You are on page 1of 38

Bagaimana Sistem Komputer Beroperasi

Bagi seseorang pengguna atau juruteknik komputer PC, pengetahuan asas tentang bagaimana
komputer beroperasi adalah berguna. Apabila PC dihidupkan dan sebelum menggunakan
program aplikasi, banyak perkara sudah berlaku. Kelakuan ini memberikan simptom tentang
baiknya atau sakitnya komputer. Seseorang pengguna atau juruteknik yang berpengalaman dapat
mentafsir simptom berkenaan dan seterusnya cuba menyelesaikan masalah operasi.

Apabila sesuatu PC dihidupkan, 2 peringkat tentu berlaku. Peringkat pertama ialah peringkat
perkakasan. Peringkat kedua ialah peringkat perisian. Kita sekarang akan melihat kedua-dua
peringkat dengan lebih mendalam.  

Peringkat Perkakasan

Komputer yang kompleks boleh dibahagikan kepada bahagian utama iaitu perkakasan fizikal.
Perkataan Inggeris CONSOLE juga digunakan untuk bahagian ini. Peranti-peranti yang terlibat
dalam perkakasan utama ini termasuk papan induk ( motherboard )   ROM BIOS pemacu cakera
( disk drive ) kad-kad tambahan ( expansion cards ) pembekal kuasa ( power supply ) monitor
papan kekunci ( keyboard ) tetikus ( mouse ) modem  pemacu CD-ROM  pencetak ( printer ) 
pengimbas ( scanner ) Kita akan melihat tiga komponen utama ketika komputer
dihidupkan.Komponen ini ialah :-

1.Mikropemproses

2.    ROM BIOS

3.    POST

Mikropemproses

Mikroprosesor merupakan pusat operasi komputer seperti otak manusia. Mikroprosesor dikenali
CPU ( central procesing unit ). Intel, AMD dan Cyrix merupakan mikroprosesor yang
popular.Fungsi mikroprosesor ialah kalkulator yang pantas peranti storan terhad yang perlu
dibantu dengan storan sementara dan kekal semasa pemprosesan menjalankan segala
pemprosesan dalam komputer Mikroprosesor tidak mampu berfungsi tanpa arahan spesifik.
Arahan yang spesifik ini berbentuk digit atau huruf. Arahan ini akan memerintah mikroporsesor
melakukan sesuatu. Arahan ini dalam perisian. Perisian ini direka oleh penulis perisian.
Sebenarnya, apabila sesuatu arahan ditaipkan,arahan ini akan terus dihantar ke mikroprosesor. Di
dalam mikroprosesor terdapat pendaftar aritmatik ( arithmatic register ) yang melakukan perkiraan.
Mulai 486 melainkan 486-SX, ko-prosesor matematik dibina dalam mikroporsesor. Ini
meningkatkan pemprosesan data.  

BIOS

BIOS ialah akronim BASIC INPUT / OUTPUT SYSTEM. BIOS ialah satu set arahan dalam satu
perisian yang mengoperasi perkakasan komputer. BIOS ditulis dalam bahasa mesin ( machine
language ). BIOS juga bertanggunjawab terhadap proses input dan output dan kerja-kerja lain.
Maka arahan-arahan membantu komunikasi perkakasan komputer dengan peranti-perantinya.
BIOS disimpan di dalam mikrocip secara elektronik. BIOS tidak dapat ditulis semula atau diubah
maka cip ini juga dikenali READ-ONLY-MEMORY (ROM) . Oleh sebab ROM dan BIOS adalah
sentiasa berkaitan, maka cip ini juga dikenali ROM BIOS. ROM ialah hardware dan BIOS ialah
software maka ROM BIOS dibri istilah FIRMWARE. Cip ROM BIOS jenis DIP dan dipaderi kepada
papan induk atau dislot padanya. BIOS yang mengawal sistem dipanggil BIOS sistem untuk
membezakannya daripada ROM BIOS atas kad tambahan. Cip ROM BIOS digunakan pada kad-
kda tambahan seperti ethernet card, video adapter card dan kad-kad lain. Arahan atas kad-kad
tambahan ini membantu kada-kad berantaramuka /berkomunikasi dengan PC. Tugas utama
perisian BIOS ialah memeriksa sistem komputer semasa komputer ini dihidupkan.Proses
pemeriksaan ini dikenali POWER-ON-SELF-TEST. Proses ini akan memeriksa sistem,peranti-
peranti, kad-kad tambahan dengan BIOS, membilang jumlah pemacu, serial port ( COM 1 dan
COM 2 ), parallel port ( bagi pencetak dan pengimbas ), memeriksa kehadiran dan baiknya papan
kekunci, tetikus, monitor, memeriksa dan membilang RAM, cakera keras, alamta memori dan
memori port-port dalam RAM. Tugas kedua BIOS ialah pemuat but. But ialah proses memuatkan
sistem operasian dari pemacu cakera atau keras untuk menyediakan komputer untuk aplikasi
program. Tugas ketiga BIOS ialah memainkan peranan antaramuka paras rendah (low level
interface) di antara papan kekunci, kad video, port serial dan parallel dengan mikroprosesor. 

Proses POWER-ON-SELF-TEST ( POST )

Proses POST berlaku sebelum proses but dan aplikasi program. POST memeriksa
mikroprosesor,ROM BIOS, slot-slot untuk kad-kad tambahan, kad video, ,port-pot, jam sistem
(clock ), cakera keras, pemacu flopi, CMOS dan bateri dan pengawal disk. Sekira semua
komponen tersebut baik,satu bunyi bip akan dipapar sebelum but. Jika sebaliknya belaku, maka
iimptom bunyi yang berbeza akan ditunjukkan bergantung kepada komponen yang bermasalah
operasi. Biasanya mesej ralat akan ditunjukkan bagi tindakan selanjutnya.

 Ujian Register CPU Dan Alamat Program Counter

Apabila suis kuasa dihidupkan, arus AC mengalir ke pembekal elektrik di dalam komputer dan
arus AC ditukar kepada arsu DC untuk komputer. Arus DC mengalir mengikut perjalanan tetap ke
CPU.Isyarat elektrik memadamkan segala data yang msih tertinggal di dalam memori pendaftar
dalaman (internal memory register ). Kemudian isyarat elektrik ini reset sesuatu pendaftar CPU
( CPU register ) yang dipanggil pembilang program (program counter) kepada satu nombor
spesifik. Nombor ini berbeza bagi siri komputer yang berlainan. Mengikut White ( 1994 ) bagi AT
dan komputer selepasnya, nombor ini ialah F000h. Peranan nombor ini memberitahu CPU alamat
arahan yang memerlukan pemprosesan. Alamat ini pada permulaan program but. Kata lain,
program but sentiasa disimpan pada alamat F000h ini. Alamat diset di dlam cip-cip ROM yang
mengandungi BIOS.

 Permulaan Program But Dan Pemeriksaan POST

POST menguasai aktiviti-aktiviti komputer selepas komputer dihidupkan. Dengan alamat


F000h,CPU mula mencari dan membangunkan program but dalam ROM BIOS. But program
memulakan satu siri pemeriksaan sistem. Pertamanya, CPU memerikas diri sendir dan POST
program dengan membaca kod-kod pada lokasi-lokasi yang berlainan dan seterusnya
membandingkannya dengan rekod-rekod yang tetap dan serupa.  

Pemeriksaan Semua Komponen

Selepas perbandingan itu, CPU menghantar isyarat-isyarat elektrik melalui litar di papan induk
yang dipanggill bus kesemua komponen untuk memastikan semua komponen ini berfungsi baik.
Pengguna akan terdengar bunyi pergerakan bahagian-bahagian tertentu di dalam komputer. Jika
monitor sudah dihidupkan, LCD akan menunujukkan isyarat lampu merah kepada hijau kekuning-
kuningan  .

Ujian Jam Dalaman ( Inner Clock )

Seterusnya CPU memeriksa sistem inner clock yang memastikan semua komponen berfungsi
secara sinkronis.

 
Ujian Kad Tambahan Dan Kad Video

Selepas uji inner clock, POST terus menguji memori di atas kad video, isyarat video dan kad
tambahan lain. Kemudian POST memuat kod BIOS di dalam kad video ke dalam sistem BIOS
keseluruhan dan konfigurasi sistem. Jika ada masalah kad display, 2 bunyi bip panjang atau LCD
kekal dalam lampu merah. Sistem tidak diteruskan lagi ( atau hang ).  

Ujian Memori

Pada masa yang sama, POST terus menguji cip-cip RAM untuk memastikan cip-cip ini baik. CPU
cuba menulis setiap cip dan membaca data tersebut. Kemudian membandingkan bacaan ini
dengan data yang ditulis pada mulanya. Sesuatu akaun tentang pelbagai memori, iaitu base
memori,extended memori, cache memori akan dipapar di skrin.

 Ujian Papan Kekunci

CPU juga memeriksa papan kekunci. Jika papan kekunci tidak dipasang, mesej "Keyboard Error
Press <F1>" ditunjukkan. Jika mana-mana satu kekunci tertekan, satu siri bip berterusan
dikeluarkan. POST berhenti hingga masalah ini diselesaikan.

 Ujian Pemacu

Kemudian POST menghantar isyarat melalui bus mengikut perjalanan spesifik ke pemacu-
pemacu cakera A:, B:, dan C: untuk memastikan pemacu ini baik. Satu akaun pemacu dipapar tas
skrin pada akhir POST dan permulaan but.  

Perbandingan Dengan Rekod-Rekod CMOS

Bagi AT dan PC selepasnya, keputusan pemeriksaan POST dibandingkan dengan rekod tetap
didalam cip CMOS ( Complimentary Metal Oxide Semi-conductor ). Rekod ini mengandungi
maklumat tentang komponen yang diinstal. Jika semua baik, satu bip akan dihasilkan. Jika
berlainan,isyarat CMOS Setup akan diberi dan proses berhenti untuk tindakan selanjutnya.

Penyatuan Bios Kad Tambahan Dan Peranti

POST akan memeriksa BIOS kad tambahan dan BIOS peranti seperti CD-ROM. Kod BIOS ini
akan dicantumkan dengan BIOS sistem. Satu skrin seperti berikut ditunjukkan.  

CPU Tyype : 80486DX-4 Base Memory : 640 K

Co-processor : Installed Extended Memory : 7168 K

CPU : Cache Memory : 256 K

Disket Drive A : 1. 2 M 5.25 in Display Type : EGA / VGA

Disket Drive B : 1.44 M 3.5 in Serial Ports : 3F8 2F8

Hard Disk C : User type 516 M Parallel Ports : 378

Hard Disk D : Not Installed 

Pengguna boleh menggunakan kekunci < PAUSE> untuk menhentikan skrin ini untuk memerhati
isi kandungannya . Selepas ini akan mulanya satu ayat yang menyaakan permualaan peringkat
perisisan, iaitu peringkat kedua. Anda akan lihat " Starting MS-DOS ........" .

Peringkat Perisian

Peringkat perisian satu sambungan kepada peringkat perkakasan. Peringkat ini juga dikenali
sebagai "bootup". Pada peringkat ini, skrin seperti berikut ditunjukkan.

Starting MS-DOS ...................... atau Starting Windows 95 ....


 

CARI IO.SYS dan MSDOS.SYS

Di peringkat ini, program but di dalam ROM BIOS mecari kedua-dua fail IO.SYS dan
MSDOS.SYS. Bagi IBM kedua-dua fail dikenali sebagai IBMBIO.COM dan IBMDOS.COM.

Pertama, program but akan memeriksa pemacu A: dan memastikan cakera di dalamnya sudah
diformat dan mengandungi fail-fail ini. Jika tiada fail ini di sini, but program akan terus mencari
kedua-dua fail ini di C: dan terus but komputer. Jika tidak terdapat kedua-dua fail ini di A: atau di
C:

satu mesej ralat berikut dipaparkan.

Non-system disk or Disk error

Replace and strike any key when ready

Komputer terus berhenti dan tidak berjalan lagi sehingga anda memasukkan satu disket sistem di
A:

dan but dari A: dan kemudian ke C:

MEMUAT BOOT RECORD KE DALAM RAM

Selepas ditemui kedua-dua fail tersebut, program but akan membaca data di dalam sektor
pertama disket sistem dan seterusnya menyalinnya ke dalam lokasi spesifik di dalam RAM.
Maklumat data ini menjadi "DOS boot record". " DOS boot record" ini disimpan di lokasi yang
sama bagi semua disket yang sudah diformat. " Boot record" ini hanya 512 bait dan hanya
mencukupi untuk `memuat kedua-dua fail pengoperasian, iaitu IO.SYS dan MSDOS.SYS ke
dalam memori beralamat 7C00h RAM. Selepas program but BIOS memuatkan "boot record",
program but BIOS akan menyerahkan kawalan sistem kepada "boot record" yang sekarang
berada di alamat memori 7C00h. 

MEMUAT IO.SYS KE DALAM RAM

Fail IO.SYS mempunyai fail sistem dan attribut tersembunyi . Apabila "boot record" mengawal
PC,"boot record" terus memuat IO.SYS ke dalam RAM. Fail IO.SYS menggunakan driver-driver
fizikdi dalam ROM BIOS. Fail IO.SYS mengandungi satu rutin SYSINIT yang menguruskan
langkah-langkah but lain. " Boot Record" terus disimpan dan tidak digunakan lagi, dan SYSINIT
terus mengambil tugas but yang berikut.  

SYSINIT MEMUAT MSDOS.SYS KE DALAM RAM

SYSINIT memuat fail MSDOS.SYS yang tersembunyi dan sistem ke dalam RAM. MSDOS.SYS
bekerjasama dengan BIOS untuk menguruskan fail-fail, melaksana program-program, merespon
kepada isyarat-isyarat daripda perkakasan.

 MSDOS.SYS MELAKSANA ARAHAN DI DALAM CONFIG.SYS

Selepas MSDOS.SYS dimuat, SYSINIT mencari fail CONFIG.SYS yang direka oleh si pengguna
atau juruteknik. Apabila fail CONFIG.SYS ditemui, SYSINIT akan mengarahkan MSDOS.SYS
mentafsir arahan CONFIG.SYS. Arahan ini menyuruh sistem pengoperasian cara-cara menangani
operasi-operasi seperti bilangan fail pelu dibuka, bilangan "stack" dibuat dan baitnya, dan "device
drivers" yang menguruskan memori dan di mana memori itu ditempatkan yang setiap kali
computer dihidupkan. ( Device driver ialah program yang menambah kemampuan BIOS untuk
mengawal memori atau perkakasan.)

 
MSDOS.SYS MEMUAT COMMAND.COM

Fungsi MS-DOS EXEC dalam SYSINIT mengarah MSDOS.SYS mencari dalam direktori umbi
(root directory ) dan memuat fail COMMAND.COM. Fail ini ialah fail antaramuka pengguna (user
interface ) dengan MSDOS. Fail ini menunjukkan tanda C prompt pada skrin. Fail ini juga memuat
program aplikasi, dan mengurus pengoperasian sistem. Fail ini mengandungi 3 bahagian:
Bahagian resident, bahagian transient, dan bahangian initialisation.  

BAHAGIAN PERTAMA COMMAND.COM ( BAHAGIAN RESIDENT )

Bahagian pertamanya ialah satu tambahan ( extension ) kepada fungsi-fungsi input / output.
Program ini dimuat di dalam memori RAM. Alamatnya di hujung memori yang berada di bawah
alamatprogram dan di bahagian atas alamat interrupt table. Bahagian resident ini mengandungi
kod-kod untuk memproses Ctrl-C dan Ctrl-Break, mengesan ralat, dan memuat semula bahagian
transient apabila diperlukan. Bahagian ini menjadi bahagian tetap sistem pengoperasian.

BAHAGIAN KEDUA COMMAND.COM ( BAHAGIANTRANSIENT)

Bahagian transient , COMMAND.COM memanggil keluar arahan papar atau batch file transient Ia
mengandungi arahan DOS dalaman ( internal DOS commands) seperti DIR, COPY, TYPE,MORE,
DEL, REN. Bahagian kedua ini dimuat ke alamat di hujung tinggi RAM konvensional dan didalam
batasan 640 K. dan boleh ditulis semula oleh program aplikasi jika memori ini diperlukan.

 BAHAGIAN KETIGA( BAHAGIAN INITIALISATION ) COMMAND.COM DAN AUTOEXEC.BAT

Bahagian ketiga, bahagian initialisation, dimuat selepas bahagian transient. Bahagian ini
mengandungi kod untuk memuat fail AUTOEXEC.BAT. Bahagian initialisation ini digunakan sekali

sahaja semasa but ini. Fail AUTOEXEC.BAT ditulis mengikut kehendak si pengguna. Fail ini
ditulis dengan menggunakan QBASIC atau NOTEPAD atau pemproses perkataan yang lain. Fail
ini disimpan di direktori umbi seperti CONFIG.SYS. Biasanya fail ini mengandungi satu siri arahan
DOS di dalam bentuk fail kumpulan. Selain daripada itu terdapat juga program-program aplikasi
atau perkara-perkara lain yang si pengguna ingin dilaksanakan, dipapar atau dimuatkan semasa
komputer dibut. Kedua-dua fail, CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT dikonfigur untuk operasi
komputer yang optimum. Adalah baiknya si pengguna menyimpan satu disket yang mengandungi
kedua-dua fail, COMMAND.COM dan sistem fail untuk tujuan kecemasan. Jika tiada
COMMAND.COM, satu mesej ralat dipaparkan.Missing command interpreter ( e.g.
COMMAND.COM ) dan C: \> prompt menjadi C> sahaja. Tiada arahan DOS dapat
dimasukkan.Satu fail COMMAND.COM perlu disalin ke direktori umbi tetapi mesti pastikan
sepadan dengan versinya untuk mengelakkan sistem terhenti semasa keluar daripada program
aplikasi. Jika versi itu tidak sepadan, mesej ralat " COMMAND.COM mismatch" ditunjukkan.
Selepas but dilaksanakan, skrin menunjukkan C:\> untuk dimasukkan arahan DOS mengikut
kehendak si pengguna. Katakan si pengguna ingin membuka sesuatu program aplikasi di
C:\>,COMMAND.COM akan mencari satu intrinsic program dengan nama tersebut. Jika gagal
menemui fail ini, COMMAND.COM akan menggunakan path tersebut untuk mencari satu fail
dengan nama .COM, .EXE atau .BAT dalam turutan ini. Jika langkah ini gagal lagi,
COMMAND.COM akan memaparkan mesej ralat Bad Command or File Name Jika .COM atau
.EXEC dijumpai, COMMAND.COM akan menggunakan fungsi EXEC dalam MSDOS untuk
memuatkan program aplikasi berkenaan dan seterusnya memindah pengawalan sistem kepada
program aplikasi ini. Apabila program aplikasi ditamat, COMMAND.COM akan dimuat semula dan
pengawalan sistem dikembalikan kepada sistem pengoperasian dan COMMAND.COM.
Perbincangan Fungsi arahan REM ialah dari Perkataan REMark. DOS akan mengabaikan segala
yang terdapat dalam barisan ini semasa bootup. Biasanya satu ruang di antara REM dan tulisan
lain diperlukan. Walaupun demikian,anda boleh beberapa ruang yang anda suka. REM ini boleh
diggunakan untuk CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT. REM sama dengan kolon ":" atau semi
kolon ";" di fail WINDOWS DEVICE= ialah arahan DOS yang memuat sesuatu device driver ke
dalam conventional memori (bawah 640 K). Satu arahan merupakan adik beradiknya ialah
DEVICEHIGH=. DEVICEHIGH= memuatkan device driver ke dalam upper memori ( dari 640 K ke
1023 K). Device driver ialah program yang menghubungkan komunikasi di antara PC dengan
perkakasan yang dipasang kepada PC. Contohnya, Mouse device driver membolehkan interface
di antara mouse dengan PC. CD-ROM device driver membolehkan komunikasi PC dengan CD-
ROM. DEVICE= C: \DOS\HIMEM.SYS memuatkan fail pengurusan extended memory,
HIMEM.SYS dari sub-direktori DOS di root direktori C: ke dalam conventional memory ( bawah
640 K ).HIMEM.SYS menggunakan High Memory Area sebaik sahaja di atas Conventional
Memory, 64 K yang pertama kali lepas memori konvensional. Kawasan ini untuk menyimpan DOS
5 atau DOS 6.HIMEM.SYS menolong penggunaan memori ini tanpa pertukaran kepada protected
mode tetapi secara langsung. Dengan cara lebih banyak ruang memori konvensional dibebaskan
untuk penggunaan aplikasi seperti permainan, CD-ROM dan Windows. Fail HIMEM.SYS
menukarkan extended memory (XMS) kepada expandend (EMS) memory. Ini perlu untuk
WINDOWS. EMM386. EXE membina expanded memory daripada extended memory ( XMS =
extended memory, EMS= expanded memeory). FILE= ialah satu arahan DOS untuk membuka
satu bilangan pada sesuatu masa tertentu. Bilangan fail-fail di antara 8 dan 255. Nombor ini tidak
boleh nombor perpuluhan. Nombor default ialah 8. Biasanya di CONFIG.SYS Files=30 digunakan.
Lebih banyak nombor ini lebih banyak memory diperlukan untuk mengesan fail-fail yang sudah
dibuka oleh DOS. Walaupun amaun memory ini kecil tetapi jangan set nombor yang besar kerana
ia akan membazir banyak memori. Mesej ralatnya seperti " Not enough files or Too many files are
open" meminta menambah bilangan fail dalam setting. Misalnya FILES= 45. Bagi sistem komputer
yang menggunakan MS-DOS sahaja FILES=30 sudah cukup tetapi bagi persekitaran WINDOWS,
FILES=50 atau lebih sedikit adalah mencukupi. BUFFERS= ialah arahan DOS. Arahan perlu satu
bilangan nombor "file transfer buffers". Nomborini di antara 1 dan 99. ‘File transfer buffer’ ialah
satu kawasan memori yang diketepikan oleh DOS buat sementara semasa data dipindah dari atau
kepada cakera ( disk ). Buffers boleh menambah prestasi disket kerana data yang tidak digunakan
boleh disimpan dalam disket sehingga sistem tidak sibuk memindah fail/ data yang lain.
BUFFERS= boleh digunakan bersama dengan SMARTDRIVE atau BUFFERS=
diabaikan.Biasanya, salah satu ini digunakan. Jika mesti BUFFERS= digunakan, satu nombor
( kurang daripada 100 yang kecil diset. Contoh, BUFFERS=10. Autoexec.bat boleh diperiksa
untuk menentukan sama ada BUFFERS= atau SMARTDRIVE.EXE digunakan. Jika pemacu SCSI
digunakan , SMARTDIVE. EXE sepatutnya diprogram di dalam CONFIG.SYS Contoh: fail
AUTOEXEC.BAT

C:\DOS\SMATDRV.EXE

PROMPT $P$G

PATH C:\WINDOWS;C:\DOS;C:\UTILITY

SET TEMP=C:\TEMP

LOADHIGH C:\DOS\DOSKEY.COM

Merekacipta Fail CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT

Kedua-dua fail ini merupakan sistem fail. Penguasaan kemahiran menulis kedua-dua fail boleh

mengarah komputer mengoperasi mengikut cara dan juga menguruskan memori dengan
berkesan.

Fail-fail CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT tidak digunakan lagi di dalam WINDOWS95.

Fungsi kedua-dua fail ini telah diambilalih oleh fail ‘REGISTRY’. Fail ini sudah diprogram di dalam

Windows95 oleh Microsoft.

 
Troubleshooting 1 : Bagaimana Proses But Dilaksanakan?

Pastikan anda telah menyambungkan sekurang-kurangnya empat komponen. Anda perlukan


pembesar suara, papan kekunci, pemacu cakera dan monitor. Beberapa kaedah yang anda
perlukan untuk menukar sesuatu

1.Pertama, LCD akan menyala di beberapa bahagian komponen komputer - pada

motherboard, cakera keras, cakera liut, NIC, pencetak, CD-ROM, monitor dan papan

kekunci.

2.Cakera keras selalunya akan berpusing.

3.Kipas bekalan kuasa dan CPU akan mula berpusing.

4.Paparan pertama pada monitor adalah samada kiraan memori atau paparan BIOS kad video

5.Semasa kiraan memori, pembesar suara PC akan berbunyi.

6.Apabila kiraan memori selesai, cakera liut akan mula dicari (LCD menyala).

7.Mesej daripada BIOS akan dipaparkan, termasuk versi BIOS, jenis CPUdan sebarang

"non-fatal error messages".

Pada ketika ini, POST telah selesai dan proses but bermula.

Bahagian terakhir POST selalunya ialah carta komponen yang dijumpai semasa POST, seperti

kelajuan CPU, Kad VGA, Pelabuhan selari, Pelabuhan bersiri, Pelabuhan LPT, Cakera keras IDE,

Cakera Liut dan sebagainya.

Selalunya pemacu cakera C dicari dan mula melaksanakan fail sistem . Fail-fail ini selalunya
disebut

"bootstrap program."

Jika fail sistem tidak dijumpai, BIOS akan memaparkan mesej "Insert Boot disk and press any

key" atau sesuatu yang hampir sama. Ini dipanggil "non-fatal error" . Masukkan disket sistem ke

dalam pemacu cakera A dan tekan sebarang kunci.

Jika perkara di atas berlaku, anda akan tahu bahawa papan ibu mempunyai keupayaan

sekurang-kurangnya melaksanakan POST ROM. POST mempunyai kemungkinan menghadapi

masalah "non-fatal errors".

Ralat "fatal" POST selalunya menyebabkan tiada paparan, jadi anda perlu mendengar

pembesar suara dan membilang beep. Bilangan dan panjang beep menjadi panduan kepada

juruteknik dalam memperbaiki komputer. Mengeluarkan kad video selalunya menjadi "fatal

error" bagi kebanyakan BIOS.

Tiada RAM adalah suatu "fatal error".

Tiada CPU akan menjanakan kod beep . Ia adalah "fatal error"


Tiada papan kekunci bukan "fatal error", POST akan selesai dan mesej ralat akan

dipaparkan, misalnya "Keyboard Not Found. Press F1 to continue."

Tiada Paparan Semasa But

Periksa bekalan kuasa moditor dan sambungan video.

Reset balik kad video dan masukkan dalam soket baru.

Pastikan pembesar suara disambungkan bagi melihat mesej POST.

Saling tukar kad video atau monitor.

Mesej-mesej POST yang biasa:

1.Ralat HDD (atau FDD) controller. Selalunya disebabkan oleh sambungan kabel (mungkin

terbalik).

2.Disk Drive 0 failure. Bekalan kuasa mungkin tidak sampai ke cakera keras atau anda tersilap

set pemacu dalam CMOS (laksanakan setup). Juga pastikan cakera disambungkan dengan

betul ke "controller".

Troubleshooting Cakera Liut

Jika lampu LCD sentiasa menyala (tidak padam), periksa sambungan kabel. Kemungkinan besar

ianya terbalik.

Kaedah Seven-Step Troubleshooting

1.Tentukan masalah.

2.Lakukan pemeriksaan biasa berdasarkan panduan/petunjuk atau pengetahuan operasi.

3.Kenalpasti punca masalah..

4.Gunakan perkakasan/peralatan diagnostik bagi mengurangkan senarai masalah.

5.Kenalpasti komponen yang bermasalah.

6.Kenalpasti komponen yang bermasalah.

7.Baiki, ganti, catat, dan kembalikan perkakasan kepada spesifikasi asal.Selidiki mengapa

komponen tersebut gagal berfungsi.

Cara Mengatasi Masalah Biasa

1.Periksa kabel-kabel, Periksa kabel-kabel, Periksa kabel-kabel.

2.Buang secondary cache, atau disablekannya dalam Setup.


3.Kurangkan kelajuan CPU

4.Gantikan SIMM dengan yang lain.

5.Gantikan kad video.

6.Gantikan komponen-komponen tambahan yang kurang perlu, seperti tambahan RAM, sound

card, modem, tetikus,Cakera keras tambahan, , NIC, atau sebarang kad pengawal tambahan.

7.Keluarkan semua cakera keras dan but dengan cakera liut.

8.Keluarkan motherboard dan pasangkan diluar - mungkin ada "grounded" kepada kasing.

9.Cuba dengan kabel-kabel lain.

10.Periksa semula jumper pada motherboard.

11.Pastikan anda memilih kelajuan bus dan clock multiplier CPU anda.

Plan Drastik

Gantikan bateri yang digunakan untuk CMOS RAM.

Cuba bekalan kuasa yang lain.

Pinjam cakera keras daripada rakan (hanya untuk mengetahui setting BIOS).

Gantikan CPU.

Gantikan BIOS jika anda yakin ia boleh menyelesaikan masalah.

Pilihan anda yang terakhir adalah - tukar motherboard.

Trouble Shooting 2 

Didalam semua keadaan kendalian, komputer merupakan mesin yang kebolehpercayaan


upayanya

tidak diragukan. Walau bagaimana pun, seperti mesin yang lain, ia juga "wear-out" dan kadang
kala

gagal berfungsi. Komputer tidak "burn-out" tetapi "wear-out" atau "force-out" oleh ragam

penggunaan manusia yang salah dan kebolehpercayaan tahanan komponen yang mempunyai

piawaian tertentu.

Masalah yang ditimbulkan oleh komputer kadangkala merupakan masalah kecil yang tidak

memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tinggi mengenai komputer untuk menyelesaikan
nya,

malah boleh di selesaikan oleh seorang yang mempunyai pengetahuan asas penyenggaraan

komputer.

Tugas utama pembaik PC ialah mengenali komponen yang gagal berfungsi. "Troubleshooter"
menggunakan segala peralatan perkakasan dan perisian tidak lupa juga deria manusia, untuk

mengasingkan dan mengesan komponen yang gagal berfungsi.

Di bawah dicadangkan beberapa cara bagi mengesan masalah yang timbul:-

1.Pertama pemeriksaan visual. Beberapa masalah boleh dikesan dengan mudah melalui

pandangan mata.

Periksa "jumper", adakah di konfigurasi dengan betul?

Periksa RAM bersoket - adakah yang longgar atau tersalah letak?

Periksa hablur (crystal bersoket).

Periksa bateri - sama ada bocor atau pecah.

Periksa PCB - adakah ia bengkok, laluan putus, pintas atau "burn-out", ada cip yang

terbakar, dsbnya?

1.Dengarkan, kebanyakan komponen PC mengeluarkan bunyi dan ini boleh memberi maklumat
berguna:-

Bunyi mekanikal boleh didengar dari pemacu cakera, adakah bunyinya normal/seperti biasa?

Pembesar suara boleh menghantar mesej ralat ketika POST. Bunyi beep ralat berbeza antara
BIOS, dengan itu perlu dirujuk kepada dokumen tertentu untuk mengetahui maksudnya.

3.Pemeriksaan deria yang lain. Sentuh cip untuk merasa suhunya. CPU agak panas, cip besar
seperti EPROM, CHIP

SET mestilah hangat sahaja, cip yang kecil tidak panas lansung, Cip seramik lebih panas dari
yang diperbuat dari plastik.

Jika terlalu sejuk ini mungkin menunjukan cip tersebut mati atau tiada bekalan kuasa sampai
kepadanya.

Sesetengah komponen sensitif dari yang lain. CPU jarang gagal. Cip buffer lebih sensitive dari cip
logik yang kecil. Kerosakan RAM boleh dikatakan kerap/biasa.

4.Ujian tekanan dan ketahanan. Satengah masalah terutama yang berlaku sesekali, boleh
disebabkan sambongan yang

longgar, kotor atau retak kecil pada PCB. Cuba tekan semua cip atau alat yang dipasang pada
soket. Cuba tekan atau bengkokkan PCB untuk mengesan retak.

5.Ujian isyarat.

Ini adalah cara terakhir jika semua cubaan yang dilakukan tidak menyelesaikan masalah. Ini lebih
komplikated, memerlukan peralatan khas, dokumen dan gambarajah sistem dan pengetahuan
yang mendalam mengenai sistem juga elektronik.

 Utamakan Keselamatan.

Komputer adalah mesin yang selamat digunakan. Alat periferalnya pun selamat. Walau
bagaimana pun, ia beroperasi menggunakan elektrik, dengan itu akan terdapat kemungkinan-
kemungkinan bahaya. Elektrik mesti dikendalikan dengan betul dan berhati-hati - jika tidak ia
boleh mencederakan malah boleh membunuh. Antara langkah keselamatan yang perlu diberi
perhatian ketika melakukan kerja-kerja pembaikan komputer ialah:-
Tentukan adanya bekalan atau tidak sebelum menyentuh bahagian dalam komputer.Seeloknya
pastikan tiada bekalan jika tidak diperlukan.

Gunakan gelang tangan yang disambungkan ke bumi untuk nyahkan elektrik statik. Elektrik statik
boleh menyebabkan komponen terutama CIP rosak tanpa disedari jika disentuh.

Pastikan bekalan tiada ketika mengeluarkan/menanggalkan atau memasang alat ganti seperti CIP
dan kad adapter ke dalam komputer. Juga ketika memasang atau menanggalkan kabel
penyambungan periferal. Ini boleh merosakan bukan sahaja periferal malah komputer.

Jika sekiranya perlu ON bekalan ketika membaiki bahagian dalam komputer, berhati-hati terhadap
bahagian bekalan kuasa. Juga jauhkan sekeru atau sebarang logam, jika tidak sengaja terjatuh ke
dalam komputer boleh mengkibatkan berlaku litar pintas dan merosakan komputer Pastikan
pembumian baik. Terdapat punca dan sambungan kabel bumi antara komputer dan soket kuasa.

Tabiat Baik Yang Perlu Diingat.

Satu perkara yang kerap berlaku apabila membaiki komputer terutama bahagian dalam
komputer,selalunya ia berakhir dengan lebihan terutama sekeru. Kehilangan sekeru di sana sini
mungkin tidak merosakan apa-apa, tetapi jika kita melakukan kerja pembaikan pastikan ia
dilakukan dengan betul dan sempurna.

Di sini ada tip yang boleh membantu anda ketika membaiki komputer terutama di bahagian dalam
komputer. Pastikan apa yang anda keluarkan akan dipasang semula ketempat yang asal atau
betul apabila tiba masanya. Gunakan cawan kecil atau sebarang bekas untuk menyimpan sekeru
dan komponen kecil supaya tidak hilang.

Jika perlu, lukis rajah yang boleh menolong anda mengingati di mana alat hendak dipasang
semula atau bagaimana kabel di sambong. Jika anda tidak pandai melukis, gunakan pita label
berpelekat untuk label alat, hujung kabel dan sebagainya.

Catatkan sebarang perubahan yang anda lakukan kepada sistem komputer anda. Ini akan
memudahkan anda sekiranya berlaku kerosakan yang memerlukan komputer anda di set semula
atau untuk menambah kad tambahan supaya tidak berlaku konflik.

Cakera Sistem Atau Boleh But.

Cakera sistem atau boleh but, ialah cakera liut yang mengandungi cukup sistem operasi untuk but
komputer. Ingat fail IO.SYS, MSDOS.SYS dan COMMAND.COM - fail tersebut merupakan
sebahagian daripada fail DOS yang membolehkan komputer di but. Selalunya PC anda but
daripada cakera keras, tetapi ia juga boleh di but dari cakera liut yang dimasukan ke pemacu `A’.

 Kenapa Perlu Cakera Sistem.

Anda perlukan cakera sistem untuk mengelakan bencana yang mungkin menimpa komputer
anda.Anggaplah cakera sistem sebagai cakera kecemasan. Berikut antara alasan kenapa setiap
pengguna PC mesti mempunyai cakera sistem di di di simpan di tempat yang selamat. Perubahan
yang anda lakukan kepada fail konfigurasi (CONFIG.SYS), jika tidak betul, boleh menghalang
anda but daripada cakera keras. Dengan adanya cakera sistem membolehkan anda but komputer,
tukar arahan yang salah dalam `CONFIG.SYS’ , dan sekali lagi but semula daripada cakera keras.

Cakera keras anda tiba-tiba mengalami kerosakan. Tanpa cakera sistem anda tidak boleh but

komputer untuk cuba memperbaikinya. Kadang-kadang kita tidak sengaja memadam fail di `root’
direktori cakera keras. Cakera sistem yang anda buat akan mempunyai salinan fail yang
mustahak dari 'root' direktori cakera keras komputer anda.  
Apa Yang Ada Di Dalam Cakera Sistem.

Cakera sistem merupakan cakera liut biasa yang mengandungi empat perkara utama:-

Sektor But. Ruang simpanan pada cakera dipisahkan kepada kawasan yang dipanggil

sektor. Sektor pertama pada cakera sistem disebut boot sector. Ia mengandungi kod

program yang membolehkan BIOS memuatkan IO.SYS, MSDOS.SYS dan

COMMAND.COM. Bagi cakera liut yang tidak diformat sebagai cakera sistem, sektor

pertama tidak mengandungi kod program ini, dengan itu cakera tersebut tidak boleh

digunakan untuk `boot’ DOS.

IO.SYS. Merupakan fail tersembunyi yang mempunyai perisisan yang menghubungkan BIOS

PC.

MSDOS.SYS. Fail tersembunyi ini mempunyai DOS `kernel’, yang mana ia merupakan rutin

perisian yang membentuk fungsi asas DOS. Ini termasuk fungsi membaca dan menulis ke atas

cakera, menerima masukan papan kekunci, memaparkan maklumat pada monitor dan

sebagainya.

COMMAND.COM. Merupakan pentafsir arahan DOS, yang bertanggungjawab meletakan

prom DOS pada paparan. COMMAND.COM juga mengandungi arahan dalaman DOS

seperti COPY, DIR dan DELETE. COMMAND.COM membolehkan anda memasukan

arahan DOS dan memulihkan program daru prom arahan DOS.

Cakera sistem selalunya mempunyai dua lagi fail - CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT. Juga

beberapa fail seperti FDISK.EXE, FORMAT.COM, SYS.COM, CHKDSK.EXE dan sebagainya.

Menyediakan cakera sistem

Arahan DOS

Langkah untuk membantu menyediakan cakera sistem menggunakan arahan DOS.

1.Masukan cakera liut baru yang belum digunakan dalam pemacu A atau B terpulang kepada

pemacu mana yang digunakan.

1.Di prom DOS, taipkan CD\DOS dan ENTER.

1.Di prom C:\DOS> taipkan FORMAT A:/S/U.

FORMAT akan format cakera .

Suis /S mengarahkan FORMAT menambahkan IO.SYS, MSDOS.SYS dan

COMMAND.COM kepada rekod but dalam cakera.

Suis /U menyebabkan FORMAT menjalankan format tanpa syarat ke atas cakera,


memadamkan apa saja yang ada pada cakera.

4.FORMAT akan prom anda untuk memasukan cakera baru ke dalam pemacu. Oleh kerana

cakera sudah sudah ada - tekan ENTER.

4.Format akan prom anda untuk menamakan label kandungan yang hanya merupakan nama

untuk cakera itu. Label kandungan adalah pilihan - tekan saja ENTER.

4.Sistem akan tanya anda sekiranya hendak melaksanakan format lagi. Tekan N untuk

menamatkan arahan FORMAT.

4.Labelkan cakera tersebut dengan nama "CAKERA SISTEM" dan simpan dengan baik.

Arahan Window.

Langkah ini untuk membantu menyediakan cakera sistem menggunakan arahan Window.

1.Cari ikon Fail Manager dalam program Main dan klik dua kali untuk mengaktif Fail Manager.

2.Di Fail Manager pilih menu Disk.

3.Dari menu Disk, pilih Format Disk. Kotak dialog Format Disk akan dipaparkan.

4.Dari senarai Disk In pilih pemacu A atau B, mana yang berkenaan.

5.Dari senarai Capacity, pilih kapasiti yang sesuai untuk pemacu A atau B.

6.Klik kotak Make System Disk supaya aktif.

7.Klik OK. Kotak dialog akan terpapar yang mana memberi amaran mengformat akan

memadamkan semua data yang dalam cakera.

8.Jika semuanya OK klik Yes. Jika rak pasti klik No dan kembali ke langkah 4.

9.Anda akan ditanya sama ada ingin mengformat cakera lagi. Klik No.

10.Label cakera dengan nama "CAKERA SISTEM" dan disimpan dengan selamat.

Arahan Windows 95.

1.Start

2.Setting

3.Control Panel

4.Add/Remove Program

5.Startup Disk

6.Create

nda terlupa menggunakan suis /S ketika mengformat cakera, jadi calon itu tidak boleh but. Tetapi

Setting

Control Panel
Add/Remove Program

Startup Disk

Create

Menambah fail sistem kepada cakera yang sudah di format supaya boleh but.

Anda terlupa menggunakan suis /S ketika mengformat cakera, jadi calon itu tidak boleh but. Tetapi

anda ingin masukan fail sistem tanpa mengganggu fail-fail yanag ada dalam cakera. Ini boleh

dilakukan dengan mudah hanya dengan satu arahan sahaja.

Arahan DOS

1.Memasukan cakera yang telah diformat ke dalam pemacu pilihan anda.

2.Pada prom taip SYS A: atau SYS B:. Selepas beberapa ketika mesej dipaparkan

menyatakan sistem telah dipindahkan ke cakera.

Arahan Window

1.Buka Fail Manager, dari menu Disk pilih Make System Disk. Kotak dialog Make System

Disk dipaparkan.

2.Dari senarai pemacu pilih pemacu dimana cakera di masukan.

3.Klik OK.

Menganalisa Kod Dan Mesej Ralat Serta Bunyi Beep

Komputer selalunya menunjukan masalah dengan mengeluarkan salah satu daripada tanda ralat

seperti berikut:-

Bunyi Ralat Beep

Kod Ralat

Mesej Ralat

Mesej-mesej ini berubah dari satu komputer ke komputer yang lain, bergantung ke pada sistem

BIOS yang digunakan.

Antara pengeluar BIOS yang popular adalah AMI, AWARD, PHOENIX & IBM

Bunyi Beep Ralat

Jika sistem komputer anda mempunyai masalah perkakasan yang dikesan sebelum sistem video
di
laksanakan, komputer tidak dapat menunjukan kod ralat atau mesej ralat. Ini bermaksud anda
tidak

dapat sebarang maklumat pada skrin monitor.

Tetapi melalui bunyi beep kita akan dapat idea mengenai masalah yang berlaku.

Berikut adalah jadual beberapa bunyi beep yang berhubungkait dengan sistem yang
menggunakan

BIOS AMI.

1beep pendek atau berterusan

Litar segar semula (refresh) gagal -

DRAM

2 beep pendek

Litar Pariti gagal - RAM

3 beep pendek berterusan dengan

berhenti-henti

64k yang pertama gagal

4 beep pendek

‘Timer’ tidak beroperasi

5 beep pendek

Ujian daftar CPU gagal

6 beep pendek

Kawalan papan kekunci ‘line Gate

A20’ gagal beroperasi

7 beep

Ralat pemproses sampukan

1 panjang dan 8 beep pendek

Ingatan paparan baca/tulis gagal

9 beep pendek

Ujian ‘extended’ pemproses gagal

10 beep pendek

‘CMOS shut down register’

Kod Ralat.

Apabila anda mempunyai masalah perkakasan yang dikesan oleh komputer selepas subsistem
video
dilaksanakan, komputer sama ada mengeluarkan kod ralat atau mesej ralat, bergantung kepada

ROM - BIOS yang digunakan. Kod ralat ini dapat memberikan idea jenis masalah yang komputer

kita hadapi.

Mesej Ralat

Terdapat dua jenis mesej ralat.

Perisian

Mesej perisian dihasilkan oleh sistem operasi atau aplikasi. Mesej terdapat selalunya selepas
anda

boot sistem operasi atau bila anda menjalankan program aplikasi. Jika anda ketemu mesej jenis
ini,

rujuk kepada manual apalikasi atau sistem operasi untuk bantuan.

Sistem

Ralat sistem menunjukan masalah terhadap komputer sendiri. Ia selalunya ditunjukan ketika
POST

(Power-On Self Test), sebelum sistem operasi memaparkan prom.

Disini kita akan fokuskan kepada mesej ralat sistem.

Memperbetulkan Keadaan Ralat

Sebagai peraturan biasa, jika berlaku mesej ralat seperti berikut "Press F1 to continue", ini

disebabkan masalah konfigurasi, yang mana mudah untuk diperbetulkan. Peralatan tidak
berfungsi

selalunya menyebabkan ralat yang teruk seperti kegagalan sistem.

Antara tindakan pembetulan untuk mesej ralat

1.Jalankan set semula. Anda perlu tahu nilai konfigurasi yang betul untuk sistem anda sebelum

memasuki set semula, kerana itu anda perlu tulis konfigurasi yang betul untuk rujukan.

Kesilapan konfigurasi semula merupakan penyebab utama mesej ralat POST, terutama untuk

sistem yang baru.

2.Periksa secara melihat sama ada kipas bekalan kuasa berfungsi. Jika tidak periksa sambungan

kuasa ke unit sistem atau komputer anda.

3.Periksa semua penyambung - penyambung video, penyambung pelabohan selari (paralle port)

atau penyambung rangkaian supaya semuanya dihubung dengan kemas.

Jika anda masih menghadapi masalah, pemeriksaan dalaman adalah perlu.

4.Bukakan penutup unit sistem, ikuti arahan dalam panduan pemasangan. Periksa ‘jumper’

pada papan induk dan papan tambahan di set dengan betul.


4.Jika anda dapat mencapai Cakera Keras yang baru, itu mungkin disebabkan cakera anda

belum lagi di fizikal format. Fizikal format cakera, buatkan ‘partition’, kemudian logikal format

Meningkatkan Keupayaan Komputer

Pemacu Cakera

Tidak kira berapa besar cakera keras pada PC anda sekarang, lama kelamaan anda akan dapati

anda memerlukan tambahan ruang tambahan. Anda boleh samada menukarnya dengan yang
baru

atau menambahkannya dan menggunakan kedua-duanya sekali.

Dalam sistem yang mempunyai dua cakera keras, satu daripadanya adalah disebut 'master' dan
satu

lagi dipanggil 'slave'. Kadangkala kita perlu menukar kedudukan pelompat (jumper) yang terdapat

pada cakera keras. Panduan mengubah pelompat ini selalunya tertulis pada label cakera keras.

Anda mungkin terjumpa dua unit cakera keras yang tidak dapat berkerja/beroperasi serentak, tapi

anda tidak tahu sehinggalah anda mencubanya.

Untuk menukar pemacu cakera keras, mula-mula tanggalkan skru yang mengikatnya dan
kemudian

tanggalkan kabel di belakangnya. Tukar dengan pemacu cakera yang baru dan pasangkan
semula

kabelnya.

Pemacu cakera keras dimasukkan ke dalam ruangnya melalui bahagian sebelah dalam dan
biasanya

anda tidak perlu menanggalkannya rangkanya. Pasangkan skru pada bahagian tepi cakera keras

untuk melekapkan pada tempatnya.

Kebanyakan pemacu cakera keras mempunyai saiz yang sama seperti pemacu cakera liut 3.5
inci.

Jika anda mempunyai pemacu CD-ROM bersaiz 5.25 inci, satu kit pemegang (bracket) adalah

diperlukan.

Anda mungkin tersilap memasang kabel ribon pemacu cakera. Periksa pemacu cakera yang lama

dan catatkan kedudukannya. Biasanya jalur merah pada kabel terletak pada pin no 1 dan pada

cakera keras ianya bersebelahan dengan kabel bekalan kuasa. Kamel disambungkan kepada
soket

Primary IDE (Integrated Drive Electronics) pada papan litar utama atau pada kad I/O.

Kebanyakan PC sekarang boleh mengesan secara automatik kehadiran pemacu cakera keras
yang
baru dipasang dan mengkonfigurasinya selepas anda membut PC. Ia dapat dilaksanakan
sekiranya

anda menggunakan sistem pengoperasian Windows 95. Bagi PC yang agak lama, anda perlu
pergi

ke program BIOS setup dan seterusnya menaipkan bilangan 'head', 'cylinders' dan 'sector'.

Maklumat ini biasanya terdapat pada label pemacu cakera keras baru.

Bagi PC yang sudah agak ketinggalan zaman, ia mungkin tidak lagi serasi dengan pemacu cakera

keras yang baru. Tidak kira berapa besar saiz pemacu cakera keras anda, sistem akan
melihatnya

sebagai 500 MB. Selalunya 'driver' khas akan dibekalkan atau boleh juga dibeli secara berasingan

untuk mengatasi masalah ini. Dua jenis 'driver' yang selalu digunakan ialah 'EZ-Drive' dan 'On-
Track

Disk Manager'.

Selepas anda memasang pemacu cakera keras, anda akan memerlukan disket but (boot disk)
yang

mempunyai utiliti FDISK dan FORMAT. Buat 'partition' pemacu cakera keras menggunakan utiliti

FDISK dan setkan 'Primary Dos Partition'. utiliti ini (FDISK) membolehkan anda

memecah/membahagikan pemacu cakera keras yang besar kepada dua atau lebih bahagian.
Dengan

pemacu cakera keras 3 GB, anda boleh menjadikan pemacu cakera C sebesar 1.5 GB dan
pemacu

cakera D sebesar 1.5 GB.

Selepas melaksanakan FDISK, PC akan dibut semula. Sekarang anda perlu format pemacu
cakera

keras dengan menggunakan disket sistem (gunakan arahan FORMAT C:/S untuk pemacu cakera
C

dan FORMAT D: untuk pemacu cakera D).

Pemproses Mikro (CPU)

Papan litar utama (motherboard) yang baru dengan soket ZIF 7 (ZIF - Zero Insertion Force)

menerima sebarang pemproses Pentium (bukan Pentium II). Jika PC anda telah agak lama, anda

perlu membuat beberapa konfigurasi lain.

Keluarkan penutup unit sistem dan perhatikan dengan teliti bahagian sebelah dalam. Anda akan

nampak CPU, atau sekurang-kurangnya 'heat sink' atau kipas. Lihat samada ianya terletak pada

soket ZIF, iaitu soket segiempat sama berwarna putih dengan lubang-lubang kecil bagi

menempatkan pin yang terdapat pada CPU. Terdapat lengan (lever) kecil di bahagian sebelah tepi

CPU yang digunakan untuk mengetatkan cip ditempatnya.


Soket ZIF 2 dan 3 digunakan pada PC 486 terkemudian (saiznya lebih besar dari cip 486). Ini

adalah untuk memudahkan 'Pentium Overdrive' yang lebih besar dimuatkan ke atasnya. Pentium

'Pentium Overdrive' akan menambahkan kelajuan kepada 63 MHz atau 84 MHz, bergantung

kepada kelajuan papan litar utama (25 MHz atau 33 MHz). Bagaimanapun papan litar utama jenis

ini sukar diperolehi sekarang. Kita perlukan papan litar utama 'Evergreen 586'.

Terdapat cip AMD yang berjalan pada kelajuan 133 MHz tetapi dengan PC 486 yang kita

'upgrade', ianya akan berjalan pada kelajuan 100 MHz.

Soket ZIF 4 digunakan untuk CPU Pentium 60/66 MHz dan ada juga 'Pentium Overdrive'

untuknya. Cip ini akan menambahkan kelajuannya menjadi dua kali ganda (120/133 Mhz)

seterusnya dapat memperbaiki prestasi PC anda.

Overdrive P75 menambahkan kelajuan PC anda kepada P125 daan P90 kepada P150. Apa yang

perlu dilakukan ialah dengan mengangkat lengan soket ZIF, keluarkan cip lama, masukkan
dengan

yang baru dan tekan semula lengan soket. Anda harus memasangnya pada kedudukan yang
betul.

Perhatikan tanda pada pin1 (biasanya bucu yang tidak tajam).

Ingatan Capaian Rawak (RAM)

Menambahkan ingatan kepada PC akan membuatkan Windows berjalan dengan lebih lancar lagi.

SIMM (Single Inline Memory Module) mengandungi cip RAM pada papan litar yang kecil. Pada

papan litar utama PC, terdapat dua atau lebih soket putih yang telah berisi (mungkin telah penuh
atau

mungkin belum) dengan SIMM.

Terdapat dua saiz soket iaitu 30 pin dan 72 pin. SIM boleh diperolehi samada dengan parity atau

'non-parity'. Pastikan jenis yang mana satu digunakan oleh papan litar utama anda dan belilah dari

jenis yang sama.

Buku panduan papan litar utama boleh dirujuk bagi memastikan jenis yang mana satu anda
perlukan.

Jika anda tidak pasti, pembekal RAM akan amemberitahu anda berdasarkan pengeluar dan model

PC.

Papan litar utama yang terkemudian boleh menerima EDO RAM (Extended Data Out), biasanya

lebih mahal atetapi ianya lebih pantas.

SIMM selalunya digunakan secara berpasangan. Jadi untuk lebih selamat, belilah dua atau empat

unit yang sama jenis dan sama saiz. Jika anda mempunyai empat soket SIMM di mana dua

daripadanya telah diisi dengan modul 4 MB setiap satu (jumlahnya 8 MB), belilah dua kepaing lagi
modul 4 MB untuk menjadikannya 16 MB. Anda boleh juga membeli dua keping modul 8 MB

(jumlahnya menjadi 20 MB) atau dua keping modul 16 MB (jumlahnya akan menjadi 40 MB).

Buka penutup unit sistem PC anda dan periksa kedudukan SIMM. Biasanya ia terlindung oleh unit

bekalan kuasa (power supply). Jika anda tidak boleh mencapainya, tanggalkan unit bekalan kuasa

PC anda perlahan-lahan. Untuk mengeluarkan SIMM, tekan klip pada kedua-dua bahagian hujung

soket, condongkan SIMM dan keluarkan perlahan-lahan. Untuk memasukkan SIM pula, masukkan

pada kedudukan condong (lebih kurang 60 darjah) dan kemudian tegakkan sehingga ia terletak

tepat pada tempatnya.

Kebanyakan PC tidak perlu diberitahu berapa banyak RAM anda gunakan. Ia secara automatik

akan mengesannya. Walau bagaimanapun, bagi PC yang telah agak lama, anda harus pergi ke

program CMOS setup (biasanya Advance CMOS Setup) dan 'enable'kan pilihan memori lebih 1

MB.

[ Kembali ke depan ]

Mengenalpasti dan Mengkaji Bahagian-bahagian Utama Komputer

1. Kaji unit bekalan kuasa dan jawab soalan-soalan berikut.

Berapakah jumlah voltan input yang diperlukan oleh unit ini ?

Berapakah kuasa maksimum keluaran (dalam watt) bagi unit ini ?

Berapa jenis penyambung wayar yang ada padanya ? Terangkah fungsi setiap jenis

penyambung itu.

Nyatakan panduan-panduan untuk memasang kabel bekalan kuasa ke pemacu cakera

liut/keras dan papan utama.

Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan unit ini daripada rosak.

2. Kaji pemacu cakera liut dan pemacu cakera keras serta kabel-kabel yang disambung padanya.

Berapakah voltan bagi kedua-dua jenis pemacu cakera ini ?

Apakah perbezaan antara kabel data pemacu cakera liut dan pemacu cakera keras ?

Bagaimanakah cara memasang kabel data bagi kedua-dua pemacu cakera tersebut ?

Huraikan cara mengenalpasti pemacu cakera liut A dan pemacu cakera liut B dengan

memerhati cara kabel data yang dipasang kepadanya.

Kenalpasti lokasi kepala baca tulis pada pemacu cakera liut. Bagaimanakah cara mencucinya

Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi menjaga keselamatan pemacu

cakera keras ?
3. Kaji kad-kad tambahan (expansion slot) yang terpasang pada papan utama (motherboard).

Berapakah jumlah kad yang terpasang padanya ? Huraikan fungsi setiap jenis kad tersebut.

Apakah jenis rekabentuk kad-kad tersebut (ISA/VESA/PCI) ?

Periksa kad di mana kabel data dari pemacu cakera liut dan pemacu cakera keras dipasang

padanya. Terangkan cara yang betul untuk memasang kabel data pada kad tersebut.

4. Kenalpasti jenis-jenis pelabuhan (port) yang yang terdapat dan huraikan fungsi-fungsinya.

5. Kenalpasti jenis pemproses yang terpasang pada papan utama (motherboard). Nyatakan jenis,

pembuat dan kelajuannya (dalam MHz).

6. Berapakah jumlah ingatan utama (RAM) yang terdapat pada komputer tersebut ?

Apakah jenis kombinasi yang digunakan ?

Berapakah kelajuan cip RAM tersebut?

Bolehkah jumlah RAM ditambah lagi ? Jika boleh, nyatakan kombinasi-kombinasi yang boleh

digunakan dan jumlah maksimum yang boleh dipasang.

7. Adakah ingatan cache luaran dipasang ?

Jika ada, berapakah jumlah ingatannya ?

Nyatakan fungsinya

8. Kenalpasti cip ROM BIOS.

Berapakah jumlah cip ROM BIOS yang dipasang ?

Apakah jenama atau pembuat cip tersebut ?

Nyatakan fungsi-fungsinya.

9. Kenalpasti cip RAM CMOS yang digunakan.

Apakah fungsinya ?

Bagaimanakah RAM CMOS dapat mengekalkan maklumat yang ada di dalamnya ?

10. Kenalpasti kristal-kristal yang terdapat pada papan ibu dan catatkan kelajuannya.

11. Kenalpasti bateri yang terpasang pada papan utama.

Apakah jenis bateri tersebut ?

Berapakah jumlah voltan yang dibekalkan ?

Apakah fungsinya ?

12. Kenalpasti bas-bas yang terdapat pada papan utama.

Berapakah jumlah bas yang terpasang ?

Apakah jenis-jenisnya ?

13. Adakah terdapat pelompat (jumper) pada papan ibu ?


Berapakah jumlahnya (jumper biasanya dilabel sebagai J1, J2, J3 ......) ?

Apakah fungsinya ?

Pengurusan Cakera Keras

Apa itu Cakera Keras?

Sebuah cakera keras mengandungi dua atau lebih kepingan bulat (platters) dimuatkan ke dalam

sebuah kotak yang kedap udara (sealed case). Cakera keras seperti juga cakera liut, mempunyai

sepasang atau beberapa pasang kepala baca-tulis yang direkabentuk khas supaya dapat
membaca

data yang terakam di atas media storan. Bagi cakera keras, media storan adalah salutan logam

magnetik di atas permukaan kepingan-kepingan cakera.

Cakera keras dapat menyediakan ruang storan dan kepantasan yang lebih berbanding dengan

cakera liut. Oleh kerana cakera keras adalah rigid, kepala-kepala baca-tulisnya adalah lebih
hampir

ke permukaan cakera tanpa mengakibatkan kerosakan kepada cakera. Ini juga membolehkan

kepala-kepala baca-tulisnya dapat membuat tanda megnetik di permukaan cakera dengan lebih

tepat (precise), seterusnya menyimpan lebih banyak data pada setiap kepingan cakera.
Tambahan

lagi cakera keras berputar dengan kelajuan sepuluh kali ganda kelajuan cakera litu. Oleh itu,

komputer akan membaca dan menulis data dengan lebih pantas.

Setiap permukaan kepingan-kepingan cakera disalut dengan logam aloi magnetik. Tebal salutan
aloi

magnetik ini adalah lebih kurang 3/1,000,000 inci.

Bahagian-bahagian cakera keras.

Sebuah cakera keras terdiri daripada kepala baca-tulis, lengan penghimpunan capaian (head

actuator arm), pengawal cakera keras (controllers), kabel penghubung, jumper pilih pemacu (drive

select jumpers), perintang penamatan (terminating resistors), papan litar bercetak, penyambung
data

dan penyambung bekalan kuasa.

Bagaimana cakera keras beroperasi

 
Storan data ke dalam cakera keras adalah sama dengan setoran data ke dalam cakera liut. Bagi

kedua-duanya, data disimpan di dalam bulatan concentric yang dipanggil trek. Setiap trek

mengandungi beberapa sektor. Apabila kita memformat cakera keras atau cakera litu, kita

sebenarnya mengarahkan komputer untuk menyediakan trek-trek dan menyediakan sektor-sektor

pada setiap trek. Pada amnya setiap sektor boleh menyimpan maklumat sebanyak 512 bait atau

persamaan 512 aksara.

Skema mengkod (encoding schemes)

Terdapat dua skima mengkod bagi storan data pada cakera keras. Pertama ialah MFM (Modified

Frequency Modulation) dan kedua, RLL (Run Length Limited). Skima MFM, pernah digunakan

dengan meluas tetapi telah diambilalih oleh skima kedua RLL. MFM biasanya mempunyai 17
sektor

setiap trek yang mempunyai 512 bait setiap sektor. Keupayaan setoran maksimum ialah 80 MB
dan

masa capaiannya (access time) pula ialah 28 ms (milisecond). Sistem mengkod RLL boleh

menyimpan lebih banyak data dengan mempunyai lebih sektor setiap trek iaitu lebih dari 25
sektor.

Masa capaiannya pula adalah 28 ms juga.

Di bahagian bawah cakera keras terdapat papan litar bercetak (PCB) yang juga dikenali sebagai

papan logik. Ia menerima arahan dari pengawal cakera keras (HD controller) yang dikawal oleh

sistem pengoperasian komputer. Ia menukar arahan dari pengawal kepada turun naik voltan yang

menggerakkan lengan penghimpun capaian dan kepala baca-tulis merentas permukaan kepingan

cakera. Ia juga memastikan cakera berputar pada kelajuan yang tetap, kira-kira 3000 pusingan se

minit, dan memberitahu kepala baca-tulis bila nak baca dan bila nak rakam data.

Lengan penghubung capaian dan kepala baca-tulis bergerak merentas permukaan

kepingan-kepingan cakera sambil menjajarkan kepala dengan trek-trek yang terdapat pada cakera

dengan ketepatan yang tinggi. Kepala baca-tulis merakam data yang datang dari pengawal cakera

keras dengan menjajarkan partikel magnetik ke permukaan kepingan-kepingan cakera samada

positif atau negatif. dan membaca data di permukaan kepingan-kepingan cakera dengan
mengesan

partikel magnetik yang terdapat di permukaan kepingan-kepingan cakera samada positif atau

negatif.

Apabila perisian anda (Microsofr Word atau Lotus dll.) memberitahu sistem operasi supaya

membaca atau menyimpan sebuah fail, sistem operasi akan mengarahkan pengawal cakera keras
menggerakkan kepala baca-tulis ke jadual pembahagian fail (FAT) pada cakera. Sistem operasi

akan membaca meklumat pada FAT untuk menentukan pada kelompok (cluster) manakah fail itu

bermula, atau bahagian manakah cakera yang masaih kosong untuk menyimpan fail baru anda.

Sebuah fail mungkin tersebar ke marata-rata kelompok cakera di beberapa kepingan-kepingan

cakera. Sistem operasi akan menyimpan maklumat penghubung (link) antara kelompok pada

tiap-tiap kelompok pertama yang digunakan oleh fail itu. Maklumat penghubung ini akan disimpan

semula di FAT. Malah maklumat semua fail yang terkandung di dalam cakera dan di mana ia

tersusun mengikut kelompok di cakera, ada tersimpan di dalam FAT.

Pengawal Cakera Keras (HD Controllers)

Sebuah cakera keras atau cakera liut, tidak boleh beroperasi bersendirian. Ia mendapat arahan
dari

pengawal cakera keras. Pengawal cakera keras pula terbahagi kepada 3 bentuk, iaitu, tersendiri

(stand alone), bergabung (combined) dan bersepadu (integrated). Pengawal tersendiri mempunyai

pengawal yang berasingan antara cakera-cakera liut dan cakera keras. Pengawal bergabung

mengawal kedua-dua jenis pemacu cakera keras dan liut. Sementara rekabentuk pengawal

bersepadu pula, menggabungkan fungsi pengawal cakera keras dan liut ke dalam papan induk.
Kad

pengawal cakera keras dan liut yang lebih moden menggabungkan pelabuhan-pelabuhan untuk
serial,

selari dan ‘game’ secara bersepadu. Pengawal ini dikenali sebagai ‘multi I/O card’.

Fungsi Pengawal Cakera Keras

Pengawal cakera keras melaksanakan dua fungsi:

1.Memberi arahan ke cakera keras

2.Memindahkan data secara dua hala antara sistem komputer dan cakera keras.

Untuk mendapatkan prestasi maksimum sesebuah cakera keras, anda perlulah mempunayi
pengawal

yang serasi dengan keupayaan dan kepantasan cakera keras anda. Keserasian antara jenis-jenis

pengawal caker keras dengan jenis-jenis cakera keras perlu ada. Di bawah ini adalah beberapa
jenis

pengawal cakera keras.


 

Pengawal ST-506/412

Yang terawal, disambung ke cakera keras dengan kabel kawal sebanyak 34 dawai dan kabel data

sebanyak 20 dawai. Cakera keras yang menggunakan pengawal ini pada amnya adalah
berkapasiti

40 MB, sementara ada juga beberapa yang boleh sampai 80 hingga 120 MB dengan kada

pemindahan data 1 MB se saat. Pengawal jenis ini telah diatasi oleh pemacu-pemacu IDE dan

SCSI.

Pengawal ESDI

Pengawal ‘Enhanced Small Device Interface (ESDI di sebut EZ-dee) telah direkabentuk bagi

mengendalikan kapasiti dan prestasi yang lebih tinggi. Ia masih menggunakan kabel kewalan

sebanyak 34 dawai dan kabel data sebanyak 20 dawai. Pengawal ESDI yang awal menawarkan
70

MB dengan kadar pemindahan data sebanyak 2.5 MB se saat. Model-model yang terakhir

menawarkan ruang cakera keras sehingga 1 GB dengan kadar pemindahan data 10 MB se saat.

Pengawal IDE

Pengawal IDE atau ‘Integrated Drive Electronics’ adalah perluasan dari antara muka ST506/412,

dan litar pengawalnya termuat pada pemacu cakera keras itu sendiri. Satu kad adapter IDE
terbina

tersu di dalam papan induknya dan tidak memerlukan kad adapter. kapasiti masimumnya ialah
540

MB. Walau bagaimana pun, jenis terbaruyang dikenali sebagai ‘Extended IDE’ menawarkan ruang

cakera sehingga 1.9 GB dengan kadar pemindahan data 4-8 MB se saat.

Pengawal SCSI

Pengawal SCSI atau ‘Small Computer Interface Controllers’ adalah terbaik untuk server network,

‘workstations’ dan sistem-sistem yang lebih tinggi yang lain, di mana anda perlu masa capaian
yang

lebih tinggi yang lain, di mana anda perlu mencapai beberapa pemacu dan peranti pada masa
yang

sama.

Anda boleh menyambung sehingga 7 peranti SCSI (tidak termasuk ia sendiri) seperti ‘backup
tape’,

pengimbas, pemacu cakera padat, Cakera Optik dan ‘extended hard drive’ kepada satu SCSI

‘host’ yang boleh dipasang ke slot tambahan (expansion slot). Pada masa ini pemacu SCSI
adalah
yang terpantas dan menawarkan kapasiti ruang yang tertinggi sehingga 7 GB dengan kadar

pemindahan data 5 MB se saat. Sistem penghujung tertinggi (High end systems) boleh mencapai

sehingga 40 MB se saat

Menyediakan Sebuah Cakera Keras

Komputer XT menyimpan maklumat mengenai geometri cakera kerasnya di dalam ROM yang

terdapat pada kad pengewal cakera keras. Biasanya apabila anda membeli sebuah cakera keras,

anda akan mendapat atau membeli kad pengawalnya sekali. Jangan dipisahkan cakera keras
dengan

kad pengawalnya apabila anda memasang cakera keras anda. Jika anda menukar cakera keras.

anda perlu memformat cakera keras anda dahulu, sebelum cakera keras itu dapat digunakan.

Komputer AT menyimpan maklumat mengenai geometri cakera kerasnya di dalam BIOS ROM

yang terdapat pada papan induknya. Maklumat cakera keras tidak terdapat pada kad
pengawalnya.

Program setup BIOS ROM akan memberi anda pilihan untuk memilih jenis cakera keras yang
anda

pasang. Biasanya BIOS ROM komputer AT, menyokong 47 jenis cakera keras. Ini bermakna,

cakera keras komputer adalah berlainan dari satu dengan yang lain. Oleh yang demikian, anda
perlu

mengambiltahu tentang ciri-ciri cakera keras yang anda pasang.

Kebanyakan cakera keras dibekalkan bersama-sama dengan maklumat-maklumat tentang

ciri-cirinya. Di antara ciri-ciri penting sebuah cakera keras ialah. ‘setting’ jumpernya, bilangan
kepala

baca-tulisnya, bilangan silindernya, bilangan sektor setiap trek dan maklumat-maklumat lain
seperti

trek rosak, atau ralat yang terdapat pada cakera keras tersebut. Jika BIOS tidak mengandungi

maklumat tepat tentang sesebuah cakera keras, pilihlah maklumat atau spesifikasi yang paling

hampir, tetapi tidak melebihi dari spesifikasi sebenar cakera keras itu. Jika spesifikasi yang anda
pilih

adalah salah, maka cakera keras anda tidak akan berfungsi. Versi BIOS yang terbaru
membenarkan

pengguna memasukkan sendiri maklumat-maklumat cakera keras tertentu.

Memformat aras-rendah.

Selepas pemasangan cakera keras dan kabel-kabel penghubungnya, dan selepas menyelaraskan

spesifikasi atau konfigurasi cakera keras dengan BIOS ROM komputer, apa yang perlu anda buat
ialah memformat aras-rendah atau ‘low-level formatting’.

Format aras rendah akan menyediakan cakera keras untuk menerima sistem operasi komputer

seperti DOS. Format akan meletakkan tanda-tanda magnetik pada permukaan kepingan cakera

supaya pengawal dapat mencari tempat untuk membaca dan menulis data.

Sebelum melakukan format aras-rendah, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian.

Pengawal ST-506/412 dan juga pemacu ESDI hendaklah di format aras-rendah dengan

menggunakan rutin pemasangan yang disediakan bersama dengan cakera keras atau

pengawal. Kebanyakan pemacu SCSI dan IDE telah diformat dari kilang. Oleh itu jangan

memformat aras-rendah pemacu cakera keras IDE, kecuali ada arahan melakukannya. Jika

dilakukan juga format aras rendah, cakera keras itu akan rosak dan tidak boleh digunakan

lagi.

Jika melakukan format aras rendah ke atas cakera keras RLL, pastikan anda menggunakan

perisian yang menghasilkan pengkodan RLL dan bukannya pengkoding MFM.

Memformat aras rendah, dilakukan samada dengan program penyediaan cakera keras yang

dibekalkan bersama dengan cakera keras tersebut, atau dengan program yang hampir sama,

yang terdapat pada BIOS ROM sesebuah komputer itu atau bagi cakera keras SCSI,

terdapat BIOS ROM-nya sendiri. Format aras rendah juga boleh dilakukan oleh program

khas penyediaan dan pengurusan cakera keras. (Hard Disk Management Utility). Walau

bagaimana pun, adalah baik menggunakan program yang terdapat pada BIOS ROM

komputer itu sendiri bagi melakukan pengurusan cakera keras.

Mempartisi cakera keras.

‘Partitioning’ atau membahagikan cakera keras boleh dilakukan dengan menggunakan program

FDISK yang dibekalkan bersama DOS, atau boleh juga dilakukan dengan perisian utiliti yang lain

yang sesuai. Terdapat dua jenis ‘partitioning’, iaitu, asas dan lanjutan (primary and extended

partitioning). DOS mestilah dimasukkan ke dalam ‘partition’ asas (primary) dan menjadikan ia

‘partition’ yang aktif. Bagi DOS 5.0 ke atas, sebuah partition asas boleh dijadikan 2 GB.

‘Partition’ lanjutan pula boleh mengambil baki ruang yang ada. Walau bagaimana pun, ‘partition’

lanjutan, boleh dibahagikan kepada lebih dari dua bahagian, dan dikenali sebagai pemacu-
pemacu

logikal dengan nama D, E, F dan seterusnya. Pemacu-pemacu logikal adalah sebenarnya

pembahagian cakera keras yang sama, yang boleh dianggap sebagai cakera-cakera keras yang
berasingan. Setiap pemacu logikal mempunyai nama huruf yang berbeza dan FAT dan direktori
akar

(Root Directory) yang tersendiri.

Sektor pertama pada cakera keras, iaitu, silinder 0, kepala 0, sektor 1, dikenali sebagai ‘Master

Boot Record’ (MBR) atau jadual partisi (partition table). Ia mengandungi jadual data yang

menunjukkan kawasan-kawasan yang diagihkan kepada partisi-partisi yang ada pada cakera
keras.

Ia juga mengandungi program yang membaca jadual data itu, pergi ke partisi yang betul dan ‘load’

satu lagi sektor but, dari permulaan partisi tersebut.

Format Aras Tinggi (High level formatting)

Program FORMAT dalam DOS, akan membentuk struktur penyokong kepada cakera keras,

supaya fail-fail dapat ditulis padanya secara automatik. Oleh itu format aras tinggi sebenarnya,

menyediakan cakera keras bagi kegunaan DOS, yang mencipta pembahagian-pembahagian kecil
di

dalam setiap partisi. Format aras tinggi membahagikan setiap partisi kepada:

Sektor But (Boot Sector)

Jadual Pembahagian Fail (File Allocation Table)

Direktori Akar (Root Directory)

Kawasan Data (Data Area)

Sektor but adalah sektor pertama di dalam pemacu logikal DOS atau volum (Silinder 0, head 1,

sektor 1) dan ia mengandungi ‘Dos Boot Record’ (DBR). DBR adalah program yang akan ‘load’

atau mulakan sistem operasi dan juga mengandungi jadual data mengenai maklumat kritikal
tentang

sesebuah partition itu.

Nisbah ‘interleave’ (interleave ratios)

Apabila kepala baca-tulis membaca data dari sesuatu sektor dari cakera, kepala baca-tulis akan

memindahkan data tersebut ke pengawal. Kemudin pengawal akan memindahkan data tersebut
ke

penimbal (buffer) di dalam RAM komputer. Semasa pemindahan data ini berlaku, kepala baca-
tulis

tidak dapat membaca atau menulis data dari atau ke cakera, tetapi kepingan cakera masih
berputar.
Di kebanyakan komputer, putaran cakera adalah terlalu cepat bagi pengawal untuk memindahkan

data-data ke RAM. Pada masa ia bersedia untuk membaca atau menulis data ke sektor
berikutnya,

sektor itu telah pun terlepas. Oleh kerana kepala baca-tulis membaca data secara turutan, maka
ia

terpaksa menunggu putaran kedua cakera bagi membaca sektor tersebut. Satu cara yang lebih

berkesan bagi mengatasi masalah ini ialah, menyusun sektor secara berselang-seli, seperti

1-10-2-11-3-12-4-13-5-14-6-15-7-16-8-17-9-1 bagi sektor yang berjumlah 17. Susunan ini

dekenali sebagai nisbah ‘interleave’ (interleave ratios).

[ Kembali ke laman depan ]

Pemasangan Kad Tambahan Dan Konfigurasi

Suis DIP dan jumpers.

Adapter dan papan ibu (motherboard) biasanya memerlukan konfigurasi sebelum anda
memasang

kad-kad tambahan. Proses konfigurasi termasuk set suiz-suiz kecil yang dipanggil suiz DIP

(Dual-In-line-Package). Setiap suiz individu DIP mempunyai dua kedudukan iaitu "On" dan "Off".

Biasanya anda perlu set pilihan suiz di kad adapter untuk menkonfigurasi beberapa pilihan.

Terdapat juga adatper yang mempunyai jumper. Jumper ialah satu plug kecil bersegi empat yang

boleh dipasang di pin-pin. Apabila jumper dipasang di pin, ia akan membuat sambungan elektrik di

antara dua pin.

Seperti juga suiz DIP, manual pemasangan untuk sesuatu peranti akan memberikan satu jadual
atau

keterangan mengenai pin mana yang perlu set jumper untuk sesuatu opsyen.

Penyambungan Kabel-Kabel

Kebanyakan adapter memerlukan anda menyambung peranti lain ke adapter ini dengan

menggunakan kabel. Kabel-kabel ini nipis dan leper yang dibuat daripada beberapa wayar
berbalut

yang menjadikan seperti ribon.Wayar di satu tepi biasanya berwarna merah. Sebelah berwarna ini

hendaklah disambungkan ke pin nombor satu di sambungan adapter. Sambungan di adapter


biasanya mempunyai nombor 1 dicetak di papan untuk menunjukkan kedudukan pin 1.

Penetapan IRQ

Setengah adapater memerlukan penetapan IRQ (Interrupt Request Line). Apabila adapater perlu

perhatian CPU, ia akan memberi signal kepada CPU dengan menggunakan satu daripada talian

IRQ. Setiap talian IRQ dikenalpasti dengan satu nombor. Setiap peranti perlu ada IRQ nya

tersendiri. Pengecualian ialah kepada sistem bus EISA dan MCA yang membenarkan peranti

berkongsi talian IRQ. Apabila anda memasang peranti baru, anda boleh semak IRQ yang masih
ada

dengan menggunakan perisian utiliti seperti QAPLUS. Berikut ialah contoh penetapan IRQ

Kebanyakan adapter memberikan jumper untuk anda konfigur penetapan IRQ. Bagaimana pun
ada

setengah adapater membekalkan program untuk konfigur IRQ. Selalunya semak manual yang

dibekalkan.

Penetapan DMA.

Setengah peranti seperti kad suara dan pemacu CD-ROM perlu mencapai ingatan. Mereka

melakukan dengan membuat pemintaan kepada CPU dan CPU kemudiannya menulis ke ingatan

untuk peranti ini. Menyuruh CPU melakukan semua capaian ingatan akan melambatkan
keseluruhan

sistem, terutamanya peranti seperti kad suara. Dalam keadaan ini, DMA boleh menyelamat.

Terdapat beberapa saluran DMA di dalam komputer di mana peranti boleh guna untuk menulis
terus

ke ingatan, tanpa melalui CPU. Berikut ialah contoh beberapa saluran DMA.

Setengah saluran DMA digunakan oleh sistem. Saluran DMA seperti juga penetapan IRQ,

memerlukan konfigurasi jumpers, suiz DIP atau menjalankan perisian yang datang bersama
peranti.

Alamat Asas Input Output.

Terdapat satu julat alamat ingatan di dalam komputer yang dikhaskan kepada I/O di antara
beberapa peranti di dalam PC dan CPU. Peranti menggunakan alamat ini untuk berkomunikasi

dengan CPU dan sebaliknya. Apabila anda membuat konfigurasi sesuatu adapter ianya
memerlukan

penetapan alamat I/O.

Oleh itu anda perlu tetap satu alamat kepadanya yang tidak digunakan oleh peranti lain.
Contohnya

adapter multifungsi (Multi I/O card) mempunyai port komunikasi berikut: serial port yang dilabel

sebagai COM1 dan COM2., port LPT (Line Printer) dan port permainan (untuk kayu ria). Port

serial COM1 selalunya diberikan alamat 3F8 hingga 3FF. Port LPT juga memerlukan penetapan

IRQ dan alamat asas I/O.

COM Port

Alamat asas I/O

IRQ

COM1

03F8

COM2

02f8

Memasang Pemacu CD-ROM.

Terdapat beberapa pekej multimedia di pasaran sekarang ini. Untuk memasang pemacu CD-ROM

sila ikut langkah berikut:

Pasang pemacu ke komputer

Sambungkan punca kuasa

Sambungkan kabel antaramuka dari pemacu ke adapter.

Sekiranya sistem termasuk kad suara, sambung kabel audio di antara pemacu cd-rom dengan

kad suara.

Prosedur yang anda guna untuk memasang driver cd-rom berbeza bergantung kepada jenis

adapter dan kad suara.


Semak manual adapter dan cakera untuk menentukan bagaimana hendak memasang driver.

Selain daripada driver peranti, anda perlu fail mscdex.exe. Fail ini membenarkan dos

mengenali pemacu cd-rom.

Memasang Modem.

Fungsi utama modem ialah menukar data siri yang datang dari satu komputer ke satu signal yang

boleh disambungkan ke talian telefon ke komputer lain. Modem berfungsi sebagai terjemah yang

membolehkan komputer anda berkomunikasi dengan komputer lain melalui talian telefon. Anda
juga

perlu perisian komunikasi untuk mengawal modem dan memberikan sokongan untuk fungsi-fungsi

seperti pindahan fail yang membolehkan anda menghantar dan menerima fail. Fax-moderm
berfungsi

seperti modem tetapi ianya mempunyai keupayaan menerima dan menghantar faks.

Berikut adalah panduan semasa memasang fax-modem:

Pastikan anda tidak menggunakan port COM yang telah digunakan.

Pastikan modem anda menggunakan port COM yang tidak berkongsi talian IRQ dengan

peranti lain.

Semak sama ada perisian anda di konfigurasi untuk port COM yang sama dengan port

fax-modem disambungkan.

Semak sambungan untuk memastikan bahawa talian telefon disambungkan dengan betul.

[ Kembali ke laman depan ]

Amalan Pencegahan Kerosakan PC

Seperti lain-lain peralatan elektronik komputer pun boleh digunakan untuk jangka masa yang lama

dan berpanjangan.Tetapi dalam keadaan yang tertentu ia pun boleh menjadi rosak.Perkakasan

komputer tidak terbakar dan meletup.Kesilapan penggunaan dan keadaan alam sekitar boleh

menyebabkan komputer mengalami kerosakan.Kalau kita sentiasa memberi perhatian terhadap

perjalanan komputer kita dari segi pengoperasian dan pengendalian maka komputer kita akan

terpelihara dan jangka hayatnya akan berpanjangan.

Faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan

1.Suhu yang berlebihan


2.Habuk dan debu

3.Gangguan bunyi

4.Masalah bekalan kuasa

5.Karat

6.Medan Magnet

Suhu yang tinggi

Cip dan komponen lain adalah sensitif kepada suhu yang tinggi.Semasa operasi biasanya PC

mengeluarkan suhu.Haba mendatangkan masalah apabila kita mula menambah add-on cards

Tindakan-tindakan berikut boleh membantu kita dalam mencegah kerosakan berkaian dengan
suhu.

Perbetulkan atau kemaskan semula kedudukan cip pada soket sekiranya terdapat gangguan

berkala.(intermitent disturbance)

Pastikan keadaan peredaran udara dalam CPU baik.

Pastikan sistem bebas daripada habuk.

Pastikan kipas-kipas penyejuk berjalan dengan baik misalnya kipas bekalan kuasa dan kipas

penyejuk mikro-pemproses.

Simpan cakera pada tempat yang suhunya kering dan dingin .

Sentiasa servis PC anda.

Habuk dan Debu

Caj elektrik statik didalam komputer dan monitor boleh memerangkap habuk dan

debu.Pengumpulan habuk tadi boleh bertindak sebagai insulasi dan mencegah pemindahan haba

semasa operasi komputer.Peralatan yang selalu berkaitan dengan habuk ialah pemacu dan

pencetak.Ruang diantara kepala dan cakera adalah sempit dan habuk dianggap sebagai
penyebab

utama kepada kerosakan atau kegagalan pemacu beroperasi.

Gangguan Bunyi

Komputer dan perkakasan lain adalah sensitif kepada gangguan bunyi dan memberi kesan

buruk.Bunyi boleh dianggapkan sebagai perubahan mengejut dan tidak disangka-sangka yang

berlaku kepada perjalanan voltan, arus, data dan suara. Ia boleh terjadi akibat denyutan tenaga

secara tiba-tiba.

Cara-cara berkesan untuk mencegah atau mengurangkan gejala diatas

Penapisan(Filtering)
Perlindungan (Shielding)

Baiki pendawaian

Baiki jenis komponen dalaman.

Masalah Talian Bekalan Kuasa

Faktor environment yang utama untuk melicinkan perjalan sistem komputer ialah bekalan kuasa
yang

baik dan bersih.PCs adalah sensisitif dengan bekalan kuasa jika dibandingkan dengan
perkakasan

letrik yang lain.

Empat jenis masalah bekalan kuasa.

Spikes. Kejadian kelebihan voltan kurang daripada satu milisaat

Surge. Kejadiankelebihan voltan beberapa milisaat atau lebih.

Brown outs. Keadaan ini berlaku apabila kurang voltan yang dihantar kepada komponen

tertentu saperti chips dan lain-lain komponen.Penurunan kuasa berlaku apabila kita

menggunakan komputer berdekatan dengan peralatan letrik yang besar saperi pendingin

uadara ,pengisar berat dan .Berlaku juaga pada tempat yang berdekatan dengan kerja-kerja

pengimpalan.Keadaan ini boleh diatasi dengan menggunakan alat penyetabil voltan yang

otomatik atau manual.

Black Out. Keadaan ini berlaku apabila bekalan kuasa terputus terus akibat petir dan guruh

atau ribut yang kuat.Pengguna dinasihatkan supaya menanggalkan plug dari bekalan kuasa

apabila komputer tidak digunakan.Juga boleh menggunakan alat pelindungan atau pemutus

litar dari kedai-kedai tempatan.

Karat

Karat boleh berlaku pada pin,kabel,soket dan akad anataramuka (interface kad). Perkakasan ini

disaluti oleh loagam yang mana lama kelamaan akan gugur dimakan karat.Kawasan yang mudah

dihinggapi karat ialah kawasan tepi laut atau di kawasan yang sentiasa hujan. PCB yang
mempunyai

karat mudah terputus saluran atau trek perjalanan arus letrik atau isyarat(signal).

Gegaran

Elakkan daripada berlaku gegaran semasa komputer sedang beroperasi.Perkakasan mudah


rosak
akibat gegaran ialah pemacu dan cakera keras.Semasa gegaran ajarum atau head pada cakera
keras

akan mengguris cakera dan mengakibatkan kehilangan data secara berkekalan.Juga boleh

mengakibatkan bad sector dan FAT bad.

Serangan Virus

Kehadiran virus boleh terjadi dalam fail atau memory.Sekiranya serangan virus yang terlalu serius
ia

boleh mengakibatkan kerosakan hard disk atau memory chips.

Panduan/Nasihat Kearah Kesempurnaan Penyenggaraan

1.Sentiasa simpan satu set disket sistem yang boleh bot komputer.Disket ini mengandungi versi

Dos yang sama dengan dos yang ada dalam komputer yang disimpan dalam cakera

keras.Juga perlu sediakan beberapa driver yang boleh menjalankan peranti dan lain-lain

komponen.

2.Sentiasa back up sistem.

3.Ujudkan sebuah perpustakaan peribadi yang mengandungi dokumen mengenai perisian dan

perkakasan yang relevan dengan program komputer anda.(Panduan pemasangan .manual dan

booklets)

4.Pastikan sistem anda sentiasa bersih.

Tudung peralatan sekiranya tidak digunakan.

Prosedur Servis Sebuah Komputer

1.Periksa PC anda.Periksa semua komponen dan perkakasan dengan menggunakan perisian

tertentu misalnya Qaplus atau Norton Disk Doctor.

2.Periksa cakera keras sama ada terdapat bad sectors.Mulakan daripada CMOS Setup untuk

menentukan keserasian infomasi mengenai cakera keras saperti bilangan head,sector dan

lain-lain.

 
3.Periksa sama ada mesin disambungkan dengan sistem network saperti LAN dan WAN atau

internet.

4.Jalankan servis.

[Kembali ke laman depan]

Virus

Virus komputer adalah program komputer - tidak lebih dan tidak kurang. Virus komputer tidak

timbul secara "ajaib", ia ditulis oleh seseorang dengan maksud tertentu. Virus komputer berupaya

merebak dan menjangkiti program lain pada sistem komputer. Untuk mencegah komputer
daripada

dijangkiti oleh virus, adalah lebih baik jika kita mengetahui bagaimana virus bekerja.

Biasanya virus komputer adalah tersembunyi (hidden). Program aplikasi yang dijangkiti virus
adalah

salah satu cara utama virus komputer merebak. Setiap kali program dilaksanakan, program virus

juga dilaksanakan. Virus kemudiannya melakukan replikasi dan merebak serta menganggu sistem

seperti memaparkan mesej, memberhentikan atau melemahkan operasi komputer, memformat

cakera keras, merosakkan fail sistem & fail aplikasi dan sebagainya.

Jika Program aplikasi yang terinfeksi dipindahkan kepada komputer lain, komputer tersebut boleh

dijangkiti virus.

Bagaimana Virus Memasuki Sistem Komputer Anda

Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara :

1.Melalui salinan program atau fail dari cakera

2.Melalui proses "replikasi" virus itu sendiri.

Komputer yang dilengkapi dengan modem boleh dihubungkan dengan komputer lain. Virus boleh

memasuki komputer anda melalui proses muat-turun (downloading). Banyak virus komputer

menyerang fail .EXE dan .COM. Ini menyebabkan pembesaran saiz fail dan seterusnya

mengubahsuai fail tersebut. Terdapat juga virus yang menyerang fail dokumen, kadang-kadang

dipanggil juga virus makro.


Satu cara lagi virus komputer merebak adalah melalui sektor but (boot sector) cakera. Apabila
virus

menyerang sektor but, ia dapat mengawal komputer setelah komputer di aktifkan.

Cara mengatasi masalah virus komputer

Kaedah Pertahanan/Pencegahan.

Masukkan perisian anti virus jenis TSR (aktif selepas proses but dan kekal dalam ingatan).

Contohnya ARMOUR, DR SOLOMON, PC-CILLIN dan sebagainya. Dengan cara ini ,

virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali cakera di akses.

Mengimbas (scan) setiap cakera/disket yang hendak digunakan.

Mengimbas (scan) fail-fail yang dimuat-turun (download) dari internet.

Melakukan lindung tulis (write protect) bagi disket-disket sistem.

Melakukan attribut baca sahaja (read only) bagi fail-fail yang penting

Kaedah Pemulihan.

Offkan komputer anda untuk sekurang-kurangnya untuk selama 5 minit, kemudian but semula

(dari pemacu cakera A) dengan menggunakan disket sistem yang ‘bersih’ dan

‘write-protected’.

Dalam setengah-setengah kes, mematikan suis komputer tidak akan menghilangkan ingatan

komputer. Dengan but panas (Ctrl +Alt+Del) selalunya tidak akan menghilangkan virus dari

ingatan. Setengah virus menggunakan but panas ini sebagai cara untuk merebak atau

melakukan aksi lain.

Laksanakan perisian anti virus versi terbaru, untuk mengesan dan mengenalpasti fail yang

terinfeksi. Adalah lebih baik jika kita mempunyai disket sistem yang bersih dengan perisian

anti virus yang sedia ada di dalamnya.

Selepas menghapuskan dan membersihkan program yang dijangkiti virus, offkan kembali

komputer.

Onkan komputer dan laksanakan perisian antivirus untuk memastikan ianya bersih dari virus.

Pastikan guna setting yang membenarkan semua fail binari dapat diperiksa, bukan hanya

program aplikasi.

 
[ Kembali ke laman depan ]

Cakera Keras (Hard Disk)

Memuatkan Pemacu Cakera Keras

Kabel berbentuk ribbon dan penyambung bekalan kuasa disambungkan kepada cakera keras.

Sebelum installation, tentukan cakera yang mana satu digunakan untuk but. Cakera but akan

disambungkan kepada primary hard disk controller.

Ubahkan jumper pada cakera keras untuk menjadikannya MASTER atau PRIMARY.

Banyak cakera keras baru menggunakan label MA, SL, dan CS – pilih pin MA.

Cakera kerass kedua akan dikonfigurasi sebagai pemacu SLAVE atau SECONDARY.

Pilih jumper SL pins pada cakera keras ini.

Setelah selesai, pemacu cakera boleh disambungkan dengan menggunakan kabel ribbon 40 pin
dan

seterusnya sambungkan kabel bekalan kuasa.

Tip: Pin 1 pada kabel ribbon mestilah bersebelahan dengan kabel bekalan kuasa.

Menyediakan cakera keras boleh but (bootable).

Beberapa tahun dulu semasa DOS 3.X, partisi cakera keras mempunyai nilai maksimum 32 MB.

Satu lagi masalah utama ialah cakera keras yang melebihi 512 MB di mana driver atau program

FDISK tertentu diperlukan.

Sebelum anda menyediakan cakera keras, pastikan anda mempunyai BIOS yang dapat mengenal

cakera keras anda.

Ia dapat dilakukan dengan menggunakan Setup dan melaksanakan auto-detection.

BIOS akan memberikan anda 2 atau 3 pilihan untuk konfigurasi.

mantailor

You might also like