Professional Documents
Culture Documents
Pegertian Pantun
Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek
dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi
unsur estetik dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat
berdasarkan dua aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-
lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan
dunia masyarakat Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan
pembayang-pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau
abstrak.
Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal
kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu
pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesame sendiri’.
Drs.Liaw Yook Fang pula menyatakan, ‘Pantun pada mulanya adalah senandung
atau puisi rakyat yang dinyanyikan.Dalam bahasa Melayu, pantun beerti quatrain, iaitu
sanjak yang berbaris empat, dengan rima akhir abab.
Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai ”sejenis puisi lama yang
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ”...sajak
pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu
biasanya untuk tumpuan sahaja” (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun
1
yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai
pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.
Sebagai bentuk puisi yang wujud dalam situasi kelisanan, pantun memanifestasikan
pemikiran, norma (oral noetics) dan puitika lisan. Kertaskerja ini akan cuba melihat
pantun sebagai hasil kreatif seni bahasa yang lahir dari pemikiran yang berlangsung
dalam situasi kelisanan. Ia juga akan melihat bagaimana teknologi penyampaian dan
corak budaya yang terbentuk darinya mempengaruhi bentuk dan struktur pantun. Untuk
meneliti perhubungan pantun dengan dinamika-dinamika kelisanan tersebut, contoh-
contoh pantun lama, yakni koleksi pantun yang dianggap paling hampir dengan situasi
masyarakat pra-tulisan, pra-modern akan dipilih sebagai korpus analisis
2
SEJARAH PANTUN
Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan
perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.
Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak
berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk
utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun
lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun
dua kerat dan empat kerat.Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud
3
pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada
keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap
rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.
Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya
mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan
pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:
Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a
bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga
terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris
ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.
Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang
penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan
menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan
hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
4
Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna
bentuk,isi,maksud dan alasan pantun itu.Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana
Hamzah Fansuri yang telah meninggal dunia dalam tahun 1630.
Pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan.
Dalam kesusasteraan, pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-
hikayat popular yang sezaman. Kata pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup
panjang dengan persamaan dari bahasa Jawa iaitu kata parik yang berarti pari, ertinya
paribasa atau peribahasa dalam bahasa Melayu. Erti ini juga berdekatan dengan
umpama dan seloka yang berasal dari India.
5
Ada satu perkara yang menarik yang kemudian telah diselidiki oleh beberapa orang
sarjana, yakni mengenai ada tidaknya hubungan semantik {makna} antara pasangan
pertama dengan pasangan kedua pada sebuah pantun. Sebagai contoh adalah pada
pantun berikut:
Dari pantun di atas menurut Pijnapple dalam satu kertas kerja yang dibacakan di
depan Kongres Sarjana Ketimuran VI di Leiden, pada tahun 1883 mengatakan bahwa
antara pasangan pertama {biasa disebut sampiran} dan pasangan kedua {biasa disebut
isi} mempunyai suatu hubungan yang erat.
6
Dengan pantun ini, semua pernyataan dari Pijnapple itu terbantah karena tak
ada hubungan semantik antara kedua pasangan itu. Tetapi Winstedt tidak setuju
dengan pendapat Ophuijsen, ia kemudian memberikan penjelasan mengenai tafsiran
baru atas tafsiran Pijnapple atas pantun “telur itik dari Sanggora” yang intinya sangat
jauh berbeda dengan apa yang ditafsirkan oleh Pijnapple. Ia menafsirkan pasangan
pertama yaitu sebagai berikut:
(telur itik yang ditetaskan pada ayam melambangkan seorang pengembara yang tiada
berteman dan cacat)
(tikar pandan yang terletak di depan rumah-rumah orang Melayu yang berada tidak
pantas diinjak dengan alas kaki melambangkan seorang wanita yang mau mengikut kita
harus kita waspada dalam menerimanya)
jika kemudian dihubungkan dengan pasangan yang kedua menurut tafsiran Pijnapple
menurut kami artinya akan menjadi seperti ini:
Seorang pengembara yang sendirian, yang tiada berteman juga cacat bertemu dengan
seorang wanita yang mau menjadi istrinya yang kemudian ia dibunuh oleh wanita itu di
suatu tempat tetapi kemudian dikuburkan jauh dari tempat ia dibunuh.
7
Menjadi pantun dua kerat:
Contoh di atas bukan mencadangkan bahawa semua pantun berkembang secara
demikian, tetapi dasarnya perkembangan tersebut telah memunculkan bentuk-bentuk
rangkap pantun yang dapat dijadikan model kemudiannya. Perkembangan bentuk
pantun ini tentunya selari pula dengan perkembangan tema dan fungsi pantun,
sehingga akhirnya pantun membentuk satu khazanah puisi lisan yang amat besar
jumlahnya. Namun tanpa kajian filologi serta bukti-bukti yang kukuh, kita masih tidak
8
dapat berbicara dengan pasti tentang pensejarahannya. Walaubagaimanapun, pada
kurun ke 14, bentuk pantun yang sudah mantap muncul dalam Hikayat Raja Pasai,
karya Melayu tertulis yang dianggap terawal. Namun satu fakta yang tidak dapat
disangkalkan ialah kemungkinannya lama sebelum itu, pantun mungkin sudah tersebar
luas secara lisan di dunia Melayu. Ia menghiasi dunia seni Melayu melalui keindahan
bahasa dan kelokan isinya dan menghibur petani dan nelayan sebagai lirik untuk
dendang rakyat (folk songs) atau lagu kerja (work songs).
9
serious, penuh keupacaraan dan kerahsiaan. Ia menjadi milik golongan manusia yang
khas – pawang, dukun, bomoh.
Bentuk pantun yang unik, sifatnya yang profan, bahasanya yang bebas dari
pantang-larang, mungkin menjadikannya mudah dicipta dan kewujudannya yang lebih
akrab dengan masyarakat bawahan, memudahkannya tersebar dengan selesa di
kalangan masyarakat. Selaras dengan perkembangan budaya dan tamadun manusia,
pantun menjadi lebih bertenaga, tukang-tukang pantun dapat berpesta dengan bahasa
yang kian kaya perbendaharaannya, unsur-unsur persekitaran pula menjadi lautan
ilham yang tidak pernah kering dan pupus. Sebagai unit-unit makna yang dapat wujud
kendiri, setiap rangkap pantun boleh membawa satu tema atau ide yang lengkap.
Bayangkan betapa banyak ide dan tema yang dapat digarap oleh pantun – tiada
nokhtahnya!
Alam bukan sahaja menjadi sumber ilham pencipta pantun, tetapi juga menjadi
cermin untuknya menatap dan menginsafi diri manusia. Dari imejan sehingga ide atau
persoalan, pantun meniru alam, termasuk segala fenomena dan fielnya, untuk
menyindir, memujuk dan mendidik manusia. Dengan demikian pantun menyentuh
semua penjuru kehidupan manusia, memenuhi hampir keseluruhan hidup dan hayat
manusia, ia melingkungi kehidupan kanak-kanak melalui dendangan dodoinya, meniti
bersama kedewasaannya untuk meratapi cinta yang tak berbalas, rindu yang tak
berkesudahan, melangkah bersamanya untuk merintih nasib seorang perantau dan
akhirnya mencecah hari tua untuk menegur dan menasihat.
10
CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di
bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan
unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan
maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif
masyarakat yang melahir dan menggunakannya.
11
FUNGSI PANTUN
12
KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pembayang atau sampiran
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.
Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap
baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun
yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris
pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama
maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga
berima a,a,a,a.
13
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh
pantun yang baik :
14
JENIS-JENIS PANTUN
1. Dua Kerat
Pantun menunjukkan dalam keadaan serba salah. Jika dibuang akan rugi dan
dipingirkan juga rugi.
Pantun empat kerat jenis teka-teki diatas membawa maksud jika seseorang mati atau
hidup mesti ada asal usulnya. Selain itu, orang mati mesti ada kubur.
Pantun jenaka diatas menunjukan jenaka atau kelakar kerana ayam tidak mungkin
berlumba berenang kerana ayam tidak tahu berenang.
15
4. Empat Kerat - Kasih Sayang
Pantun kasih sayang diatas bermaksud kalau sudah sayang kita akan nampak orang
yang disayangi itu cantik, baik dan segalanya sempurna. Walaupun dimata orang lain
tidak nampak.
Pantun nasihat diatas memberi nasihat bahawa jika semakin banyak ilmu yang ada
dalam diri hendaklah semakin merendah diri supaya tidak menjadi orang yang takbur
dan bongkak.
Pantun budi diatas menunjukkan jika seseorang itu berbudi dia kan nampak tampan,
segak, dan indah. Selain itu seseorang itu akan tinggi darjatnya jika bersopan santu
dalam menggunakan bahasa.
16
7. Empat Kerat - Nasib
Maksud: Banyak masalah yang mampu kita hadapi tetapi masalah PERCINTAAN sukar
untuk diubati.
Pantun perantau diatas bermaksud nasib perantau yang merantau di tempat orang
yang banyak kesusahan.
Pantun adat diatas menunjukan salah satu adat melayu iaitu jika sudah berkenan
dengan seseorang wanita hendaklah masuk meminang sebagai tanda pengikat bahawa
perempuan itu sudah berpunya.
17
10. Empat Kerat - Kepahlawanan
Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Pantun diatas diambil untuk dijadikan peribahasa dalam bahasa melayu yang memberi
maksud untuk menjadi senang seseorang ituperlu bersusah-susah dahulu.
18
13. Empat Kerat - Agama
Pantun kanak-kanak diatas bermaksud kanak-kanak mesti cepat pandai dan mesti rajin
belajar.
19
Jenis-jenis Pantun Lain
Maksud
20
Maksud
Maksud
Penyantun menggambarkan sikap Raja Haji yang walaupun melakukan perkara yang
besar manfaatnya beliau tidak bermegah tetapi semakin ramai yang mengikutnya
bersemayam.Berbeza dengan sikap ayam yang walaupun hanya telur sebiji yang
diperolehi riuh satu kampung.Sikap ini menggambarkan sikap suka menunjuk-nunjuk.
21
Tempayan pecah jangan ditiarap,
Maksud
Maksud
Ini mengambarkan sikap rotan yang tidak berbunga sekiranya berada di seberang yang
tetap kekal dengan rupa asalnya.Orang yang baru menetap di negeri orang sangat
bersedih kerana terpaksa meninggalkan ahli keluarga terutama ibu bapa.Oleh itu,
jagalah sikap serta jati diri anak watan kita walau di mana kita berada.
22
Tuan puteri duduk berteduh,
Maksud
Penyantun memilih Tuan puteri yang yang berteduh dipinggir selepas penat mencari
daun keladi.Sudah menjadi lumrah sekiranya penat bekerja kita pasti mencari tempat
berteduh.Inikan pula pasangan suami isteri yang bergantung sama lain pasti akan
berselisih faham.Oleh itu janganlah ikut campur kerana sekiranya kita masuk campur
kita sendiri pun tidak dapat mengatasinya sekiranya kita belum mendirikan masjid
tercinta.
23
PANTUN LAPAN KERAT.
Maksud
Rangkap pantun ini menggambarkan sifat semula jadi sarang sang lebah yang berada
di pohon dimana disitu jugalah tempat si punai bermain.Nampak dilihat anak rusa
berkejaran dari tanah seberang melalui pohon itu.Ini dapat digambarkan pemantun
mengaitkan hubungan alam semulajadi agar menuntut kita sentiasa bersyukur kepada
tuhan.Nasib manusia tidak semuanya indah dan pasti akan melarat sepanjang
masa.Bagi mengubat hati kita mengharapkan kasih daripada orang lain.
24
PANTUN SEPULUH KERAT
Maksud
Pemantun menggambarkan nilai kerjasama antara satu sama lain.Ini dapat dilihat
melalui perkaitan kain selendang tenunan Kapar yang akhirnya putus maka dialas
dengan sapu tangan dan dibungkus dengan kain kasap.Akhirnya diikat dengan benang
sutera.Ini dapat dilihat melalui nilai hidup manusia yang apabila mengadakan kenduri
pasti akan menghidangkan juadah kepada para tetamu.Dapat dilihat nilai kerjasama
yang utuh dalam masyarakat yang pasti akan melakukan perkara secara bersama-
sama tanpa mementingkan diri sendiri.
25
PANTUN DUA BELAS KERAT
26
PANTUN BERKAIT
pantun jenis ini dinamakan berkait kerana ia dikaitkan dari serangkap ke serangkap
dalam beberapa rangkap yang berturut-turut dengan cara diulang balik pembayang dan
maksud akhir dalam setiap rangkap.Contoh pantun berkait seperti berikut:
Kenangan kasih
27
Buat dinding raja beradu,
28
Kucing kurus menggaru papan,
29
Lalang terbenam di pintu kota,
30
Tokoh-Tokoh Pantun
Za’ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16
September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul
Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke
St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.
Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor
Bahru,sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO,
pensyarahBahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua
Jabatan PengajianMelayu, Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah
dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu,Ilmu Mengarang Melayudan Daftar
Ejaan Melayu Jawi/Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa
Melayu. Di antara rencana beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay
Literaturedan Malay Journalism in Malaya.
Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti
Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada
tahun 1962,beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan
Sri oleh Yang DiPertuan Agong. GelaranPendeta dikurniakan ketika berlangsungnya
31
Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.
Za’ba telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 1973.
Za’ba adalah seorang sarjana dan ahli fikir Melayu. Za’ba ketika hidupnya
menulis berkenaan dengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian,
perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong
kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu
memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang
diperkukuhkan oleh kesedaran serta keyakinan mendalam.
Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan yang
berikut:
Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang
tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di
seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu
Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita
Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai
sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan
semangat juang bangsa.
32
USMAN AWANG
Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor,
pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar
namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu
beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu
musim tengkujuh. Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang
menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah
Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih
jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi.
Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga
lulus Darjah 6.
33
terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan
menganggur seketika.
Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas
dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan
Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah
Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah
meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa
Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai
Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.
34
Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah
lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan
manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.
Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera
dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29
Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau
dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat
yang tertinggi di tanah air.
Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada
11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh
Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi
tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah
Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini
bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada
perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah
Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-
Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan
lain-lain.
Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit
Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.
Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga
Popi dan lain-lain.
35
Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan
Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti
penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga
sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis
muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan
Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA
yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya
inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan
Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti
lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman
Awang bersama penyair lain.
Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama,
amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada
semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di
dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang
penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi
baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat
menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.
36
Samad Ahmad (peny.), 2000: 214)
37
(Ibid.: 260)
Wanita
Bukan sahaja lelaki digambarkan berperawakan menarik, wanita juga demikian.
Pelbagai ikon metafora diperlihatkan dalam pantun untuk memperlihatkan gambaran
kecantikan wanita.
38
(Zainal Abidin Bakar, 1984: 261)
Rumah kecil pintu ke laut,
Tempat orang menggesek biola;
Tubuh kecil bagai diraut,
Di situ tempat hatiku gila.
(Zainal Abidin Bakar (peny.), 1984: 237)
Terang bulan di laman tangga,
Sarang penyengat di dalam padi;
Adakah orang semacam sahaya,
Menaruh kiamat di dalam hati?
39
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda)
(Zakaria Hitam)
40
(Wilkinson)
Limau purut/ lebat di pangkal
Sayang selasih/ condong uratnya
Angin ribut/ dapat ditangkal
Hati kasih/ apa ubatnya?
(Wilkinson)
Nasi lemak/ buah bidara,
Sayang selasih/ saya lurutkan;
Buang emak/ buang saudara,
Kerana kasih/ saya turutkan.
41
Penutup:
Kita sering mendengar orang berkata, pantun adalah manifestasi pemikiran
manusia Melayu silam. Itu memang benar kerana pantun sebagai karya sastera adalah
penglahiran langsung dari pemikiran manusia yang amat jernih dan signifikan. Pantun
terutama sekali menjelmakan pemikiran yang amat arif-bijaksana dan tajam yang lahir
dari pengamatan mata yang peka dan rinci. Malah pantun bukan sahaja menjadi cermin
untuk kita membaca minda Melayu, tetapi sama seperti bentuk-bentuk sastera yang lain
pantun menjadi cermin kepada seluruh adab kehidupan manusia silam, termasuk
persekitarannya. Ada satu lagi aspek pantun yang seringkali tercicir dari perbincangan,
yakni aspek yang memberi bentuk kepada pemikiran tersebut. Di sini yang
dimaksudkan ialah mekanisme penyampaian pantun. Tercipta dalam situasi kelisanan,
pantun dikawal bentuknya oleh norma dan puitika lisan. Pantun dengan demikian
memanifestasikan pemikiran dan kreativiti yang tercetus dalam situasi kelisanan. Kertas
kerja ini telah cuba untuk membicarakan beberapa aspek psikodinamika kelisanan
tersebut dan hubungannya dengan pantun. Diharap kajian ini dapat membantu kita lagi
dalam memahami puisi yang seperti kata orang yang arif bijaksana “tak lapuk oleh
hujan, tak kering oleh panas”.
42
REFLEKSI KENDIRI
Antara lain, saya juga mempelajari tentang kaedah memahami maksud sesuatu
pantun itu.Walaupun agak sukar namun saya dan rakan saya Berjaya memahami
maksud pantun tersebut.Di samping itu,saya juga dapat memahami maksud pantun itu
sendiri berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.Ini secara
tidak langsung saya dapat mempelajari tentang sejarah, ciri, serta fungsi sesebuah
pantun itu digunakan pada masa masyarakat Melayu dahulunya.
Dalam saya melaksanakan tugasan yang diberi terdapat banyak kekangan yang saya
tempuhi dalam proses menyiapkan tugasan ini.Antaranya, masalah untuk memahami
43
dari segi fakta dan isi walaupun pelbagai jenis bahan rujukan yang saya perolehi
daripada pusat sumber Dato Lokman Musa. Diharapkan segala yang dilakukan ini akan
memberi manfaat kepada saya.Semoga segala tugasan yang dilakukan ini akan dapat
membantu saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi di masa hadapan.Di
kesempatan ini,saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada teman-teman
yang banyak memberi pertolongan serta memberi saya semangat untuk menyiapkan
tugasan ini.Tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing yang telah memberikan
garis panduan untuk tugasan ini.Sekian,terima kasih.
44
NAMA: MUHAMMAD AKMAL BIN M SEKAK
REFLEKSI
Bismillahhirahmanirrahim,
Semasa saya menerima tugasan ini, saya berasa tugasan ini agak memberatkan
kerana saya perlu memahami pantun dengan sebaik-baiknya. Selain itu, saya tidak
pernah membuat kajian pantun secara lebih terperinci dan sendiri. Hal ini demikian
kerana, semasa di sekolah dahulu saya tidak mempelajari bahasa Melayu secara
terperinci. Saya juga terpaksa membuat beberapa rujukan dari beberapa sumber bagi
mendapatkan maklumat yang tepat lagi jitu. Oleh hal yang demikian, saya terpaksa
mencari maklumat di perpustakaan dan internet serta berbincang dengan rakan-rakan
dan senior-senior. Alhamdullillah kerja kursus ini dapat disiapkan walaupun saya
menghadapi tekanan dari masa yang terhad dan tekanan dari kerja kursus lain.
Perkara yang paling saya sukai dalam menyiapkan tugasan ini adalah saya
dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Kesusasteraan Melayu. Saya
dapat membaiki penganalisisan saya terhadap sastera lebih-lebih lagi sastera Melayu
kerana saya akan mengajar bahasa Melayu. Saya juga dapat mengetahui cara
membuat ulasan terhadap pantun dengan betul serta jenis pantun setelah membuat
tugasan ini. Di samping itu, saya dapat mempelajari bahasa yang indah dan penuh
dengan kehalusannya. Saya dapat menambahkan pengetahuan bila saya mengkaji
kerja kursus ini. Tugasan ini amat memberi manfaat kepada saya dalam pengajian saya
dalam Bahasa Melayu. .Saya juga akan dapat mengaplikasikanya dalam pengajaran
saya terhadap murid-murid saya. Saya dapat menarik minat mereka dan dapat
mengaitkannya dalam pembelajaran dan pengajaran saya. dengan membuat kerja
45
kursus ini, saya dapat mempelajari cara-cara mengakses maklumat serta membuat
nota bagi memudahkan saya memahamkan sesuatu topik yang saya ingin kaji.
Tambahan pula, melalui cara begini saya dapat menyediakan diri saya dalam keadaan
yang sentiasa bersedia sebelum memulakan pengajaran kepada anak murid saya nanti.
Melalui kerja kursus ini juga saya dapat mengetahui bahawa untuk mendapatkan
maklumat yang bagus banyak kemahiran dan teknik perlu digunakan.
46
RUJUKAN
Alwi Salim (1983),Puisi Melayu, Petaling Jaya, Fajar Bkti Sdn Bhd.
Abdullah Hassan Aripin Said & Ainon Mohd (2007), Pantun & Gurindam, Kuala Lumpur,
S.Takdir Alisjahbana (1972), Puisi Lama, Petaling Jaya, Zaman Baru Sdn Bhd.
dan Pustaka.
47