin mengakibatkan kecederaan?
Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku?
Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik?
Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang biasa?
Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian sesuatu yang memenuhi
kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi?
ASPEK KESELAMATAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
 MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH
 MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
 MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI
DAN KETUKANGAN ( SAINS, PERTANIAN, TEKNIK, VOKASIONAL, ERT)
 MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KO-KURIKULUM
MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH
 MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA
 MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU MEMBUAT LAWATAN
 MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN kesihatan dijaga.

MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN


SUKAN DAN KEGIATAN KO-KURIKULUM
KEMALANGAN SERING BERLAKU
SEGALA KEMUDAHAN SUKAN DAN PERMAINAN DALAM KEADAAN SEMPURNA
DAN SELAMAT
PASTIKAN ALAT DAN KEMUDAHAN YANG BAIK DAN SEMPURNA SAHAJA
DIGUNAKAN
MURID PERLU DIAJAR MENGGUNAKAN ALAT DENGAN BETUL
PERATURAN DAN ARAHAN TENTANG LANGKAH KESELAMATAN PERLU
DIMAKLUMKAN
PENJAGAAN RAPI SEMASA AKTIVITI BERJALAN
SURAT PEKELILING IKTISAS 1/1995, 9/2000, 3/84,7/77, 7/88, 8/95 DAN 24/98 PERLU
DIPATUH

GURU JUGA HENDAKLAH:


MENGAMBIL KIRA FAKTOR MUSIM
MENGELUAR DAN MENYIMPAN ALAT
PASTIKAN ALAT DALAM KEADAAN BAIK DAN SELAMAT
DAPATKAN KEBENARAN PENJAGA
GURU PENGIRING
KEBAJIKAN MURID
MURID SAKIT TIDAK DIPAKSA
PELAJAR MILIKI SKIM INSURAN
KEMUDHAN BERBAHAYA PERLU DIKAWAL PENGGUNAAN
LAPOR KEMALANGAN KEPADA PENGETUA DENGAN SEGERA

Definisi Rekreasi
Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan
tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan .
Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu :
i) Rekreasi dalam (in-door)
contoh : badminton, squash, boling
ii) Rekreasi luar (out-door)
contoh : abseiling, bola sepak, perkhemahan
KONSEP REKREASI
Antara konsep-konsep rekreasi :
Kepuasan kendiri (personal filfillment)
i) Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan
kesihatan bangsa dan negara.
ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika
iii) Hubungan manusia yang demokratik
iv) Pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan
kesenggangan

h. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat


Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi
sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang
selepas sesi persekolahan perlu di sediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah perlu membersihkan
semak-samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan
selamat.Aspek kawalan keselamatan sekolah haruslah menumpukan kepada kawalan dalaman dan luaran
sekolah. Kawalan terhadap bangunan melibatkan tindakan-tindakan mengawal pergerakan pelajar di
antara bangunan, melakukan penyeliaan berterusan, dan menyediakan sistem kawalan terhadap khabar
angin dalam kawasan sekolah (Howard, 1981). Kawalan luaran sekolah pula melibatkan penyediaan
pagar di sekeliling sekolah, mengawal laluan keluar masuk sekolah dan memastikan risiko berlakunya
kemalangan akibat unsur-unsur landskap seperti pokok tumbang atau pondok bacaan runtuh dan
sebagainya.

You might also like