You are on page 1of 12

UNIT 1 : STRATEGI MANJAWAB SOALAN MEMINDAHKAN

MAKLUMAT.

1. Teliti gambar yang diberikan dan memahami idea keseluruhan gambar tersebut,

2. Mengenal pasti aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.

3. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan tersurat sahaja

4. Jangan memberikan nama khusus kepada watak tertentu yang terdapat dalam
gambar. Gunakan gelaran secara umum untuk watak tersebut.

5. Pastikan ayat yang dibina menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul.

UNIT 2 : STRATEGI MENGARANG YANG BERKESAN

A. Pilih soalan yang tepat.


a. Baca semua soalan.
b. Pilih tajuk karangan berserta format yang benar-benar kamu kuasai.
c. Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.

B. Carilah Kunci Soalan


I). Kunci karangan biasanya berupa kata atau rangkaian kata. Contohnya :
i. Nyatakan………
ii Tulis laporan………..
iii Sediakan teks syarahan……..

II) Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada
kehendak soalan

C. Sediakan Rangka Karangan.


• Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
• Isi-isi karangan perlu diberikan huraian berserta contoh yang sesuai.
• Karangan anda harus mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk

D. Tulislah karangan yang baik


• karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
• Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum
tentang kehendak soalan.
• Pada bahagian isi,memadailah empat isi berserta contoh yang sesuai.
• Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan apa-apa yang
apa-apa yang ditulis dalam perenggan isi
• Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun, dan
sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.

E. Semaklah karangan
• Tujuannya supaya:
(a) markah tidak ditolak
(b) dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa;
(c) dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi;
(d) panjang karangan menepati arahan soalan

UNIT 3 Strategi Menjawab Soalan Membina Ulasan

1. Ayat perlu memahami kehendak soalan yang diberikan misalnya daripada petikan:
(a) nilai murni/pengajaran yang diperolehi;
(b) kebaikan-kebaikan yang diperolehi;
(c) keburukan yang diperolehi.

2. Semaklah ulasan anda supaya tiada kesalahan tatabahasa, tanda bacaan, ejaan, dan
sebagainya.

UNIT 4 Karangan Keperihalan

1. Karangan keperihalan menghendaki anda menceritakan semula sesuatu perkara


yang telah berlaku.
2. Anda harus mempunyai pengetahuan dan pengalaman sendiri kerana perkara yang
akan anda ceritakan berkait rapat dengan diri anda.
3. Perkara yang anda ceritakan itu ialah apa-apa yang dilihat, rasa dan dengar
4. Perkara-perkara tersebut bolehlah terdiri daripada sesuatu yang berbentuk kenyataan
atau rekaan.
5. Perkara-perkara yang anda ceritakan mungkin sesuatu peristiwa, pengalaman,
pemandangan, suasana, sikap, keadaan dan sebagainya.
6. Gunakan ayat-ayat ringkas , mudah dan padat.
7. Pastikan anda menyusun perkara-perkara yang berlaku mengikut urutannya.
UNIT 5: KARANGAN LAPORAN

1. Ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.

2. Dalam peperiksaan anda biasanya diminta membuat laporan tentang kegiatan


persatuan , lawatan , pameran, hari penyampaian hadiah dan sebagainya.

3. Soalan biasanya meminta anda membayangkan diri sebagai pengerusi, setiausaha,


bendahari atau ahli jawatankuasa

4. Butir-butir untuk laporan dapat diketahui dengan memikirkan soalan seperti apa,
siapa, bila, di mana dan mengapa.

FORMAT LAPORAN

________________________1 1 : Tajuk

2 : Isi Laporan
__________________________________________

_______________________________________________
3 : Pangakuan
_______________________________________________ Pelapor
2 5 : Tandatangan
_________________________________________ pelapor

_______________________________________________ 6 : Nama penuh


Pelapor
_______________________________________

____________________ 3 ___________ 6

____________________ 5

____________________
6
____________________
UNIT 6 : KARANGAN UCAPAN & SYARAHAN

1. Karangan ucapan atau syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu majlis atau
pertandingan.

2. Kedua-dua jenis karangan ini haruslah memberikan penerangan , penjelasan dan


fakta tentang sesuatu perkara.

3. Bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan
meyakinkan pembaca.

4. Anda boleh menggunakan ayat Tanya , kiasan, peribahasa, pantun dan sebagainya.

Format Ucapan & Syarahan

a. Pengenalan:
Pembukaan kata yang berupa kata-kata aluan
Contoh: Yang Mulia Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif,Guru Besar,
Guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
b. Isi-isi :
Tujuan ucapan dan isi ucapan yang seterusnya.

c. Kata-kata Penghadapan:
Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatian
Contoh: Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian

d. Penutup:
Kata-kata yang diberikan bagi menandakan ucapan/syaarahan akan ditamatkan
Contoh: Akhir sekali saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

UNIT 7 Karangan Perbincangan

1. Karangan perbincangan memerlukan anda membincangkan sesuatu tajuk atau


menyatakan pendapat tentang tajuk yang diberikan.

2. Pastikan bahawa anda diminta memberikan hujah daripada satu pihak atau daripada
kedua-dua pihak.

3. Jika soalan itu hanya meminta anda menyokong pernyataan itu, anda mestilah
memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengannya dan begitulah sebaliknya.

4. Anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tajuk yang dikemukakan.
5. Hujah-hujah yang dikemukakan haruslah cukup, betul, tepat dan logik.

6. Sebagainya kesimpulan karangan anda, anda haruslah menyatakan pendirian anda


terhadap tajuk dengan pernyataan meyakinkan dan berkesan.

UNIT 8 Karangan Fakta

1. Dalam karangan fakta anda haruslah mengemukakan isi dengan fakta yang benar,
logis,dan menepati kehendak soalan.

2. Oleh itu, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara yang
hendak diperkatakan.

3. Isi dan fakta yang diberikan perlulah lengkap,tersusun, dan sesuai dengan tajuk.

4. Fakta-fakta ini haruslah ditulis dalam ayat yang sempurna dan disertai huraian serta
contohnya sekali pada perenggan-perenggan yang sesuai.

5. Gunakanlah kata dan ayat yang mudah, ringkas, tetapi, dan padat.

UNIT 9 Karangan Peribahasa

1. Anda haruslah mengetahui dan memahami maksud peribahasa yang diberikan.

2. Ada dua teknik untuk menulis karangan jenis ini, iaitu :


(a) teknik huraian - anda haruslah menjelaskan maksud peribahasa itu dan mengaitkan
Peribahasa itu dengan peribahasa lain yang mempunyai persamaan maksud.
(b) teknik cerita – cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan karangan
yang berbentuk cereka.

3. Keseluruhan cerita anda itu hendaklah dapat menjelaskan maksud peribahasa itu.

4. Cerita yang anda tulis boleh merupakan rekaan atau berdasarkan pengalaman anda.

5. Cerita anda hendaklah mempunyai permulaan, kemuncak, dan kesimpulan.


UNIT 10 Karangan Temu Ramah/Dialog

1. Karangan temu ramah/dialog melibatkan 2 pihak untuk bertukar-tukar fikiran tentang


sesuatu hal.

2. Kedua-dua pihak haruslah saling bertanya atau memberikan padangan mereka

3. Dalam karangan jenis ini anda, anda boleh juga memasukkan aksi kedua-dua pihak itu
dalam kurungan.

4. Gunakan ayat-ayat yang ringkas supaya mudah difahami,serta betul dari segi
tatabahasanya.

Format Temu Ramah/Dialog

A: _______________________ 1. Nama Watak: Ditulis di sebelah kiri.


B: _____________________ Tanda titik bertindih ditulis selepas
A: _____________________ nama watak.
B ______________________ 2 2. Isi Temu Ramah/Dialog: Ditulis
A: ______________________ selepas tanda titik bertindih.
B ______________________

UNIT 11 Karangan Catatan

1. Karangan jenis ini ialah catatan tentang peristiwa atau kejadian penting yang berlaku
kepada diri anda.

2. Ada catatan yang ditulis mengikut masa dan mengikut tarikh peristiwa itu berlaku.

3. Catatan haruslah ringkas, tepat dan padat.

4. Tulis peristiwa yang penting dan harus disusun mengikut urutan.

5. Bahasa yang digunakan mudah, menarik dan betul tatabahasanya.

6. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ayat, peribahasa atau ungkapan.


UNIT 12 Karangan Perbahasan

1. Karangan jenis ini selalunya berbentuk pertandingan.

2. Tajuk perbahasan akan dinyatakan dalam soalan. Ada soalan yang menghendaki anda
menyatakan pendapat, samada sebagai pencadang atau pembangkang

3. Kata alu-aluan perlu dinyatakan terlebih dahulu semasa hendak menulis karangan ini.

4. Hujah-hujah mestilah betul, tepat dan logik

5. Kesimpulan haruslah menyatakan pendirian anda terhadap tajuk dengan pernyataan


meyakinkan dan berkesan.

UNIT 13 : KARANGAN SURAT TAK RASMI

1. Surat tak rasmi bersifat peribadi.

2. Contoh surat tak rasmi ialah surat bertanyakan khabar, surat tahniah dan takziah.

3. Penggunaan kataganti diri penerima yang betul sangat penting dalam penulisan surat
tak rasmi.

4. Anda digalakkan menggunakan kiasan atau peribahasa supaya dapat menarik


perhatian pembaca.

5. Penggunaan bahasa baku dan penggunaan tatabahasa dan ejaan hendaklah betul.
Bahasa haruslah mudah, tepat dan padat.
FORMAT SURAT TAK RASMI

___Alamat__________
__pengirim__________ 1
___________________

__Tarikh__2

________________________________________
_____________Pembuka kata____________________3
_____________________________________________

_Kata ganti diri penerima__4


________________________________________
_________Perenggan isi dan penutup_______________5
______________________________________________
________________________________________
_________Perenggan isi dan penutup_______________5
______________________________________________

_Pengakuan pengirim _6
_Tandatangan_______7

UNIT 14: KARANGAN BERITA

1. Karangan ini ditulis untuk memberikan pengetahuan, hiburan, dan maklumat


tentang sesuatu peristiwa semasa kepada pembaca.

2. Ayat-ayat hendaklah mudah, rigkas dan tepat.

3. Semasa menulis, fikirkan enam persoalan iaitu apa, siapa, bila, di mana , mengapa
dan bagaimana.

4. Isi yang penting atau utama hendaklah didahulukan.

5. Isi hendaklah disertai huraian dan contoh yang benar dan tepat

6. Sedutan kata-kata tau pendapat orang tertentu daripada semua pihak yang terlibat
dalam berita itu harus anda masukkan.
FORMAT BERITA

__Nama tempat (1) _ , __nama hari_(2)_ - ________________________


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_________________________.

______________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
3. Isi berita
______________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

_____________________________________________________
______________________________________________________________
____________________4. Penutup_________________________________

UNIT 15 : KARANGAN AUTOBIOGRAFI

1. Karangan autobiografi menceritakan dan mengisahkan riwayat hidup penulis

2. Biasanya apa yang dikisahkan adalah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan
dalam riwayat hidup penulis.

3. Soalan meminta penulis sebagai sesuatu benda atau haiwan.

4. Karangan bografi menceritakan riwayat hidup seseorang seperti tokoh, guru dan
sebagainya.

5. Murid perlu mempunyai pengetahuan luas agar kisah yang dikisahkan itu logik

6. Murid digalakkan menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai supaya


Karangan lebih menarik.
UNIT 16 : KARANGAN CEREKA

1. Karangan jenis cereka berbentuk cerita rekaan seperti cerpen, khayalan atau
imaginasi.

2. Perkara-perkara yang dikelukan ialah :


a. menceritakan peristiwa,suka, duka dan ngeri
b. menceritakan pengalaman sendiri dengan berdasarkan tajuk
c. menlengkapkan cerita dengan berpandukan permulaan cerita atau penutup
cerita yang diberikan.

3. Peristiwa atau cerita yang digambarkan haruslah logik

4. Urutan peristiwa perlu disusun dan diolah dengan teratur untu mendapatkan kesan
yang baik

5. Bahasa haruslah menarik. Gunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau kiasan
yang sesuai dengan cerita.

6. Cerita anda hendaklah berunsur nasihat dan pengajaran yang berfaedah kepada
pembaca.

UNIT 17 : KARANGAN SURAT RASMI

1. Surat rasmi berbentuk formal

2. Ia ditulis untuk tujuan seperti membuat aduan, permohonan, rayuan, jemputan


rasmi, pesanan barang dan sebaginya.

3. Bahasa yang digunakan haruslah baku , mudah, tepat dan padat.


FORMAT SURAT RASMI

___Alamat_________________
__pengirim_________________ 1
__________________________
_____________________________________________ 2 . garis panjang

__Alamat penerima__________ 3
__________________________
__________________________ _Tarikh__4

___Panggilan hormat penerima__,5


____Perkara_________________________6
___________________________________________________
____________________________________________________
7. Isi
___________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

Pengakuan pengirim _ 8
_Tandatangan_______ 9
(___nama penuh pengirim____)

UNIT 18 Memindahkan Maklumat

1. Anda haruslah memahami kehendak soalan dan meneliti gambar yang diberikan

2. Fahami idea keseluruhan gambar tersebut.

3. Kenalpasti aktiviti-aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dalam gambar untuk
memudahkan anda memperolehi maklumat tentang gambar tersebut.

4. Anda dikehendaki membina lima ayat yang berkaitan dengan gambar. Pastikan ayat-
ayat tersebut adalah isi tersurat sahaja.

5. Nomborkan ayat-ayat.
UNIT 19 Membina Ulasan

1. Soalan ini memerlukan anda memberikan maklum balas tentang situasi yang
dikemukakan dalam petikan.

2. Anda perlu memahami kehendak soalan yang diberikan.

3. Ulasan yang perlu anda tulis berkaitan dengan beberapa aspek daripada petikan
yang dinyatakan dalam arahan. Misalnya:
(a) nilai yang dapat diperoleh;
(b) pengajaran yang dapat diperoleh;
(c) faedah-faedah yang diperoleh;

4. Panjang jawapan mestilah tidak kurang daripada 50 pata kata. Jawapan ditulis dalam
satu perenggan sahaja.

You might also like