P. 1
Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3

Kajian Geografi Tempatan Tingkatan 3

|Views: 9,690|Likes:
Published by Hiew Vui Lam
Kepada sesiapa sahaja yang lemah ilmunya .... =D
Kepada sesiapa sahaja yang lemah ilmunya .... =D

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Hiew Vui Lam on May 19, 2011
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

06/20/2015

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Tajuk
Pencemaran Alam Sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah

Senarai Kandungan
Penghargaan……………………………………………………………………… 1 Pendahuluan……………………………………………………………………… 2 Objektif Kajian…………………………………………………………………… 3 Kawasan Kajian…………………………………………………………………. 4-7 Kaedah Kajian…………………………………………………………………… 8 Dapatan Kajian………………………………………………………………….. 9-16 Rumusan………………………………………………………………………… 17 Lampiran………………………………………………………………………… 18-21 Rujukan…………………………………………………………………………. 22

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Penghargaan
Terlebih dahulu, saya Hiew Vui Lam, Ernest daripada kelas 3B ingin merakamkan penghargaan kepada beberapa pihak yang telah banyak membantu untuk menjayakan kajian ini. Terutamanya, saya teringin sekali untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Lee Shuk Mengk yang telah menerangkan format kerja khusus langkah demi langkah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SM Sung Siew, Encik Lee Chin Hoi yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibubapa saya, Hiew Khim Leong dan Thien Mui Yun. Mereka telah memberi banyak dorongan dan sokongan padu kepada saya sepanjang kajian ini. Tambahan pula, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya, Gan Ming Jiang dan Adrian Khor yang turut membantu saya dengan berkongsi pengalaman dan idea. Akhir sekali, saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada responden – responden di kawasan tersebut kerana sanggup membantu walaupun ada yang sibuk. Mereka telah banyak memberikan kerjasama dalam membantu saya menyiapkan kerja khusus ini.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Secara keseluruhannya, saya ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas daripada saya sekali lagi kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam kajian geografi ini. Tanpa mereka, mustahillah kajian ini dapat dijalankan dengan lancar.

Pendahuluan

Saya Hiew Vui Lam, Ernest ,dari Tingkatan 3B , Sekolah Menengah Sung Siew, Sandakan, Sabah. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan ( KGT). Saya telah memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah ” Sebab pemilihan kawasan kajian ini adalah kerana ia berdekatan dengan sekolah saya, SM Sung Siew. Lagipun, saya juga senang mendapat responden dan maklumat.

Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti punca-punca serta mengkaji kesan pencemaran alam sekitar ini.

Saya telah mengambil kira-kira 5 bulan iaitu (Dari Feb 2011 sehingga Julai 2011) untuk menyiapkan kajian ini. Walaupun menghadapi pelbagai masalah semasa kajian ini dijalankan, akhirnya segala masalah dapat diselesaikan. Saya berasa sungguh puas hati kerana saya dapat menyiapkan kajian geografi ini dalam tempoh yang ditetapkan.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Akhir sekali, saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat kepada saya dan juga bagi semua pihak.

Objektif Kajian
1) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan,

Sandakan, Sabah.
2) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar dengan jelas dan tepat. 3) Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan,

Sandakan, Sabah.
4) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan, Sandakan,

Sabah.
5) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di

Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah.
6) Menerapkan nilai dan unsur patriotisme di kalangan murid dan masyarakat.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Kawasan Kajian

Dalam kajian ini, saya memilih Pusat Bandar Sandakan, Sandakan, Sabah sebagai kawasan kajian untuk mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar. Sebab saya memilih kawasan ini adalah kerana Pusat Bandar Sandakan terletak berdekatan dengan sekolah saya., iaitu SM Sung Siew. Pusat Bandar Sandakan terletak di barat daya Sandakan. Tambahan pula, Pusat Bandar Sandakan dahulunya merupakan kawasan paya bakau yang telah ditebus guna. Pada bulan Januari 2003, Sandakan Harbour Square, sebuah projek pembaharuan Bandar , dilancarkan untuk cuba menghidupkan kembali pusat bandar sebagai pusat komersil di Sandakan. Projek ini akan menampilkan sebuah pusat pasar dan pasar ikan, sebuah pusat beli-belah dan sebilangan hotel. Projek ini telah dibina dalam tiga fasa dan dijangka siap pada tahun 2012. Pusat Bandar Sandakan mempunyai pandangan darat fizikal yang terletak di pinggir laut dan merupakan tanah pamah iaitu kurang daripada 180m dari aras laut. Tapak pembinaan projek Sandakan Harbour Square merupakan hasil penambakan laut . Jarak relatif Pusat Bandar Sandakan dari sekolah saya , SM Sung Siew mengambil masa kira-kira 1-2 minit manakala jarak mutlaknya adalah kira-kira 0.5 kilometer dan terletak di selatan dari arah sekolah .

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Oleh sebab perkembangan Pusat Bandar Sandakan yang semakin maju, tidak mustahillah pencemaran alam sekitar di sekitar kawasan tersebut semakin menjadijadi.

Peta Sabah

Peta 1.1 : Peta Sabah

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Peta Sandakan

Peta 1.2 : Peta Sandakan

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Kaedah Kajian
Antara kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah :

(a) Kaedah Pemerhatian

(b) Kaedah Rujukan

Kaedah Pemerhatian – Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian. Melalui pemerhatian saya, antara pencemaran alam sekitar yang terdapat di sekitar kawasan kajian adalah pencemaran air dan pencemaran udara yang disebabkan oleh punca-punca tertentu dan telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Kaedah Rujukan – Saya telah mencari maklumat tambahan dengan merujuk buku-buku ilmiah dan melayari internet. Melalui kaedah ini, saya dapat memperolehi lebih banyak maklumat yang berkenaan dengan pencemaran alam sekitar.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Dapatan Kajian
8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan dan Pustaka (DBP) , pencemaran bermaksud perbuatan mencemarkan (mengotorkan) , pengotoran; ~alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahanbahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Contohnya, sampahsarap yang dibuang dengan tidak terurus di sekitar Pusat Bandar Sandakan,Sandakan,Sabah telah mengakibatkan berlakunya pencemaran. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam iaitu :

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Pencemaran Udara, Pencemaran Air, Pencemaran Tanih, Pencemaran Bunyi dan Pencemaran Bau.

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Antara pencemaran yang terdapat di Pusat Bandar Sandakan adalah pencemaran air dan pencemaran udara . Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini disebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit sistem pernafasan terutamanya asma. Contohnya, pelepasan asap oleh kenderaan bermotor telah mengakibatkan udara tercemar di sekitar kawasan kajian. Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Namun begitu , pencemaran ini adalah lebih kepada bahan pencemar dari kilang. Contohnya, pembuangan sisa domestik yang dibuang melalui sistem perparitan tanpa dirawat.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Melalui pemerhatian saya, antara punca pencemaran alam sekitar adalah disebabkan oleh pelepasan asap oleh kenderaan bermotor. Asap dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi. Selain itu , penambakan laut menjadi satu lagi punca pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan. Laut ditambak untuk tujuan menghidupkan semula Pusat Bandar Sandakan sebagai sebuah pusat komersil dengan pelaksanaan projek “Sandakan Harbour Square”. Namun begitu , pasir tanah dan simen yang ditimbus telah mengubah landskap perairan Pusat Bandar Sandakan. Di samping itu, sampah-sarap dibuang di merata-rata tempat di kawasan Pusat Bandar Sandakan oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab. Sampah-sarap boleh mengeluarkan gas metana yang boleh menyumbang kepada kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia. Tambahan pula, pembuangan sisa domestik seperti minyak masak dan sisa makanan melalui sistem perparitan ke laut juga merupakan punca berlakunya pencemaran alam sekitar. Sisa domestik ini juga tidak dirawat sebelum disalirkan ke sungai/laut. Apatah lagi , bilangan restoran yang banyak dan pusat pasar yang terdapat di Pusat Bandar Sandakan.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Oleh itu, semangat patriotisme dan perpaduan amat penting agar kita lebih prihatin terhadap alam sekitar dan mengurangkan pencemaran yang berlaku.

8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Melalui pemerhatian saya, salah satu kesan pencemaran alam sekitar adalah udara tercemar akibat pelepasan asap oleh kenderaan bermotor. Kandungan asap yang seperti hidrokarbon, gas karbon monoksida dan gas karbon dioksida bukan sahaja membahayakan sistem pernafasan dan saraf otak , namun turut menyumbang kepada pemanasan global yang sedang kita hadapi kini. Selain itu, pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat telah mengeluarkan bau busuk . Bau busuk ini telah menyebabkan pembiakan nyamuk, lalat dan tikus. Pembiakan nyamuk, lalat dan tikus merupakan situasi yang tidak sihat kerana ia boleh membawa penyakit yang membahayakan seperti malaria, demam denggi dan cholera. Di samping itu, pelepasan asap dari kenderaan dan pelupusan sampah-sarap boleh menyebabkan suhu meningkat. Pelepasan asap dari kenderaan yang mengandungi gas berbahaya dan gas metana oleh sampah-sarap akan menyebabkan suhu meningkat kerana gas ini akan terperangkap dalam atmosfera. Tambahan pula, pembuangan sisa domestik secara tidak terancang boleh menyebabkan air tercemar. Sisa domestik dibuang terus ke laut tanpa dirawat .Air tercemar boleh mengancam hidupan akuatik di laut dan mengganggu kehidupan seharian kita. Akhirnya, hidupan akuatik akan terancam. Hidupan akuatik akan mengalami kekurangan oksigen kerana sampah-sarap yang terapung di permukaan air . Namun

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

begitu , terdapat hidupan akuatik yang tercekik akibat termakan sampah-sarap yang disalahanggapkan sebagai makanan. Oleh itu, semangat patriotisme dan perpaduan amat penting agar kita dapat menangani masalah pencemaran ini dengan efisien.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya, antara cadangan yang akan saya kemukakan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Dengan ini, mereka yang berada di Pusat Bandar Sandakan akan lebih bertanggungjawab dan tidak akan berani untuk membuang sampah di merata-rata tempat lagi. Selain itu, pihak berkuasa harus mengadakan kempen cintai alam sekitar secara kerap di Pusat Bandar Sandakan. Melalui kempen ini, mereka akan lebih sedar dan prihatin terhadap persekitaran mereka. Di samping itu, pengunaan catalytic converter harus digalakkan oleh pihak berkuasa terutamanya pada kenderaan-kenderaan berat. Catalytic converter yang dipasang dalam ekzos kereta bukan sahaja dapat mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan oleh kenderaan , namun menukarkan membahaya kepada karbon dioksida. Tambahan pula, pihak berkuasa seharusnya mengalakkan pengunaan petrol tanpa plumbum. Pengunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbun yang boleh menjejaskan saraf otak. Oleh itu , kita harus lebih prihatin terhadap masalah pencemaran di kawasan persekitaran dan cuba menanganinya dengan sebaik mungkin agar kita dapat hidup karbon monoksida yang

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

dengan lebih selesa dengan kesihatan yang lebih terjamin. Bahan Grafik Peta minda tentang pencemaran alam sekitar

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Carta aliran tentang pencemaran alam sekitar

PUNCA

-Pelepasan asap oleh kenderaan bermotor -Penambakan laut

-Pembuangan sampah di merata-rata tempat -Pembuangan sisa domestik yang tidak dirawat

KESAN -Udara tercemar -Air tercemar -Hidupan akuatik terancam -Suhu meningkat -Bau busuk

CADANGAN
-Menguatkuasakan undang-undang

-Mengadakan “Kempen Cintai Alam Sekitar” -Mengalakkan pengunaan petrol tanpa plumbum -Pemasangan Catalytic Converter dalam ekzos kenderaan
HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Rumusan
Sebagai rumusan , saya mendapati kegiatan ekonomi telah mengakibatkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Pusat Bandar Sandakan. Kegiatan ini bukan hanya telah memberi kesan positif seperti menwujudkan peluang pekerjaan dan lebih banyak lagi kemudahan awam disediakan , tetapi juga memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Pusat Bandar Sandakan menjadi tumpuan orang ramai . Pelbagai kemudahan infrastruktur yang terdapat di kawasan tersebut . Oleh itu , tidak hairanlah pencemaran di kawasan ini adalah lebih serius jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Antara punca berlakunya pencemaran alam sekitar adalah pelepasan asap dari kenderaan bermotor. Pelepasan asap yang mengandungi gas-gas yang berbahaya bukan sahaja telah menyebabkan suhu meningkat, tetapi juga menyebabkan udara tercemar. Salah satu cadangan yang diberikan adalah agar pihak berkuasa menyarankan pemilik kenderaan bermotor untuk memasang Catalytic converter dalam ekzos kenderaan yang boleh menukarkan karbon monoksida yang berbahaya kepada karbon dioksida. Selain itu , pencemaran boleh menjejaskan kesihatan kita semua.

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Jikalau semua orang berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran ini , pencemaran ini bukan sahaja dapat dielakkan , tetapi juga dapat mempercepatkan langkah Malaysia untuk mencapai misi “ Wawasan 2020”.

Lampiran
Gambar-gambar

Pencemaran Air

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Pencemaran Udara

Rujukan

1.Internet Peta Sandakan- Http://www.google.com.my Peta Pusat Sandakan- Http://maps.google.com.my

2.Buku Teks Mohd Jamil bin Mohamed, Hj,Rodzli Bin Hj,Hashim, Hjh.Mahani Binti Hj. Mahbar.(2004).Geografi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Johore Central Store Sdn.Bhd.

3.Buku Rujukan

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN

TINGKATAN 3

Kang Cai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh.(2008). Focus Super Hot PMR Geografi. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Kamus Dewan & Pustaka (DBP)

HIEW VUI LAM , ERNEST – 3B

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->