You are on page 1of 13

Agriculture Policy actually complement

Buku Hijau 1 each other," an economic expert, Prof Dr


Mansor Jusof from Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Bangi told Bernama.
May 06, 2008 15:06 PM
Dr Mansor said the first objective of the
National Agriculture Policy was to raise
Green Book To Face food security by increasing production
Global Food Shortage quality focusing on the aspect of
commercial agriculture.
A Special Report By Syed Azwan
The Green Book Programme, meanwhile,
Syed Ali
emphasised more on greater involvement
by the people in agriculture and
KUALA LUMPUR, May 5 (Bernama) -- As vegetable farming for their own
the world is suddenly awakened from the consumption while the rest would be sold
feeling of security that there is always to the public.
ample food supply as a result of
technological advances in agriculture, The main objective of the Green Book
Malaysian experts are suggesting that the was to maximise land development
Green Book Programme be revived. involving short-term crops, group
farming, breeding of freshwater fish, and
When it was introduced more than 30 enhancing the marketing of agricultural
years ago, the Green Book had been product besides increasing national food
effective especially in reducing the rate of production and raising the people's
inflation by raising the people's income income to reduce inflation.
through involvement in agriculture either
on a part-time or full-time basis. Under the Green Book programme, the
concept of "backyard farming" was
However, the country's success in introduced by planting chilli in flower
tackling inflation brought about by the pots, planting fruit trees in the garden,
drop in rubber price and the economic and domestic breeding of chicken.
crisis in the early 1970's had resulted in
the Green Book Programme, introduced In this context, Dr Mansor said the
by second Prime Minister, Tun Abdul concept of "community farming", that is,
Razak Hussein, on Dec 20 1974, being the economic utilisation of vacant land in
forgotten. residential areas, must be extended to
the rural areas with supervision by
Before the world crisis hit the country, relevant agencies such as the Agriculture
the government had implemented the Department.
Green Book Programme as one of the
strategies under the Food Security Policy He said the concept had been
involving a total allocation of RM4 billion successfully implemented in several
to ensure adequate food supply and states such as the "Ladang Rakyat"
stable food prices. project or `People's Farm' in Kelantan.

Experts, however, were of the opinion The expert also said that focus must be
that the Green Book Programme or any given to farmers in the rural and
interpretation of this policy such as the suburban areas too, although the
`Bumi Hijau' or Green Earth programme government was encouraging the
must be continued from time to time and "kitchen farming" concept by planting
not only during times of crisis because vegetables and rearing chicken or fish or
food is a basic need which must be a combination of both in the garden of
guaranteed. individual homes under the Green Book
programme.
"The Green Book and the National
1
"I believe we should go back to the experienced the effects of war..But it is a
original concept of the Green Book which good programme and should be
also aimed to raise the country's food continued and not implemented only
supply by giving attention to small during times of crisis although it is true
farmers in suburban areas. Farming is a that the rising inflation is a driving
full-time vocation and not an activity that factor," he said.
everyone can do," he said.
The 2005 statistics showed that the level
He said the main challenge was to of the country's self-sufficiency for padi
market the farm products which required was 70 per cent, fruits (98 per cent),
full cooperation of the agencies vegetables (95.6 per cent), fish (90 per
concerned such as the Federal cent), beef (23 per cent), mutton (7.1
Agricultural Marketing Authority (FAMA) per cent), pork (76 per cent), chicken
and the Farmers Organisation Authority (143.2 per cent) and eggs (152.3 per
(FOA). cent).

"The government, meanwhile, cannot He said besides "backyard farming" which


impose a ceiling on the prices of was adopted previously, the hydroponic
vegetables as this can kill the farmers. method of planting was suitable for
For example, when there is a shortfall in implementation in urban areas compared
production, the prices of vegetables are to the villages where there was still
not raised but when there is over- ample land for large-scale farming.
production, the prices drop without any
compensation paid to the farmers," he "They can plant leafy vegetables such as
said. mustard greens using the hydroponic
method in their home. Plants which are
Agriculture and Agro-based Industry susceptible to diseases such as the
Minister Datuk Mustapa Mohamed, in brinjal, however, are not suitable because
announcing the Food Security Policy on of the financial cost and time needed,"
Friday, said the government would said Dr Mohd Ariff who used to plant
allocate RM20 million to distribute vegetables hydroponically in the early
selected vegetable seedlings, fertilisers 1990's.
and manuals to all strata of society this
year. He also suggested that the hydroponic
method, which had been widely used in
The implementation of the policy was in flats in Singapore, be extended to schools
line with rising inflation due to the to create the "demonstration effect" to
increase in the prices of consumer the teachers and parents.
products such as rice and other items.
The Bank Negara Malaysia announced on Dr Mohd Ariff said the logistical aspects
April 30 that inflation as measured by the should be given emphasis by the Ministry
annual change in the Consumer Price of Agriculture and Agro-based Industry
Index (CPI) rose slightly to 2.8 per cent such as deploying the relevant agencies
in March this year compared with 2.7 per at supermarket chains such as the Giant
cent in the previous month. or Tesco to facilitate members of the
public in obtaining technical advice, tools
A lecturer attached with Universiti Putra and seedlings.
Malaysia (UPM) Serdang, Prof Dr Mohd
Ariff Hussein, said the Green Book was Under the Food Security Policy, FAMA
being adopted in developed countries would raise its agricultural marketing
such as the United States, Japan and capacity through the development of
European countries to improve self- distribution centres, collection centres
sufficiency and these countries were and farmers' markets.
consistent in adopting the programme.
-- BERNAMA
"This is probably because they had
2
Buku Hijau 2 menambahbaikkan bekalan
makanan dan dengan itu
diharapkan akan dapat
RANCANGAN 60 MINIT BERSAMA mengurangkan beban kerajaan.
MENTERI YB DATO’ MUSTAPA MOHAMED
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI 5. Kerajaan menghadapi dua isu.
ASAS TANI Isu yang pertama ialah krisis
bekalan makanan dan kedua
13 OGOS 2008, 9.30 MALAM (RTM 1) ialah kenaikan harga petrol
PERANTARA: PEGGIE NG seluruh dunia. Disebabkan dua
masalah ini menyebabkan inflasi
makin meningkat di seluruh
HIGHLIGHTS dunia. Di Malaysia lebih 7
peratus untuk kadar terakhir
1. Pameran MAHA (16 hingga 24 bulan Julai yang lalu. Ini
Ogos 2008) merupakan pameran merupakan satu kadar yang
yang terbesar di rantau ini yang tinggi. Justeru kerajaan
diadakan 2 tahun sekali. Ia membuat keputusan untuk
m e m b e r i p e l u a n g ke p a d a menghidupkan semula Buku
pengunjung untuk melihat Hijau dengan tujuan untuk
pelbagai pencapaian dan mengurangkan beban rakyat.
perkembangan dalam bidang
pertanian dan industri asas tani. 6. Kerajaan telah
memperuntukkan RM25 juta
2. Pameran yang diadakan di untuk menjayakan Buku Hijau.
Serdang, Selangor ini juga dapat Bumi Hijau mempunyai tiga
memberi semangat kepada komponen iaitu:
rakyat tentang betapa besarnya
peluang bidang pertanian dan a. Tanam sayur
juga penemuan, teknologi dan b. Bela ikan keli dalam
kaedah baru untuk menanam tangki atau kanvas
sayur-sayuran, ternakan dan c. Menternak ayam
lain-lain. Di samping itu kita kampung
juga akan dapat melihat
kejayaan yang dicapai oleh 7. Kalau pelaksanaan Buku Hijau
usahawan-usahawan. lebih memberi penekanan
kepada penduduk di kampung
3. Menyentuh perkara utama sahaja, Bumi Hijau akan
mengenai Bumi Hijau yang telah memberi penekanan kepada
dilancarkan pada bulan Mac penduduk kampung dan bandar.
2007 yang lalu, ianya Penduduk bandar juga
merupakan suatu digalakkan untuk menanam
kesinambungan program Buku sayur dan sebagainya.
Hijau yang dilaksanakan oleh
Tun Abdul Razak ketika menjadi 8. Melalui Mesyuarat Majlis
Perdana Menteri Kedua. Di Ekonomi, Presiden CUEPACS
Putrajaya, YAB Perdana Menteri telah mencadangkan
telah melancarkan Kempen Bumi Kementerian Pertanian dan
Hijau pada akhir bulan Jun lalu Industri Asas Tani untuk
di Presint 9. bekerjasama dengan CUEPACS
sebagai saluran bagi
4. Dalam krisis makanan yang menyesuaikan Bumi Hijau sekali
dihadapi pada masakini, gus ianya dapat diterapkan di
kerajaan merasakan ianya perlu seluruh Negara di kampung dan
dihidupkan semula untuk bandar.

3
9. Seramai 200 penduduk hijau semasa YAB Perdana Menteri, Tun
Putrajaya telah memulakan Abdul Razak. Jadi, apabila kita dalam
projek Bumi Hijau dengan krisis makanan kerajaan berpesan dalam
bercucuk tanam. Di samping bulan empat lagi lancarkan semula Bumi
merapatkan hubungan, projek Hijau. Tu j u a n n y a ialah untuk
ini juga akan dapat menambahbaikkan bekalan makanan dan
mengurangkan bebanan dan dengan itu kita dapat mengurangkan
tanggungan rakyat di seluruh beban kerajaan.
Putrajaya dan seluruh Negara.
Kita menghadapi dua isu. Isu yang
10. Program ini tidak akan pertama ialah krisis bekalan makanan
menjejaskan pendapatan dan kedua ialah kenaikan harga petrol
pekebun-pekebun kecil seluruh dunia. Disebabkan dua masalah
memandangkan mereka ini menyebabkan inflasi makin meningkat
merupakan satu pembekal seluruh dunia kalau negara China,
utama sayur-sayuran di pasar Vietnam. Lebih dua peratus inflasi tinggi.
borong. Di kampung ada juga Di Malaysia lebih tujuh peratus untuk
untuk kegunaan sendiri di kadar terakhir bulan Julai ini. Jadi ini satu
samping faktor turun naik harga. kadar yang tinggi. Oleh itu kita nak
Oleh itu kerajaan berharap kurangkan perbelanjaan beban rakyat.
p r o g ra m i n i a k a n d a p a t Sebab itu kita membuat keputusan untuk
menstabilkan harga. menghidupkan Buku Hijau.

11. Bagi yang tinggal di pangsapuri Jadi tahun ini, Kerajaan telah
atau apartment, terdapat kaedah memperuntukkan RM25 juta untuk
baru, Kementerian Pertanian dan menjayakan Buku Hijau. Bumi Hijau
Industri Asas Tani telahpun mempunyai tiga komponen, pertama
mengadakan perbincangan tanam sayur, yang kedua ialah bela ikan
dengan pihak Bandaraya Kuala keli dalam tangki atau kanvas dan yang
Lumpur dan akan memberi ketiga ialah menternak ayam kampung.
peruntukan untuk melaksanakan Ayam kampung tidak sesuai untuk
program ini khasnya bagi bandar. Saya hendak tekankan, dulu
tanaman sayur di Projek Bumi Hijau semata-mata untuk orang
Perumahan Rakyat (PPR). kampung. Sekarang kampung dan
bandar juga malah dua minggu lepas
12. YAB Perdana Menteri telah saya pergi ke Bandaraya bersama Datuk
mengumumkan RM4 bilion untuk Bandar ke kawasan Muhibah Puchong
Dasar Jaminan Bekalan sempadan dalam kawasan bandar raya
Makanan. Daripada RM4 bilion tetapi sempadan dengan Selangor. Di situ
tersebut separuh daripadanya tinggal 50 orang yang tinggal di projek
untuk padi dan RM25 juta untuk perumahan rakyat dalam mengusahakan
Program Bumi Hijau. Oleh yang tanaman sayur. Bila saya tanya mereka,
demikian, tumpuan utama mereka kata kalau family suami isteri
sememangnya diberikan kepada lima anak mungkin 50 ringgit sebulan.
sektor penanaman padi.
Matlamat rasionalnya ialah untuk
PERANTARA: Tempat itu selesakan? mengurangkan perbelanjaan kita. Bila
Penyaman udara disediakan. kita ada masalah dan inflasi selagi itu
Sekarang kita hendak bercakap kita menikmati sayur segar. Yang kita
berkaitan dengan Buku Hijau dapat pasti racun rumpai yang kita selalu
yang dilancarkan pada bulan Mac gunakan. Selain daripada sayur kita juga
2007, konsepnya Dato’? menggalakkan ternakan ikan keli dan
ayam kampung. Jadi kita akan
laksanakan besar-besaran, bandar raya
YB MENTERI: Bumi Hijau ini kita sudah ada lapan kawasan iaitu Projek
hidupkan semula, dulu dah ada buku Kawasan Ternak (PKT).
4
ada juga untuk kegunaan sendiri. Ia
Baru-baru ini kita mengadakan untuk kegunaan sendiri. Sayur ini
mesyuarat Majlis Ekonomi bersama. kadang-kadang harganya turun naik. Jadi
Presiden CUEPACS mencadangkan kira harap dengan adanya usaha ini
kementerian akan bekerjasama dengan harga akan stabil. Kalau ikut sasaran
C U E PA C S. I n s ya A l l a h k i t a a k a n kita, pengeluaran sayuran pada program
mengadakan kerjasama dengan pihak ini Cuma paling banyak 7000 metrik tan,
CUEPACS. Mungkin kita dapat salurkan ini anggaran RM12 juta sahaja. Ini
sedikit untuk mereka untuk mereka jumlah yang kecil dari jumlah
sendiri dapat menyesuaikan bumi hijau. keseluruhan penggunaan sayur dalam
Saya hendak Bumi Hijau diterapkan di negara kita ini. Tapi yang penting dalam
seluruh negara di kampung dan di ahli keluarga khususnya di bandar yang
bandar. Yang penting visibility, iaitu berpendapatan rendah, saya katakan tadi
nampak dengan lebih jelas. boleh jimat RM50 sebulan. Ini satu
jumlah yang besar bagi sebuah keluarga.
Di Putrajaya, YAB Perdana Menteri telah
melancarkan Kempen Bumi Hijau pada PERANTARA: Kebanyakan kita ada yang
akhir Jun lalu di Presint 9, dan di sana tinggal di pangsapuri atau apartmen.
kalau kita pergi cukup seronok, dulu Dekat situ tiada tanah kalau kita hendak
banyak tanah kosong di Putrajaya dan tanam sayur. Bagaimana?
tidak diusahakan. Bagi saya ini satu
discovery. Dulu kosong sekarang YB MENTERI : Ada kaedah baru yang
diusahakan. Kita ada 200 orang setiap program ini ialah tiga sahaja, satu sayur
petang buat bersama-sama anak. Jadi di atas tanah, kedua ternakan ikan keli
kita rasa lebih seronok bukan sahaja dan mungkin bagi pangsapuri kita telah
merapatkan hubungan tetapi bincang dengan Datuk Bandar Kuala
mengurangkan bebanan tanggungan Lumpur dan kita akan menyediakan
rakyat di seluruh Putrajaya dan seluruh peruntukan di bawah program ini melalui
negara. Jadi program ini lancarkan Datuk Bandar. Jadi bukan pangsapuri
program ini di seluruh negara. Ini baru tidak ada tanah, saya kata tadi lapan
peringkat pertama, kita juga ada Projek Perumahan Rakyat (PPR) di
peringkat kedua. Peringkat pertama kita bandar telah pun mengusahakan bumi
hanya kita belanja lima juta dan hijau ini. Saya telah pun pergi melawat
peringkat kedua kita akan agihkan ke Kampong Muhibah tadi , jadi yang
kepada peringkat negeri. Peringkat kedua tidak ada tanah mungkin kita akan
akan dibincangkan. Yang penting adalah fikirkan, ternakan ikan keli mungkin
program ini perlu berterusan dan jangan sesuai untuk mereka.
hangat-hangat tahi ayam. Kalau tanam
kangkung pun, kita bagi benih dan baja
nilainya untuk sehari RM15. Kalau Buku Hijau 3
kangkung sebulan, kita potong dan kalau
kita tidak teruskan habis setakat itu
sajalah. Sebab itulah saya hendak tengok Rancangan Buku Hijau bagi hadapi
visibility yang nampak. Usaha ini biarlah kekurangan bekalan makanan
berterusan.
06-05-2008
PERANTARA: Kalau ini dijalankan dengan
jayanya, tidakkah menjejaskan KUALA LUMPUR: Peningkatan berterusan
pendapatan pekebun-pekebun kecil? harga makanan di pasaran dunia
mendorong kerajaan melancarkan
YB MENTERI: Sayur dikeluarkan oleh program meningkatkan pengeluaran
pekebun kecil contohnya di Ulu Yam, bekalan makanan dalam negara dan
merupakan satu pembekal utama sayur- berikutan itu pakar-pakar pertanian dan
sayuran di Pasaran Borong Selayang. Ini ekonomi menyarankan Rancangan Buku
merupakan salah satu sumber sayur Hijau dihidupkan kembali. Semasa
untuk kita. Yang kedua ialah di kampung
5
diperkenalkan lebih 30 tahun lalu, Buku meningkatkan pendapatan rakyat bagi
H i j a u t e r nya t a b e r ke s a n d a l a m mengurangkan inflasi. Melalui Buku
mengurangkan kadar inflasi menerusi Hijau, konsep "backyard farming"
peningkatan pendapatan rakyat menerusi diperkenalkan dengan menanam cili
penglibatan dalam bidang pertanian dalam pasu, menanam pokok buah-
secara sambilan atau sepenuh masa. buahan di halaman rumah dan
penternakan secara domestik.
Setelah negara berjaya menangani inflasi
akibat kejatuhan harga getah dan krisis Dalam konteks itu, Dr Mansor berkata
ekonomi pada awal 1970an, rancangan konsep "community farming" iaitu
Buku Hijau yang diperkenalkan oleh mengusahakan kawasan tanah terbiar di
Perdana Menteri kedua (Allahyarham) kawasan perumahan perlu dikembangkan
Tun Abdul Razak Hussein pada Disember kepada kawasan luar bandar dengan
1974, mula dilupakan. Sebelum krisis pengawasan agensi berkaitan seperti
semasa dunia melanda negara, kerajaan Jabatan Pertanian.
melaksanakan program Bumi Hijau
sebagai satu daripada strategi di bawah Katanya, konsep itu telah dilaksanakan
Dasar Jaminan Bekalan Makanan dengan jayanya di beberapa negeri
melibatkan peruntukan keseluruhan RM4 seperti projek "Ladang Rakyat" di
bilion, bagi memastikan bekalan Kelantan. Beliau berkata tumpuan juga
makanan mencukupi dan harga makanan harus diberikan kepada golongan petani
stabil. di desa dan di pinggir bandar, walaupun
kerajaan menggalakkan konsep "kitchen
Namun pakar-pakar berpendapat farming" dengan bercucuk tanam atau
rancangan Buku Hijau atau terjemahan menternak ayam atau ikan atau
semangatnya seperti program Bumi Hijau kombinasi keduaduanya di halaman
perlu diteruskan dari semasa ke semasa, rumah perseorangan, di bawah program
bukan hanya ketika krisis, kerana Bumi Hijau.
makanan adalah keperluan asas rakyat
yang memerlukan jaminan. "Saya rasa kita kena kembali kepada
konsep asal Buku Hijau yang juga
"Buku Hijau dan Dasar Pertanian Negara bertujuan meningkatkan bekalan
sebenarnya saling melengkapi," kata makanan negara dengan memberikan
pakar ekonomi Prof Dr Mansor Jusof dari tumpuan kepada petani kecil di pinggir
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bandar. Pertanian bukan semua boleh
kepada. buat tetapi profesion sepenuh masa,"
katanya.
Dr Mansor berkata objektif pertama
D a s a r Pe r t a n i a n N e g a ra a d a l a h Beliau berkata cabaran utama adalah
meningkatkan sekuriti makanan dengan untuk memasarkan hasil pertanian itu
meningkatkan kualiti pengeluaran yang yang memerlukan kerjasama penuh
menumpukan kepada aspek komersial daripada agensi terbabit seperti FAMA
pertanian. Rancangan Buku Hijau pula dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
lebih kepada peningkatan penglibatan
rakyat dalam pertanian dengan bercucuk "Kerajaan juga tidak boleh hadkan harga
tanam untuk kegunaan sendiri dan sayur-sayuran kerana ia boleh 'bunuh'
selebihnya dijual kepada umum. petani. Contohnya bila pengeluaran
kurang harga sayur tidak naik tetapi bila
Objektif utama Buku Hijau ialah sayur terlebih keluar, harga tetap jatuh
memaksimumkan pembangunan tanah tetapi tiada pampasan kepada petani,"
secara menyeluruh melibatkan tanaman katanya.
jangka pendek, pekebunan berkelompok,
ternakan ikan air tawar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
meningkatkan pemasaran produk Datuk Mustapa Mohamed ketika
pertanian selain bertujuan menambah mengumumkan mengenai Dasar Jaminan
pengeluaran makanan negara dan Bekalan Makanan Jumaat lepas berkata

6
kerajaan memperuntukkan RM20 juta pernah menanam sayur menggunakan
bagi mengedarkan biji benih sayur kaedah itu pada awal 1980an.
terpilih, baja serta manual kepada
seluruh lapisan masyarakat pada tahun Beliau juga mencadangkan supaya
ini. k a e d a h h i d r o p o n i k , ya n g t e l a h
digunapakai secara meluas di flatflat di
Pelaksanaan dasar itu selaras dengan Singapura, dicontohi secara meluas di
kadar inflasi yang meningkat ekoran sekolah-sekolah bagi mewujudkan
kenaikan harga barangan pengguna "demonstration effect" kepada komuniti
seperti beras dan lainlain. Bank Negara terbabit seperti guru-guru dan ibu bapa.
Malaysia mengumumkan pada 30 April Dr Mohd Ariff berkata aspek logistik perlu
lepas bahawa inflasi seperti yang diukur diberikan penekanan oleh Kementerian
oleh perubahan tahunan dalam Indeks Pertanian dan Industri Asas Tani, antara
Harga Pengguna (IHP) meningkat sedikit lain, menempatkan agensi terbabit di
kepada 2.8 peratus pada Mac tahun ini rantaian pasaraya seperti Giant atau
berbanding 2.7 peratus pada bulan Tesco bagi memudahkan masyarakat
sebelumnya. mendapatkan nasihat teknikal, peralatan
dan benih sayur terbabit.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia
(UPM) Serdang, Prof Dr Mohd Ariff Melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan,
Hussein berkata amalan Buku Hijau di FAMA akan meningkatkan keupayaan
negara maju seperti Amerika Syarikat, pemasaran hasil-hasil pertanian melalui
Jepun dan negara-negara Eropah bagi pembangunan pusat pengedaran, pusat
meningkatkan tahap mampu diri cukup pengumpulan serta peningkatan bilangan
konsisten. pasar tani sebanyak 50 di seluruh negara
sebagai tambahan kepada 230 pasar tani
"Mungkin kerana pengalaman mereka sedia ada melibatkan peruntukan RM39
daripada kesan perang...Tetapi ianya juta pada tahun ini.
program yang baik dan perlu diteruskan
bukan hanya semasa krisis walaupun Presiden FOMCA Datuk N.Marimuthu
benar kenaikan inflasi adalah faktor berkata kerajaan perlu mengembalikan
pendorong," katanya. pasar tani kepada model asalnya
"daripada petani kepada pengguna" dan
Statistik 2005 menunjukkan tahap bukan seperti pasar malam yang
mampu diri keperluan negara bagi padi menyaksikan produk selain pertanian
ialah 70 peratus, buah-buahan (98 dijual. BERNAMA
peratus), sayur-sayuran (95.6 peratus),
perikanan (90 peratus), daging lembu
(23 peratus), daging kambing (7.1
peratus), babi (76 peratus), ayam (143.2
peratus) dan telur (152.3 peratus).

Beliau berkata selain "backyard farming"


yang digunapakai satu ketika dulu,
kaedah hidroponik (tanaman di air, tanpa
tanah) sesuai dilaksanakan di kawasan
bandar berbanding di kampung-kampung
yang masih mempunyai tanah untuk
diusahakan dalam skala besar.

"Mereka boleh tanam sayur berdaun


seperti sawi melalui kaedah hidroponik ini
di rumah mereka. Tanaman yang senang
kena penyakit seperti terung
bagaimanapun tidak sesuai kerana kos
kewangan dan masa," katanya yang

7
yang mampu melaksanakan tanaman
pada skala yang besar dan
Buku Hijau 4 menguntungkan.

Bagaimanapun, pada dekad 1980-an


Pertanian sistematik Mimos hingga 1990-an, sektor ini mula
menerima tempias susulan kedatangan
pelaburan langsung asing (FDI) dalam
sektor pembuatan yang menyebabkan
industri pertanian menumpukan pula
kepada usaha penanaman bersepadu
bagi mengekalkan pengeluarannya.

Menjelang alaf baru, kerajaan menerusi


Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani mula menggunakan idea
yang segar untuk melonjakkan kembali
sektor yang sejak sekian lama menjadi
‘periuk nasi’ rakyat tempatan.

BERKUALITI: Sensor MEMS mampu


mengenal pasti tahap kesuburan tanah
dan memantau tanaman yang
bermasalah.

Penggunaan sensor MEMS bantu petani


kumpul dan proses data hasil tanaman

SEKTOR pertanian yang menjadi


penyokong utama ekonomi negara
pada dekad awal pasca kemerdekaan,
hari ini masih lagi kukuh dan menjadi TEKNOLOGI TANI: Perdana Menteri,
antara penyumbang keluaran dalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut
negara kasar (KDNK). tertarik dengan penggunaan teknologi
sensor MEMS bagi penanaman tomato.
Bezanya, jika pada era 1960-an
tumpuan utama sektor pertanian
berintensifkan buruh, dengan Malah, krisis makanan seperti yang
menggunakan kapasiti tenaga kerja berlaku baru-baru ini menyebabkan
untuk menghasilkan pengeluaran yang kerajaan lebih serius membangunkan
mampu menjana pendapatan kepada sektor pertanian.
individu, namun corak itu mula Dengan bantuan agensi seperti Mimos,
berubah pada dekad seterusnya. tumpuan utama kerajaan bukan saja
memastikan sektor yang menjadi
pembekal utama sumber makanan ini
terus kekal relevan sebagai
penyumbang pendapatan negara,
Pelancaran konsep Buku Hijau oleh malah hasil pertanian yang diusahakan
Perdana Menteri Kedua pada 1974, Tun dengan bantuan teknologi terkini
Razak Hussin melonjakkan lagi sektor semakin meningkat mutunya.
pertanian ke tahap seterusnya dengan
penggunaan jentera secara meluas
8
Tahun lalu, Mimos, agensi di bawah Dalam erti kata sebenarnya, istilah
Kementerian Sains, Teknologi dan pertanian tepat adalah melakukan
Inovasi, telah membangunkan satu sesuatu dengan betul, pada tempat
sistem pangkalan data pintar yang yang betul, dengan kaedah yang betul
mampu menguruskan aktiviti pertanian dan pada masa yang betul.
berskala besar dengan lebih sistematik.
Pertanian tepat termasuk kaedah
Sistem berkenaan sedang dipamerkan pengurusan pertanian atau
Mimos pada Pameran Pertanian, penternakan baru yang disepadukan
Hortikultur dan Agro Pelancongan dengan teknologi maklumat
Malaysia (Maha) 2008 yang sedang merangkumi beberapa faktor asas
berlangsung di Serdang ketika ini bagi termasuk sistem maklumat geografi/
memberi peluang kepada orang ramai tanah, pembajaan/makanan haiwan,
melihat sendiri fungsinya dalam imunisasi racun perosak, sistem hasil
membantu meningkatkan hasil dan sebagainya.
pertanian negara.
Kaedah ini bertujuan meningkatkan
produktiviti dan kecekapan, sekali gus
memberikan pulangan lumayan kepada
hasil pertanian. Pengesan tanpa wayar
itu, menyerupai alat pemeriksaan
berbentuk pen dan direka bentuk untuk
ditanam di dalam tanah. Sensor ini
boleh membantu petani mengukur
kadar kelembapan, kehangatan, tahap
asid atau alkali serta takat suhu tanah.
Ia juga boleh juga memberitahu tahap
kesuburan tanah termasuk mengukur
kadar nitrat, fosfat dan kalium di dalam
tanah itu.

Petani kemudian boleh memantau data


yang diserap oleh sensor berkenaan
menerusi pangkalan data yang
dibangunkan oleh Mimos bagi
membolehkan mereka menstor dan
memproses data berkenaan.

Seorang jurucakap Mimos berkata,


sistem berkenaan dibangunkan sejak
setahun lalu oleh enam pasukan
Penulis baru-baru ini turut berpeluang daripada agensi kerajaan itu sendiri.
melihat sendiri bagaimana teknologi Menariknya, sepanjang Maha 2008 ini
pengesan tanpa wayar yang dikenali juga, Mimos membuka peluang kepada
sebagai sensor MEMS ini dilaksanakan orang ramai untuk menamakan sendiri
semasa mengunjungi Maha 2008. sensor dan sistem pangkalan data yang
masih belum mempunyai nama khusus
Secara asasnya, sistem ini ini dengan menawarkan hadiah wang
menggunakan konsep pertanian tepat tunai.
(precision agriculture) iaitu konsep
pertanian moden yang membolehkan
petani mengawal aktiviti berkaitan
s e p e r t i p e m b a j a a n , p e n g a i ra n ,
makhluk perosak dan sebagainya
melalui penggunaan teknologi.

9
t a n p a m e n a n a m p o k o k- p o k o k
Buku Hijau 5 berkenaan di atas tanah,” ujarnya.

Katanya, bagi sistem fertigasi mini


Sayur-sayuran cantikkan laman rumah pula, ia sesuai dipraktikkan di sekitar
SERDANG 20 Ogos - Seni landskap rumah yang mempunyai laman yang
sering kali dikaitkan dengan bunga sederhana luas seperti rumah teres
tetapi ramai yang tidak menyedari dan kediaman berkembar. Tambahnya,
sayur-sayuran juga boleh dijadikan kaedah itu sesuai untuk penghuni kota
sebagai landskap bagi menghiasi laman kerana sistem penyiraman dan
rumah mahu pun pejabat. Bersesuaian pembajaan yang dilakukan secara
dengan konsep Bumi Hijau, Institut automatik akan memastikan tanaman
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian dapat diurus dengan baik.
Malaysia (MARDI) memperkenalkan
teknologi landskap boleh dimakan yang
mempamerkan pelbagai jenis tanaman
sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Buku Hijau 6
Pengarah Pusat Penyelidikan
Hortikultur MARDI, Tengku Ab. Malik
PPK Tanjong Karang lancar kempen
Tengku Maamun berkata, uniknya seni
Bumi Hijau
landskap tersebut adalah pokok yang
ditanam bukan hiasan semata-mata
tetapi juga boleh dijadikan makanan. TANJONG KARANG 19 Ogos - Kempen
Bumi Hijau yang dilancarkan di
”Terdapat pelbagai jenis landskap boleh
peringkat Pertubuhan Peladang (PPK)
dimakan yang menarik telah direka
Tanjong Karang baru-baru ini mampu
bentuk oleh MARDI antaranya ialah
menggalakkan petani dan peladang
landskap gabungan tanaman sayuran
khususnya ahli pertubuhan itu lebih
serta ulaman di atas tanah, struktur
aktif dalam bidang pertanian.
pelbagai jenis sayuran memanjat dan
green kit atau tanaman tanpa tanah,” Pengarah Lembaga Pertubuhan
katanya. Peladang (LPP) Selangor, Nazli Che
Long berkata, pihaknya komited
Beliau berkata demikian ketika ditemui
menjayakan program Bumi Hijau
Utusan Malaysia di Laman Sayur-
dengan harapan semua rakyat dan ahli
Sayuran, Pameran Pertanian,
PPK menyambut saranan dan kempen
Hortikultur dan Agro Pelancongan
itu.
Malaysia (MAHA) 2008 di sini hari ini.
Menurutnya, matlamat kempen Bumi
Menurut Tengku Ab. Malik, untuk
Hijau yang dilancarkan oleh Perdana
tanaman tanpa tanah, sistem kapilari
Menteri adalah untuk menggalakkan
diaplikasikan oleh MARDI iaitu sejenis
penduduk mengusahakan tanaman
teknik tanaman di dalam bekas yang
jangka pendek seperti sayur-sayuran
menggunakan sabut kelapa, perlite
untuk keperluan sendiri di kawasan
(sejenis mineral) dan pasir. Teknologi
terhad di sekitar kawasan rumah
itu sesuai dipraktikkan di kawasan
masing-masing.
perumahan yang mempunyai ruang
laman terhad atau kondominium dan “Objektif kempen ini ialah untuk
rumah pangsa. membantu mengurangkan kos
perbelanjaan isi rumah kerana bahan-
”Menerusi teknik ini, orang ramai boleh
bahan mentah seperti sayur-sayuran
menanam pelbagai jenis sayur serta
boleh ditanam di sekitar rumah. Selain
ulam-ulaman seperti cekur manis,
itu, kita juga boleh mendapat sayur-
pucuk ubi, pokok gajus, ulam raja,
sayuran segar dan lebih terjamin tahap
tenggek burung dan daun limau purut
keselamatannya.
dan tanaman ini boleh dimakan segar
10
“Setiap kawasan juga perlu pengeluaran tahunan sebanyak 800
dimanfaatkan sebaik mungkin juta ekor ikan dan menjana nilai
termasuk menanam tanaman herba eksport mencecah RM300 juta
seperti halia, lengkuas dan serai agar menjelang 2010.
tanaman kita lebih pelbagai,” katanya
ketika ditemui baru-baru ini. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan
Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub,
Tegasnya, selain menggalakkan berkata Malaysia kini adalah pengeluar
penduduk mengurangkan kos kedua terbesar dunia bagi ikan hiasan
perbelanjaan barangan dapur, kempen dengan membekalkan hampir 10
Bumi Hijau juga mampu berperanan peratus daripada permintaan global.
sebagai pentas untuk mengukuhkan
perpaduan masyarakat di mana “Industri ikan hiasan tempatan yang
penduduk sesebuah penempatan boleh pesat berkembang menghasilkan 679
bersama-sama mengusahakan juta ikan tahun lalu yang bernilai
tanaman dan kemudian berkongsi RM192 juta,” katanya pada majlis
hasilnya. pelancaran tidak rasmi Pameran dan
Persidangan Aquafair Malaysia 2008 di
“Kempen ini bukan sahaja digalakkan Taman Ekspo Pertanian Malaysia di
dilakukan oleh warga peladang dan Serdang, Selangor, kelmarin.
petani tetapi juga semua golongan
masyarakat termasuk di kem tentera, Majlis itu disempurnakan Menteri
rumah kakitangan kerajaan, sekolah Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
dan institut pengajian tinggi,” jelasnya. Mustapa Mohamed.

Nazli berkata, golongan muda perlu Malaysia kini membiak lebih 250
dilibatkan dalam kempen Bumi Hijau di spesies yang merangkumi lebih 550
peringkat PPK untuk mendedahkan jenis ikan tempatan dan eksotik bagi
mereka kepada aktiviti pertanian sekali pasaran tempatan dan dunia. Lebih 90
gus menggalakkan mereka menceburi peratus daripada jumlah pengeluaran
bidang itu secara serius. Katanya, dieksport ke lebih 30 negara.
kempen Bumi Hijau boleh dijadikan Menjelang 2010, Malaysia dijangka
platform oleh PPK untuk menarik menghasilkan lebih 800 juta ikan
golongan menyertai kegiatan pertanian hiasan untuk memenuhi permintaan
dengan cara mewujudkan plot-plot pasaran dunia.
kawasan kepada golongan itu di setiap Junaidi menambah, ikan hiasan
PPK. dianggap sebagai produk nilai tinggi
Sempena pelancaran kempen Bumi kerana secara perbandingan, nisbah
Hijau PPK Tanjong Karang itu, Nazli harga ikan perhiasan berbanding yang
menyampaikan peralatan jentera dibela untuk sajian ialah 100:1 atau
pertanian kecil yang diluluskan kepada secara purata bernilai AS$1.8 juta
30 ahli untuk tujuan semburan baja setan. Katanya, industri berkenaan
dan racun serangga di sawah. menawarkan pulangan menarik kepada
pembekal tempatan kerana kos
pengeluaran keseluruhan adalah
rendah.
Buku Hijau 7
“Tambahan lagi, kitaran pengeluaran
agak singkat, iaitu tempoh tidak lebih
Eksport ikan hiasan mampu jana RM300j daripada tiga bulan. Penternak boleh
mengharapkan margin antara 40
Malaysia kini pengeluar kedua terbesar hingga 50 peratus, sekali gus
dunia, bekal hampir 10 peratus memberikan pulangan lumayan atas
permintaan global pelaburan mereka,” katanya.
INDUSTRI ikan hiasan Malaysia Aquafair Malaysia 2008 ialah acara
dijangka mencapai sasaran dwitahunan kedua anjuran Jabatan
11
Perikanan. Pameran empat hari itu mata untuk menjadikannya pesta
dijadualkan berlangsung di Pusat makan buah-buahan, pesta makan
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari kerepek atau karnival ternakan untuk
20 hingga 23 November ini dan meraikan kejayaan petani semata-
dijangka menarik lebih 150 peserta mata.
pameran dari 10 negara. Matlamat
khusus pameran ialah untuk Perlu diingat bahawa MAHA bertujuan
meningkatkan potensi eksport industri supaya pengunjung dan rakyat
ikan hiasan Malaysia, tanaman akuatik Malaysia secara amnya diberi
dan seluruh rangkaian industri dan pemahaman mengenai hasrat kerajaan
perkhidmatan sokongan. memberi suntikan baru mengenai
bidang yang sebelum ini dianggap
Junaidi berkata, Aquafair Malaysia terpinggir atau hanya industri di
2008 akan terus meningkatkan belakang rumah. Pameran kali ini dan
keupayaan dan reputasi Malaysia beberapa acara sebelumnya
sebagai pengeluar ikan hiasan yang sebenarnya satu peluang bagi mereka
utama di dunia berikutan kejayaan yang berminat dengan teknologi,
acara pertama pada 2006. mekanisasi dan automasi.

“Kami berbangga kerana Aquafair Teknologi akan selamanya membawa


2006 meletakkan Malaysia di persada kelainan setiap MAHA diadakan dan
dunia sebagai pengeksport ikan pada kali ini antara yang wajar
hiasan yang boleh dipercayai. mendapat tumpuan ialah pertanian
persis atau perladangan tepat,
“Kejayaannya telah memberi dorongan teknologi fertigasi, sistem pemantauan
kepada kami untuk mengukuh dan vesel (VMS), mesin-mesin seperti
memantapkan pertumbuhan industri transplanter, varieti baru tanaman,
ikan hiasan dalam usaha merebut teknologi pembiakbakaan haiwan dan
peluang baru di arena antarabangsa,” pelbagai produk berasaskan
katanya. bioteknologi termasuk kultur tisu.

Sebahagian besar kalangan kita


terutama pengusaha pertanian
Buku Hijau 8 mungkin sudah lama ‘berkenalan’
dengan teknologi-teknologi tersebut
tetapi sebahagian besarnya mungkin
Teknologi bawa kelainan pada MAHA
agak asing dan pertama kali
mendengarnya. Mungkin agak
keterlaluan jika mengatakan
Berkunjung ke Pameran Pertanian, sebahagian besar rakyat Malaysia
Hortikultur dan Agro Pelancongan terutama yang ‘buta teknologi
Malaysia (MAHA) 2008 yang diadakan maklumat’ mengetahui teknologi
di tapak kekalnya di Taman Ekspo bersepadu pengurusan ladang
Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula menggunakan sistem pertanian persis
Selasa lalu sepatutnya menjanjikan yang menggunakan teknologi
kelainan dan keistimewaan tersendiri. maklumat.

Betapa tidak, kunjungan tersebut perlu Mimos Berhad, sudah memperkenalkan


disertai dengan harapan dan iltizam teknologi yang mereka namakan
untuk ‘bertemu’ teknologi-teknologi sebagai Sistem Pengurusan Pertanian
baru dan terkini dalam sektor pertanian Tepat yang turut memanfaatkanm
yang tidak mungkin anda temui apabila teknologi Sistem Mekanikal Elektro
berkunjung ekspo atau karnival Mikro (MEMS) atau pengesan dalam
seumpamanya, di mana pun anda rumah kaca sejak dua tahun lepas.
melawat. Justeru MAHA yang diadakan
dua kali setahun sejak penganjuran Sistem tersebut memanfaatkan
pertama pada 1999 bukanlah semata- sepenuhnya teknologi maklumat dan
12
teknologi pengesan MEMS untuk Varieti baru buahan-buahan seperti
mengurus pertanian secara tepat nangka dan manggis , serta jambu air
dengan penggunaan input pertanian dikenali sebagai Malay apple juga
secara minimum, mampu meramal dipamerkan untuk tatapan dan
hasil serta menjimatkan kos operasi. dinikmati pengunjung. Perlu diingat,
L e m b a g a Pe m a s a ra n Pe r t a n i a n
Selain itu, turut diperkenalkan ialah Persekutuan (FAMA), menyediakan
teknologi fertigasi iaitu penanaman ribuan tan buah-buahan di Gerai Buah-
sayur-sayuran khususnya jenis berbuah buahan Segar (GBBS) pada kali ini
menggunakan baja dan pengairan termasuk durian, langsat, manggis,
serentak di bawah struktur pelindung cempedak dan mangga.
hujan. Mereka yang berminat dengan
teknologi pembiakbakaan boleh
menyaksikan sendiri bagaimana
demonstrasi mengutip air mani PENYELIDIK DAN PENYUSUN -
kambing dilakukan. AMY Ogos 2008 untuk L6.

Bagi yang berminat dengan


penternakan kambing, mereka boleh
menyaksikan beberapa baka yang
popular khususnya Boer. Malah
pengunjung boleh mendapatkan
maklumat dan perkembangan semasa
industri ternakan kambing selain
khidmat nasihat daripada pengusaha
dan pegawai yang terlibat secara
langsung.

Selain itu, teknologi penghasilan baka


tanaman secara penggandaan seperti
kultur tisu juga diketengahkan. Ramai
daripada kita telah mengenali teknologi
ini tetapi lebih ramai yang belum
mengetahuinya.

Bagi nelayan, mereka mungkin boleh


menyaksikan sendiri sistem VMS untuk
memantau vesel mereka di lautan.
Teknologi ini penting, sama seperti
teknologi pengesanan ikan yang
sedang dibangunkan sekarang.

Malah hampir semua agensi kerajaan


yang mempunyai teknologi yang
membantu dan menyokong sektor
pertanian termasuk Agensi Remote
Sensing Negara mempamerkan
kepakaran masing-masing.

Pendek kata MAHA ialah platform yang


menggabungkan segalanya dalam satu.

Selain itu, turut diperkenalkan ialah


pelabagi varieti tanaman berasaskan
makanan seperti ubi keledek Vitato dan
betik eksotika yang dihasilkan oleh
Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI).
13

You might also like