You are on page 1of 19

Sahsiah

Must edit oh.. thks email frm mandy lim

Pendahuluan

Guru dianggap sebagai satu profesion yang paling murni. Ia juga dikatakan satu profesion yang paling unik. Namun
berbeza daripada profesion yang lain seperti doktor, peguam dan arkitek, guru tidak mempunyai satu badan khas
yang mengawal profesionalisme pengamal-pengamalnya selain daripada Unit Tatatertib Jabatan Negeri. Di Malaysia,
adakalanya guru yang dianggap melanggar etika perguruan tidak akan diambil tindakan pecat atau lesen mengajar
guru berkenaan ditarik balik.

Oleh itu, di pihak guru, mereka harus mempunyai kualiti-kualiti yang boleh melahirkan pelajar-pelajar yang
dikehendaki oleh ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan dan aspirasi negara secara umumnya. Ini
disebabkan sifat-sifat dan kualiti seorang guru akan memberi impak kepada para pelajar, ibu bapa dan rakan-rakan
seprofesion. Antara kualiti-kualiti tersebut adalah mempunyai ilmu dan berjaya mempraktikkannya serta mempunyai
rasa hormat dan bersikap penyayang terhadap anak-anak muridnya (Feeny, Christensen, 1979) berperawakan yang
baik, bertenaga, bersifat humor, fleksibel dan peka (Feeny, Christensen & Moravcik, 1996). Sementara Bottery
(dalam Cribb, Gewirtz, 2001) mencadangkan guru-guru bertindak sebagai penjaga dan pengantara nilai kepada
kanak-kanak.

Di dalam perbincangan tajuk ini, kita akan melihat kepada pengertian etika secara umum sebelum kita meninjau
etika perguruan secara lebih dekat. Perbincangan juga akan melihat prinsip-prinsip etika perguruan dengan terperinci
dan nilai etika yang harus ada kepada seorang pegawai pendidikan sebelum kita mengupas isu-isu yang berkaitan
dengan etika perguruan dengan lebih lanjut.

Pengertian Etika

Apabila kita membicarakan etika, satu perkataan yang sinonim dengannya ialah moral, yang sangat berkait rapat
malah seringkali diberi pengertian yang sama. Kita lihat perkaitan di antara etika dan moral dalam penjelasan di
bawah.

Etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Greek. Mengikut Kamus Dwibahasa Dewan (2002), ethos
bermaksud nilai moral, sistem kepercayaan, budaya atau keperibadian sesuatu bangsa. Manakala etika membawa
pengertian satu sistem atau prinsip moral. Ia tidak lari daripada satu lagi kata sinonimnya iaitu moral yang diertikan
sebagai prinsip apa yang dikatakan betul dan apa yang dikatakan salah. Feeny, Christensen & Moravcik (1996)
meminta para profesional supaya bertindak dengan penuh beradab kerana ia mencerminkan perkara yang betul dan
salah.Thiroux (2001), pula melihat etika sebagai satu teori mengenai tindakan individu, penafsirannya terhadap
sesuatu kejadian dan mengapa individu bertindak sedemikian. Ia juga merupakan satu falsafah mengenai moral yang
mementingkan tindakan seseorang individu bukannya.

Dapatlah kita membuat rumusan bahawa etika sebagai satu landasan nilai-nilai mulia yang harus dipatuhi oleh
kelompok-kelompok umum yang mana nilai-nilai baik atau salah itu bersifat sejagat. Etika sebagai disiplin falsafah
yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan garis panduan tindakan individu yang
piawai, yang mewajarkan tindakannya Etika bertindak melicinkan dan memperkukuhkan nilai-nilai, kepercayaan dan
tanggungjawab dalam sesuatu profesion. Ia mampu menjadi satu norma dan standard perlakuan-perlakuan ahli
organisasi dan interaksi antara ahli-ahli organisasi tersebut Dengan kata lain, etika bertindak sebagai cermin tingkah
laku moral manusia.

Teori-teori Berkaitan Etika

Teori consequentialist , menurut Strike & Soltis (1998) mementingkan kesan daripada satu-satu keputusan tindakan
yang diambil. Oleh itu sesuatu tindakan perlakuan akan dianggap bermoral jika ia membawa kesan yang lebih baik
daripada tindakan alternatif. Namun begitu apakah kayu pengukur untuk menilai tahap kesan sesuatu tindakan
dengan kesan alternatif yang tidak dilakukan? Adakah berlakunya penghakiman yang benar-benar sempurna?
Bertentangan dengan teori di atas, teori nonconsequentialist melihat peraturan moral seharusnya bersifat sejagat.
Menurut Strike & Soltis (1998) semua manusia mesti dilayan sama sahaja. Sesuatu tindakan yang dianggap salah
akan tetap salah biar apapun justifikasi ataupun alasan untuk melakukan kesalahan itu. Pasti pendokong teori yang
diperkenalkan oleh Immanuel Kant ini tidak bersetuju dengan amalan mercy killing. Menurut kepercayaan golongan
Kantian lagi, niat berbuat jahat sudah mencukupi untuk kita mengatakan seseorang itu tidak beretika.

"In law a man is guilty when he violates the rights of others. In ethics he is guilty if he only thinks of doing so." --
Immanuel Kant dalam http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm

Satu lagi teori yang dikemukakan ialah teori virtue. Foo (2005) menggunakan istilah keperibadian mulia untuk
menjelaskan teori ini. Teori ini disarikan daripada falsafah Aristotle tentang keperibadian mulia manusia yang
terbahagi kepada keperibadian mulia bersifat intelektual dan bersifat moral. Keperibadian mulia bersifat intelektual
merangkumi kemampuan seseorang untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian. Manakala yang bersifat
moral pula menghendaki manusia agar berkelakuan baik seperti jujur, tabah dan pemurah.

Pernyataan Masalah

Sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling penting bertindak untuk melahirkan warga yang mempunyai nilai-nilai
sosial ( Mukherjee, 1978). Selain daripada itu ia berfungsi sebagai sebuah institusi pembangunan sumber manusia
yang melahirkan komoditi modal manusia yang mempunyai sahsiah yang terpuji (Institut Aminudin Baki, 1997).
Kamarudin Kachar (1989) pula menegaskan, peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin pendidikan untuk
melaksanakan dasar sistem pendidikan negara agar matlamat-matlamatnya tercapai. Pemimpin sekolah,
terutamanya, harus memiliki kecekapan, kebolehan dan sifat-sifat adil, amanah, berdedikasi, berdaya usaha,
bertanggungjawab, berdisiplin berakhlak tinggi.

Jelas kepada kita bahawa penerapan nilai dan moral terpuji harus ada dalam diri setiap insan yang bernama guru.
Nilai dan moral terpuji ini menjadi garis panduan kepada guru-guru yang diikat dalam istilah etika perguruan.
Profesion perguruan Malaysia juga mempunyai etika perguruannya sendiri dikenali dengan nama Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia. Ia dikendong setiap waktu mengajar oleh guru-guru, namun tidak pasti sama ada ia tercicir atau
tidak.

Masalahnya, walaupun kita mempunyai etika, peraturan dan undang-undang, masih berlaku banyak kes pelanggaran
etika perguruan sama ada oleh guru-guru atau pengetua. Radzuan Hassan (1997) membangkitkan isu rasuah di
kalangan pentadbir sekolah. Abdullah Bakri (1990) pula menimbulkan persoalah pengabaian tugas oleh guru-guru
dan pengetua terutama dalam soal pelaksanaan pengajaran. Akhir sekali, Asnah Abdul Hamid (1996) menambah
kepincangan di kalangan profesional perguruan yang gagal menjadikan nilai dan etika profesional sebagai garis
panduan semasa menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab profesional mereka.

Pernyataan-pernyataan di atas cukup merunsingkan masyarakat terutama apabila kes rasuah, kes rogol, kes
mencederakan pelajar dan sebagainya yang melibatkan subjek guru menjadi topik hangat di dada akhbar yang
melihat kes-kes begini sebagai satu sensasi. Oleh itu kupasan penulisan ini akan berusaha untuk mengenengahkan
isu-isu yang melibatkan etika profesion perguruan serta mencadangkan beberapa amalan yang mampu
menanganinya.

Kepentingan Etika Kepada Guru

Sebagai satu profesion, dunia perguruan akan berubah dari masa ke semasa. Nilai, peranan dan tanggungjawab
guru juga akan turut berubah. Guru sebagai satu entiti yang begitu unik kerana pelanggan guru itu bukan sahaja
pelajar, malah ibu bapa, masyarakat, sektor-sektor pekerjaan, ahli-ahli politik dan negara merupakan pihak-pihak
yang mempunyai kepentingan di dalam dunia pendidikan.Kod etika dikatakan sebagai cornerstones of a true
profession (David Freitas, dalam http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm ) Dalam pengurusan Pendidikan pula,
etika yang baik mampu mengujudkan budaya kerja yang cemerlang dan hasilnya ialah ia berjaya mengeluarkan para
pelajar yang bakal menjadi ahli masyarakat yang berkualitI. Kod etika dapat membantu pentadbir sekolah memberi
argumentasi terhadap masyarakat jika mereka mempunyai pemahaman tentang kod etika guru ini.Selain itu, etika
perguruan juga dapat berfungsi sebagai panduarah dalam membantu guru melaksanakan apa yang dianggap betul.
Dengan itu, guru mampu menjadi role model kepada anak-anak muda.Masyarakat memandang tinggi profesion-
profesion yang lain dan melihat guru sebagai satu profesion tidak setaraf doktor atau peguam atau jurutera yang
mempunyai etika yang tetap dan dikawal oleh satu badan pemantau yang berhak menghukum ahli-ahlinya. Jadi etika
perguruan amat penting untuk mengembalikan keyakinan masyarakat bahawa amalan profesionalisme perguruan
berasaskan persetujuan bersama.

Menurut Feeny, Christensen & Moravcik (1996), kod etika mampu bertindak sebagai panduan kepada pengamal
apabila wujudnya dilema dan membantu pengamal melaksanakan tugas-tugas mereka. Selain daripada itu, kod etika
dapat meyakinkan masyarakat tentang amalan-amalan professional sesuatu profesion.

Moral Seorang Guru

Apakah yang dikehendaki daripada seorang guru? Persoalan ini mungkin amat sesuai juka kita melihat kualiti-kualiti
guru dan tanggungjawab yang bebani ke atas guru.

Cribb & Gewirtz (2001), mengharapkan guru bertindak sebagai orang perantara ibu bapa yang mahukan anak-anak
mereka menyerapi nilai-nilai yang sesuai dengan anak-anak mereka yang bersifat passive imbiver. Guru-guru, selain
bertindak sebagai in loco parentis, juga dikehendaki menyampaikan dan mengindoktrinasikan para pelajarnya ke
arah kebaikan. Beliau juga menegaskan guru dalam membimbing pelajar harus bertindak sebagai fasilitator dan
mewujudkan suasana yang dapat memberi faedah kepada mereka bila mereka keluar dari sistem pendidikan
nanti.Feeny & Christensen (1979) meletakkan beberapa syarat untuk menjadi guru yang berwibawa. Beliau harus
memahami nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang guru seperti berilmu dan mempunyai rasa hormat serta
menyayangi kanak-kanak. Ini selari dengan prinsip-prinsip etika seorang guru yang wajib berilmu dan menyediakan
kanak-kanak ke arah menjadi insan yang berguna dan warganegara yang berdikari. Prinsip Lieberman ( dalam Foo,
2005) juga meletakkan tanggungjawab melahirkan warga yang berhemah kepada ibu bapa. Maksudnya di sini pihak
sekolah perlu berinteraksi dengan masyarakat secara mesra, penuh kerjasama dan sikap yang membina.Selain
daripada itu, dalam perlaksanaan sesuatu inovasi ke arah meningkatkan kualiti pelajar, Black (2001) memohon jasa
baik masyarakat supaya memberikan kebebasan kepada pihak sekolah dan guru untuk melaksanakan perubahan
supaya mereka dapat bekerja tanpa tekanan. Inilah bentuk kerjasama yang diperlukan seorang guru dari
masyarakat, bukan sahaja sokongan dan bantuan kewangan.

Kesimpulannya, seorang guru dengan pendapatan yang tidak setimpal (Foo, 2005) harus menjalankan tugas-tugas
yang semakin lama semakin membebankan. Inilah yang mempengaruhi ramai guru terutama di Barat meninggalkan
profesion ini.

Akauntabiliti Seorang Guru

Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang wajar diambil perhatian oleh seorang guru berkaitan dengan
akauntabiliti guru ini. Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan diri daripada mengindoktrinasikan
pelajarnya dengan apa-apa fahaman atau kepercayaan atau falsafah yang dipegangnya. Mereka mempunyai ruang
dan peluang yang cukup luas untuk melakukan perkara ini.Menjauhi amalan matlamat menghalalkan cara merupakan
satu tangungjawab kerana ia bertentangan dengan objektif utama pendidikan iaitu memindahkan ilmu dan menanam
nilai-nilai murni. Dalam isu penilaian, terdapat sekolah yang berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan. Mereka
akan melakukan apa sahaja, termasuklah mengeluarkan nama pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon
sekolah kepada calon persendirian. Ini amalan tidak beretika seorang guru.

Menilai pelajar secara adil dan saksama. Adalah menjadi satu amalan tidak beretika jika seseorang guru membuat
penilaian berasaskan faktor bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya. Sistem penilaian peperiksaan awam
sekarang banyak memberi ruang kepada guru-guru membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa, Sains
Tulen, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Dikhuatiri guru akan menggunakan ini untuk merosakkan seseorang pelajar
dengan cara yang tidak bertanggungjawab.Terdapat banyak sekali kes, walaupun tidak ada data khusus, di mana
pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi pelajar kepada umum seperti melekatkan rekod
pencapaian pelajar di papan kenyataan. Sebenarnya ini menyalahi etika keguruan yang memberi hak kerahsiaan
kepada pelajar.Menggunakan kuasanya secara bijaksana. Semua guru mengharapkan kedudukan autonomi mereka
dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak pasti berlaku
penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi pendidikan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.

Part 2

Prinsip-prinsip Etika Profesional

Mengikut Lieberman (1956) prinsip-prinsip Etika Profesion Perguruan harus merangkumi prinsip tanggungjawab guru
terhadap pelajar, perkongsian dengan ibu bapa, interaksi dengan masyarakat, mutual respect dengan majikannya
dan hubungan sesama rakan sekerja.Dalam profesion perguruan, seorang guru bertanggungjawab membawa para
pelajar ke arah pemerolehan ilmu dan seterusnya menyediakan mereka ke arah amalan demokrasi. Guru juga
berperanan membantu mereka mencapai kebahagiaan hidup, menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan
negara dan individu yang berdikari. Ini merupakan prinsip etika professional dalam hubungan antara guru dan
murid.Dalam hubungan antara guru dan ibubapa pula, ahli-ahli profesion perguruan berkongsi tugas dengan ibu
bapa membentuk perlakuan kanak-kanak ke arah matlamat akhir yang diterima masyarakat. Keberkesanan kaedah
pengajaran bergantung kepada hubungan kerjasama antara sekolah dan rumah. Guru menggesa ibubapa sentiasa
mengawasi aktiviti pelajar di rumah seperti membuat kerja rumah, manakala ibubapa pula mengharap guru agar
dapat menjadikan anak-anak mereka manusia yang berjaya.

Profesion perguruan melibatkan bukan sahaja tingkah laku guru secara peribadi tetapi juga merangkumi interaksi
sekolah dengan masyarakat. Hubungan guru dengan masyarakat harus berlangsung dalam suasana mesra, bersifat
kerjasama, dan sikap yang membina. Masyarakat sentiasa mengharapkan sekolah supaya melahirkan ahli
masyarakat yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara. Guru-guru pula perlukan masyarakat di luar
agar menyediakan peluang-peluang untuk anak-anak didik mereka apabila mereka tamat persekolahan seperti
menyambung pelajaran atau bekerja.Ahli-ahli profesion perguruan tidak dapat lari daripada tanggungjawab berkaitan
dengan kariernya. Tanggungjawab ini bersifat tanggungjawab di antara pekerja dengan majikan. Adalah amat molek
jika hubungan ini bersifat mutual respect dan saling mempercayai agar tugas dapat dilaksanakan dengan ikhlas. Jika
amalan ini berjaya dilaksanakan, pemantauan dan arahan daripada pihak atasan akan berlangsung dalam jumlah
yang sangat minimum dan guru-guru akan merasai bahawa mereka merupakan individu yang sangat meyakinkan
pihak atasan.

Adalah dikatakan profesion perguruan berbeza daripada profesion-profesion yang lain. Salah satunya kerana
keunikan hubungan antara seorang guru dengan rakan sekerjanya. Ada keunikan hubungan dan kualiti professional
antara sesama guru. Kerjasama antara guru dengan rakan sejawat mampu memecahkan halangan yang sebesar
manapun, terutama bila ia melibatkan prubahan dalam kurikulum dan system pendidikan.

Prinsip oleh Lieberman ini diakui oleh Sufean Hussin (1996). Menurutnya, tanggungjawab professional guru meliputi
tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawat dan profesion perguruan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa.
Malah Sheila Worley dalam http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-HighSchoolDivision/t.stm, New York State
United Teachers dalam http://www.highered.nysed.gov/tcert/resteachers/codeofethics.htm, guru-guru Association of
Unity Churches dalam http://www.unity.org/education/ltcode.html, David Freitas dalam
http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm, Kod Etika Guru-guru Minnesota dalam
http://education.state.mn.us/html/012969.htm, Kod Etika Guru oleh Alabama Education Association dalam
http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm dan Tatasusila (Etika) Profesion Perguruan Malaysia memperakui
tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibubapa, rakan sejawat, profesion perguruan, masyarakat dan negara dalam
pembinaan etika perguruan.

Foo (2005) yang merumuskan kod etika universal oleh Larry Colero pula membincangkan enam prinsip yang perlu
dalam pembentukan kod etika perguruan. Pertama beliau melihat prinsip kesaksamaan dimana setiap guru mesti
melayan semua pelajar tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan. Sifat adil juga penting dalam mengambil
apa-apa tindakan terhadap para pelajar tanpa mengambil kira jantina, fahaman politik, tempat asal, latar belakang
pelajar, kemampuan akademik dan sebagainya.Kedua, prinsip keterbukaan di mana sifat jujur sangat diutamakan.
Selain dari pada itu, seorang guru tidak wajar mengaibkan rakan-rakan sejawatan mereka dan tidak harus melobi
dengan apa cara sekalipun untuk mendapat kenaikan pangkat atau markah yang tinggi dalam penilaian prestasi
tahunan.Prinsip seterusnya berkaitan dengan prinsip kerahsiaan dimana guru diminta supaya menghormati hak
kerahsiaan para pelajar. Pelajar tidak harus dimalukan atau direndah-rendahkan dengan mendedahkan maklumat-
maklumat yang boleh memalukan atau menjatuhkan maruah atau merendahkan nilai diri dan jati diri pelajarnya.

Prinsip ketekunan pula menghendaki guru mengesan potensi pelajar-pelajarnya dan sedia menerima perbezaan
individu pelajar dan seterusnya menjadikan ia asas untuk membimbing mereka ke arah kecemerlangan.Prinsip kelima
ialah prinsip kesetiaan terhadap profesionnya yang menegah seorang guru daripada melakukan perkara-perkara
yang tidak sopan. Prinsip ini turut menuntut seorang guru bertindak sebagai ibu bapa ganti dalam usaha membentuk
tingkah laku pelajar ke arah matlamat yang ingin dicapai.. Akhir sekali guru dilarang mengajar sesuatu yang boleh
merosakkan ke[pentingan pelajar, ibu bapa dan negara.Prinsip terakhir dalam pembentukan etika perguruan ialah
prinsip mengelakkan konflik kepentingan peribadi. Guru-guru disaran agar mengutamakan kepentingan pelajar lebih
daripada kepentingan masyarakat, persatuan atau peribadi. Prinsip ini turut melarang guru mengiklankan kelas-kelas
tuisyen yang beliau mempunyai kepentingan di dalamnya. Juga guru tidak boleh menerima atau meminta hadiah
daripada pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan tugas-tugas keguruannya.

Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Prinsip Pertama: Niat yang Betul

Prinsip ini menuntut agar setiap warga Kementerian melaksanakan tugas dengan niat yang betul, sebagaimana yang
dituntut oleh agama, selaras dengan nilai kerja yang dicadangkan. Terdapat empat jangkaan nilai kerja yang
diharapkan daripada amalan prinsip pertama ini, iaitu:

Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pelajaran
Malaysia;

Ikhlas menyempurnakan tanggungjawab terhadap agama dan negara;

Memberikan sumbangan bermutu; dan Sentiasa membarui niat untuk kebaikan.

Prinsip Kedua: Perlakuan yang Baik

Berdasarkan prinsip ini, semua warga Kementerian diseru agar melaksanakan tugas dengan sempurna untuk
mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Warga Kementerian diminta agar
mengamalkan nilai-nilai yang berikut semasa melakukan tugas mereka.

 Menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa;

 Memberikan kepuasan kepada pelanggan; dan

 
 Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Prinsip Ketiga: Penggerak ke arah Kebaikan

 Setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia diseru supaya menjadi penggerak ke arah kebaikan. Berikut
merupakan apa yang disarankan berdasarkan prinsip ini.
 Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang
melakukan kebaikan;
 Berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan cirri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti
yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat; dan
 Sentiasa berusaha untuk menjadi pekerja yang baik.

Prinsip Keempat: Mengotakan Apa yang Dikatakan

Prinsip ini menuntut agar semua warga Kementerian sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan. Aspek ini
amat penting kerana salah satu elemen yang amat penting dalam pengurusan organisasi hari ini ialah memenuhi
keperluan pelanggan dan memberikan kepuasan kepada mereka. Untuk mematuhi prinsip ini, perlakuan-perlakuan
seperti yang berikut haruslah menjadi amalan:

Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau
orang lain;

 Apa yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan; dan
 Sentiasa menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

Prinsip Kelima: Berdisiplin dan Beradab

Warga Kementerian hendaklah sentiasa melakukan aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab. Semua
warga Kementerian perlu mengamalkan perlakuan-perlakuan seperti berikut:

 Sentiasa menjaga adab sopan seperti yang terkandung dalam ajaran agama;
 Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan; dan
 Sentiasa berpandukan prosedur serta kaedah yang sesuai dan betul.

Nilai-nilai Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Nilai Pertama: Amanah

Secara umumnya, amanah bermaksud sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahkan kuasa
dan kedudukan Berikut merupakan beberapa amalan amanah yang dikemukakan:
 Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, tanpa menyeleweng dan cuai;
 Bersikap jujur serta setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;
 Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan serta
tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi;
 Berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang
lain terhadap dirinya; dan
 Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Nilai Kedua: Benar

Nilai benar telah ditafsirkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai benar pada niat dan perbuatan. Antara
perlakuan yang diharapkan daripada warga Kementerian yang memperlihatkan nilai ini adalah seperti yang berikut:

 Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi
mahupun mengharapkan balasan;
 Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji;
 Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat daripada orang lain dengan tidak bersikap sombong
atau angkuh;
 Memberikan atau menerima arahan yang jelas serta tepat dan tidak mengelirukan; dan
 Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

Nilai Ketiga: Bijaksana

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mentafsirkan nilai bijaksana sebagai menggunakan pemikiran dengan
bijaksana dengan membuat keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa serta keadaan. Amalan-amalan yang
diperakukan termasuklah:

 Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan
cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah;
 Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti;
 Mempunyai fikiran dan pertimbangan yang rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut
perasaan serta emosi; dan
 Sentiasa meningkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.

Nilai Keempat: Bersyukur

Bersyukur bermaksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan penghargaan atas nikmat atau pemberian yang
diterima. Perlakuan-perlakuan yang dicadangkan ialah:

Sentiasa menghargai anugerah yang diterima tanpa menganggap kejayaan-kejayaan sebagai hak;
 Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam
atau menabur fitnah;
 Tenang menghadapi masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak berputus asa;
dan
 Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang
disediakan.

Nilai kelima: Dedikasi

Dedikasi bermaksud berminat dan rela mengorbankan masa serta tenaga secara berterusan dalam menghasilkan
kerja yang berkualiti. Amalan-amalan atau nilai yang diharapkan adalah seperti berikut:

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah;

 Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;


 Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa
berkualiti;
 Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sabar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut; dan
 Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

Nilai keenam: Ikhlas

Ikhlas bermaksud menunaikan tanggungjawab dengan suci hati untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa
mengharapkan ganjaran atau balasan. Amalan-amalan yang mencerminkan nilai ini adalah seperti berikut:

 Menerima tanggungjawab dengan rela, hati yang suci, tidak berpura-pura atau berusaha mengelakkan
daripada tanggungjawab;
 Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan
atau mendapat perhatian orang lain; dan
 Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih
kasih.

Nilai Ketujuh: Penyayang

Nilai penyayang membawa maksud perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai serta
mengambil berat. Ia dapat ditunjukkan seperti berikut:

 Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong atau suka meninggi diri;
 Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk;
 Bertimbangrasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas;
 Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh mesra; dan
 Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

Pematuhan Etika Perguruan


Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah
Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat
awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci
kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti.

Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2)

Seorang pegawai tidak boleh:

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan tugas awamnya;

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –

(i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f) tidak jujur atau tidak amanah;

(g) tidak bertanggungjawab;

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan
anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar
perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Part3

Part4 老师们,记得要改过,不要害了帮我们的老师哦。谢谢 mandylim 和该马来老师无私分享


Berita Harian (7 Jun 2005) menyiarkan artikel bertajuk “Kod etika Internet bendung khabar angin” melihat internet
ibarat pisau yang “boleh memotong dan juga membunuh”. Kepincangan belia yang mengadap komputer sepanjang
hari berchatting, melayari laman porno, asyik bermain video game dan terdapat pula laman web yang menyebarkan
fitnah terhadap individu atau atau kerajaan. Tindakan invividu atau kumpulan yang menyebarkan fitnah melalui
laman web juga berleluasa sehingga mampu menimbulkan panik kepada masyarakat. Tindakan kerajaan melalui
Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia, menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
bertujuan mengadakan forum dan membincangkan “kod etika pengamal telekomunikasi dan multimedia” sangatlah
dialu-alukan. Etika guru-guru dalam penggunaan ICT ini juga harus dimaktubkan dalam etika perguruan.

Adalah disarankan agar pihak pengurusan sekolah mengambil berat akan etika profesion perguruan supaya semua
guru di bawah pentadbiran mereka akan lebih beretika semasa menjalankan tugas. Paling tidak etika perguruan ini
dibawa ke dalam mesyuarat guru pertama setiap awal tahun untuk mengingatkan guru-guru tentang
kepentingannya.

Pentadbir sekolah dicadangkan menyediakan satu checklist pelanggaran etika oleh guru-guru sebagai semakan untuk
dijadikan alat pengukuran dan penilaian sahsiah guru. Ini dijangka mampu mengurangkan kes-kes guru bermasalah
di sekolah. Pihak pentadbir harus faham Teori Y (personaliti positif) tidak dimiliki oleh semua guru, malah ramai guru
yang harus dipantau dan diawasi (Teori X) sentiasa (Lunenburg dan Ornstein, 2004; Hanson, 2003; Owens, 1998).
Guru-guru di sekolah sudah biasa dengan sindrom “kucing tiada, tikus bermaharajalela”.

Di peringkat atasan pula, dicadangkan agar kod etika guru (Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia) digubal semula
mengikut keperluan semasa. Penggubalan kod etika guru yang baru harus mengambil kira pandangan guru-guru
secara keseluruhannya. Kajian-kajian mengenai keberkesanan kod etika guru harus dijalankan secara komprehensif
guna untuk mengetahui tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan guru-guru bersesuaian dengan etika perguruan.

Kesimpulan

Guru-guru di Malaysia harus berasa bangga kerana profesion perguruan di Malaysia masih dipandang tinggi oleh
masyarakat dan negara, walaupun semakin pudar pengiktirafan tersebut. Kerajaan masih memberikan peruntukan
tertinggi kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan Negara. Walaupun nilai ekonominya tidak berapa
memberangsangkan, para guru harus bersyukur kerana tugas guru merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam
agama dan menjadi agenda utama kerajaan.

Kita telah melihat bagaimana sesuatu kod etika perguruan dibina. Bermula dengan teori-teori yang berkaitan,
permasalahan etika terutama yang berkaitan dengan dunia perguruan, diikuti dengan rasionalnya pembentukan
sesuatu kod etika, nilai moral yang seharusnya ada pada seorang guru dan tanggungjawab seorang guru.

Bahagian seterusnya, kita melihat kepada prinsip-prinsip dan nilai etika seorang guru yang juga seorang penjawat
awam. Bagi guru-guru, kita adalah terikat kepada etika Kementerian Pelajaran, Tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia dan Perintah Am. Guru-guru harus mengamalkan etika-etika dan peraturan yang disediakan ini supaya
masyarakat memandang tinggi dan yakin kepada profesionalisme guru-guru Malaysia.

Bahagian terakhir kita telah didedahkan dengan beberapa isu yang berkaitan dengan pematuhan etika perguruan.
Terdapat tujuh isu yang diketengahkan, iaitu, isu penilaian; isu amanah; isu ikhlas; isu dedikasi; isu bersyukur; isu
gangguan seksual; dan isu sekitar etika perguruan yang wujud pada masa ini. Beberapa cadangan juga disarankan
dalam kupasan setiap isu untuk memperbaiki keadaan yang wujud. Jelas kepada kita bahawa nilai etika guru-guru
banyak “dipalit arang” oleh segelintir yang tidak seharusnya menceburi bidang perguruan.

 
Adalah amat diharapkan agar guru-guru tidak akan melanggar etika perguruan kerana ia merupakan landasan yang
menuju kepada tingkahlaku yang akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain daripada itu, pematuhan etika
perguruan akan meningkatkan martabat guru-guru Malaysia.

BIBLIOGRAFI

 Buku Rujukan

 Abdullah Bakri. 1990. Kepimpinan Pengajaran dan Konsep Kepimpinan Berpasukan . Wawasan. Ogos 1990.
5 – 15.

 Asnah Abdul Hamid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Jurnal Pengurusan
Pendidikan. Jld. 5. 29 – 40

 Berita Harian. 7 Jun 2005. Kod Etika Internet Bendung Khabar Angin.

 Black, P. 2001. Ideology, Evidence and the Raising of Standards dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed).
Becoming A Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 25 - 36.

 Cribb, A. dan Gewirtz, S. 2001. Values and Schooling dalam Dillon, J. dan Maguire, M. (ed). Becoming A
Teacher: Issues in Secondary Teaching. Buckingham: Open University Press. 37 – 49.

 Feeney, S. dan Christensen, D. 1979. Who Am I In The Lives of Children?: An Introduction to Teaching
Young Children. Ohio : Charles E. Merill

 
 Feeney, S., Christensen, D. dan Moravcik, E. 1996. Who Am I In The Lives of Children? : An Introduction to
Teaching Young Children. New Jersey: Prentice Hall.

 Foo Say Fooi. 2005. Etika Perguruan : Jaminan Peningkatan Profesionalisme. Serdang: Penerbit UPM.

 Hanson, E.M. 2003. Educational Administration and Organizational Behavior (Edisi 5). Boston: Allyn and
Bacon.

 Institut Aminudin Baki. 1997. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia. 15
Disember 1997

 Kamarudin Hj. Kachar. 1989. Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing.

 Lieberman, M. 1956. Education As A Profession. New Jersey: Prentice Hall.

 Lunenberg, F.C. dan Ornstein, A.C. 2004. Educational Administration: Concepts and Practices (Edisi 4).
Belmont: Wadsworth / Thomson

 Mok Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia (Edisi 7). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

 Mukherjee, G.H. 1978. Sekolah dan Nilai Moral. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia. Jld. 23 (58) April
1978. 28 – 33.

 Omens, R.G. 1998. Organizational Behavior in Education (Edisi 6). Boston: Allyn and Bacon.

 Radzuan Hassan. 1997. Utusan Melayu. 26 Okt. 1997.

 Strike, K. A. dan Soltis, J. F. 1998. The Ethics of Teaching. New York: Teacher College Press.

 
 Sufean Hussin, 1996. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala Lumpur: DBP.

 Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice ( Edisi 7 ). New Jersey : Prentice Hall.

 _____. 1996. Perintah-perintah Am: Bab A – Bab G, Kuala Lumpur: MDC

 Atas Talian

 Alabama Education Association. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian.


http://www.shelbyed.k12.al.us/gbu.htm  (3 Sept. 2005)

 Association of Unity Churches. (tanpa tarikh). Code of Ethics. atas talian


http://www.unity.org/education/ltcode.html%20%203%209%202005  (3 Sept 2005)

 Azman Md. Nor. 25 Ogos 1997. Guru Bahasa Inggeris Enggan Ke Desa. atas talian.
http://161.139.39.251/akhbar/teaching/1997/um97826.htm ( 13 Sept. 2005)

 Berita Harian. 11 Sept. 2005. Guru Rogol 32 Pelajar. atas talian.


 http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Dunia/20050911103703/Article/pp_index_html 
 20050911103703/Article/pp_index_html (11 Sept 2005)

 Buletin Online. 2004. Guru AJK UMNO Dungun Abai Tanggungjawab. atas talian
http://buletinonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=131  (9 Sept. 2005)

 EVAW. tanpa tarikh. EVAW International Mission Statement. (atas talian) G:\About EVAW International.htm
(3 Sept. 2005)
 

 Freitas, D. tanpa tarikh. A Professional Code of Ethics for Teacher Educators: A Proposal to Stimulate
Discussion and Debate. atas talian.http://sdmultimedia.com/icce/CodeTE9.htm  (3 Sept. 2005)
 Kant, I. (tanpa tarikh). Ethics. atas talian. http://www.suhsd.k12.ca.us/edtech/healthtech/t-ethics.htm  (3
Sept. 2005)

 Marzita Abdullah. 26 Mac 2004. Rasuah: Beberapa Kes Melibatkan Sekolah. atas talian.
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.htm  (15 Sept. 2005)

 New York State United Teachers. 2002. Seeking input on ethics code: Proposal lists six guiding principles for
teachers. atas talian. http://www.nysut.org/newyorkteacher/2001-2002/020116ethics.html  ( Sep 2005)

 Syuhada Choo Abdullah. 2002. Sikap Ketua Jabatan Lewat Lapor Kes
 Tatatertib. atas talian. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/5aug_tatatertib.htm 
 2002/5aug_tatatertib.htm ( 9 Sept. 2005)

 United State Equal Employment Opportunity Commision. (tanpa tarikh).


 Sexual Harassment. atas talian. http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/  (12 Ogos 2005)
 Worley S.M. (tanpa tarikh). About The Teacher. atas talian. http://teacherweb.com/HI/MaryknollSchool-
HighSchoolDivision/MrsWorleyEthics/t.stm  MrsWorleyEthics/t.stm (3 Sept. 2005)

 ______. Sept. 2005. Bayaran Skim Baucer Tuisyen Masih Belum Dijelaskan.atas talian.
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article  (11 Sept 2005)

 ______. 25 Feb. 2004. Guru Disyaki Rogol 2 Pelajar Bisu. atas talian.
 http://www.network54.com/  (11 Sept. 2005)

 ______ . 2001. Code of Ethics for Minnesota Teachers. atas talian.


 http://education.state.mn.us/html/012969.htm  (3 Sept. 2005
BI
FIK 3042 English For Communication 2
This assignment is to be individually . You are required to write a report on two English to write
a report on English language programme implemented in your school . EWrite an approximately
1500 words report for each programme . Please use following format for your assignment .

 Title page
 Introduction 1 mark
 Aims and objectives of programme 2 x 2 = 4 marks
 Duration of programme 0.5 x 2 = 1 mark
 Target group 0.5 x 2 = 1 mark
 Report on implementation of programme 2 x 2 = 4 marks
 Strength and weaknesses of programme 2 x 2 = 4 marks
 Suggestion and recommendations 2 x 2 = 4 marks
 Conclusion 1 marks

________________
20 marks
 
 
Please note the following :

 Font type – Time New Roman


 Font Size 12
 1.5 spacing
 Submision : 29 may 2011 by 12:00pm
 A maximum of 5 marks will be deducted for grammatical errors .
SAMPLE-BI REPORT
Introduction
The use of English Language is very important among school children. Therefore it must not be
used only in the classroom or when pupils are in school. It has to be practiced in their daily
conversation regardless place and time. A consistent use of English Language will ensure pupils;
at their tender age inculcate the essential skills needed. Reading, speaking, listening, writing and
grammar in English Language are five important skills pupils should master. Therefore, an
English Week was planned to be implemented in SK________ 
 
Aims
There are two aims of the English Week. First, to make use of English in this school visible. Use
of English can be in forms of reading, speaking, listening and writing. Second, to encourage all
pupils to use English Language as a medium of interaction with their friends and teachers. This
can encourage them start using English Language as early as 7 years old. 
Objectives 
There are a number of objectives of the programme. The objectives are based on the activities
planned throughout the English Week. The table below shows the objective set for all the
activities.
 
No. Activities Objective(s) Target Group
1 Singing Competition - To promote use of English in forms of songs - Year 1 and Year 2
2 Story Telling Competition - To improve pronunciation and fluency 
- To improve confidence of pupils when presenting the story to audience - Year 3- 6 
3 Spelling Bee - To improve spelling skill
- To enrich vocabulary - Year 4-5
4 Poem Recitation - To enable pupils to appreciate literature - Year 6
 
Duration of Programme
The English Week was carried out from 18 April until 22 April 2011. All activities were carried
out from 7.30 a.m until school session ended. The table below shows the details of the
implementation of the programmes.
No. Activities Date and time Place
1 Singing Competition 18 April 2011, 1.00 p.m - Main Hall
2 Story Telling Competition 19 April 2011, 1.00 p.m - Language Room
3 Spelling Competition - 21 April 2011, 1.00 p.m - Main Hall
4 Poem Recitation - 22 April 2011, 7.30 a.m - Language Room
 
Report on implementation of Programme 
Singing Competition
The singing competition was the first activity carried out during the English Week. The teacher-
in-charge was Pn. Ang Bee Chee. The competition started as scheduled. There were 5 groups of
student participated in the competition. Each group was comprised of 8 to 10 pupils. The
selection of songs was made by both the English Language teachers and the Music Teacher.
Each group had to perform within 8 minutes. Participants were allowed to use gestures when
singing. Use of costumes was optional.
There were 3 judges responsible for the adjudication. The judges were teachers from
neighbouring schools. The winner of the singing competition was group Merry from 2 Dedikasi.
They presented the song titled “You raise me up”. The runner up went to group Cheerful from 1
Bestari with their song “ Flying Without Wing”. The second runner up went to group Daffodil,
who sang “Hero”. Prizes were given away on the same day of competition. 
 
Story Telling Competition
The story competition was carried out on 19 April 2011. The teacher-in-charge was Puan Dalila
Esmail. There were 12 participants for this competition. Participants were to tell their stories
based on the themes set by the organising committee. The themes were courage, kindness and
responsibility. The stories to be presented could be taken from old folklore or modern stories. 
This competition was the most interesting. There were many talented pupils who presented their
story creatively. The combination of gesture, pronunciation of words and rhythms of sentences
had attracted the audience which included some parents. Some of them gave full support for their
children in order to give them more confidence.
The judges had a tough time to decide on the winners. The champion for the story telling
competition was Muhammad Aminur Salihin from 4 Cendekia. The story that he told was
“Random Acts of Kindness”. The second place went to Nur Shakina Azhar from 5 Fikrah with
the story entitled “King Arthur”. The third place went to Rukumani d/o Ponniahsamy from 3
Cendekia. The title of her story was “Kuruvi”.
 
Spelling Competition
The Spelling Competition was carried out in the school main hall. The teacher-in-charge was
Encik Ramlan Abu Hanifa. There were many students watching this competition. The
competition was divided into two rounds. The first round was the spelling of general words
taught in primary schools. Each participant had to spell at least 5 words correctly to entitle them
for the next round. In the second round each participant was given 45 seconds to spell the
correctly. 
 
Out of 15 participants, there were only 4 pupils who managed to continue for the second round.
The second round was a tough round. However there was one participant who managed to spell
all the words correctly. Halim Bakri from 5 Bestari became the champion of the Spelling
Competition. The runner up was Hasnah Tahir from 5 Intelek and the second runner up was
Fatihah Izhar from 5 Fikrah. 
 
Poem Recitation 
 
The Poem Recitation was the last activity carried out during the English Week. Only Year 6
pupils were allowed to take part in this competition. There were only 5 pupils participated in this
competition. Each participant was allowed to recite the poem of their choice in 5 minutes. 
 
The champion for this competition was Nur Shaza Abdul Rahman from 6 Arif. The title of her
poem was “Mama”. The second place went to Mohd. Zulkafle Noor from 6 Bestari who
presented the poem entitled “Loneliness”. The third place went to Aina Shahmi from 6 Cendekia.
Her poem entitled “Why”.
 
Strengths and weaknesses of the programme
 
The implementation English Week was a success. All the activities were carried out smoothly.
However, there were some strengths and weaknesses found when carrying out this programme.
The table below shows the strengths and weaknesses of the programme.
 
Strengths Weaknesses
All teachers gave full cooperation
- All teacher had played their roles according to the organising committee set Not many “new
faces” joined the activities
Supports from PTA
- Full support given by many parents in form of monetary and moral supports Equipments need
improvement. i.e microphone and P.A system
Sponsorship by local companies
- Local companies operating nearby the schools sponsored the prizes for the winners. 
 
Suggestions and recommendations 
In order to make English Week more successful in the future, The English Language Panel
would like to give some suggestions and recommendations. First, it is suggested that the duration
of English Week to be extended to two weeks next year. That will enable more activities to be
implemented during the English Week. Second, the choice of activities must be variety to
promote more participation of pupils.
 
The English Language would also like to recommend the school administration to allow
activities to be carried out outside the formal school time table so that more pupils can watch all
the activities at different time and place. The school administration must also take immediate
action to repair and improve the quality of the school P.A system for a better quality of pupils’
presentation.
 
Conclusion
It is hoped that the English Week 2011 implemented by the English Language Panel of SK ____
be benefitted by all students. The English Language Panel also hope that to further improve the
English Week 2012 in order to make use of English Language more visible in this school.
ENGLISH LANGUAGE AND LITERATURE
FACULTY OF LANGUAGES AND COMMUNICATION
FIK 3042- ENGLISH FOR COMMUNICATION 2
ASSIGNMENT 3
(30%)
This assignment is to be done individually. You are required to submit an interview report on a
prominent person who has contributed to the community. The report must be approximately
3,000 words. It is compulsory that the interview is conducted in English. Please include the
following when you submit your report:
 

1. Title page 1 mark


2. Introduction 2 marks
3. Biography of interviewee 2 marks
4. The report 15 marks
5. Interview questions (5-7) 5 marks
6. Pictures (minimum 3 while conducting the interview) 5 marks

 
 
**please note the following:

 Font type – Times New Roman


 Font size – 12
 1.5 spacing
 Submission – 12th June, 2011 by 12.00pm
 A maximum of 5 marks will be deducted for grammatical errors.

You might also like