You are on page 1of 15

KURSUS PENDEDAHAN KARYA

BAHARU KOMPENAN SASTERA


DALAM MATA PELAJARAN
BAHASA MALAYSIA (KOMSAS)
TINGKATAN 2 DAN 5

HOTEL BEVERLY
KOTA KINABALU, SABAH
26 – 29 OKTOBER 2010
TEKNIK-TEKNIK
PENGAJARAN
 Teknik Puisidra

 Teknik Monodrama
Puisidra
Definisi / Pengenalan Teknik

- Puisi yang didramakan / dilakonkan


- Seorang pelajar mendeklamasikan/ membaca/
melagukan puisi manakala sekumpulan pelajar
yang lain akan melakonkannya tanpa suara.
- Pergerakan pelakon adalah selaras dengan
ungkapan puisi yang dibacakan itu.
- Sesuai untuk puisi moden dan tradisional
seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan
seloka.
Langkah Pelaksanaan

Guru
 Pilih puisi yang boleh didramakan / ada
pergerakan.
 baca dan fahami bersama-sama pelajar.
 beri arahan yang jelas kepada pelajar.
 arahan kepada pendeklamator, pelakon
dan pendengar.
Langkah Pelaksanaan
Pelajar
 baca puisi dan fahami
 mengadakan perbincangan bersama rakan-
rakan yang lain.
 Fahami maksud keseluruhan.
 Membuat latihan.
 Yang terlibat akan membuat persembahan.
 Yang tidak terlibat akan membuat catatan
sebagaimana yang diarahkan oleh guru.
Tunjuk Cara
 Guru memilih 1 kumpulan murid ke hadapan kelas.
Seorang daripada mereka diminta untuk melagukan
Syair manakala murid lain akan melakonkannya.

 Murid yang tidak terlibat akan dibahagikan kepada


beberapa kumpulan dan mereka akan menyaksikan
puisidra yang dipersembahkan di hadapan kelas.

 Murid akan cuba memahami dan berbincang antara


satu sama lain tentang (maksud keseluruhan) syair.

 Murid akan mengisi lembaran pengurusan grafik


tentang maksud syair yang diedarkan oleh guru.

 Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil


dapatan masing-masing.
Monodrama /
Senandika
Definisi
- Karya drama yang dituliskan untuk seorang pelaku
(Kamus Dewan)

Pengenalan Teknik
 Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang
pelakon

 Pelakon perlu menghayati watak yang dipilih (daripada


buku teks)

 Pelakon akan cuba meluahkan rasa hatinya supaya dapat


menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam karya.

 Berpandukan kepada luahan perasaan watak melalui


dialog yang berkesan, peserta dapat menilai
perwatakannya dan perwatakan individu lain.
Langkah Pelaksanaan
 Guru memilih seorang pelajar untuk melakonkan
seorang watak berdasarkan teks yang dikaji.

 Pelajar dikehendaki menghayati monolog yang


disediakan dan dilafazkan dengan nada yang sesuai
mengikut wataknya

 Pelakon (pelajar) diminta beraksi melakonkan watak


yang diberikan dengan penuh penghayatan dan mimik
muka yang berkesan

 Pelajar boleh bergerak menggunakan ruang lakon yang


disediakan berdasarkan kesesuaian babak cerita dan
watak yang hendak dilakonkan

 Pelajar yang tidak berlakon (penonton) diberikan


tugasan untuk mentafsir dan mencatat sifat-sifat watak.
Teater
Pembaca
Definisi / Pengenalan Teknik
- Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip
/ teks sesebuah cerita di hadapan kelas.

- Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak


badan dan mimik muka sahaja.

- Membantu penonton (murid) memahami, menghayati


dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di
hadapan mereka.

- Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting


berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

- Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan


prosa klasik.
Langkah Pelaksanaan Teknik
 Guru memilih beberapa orang murid ke hadapan kelas
untuk membacakan petikan yang disediakan dalam kad
imbasan.

 Murid berdiri sebaris pada peringkat awal persembahan.

 Seorang demi seorang murid akan melangkah ke


hadapan lalu membaca petikan pilihan berdasarkan
aspek sastera yang difokuskan.

 Murid akan membca petikan dengan lontaran suara,


sebutan dan intonasi, gerak badan dan mimik muka yang
sesuai.

 Murid lain akan memberi perhatian dan mencatat


maklumat berkaitan aspek yang dikaji.
Tunjuk Cara Teknik

 Guru memilih 4 atau 5 orang murid ke hadapan kelas


untuk membacakan petikan novel yang disediakan
dalam kad imbasan.

 Murid berdiri sebaris pada peringkat awal persembahan.


Seorang demi seorang murid akan melangkah ke
hadapan lalu membaca petikan pilihan berdasarkan
aspek pengajaran yang terdapat dalam novel.

 Semasa murid yang dipilih sedang membacakan petikan


tersebut, murid-murid yang lain akan memberi perhatian
dan mencatat pengajaran yang terdapat dalam setiap
petikan yang dibaca.

 Selepas itu, beberapa orang murid akan dipilih untuk


membentangkan dapatan masing-masing.
Sekian.
Terima Kasih.

You might also like