KERTAS KERJA PEMBELIAN PAKAIAN KELAB NASYID SMK RANTAU PANJANG KLANG

Pendahuluan Kelab Nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang Klang merupakan salah satu kelab yang berdaftar dalam unit ko kurikulum sekolah. Aktiviti yang dijalankan dalam kelab adalah bertujuan mengcungkil dan mengasah bakat ahli kelab. Selain itu, kelab ini turut terlibat aktif dalam aktiviti rasmi sekolah seperti persembahan semasa mesyuarat PIBG, pertandingan peringkat daerah dan lain-lain. Bagi menjayakan aktiviti kelab, kami mengharapkan sokongan daripada unit ko kurikulum untuk membeli pakaian seragam ahli. Dengan adanya pakaian seragam, dapat menyokong penglibatan ahli sama ada dalam pertandingan atau persembahan rasmi sekolah.

Objektif 1. Merangsang penglibatan ahli dalam aktiviti rasmi sekolah dan pertandingan. 2. Melahirkan lebih ramai ahli dengan potensi yang pelbagai 3. Menjayakan program sekolah dengan ketrampilan yang menarik. 4. Menarik minat ahli untuk terlibat dengan aktif .

Sasaran Sepuluh pasang pakaian kebangsaan lelaki melayu bersaiz M, L dan XL

Pelaksanaan Diguna pakai oleh murid yang terlibat dengan persembahan dan pertandingan.

Anggaran Perbelanjaan 10 pasang pakaian x RM 50 = RM 500.

(Pn Syakirah binti Sarpan) Guru Penasihat Kelab Nasyid SMK Rantau Panjang Klang .Penutup Kelab Nasyid SMK Rantau Panjang amat berharap permohonan ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada unit ko kurikulum dalam menjayakan aktiviti kelab sama ada dalam menyertai pertandingan atau persembahan rasmi sekolah. Seterusnya dapat meransang potensi pelajar dan membina keyakinan diri dalam semua aktiviti.. Disediakan oleh. «««««««««««.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful