You are on page 1of 19

Fairus Muhamad Darus. 2004.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pengurusan Kualiti Udara


Bandaraya Kuala Lumpur. Dlm: Jamaluddin Md Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Ariffin &
Azahan Awang (eds). Alam Sekitar Dan Kesejahteraan Masyarakat Malaysia: 67 – 84. Bangi. UKM.
ISBN: 983-2975-28-X

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam


Pengurusan Kualiti Udara Bandaraya Kuala Lumpur

Oleh:
Fairus Muhamad Darus
Program Teknologi Persekitaran, Fakulti Sains Gunaan
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam
Selangor

Pengenalan

Kemerosotan kualiti udara adalah begitu ketara di kawasan-kawasan bandar besar


seperti Kuala Lumpur yang mengalami proses perbandaran dan perindustrian (Tan
1982). Pencemaran udara akibat daripada pembakaran bahan fosil bagi keperluan
industri serta kenderaan bermotor merupakan ciri masalah perbandaran. Masalah ini
telah lama wujud sejak pertengahan abad yang lalu, khususnya di negara-negara maju
dan Malaysia juga tidak terkecuali terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala
Lumpur.

Sebelum tahun 1970an, beberapa pemerhati berpendapat bahawa masalah pencemaran


udara di negara Malaysia adalah tidak penting kerana ianya menerima jumlah hujan
yang rata-rata melebihi 2200 mm setahun, dan ini dikatakan cukup untuk
membersihkan udara yang tercemar (Sham dan Jamaluddin 1990). Laporan terkini
mengenai pencemaran udara di Malaysia dan negara-negara tropika rendah yang lain,
walau bagaimanapun tidak menyokong pendapat ini. Paras pencemaran udara
dikatakan semakin meningkat, dan sesetengah jenis pencemaran telah pun melebihi
paras selamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Daripada
pencerapan yang dilakukan didapati sesetengah Bandar besar di Malaysia
memperlihatkan kemerosotan kualiti udara (Sham 1990).

Kemerosotan kualiti udara ini adalah berpunca daripada pertambahan bilangan


sumber pencemaran udara yang tidak terkawal seperti pembakaran terbuka, pelepasan
asap kenderaan dan punca-punca industri. Kemungkinan hal ini berlaku kerana
kegagalan sistem pengurusan kualiti udara yang dilaksanakan dalam agensi-agensi
yang terbabit. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS 1996), menyatakan
bahawa daripada 3177 aduan yang diterima mengenai pencemaran pada tahun 1996,
sebanyak 2383 (75%) aduan tersebut adalah berkaitan dengan pencemaran udara. Ini
menunjukkan bahawa masalah pencemaran udara adalah ketara berbanding dengan
lain-lain pencemaran.
Artikel ini membincangkan peranan pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) di dalam pengurusan kualiti udara di Bandaraya Kuala
Lumpur semasa negara dilanda masalah Jerebu pada tahun 1997.

Pengurusan Kualiti Udara

Pengurusan alam sekitar amnya atau pengurusan kualiti udara khususnya adalah satu
bidang multi-displin yang luas yang memerlukan pelbagai usaha dan tidakan
bersepadu dan diarahkan kepada mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah-
masalah persekitaran yang wujud. Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang
terlibat pada prinsipnya boleh digambarkan di dalam Rajah 1.

Pengurusan alam sekitar


dan pelaksanaan
program alam sekitar.

Penyelidikan dan
Faktor-faktor sosial dan penilaian.
exegenous.

Proses membuat
keputusan pengursan
alam sekitar.

Isu-isu perlembangaan
dan perundangan.

Peraturan, teknik,
proses dan strategi.

Rajah 1: Proses pengurusan dan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam pengurusan


alam sekitar (Khalid 1985).

Kaedah yang biasa digunakan bagi pengurusan alam sekitar merangkumi kaedah-
kaedah melalui kawalan undang-undang dan bukan undang-undang. Rajah 2
menunjukkan tindakbalas manusia dengan persekitaran atmosfera yang melibatkan
kemerosotan kualiti udara. Dalam ruangan respon di dalam rajah tersebut
menunjukkan dua langkah pengurusan kualiti udara yang diamalkan secara bersama
iaitu melalui kaedah perundangan dan bukan perundangan. Di Malaysia khususnya
dalam kawalan sistem perundangan ianya melibatkan pelbagai akta, enakmen dan
peraturan-peraturan yang mempunyai peruntukkan yang tersendiri bagi mengawal
masalah-masalah yang berkaitan khususnya pencemaran udara. Manakala kaedah
bukan perundangan melibatkan penggunaan garis panduan, sistem pendidikan formal
dan bukan formal.
PROSES HASIL RESPON

Manusia dan kegiatannya Kesan tindakbalas manusia- Pengurusan kualiti udara


sekitaran antomsfera
• Persepsi
• Perancangan
• Membuat keputusan 1. Perundangan
• Tindakan 1. Kemerosotan kualiti
udara • Peraturan
• Perlesenan
2. Pulau haba • Arahan
• Penguatkuasaan
• Suhu
• Hujan 2. Bukan Perundnagan
Teknologi Perubahan
• Angin
Tenaga alam sekitar
• Kelembapan • Garis panduan
Bahan
bandingan / bahang • Pendidiksn
• Sinaran matahari • Perancangan
• Pemonitoran
• Polisi Awam
3. Banjir kilat dan
sebagainya
Alam sekitaran fizikal

• Sekitaran atmosfera

Rajah 2: Tindakbalas manusia-sekitaran atmosfera dan kesannya terhadap kemerosotan kualiti udara serta respon yang berkaitan.
Apabila membincangkan kaedah kawalan melalui undang-undang, maka adalah perlu
untuk memahami sistem pentadbiran perundangan khususnya yang melibatkan alam
sekitar. Di Malaysia, perundangan alam sekitar umunya melibatkan sistem
sumberjaya. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mempunyai satu sistem
pembahagian pentadbiran sumberjaya yang kompleks. Kaedah ini wujud oleh
pembahagian tanggungjawab yang berbeza-beza di antara Parlimen Persekutuan dan
Dewan Undangan Negeri. Ini ditambah lagi negara ini mengamal pemerintahan secara
tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan kerajaan
tempatan. Setiap peringkat kerajaan tersebut mempunyai sistem pentadbiran dan
perundangan yang agak berbeza antara satu sama lain serta bidang kuasa yang
tersendiri.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, terdapat satu senarai bersama
(concurrent) di mana undang-undang boleh digubal sama ada oleh Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri. Ini jelas dapat dilihat pada Artikel 75 dalam perlembagaan
bagi Kuala Lumpur selain daripada tertakluk kepada perundangan persekutuan, ia
juga tertakluk kepada perundangan kerajaan tempatan.

Dalam hal pengurusan kualiti udara, tanggungjawabnya melibatkan beberapa agensi


kerajaan tempatan dan persekutuan. Agensi-agensi ini bertanggungjawab ke atas
penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dalam bidang kuasa masing-masing.
Di peringkat persekutuan, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1985)
merupakan undang-undang yang komprehensif untuk mencegah, menghapuskan dan
mengawal pencemaran. Akta-akta lain yang berkaitan dengan pengurusan kualiti
udara di peringkat persekutuan adalah Akta Perhutanan 1984 dan Akta Perlombongan
Pertroluem 1972. Di antara instutusi yang terlibat secara langsung dalam pengawalan
pencemaran udara di bawah undang-undang persekutuan ini adalah Jabatan Alam
Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibantu oleh Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan
Lombong dan Galian.

Selain daripada itu, beberapa undang-undang persekutuan yang sedia ada


dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri. Undang-undang ini disediakan bagi
menggalakkan penyelarasan di antara negeri-negeri. Di antara undang-undang yang
terletak di bawah undang-undang negeri adalah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan
Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Institusi yang terlibat dalam kedua-dua akta ini
adalah pihak berkuasa tempatan. Oleh yang demikian, instutusi yag terlibat dalam
pengurusan kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur adalah Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).

Sejarah DBKL Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan

Pada tahun 1890 Lembaga Kesihatan telah diwujudkan oleh pihak penjajah berfungsi
sebagai badan pentadbiran untuk menguruskan Kuala Lumpur. Selepas itu, Lembaga
Kesihatan telah dinaik tarafnya menjadi Suruhanjaya Persekutuan pada tahun 1948.
Pada tahun 1951 Suruhanjaya telah dipinda untuk ditubuhkan Majlis Perbandaran.
Perubahan yang berlaku ini adalah mengikut keperluan akibat pembangunan di Kuala
Lumpur.
Perkembangan yang pesat di Kuala Lumpur telah mendorong kepada kenaikan taraf
Kuala Lumpur sebagai bandaraya pada 1 Februari 1972. Dengan kenaikan taraf Kuala
Lumpur sebagai bandaraya, ia telah membawa kepada pembentukan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai organisasi yang bertanggungjawab
mentadbir Kuala Lumpur. DBKL memainkan peranan penting sebagai nadi pengerak
kepada pembangunan dan kemajuan Kuala Lumpur dan penghuninya. DBKL juga
merupakan sebuah jentera kerajaan tempatan yang terbesar di Malaysia. Peranan yang
dimainkan oleh DBKL amat besar bagi mencapai matlamat yang menjadi asas
penubuhannya (Hamidah 1987).

Struktur Organisasi DBKL

Di bawah organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terdapat lapan jabatan
yang terlibat secara langsung dengan pengurusan serta kawalan pencemaran alam
sekitar. Rajah 3 menunjukkan struktur organisasi DBKL secara keseluruhan. Jabatan
tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Senarai jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan kawalan pencemaran
alam sekitar.

• Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan


• Jabatan Senitaman dan Rekreasi
• Jabatan Perkhidmatan Bandar
• Jabatan Pembentungan dan Perparitan
• Jabatan Kerja Awam dan Lalulintas
• Jabatan Perlesenan
• Jabatan Kesihatan
• Jabatan Direktorat Penguatkuasa

Selain daripada itu, terdapat juga jawatankuasa-jawatankuasa lain yang memberi


pertimbangan terhadap isu-isu alam sekitar seperti Jawatankuasa Bandar,
Jawatankuasa Kecil Teknikal. Jawatankuasa-jawatankuasa ini turut memainkan
peranan penting dalam memastikan segala proses pembangunan di Kuala Lumpur
dapat mematuhi konsep pembangunan yang mesra alam.

Unit Perlindungan Alam Sekitar (UPAS)

Penguatkuasa pencemaran alam sekitar lebih dipertanggungjawabkan kepada Unit


Perlindungan Alam Sekitar (UPAS) di Jabatan Kesihatan DBKL yang telah
ditubuhkan pada tahun 1987 (Rajah 4). Tugas utama unit ini ialah untuk
mengenalpasti, menghapus, mencegah serta mengawal tahap pencemaran alam sekitar
di Bandaraya Kuala Lumpur. Pendekatan yang digunakan oleh unit ini di dalam
pengurusan alam sekitar adalah berdasarkan dua kaedah utama iaitu:
Dato Bandar

Lembaga Penasihat

Ketua Pengarah

Unit Perancangan Ibukota

Unit penswastaan dan kerjasama

Jabatan Kewangan

Timb. Ketua Pengarah I Timb. Ketua Pengarah II

Jabatan Urusetia Jabatan Personal Jabatan Perkhidmatan Jabatan Senitaman


Bandar dan Rekreasi

Jabatan Perundangan Jabatan Penilaian dan Jabatan Perngurusan Jabatan Pengurusan


Harta Perumahan Penjaja Kecil

Jabatan Kerja Awam Jabatan Perancangan Jabatan Perlesenan Jabatan Kesihatan


dan Lalulintas dan Kawalan

Jabatan Arkitek Jabatan Kejuruteraan Jabatan Jabatan


Kimia Pengangkutan Pembangunan Sosial
dan Kebudayaan

Jabatan Penilaian Jabatan Perparitan Jabatan Direktorat


dan Pembentungan Penguatkuasaa

Rajah 3: Struktur organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Pengarah Kesihatan

Ketua Unit Ketua Bhg. Timb. Pengarah Timb. Pengarah Ketua Bhg. Ketua Bhg.
Perlindungan Epid., Kawalan Bhg. Kawalan Vektor Bhg. Kesihatan Ibu Kesihatan, Cara Pembangunan
Alam Sekitar Mutu Makanan dan Pets Mengandung dan Kanak- kerja dan Masyarakat dan
Pegawai dan Air kanak serta Perkhidmatan Kakitangan Pelajaran
Kawalan Alam Pegawai Kesihatam Sekolah Pegawai Kesihatan
Sekitar Perubatan dan Perubatan dan Pegawai
Kesihatan Kesihatan Pelajaran
Kesihatan

Bhg. Sanitasi
Premis dan
Bhg. Pentadbiran Kebersihan
Pegawai Tadbir Makanan
Ketua Inspektor
Kesihatan

Zon Klang Lama Zon Damansara Zon Pusat Zon Setapak Zon Kepong Zon Cheras
Pegawai Pegawai Bandar Pegawai Pegawai Pegawai
Perubatan dan Perubatan dan Pegawai Perubatan dan Perubatan dan Perubatan dan
Kesihatan Kesihatan Perubatan dan Kesihatan Kesihatan Kesihatan
Kesihatan

Rajah 4: Struktur organisasi Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
a. Perlesenan melalui penetapan syarat-syarat dalam pengeluaran lesen
perniagaan dan sebagainya.

b. Melalui program pemeriksaan rutin tahunan terhadap kilang-kilang atau


premis-premis yang mencemarkan.

Bagi melicinkan pelaksanaan tugas dalam pengurusan alam sekitar dan khidmat
kepada orang ramai, bermula pada tahun 1982 DBKL mewujudkan cawangan zon
pentadbiran yang terdiri daripada 6 kawasan iaitu Pusat Bandar, Kepong, Damasara,
Setapak, Kelang Lama dan Cheras. Jaduan 1 dan 2 menunjukkan objektif dan aktiviti
yang dilaksanakan oleh UPAS.

Jadual 1: Objektif Unit Perlindungan Alam Sekitar, DBKL

Objektif UPAS, DBKL

1. Mengekal Keadaan alam sekitar yang sihat bagi kehidupan manusia yang
sempurna
2. Pengekalan alam sekitar selaras dengan kehendak-kehendak penduduk
terutamanya darisegi keupayaan pengeluaran sumber-sumber.
3. Menjamin kualiti alam sekitar dari pencemaran akibat perubahan bilangan
penduduk dan aktiviti-aktiviti manusia dalam usaha memajukan sumber-
sumber semulajadi, perindustrian dan pembandaran.
4. Menjamin metlamat pembangunan sosio-ekonomi dengan kepentingan
pemuliharaan kualiti alam sekitar.
5. Memastikan saling keutamaan faktor-faktor sosial, kebudayaan, ekonomi,
alam hayat dan fizikal dalam menentukan ekologi manusia.
6. Mengekal pusaka-pusaka di negara yang unik dan berbagai-bagai jenis yang
menyumbang kepada mutu kehidupan yang sihat.

Jadual 2: Aktiviti yang dilaksanakan oleh Unit Perlindungan Alam Sekitar, DBKL

Aktiviti UPAS, DBKL

1. Mengenalpasti semua tred dan industri yang berpotensi menimbulkan


pencemaran alam sekitar.
2. Memeriksa dan menjalankan langkah-langkah kawalan bagi menentukan
semua tred dan industri berkenaan tidak menimbulkan masalah pencemaran
iaitu mematuhi piawaian yang ditetapkan.
3. Meluluskan permohonan lesen baru tred dan industri yang berpotensi
menimbulkan pencemaran atau kacauganggu.
4. Menerima dan menyiasat aduan orang ramai.
5. Pemeriksaan susulan perlaksanaan kehendak atau keperluan yang diarah oleh
unit ini.
Kualiti Udara Di Kuala Lumpur

Secara umumnya tahap kualiti udara di Kuala Lumpur berada ditahap yang tidak
memuaskan terutamanya untuk beberapa tahun kebelakangan dan hal ini menjadi
lebih serius apabila berlaku kekerapan kejadian jerebu yang melanda negara.
Meskipun gas-gas pencemaran seperti ozon, karbon dioksida, nitrogen dioksida,
sulfur dioksida dan logam plumbum berada di bawah paras Garis Panduan yang
disyorkan, tahap pencemaran partikel halus (Particulate Matter – PM10) masih belum
mencapai pada tahap yang memuaskan. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (1995)
dari tempoh 1989 hingga 1995, purata kepekatan jumlah partikel terapai masih
melebihi paras Garis Panduan yang disyorkan iaitu pada 90µg/m3 kecuali pada tahun
1993.

Pada tahun 1997 kualiti udara di Kuala Lumpur mengalami kemerosotan terutamanya
pada bulan Ogos hingga Oktober 1997. Indeks Pencemaran Udara (Air Pollution
Index - API) pada tahun tersebut meningkat bermula pada bulan Mei dan
kemuncaknya pada bulan September di mana bacaan API berada pada paras melebihi
100 iaitu pada paras tidak sihat. Ini diikuti sama oleh paras pencemaran partikel halus
(PM10) yang mencatatkan bacaan sebanyak 241.39 µg/m3 iaitu melebihi paras Garis
Panduan yang disyorkan iaitu 150 µg/m3 (Rajah 5).

Graf purata partikel halus di Kuala Lumpur pada tahun 1997 dan 1998

300

250

200
ppm

150

100

50

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Bulan
1997 1998

Rajah 5: Graf perbandingan purata partikel halus (PM10) bagi tahun 1997 dan 1998.
Kejadian jerebu pada tahun 1997 merupakan satu kejadian pencemaran udara yang
paling teruk melanda negara ini berbanding dengan episod jerebu yang lalu.
Peningkatan PM10 ketika berlakunya jerebu iaitu pada Ogos hingga Oktober 1997
adalah berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimatan dan Sumatra, Indonesia
dan juga sumbangan pembajaran terbuka domestik.

Catatan bacaan PM10 yang tinggi pada tahun 1997 di Kuala Lumpur telah memberi
kesan yang signifikan terhadap kesihatan terutamanya bagi warga kota yang berisiko
seperti kanak-kanak, orang tua dan golongan yang berpenyakit serta mereka yang
sentiasa bekerja di luar rumah (Kementerian Kesihatan 1998). Antara kesan-kesan
buruk yang dialami oleh warga kota akibat menyedut udara jerebu adalah seperti sakit
tekak, batuk, sesak nafas, pedih mata, selsema dan gatal-gatal kulit. Pendedahan
dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penyakit seperti kronik-bronkitis,
asma, kanser paru-paru, amfisema paru-paru dan adema paru-paru (Sitting 1975).
Bagi mengelak daripada masalah ini, warga kota telah dinasihatkan untuk berada di
dalam rumah dan dikehendaki memakai topeng atau penutup hidung apabila keluar
dari rumah.

Kesan kesihatan akibat kemerosotan kualiti udara di Kuala Lumpur dapat dilihat
daripada jumlah pesakit yang mendapat rawatan yang berkaitan dengan salur
penafasan di hospital yang berada atau berdekatan dengan Kuala Lumpur seperti
Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan Hospital Universiti (HU).

Rajah 6 dan 7 menunjukkan bilangan kes rawatan untuk penyakit asma dan
konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa di HBKL dan HU bagi tempoh 12 bulan
pada tahun 1997. Kedua-dua rajah tersebut menunjukkan peningkatan bilangan kes
rawatan bagi kedua-dua jenis penyakit terutamanya ketika kemuncak episod jerebu
iaitu pada Ogos dan November 1997.

Rajah 6: Kes rawatan asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa
di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Rajah 7: Kes rawatan asma dan konjunktivitis bagi kanak-kanak dan dewasa
di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Di antara langkah drastik yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi
masalah jerebu ini adalah menggunakan kaedah ‘pembenihan hujan’ yang bertujuan
untuk mengalakkan dan mempercepatkan proses hujan. Di samping itu juga langkah-
langkah meningkatkan penguatkuasaan seperti kawalan udara, kawalan pembakaran
terbuka, kuari dan kawasan pembinaan serta menjalankan pemantauan terhadap kes-
kes yang melibatkan masalah penafasan di hospital-hospital dan klinik-klinik
persendirian oleh beberapa agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan turut
dilakukan (Norlaila 1997).

Pengurusan Kualiti Udara Oleh DBKL

Pengurusan dan kawalan pencemaran alam sekitar di Kuala Lumpur oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipertanggungjawabkan di bawah Unit
Perlindungan Alam Sekitar (UPAS). Program pengurusan dan kawalan pencemaran
alam sekitar yang dilaksanakan oleh UPAS tidak mempunyai pengkhususan terhadap
komponen alam sekitar seperti air, udara, tanah dan sebagainya. Justeru itu
pelaksanaan program pengurusan kualiti udara atau pencemaran udara secara khusus
tidak wujud di dalam aktiviti UPAS.

Tugas utama UPAS adalah mengenal pasti, mengawal dan menghapuskan


pencemaran atau kacauganggu tanpa merujuk mana-mana komponen alam sekitar
secara khusus. Selain itu, unit ini juga bertindak memberi maklumbalas terhadap
aduan-aduan orang ramai terhadap perkara-perkara seperti bunyi bising, bau busuk,
asap, effeluen dan lain-lain. Aspek utama yang ditekankan oleh unit ini adalah melalui
tindakan penilaian, penguatkuasa undang-undang serta langkah-langkah kawalan.
Sehubungan dengan itu, unit ini menyediakan program kerja untuk setiap tahun untuk
penilaian dan penguatkuasaan dengan tujuan berikut:
• Membuat laporan premis, kajian garis panduan khusus bagi satu jenis
perniagaan atau tred.
• Memastikan agar semua premis yang disenaraikan dalam program ini dilawati
sama ada berlesen atau tidak berlesen.
• Mengenalpasti tahap kemajuan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan sama ada
terdapatnya proses peningkatan daripada kekerapan dikompaun dan
sebagainya.

Program kerja tahunan dirangka setiap tahun bertujuan untuk menyelaras dan
mengatur satu sistem kerja yang bersistematik dan bersepadu agar pemeriksaan-
pemeriksaan rutin dan kawalan serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Tujuan pemeriksaan yang bersepadu dibentuk adalah berbangkit dari
kepesatan pembangunan dan ekonomi negara yang mana ianya telah menyumbang
kepada pelbagai masalah pencemaran seperti bunyi bising, habuk, bau, pembakaran
terbuka, pencemaran sungai dan alir air yang mengakibatkan ketidakselesaan kepada
penduduk di Kuala Lumpur. Dengan adanya Program Kerja Tahunan, maka kerja-
kerja pengawalan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Program kawalan dan
pemeriksaan terhadap premis atau tred adalah bergantung kepada tahap atau kategori
seperti yang ditunjukan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Kategori Premis atau tred mengikut tahap pencemaran atau kacauganggu.

Kategori Kekerapan Kekerapan Keterangan


pemeriksaan pemeriksaan dalam
mengikut bulan setahun
Kelas Sekali setiap Tiga kali setahun Merupakan tred atau
Pencemaran Satu empat bulan industri yang berpotensi
menimbulkan pencemaran
atau kacauganggu yang
tinggi, kebanyakkannya
merangkumi semua
kategori pencemaran.

Kelas Sekali setiap Tiga kali setahun Merupakan tred atau


Pencemaran Dua empat bulan industri yang berpotensi
menimbulkan pencemaran
atau kacauganggu yang
sederhana tinggi.

Kelas Sekali setiap enam Dua kali setahun Merupakan tred atau
Pencemaran Tiga bulan industri yang berpotensi
menimbulkan pencemaran
atau kacauganggu yang
rendah.

Di samping merancang dan melaksanakan Program Kerja Tahunan, UPAS turut


melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan melalui peruntukan beberapa perundangan
dan undang-undang kecil yang digubal dibawahnya untuk mengawal pencemaran
termasuk pencemaran udara. Perundangan tersebut ialah Akta Kerajaan Tempatan
1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976. Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dilaksanakan melalui aktiviti
program tahunan dan juga tindakan berdasarkan aduan orang ramai.

Pada tahun 1997, kejadian episod jerebu yang melanda hampir keseluruhan negara
termasuk Kuala Lumpur telah memberi kesan yang ketara terhadap kualiti udara.
Dalam menangani kejadian tersebut UPAS yang juga ahli sekteriat Jawatankuasa
Jerebu Wilayah Persekutuan, telah mengambil dan melaksanakan tindakan-tindakan
yang sewajarnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang dikeluarkan
oleh JAS. Jadual 5 menunjukkan data-data hasil pemeriksaan dan tindakan yang
dilaksanakan pada bulan Mei hingga September 1997 dalam mengawal pencemaran
habuk dan asap di Kuala Lumpur. Selain daripada pemeriksaan tersebut, UPAS turut
menjalankan penguatkuasaan berdasarkan aduan orang ramai.

Jadual 5: Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh UPAS pada
Mei hingga September 1997.

Sumber Jumlah Aduan Pemeriksaan Tindakan Penguatkuasaan


Premis diterima dijalankan
Notis/ Kompaun Permohonan
Amaran Saman
Lisan

Pembakaran
terbuka - 5 11 8 1 -
1.Sampah
kebun - 9 25 5 4 -
2. Domestik /
komersial - - 1 - - -
3.Semak
samun

Loji Simen 46 - 71 9 20 -

Kuari 2 - 9 - 5 -

Tapak Binaan 168 3 234 44 30 1

Kilang Colok 2 - 1 - - -

Bengkel motor 357 - 12 10 - -

Kerja-kerja
kayu
1. Kilang 25 - 16 - 1 -
papan
2. Kilang 44 - 56 5 - -
Perabot

Upacara 55 2 11 11 - -
keagamaan

Jumlah 699 19 447 92 61 1


Selain daripada pengawalan pencemaran udara dengan penguatkuasaan undang-
undang, kawalan cara bukan perundangan juga telah dilaksana. Cara ini merupakan
suatu strategi pelengkap dan usaha memantapkan lagi aspek alam sekitar ke dalam
proses pembangunan supaya ianya tidak terus mengalami kemerosotan.

Terdapat pelbagai kaedah bukan perundangan yang dilaksanakan oleh DBKL di


dalam mengatur perancangan dan pengurusan kualiti udara di Kuala Lumpur. Antara
kaedah bukan perundangan yang menggunakan tindakan pro-aktif adalah melalui
garis panduan, kempen, pendidikan awam dan pemantapan dasar pembangunan sektor
yang berteraskan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan berterusan.

Di peringkat perancangan dan pembentukan dasar yang melibatkan pembangunan dan


alam sekitar, DBKL telah mewujudkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Alam Sekitar yang bertanggungjawab memberi nasihat dan panduan
mengenai isu-isu alam sekitar termasuk pengurusan kualiti udara kepada Datuk
Bandar dan pentadbiran DBKL khasnya dan kerajaan Malaysia amnya. Jawatankuasa
ini dianggotai oleh beberapa Ahli Lembaga Penasihat dan Pengarah-pengarah
Jabatan-jabatan yang berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO). Bidang tugas
jawatankuasa ini adalah membincangkan dan mengutarakan isu-isu pencemaran alam
sekitar, menganalisa dan mengkaji semula aktiviti-aktiviti dan polisi-polisi yang
bercanggah atau tidak selari dengan keperluan alam sekitar masa kini.

Perancangan guna tanah merupakan satu elemen penting dalam pengurusan alam
sekitar termasuk isu pengurusan kualiti udara. Akta Perancangan Wilayah
Persekutuan 1982 yang telah digubal dari Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Mengikut Seksyen 6(1) akta ini, pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab
mengatur, mengawal dan merancang pemaju dan penggunaan semula tanah dan
bangunan di dalam kawasannya. Ini dibuat melalui penyediaan pelan pembangunan
iaitu pelan struktur dan pelan tempatan.

Pihak DBKL juga berinisiatif di dalam membuat dasar untuk memperbaiki kualiti
alam sekitar termasuk kualiti udara di Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat melalui dasar
pengawalan pokok dan memelihara persekitarannya yang dijalankan oleh Jabatan
Senitaman dan Rekreasi yang bertujuan memastikan Kuala Lumpur menjadi
Bandaraya Taman. Walau pun dasar ini masih lagi baru namun pelaksanaannya yang
dilakukan secara berperingkat-peringkat dan mendapat kerjasama yang baik daripada
pelbagai pihak.

Di dalam membuat perancangan pelan pembangunan, DBKL juga merujuk dan


menguna pakai beberapa garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Alam Sekitar
seperti Garis Panduan Letakan Industri dan Pengezonan Industri dan Kod Amalan
Pelupusan Sisa-sisa Pepejal Di Atas Tanah. Di samping itu juga DBKL turut
menerbitkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan dan Kawalan
Bangunan seperti Garis Panduan Kawalan Pencemaran dan Kacauganggu.

Pelaksanaan penguatkuasaan di dalam pengurusan kualiti udara mahupun isu alam


sekitar tidak berkesan tanpa adanya kesedaran daripada orang awam. Menyedari
hakikat tersebut DBKL turut menyediakan program pendidikan secara tidak formal
bertujuan memberi maklumat dan menyedarkan orang ramai akan tanggungjawab dan
peranan mereka sebagai warga kota untuk menangani isu pencemaran alam sekitar.
Program pendidikan yang dijalankan oleh DBKL dilakukan dalam pelbagai bentuk
antaranya seperti Kempen Minggu Alam Sekitar, Seminar, Pertandingan Menulis
Esei, Pertandingan Fotografi, Ceramah, Gotong-royong dan sebagainya.

Bagi mewujudkan langkah-langkah menangani masalah jerebu yang serius di Kuala


Lumpur pada tahun 1997 daripada berulang, DBKL telah memilih tema sambutan
Minggu Alam Sekitar pada tahun 1998 sebagai “Penjagaan Kualiti Udara Yang Baik
Tanggungjawab Bersama”. Sepanjang sambutan Minggu Alam Sekitar tersebut,
kempen kesedaran hentikan pembakaran terbuka dan pemeriksaan asap kenderaan
telah dilaksanakan dengan kerjasama JAS. Di samping itu aktiviti gotong-royong
membersihkan tapak pelupusan sampah haram bersama penduduk setempat turut
diadakan. Aktivti gotong-royong ini bertujuan menghapuskan tapak-tapak pelupusan
sampah haram yang menyumbang kepada masalah pencemaran udara apabila
sampah-sarap di kawasan itu dibakar.

Keberkesanan Pengurusan Kualiti Udara Oleh DBKL

Tahap kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur akan mengalami kemerosotan jika
tiada usaha-usaha untuk mengurus dan memelihara serta mengekalkan kualiti udara
daripada pencemaran. Pengurusan kualiti udara ini boleh dilakukan melalui kaedah
perundangan dan bukan perundangan. Kedua-dua cara ini dilaksanakan oleh agensi-
agensi kerajaan pusat atau pun oleh pihak DBKL sendiri.

Pelbagai langkah yang telah dilaksana oleh pihak DBKL untuk memperbaiki mutu
penguatkuasaan dengan pengadakan program tahunan, kumpulan kerja pada waktu
malam dan sebagainya. Namun usaha tersebut hanya terhad kepada beberapa masalah
alam sekitar yang bersifat semasa dan hanya berkesan untuk jangka masa pendek.
Ketiadaan satu program khusus untuk menguruskan permasalahan alam sekitar secara
selektif dan efektif menyebabkan pengurusan alam sekitar oleh DBKL kurang
berkesan khususnya di dalam pengurusan kualiti udara. Hal ini jelas dapat dilihat dari
segi ketiadaan pelan induk dan strategi pengurusan kualiti udara untuk jangka masa
panjang.

Ketiadaan pelan jangka panjang yang bersifat intergratif turut menyukarkan DBKL
untuk menangani masalah pencemaran udara. Ini terbukti jelas apabila berlakunya
kejadian jerebu pada tahun 1997 yang punca utamanya adalah akibat pembakaran
hutan di negara jiran. Meskipun tidak dapat dinafikan sumber pencemaran dalam
negara seperti kenderaan turut menyumbang kepada kejadian jerebu tersebut.

Darisegi pelaksaan perundangan, DBKL mempunyai beberapa perundangan dan


undang-undang kecil yang digubal dibawahnya bagi mengawal kualiti alam sekitar
termasuk kualiti udara. Namun perundangan yang sedia ada didapati kurang berkesan
di dalam membantu proses penguatkuasaan yang dijalankan. Terdapat beberapa
perkara yang menyebabkan langkah-langkah yang diambil tidak berkesan, antaranya
yang paling utama ialah ketiadaan atau kekurang kriteria dan piawaian yang dapat
digunakan dalam penguatkuasaan.

Selain itu, keupayaan untuk menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan


bergantung kepada pengaruh di setiap peringkat perlaksana. Perlaksanaan ini tidak
dapat dijalankan bila kemampuan untuk menjalankan penguatkuasaan darisegi
undang-undang dipertikaikan atau dipersoalkan. Undang-undang yang tidak
dikemaskini menyebabkan terdapat kehendak yang tidak jelas untuk membuat
interpretasi. Tambahan pula, perbezaan jumlah bayarankompaun atau denda yang
dikenakan oleh undang-undang yang digunakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti
DBKL; nyata lebih rendah dan jauh berbeza berbanding yang terdapat di dalam Akta
Kualiti Alam Sekitar. Keadaan ini menyebabkan peranan pihak berkuasa tempatan
dalam pengurusan alam sekitar seperti udara menjadi tidak berkesan.

Fungsi penguatkuasaan yang terhad di satu-satu jabatan sahaja dan dianggap telah
meliputi keseluruhan fungsi DBKL serta pertindihan bidang kuasa antara jabatan turut
mempengaruhi keberkesanan penguatkuasaan. Kekurangan tenaga manusia,
kewangan dan teknikal juga menjadi punca penguatkuasaan tidak dapat dilaksanakan
bagi mencapai matlamat sebenar.

Kesedaran tentang wujudnya kekurangan dan kelemahan darisegi peruntukkan


undang-undang bagi menjayakan penguatkuasaan yang lebih efektif harus ditangani
dan diambil tindakan segera. Oleh itu agensi-agensi yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam masalah pengurusan kualiti udara boleh membantu dalam
proses menyemak semula peruntukkan perundangan yang ada, disesuaikan dengan
keadaan semasa untuk menentukkan sama ada undang-undang dan peraturan
dibawahnya mencukupi dan relevan dengan keperluan masa kini dan akan datang.

Kesimpulan

Udara merupakan satu sumber dan keperluan yang penting kepada semua hidupan di
muka bumi ini. Justeru itu adalah perlu bagi setiap manusia menyedari kepentingan
melindungan udara yang tercemar. Masalah pengurusan kualiti udara ini hanya dapat
diatasi sekiranya langkah-langkah untuk mengurusnya diambil melalui intergrasi
prinsip-prinsip pengurusan alam sekitar yang teratur dan bersistematik serta berkesan.

Pengurusan kualiti udara tidak terkongkong oleh sempadan pembandaran atau negeri
mahupun negara. Dalam keadaan ini cara yang lebih pratikal untuk mengurus kualiti
udara di sesuatu kawasan adalah melalui konsep “Wilayah Pengurusan Kualiti
Udara”. Dalam konsep ini penekanan diberikan kepada sesuatu wilayah kualiti udara
untuk diuruskan secara menyeluruh tanpa mengambil kira sekatan pentadbiran dan
politik. Dengan ini memudahkan tindakan secara bersama dan bersepadu.

Adalah diharapkan dengan wujudnya peningkatan tahap pengurusan alam sekitar


khususnya terhadap kualiti udara; segala cabaran masa kini dan akan datang dapat
diatasi secara bersistematik dan efektif demi menjamin tahap kualiti persekitaran yang
terbaik khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.
Rujukan

Hamidah Abdul Samad. 1987. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur: Sejarah dan
Perananya. Latihan Ilmiah. Univesiti Kebangsaan Malaysia. Tidak Diterbit.

Jabatan Alam Sekitar. 1995. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar. 1996. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar. 1997. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia. Kuala
Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jabatan Kesihatan. 1996. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur.

Jabatan Kesihatan. 1997. Laporan Tahunan. Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur.

Kementerian Kesihatan. 1998. Garis Panduan Kesihatan Akibat Jerebu. Kuala


Lumpur: Kementerian Kesihatan.

Khalid Ramlee. 1985. Perkembangan Organisasi Strategi Pengurusan Alam Sekitar:


Satu Tinjauan. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Norlaila Mat Tahir. 1997. Bila Jerebu Menutup Pandangan – Tragedi Pencemaran
Udara Yang Paling Teruk Melanda Negara. Dewan Kosmik. Oktober: 5-7.

Sham Sani. 1990. Kualiti Udara di Malaysia dan Implikasi Beberapa Hasil
Penyelidikan Tempatan Terhadap Strategi Pengurusanya. Dlm. Sham Sani &
Abdul Samad Hadi. Pynt. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sham Sani & Jamaluddin Jahi. 1990. Post Merdeka Development and Air Quality
Degradation in Malaysia. Akademika 36. Januari:33-49.

Sitting, M. 1975. Environmental Sources and Emission Handbook. New Jersey:


Nayes Data Corporation.

Tan, M. L. 1982. Air Pollution in Malaysia: Problem, Perspective and Control. Dlm.
Development and the Environmental Crisis. Penang: The Consumer
Association of Penang.

You might also like