You are on page 1of 12

A.

Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan


Hidupan Liar

1. Malaysia kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan


semula jadi dan hidupan liar.
2. Jenis-jenis hutan semula jadi yang terdapat di
Malaysia adalah seperti berikut:

Jenis Hutan Ciri-ciri Semula Hidupan Liar


Jadi
Hutan Hujan  Tumbuh di Di bahagian bawah
Tropika kawasan tanah (lantai hutan):
pamah, bukit-
bakau dan  Rusa
lereng gunung.  Gajah
 Harimau
 Pokok tumbuh  Beruang
rapat-rapat dan  Seladang
memepunyai
ketinggian yang Di bahagian pokok
berbeza-beza yang lebih tinggi:

 Pokok tumbuh  Lebah


tegak, lurus,  Burung
malar hijau,  Kelawar
dan berakar
 Monyet
banir.

 Pokok jenis
kayu keras.
Contohnya,
cengal, balau,
jati, dan
keruing.

 Tumbuh-
tumbuhan lain
ialah rotan,
buluh, dan
pokok gaharu.

Hutan Paya Air  Tumbuh di  Ular


Tawar kawasan  Buaya
pedalaman  Ketam
yang bersaliran  Biawak
buruk dan
sering
ditakungi air.
 Jenis pokok
ialah
mengkuang,
gelam, nipah,
palma dan
sagu.
Hutan Paya Air  Tumbuh di  Ular
Masin pinggir laut  Kera
yang terlindung  Biawak
daripada  Memerang
ombak dan di  Ketam nipah
muara sungai  Ikan belacak
berlumpur.  Burung bangau
 Jenis pokok
ialah bakau,
gelam, ramin,
nibung, nipah,
dan paku pakis.
Hutan Pantai  Tumbuh di  Ular
pinggir laut  Kera
yang berpasir.  Tupai
 Jenis pokok  Burung
tahan tiupan
angin dari laut.
 Jenis pokok
ialah pokok ru,
pokok tapak
kuda,
jemerlang laut,
mengkuang
laut, dan pokok
kelapa.

Hutan Gunung  Tumbuh-  Siamang


tumbuhan jenis  Kucing batu
bantut dan  Tupai gunung
jarang-jarang.  Harimau dahan
 Jenis pokok
ialah paku
pakis, orkid,
laurel, rafflesia,
dan pokok
periuk kera.

B. Faktor yang Mempengaruhi Pelbagai


Jenis Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi

1. Tumbuh-tumbuhan semula jadi di


Malaysia dipengaruhi oleh:
(a) Iklim
(b) Bentuk muka bumi
(c) Saliran
(d) Jenis tanih

2. Iklim:
(a) Jumlah hujan tahunan sebanyak 2600mm
setahun dan purata suhu 27°C menggalakkan
pelbagai jenis hutan semula jadi di Malaysia.
(b) Hutan hujan tropika malar hijau kerana
Malaysia mengalamiiklim Khatulistiwa yang
panas dan lembap sepanjang tahun.

3. Bentuk muka bumi:

(a) Bentuk muka bumi mempengaruhi


perbezaan jenis hutan semula jadi.
(b) Hutan pantai tumbuh di kawasan pinggir
laut.
(c) Hutan hujan tropika tumbuh di kawasan
tanah pamah, kaki bukit, dan lereng gunung.
(d) Hutan paya tumbuh di kawasan tanah
pamah pinggir pantai yang terlindung
daripada ombak, di sekitar tasik, dan di
lenbah singai.
(e) Hutan gunung tumbuh di kawasan
pergunungan. Jenis pokok yang tumbuh di
hutan gunung adalah berbeza-beza
mengikut ketinggian kerana suhunya yang
semakin rendah.

4. Saliran:
(a) Hutan hujan tropikahutan gunung, dan hutan
pantai tumbuh di kawasan yang mempunyai
saliran yang baik.
(b) Hutan paya air tawar tumbuh di kawasan
yang bersaliran burukdan sering ditakungi air.
(c) Hutan paya air masin tumbuh di kawasan
yang bersaliran buruk dan sering mengalami
pasang surut air laut.

5. Tanah-tanih:
(a) Jenis tanih liat, alluvium, laterit, dan
berpasir boleh mempengaruhi
perbezaan jenis tumbuh-tumbuhan
semula jadi.
Jenis Hutan Jenis Tanih Contoh Pokok
Hutan Hujan Tanih alluvium Jati, jelutung,
Tropika dan laterit dan tualang
Hutan Paya Air Tanih liat Mengkuang,
Tawar nibung, dan
nipah
Hutan Paya Air Tanih Bakau, temu,
Masin liat(berlumpur) dan api-api
Hutan gunung Tanih laterit Rafflesia dan
pokok periuk
kera
Hutan Pantai Tanih berpasir Pokok ru dan
mengkuang laut

C. Kepentigan Tumbuh-tumbuhan
Semula Jadi

1. Kepentingan tumbuh-tumbuhan
semula jadi ialah:
(a) Flora dan Fauna
(b) Tempat perlindungan hidupan liar
(c) Sumber perhutanan
(d) Kawasan tadahan
(e) Mencegah hakisan
(f) Pembiakan hidupan laut

2. Flora dan Fauna:

(a) Hutan semula jadi di Malaysia


mempunyai pelbagai jenis flora dan
fauna.

(b) Kepelbagaian jenis flora dan fauna ini


menarik pelancong untuk melihat
keunikan flora dan fauna tersebut.
(c) Contoh flora yang terdapat di hutan hujan
tropika dan hutan gunung ialah bunga
rafflesia dan orkid. Fauna pula ialah gajah,
harimau, beruang, dan burung.
(d) Kepelbagaian flora dan fauna ini juga
menggalakkan lagi kerja-kerja
penyelidikan untuk menjamin warisan ini
bagi generasi akan datang.

3. Tempat Perlindungan Hidupan Liar

(a) Hutan menjadi tempat tinggal bagi hidupan


liar. Hidupan liar juga menjadikan hutan
sebagai tempat mencari makanan seperti
buah-buahan hutan, daun, pucuk, serangga,
dan binatang kecil.

4. Sumber Perhutanan
(a) Hutan semula jadi di Malaysia terdapat
pelbagai jenis tumbuhan. Pokok keruing,
nyatuh, meranti, cengal, buluh, dan rotan
amat penting sebagai sumber industry
kayu-kayan.
(b) Hasil hutan seperti tongkat Ali, kacip
Fatimah, ubi jaga, dan tanjung bumi
merupakan tumbuhan herba yang sesuai
untuk dijadikan sumber perubatan.
(c) Hasil hutan seperti jering, petai, kerdas,
durian, buah kabung, dan buah salak
menjadi makanan untuk manusia.

5. Kawasan Tadahan

(a) Kawasan hutan mampu mengekalkan


lembapan dan memperlahankan kadar
aliran air hujan di sesebuah kawasan.
(b) Air hujan yang turun di kawasan tadahan
akan diserap oleh hutan dan air tersebut
tidak mudah tersejat.
(c) Air tersebut akan berkumpul dan
membentuk alur-alur dan seterusnya
menghasilkan anak sungai dan masuk ke
sungai utama.
(d) Air sungai akan dirawat dan dibersihkan
sebelum dapat digunakan oleh manusia.

6. Mencegah Hakisan

(a) Pokok berupaya mencegah hakisan di


lereng-lereng bukit. Akar pokok
mencengkam dan mengikat tanah daripada
longgar.
(b) Semasa hujan lebat, tanah sukar dialirkan
oleh air hujan kerana cengkaman tanah
tersebut. Oleh itu, hakisan tanah sukar
berlaku.
(c) Akar jangkang pokok bakau juga berupaya
mencegah hakisan pantai.

7. Pembiakan hidupan laut

(a) Akar pokok bakau dapat memecahkan


ombak dan memperlahankan arus laut.
(b) Oleh itu, tempat tersebut sesuai menjadi
habitat hidupan laut seperti lokan, udang,
siput, biawak, dan ketam.
(c) Akar pokok bakau juga menjadi pelindung
kepada telur dan anak ikan atau ketam
daripada serangan haiwan pemangsa.

You might also like